sistem sosial menurut islam

37
KOLEJ MARA BANTING Bukit Changgang, 42700, Banting, Selangor Darul Ehsan. FOLIO PENDIDIKAN AGAMA ISLAM SEM 1 SISTEM SOSIAL MENURUT ISLAM (USTAZ ABDUL JAMIR MD. SAAD) 1

Upload: pendislam

Post on 02-Jul-2015

835 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sistem Sosial Menurut Islam

KOLEJ MARA BANTING

Bukit Changgang, 42700, Banting, Selangor Darul Ehsan.

FOLIO PENDIDIKAN AGAMA ISLAM SEM 1

SISTEM SOSIAL MENURUT ISLAM

(USTAZ ABDUL JAMIR MD. SAAD)

1

Page 2: Sistem Sosial Menurut Islam

ALYA AMEERA BINTI AZIZUL920515-14-5340

M10E

No.

MUKA SURAT

1. PENDAHULUAN 3-8

2. GOLONGAN GHURABA’ 9-13

3. IKHTILAT 14-20

4. KEJATUHAN NILAI-NILAI MORAL 21-26

5. PENUTUP 27-28

2

Page 3: Sistem Sosial Menurut Islam

PENDAHULUANPernahkah kita terfikir di zaman manakah kita ketika ini? Adakah pada zaman

kebangkitan Islam? Atau pada pertengahannya mahupun pada zaman kejatuhannya? Ketahuilah,

bahawa soalan inilah yang sebenarnya patut menghantui benak pemikiran kita pada waktu ini

dan bukannya persoalan tentang artis-artis sini dan situ yang menjalinkan skandal terbaru

mahupun gosip-gosip liar tentang Datin ini dan Datuk itu. Apa yang dapat kita lihat pada saban

hari, maksiat dan kemungkaran yang berlaku dalam kalangan umat Islam semakin berleluasa,

sehinggakan orang yang tidak pernah membuat maksiat diejek dan dihina kerana menjadi terlalu

baik.

Adakah menjauhi maksiat itu dianggap menjadi terlalu baik? Bukankah itu satu

tanggungjawab kita sebagai seorang hamba? Cuba renung-renungkan kembali, apakah janji kita

kepadaNya pada saat pertama Allah tiupkan ruh ke dalam jasad yang hina ini? Kini, Islam yang

dahulunya dipandang gah kerana pernah muncul sebagai kuasa terbesar yang menguasai dunia

tidak lagi disanjungi dan dipandang tinggi oleh masyarakat yang beragama lain. Apa yang

berlaku muslimin dan muslimat? Tiada siapa yang mampu merungkai persoalan ini melainkan

‘kita’. Ya, kita, generasi penyambung zaman kegemilangan Khurafa’ Al-Rasyidin.

Apa yang sebenarnya berlaku kepada kita? Adakah dunia ini terlalu indah sehinggakan

kita terlalu leka untuk kembali kepada Pencipta kita? Adakah nikmat yang Allah pinjamkan ini

terlalu mengasyikkan sehinggakan kita rasa kita mampu hidup tanpaNya? Tergoda sangatkah

kita dengan harta dan pangkat sehinggakan kita lupa asal usul kita yang rupa-rupanya datang dari

setitis air mani yang hina? Adakah kerana kita takut untuk digelar sebagai seorang yang pengecut

oleh masyarakat yang beragama lain hanya kerana menjadi terlalu baik dan ego terhadap

santapan-santapan yang nikmat di dunia sehinggakan kita buat endah tak endah dengan jaminan

syurga Allah di akhirat nanti? Tepuk dada, tanyalah iman.

3

Page 4: Sistem Sosial Menurut Islam

“SISTEM SOSIAL MENURUT ISLAM” pada masa kini dan perbezaannya berbanding

zaman khalifah telah menjadi pilihan saya sebagai tajuk folio agama untuk Semester Satu ini

adalah kerana perasaan inkuiri yang semakin menebal tentang apa yang sebenarnya yang kita

perlu lakukan bagi memenuhi tuntutan untuk bersosial dalam Islam. Sungguh, saya juga

mempunyai semangat ingin tahu yang tinggi tentang apekah skop-skop utama yang ditekankan

dalam sistem sosial semasa zaman kegemilang khurafa’ Al-Rashidin dan zaman-zaman

seterusnya seperti zaman Bani Umaiyyah, Abbasiyah dan Uthmaniyah sehinggakan mereka

mampu untuk muncul sebagai satu kuasa yang hebat yang pernah menguasai dua pertiga dunia.

Jikalau kita lihat secara imbas, umat Islam yang hidup di zaman Bani Abbasiyah begitu hebat

sistem pendidikannya dan penguasaan teknologi ibarat berada di hujung ibu jari mereka.

Misalnya, “Ibnu Sina yang mula menjadi terkenal selepas berjaya menyembuhkan penyakit

Putera Nub Ibn Nas al-Samani yang gagal diubati oleh doktor yang lain. Kemasyhuran Ibnu Sina

melangkaui wilayah dan negara Islam sekali lagi terbukti apabila bukunya, Al Qanun fi al-Tibb

telah diterbitkan di Rom pada tahun 1593 sebelum dialihbahasakan ke dalam Bahasa Inggeris

dengan judul Precepts of Medicine “ 1dan masih dijadikan rujukan sehingga sekarang .

Bagaimanakah mereka mampu untuk menjadi seorang cendekiawan yang unggul dan

dalam masa yang sama mereka juga mampu untuk menjadikan perbatasan sosial mereka tetap

kukuh dan sejajar menurut konsep Islam? Sedangkan kita? Contohnya, sering kali menjadikan

alasan membuat ‘study group’ terutamanya antara nisa’ dan rijal atas tujuan untuk menuntut ilmu

walaupun pelbagai lagi alternatif yang efektif dan wajar yang boleh dilakukan untuk mencari

ilmu. Adakah kita semua yakin, bahawa ‘study group’ itu hanya berkisar tentang ilmu dan

sesuatu yang ilmiah sahaja? Berkesan sangatkah ‘study group’ itu sehinggakan dengan cara itu

sahaja mampu lahirnya ramai Ibnu Sina yang kedua di antara kita? Masih adakah lagi Al-

Khawarizmi versi dunia moden era globalisasi? Sekali lagi, tepuklah dada, tanyalah minda.

Sesungguhnya, Allah s.w.t menciptakan akal untuk manusia supaya kita berfikir.

Wahai kaum Muslimin dan Muslimat! “Demikianlah secebis kisah bagaimana

bermulanya segala penderitaan dan kehinaan yang menimpa umat ini, umat yang pernah satu

ketika dulu memimpin dunia dan membawa rahmat ke setiap penjuru alam. Dari sesuatu benda

kecil yang dipandang remeh, perkara itu semakin membiak dan menjatuhkan maruah umat kita

1 http://ms.wikipedia.org/wiki/Ibnu_Sina

4

Page 5: Sistem Sosial Menurut Islam

sendiri. “Tidak ada fakta yang dapat menafikan bahawa Sistem Pemerintahan Khilafah yang

telah diamalkan oleh umat Islam semenjak zaman Khalifah Rasyidah hinggalah ke zaman

Uthmaniyyah, telah menjaga dan melindungi umat Islam. Apa yang telah dilakukan oleh para

Khulafa Rasyidah dan diteruskan oleh pengganti-pengganti mereka ini telah terpahat dalam

sejarah Islam dan telah memenuhi ribuan lembaran kitab yang masih dijadikan rujukan sehingga

sekarang. Walaubagaimanapun, perlu kita ketahui bahawa apa yang telah terpahat itu bukan atas

dasar nama sejarah semata-mata, tetapi ia adalah sebuah kewajiban yang telah ditunaikan oleh

para pendahulu kita, yang juga merupakan kewajiban yang sama yang telah diletakkan oleh

Allah s.w.t ke atas kita untuk melakukannya dan ingatlah, umat Islam itu hanya akan meraih

kemuliaan dengan mematuhi perintah dan larangan Allah.”2

Cuba kita lihat di dada-dada akhbar semakin banyak kes rogol, kes zina dan pelbagai lagi

kes yang berkaitan sosial berlaku dalam umat kita sendiri. Jika dahulu masyarakat melemparkan

pandangan yang amat hina kepada umat Islam yang bekerja sebagai pembantu mempromosikan

arak di pasar-pasaraya, namun kini, kaki botol yang minum arak secara terang-terangan di

hadapan masyarakat awam hanya dipandang sebelah mata. Betullah kata orang, zaman kita

seakan-akan menyamai zaman jahiliyah kerana kes-kes pembuangan bayi juga turut berleluasa

dari masa ke masa disebabkan zina. Sesungguhnya, ketahuilah bahawa zina itu datangnya sendiri

dari sesuatu faktor yang sangat kecil, iaitu ikhtilat yang tidak dijaga. Maka, dengan itu, janganlah

kita fikir bahawa sesuatu yang sekecil zarah itu tidak perlu kita ambil kira, kerana pada

kebiasaannya yang kecil itulah yang membawa kepada perkara yang lebih utama dan boleh

merosakkan sesuatu kaum itu sendiri.

Namun begitu, Allah memulakan dan mengakhirkan penciptaan alam ini dengan cara dan

masa yang dikehendakiNYA. Kita sebagai makhluk yang telah menduduki sebahagian kecil alam

ini hendaknya menyedari tentang hakikat ini, lalu merenung segala hikmah dan pengajaran yang

terungkap disebalik segala kejadian agar dapat bertindak tepat dan sejajar dengan kehendak

Allah s.w.t.

2 http://islamic.xtgem.com/ibnuisafiles/list/2009/Januari/khilafah/1/khilafah10.htm

5

Page 6: Sistem Sosial Menurut Islam

“Oleh karena itu senantiasa ada peringatan dari Rasulullah SAW untuk umatnya agar

menyadari di zaman apa dia berada dan bagaimana dia harus bertindak demi menyelamatkan

Iman dan Islamnya.

Rasulullah SAW bersabda :

"Telah berlaku zaman kenabian keatas kamu, maka berlakulah zaman kenabian itu sebagaimana

yang Allah kehendaki, kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah zaman

khalifah yang berjalan sepertimana zaman kenabian. Maka berlakulah zaman kenabian itu

sebagaimana yang Allah kehendaki, kemudian Allah mengangkatnya. Kemudian berlakulah zaman

pemerintahan yang menggigit. Berlaku zaman itu seperti yang Allah kehendaki. Kemudian Allah

mengangkatnya juga, kemudian berlakulah zaman pemerintahan diktator (zaman penindasan dan

penzaliman), dan berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian berlaku

pula zaman khalifah yang berjalan diatas cara hidup zaman Kenabian"

[H.R. Imam Ahmad, Bazzar dan Attabrani dari Abu Huzaifah Al-Yamani]

Hadith diatas jelas menunjukkan bahwa Umat Rasulullah SAW akan menempuh 4 zaman

secara bergilir-gilir sebelum berlakunya hari kiamat iaitu:

1. Zaman Kenabian (Nubuwwah) dan rahmat

2. Zaman Khulafaurrasyidin dan rahmat

3. Zaman pemerintahan yang menggigit (kerajaan-kerajaan Islam)

4. Zaman fitnah (kerosakan) dan kegelapan

5. Zaman Khalifah atau Ummah kedua yang berjalan diatas cara hidup zaman kenabian

yakni zaman pemerintahan Imam Mahdi dan Nabi Isa.” 3

Zaman Fitnah atau Zaman Kerosakan

Zaman ini dimulakan dengan jatuhnya kekhalifahan Islam terakhir, iaitu kekhalifahan

Turki Uthmaniyyah pada tahun 1924 dan masih berterusan sehinggalah ke hari ini.

3 http://kawansejati.ee.itb.ac.id/book/export/html/16105

6

Page 7: Sistem Sosial Menurut Islam

“Zaman ini merupakan zaman kerosakan dan kegelapan. Pada zaman ini umat Islam

berada di dalam kehinaan yang berpanjangan, yang merupakan akibat dari kelalaian dan sikap

mereka sendiri yang mendapat kemurkaan Allah. Beberapa ciri-ciri zaman fitnah ini adalah :

1. Negara Islam satu persatu mulai jatuh dan dijajah oleh orang kafir.

2. Akidah umat Islam pada saat itu sangat rapuh, ada diantaranya Islam di waktu pagi dan

kafir di waktu petang

3. Ibadah sangat lemah, solat, puasa dan membaca Al-Qur'an tidak lagi diamalkan secara

bersungguh-sungguh atau tidak diamalkan sama sekali.

4. Ukhuwah sesama Islam sangat lemah sehingga terjadi peperangan dan pembunuhan

sesama umat Islam.

5. Penyakit cinta dunia dan takut mati sangat tebal dalam hati umat Islam. (wahan)

6. Kemungkaran yang terjadi dalam masyarakat Islam hampir tidak ada bezanya dengan

apa yang terjadi dalam kalangan masyarakat yang bukan Islam.

7. Wanita-wanita Islam telah dicabut rasa malunya dengan bertingkah laku tidak

senonoh, menampakkan aurat di depan umum, menari dan menyanyi tanpa menjaga

harga diri.

8. Umat Islam terhina di seluruh aspek kehidupan. Politik, ekonomi, pendidikan,

pengobatan, pertanian, dan lain-lain, sehinggakan umat Islam terpaksa bergantung

pada sistem kufur.

9. Sedikit demi sedikit cara hidup umat Islam telah mengikuti cara hidup orang-orang

Yahudi dan Nasrani.”4

Namun begitu, masih adanya suatu golongan pada waktu zaman kegelapan ini yang

sentiasa bersungguh-sungguh dan bersemangat membantu umat Islam untuk keluar dari lembah

kehinaan ini walaupun mendapat tentangan yang hebat. Inilah dia, golongan-golongan yang

lemah tetapi mempunyai keyakinan dan keimanan yang kuat dan kukuh serta perjuangan yang

padu.

“Rasulullah SAW pernah bersabda :

4 http://kawansejati.ee.itb.ac.id/book/export/html/16105

7

Page 8: Sistem Sosial Menurut Islam

"Senantiasa ada di kalangan umatku satu thoifah yang akan menzahirkan kebenaran dan tidak dapat dibinasakan oleh orang-orang yang tidak suka disisi mereka sampailah hari kiamat"

Seperti yang kita ketahui, bukanlah suatu kerja yang mudah untuk menghidupkan suasana

Islam di tengah-tengah zaman fitnah yang mana berlakunya kegelapan dan kerosakan di mana-

mana sahaja dan mereka ini senantiasa diuji dan ditentang dengan berbagai-bagai macam fitnah

dan ancaman. Tepat sekali sabda Rasulullah yang mengatakan bahawa Islam akan kembali asing.

Namun walaupun begitu, Islam akan kembali kuat dan memusnahkan segala bentuk

kekufuran sebagaimana Rasulullah dulu berjaya melakukannya yakni dengan jalan berdakwah

dan mendidik hati manusia. Inilah langkah-langkah awal menuju zaman Imam Mahdi dan Nabi

Isa yang merupakan peringkat akhir zaman yang yang menandakan bahawa kita semua bakal

menghadapi hari kiamat seperti mana yang telah dijanjikan Allah sejak dahulu lagi.” 5

5 http://kawansejati.ee.itb.ac.id/book/export/html/16105

8

Page 9: Sistem Sosial Menurut Islam

GOLONGAN GHURABA’Benarlah kata orang, dunia semakin hari semakin terbalik kepada 360 darjah.

Pengamalan dan penerapan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian lebih dianggap sebagai

budaya daripada kefahaman kita sendiri tentang kewajiban dan sebab Allah menurunkan perintah

untuk membuat sesuatu itu. Cuba kita saksikan, betapa ramainya wanita Islam atau nisa’ yang

bertudung, tetapi kelihatan seakan-akan tidak bertudung. Sedihnya pakaian yang membaluti

tubuh mereka mengatakan bahawa tiada fungsinya untuk bertudung. Ramai juga yang saya lihat

bertudung, tetapi sayangnya tudung yang melitup kepala itu tidak mampu menyembunyikan

kerendahan akhlak mereka terutamanya remaja-remaja perempuan yang sudah berani untuk

mencabar masyarakat dengan perangai-perangai yang saya kira tidak pernah dipraktiskan semasa

zaman khalifah. Untuk apa kita bertudung? Mungkin bagi mereka ini bertudung hanya kerana

ahli keluarga yang lain bertudung, dan mungkin sekolah mewajibkan pemakaian tudung dan

mungkin alasan yang paling teruk dari itu ialah bapa dan ibu seorang ustaz ataupun ustazah.

Bukankah kefahaman tentang agama itu lebih penting?

“Ramai juga yang menyatakan bahawa sukar untuk membawa dan menyesuaikan Islam

yang sebenar di dalam kehidupan hari ini. Islam mula dipandang serong, malah dijauhi. Ini

adalah kerana, apabila kita cuba untuk mengambil Islam secara separuh-separuh tanpa

menyeluruh, kita diibaratkan seperti melawan arus.

Ibarat kita sedang mendaki gunung, sedang ramai pula yang bergerak turun. Kelihatan

pelik, asing.” 6

Bila tidak ada teman wanita, dianggap tidak macho. Yang wanitanya pun sama dua kali

lima, segan bila tiada teman lelaki, takut dikatakan tidak laku. Rasa teramat pelik apabila ada

yang tergamak melabelkan status ‘gay’ dan ‘lesbian’ kepada mereka yang tidak berminat untuk

6 http://ms.langitilahi.com/?s=ghuraba%27

9

Page 10: Sistem Sosial Menurut Islam

memburu pasangan semata-mata untuk hiburan duniawi. Bila yang penagih cuba untuk berubah

ke arah kebaikan, dikatakan hipokrit dan menunjuk-nunjuk. Bila dinasihati, mula digelar ustaz

dan ustazah. Apakah ustaz dan ustazah sahaja yang Allah amanahkan untuk menyampaikan

dakwah?

Bila difikir-fikirkan, kadangkala perkara-perkara sebeginilah yang menjadikan penerapan

nilai-nilai Islam dalam kehidupan sedikit terjejas dan terbantut. Dan, kadangkala perkara-perkara

seperti ini jugalah yang menyebabkan kita rasa terbeban dan berasa sedikit keberatan untuk

mengamalkan Islam secara menyeluruh. Ini belum lagi ditambah dengan dugaan, godaan dan

hawa nafsu yang begitu kuat untuk bersama-sama dan turut serta dengan mereka yang di atas ini

untuk terus menjadikan Islam semakin dipandang serong.

Inilah yang dinamakan ghuraba’.

Namun ini situasi mereka yang bahagia, walaupun kebahagiaan itu bukan datang dari

manusia sekelilingnya. Dan, mereka yakin mudarat dari manusia itu sendiri tidak akan dapat

untuk dibawa ke mana-mana sejajar dengan “ hadith Rasulullah “…sekiranya mereka itu berkumpul

untuk memberikan mudarat kepadamu, maka mereka itu tidak akan mampu memudaratkan kamu walau dengan

apa pun kecuali dengan apa yang telah ditetapkanNya ke atas kamu” Hadith riwayat Tirmidzi, hadith ke 19 di

dalam hadith 40 An-Nawawi.”7

KEBAHAGIAAN YANG TERTINGGI

“Sabda Rasulullah:

“Islam itu datang dalam keadaan asing, dan ia akan kembali menjadi asing sebagaimana mulanya ia, maka

beruntunglah orang-orang yang asing (ketika keasingan Islam yang kedua itu)”

Hadith riwayat Muslim.” 8

7 http://ms.langitilahi.com/?s=ghuraba%278 http://ms.langitilahi.com/?s=ghuraba%27

10

Page 11: Sistem Sosial Menurut Islam

“An-Nawawi rahimahullah menukil keterangan al-Harawi bahawa makna orang-orang

yang asing adalah: orang-orang yang berhijrah meninggalkan negeri/daerah mereka karena

kecintaan mereka kepada Allah s.w.t (Syarh Muslim, 1/235).

Ada yang bertanya, “Siapakah yang dimaksud dengan orang-orang asing?”. Beliau

menjawab, “Iaitu orang-orang yang memisahkan diri dari kabilah-kabilah [mereka].” (HR.

Ibnu Majah [3978] dinyatakan sahih oleh al-Albani dalam Shahih wa Dha’if Sunan Ibni Majah

[8/488] namun tanpa tambahan ‘ada yang bertanya, dan seterusnya’, as-Syamilah).

Imam Ahmad meriwayatkan dalam Musnadnya dari Abdullah bin Amr bin al-’Ash

radhiyallahu’anhu, dia mengatakan; Suatu hari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam berbicara

dan ketika itu kami berada di sisi beliau, “Beruntunglah orang-orang yang asing.” Kemudian

ada yang menanyakan, “Siapakah yang dimaksud orang-orang yang asing itu wahai

Rasulullah?”. Maka beliau menjawab, “Orang-orang salih yang hidup di tengah-tengah

orang-orang yang jelek lagi banyak [jumlahnya]. Orang yang mendurhakai mereka lebih

banyak daripada orang yang menaati mereka.” (HR. Ahmad 6362 [13/400], disahihkan al-

Albani dalam Shahih w a Dha’if al-Jami’ 7368 [3/443] as-Syamilah).

Tambahan, Imam at-Tirmidzi membawakan hadith dari Anas bin Malik

radhiyallahu’anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Akan datang suatu

masa ketika itu orang yang tetap bersabar di antara mereka di atas ajaran agamanya

bagaikan orang yang sedang menggenggam bara api.” (HR. Tirmidzi [2260] disahihkan al-

Albani dalam Shahih wa Dha’is Sunan at-Tirmidzi [5/260], as-Shahihah no 957. as-Syamilah).”9

KEUNTUNGAN YANG TERTINGGI

Berdasarkan hadith di atas juga, Rasulullah s.w.t telah menggunakan perkataan ‘Tuuba’

dan bukannya ‘Basyara’ yang membawa maksud kegembiraan kerana, ‘Tuuba’, merujuk kepada

keuntungan yang paling tinggi.

9 http://abu0mushlih.wordpress.com/2009/01/17/orang-orang-yang-asing/

11

Page 12: Sistem Sosial Menurut Islam

“Apakah yang dimaksudkan dengan keuntungan yang tertinggi? Sudah tentu, tidak lain

dan tidak bukan iaitu syurga Allah yang kekal abadi.

Firman Allah;

“(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-

taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik

dalam Syurga ” Adn “. Itulah kemenangan yang besar. Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu

pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya). Dan sampaikanlah berita yang

menggembirakan itu kepada orang-orang yang beriman.” Surah As-Saff ayat 12-13.”10

Tidak dinafikan, memang sukar untuk menolak sesuatu perkara yang sangat menarik,

tetapi tidak mendapat redhaNya. Wahai saudara, ingatlah dan ketahuilah bahawa bukannya

senang untuk kita mendapat keuntungan yang tertinggi jika kita sendiri tidak sanggup berkorban

untuk tidak melayan kerenah nafsu amarah kita. Saya ambil satu analogi yang cukup ringkas,

contohnya dalam sistem barter, adakah kamu sanggup untuk menukarkan satu peti emas kamu

kepada satu peti kapas milik orang lain? Jawapannya , sudah tentu tidak. Maka, janganlah kita

10 http://abu0mushlih.wordpress.com/2009/01/17/orang-orang-yang-asing/

12

Page 13: Sistem Sosial Menurut Islam

semudah-mudahnya fikir dan ingat Allah sungguh senang untuk menghadiahkan kamu

syurgaNya jika kamu tidak sedikit pun mahu berkorban untukNya sedangkan kamu sudah

maklum bahawa perkara yang kamu lakukan itu sudah terang lagi bersuluh pasti akan memakan

diri kamu sendiri.

Jadinya, marilah kita berusaha bersama-sama menjadi golongan ghuraba’, walaupun

seluruh dunia membenci dan berkomplot merosakkan kita, namun kita tetap tenang dan bahagia

jiwanya, merdeka hatinya, kerana kita perlu percaya bahawa ada yang menjaga kita.

Akhir kata, benarlah keperitan itu sendiri ialah mahar dan bayaran untuk syurga. Tiada

yang mudah untuk mendapatkan sesuatu yang paling tinggi nilainya, jadikan sabar sebagai

penyelesaiannya. Jangan lakukan sesuatu kebaikan untuk menunjuk-nunjuk tetapi, kita

menghidupkan dan membumikan nilai-nilai Islam yang izzah di dalam kehidupan hanya kerana

untuk mencapai redha Allah Ar-Rahim kerana,

“Sesungguhnya agama (yang di redhai) di sisi Allah hanyalah Islam” Ali Imran ayat 19.

13

Page 14: Sistem Sosial Menurut Islam

“Celupan Allah, dan siapakah yang lebih baik daripada Allah akan acuannya?” Al-Baqarah ayat 138

IKHTILAT“Dari segi bahasa, ikhtilat bererti meramukan, menggaul sesuatu dengan sesuatu yang

lain yakni mencampurkannya.

Dari segi syara’, ikhtilat bererti percampuran wanita dengan lelaki iaitu perkumpulan

mereka pada satu tempat, sama ada dalam bentuk kumpulan atau bersendirian. Percampuran di

satu tempat selalunya menyebabkan mereka bertemu antara satu sama lain, berpandangan dan

bertegur sapa.”11

Ikhtilat sering kali dipandang remeh oleh remaja-remaja masa kini. Masalah ikhtilat yang

semakin bermaharajalela seakan-akan terkubur lalu lenyap tanpa ada seorang pun diantara kita

yang mampu membuka mulut untuk bersuara. Kerana apa? Adakah kerana kita takut untuk

digelar sebagai seorang yang kuno dan tidak mengikut trend semasa? Adakah kerana kita takut

dipulau dan diasingkan? Jikalau ‘ya’ jawapannya, maka rugilah kita kerana sesungguhnya Allah

telah menjanjikan kebahagiaan kepada golongan ghuraba’, iaitu golongan yang terasing.

“Kalau kita perasan, sahabat-sahabat Rasulullah SAW juga menuntut ilmu dengan isteri

Rasulullah SAW selepas kewafatan Rasulullah SAW. Bagaimana kah cara mereka menuntut

ilmu dengan isteri Rasulullah SAW?

11 http://kufahukm.blogspot.com/2010/07/ikhtilat-itu-halal.html

14

Page 15: Sistem Sosial Menurut Islam

Isteri Rasulullah SAW akan berada di belakang tabir, kemudian menyampaikan ilmu.

Nampak? Wahai perempuan, anda dengan isteri Rasulullah SAW, siapakah yang lebih

tinggi imannya? Wahai lelaki, siapakah anda jika hendak dibandingkan dengan sahabat

Rasulullah SAW? Sedangkan mereka yang telah dijanjikan syurga ini pun masih lagi bertabir,

menjaga pandangan, menjaga ikhtilat, bagaimanakah kita?” 12

Penting sangatkah menjaga ikhtilat dan bagaimanakah masalah ikhtilat ini sendiri telah

menyumbang ke arah kehancuran ummah?

Pertamanya, IA, SANGAT PENTING. Apabila rijal dan nisa' berjumpa tidak kira atas

apa jua keperluan dan keadaan perlulah berteman, bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW,

bahawa syaitan pasti menjadi orang yang ketiga di antara seorang lelaki dan perempuan yang

berdua-duaan.

Islam juga menyeru kita agar menjaga pandangan. Maksud menjaga di sini ialah

mengawal dan menundukkan pandangan terutamanya An-nisa’, tidakkah kamu ketahui bahawa

pandangan seorang perempuan merupakan satu panahan mata syaitan?

“Sabda Rasulullah SAW: "Wahai Ali janganlah pandangan (yang kedua) menuruti pandangan (yang pertama)

kerana sesungguhnya pandangan pertama itu adalah bagimu sedang yang kedua tidak (berdosa)."

12 http://ms.langitilahi.com/bila-kamu-bising-fasal-ikhtilat/

15

Page 16: Sistem Sosial Menurut Islam

Firman Allah s.w.t: “Katakanlah kepada lelaki-lelaki dari orang-orang beriman supaya menahan pandangan

mereka serta menjaga kehormatan mereka dan katakanlah kepada perempuan-perempuan dari orang-orang

yang beriman supaya menahan penglihatan mereka serta menjaga kehormatan mereka.” An-Nur ayat 31” 13

Jangan ingat hanya manusia sahaja yang mendiami alam ini. Haiwan, tumbuh-tumbuhan

juga merupakan sebahagian daripada makhluk Allah. Malah, syaitan yang dijadikan daripada api

itu juga pada asalnya merupakan makhluk Allah yang sungguh mulia tetapi malangnya telah

dicampak ke dunia dengan kemurkaan Allah atas sikapnya yang ingkar kepada Penciptanya.

Ketelanjuran dalam tidak menjaga ikhtilat boleh menyeru ke arah sesuatu yang lebih mungkar,

iaitu zina. Dan, malangnya syaitan juga turut membantu manusia dengan berbisik-bisik kepada

mereka supaya leka dan tidak hairan tentang masalah ikhtilat lalu kemudiannya menyeru

manusia untuk berzina dengan cara yang paling halus. Ya, memang benar, semua yang dijadikan

di dunia ini adalah berpasang-pasangan untuk melengkapi antara satu sama lain. Tetapi, haruslah

kita sisipkan ke dalam hati dan berikan peringatan kepada minda bahawa maksud ‘berpasang-

pasangan’ di sini adalah satu hubungan yang halal dan mendapat keredaan Allah. Redhakah

Allah kepada kita yang bercinta?

“Allah s.w.t berfirman;

13 http://cebisankenangankirana.blogspot.com/2009/12/buat-sahabatku.html

16

Page 17: Sistem Sosial Menurut Islam

“ Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya(zina) itu adalah satu perbuatan yang keji, dan jalan yang

buruk” Al-Israa’ ayat 32.

Kalau kita perhatikan, ayat larangan mendekati zina terletak di tengah-tengah Surah Al-

Israa’. Bukan di hadapan, bukan di belakang. Itu ayat melarang. Satu teguran, pesanan daripada

ALLAH SWT untuk menyatakan buruknya zina itu.

“ Katakanlah kepada lelaki-lelaki yang beriman, agar mereka menjaga pandangan mereka dan memelihara

kemaluan mereka, yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui apa yang

mereka kerjakan” An-Nur ayat 30.”14

SESUATU UNTUK KITA PERHATIKAN DAN TAHU.

Cuba perhatikan:

1) Surah Al-Israa’ ayat 15

- Allah berfirman bahawa “ Dan janganlah kamu dekati…”

(‘dekati’ dalam bahasa arab: Taqrobu)

2) Surah An-Nur ayat 30

14 http://ms.langitilahi.com/bila-kamu-bising-fasal-ikhtilat/

17

Page 18: Sistem Sosial Menurut Islam

- Allah berfirman bahawa “Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka

kerjakan” (‘kerjakan’ dalam ayat ini: Ma Yasna’uun’)

3) Surah An-Nur ayat 31 dan 32

- Allah berfirman bahawa “ Katakanlah kepada lelaki-lelaki yang beriman, agar mereka

menjaga pandangan mereka dan memelihara kemaluan mereka, yang demikian itu

lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui apa yang mereka

kerjakan” Surah An-Nur ayat 30.

Kemudian ALLAH SWT berfirman lagi: “ Dan katakanlah kepada para perempuan

yang beriman, agar mereka menjaga pandangan mereka, dan memelihara kemaluan

mereka…” Surah An-nur ayat 31.

Persoalan dan jawapan:

1) Mengapakah Allah menggunakan perkataan ‘dekati’ dan bukannya ‘jangan melakukan’?

Ini adalah kerana Allah tahu bahawa manusia bijak mencipta alasan walhal pada

hakikatnya mereka tidak mahu mengaku kesilapan mereka. Seandainya Allah

menggunakan perkataan ‘jangan melakukan’ sudah pasti ramai yang mengendahkan

perihal ikhtilat kerana seseorang yang tidak menjaga ikhtilat tidak bermaksud bahawa

dia telah berzina . Sudah pasti ramai lelaki dan perempuan yang berdua-duaan serta

bergurau-senda tetapi mereka mengaku bahawa mereka tidak berzina. Ya, memang

mereka tidak berzina secara terus terang tetapi mereka berada di dalam landasan ke arah

zina.

2) Perkataan ‘ma yasna’uun’ telah Allah gunakan dan bukannya ‘ma yaf’aluun’ walaupun

kedua-duanya membawa maksud yang hampir sama iaitu ‘apa yang mereka kerjakan’.

Tahukah kamu bahawa Yaf’aluun bermaksud benda yang dibuat tanpa sedikit-sedikit

dan secara terus. Contohnya, seperti perbuatan menikam, kita terus menghunus pisau ke

arah seseorang dan kesannya terus dapat dilihat dan dirasai. Manakala yasna’uun

bermaksud sesuatu yang dilakukan sedikit-sedikit sehingga akhirnya mencapai

matlamat. Contohnya, seperti ulang kaji pelajaran. Perlu dilakukan secara berulang kali

18

Page 19: Sistem Sosial Menurut Islam

untuk kita lihat kesannya. Maka, mengapa Allah gunakan Yasna’uun dalam konteks

menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan? Ini adalah kerana, Allah ingin

memberitahu kita bahawa perkara-perkara yang kita lakukan untuk menghampiri zina

selalunya dilakukan secara perlahan-lahan dan sedikit-sedikit tetapi kesannya amatlah

besar.

3) Mengapakah Allah telah menyebut lelaki dahulu dalam ayat yang ke-31 tetapi pada ayat

yang ke-32 Allah telah menyebut perempuan pada permulaannya? Saksikanlah, betapa

indahnya susunan ayat-ayat cinta dari Allah kepada hamba-hambanya. Dalam ayat yang

ke-31 Allah telah menyebut lelaki pada awalnya kerana hakikatnya, lelaki lebih lemah

dan mudah tertewas apabila berhadapan dengan hawa nafsu. Manakala penggunaan

perkataan perempuan pada awal ayat yang seterusnya adalah kerana hakikatnya,

perempuanlah yang selalunya pencetus kepada zina itu sendiri lebih-lebih lagi mereka

telah Allah jadikan lebih istimewa dengan rupa paras yang indah dan cantik serta

perlakuan yang manja dan lemah-lembut.

Justeru, sekiranya kita benar-benar memahami maksud yang tersurat di dalam ayat-ayat

Allah, nescaya kita dapat menangkap apa yang sebenarnya Allah benar-benar ingin sampaikan

kepada kita. Merujuk kepada surah An-Nur ayat yang ke-31 dan 32, Allah s.w.t sememangnya

ingin memberitahu kepada kita secara halus lumrah kejadian Adam dan Hawa. Walaupun

umumnya kita ketahui bahawa Adam diciptakan bersama 9 akal dan 1 nafsu, tetapi 1 nafsu itu

sebenarnya jauh lebih besar dan menandingi 9 nafsu yang ada pada kaum Hawa. Bagi yang

Hawa pula, jadikan kelembutan itu bukan satu kelemahan. Gunakanlah keistimewaan-

keistimewaan yang telah Allah hiaskan dan hadiahkan kepada kita untuk membangunkan jiwa

umat Islam melalui dakwah, bukannya membangunkan keghairahan seorang insan yang bergelar

Adam. Ingatlah, sebaik-baik perhiasan di dunia ialah wanita solehah.

Wahai saudara seIslamku! Bangkitlah kita selepas tersedarnya kita daripada kekurangan

yang ada pada diri. Jangan sesekali meletakkan kesalahan ini pada Allah, malah kita sepatutnya

menjadikan kelemahan itu sendiri sebagai satu kelebihan. Janganlah kita mudah terpedaya

dengan janji-janji indah syaitan laknatullah kerana ia memang membahagiakan di dunia, tetapi

kelak mendapat azab yang keras di akhirat sana. Ketahuilah sendiri bahawa bertapa zalimnya

19

Page 20: Sistem Sosial Menurut Islam

syaitan-syaitan ini kerana mereka juga tidak akan sesekali membela kita di Mahsyar sana seperti

mana anggota-anggota tubuh kita lakukan. Malah, mereka sendiri akan mengaku di hadapan

Allah bahawa mereka sendiri adalah pendusta dan penyesat kepada kaum manusia.

“Firman Allah s.w.t;

Dan syaitan berkata ketika perkara (hisab) telah diselesaikan: “Sesungguhnya ALLAH telah

menjanjikan kepadamu janji yanng benar, dan aku pun telah menjanjikan kepadamu tetapi aku

menyalahinya(menipu). Tidak ada kekuasaan bagiku terhadapmu (aku tidak memaksamu) melainkan

aku (sekadar) menyerumu. Lalu kamu yang mematuhi seruanku, oleh sebab itu janganlah kamu

mencerca(menyalahkan) aku, tetapi cercalah dirimu sendiri. Aku tidak dapat menolongmu dan kamu

pun tidak akan dapat menolongku. Sesungguhnya aku tidak membenarkan perbuatanmu

menyekutukan aku(dengan ALLAH) semenjak dulu” Sesungguhnya, orang-orang yang zalim akan

mendapat siksaan yang pedih” Surah Ibrahim ayat 22”15

Sebagai penutup, menjaga ikhtilat datangnya daripada inisiatif diri kita sendiri. Maruah

dan kesucian kita juga terutamanya Hawa, terletak pada bagaimana kita menguruskan masalah

ikhtilat dalam kehidupan.

Ayuh wahai saudara dan saudari! Berkejarlah dan berusahalah kita untuk kembali

menjadi umat yang gemilang. Wahai kaum muslimin, kembalikan pahlawan-pahlawan kami

semasa zaman khalifah yang terdahulu! Sesungguhnya, kami amat rindu akan ketegasan Umar

15 http://ms.langitilahi.com/bila-kamu-bising-fasal-ikhtilat/

20

Page 21: Sistem Sosial Menurut Islam

Al-Khatab, kami sangat dambakan kebijaksaan Ali bin Abi Talib, dan kami sangat memerlukan

keberanian Sultan Muhammad Al-Fateh!

KERUNTUHAN NILAI-NILAI MORAL

Entah ke berapa kali masyarakat dikejutkan dengan berita penemuan mayat bayi dalam plastik sampah, di dalam longkang, di kawasan perkuburan dan yang lebih dasyat di dalam atau kawasan persekitaran masjid. Apa, mereka fikir membuang bayi di masjid dosanya lebih kurang berbanding jika membuang di tempat lain? Tidak, janganlah kita cuba bermimpi. Kalau direnungi balik secara mendalam, betapa maha sucinya sifat Allah sebagai Ar-Rahim yang sentiasa menjaga makhluk yang bernama manusia ini kerana walau di mana dan dalam apa cara sekalipun cara kematian seseorang itu, ia pasti akan ditemui oleh manusia yang lain untuk diuruskan jenazahnya. Lihatlah, seperti kes baru-baru ini, Allahyarhamah Datuk Sosilawati dan tiga lagi mangsa pembunuhan kejam seorang peguam yang hilang secara tiba-tiba. Namun, lihatlah bertapa maha baiknya Allah S.W.T kerana telah membantu pihak berkuasa yang terlibat untuk menyingkap segala kekeliruan fakta yang mana akhirnya kes ini hampir mendapat penyelesaiannya apabila kesemua mangsa dikhabarkan telah disembelih dan dibakar dengan kejam.

21

Page 22: Sistem Sosial Menurut Islam

Berbalik semula pada kisah buang dan bunuh bayi ini, sebenarnya umat manusia secara

sedar atau tidak sudah mula kembali ke zaman Jahilliyah. Apa yang sebenarnya dimaksudkan

dengan Jahiliyyah ni? Merujuk kepada satu blog, istilah Jahiliyyah diterangkan seperti berikut:

“Dari segi bahasa, jahiliyah merupakan perkataan yang diambil daripada kata dasar jahala

dan kata terbitan jahlun yang bermaksud bodoh dan sesat atau jahil. Yang dimaksudkan di sini

ialah Masyarakat Jahiliyah di Semenanjung Arab 1500 tahun dahulu iaitu masyarakat yang

mundur dari segi akhlak dan sosial. Pada zaman Jahiliyah, nilai kepercayaan dan moral orang

Arab adalah amat rendah kerana tiada seorang nabi yang diutuskan untuk memberi petunjuk dan

tiada satu kepercayaan agama yang dapat membawa kepada kesejahteraan manusia di dunia dan

akhirat.

Malah ada yang sanggup menanam anak perempuan hidup-hidup demi menjaga maruah

mereka. Kaum wanita pada ketika itu dianggap seperti barangan dagangan dan mempunyai taraf

yang cukup rendah.

Sudah banyak persamaan yang kita telah temui pernah dilakukan di zaman Jahiliyyah di

perlakukan semula di zaman yang dikatakan moden dan bertamadun ini. Mungkin juga lebih

dasyat dari zaman Jahiliyyah kerana semakin banyak peristiwa yang aneh lagi kejam saya rasa

anda semua pernah didedahkan melalui media massa dan internet untuk membuktikan

‘kejahiliyyahan’ masyarakat kita.”16

“Berdasarkan statistik Ibu Pejabat Polis Bukit Aman mendapati 65 kes buang bayi

dicatat pada 2000 dan meningkat kepada 83 kes, tahun lalu. Selangor mencatatkan angka

tertinggi iaitu 22 kes (2000) dan 24 kes (2006). Daripada 83 kes berkenaan, 79 membabitkan kes

pembuangan bayi yang baru dilahirkan. Manakala empat kes pembuangan janin.”17

Contohnya, dalam isu kes pembuangan bayi, sekurang-kurangnya masyarakat Jahiliyyah

hanya menanam dan membunuh anak perempuan mereka kerana gusar akan membawa

kecelakaan kepada keluarga, tetapi di zaman kita? Tidak kira jantina, semuanya menjadi mangsa

pembuangan sungguhpun bayi yang dilahirkan itu sempurna pada zahirnya. Mereka juga bukan

16 http://myjazmanie.com/2009/selamat-kembali-ke-zaman-jahiliyah/17 http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Buangbayigejalajahiliahmoden/Article/index_html

22

Page 23: Sistem Sosial Menurut Islam

ditanam, tetapi dilempar, dicampak seperti sampah yang tidak memberi apa-apa manfaat, malah

lebih hina daripada itu.

Pada zaman arus kemajuan modenisasi ini juga kita dapat lihat betapa dasyat dan

teruknya kejatuhan akhlak dalam kalangan masyarakat itu sendiri terutamanya golongan belia

yang bakal menerajui pucuk kepimpinan negara kelak. Mereka yang telah berzina lalu telah

menghasilkan benih tanpa ikatan yang sah di sisi Islam kebanyakannya telah mengambil jalan

mudah dengan menggugurkan benih yang telah dikandung. Tidakkah mereka terfikir bahawa

berzina itu merupakan dosa yang pertama, manakala menggugurkan itu menjadi dosa yang

kedua? Itulah dia manusia zaman globalisasi, tergamak membunuh zuriat sendiri demi membela

maruah di mata masyarakat, tetapi hina di mata Allah s.w.t. Siapa kita untuk mencabul hak Allah

dalam mencabut roh seorang manusia? Ada pula sesetengahnya di antara kita yang mengambil

keputusan untuk menggugurkan kandungan atas sebab-sebab remeh, contohnya seperti

membebankan dan meningkatkan kos sara hidup. Tidakkah mereka ketahui bahawa anak itu

sendiri rezeki dan rahmat dari Allah? Renung-renungkanlah firmanNya ;

“Allah SWT berfirman,

"Sesungguhnya rugilah orang-orang yang membunuh anak-anak mereka karena kebodohan lagi tidak

mengetahui, dan mereka mengharamkan apa yang telah Allah rizkikan kepada mereka dengan semata-mata

mengada-adakan terhadap Allah. Sesungguhnya mereka telah sesat dan tidaklah mereka mendapat petunjuk,"

Al-An'aam ayat 140.

23

Page 24: Sistem Sosial Menurut Islam

"Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu karena takut kemiskinan. Kamilah yang akan member rizki

kepada mereka dan juga kepadamu. Sesungguhnya membunuh mereka adalah suatu dosa yang besar,"

Al-Israa' ayat 31.

Diriwayatkan dari Abdullah bin Mas'ud r.a, ia berkata, aku bertanya,"Ya Rasulullah, dosa apakah

yang paling besar?" Beliau menjawab, "Iaitu engkau menyekutukan Allah sementara Dia-lah

yang telah menciptakanmu." Aku kembali berkata, "Kemudian apalagi?" Beliau menjawab,

"Engkau membunuh anakmu karena engkau takut ia makan bersamamu." Aku katakan, "Lantas

apalagi?" Beliau menjawab, "Engkau menzinahi isteri tetanggamu sendiri." Kemudian turunlah

ayat yang membenarkan sabda Nabi saw,

“Dan orang-orang yang tidak beribadah kepada ilah yang lain beserta Allah dan tidak membunuh jiwa

yang diharamkan Allah membunuhnya kecuali dengan alasan yang benar, dan tidak berzina, barangsiapa yagn

melakukan demikian itu, niscaya dia mendapat pembalasan dosanya," Al-Furqaan ayat 68”18

Manusia memang pandai membuat sesuatu keputusan yang memberikan kenikmatan dan

kepentingan kepada diri mereka sendiri, namun tidak pandai untuk bertanggungjawab atas kesan

kepada perbuatan itu. Adakah ini memang suatu hakikat kejadian seorang manusia yang Allah

ciptakan?

18 http://alislamu.com/content/view/2809/67/

24

Page 25: Sistem Sosial Menurut Islam

Sudah pasti jawapannya, tidak.

Ketahuilah wahai saudara, bahawa manusia dan tanggungjawab tidak mampu untuk

dipisahkan sepertimana air yang dicencang takkan putus. Bermula daripada tanggungjawab yang

paling utama iaitu tanggungjawab sebagai seorang hamba kepada Tuhannya sehinggalah kepada

tanggungjawab sebagai seorang saudara seIslam. Sesungguhnya, salah satu aspek bagi

menentukan sama ada seseorang itu berjaya mahupun tidak, tentukanlah dan ukurilah melalui

cara bagaimana seseorang itu melaksanakan tanggungjawabnya di dunia.

“Ada juga sebahagian daripada kita yang berkata bahawa semua kesalahan-kesalahan

yang pernah berlaku dalam kehidupan ini merupakan takdir suratan Illahi. Betulkah? Tidak,

jawapannya. “Setiap Muslim tidak akan dibebani dengan tanggungjawab orang lain” dan

Allah berfirman lagi, "Setiap jiwa adalah barang gadai bagi apa yang ia kerjakan.”19

Terimalah hakikat bahawa seorang Muslim tidak boleh menganggap sesuatu yang tidak

baik itu berlaku hanya disebabkan oleh takdir, sedangkan kesalahan yang dilakukan itu berpunca

daripada diri kita sendiri yang bertindak menurut nafsu semata-mata. Tanggungjawab tetap

tanggungjawab, yang mana wajib kita jalankan. Mulai dari hal yang sangat kecil sampai yang

paling besar. Firman Allah;

19 http://riohode.blogspot.com/2010/05/manusia-dan-tanggung-jawab.html

25

Page 26: Sistem Sosial Menurut Islam

"Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah, niscaya dia akan melihat (balasannya). Dan

barangsiapa yang mengerjakan kejahatan sebesar zarah pun, niscaya dia akan melihat (balasannya) pula"

Al Zalzalah ayat 7-8.”20

Kesimpulannya, masyarakat saban hari sudah berjinak-jinak untuk meniru cara hidup

masyarakat jahilliyah malah lebih teruk daripada itu. Nilai-nilai Islam yang izzah tidak lagi

dihayati sepenuhnya dalam kehidupan dan pegangan agama mereka semakin lemah dan longgar.

Sifat kasih dan sayang terhadap sesama manusia juga semakin pudar manakala sikap

mementingkan diri semakin merajai diri, seterusnya menyumbang kepada ketandusan akhlak

yang mulia dalam kalangan umat. Akhir kata, sedarilah, walaupun pada zahirnya kita boleh

dikatakan cemerlang dan hebat dalam menguasai ilmu dunia, tetapi hakikatnya pemikiran dan

tindak-tanduk akhlak kita tetap hina seperti mereka yang hidup di zaman jahilliyah. Perkara-

perkara sebegini seharusnya tidak dipandang enteng dan hanya perlu menutup sebelah mata

kerana merekalah yang kita semua impikan untuk kembalikan kegemilangan zaman khalifah

yang pernah muncul suatu ketika dahulu. Siapa mereka?

Golongan belia yang masih mampu menegakkan panji-panji Islam dalam diri mereka.

20 http://riohode.blogspot.com/2010/05/manusia-dan-tanggung-jawab.html

26

Page 27: Sistem Sosial Menurut Islam

PENUTUPSebagai penutup, pertamanya, jutaan terima kasih ingin saya ucapkan terutamanya

kepada pensyarah pendidikan agama Islam kelas M10E, iaitu Ustaz Abdul Jamir Md Saad kerana

telah memberikan peluang dan masa kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini. Walaupun tajuk

yang dipilih ini agak sukar tetapi saya bersyukur kerana melalui tugasan ini, serba sedikit dapat

membuka minda serta meningkatkan pengetahuan saya mengenai sistem sosial menurut Islam.

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga kepada ibu bapa, kaum keluarga dan para sahabat

yang membantu dalam penyiapan kerja kursus ini sama ada secara langsung ataupun tidak.

Semoga jasa dan pengorbanan kalian akan dibalas dengan keredhaan Allah s.w.t. yang tiada

tolok bandingnya.

Kesimpulannya, apa yang dapat konklusikan apabila siapnya kerja kursus ini ialah ketiga-

tiga isi-isi kecil di bawah tajuk sosial yang telah saya pilih (golongan ghuraba’, ikhtilat,

keruntuhan nilai-nilai moral) ini saling berkait antara satu sama lain. Cuba perhatikan dan

renung-renungkan, apabila kita takut untuk menjadi golongan ghuraba’, maka kita akan mula

27

Page 28: Sistem Sosial Menurut Islam

terlibat dengan sesuatu perkara yang sudah biasa dan tidak lagi asing dalam masyarakat pada hari

ini walaupun pada hakikatnya perkara itu bertentangan arus dengan fitrah kita seperti tiada

kesedaran dalam menjaga ikhtilat. Apabila terjerebaknya kita ke arah perkara-perkara seperti itu,

maka kemudiannya terjadilah sesuatu yang jauh lebih dasyat seperti zina. Kesan kepada zina

akhirnya telah melahirkan seorang individu yang tandus akhlaknya serta cerminan kepada kaum

yang wujud semasa zaman Jahilliyah di mana mereka cuba untuk membunuh janin hasil

pekerjaan terkutuk mereka semata-mata untuk menutup aib diri sendiri.

Sesungguhnya, teruskanlah usaha kita untuk menghidupkan suasana Islam di tengah-

tengah zaman kegelapan ini. Walaupun kita dipandang hina di sisi manusia, tetapi Allah sentiasa

memuliakan dan mengangkat darjat kita sebagai hambaNya, insyaAllah. Bangkitlah wahai adam

dan hawa! Tegakkan semula syiar Islam di Bumi Allah ini. Janganlah “lelaki memandang

wanita, kaum yang lemah. Golongan yang menyediakan makanan semta-mata serta dianggap

hanya sebagai orang yang melahirkan zuriat semata-mata. Marilah kita juga menjadi seperti

wanita-wanita di zaman Rasulullah. Seorang wanita yang cekal, tabah serta sabar. Contohnya,

kita boleh lihat bagaimana Ummu Hakim Bintu Al-Harith bin Hisyam berjaya mengislamkan

suaminya Ikrimah bin Abi Jahal serta kekuatan iman Sumaiyyah Ummu Ammar, wanita pertama

yang syahid didalam Islam kerana dibunuh oleh Abu Jahal.”21

Maka dengan ini, marilah kita juga semua bangkit untuk tidak menjadikan masalah

ikhtilat sebagai suatu masalah yang membelengu diri kita kerana ikhtilat itu sendiri ialah

pencetus kepada zina, dan kemungkinan orang yang takut untuk menjadikan masalah ikhtilat itu

sebagai sesuatu yang sensitif ialah orang yang masih belum tahu kemanisan menjadi golongan

ghuraba’. “Islam agama yang paling sempurna. Paling lengkap, dan tiada keraguan terhadapnya.

Ia datang dari Allah, seorang Tuhan dan bukannya manusia.”22

21 Buku Api Kebangkitan Islam & Cabaran Abad Ke-21 oleh Fathi Yakan

22 http://abu0mushlih.wordpress.com/2009/01/17/orang-orang-yang-asing/

28

Malu menjadi golongan ghuraba’

Tidak menjaga batasan Ikhtilat

Keruntuhan nilai-nilai

moral

Page 29: Sistem Sosial Menurut Islam

RUJUKAN1) Al-Quran Digital

2) Buku Api Kebangkitan Islam & Cabaran Abad Ke-21Penulis : Fathi YakanPenterjemah : Ibnu Ghazali

29

Page 30: Sistem Sosial Menurut Islam

Terbitan : Jasmin Interprise

3) Artikel dan rujukan blogi) http://riohode.blogspot.com/ ii) http://alislamu.com/content/view/2809/67/ iii) http://myjazmanie.com/ iv) http://cebisankenangankirana.blogspot.com/ v) http://kufahukm.blogspot.com/ vi) http://kawansejati.ee.itb.ac.id/book/export/html/16105 vii) http://ms.wikipedia.org/wiki/Laman_Utama viii) http://ms.langitilahi.com/ ix) http://islamic.xtgem.com/ibnuisafiles/list/2009/Januari/khilafah/1/

khilafah10.htm

30