sejarah kemunculan mazhab - efenem's weblog web viewsejarah kemunculan mazhab maksud perkataan...

Click here to load reader

Post on 13-Mar-2019

246 views

Category:

Documents

1 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

Sejarah Kemunculan Mazhab

Sejarah Kemunculan Mazhab

Maksud Perkataan Mazhab dan Imam

Sebelum ditinjau sejarah kemunculan mazhab-mazhab fiqh Islam, ada baiknya jika kita tinjauterlebih dahulu maksud perkataan Mazhabdan Imam itu sendiri.

Mazhab () dari sudut bahasa bererti jalanatau the way of. Dalam Islam, istilah mazhabsecara umumnya digunakan untuk dua tujuan: darisudut akidah dan dari sudut fiqh.

Mazhab akidah ialah apa yang bersangkut-pautdengan soal keimanan, tauhid, qadar dan qada,hal ghaib, kerasulan dan sebagainya. Antaracontoh mazhab-mazhab akidah Islam ialahMazhab Syiah, Mazhab Khawarij, MazhabMutazilah dan Mazhab Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah. Setiap daripada kumpulan mazhabakidah ini mempunyai mazhab-mazhab fiqhnyayang tersendiri. Mazhab fiqh ialah apa yangberkaitan dengan soal hukum-hakam, halal-haramdan sebagainya. Contoh Mazhab fiqh bagi Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah ialah Mazhab Hanafi,Mazhab Maliki, Mazhab al-Syafie dan MazhabHanbali.[1]

Mazhab fiqh pula, sebagaimana terang HuzaemahTahido, bererti:

Jalan fikiran, fahaman dan pendapat yangditempoh oleh seorang mujtahid dalammenetapkan suatu hukum Islam dari sumber al-Quran dan al-Sunnah. Ianya juga bererti sejumlahfatwa atau pendapat-pendapat seorang alim besaryang bergelar Imam dalam urusan agama, baikdalam masalah ibadah ataupun lainnya.[2]

Contoh imam mazhab ialah Abu Hanifah, Malik binAnas, al-Syafie dan Ahmad bin Hanbal.Pengertian mazhab ini kemudiannya beralihmenjadi satu kumpulan ajaran fiqh Islam yangdiikuti dan diterima oleh satu-satu kumpulan umatIslam dalam sesebuah wilayah atau negara. Ianyamenjadi sumber rujukan dan pegangan yangdiiktiraf sebagai ganti atau alternatif kepada ikutan,ijtihad dan analisa terhadap ajaran asli al-Qurandan al-Sunnah.

Perkataan Imam dari sudut bahasabererti teladan atau pemimpin. Dalam Islam,perkataan Imam memiliki beberapa maksudselari dengan konteks penggunaannya, iaitu:

1. Imam sebagai pemimpin solat berjamaah.2. Imam sebagai pemimpin atau ketua komunitiorang-orang Islam.3. Imam sebagai tanda kelebihan kedudukanilmunya, sehingga dijadikan sumber pembelajarandan rujukan ilmu agama. Contohnya ialah ImamAbu Hanifah, Imam Malik bin Anas dansebagainya. Walaupun mereka dijadikan sumberrujukan ilmu, autoriti mereka hanyalah terhadkepada apa yang tertera dalam al-Qur'an dan al-Sunnah.4. Imam sebagai wakil Allah dan pemimpin umatserta penentu zaman. Imam sebegini hanyakhusus bagi Mazhab Syiah. Imam-imam ini bukansahaja dijadikan rujukan syariat tetapi jugamemiliki autoriti dalam menetapkan sesuatu yangberkaitan dengan syariat tanpa terhad kepada al-Quran dan al-Sunnah.[3]

Sejarah kemunculan mazhab-mazhab fiqh IslamMazhab-mazhab fiqh Islam yang empat iaituMaliki, Hanafi, Shafie dan Hanbali hanya munculdan lahir secara jelas pada era pemerintahanDinasti Abbasid, iaitu sejak kurun ke 2H/8M.Sejarah kemunculan dan perkembangannya bolehdilihat dalam 4 peringkat, iaitu:

1. Pada era Rasulullah shallallahu alaihi wasallamdan para Khalifah al-Rashidun yang empat.2. Pada era Pemerintahan Dinasti Umayyad danAbbasid di mana pada ketika inilah mazhab-mazhab Islam mula muncul dan berkembang.3. Pada era kejatuhan Islam, iaitu mulai kurun ke4H/10M di mana mazhab-mazhab Islam tidak lagiberperanan sebagai sumber ilmu kepada umattetapi hanya tinggal sebagai sesuatu yang diikutidan diterima secara mutlak.4. Era kebangkitan semula Islam dan ilmu-ilmunyasama ada dalam konteks mazhab atau ijtihadulama mutakhir.[4]

Era PertamaEra ini bermula sejak diutusnya Muhammad ibnAbdillah menjadi seorang Rasul Allah danmengembangkan agama tauhid yang baru, iaituIslam. Pada ketika ini sumber syariat adalahpenurunan wahyu berupa al-Quran al-Karim dantunjuk ajar Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam.Al-Quran diturunkan secara berperingkat-peringkatbertujuan memudahkan umat menerima danbelajar secara bertahap.

Kemudahan mereka mempelajari Islam disokongoleh kehadiran Rasulullah shallallahu 'alaihiwasallam yang bertindak sebagai guru. Inisebagaimana dikhabarkan oleh Allah Subhanahuwa Taala di dalam al-Quran:

(Sebagaimana) Kami mengutuskan kepada kamuseorang Rasul dari kalangan kamu (iaituMuhammad), yang membacakan ayat-ayat Kamikepada kamu, dan membersihkan kamu (dariamalan syirik dan maksiat), dan yangmengajarkan kamu kandungan Kitab (Al-Quran)serta Hikmah kebijaksanaan, dan mengajarkankamu apa yang belum kamu ketahui. [al-Baqarah2:151]

Di samping itu sumber syariat kedua adalah jugamerupakan pengajaran Rasulullahshallallahu alaihi wasallam yang kini kita terimasebagai Hadis. Hadis beliau adalah jugamerupakan wahyu Allah Subhanahu wa Taala,sebagaimana firman-Nya:

Dan dia tidak memperkatakan (sesuatu yangberhubung dengan agama Islam) menurutkemahuan dan pendapatnya sendiri. Segala yangdiperkatakannya itu (sama ada Al-Quran atauhadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukankepadanya. [al-Najm 53:3-4]

Perbuatan Rasulullah shallallahu alaihi wasallamdalam konteks keagamaan juga merupakan salahsatu bentuk tunjuk ajar wahyu Allah Subhanahuwa Taala, sebagaimana firman-Nya:

Aku tidak melakukan sesuatu melainkan menurutapa yang diwahyukan kepadaku. [al-Ahqaf 46:09]

Rasulullah shallallahu alaihi wasallam jugabertindak sebagai seorang guru agama yangmembetulkan apa-apa perbuatan umat pada ketikaitu yang salah atau kurang baik walaupun beliaupada asalnya tidak ditanya akan hal tersebut.Contohnya ialah kisah yang diberitakan olehseorang sahabat, Abu Hurairah radhiallahu anh:Aku bertemu dengan Nabi shallallahu alaihiwasallam di salah satu jalan di Madinah,sedangkan aku dalam keadaan berjunub. Makaaku menyelinap iaitu mengelakkan diri daribertemu dengan Rasulullah dan pergi untuk mandisehingga Rasulullah mencari-cari aku.

Ketika aku datang kembali, baginda punbertanya: Ke mana kamu pergi wahai AbuHurairah ? Aku menjawab: Wahai Rasulullah!Engkau ingin menemuiku sedangkan aku dalamkeadaan berjunub. Aku merasa tidak selesa dudukbersama kamu sebelum aku mandi.

Lalu Rasulullah shallallahu alaihi wasallambersabda:

Maha Suci Allah! Sesungguhnya orang mukminitu tidak najis.[5]

Daripada keterangan di atas, dapat kita simpulkanbahawa sumber syariat atau fiqh Islam pada erapertama ini hanyalah apa yang bersumberdaripada ajaran al-Quran dan al-SunnahRasulullah shallallahu alaihi wasallam yakniajaran, perbuatan dan persetujuan beliau. Padaketika ini fiqh Islam mudah dipelajari dan sebarangkemusykilan mudah terjawab dengan hadirnyaseorang Rasul yang mengajar terus berdasarkanwahyu Allah Azza wa Jalla.[6]

Selepas kewafatan Rasulullah shallallahu alaihiwasallam pada tahun 10H/622M, para Khalifah al-Rashidun iaitu Abu Bakar al-Siddiq, Umar bin al-Khaththab, Utsman bin Affan dan Ali bin AbiThalib radhiallahu anhum mengambil-alih sebagaipemimpin agama dan negara. Islam dan segalaajaran syariatnya telahpun lengkap dengankewafatan Rasulullah shallallahu alaihi wasallam.Para Khalifah al-Rashidun meneruskan tradisipimpinan dan pengajaran Islam sebagaimana yangditunjukkan oleh Rasulullah shallallahu alaihiwasallam, iaitu berlandaskan kepada ajaran al-Quran dan al-Sunnah. Hanya wujud satuperbezaan yang besar pada ketika ini, iaitu wahyutidak lagi diturunkan.

Dalam era empat khalifah ini, sempadan-sempadan Islam sudah mula meluas ke arahwilayah-wilayah yang baru. Dengan pembukaanini, para khalifah Islam sekali-sekala terpaksaberhadapan dengan persoalan-persoalan yangbelum pernah dihadapi sebelum ini yangmelibatkan hal-hal muamalah seperti ekonomi,hartanah dan sebagainya. Bagi mencari jalanpenyelesaiannya, para khalifah akan dudukberbicara dengan para sahabat (Shura) bagimemperoleh satu jawapan majoriti yang palingdekat dengan ketentuan al-Qur'an dan al-Sunnah.

Ibn Hazm (456H) rahimahullah meriwayatkan dariMaimun bin Mehram, kata beliau:

Abu Bakar al-Siddiq, apabila datang orang-orangyang berperkara kepadanya, beliau akan mencarihukumnya dalam Kitabullah (al-Qur'an), makabeliaupun memutuskan perkara itu denganketetapan al-Qur'an. Jika tidak ada dalam al-Qur'andan beliau mengetahui sunnah Rasulullah dalamperkara itu, maka beliaupun memutuskan perkaraitu dengan ia. Jika tidak ada sunnah pada perkaraitu, beliaupun akan bertanya kepada para sahabat.

Abu Bakar akan berkata: Telah datang kepadakusuatu perkara, maka adakah kalian mengetahuihukum yang Rasulullah berikan terhadapnya ?Kadang-kadang berkumpullah beberapa orangsahabat di hadapannya memberitahu apa yangpernah diputuskan oleh Rasulullahshallallahu alaihi wasallam.

Dan jika Abu Bakar masih tidak menemui sesuatusunnah Rasulullah dari orang-orang yangditanyakan itu, maka beliau akan mengumpulkantokoh-tokoh sahabat dalam majlis Shura lalubertanyakan pendapat mereka. Dan jika pendapatmereka bersatu atas yang satu (semua setuju)iaitu ijma' , maka beliaupun akan memutuskanatas ketentuan hasil ijma' itu.

Dan Umar al-Khaththab berbuat demikian juga.[7]

Pada ketika ini, para sahabat kebanyakannyamasih berada di sekitar Kota Madinah. Oleh itutidaklah menjadi kesukaran untuk berbincangsesama mereka. Faktor ini memudahkan fiqhIslam berjalan dengan lancar dan selari tanpawujud apa-apa mazhab atau jalan pandangan yanglain. Suasana fiqh Islam berada dalam keadaanyang tulen, penuh keseragaman dan bersatusebagaimana yang wujud sebelum ini hasilkefahaman dan konsep saling bertolak ansur yangwujud di kalangan para sahabat dan pemimpinmereka.

Dalam era ini, tidak wujud sebarang mazhabmelainkan apa yang disyariatkan oleh al-Quran,diajar oleh Rasulullah shallallahu alaihi wasallamdan ijma para Khalifah serta sahabatradhiallahu anhum.

Era KeduaMulai tahun 41H/661M, setelah berlakunyapersaingan dan pergolakan politik, pemerintahanIslam beralih ke Dinasti Umayyad, satu kerajaanpemerintahan yang berprinsipkan dinasti iaitu yangberdasarkan zuriat keturunan. Dinasti Umayyadtidak memberikan perhatian