sk udin - wordpress.com · web viewsejarah penubuhan sekolah asal usul penubuhan sekolah ini ialah...

5

Upload: others

Post on 19-Feb-2020

21 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

SURAT PERLANTIKANEN. UDIN ANAK BRAOK sebagai Chairman Of The Local School Committee

POTRET EN. UDIN ANAK BRAOH

SEJARAH PENUBUHAN SEKOLAH

Asal usul penubuhan sekolah ini ialah bilamana terdapat seorang yang sangat prihatin dan berpandangan jauh ingin menubuhkan sekolah untuk anak-anak tempatan. Beliau berpendapat bahawa betapa pentingnya anak-anak diberi ilmu pengetahuan memandangkan ia amat berguna kepada kita di kemudian hari. Beliau adalah En. Gimang Ak Nyanyau yang berasal dari Lichok (Second Division) Dengan hasrat yang demikian beliau mencari di mana tapak yang sesuai untuk mendirikan sebuah sekolah. Pada tahun 1955 beliau bertanyakan hal demikian kepada masyarakat kawasan Bayong samada telah diwujudkan sekolah untuk anak-anak tempatan. Oleh kerana menyedari betapa pentingnya pendidikan untuk anak-anak buahnya maka Encik Udin Anak Braoh telah mengadakan satu masyuarat untuk penubuhan Ahli Jawatankuasa.

Mesyuarat pertama ini diadakan pada pertengahan tahun 1955 dengan dihadiri oleh beberapa orang masyarakat tempatan. Diantaranya ialah Penghulu Giman Anak Juan, Kaunselor Balong Anak Batu, TR. Assun Anak Pata, TR. Nyalong Anak Amban, Encik Kuin anak Akin, TR. Banta anak Agok, Tingang anak Sirai, TR. Ingkas anak Juan, TR. Abun Anak Dinggai, TR. Mawan Anak Abi, Mad Anak Sah, Encik Empalang. Mesyuarat tersebut adalah bertujuan untuk menubuhkan Ahli Jawatankuasa penubuhan sekolah di kawasan sungai Bayong dan seterusnya mengumpulkan dana untuk mendirikan sekolah.

Walau bagaimanapun selepas mesyuarat itu, Penghulu Giman Anak Juan, TR. Balong, dan TR. Assun telah menarik diri dari AJK ini dan mereka telah menubuhkan AJK mereka masing-masing kerana tidak bersetuju dengan penubuhan sekolah di kawasan sungai Bayong. Walaupun mereka telah menarik diri dari AJK ini, mereka juga berjaya menubuhkan sekolah di kawasan masing-masing seperti SK Assun, SK Sg. Ribong dan SK Balong yang mana kekal sehingga sekarang. Cuma sekolah Sg. Ribong sahaja yang telah ditutup kerana kekurangan pelajar.

Sementara ahli-ahli AJK yang lain masih kekal dengan keputusan untuk menubuhkan sekolah bersama-sama Encik Udin. Usaha mengumpulkan duit ini telah dilakukan oleh AJK dengan mengukip duit dari rumah ke rumah dengan berjalan kaki sahaja . Usaha ini telah berjaya mengumpul dana sebanyak 750 Dollar British. Kejayaan mengumpulkan dana ini telah dilaporkan oleh Encik Udin Anak Braoh kepada Encik Wong Toh Chun (Setiausaha Majlis Daerah Sarikei ketika itu). Seterusnya Encik Wong Toh Chun telah meminta Encik Udin anak Braoh bersama-sama AJKnya mendirikan bangunan sekolah yang baru. Oleh kerana bangunan sekolah ini dibangunkan dengan dana yang dikutip dan sumbangan derma dari Encik Udin anak Braoh sendiri maka Encik Wong Toh Chun telah menamakan sekolah ini dengan nama UDIN iaitu sempena nama Encik Udin sebagai mengenang jasa Encik Udin anak Braoh yang telah banyak menyumbangkan tenaga dan juga dana kewangan.

Bangunan yang pertama telah didirikan pada tahun 1955 yang mana perasmiannya telah dilakukan oleh Encik Wong Toh Chun (Setiausaha Majlis Daerah Sarikei) dengan Encik Nanang anak Braoh sebagai pengerusi pertamanya iaitu pada tahun 1956. Walau bagaimanapun beliau telah meletakkan jawatannya sebagai pengerusi pada tahun 1956 iaitu 1 tahun selepas perkhidmatannya.Naib Pengerusinya ialah Encik Udin anak Braoh (1956-1960). Encik Sylvester Chang Kol menjadi pengerusi AJK pada tahun 1985-1999. Encik Soon anak Ugap menjadi pengerusi pada tahun 1991.

Encik Udin Anak Braoh telah dilantik menjadi pengerusi AJK pada tahun 1961 sehingga 1980, Encik Tingang anak Sirai pula telah dilantik menjadi Setiausaha, Encik Kuin anak Akin pula telah dilantik menjadi Bendahari manakala AJKnya pula terdiri daripada TR.Ingkas anak Juan, TR. Nyalong anak Ambau, TR. Abun anak Dinggai, TR. Mawan anak Aloi dan TR. Gara anak Mut .Encik Udin anak Braoh kekal menjadi pengerusi sehingga 1980. Walau bagaimanapun terdapat perubahan terhadap AJKnya apabila berlaku pertukaran

setiausahanya ketika itu iaitu melantik Encik Sylvester Chang Kol anak Udin menjadi setiausahanya yang baru pada 1968 sehingga 1980.

Tanah untuk mendirikan bangunan sekolah ini pada asalnya kepunyaan Encik Udin sekeluarga. Walau bagaimanapun mereka telah dengan secara sukarela menyumbangkan tanah ini untuk mendirikan bangunan sekolah secara percuma. Di fahami keluasan tanahnya ialah lebih 4 ekar. Sebagai mengenang jasa baik keluarga Encik Udin sekeluarga maka sekolah ini dinamakan sempena nama beliau iaitu SRK UDIN dan sekarang dikenali dengan nama SK UDIN.

Pada mulanya , iaitu pada tahun 1956 cuma 35 orang sahaja murid dengan seorang guru iaitu Encik Sylvester Timban Anak Musit (1956-1957). Pada tahun 1958-1959 terdapat 2 orang guru iaitu Encik Micheal Anan anak Ambas dan Encik Hillary Tawan anak Bruang. Sehinggalah ke hari bermulanya penambahan pelajar iaitu 144 orang termasuk pra sekolah dan kakitangan 21 orang iaitu 13 orang guru termasuk Guru Besar dan 8 orang kakitangan sokongan. Buat pertama kalinya Prasekolah dibuka pada awal Januari 2006.