7 penubuhan malaysia

35
BAB 7 PENUBUHAN MALAYSIA

Upload: nur-az

Post on 19-Jun-2015

11.104 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: 7 penubuhan malaysia

BAB 7

PENUBUHAN MALAYSIA

Page 2: 7 penubuhan malaysia

7.1 PENGENALAN • Negara kita merupakan sebuah entiti politik yang

merangkumi beberapa buah negeri yang mempunyai banyak keseragaman dan beberapa perbezaan yang tersendiri. – Keseragaman - bentuk populasi, iaitu jenis etnik dalam

masyarakat, amalan agama, dan adat resam, – Perbezaan - pengaruh politik dan corak pembangunan.

• Malaysia ditubuhkan pada 16 September 1963. Sebelum ini dikenali sebagai Tanah Melayu atau Malaya atau Persekutuan Tanah Melayu.

Page 3: 7 penubuhan malaysia

• Negeri-negeri yang berada dalam Persekutuan Tanah Melayu adalah terdiri dari negeri-negeri yang berada di Semenanjung.

• Semasa pentadbiran British, ia terdiri dari Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu, Negeri-negeri Selat, dan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.

Page 4: 7 penubuhan malaysia

7.2 FAKTOR-FAKTOR PENDORONG PENUBUHAN MALAYSIA

• Terdapat empat faktor utama yang mendorong

penubuhan Malaysia, – imbangan kaum, – kemerdekaan bagi negara-negara baru, – meningkatkan taraf hidup bumiputera, Sabah dan

Sarawak, – mengeratkan hubungan yang sedia ada.

Page 5: 7 penubuhan malaysia

7.2.1 Imbangan Kaum • Rancangan penubuhan Malaysia telah menimbulkan

pelbagai reaksi dari banyak pihak - paling diperdebatkan ialah kemasukan Singapura.

• UMNO tidak bersetuju kerana mempertimbangkan mengenai soal imbangan kaum iaitu antara kaum Melayu dan bukan Melayu di Tanah Melayu.

• Singapura pada masa itu dipengaruhi oleh parti Barisan Sosialis.

• Dasar kerajaan Tanah Melayu yang bersifat sangat anti-Komunis dan pro-Barat.

Page 6: 7 penubuhan malaysia

• Kajian Nordin Sopiee menggariskankan kebaikan-kebaikan sekiranya penggabungan Tanah Melayu dengan Borneo berjaya dilakukan.

• Dato’ Senu Abdul Rahman menyatakan penduduk Bumiputera di Sabah dan Sarawak boleh dikelaskan sebagai Melayu.

• Penduduk Borneo dan Tanah Melayu merupakan sebahagian dari rumpun Melayu yang mendiami Nusantara yang sama dari segi ras dan kebudayaan.

• 1961, People’s Action Party (PAP) di Singapura telah kalah di kawasan Hong Lim (kubu kuat parti) tersebut kerana perpecahan di kalangan ahli PAP.– Sayap kirinya yang diketuai oleh Ong Eng Guan

membentuk Barisan Sosialis yang di katakan telah dipengaruhi oleh komunis.

Page 7: 7 penubuhan malaysia

• Tunku Abdul Rahman merasakan kemasukan Singapura adalah sesuatu yang merbahaya jika dinilai dari sudut nisbah penduduk Melayu dan bukan Melayu di Tanah Melayu.

• Tunku telah dipujuk oleh Lee Kuan Yew yang menyatakan bahawa adalah lebih merbahaya sekiranya Singapura dibiarkan berada di luar Tanah Melayu. Penyatuan dapat mengawal keselamatan Singapura dan juga untuk kepentingan ekonomi bersama.

• Sabah dan Sarawak juga perlu diajak menganggotai Malaysia untuk mewujudkan keseimbangan dari segi komposisi kaum di negara ini.

Page 8: 7 penubuhan malaysia

7.2.2 Kemerdekaan Bagi Negara-Negara Baru

• Penubuhan Malaysia juga di lihat sebagai mampu untuk membantu negara-negara yang masih dijajah untuk mencapai kemerdekaan.

• Ia selaras dengan prinsip dasar luar Tanah Melayu yang ingin menolong negara-negara yang sedang dijajah bagi mencapai kemerdekaan.

• Prinsip ini adalah selaras dengan Resolusi 1514 Persidangan Agong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang telah diluluskan pada tahun 1960.

Page 9: 7 penubuhan malaysia

7.2.3 Meningkatkan Taraf Bumiputera Sabah dan Sarawak

• Keadaan golongan bumiputera Sabah dan Sarawak

adalah jauh ketinggalan berbanding dengan kedudukan golongan yang sama di Semenanjung Malaysia.

• Semasa pentadbiran British, sektor ekonomi dan sosial di wilayah itu telah dimonopoli oleh golongan pendatang.

• Mendapat lebih banyak peluang daripada British, maka golongan pendatang lebih berjaya dalam pendidikan dan menjawat jawatan tinggi dalam pentadbiran negeri.

• Bumiputera merupakan golongan yang terbiar di tanah air mereka sendiri.

Page 10: 7 penubuhan malaysia

• Mereka yang berjaya dalam Tanah Melayu berhasrat untuk membantu penduduk-penduduk Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak yang kedudukan mereka cukup merosot dan tidak ada hak keistimewaan sebagai penduduk Melayu dan Bumiputera tempatan.

• Masyarakat Melayu di Tanah Melayu menganggap mereka sebagai “saudara” dan berkemungkinan mampu dipujuk untuk menyokong penubuhan Malaysia dan Parti Perikatan.

Page 11: 7 penubuhan malaysia

7.2.4 Mengeratkan Hubungan yang Sedia Ada • Pencantuman wilayah-wilayah Borneo dangan

Tanah Melayu juga dilihat sebagai lebih mengeratkan hubungan baik yang telah sedia terjalin.

• Ramai para pegawai, pentadbir, guru, serta hakim telah dihantar untuk mendapatkan latihan di Kuala Lumpur.

• Sementara itu, penggunaan satu mata wang yang sama memang telah wujud di antara Tanah Melayu dan Sabah serta Sarawak.

Page 12: 7 penubuhan malaysia

7.3 REAKSI-REAKSI AWAL PENUBUHAN MALAYSIA • Pada masa awal penubuhan Malaysia, terdapat

beberapa reaksi daripada pelbagai pihak seperti dari parti-parti politik dan pemimpin-pemimpin barat.

7.3.1 Parti-Parti Politik • Parti Rakyat Singapura telah menentang gagasan ini

dan menuduh ia sebagai bersifat neo-kolonialisme. • Sabah, Donald Stephen, pengarang Borneo Times telah

mengecam Tunku Abdul Rahman.

Page 13: 7 penubuhan malaysia

• Sarawak, semua parti politik telah menentang idea penyatuan ini dan penentangan ini diketuai oleh Stephen Yong.

• Brunei juga menentang gagasan ini. Antara pihak yang menentang ialah Parti Rakyat Brunei yang diketuai oleh Hafiz Laksamana.

• Membentuk Barisan Bersatu (United Front) pada Julai 1961 yang bertujuan mencabar Malaysia - dianggotai oleh Ong Kee Hui, Pengerusi SUPP, A.M. Azahari dari Parti Rakyat Brunei, dan Donald Stephens yang kemudiannya menubuhkan United National Kadazan Organization (UNKO).

Page 14: 7 penubuhan malaysia

• Ingin merdeka secara bersendirian tanpa Tanah Melayu dan salah tanggapan bahawa penubuhan Malaysia adalah sebagai satu jalan bagi Tanah Melayu meluaskan kuasa.

Page 15: 7 penubuhan malaysia

7.3.2 Pemimpin-Pemimpin Barat • Di peringkat antarabangsa – Australia telah

menyokong cadangan penubuhan Malaysia.• Britain dan Amerika Syarikat tidak menyatakan

sokongan mereka lebih awal kerana bimbangkan tuduhan bahawa rancangan penubuhan Malaysia adalah lebih merupakan idea dari mereka dan bersifat neo-kolonialisme.

• Jun 1961, Perdana Menteri Britain, Mc Millan telah menyatakan pandangannya bahawa idea penubuhan Malaysia merupakan sesuatu yang menarik.

Page 16: 7 penubuhan malaysia

7.4 LANGKAH-LANGKAH PENUBUHAN MALAYSIA 1. Penubuhan Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia

(Malaysian Solidarity Council Comitee - JPPM)

• Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM) telah dibentuk pada 23 Julai 1961 yang telah dipengerusikan oleh Donald Stephen.– Wakil Tanah Melayu di Persidangan Komanwel di Singapura

yang diketuai oleh Kapten Dr. Abdul Hamid Khan berpeluang menerangkan tentang gagasan penubuhan Malaysia.

• Bertanggungjawab dalam usaha untuk mendapatkan persetujuan dari pemimpin-pemimpin Singapura, Sabah, dan Sarawak.

Page 17: 7 penubuhan malaysia

• Untuk mendapatkan pandangan-pandangan yang berkesan mengenai penubuhan Malaysia.

• Menerangkan kepada rakyat mengenai gagasan pembentukan Malaysia.

• Pembentukan JPPM merupakan satu kejayaan diplomasi yang besar dan pembuka jalan kepada rundingan-rundingan selanjutnya. Empat rundingan yang telah dijalankan;• (i) 21 Ogos 1961 di Jeselton; • (ii) 18 Disember 1961 di Kucing; • (iii) 6 Januari 1962 di Kuala Lumpur; dan • (iv) 1 Februari 1962 di Singapura.

Page 18: 7 penubuhan malaysia

• Brunei tidak menghantar wakil dan pada tahun 1962

telah menyatakan pendirian mereka tidak berminat terhadap rancangan ini.

• Dalam perjumpaan-perjumpaan ini, wakil-wakil dari Tanah Melayu seperti Ismail Yusof dan Datuk Ong Yoke Lim serta Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew telah memainkan peranan yang penting dalam memberikan maklumat kepada pemimpin Sabah dan Sarawak tentang kebaikan menyertai penubuhan Malaysia. Di samping itu, mereka telah diundang dalam lawatan-lawatan muhibah ke Kuala Lumpur dan diberikan penerangan mengenai kemajuan-kemajuan yang telah dicapai oleh Tanah Melayu sepanjang tempoh kemerdekaannya.

Page 19: 7 penubuhan malaysia

2. Suruhanjaya Cobbold • Dibentuk pada 16 Januari 1962 untuk meninjau

dan mengkaji pandangan penduduk Sabah dan Sarawak.

• Dipengerusikan oleh Lord Cobbold, Britain melantik Sir Anthony Abell dan Sir David Watherston dan kerajaan Persekutuan Tanah Melayu melantik Ghazali Shafie dan Datuk Wong Pow Nee sebagai ahli.

• Hasil tinjauan menunjukkan 81 peratus penduduk Sabah dan Sarawak menyokong dan mahu menyertai Malaysia.

Page 20: 7 penubuhan malaysia

• Sabah dan Sarawak akan mencapai kemerdekaan lebih awal dari Britain.

• Bimbangkan ancaman komunis yang semakin merbahaya dan lebih mudah diatasi dengan bantuan Kuala Lumpur.

• Kemajuan dan kemakmuran yang telah dicapai oleh Persekutuan Tanah Melayu sejak mencapai kemerdekaan.

Page 21: 7 penubuhan malaysia

• Satu persetujuan telah dicapai oleh suruhanjaya tersebut;

(i) Perlembagaan yang bakal di tubuh hendaklah berasaskan kepada Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957.

(ii)Malaysia adalah nama persekutuan yang bakal dibentuk.(iii) Persetujuan dalam soal penghijrahan baik luar negeri

mahupun dari Semenanjung dan Singapura, di mana kerajaan negeri Sabah dan Sarawak mempunyai kuasa dalam menentukan kemasukan orang luar.

(iv) Majlis Undangan Sabah dan Majlis Negeri Sarawak diberi hak untuk menentukan hal-ehwal yang berkaitan dengan agama.

(v) Bahasa Melayu menjadi Bahasa Kebangsaan di kedua-dua negeri.

Page 22: 7 penubuhan malaysia

3. Pungutan Suara Singapura • Singapura merupakan negeri yang telah mencapai taraf

berkerajaan sendiri, maka tidak termasuk dalam bidang penyiasatan Suruhanjaya Cobbold.

• Pemimpin Singapura mengalu-alukan rancangan penubuhan Malaysia dan kesediaan untuk bergabung, namun kumpulan kiri dan Parti Barisan Sosialis menentang hebat rancangan ini.

• Bagi membuktikan bahawa tidak ada sebarang paksaan dalam menyertai Malaysia oleh pihak Singapura ke atas rakyatnya, maka satu pungutan suara telah dibuat dan mendapati bahawa 71 peratus penduduk Singapura memilih untuk menyertai Malaysia.

Page 23: 7 penubuhan malaysia

4. Jawatankuasa antara Kerajaan (JAK) • Satu usaha telah dijalankan bagi merangka serta

membentuk syarat pembentukan kerajaan Persekutuan yang terperinci.

• Ogos 1962 Jawatankuasa Antara Kerajaan telah dibentuk - dipengerusikan oleh Lord Landsdowne dan dianggotai oleh Tun Abdul Razak, Donald Stephen, Abang Haji Mustapha, Temenggung Jugah, dan seorang wakil dari Britain, serta seorang wakil dari Persekutuan Tanah Melayu.

• Pemimpin Parti Perikatan Sabah mahukan kepentingan dan masalah rakyat Sabah yang dikemukakan dan Tuntutan 20 dipertimbangkan yang mengandungi perkara-perkara yang berkaitan dengan agama, pendidikan, imigresen, bahasa, dan perwakilan ke Parlimen.

Page 24: 7 penubuhan malaysia

• telah menubuhkan lima jawankuasa kecil bagi mengkaji dan meneliti aspek-aspek perlembagaan, kewangan, perundangan, kehakiman, dan organisasi jabatan.

• Satu laporan telah dikeluarkan dan menjadi asas kepada Perjanjian Malaysia. Penubuhan Persekutuan Malaysia kemudiannya diisytiharkan di Stadium Negara pada 16 September 1963.

Page 25: 7 penubuhan malaysia

7.5 REAKSI-REAKSI PENUBUHAN MALAYSIA

• Walaupun telah diisytiharkan penubuhan Malaysia, namun terdapat juga reaksi-reaksi negatif daripada beberapa pihak.

• Antaranya, tentangan-tentangan dari – Dalam negara – Kerajaan Brunei – Kerajaan Filipina – Kerajaan Indonesia

Page 26: 7 penubuhan malaysia

7.5.1 Tentangan Dalaman

• Tentangan dari dalam negeri telah diterima dari kerajaan Kelantan, iaitu Parti PAS yang telah mengambil tindakan mahkamah dan mendakwa penubuhan Malaysia sebagai tidak sah ke atas Kelantan. Saman yang dikeluarkan oleh kerajaan Kelantan yang bertarikh 10 September 1963. Walau bagaimanapun, tuntutan saman tersebut telah gagal.

Page 27: 7 penubuhan malaysia

7.5.2 Kerajaan Brunei • Persetujuan awal atas pertimbangan Sultan Brunei, Sultan

Ali Sarifuddin yang memikirkan bahawa negara Brunei adalah sebuah negara yang kecil dan memerlukan perlindungan.

• Brunei menolak pelawaan penggabungan kerana tentangan rakyat Brunei melalui Parti Rakyat Brunei yang dipimpin oleh A.M. Azahari yang mendapat sokongan dari Partai Komunis Indonesia.

• Parti Rakyat Brunei telah melancarkan pemberontakan terhadap kerajaan Brunei dan mencadangkan penubuhan Kerajaan Borneo Utara bagi menggantikan penubuhan Malaysia.

Page 28: 7 penubuhan malaysia

• Sekiranya menyertai Malaysia dibimbangi pemberontakan akan lebih merebak.– Pemberontakan ditumpaskan oleh kerajaan Brunei dengan

bantuan Britain.

• Keengganan Sultan Brunei untuk membayar cukai ke atas petroleum.– Pendapatan petroleum untuk jangka masa sepuluh tahun.

• Sultan Brunei menolak kedudukannya dalam senarai raja-raja yang akan menjadi Yang Di Pertuan Agong. – Mahukan kedudukan yang lebih tinggi dan tempoh

pemerintahan yang lebih lama.

Page 29: 7 penubuhan malaysia

7.5.3 Kerajaan Filipina • Menentang penubuhan Malaysia.• Tuntutan ke atas Sabah. – Presiden Machapagal mendakwa Sabah sebagai

sebahagian dari wilayah Filipina.– Menuntut Sabah bagi pihak keluarga Sultan Sulu yang

pada masa dahulu merupakan penguasa ke atas negeri ini.

• Walau bagaimanapun, Sabah telah diserahkan kepada pedagang Austria dan kemudiannya telah berpindah milik kepada British.

Page 30: 7 penubuhan malaysia

• Sultan Sulu dan kemudian pewaris-pewarisnya telah menerima bayaran $5,000,000 setahun. Pada pandangan kerajaan Malaysia isu ini telah selesai.

• Kerajaan Malaysia dengan bantuan PBB telah membuat tinjauan dari rakyat Sabah dan mendapati majoriti rakyat negeri Sabah memilih untuk berada di bawah kerajaan Malaysia. – Kerajaan Filipina telah menolak hasil laporan

tersebut.

Page 31: 7 penubuhan malaysia

7.5.4 Kerajaan Indonesia

• Tentangan yang paling hebat berhubung penubuhan Malaysia ialah dari Indonesia yang telah melancarkan konfrontasi dari tahun 1963 hingga 1966.

• Pada peringkat awal, Indonesia tidak mahu campurtangan dalam soal penubuhan Malaysia kerana ia tidak melibatkan wilayah negara itu.

• Pada 20 November 1961, Menteri Indonesia Luar, Dr. Subandrio pernah mendoakan selamat maju jaya kepada usaha-usaha kerajaan Persekutuan Tanah Melayu untuk menubuhkan Malaysia dalam satu ucapannya di Perhimpunan Agong Bangsa-Bangsa Bersatu.

Page 32: 7 penubuhan malaysia

• Pendirian ini telah bertukar kemudiannya, dan Indonesia telah mengecam penubuhan Malaysia dan menganggap ia sebagai neo-kolonialisme atau satu bentuk penjajahan baru yang didalangi oleh Parti Komunis Indonesia.

• 20 Januari 1963 Menteri Luar Indonesia iaitu Dr. Subandrio telah mengumumkan konfrontasi ke atas Malaysia dengan melancarkan kempen “Ganyang Malaysia!”.

• Indonesia telah melancarkan konfrontasi ke atas Malaysia dalam aspek kemasyarakatan dan ekonomi.

Page 33: 7 penubuhan malaysia

• Keadaan menjadi semakin genting apabila tentera-tentera Indonesia menyusup masuk ke wilayah-wilayah Malaysia, seperti di pantai Pontian dan pantai Muar di Johor.

• Usaha bagi menamatkan konfrontasi Indonesia dan Malaysia serta memperbaiki hubungan Malaysia dan Filipina.

• Gagasan Maphilindo dalam satu Sidang Puncak yang di adakan di Manila pada 30 Julai hingga 5 Ogos 1963 - gagal

• Perundingan antara ketiga-tiga ketua pemimpin ini juga turut diadakan di Tokyo pada 20 Jun 1964 - buntu.

Page 34: 7 penubuhan malaysia

• Konfrotasi Indonesia ke atas Malaysia tamat dengan kejatuhan Sukarno akibat kegagalan cubaan coup-de-tet yang telah dilancarkan oleh Parti Komunis Indonesia pada 30 September 1965 dalam satu peristiwa yang dikenali sebagai G30S/PKI.

• Rundingan perdamaian dan pemulihan hubungan Indonesia dengan Malaysia telah diadakan di Bangkok pada tahun 1966.

Page 35: 7 penubuhan malaysia

7.6 KESIMPULAN • Penubuhan Malaysia jelas menunjukkan keinginan rakyat

Sabah, Sarawak, dan Singapura, malah Brunei sendiri untuk mencapaian kemerdekaan melalui Malaysia.

• Penubuhkan Malaysia menghadapi banyak halangan, namun penggabungan wilayah-wilayah ini adalah secara demokratik, iaitu melalui pungutan suara dan tidak ada unsur ugutan dari mana-mana pihak.

• Singapura kemudiannya menimbulkan pelbagai masalah kepada kerajaan pusat, negara itu akhirnya diizinkan keluar dari Persekutuan Malaysia pada tahun 1965.