sistem sosial

10
SISTEM SOSIAL

Upload: diana-amran

Post on 03-Sep-2015

228 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

.

TRANSCRIPT

HIERARKI PENTADBIRAN

SISTEMSOSIALHIERARKI PENTADBIRAN

STRUKTUR SOSIAL MASYARAKATRaja/sultan/Yang Dipertuan Besar :

Pemerintah tertinggi dalam pentadbiran negeri.Mempunyai kuasa dan wibawa dalam menjalankan pemerintahan dan pentadbiran negeri.Mentadbir negeri dengan bantuan kaum kerabat dan para pembesar.Menyatupadukan rakyat, memelihara keamanan dan memajukan negeri.Berkuasa mutlak terhadap rakyat jelataMelaksanakan kuasa kerajaan pusat. Konsep daulat dan derhaka memperkukuhkan kuasa rajaMenjalinkan hubungan luar.Mempunyasi keistimewaan tertentu; warna kuning hanya untuk raja, payung putih untuk sultan, payung kuning untuk kerabat, menggunakan bahasa dalam, cop mohor diraja, alat kebesaran seperti kendi.Keluarga Dan Kerabat Diraja :

Kedudukan kedua selepas raja ialah anak raja dan kerabat diraja.Anak raja tidak semestinya seorang putera raja yang memerintah.Mempunyai gelaran raja, tengku dan wan.Jawatan raja muda diberi kepada putera sulung/tertua/adinda sultan jika tiada putera.Putera sultan ada yang dilantik menjadi pembesar daerah atau pemerintah jajahan taklukMempunyai keistimewaan sama seperti raja, tetapi tidak melebihi keistimewaan raja.Menggunakan bahasa dalam dan payung kuning.Golongan Bangsawan :

Terdiri daripada golongan pembesar dan kaum kerabatSangat berpengaruh dalam kalangan pemerintah dan pentadbir.Membantu sultan dalam pentadbiran dan pemerintahan.Menjadi penasihat/pembesar di daerah-daerah tertentu.

Pembesar Daerah :Terdiri daripada rakyat biasa yang dinaikkan taraf dan dilantik melalui surat tauliah oleh sultan yang bercop mohor.Memegang jawatan seumur hidup dan mesti menunjukkan taat setia kepada pemerintah.Berkuasa penuh dalam kawasan pegangannya.Berkedudukan penting dalam sistem pemerintahan kerajaan dan menjadi perantara sultan dengan rakyat.Menjaga keamanan dan memungut cukai di kawasan pemakanannya serta bebas menjalankan kegiatan ekonomi.Membekalkan tenaga buruh kepada sultan dalam sistem kerah dan serah. Contoh Membina istana.Golongan Ulama Dan Pendeta :

Golongan Ulama :Berketurunan Arab Melayu dan merupakan cendikiawan dalam bidang agama.Berkedudukan istimewa dan sangat berpengaruh dalam susun lapis masyarakat Melayu tradisional. Contoh jawatan mufti, kadiPenasihat sultan dalam hal ehwal agama/hukum syarak.

Golongan Pendeta :Pakar dalam bidang kesenian, kebudayaan, kesusasteraan, adat istiadat dan salasilah raja.Menjadi pakar rujuk kepada sultan dan golongan di istana.Merupakan penulis dan perawi diraja.Rakyat Biasa :

Petani, nelayan, dagang dan tukang.Tidak mempunyai kuasa politik dan jawatan dal;am pentadbiran.Mengamalkan tradisi gotong-royong.Tiga golongan rakyat biasa iaitu pedagang dan peniaga kecil-kecilan, buruh dan pekerja biasa serta petani dan tukang mahir.Bebas menjalankan kegiatan ekonomi- pertanian, perikanan, perlombongan dan perdagangan.Golongan Hamba :

Menyediakan tenaga manusia untuk aktiviti masyarakat seperti gotong-royong.Menyumbang tenaga untuk menambah harta tuannya.Melambangkan ketinggian taraf sosial pemiliknya.

Terdapat Tiga Jenis Hamba:Hamba Raja :Merupakan hamba yang tertinggi daripada hamba lainTerdiri daripada bekas tawanan perang/banduaanHamba Berhutang :Menjadi hamba dalam tempoh yang ditetapkan sehingga berjaya melangsaikan hutang dan akhirnya bebas menjadi rakyat biasaHamba Biasa :Menjadi hamba seumur hidup.PERANAN PEMERINTAHAN RAJA/SULTAN