pengelasan sosial

44
Pengkelasan Kelas Sosial, Perkaitan Antara Kelas Sosial Dan Pencapaian Pendidikan Oleh Khuzainey binti Ismail (GB070117) [email protected] ABSTRAK Artikel ini menjelaskan bahawa kelas sosial para pelajar sering dikaitkan dengan kelakuan dan pencapaian para pelajar di sekolah. Iaitu dengan kata lain, latar belakang sosio-ekonomi sesebuah keluarga mempunyai kolerasi terhadap perlakuan dan pencapaian akademik seseorang pelajar. Ini adalah kerana latar belakang budaya keluarga mempengaruhi sahsiah dan pembentukan kendiri pelajar yang disebabkan mereka lebih banyak menghabiskan masa bersama keluarga di rumah. Dalam erti kata lain, pelajar telah disosialisasikan dalam budaya keluarga mengikut kelas sosial di dalam masyarakat. Pencapaian pelajar di dalam akademik ada kaitan juga dengan struktur kelas sosial di dalam masyarakat. Kelas sosial rendah tidak sepatutnya menjadi kengkangan atau penghalang kepada para pelajar untuk mencapai prestasi akademik yang baik dan mampu bersaing dengan pelajar dari kelas pertengahan atau atasan. Kerjasama daripada pihak kerajaan, sekolah, guru dan masyarakat adalah diperlukan supaya pelajar dari kelas bawahan tidak 1

Upload: khuzainey-ismail

Post on 07-Jun-2015

12.668 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

pengelasan sosial dan impak dalam pendidikan

TRANSCRIPT

Page 1: pengelasan sosial

Pengkelasan Kelas Sosial, Perkaitan Antara Kelas Sosial Dan Pencapaian Pendidikan

Oleh

Khuzainey binti Ismail (GB070117)

[email protected]

ABSTRAK

Artikel ini menjelaskan bahawa kelas sosial para pelajar sering dikaitkan dengan kelakuan dan

pencapaian para pelajar di sekolah. Iaitu dengan kata lain, latar belakang sosio-ekonomi sesebuah

keluarga mempunyai kolerasi terhadap perlakuan dan pencapaian akademik seseorang pelajar. Ini adalah

kerana latar belakang budaya keluarga mempengaruhi sahsiah dan pembentukan kendiri pelajar yang

disebabkan mereka lebih banyak menghabiskan masa bersama keluarga di rumah. Dalam erti kata lain,

pelajar telah disosialisasikan dalam budaya keluarga mengikut kelas sosial di dalam masyarakat.

Pencapaian pelajar di dalam akademik ada kaitan juga dengan struktur kelas sosial di dalam masyarakat.

Kelas sosial rendah tidak sepatutnya menjadi kengkangan atau penghalang kepada para pelajar untuk

mencapai prestasi akademik yang baik dan mampu bersaing dengan pelajar dari kelas pertengahan atau

atasan. Kerjasama daripada pihak kerajaan, sekolah, guru dan masyarakat adalah diperlukan supaya

pelajar dari kelas bawahan tidak terus terpinggir dan dipinggirkan kerana sebahagian daripada pelajar ini

mempunyai peluang yang cerah dalam akademik mengatasi pelajar dari kelas sosial pertengahan dan

atasan.

1

Page 2: pengelasan sosial

1.0 PENDAHULUAN

Di Malaysia, ciri-ciri kelas sosial dalam masyarakat semakin berkembang. Masyarakat menilai

kedudukan dan status individu melalui pencapaian pendidikan, kemahiran, pendapatan, harta yang

dipunyai, keturunan, kedudukan politik, kuasa atau autoriti yang dimiliki, asal usul ras dan etnik,

sumbangan terhadap negara seperti mempunyai rekod-rekod peringkat Malaysia atau dunia, pencapaian

di dalam sukan, anugerah atau darjat kebesaran yang dimiliki dan lain yang berkaitan. Persepsi atau

pandangan individu terhadap kelas sosial begitu ketara kini. Individu yang mempunyai kuasa dan duit

yang banyak lebih dipandang tinggi di dalam masyarakat berbanding individu yang bekerja di ladang

getah bersawah atau makan gaji. Senario ini disebabkan oleh ketidakseimbangan pencapaian di antara

individu di dalam masyarakat yang telah mewujudkan pengkelasan sosial. Konsep kelas sosial ini tidak

lepas lari daripada kejadian ‘social inequality’ atau ketidaksamaan sosial yang merujuk kepada

ketaksamaan peluang-peluang atau ganjaran untuk manusia dalam kedudukan sosial yang berbeza akibat

sistem strasifikasi.

R.J. Stalcup (1968) telah mendefinisikan kelas sosial sebagai ‘a level in society made up of people

consider themselves equal due to similarities in family backgrounf, level of education, occupation, race,

and attitudes toward social issues’. Rohand Meighan (1986) menjelaskan walau apa cara definisi kelas

sosial, ia tetap menggambarkan perbezaan cara hidup atau pendapatan di dalam sesuatu bangsa yang

sama. Karl Marx pula menyatakan kelas sosial adalah kategori individu yang mempunyai hubungan yang

sama terhadap punca-punca pengeluaran serta hubungan pengeluaran seperti sistem pengagihan dan

pertukaran. Mark telah mengkategorikan masyarakat kepada tiga golongan iaitu :

Golongan kapitalis atau borjuis iaitu mereka yang menguasai tanah dan pengeluaran.

Golongan menengah yang terdiri daripada pengawai pemerintah.

Golongan proletar iaitu mereka yang terdiri daripada buruh.

Ahli-ahli sosiologi ada hari ini termasuk Max Weber bersetuju, terdapat lima kelas sosial yang boleh

dibeza-bezakan iaitu golongan atasan, pertengahan atasan, pertengahan bawahan, pekerja dan bawah.

Golongan atasan : Golongan ini terdiri daripada orang kaya dan juga ahli-ahli korporat. Mereka

mendapat kekayaan hasil titik peluh mereka.

Pertengahan atasan : Terdiri daripada orang yang berpendidikan tinggi, profesional dan

memegang jawatan yang baik di dalam sesuatu organisasi. Mampu memiliki kemewahan kerana

mempunyai pendapatan yang tinggi dan lumayan.

2

Page 3: pengelasan sosial

Kelas Pertengahan Bawahan : Mereka yang terdiri daripada lulusan sekolah menengah dan

sedikit pemegang sijil dan diploma. Mereka ini tidak sehebat seperti golongan pertengahan atasan

namun mereka banyak memberi tumpuan terhadap pendidikan anak-anak mereka dengan harapan

anak mereka mempunyai masa depan yang lebih baik dan terjamin dengan adanya pendidikan.

Kelas Pekerja : Terdiri daripada pekerja kolar biru yang mempunyai latar belakang pendidikan

PMR sehingga SPM. Kebanyakan mereka bekerja dengan menggunakan kemahiran yang ada

seperti buruh binaan, tukang paip, pekerja kilang, pemandu kenderaan dan sebagainya.

Golongan Bawahan : Terdiri daripada mereka yang mempunyai kelulusan yang amat rendah dan

ada juga yang tidak pernah langsung melalui pendidikan secara formal. Ada juga di antara

mereka menjalani kehidupan seperti ‘makan pagi, kais pagi dan makan petang, kais petang’.

Di atas fahaman kelas sosial ini maka wujud pengelasan status di dalam masyarakat. Contohnya di

Amerika Syarikat, masyarakat dikelaskan kepada enam golongan iaitu kelas sosial atas lapisan atas

(upper-upper class), kelas sosial atas lapisan bawah (lower-upper class), kelas sosial menengah lapisan

atas (upper-middle class), kelas sosial menengah lapisan bawah (lower-middle class), kelas sosial bawah

lapisan atas (upper-lower class), kelas sosial lapisan sosial bawah –lapisan bawah (lower-lower class).

Pengkelasan sosial ini mewujudkan jurang kemasyarakatan di antara individu di dalam masyarakat. Satu

pendekatan untuk memperlihatkan hubungan kelas sosial, pendapatan dan ciri-ciri mereka yang terlibat

telah dikemukakan oleh Daniel W. Rossides (1976). Walaupun ia menggambarkan sistem kelas di

Amerika Syarikat dan tidak sesuai untuk diaplikasikan di negara kita, namun ianya sedikit sebanyak

memberikan gambaran tentang pengkelasan sosial dalam masyarakat khususnya di Amerika Syarikat.

Jadual 1 : Sistem kelas sosial di Amerika pada abad ke-20

Kelas Pendapatan Harta Pekerjaan Pendidikan Kehidupan peribadi

Pendidikan anak

Kelas atasan (1-3%)

Pendapatan terlalu tinggi

Banyak harta, harta

warisan

Pengurus, profesional,

pegawai tinggi

Pendidikan tinggi

Keluarga yang stabil, personaliti yang baik.

Pendidikan university untuk anak lelaki dan

perempuan

Kelas pertengahan atas (10-

15%)

Pendapatan tinggi

Pengumpulan harta melalui

penabungan

Terlalu kurang yang menganggur

Memperoleh latihan

siswazah

Kedudukan fizikal dan

mental yang baik

Sistem pendidikan memihak

kepada mereka

Kelas Pendapatan Ada Peniaga Ada yang Jangka Mempunyai

3

Page 4: pengelasan sosial

pertenghan bawah (30-

35%)

pertengahan penabungan kecil-kecilan, peladang,

profesional bawahan, pekerja

jualan dan pentadbiran

rendah

berkelayakan, ijazah, sijil

persekolahan

hayat yang lebih

panjang

peluang yang lebih untuk pendidikan

tinggi berbanding

kanak-kanak kelas bawahan

Kelas pekerja

(40-45%)

Pendapatan rendah

Ada penabungan

Buruh mahir Ada yang berpendidikan sekolah tinggi

Keluarga yang tidak

stabil

Sistem pendidikan tidak

memihak kepada mereka

Buruh tidak mahir

Sekolah rendah

Personaliti berakur

Kecenderungan kepada program

vokasional

Kelas bawahan (20-25%)

Pendapatan kemiskinan

Tiada penabungan

Pengangguran yang terlalu

tinggi

Buruh yang berlebihan

Kadar buta huruf tinggi Kadar buta

Kesihatan fizikal dan

mental yang

rendah

Jangka hayat yang

rendah

Mempunyai minat yang

rendah dalam pendidikan,

kadar keciciran yang tinggi

Sumber : Daniel W. Rossides . 1976. The American Class System. Boston: Houghton Mifflin hlm. 26

Di Tanah Melayu pula, semasa zaman penjajahan, kelas sosial di kalangan orang Melayu lebih

merupakan perbezaan antara golongan bangsawan dan rakyat jelata dan golongan ini mendapat

pendidikan khusus di bawah pengajar yang terlatih di Maktab Melayu Kuala Kangsar. Senario ini tidak

dapat dikecapi oleh rakyat biasa yang mana kelas rakyat lebih menekankan mata pelajaran seperti

bertukang, berkebun dan anyaman. Ketidakseimbangan dalam pelajaran ini menyebabkan timbul konflik

di antara golongan bangsawan yang terus dilimpahi dengan kesenangan dan pendidikan yang sempurna

sedangkan golongan rakyat pula meneruskan kehidupan tanpa mendapat apa-apa keistimewaan

khususnya dalam pendidikan dan mata pencarian.

Akan tetapi konsep pengelasan kelas sosial tidak berlaku dalam dunia Islam kerana dalam Islam bukan

terletak kepada status pemilikan harta. Islam tidak mengajar umatnya meletakkan kemuliaan pada harta

4

Page 5: pengelasan sosial

benda dan wang ringgit. Sebaliknya Islam lebih meletakkan ilmu, iman, takwa dan amalan soleh sebagai

pengukur dalam kehidupan dunia dan akhirat. Islam menegaskan aspek takwa sebagai faktor utama dalam

menentukan status sosial kerana apabila takwa diletakkan di tempat yang teratas berbanding harta benda

dan wang ringgit supaya tidak timbul perasaan bangga, ego, lupa diri dan kelas sosial sepatutnya tidak

wujud sama sekali dalam masyarakat Islam hari ini. Tetapi manusia yang telah terikut-ikut dengan

fahaman Karl Mark dan Weber tentang pengaplikasian kelas sosial dalam masyarakat hari ini. Kewujudan

kelas sosial ini disebabkan oleh status individu yang berbeza-beza di dalam masyarakat. Individu di

dalam masyarakat memperolehi statusnya melalui:

i. ‘ascribed status’ iaitu kedudukan yang diperolehi secara optimis tanpa sebarang usaha

contohnya status yang sudah diperolehi sejak lahir seperti gelaran bangsawan dan

keturunan.

ii. ‘achieved status’ adalah kedudukan yang diperoleh seseorang dengan sengaja.

Contohnya kedudukan yang diperolehi melalui pendidikan dan bakat.

iii. ‘assigned status’ merupakan kombinasi dari perolehan status secara optimis dan status

yang diperolehi melalui usaha yang rajin dan tekun dalam sesuatu kerja. Status ini

diperolehi melalui penghargaan atau pemberian daripada pihak lain, di atas perjuangan

dan kepentingan sesuatu yang telah dilaksanakan dengan jayanya.

Akibat daripada pengelasan sosial ini, ia memberi kesan terhadap pendidikan pelajar. Latar belakang

keluarga mempunyai hubungan yang rapat dengan tahap pencapaian akademik pelajar di dalam

pendidikan. Kajian Anderson (1994) mengenai kesan penglibatan ibu bapa ke atas pencapaian akademik

pelajar mendapati jika ibu bapa terlibat secara langsung dan aktif dalam pendidikan anak-anak mereka,

anak-anak mereka akan mencapai keputusan yang lebih cemerlang di dalam peperiksaan jika

dibandingkan dengan pelajar yang mempunyai ibu bapa yang tidak tidak terlibat secara langsung dengan

pendidikan mereka. Mengikut kajian Kuen (1991) pula menyatakan terdapat perkaitan yang signifikan

antara penglibatan ibu bapa dengan pencapaian akademik pelajar. Dalam kajiannya, beliau menyatakan

bahawa 71.7% daripada pelajar yang dikaji, suka sekiranya ibu bapa lebih banyak bertanyakan pelajaran

mereka di sekolah, manakala 88.3% pelajar lebih suka jika ibu bapa mereka memberi perhatian terhadap

pelajaran.

Saifuddin Hj Masduki (1977) pula, dalam kajiannya mendapati bahawa terdapat hubungan yang

signifikan antara pencapaian akademik dengan pendapatan ibu bapa dan tahap pendidikan ibu bapa.

Dapatan beliau menunjukkan arah kedua-dua hubungan adalah positif. Ini bermakna semakin tinggi

5

Page 6: pengelasan sosial

pendapatan ibu bapa dan tahap pendidikan mereka, maka semakin tinggi tahap pencapaian akademik

anak-anak mereka. Rusli Md Zain (1998) dalam kajiannya juga melaporkan terdapat hubungan positif

antara pencapaian akademik dengan pendapatan keluarga. Ini kerana mereka yang berpendapatan tinggi

dapat memenuhi segala perbelanjaan persekolahan anak-anak mereka. Dapatan ini adalah selaras dengan

kajian Siti Nor Yaakob (1990) yang mendapati bahawa hubungan signifikan yang tinggi antara taraf

pendidikan ibu bapa dengan pencapaian akademik anak-anak mereka. Ibu bapa yang mempunyai

pendidikan menengah dan yang berpelajaran mempunyai pengaruh yang lebih besar terhadap anak-anak

mereka. Kajian-kajian ini menunjukan perkaitan antara sumber ekonomi ibu bapa telah memberi

sumbangan yang besar dalam pencapaian akademik pelajar.

2.0 LATAR BELAKANG

Pengkategorian kelas sosial ini secara tidak langsung memberi impak kepada pencapaian akademik

pelajar samada di peringkat sekolah rendah, menengah, institut kemahiran mahupun di institut pengajian

tinggi. Dengan kata lain, latar belakang sosio-ekonomi mempunyai kolerasi terhadap perangai dan

pencapaian akademik pelajar. Pelajar daripada kelas atasan dan pertengahan tidak menghadapi banyak

cabaran dan dugaan semasa pembelajaran mereka. Ini adalah disebabkan keluarga mereka berkemampuan

untuk memenuhi segala permintaan dan kehendak yang berkaitan dengan pendidikan anak-anak mereka.

Sebagai contoh untuk kelas tambahan, ibu bapa pelajar berkemampuan untuk menggajikan guru untuk

mengajar anak mereka di rumah atau menghantar anak mereka ke kelas tambahan, mampu membelikan

komputer riba atau komputer, mempunyai pemandu untuk menghantar, menunggu dan menjemput pelajar

dari sekolah, pelajar-pelajar ini dapat makan makanan seimbang dan makanan tambahan untuk

kecerdasan otak dan lain-lain kemudahan yang mungkin tidak tercapai oleh pelajar dari kategori

bawahan.

Kategori bawahan yang dikaitkan dengan kemiskinan ini berasaskan kepada komponen ekonomi yang

dilihat dari dua aspek iaitu kemiskinan mutlak dan kemiskinan relatif. Kemiskinan mutlak merujuk

kepada keadaan kekurangan pendapatan kasar bulanan untuk membeli keperluan minimum sesebuah isi

rumah yang meliputi keperluan makanan, pakaian, tempat kediaman, dan keperluan asas lain. Di

Malaysia, golongan berpendapatan rendah adalah mereka yang berpendapatan di bawah RM1500, mereka

yang berpendapatan pertengahan memperolehi pendapatan antara RM1500 sehingga RM3500 manakala

mereka yang berpendapatan tinggi adalah berpendapatan RM3500 ke atas. Perincian kumpulan

pendapatan di Malaysia pada tahun 1990 dan 1999 adalah seperti dalam Jadual 1. Ukuran yang digunakan

adalah berdasarkan kepada taraf pendapatan minimum atau Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK).

6

Page 7: pengelasan sosial

Jadual 2 : Pendapatan isi rumah kasar bulanan purata dan bahagian pendapatan mengikut kumpulan pendapatan.

1990 1999

Pendapatan Purata (RM)

Malaysia 1169.00 2472.00

20% Teratas 2925.00 6268.00

40% Pertengahan 1037.00 2204.00

40% Terbawah 424.00 865.00

Bandar 1606.00 3103.00

20% Teratas 3981.00 7580.00

40% Pertengahan 2255.00 2844.00

40% Terbawah 558.00 1155.00

Luar Bandar 957.00 1718.00

20% Teratas 2277.00 4124.00

40% Pertengahan 787.00 1577.00

40% Terbawah 369.00 670.00

Bahagian Pendapatan (%)

20% Teratas 50.0 50.5

40% Pertengahan 35.5 35.5

40% Terbawah 14.5 14.0

Pekali Gini 0.4421 0.4432

Sumber : Unit Perancang Ekonomi. 2001. Rangka Jangka Panjang Ketiga 2001-2010. Kuala Lumpur: Jabatan Perdana Menteri, hlm. 96

Berdasarkan jadual di atas, terdapat perbezaan di antara isi pendapatan rumah bulanan purata di luar

bandar dan bandar dalam menentukan kumpulan pendapatan purata terbawah (iaitu RM 670 di luar

bandar dan RM 1155 di bandar). Ini menggambarkan keperluan pendapatan untuk menampung kehidupan

berbeza di antara bandar dan luar bandar. Bagi keseluruhan Negara pula telah ditentukan mereka yang

tergolong dalam pendapatan 40% terbawah adalah yang berpendapatan RM865 dan ke bawah, iaitu

berbeza dengan pendapatan yang digunakan untuk menentukan pendapatan rendah iaitu RM 1500. Jadual

7

Page 8: pengelasan sosial

di atas jelas menunjukkan etnik Cina mempunyai pendapatan yang tinggi berbanding kaum lain di

Malaysia. Di dapati min pendapatan bagi isi rumah yang berada dalam kumpulan 40% terbawah didapati

lebih tinggi daripada garis kemiskinan rasmi. Oleh itu min ini boleh digunakan untuk mengenalpasti isi

rumah berpendapatan rendah.

Kemiskinan relatif pula merujuk kepada kemelaratan pendapatan antara kumpulan yang diukur

berdasarkan kepada nisbah perbezaan pendapatan di antara kumpulan pendapatan, kumpulan etnik, isi

rumah bandar dan luar bandar, dan peratus isi rumah dengan pendapatan. Kepayahan dan kesukaran di

dalam kehidupan akan menyebabkan seseorang pelajar itu terus mundur dan mewarisi kemiskinan atau

berusaha sedaya upaya untuk mencapai kejayaan bagi mengubah diri dan keluarganya kepada status

kehidupan yang lebih baik. Berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan dan perangkaan daripada

Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah Terkini bagi tahun 2004, bilangan isi rumah miskin mengikut negeri

adalah seperti yang berikut:

Bil. Negeri Bilangan Isi Rumah Miskin

1 Sabah (termasuk Labuan) 114,200

2 Terengganu 29,500

3 Kelantan 30,000

4 Sarawak 31,800

5 Kedah 27,300

6 Perlis 3,100

7 Perak 25,200

8 Pahang 12,100

9 Johor 2,700

10 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

4,900

11 Negeri Sembilan 2,700

12 Selangor (termasuk Wilayah Persekutuan Putrajaya)

11,200

13 Pulau Pinang 800

Keseluruhan 311,300

8

Page 9: pengelasan sosial

Jadual 4 : Bilangan isi rumah miskin mengikut negeri tahun 2004

Bil Kumpulan Etnik Bilangan Isi Rumah Miskin

1 Bumiputera 286,100

2 India 9,800

3 Cina 13,300

4 Lain-Lain 2,100

Jadual 5: Bilangan isi rumah mengikut kumpulan etnik

Sumber : Rancangan Malaysia Kelapan, 2006, Kuala Lumpur.

Jadual 6: Pendapatan isi rumah kasar bulanan purata dan pekali gini mengikut kumpulan etnik dan strarata, 1999 dan 2004;

9

Page 10: pengelasan sosial

Sumber : Rancangan Malaysia Kelapan, 2006, Kuala Lumpur.

Jadual 7 : Kadar Kemiskinan dan kemiskinan tegar mengikut kaum, 1999 dan 2004

Wujudnya kemiskinan di luar bandar mungkin merupakan salah satu faktor penting yang telah membawa

kepada pencapaian pelajar-pelajar sekolah luar bandar yang pada puratanya masih ketinggalan berbanding

pelajar-pelajar di bandar. Kajian telah mengesahkan adanya hubungan yang rapat antara latar belakang

sosio-ekonomi pelajar-pelajar dan prestasi akademik mereka. Pelajar-pelajar yang miskin dari segi

ekonomi mungkin terpaksa membantu ibubapa dalam mencari rezeki atau dikehendaki mengurus urusan

rumahtangga. Ini bererti masa untuk belajar dan membuat kerja rumah akan berkurangan. Kemiskinan

juga membawa kepada kurangnya kemudahan-kemudahan seperti komputer dan buku-buku rujukan

tambahan di rumah yang boleh membantu mereka mencapai tahap pencapaian akademik yang lebih

tinggi. Para pelajar di luar bandar yang miskin dari segi ekonomi tidak dapat hadir kelas-kelas tuisyen.

Ketidakseimbangan pencapaian dalam pendidikan antara pelajar mengikut pengkelasan sosial ini

menimbulkan konflik dalam diri pelajar, ibu bapa dan masyarakat.

Teori konflik nilai yang menyatakan bahawa konflik akan wujud sekiranya terdapat jurang perbezaan

sosial yang luas di antara satu kelompok masyarakat dengan kelompok masyarakat lain. Konflik juga

akan berlaku jika sesuatu kelompok itu tidak menghormati adat dan sensitiviti kelompok yang lain. Bagi

menerangkan teori ini, contoh yang mudah ialah pengelompokan sesuatu puak mengikut negeri di sesuatu

kawasan perumahan setinggan. Akibat perbezaan adat dan budaya, seringkali berlaku tuduh-menuduh dan

salah faham sesama sendiri hingga menimbulkan rasa dendam dan benci. Sikap chauvinistic dan

menganggap budaya dan nilai yang dipunyai kelompok sendiri lebih hebat daripada kelompok yang lain

menambahkan lagi kerumitan konflik dan salah faham.

10

Page 11: pengelasan sosial

Menurut satu kajian yang dijalankan di sekolah kebangsaan terutama di luar bandar menunjukkan

kegagalan murid bumiputera dalam UPSR adalah berpunca daripada kelemahan menguasai asas pada

Tahun Satu. Salah satu faktor utama yang menjadi punca isu ini ialah keadaan sosio-ekonomi pelajar

yang rendah. Kedaifan ibu bapa kerana kepentingan pendidikan kerana kurang atau tiada pendidikan

menyebabkan sikap tidak endah terhadap pendidikan anak-anak mereka. Baka juga menjadi penyebab

kepada kelemahan prestasi pendidikan pelajar. Selain daripada itu, masyarakat persekitaran atau

setinggan kurang menggalakkan pendidikan menjadikan pelajar pasif dan tidak berminat terhadap

pelajaran.

Walaupun, istilah keluarga iaitu satu institusi pendidikan yang diberi keutamaan dalam teori fungsionalis

gagal berfungsi, institusi pendidikan boleh mengambil alih tanggungjawab tersebut. Institusi keluarga di

dalam masyarakat luar bandar tidak dapat memainkan peranannya sebagaimana institusi keluarga di

dalam masyarakat bandar. Oleh itu, institusi pendidikanlah yang harus memikul untuk memikul

tanggungjawab bagi meningkatkan prestasi pendidikan para pelajar. Guru-guru di kawasan luar bandar

perlu lebih berdedikasi di dalam mengajar pelajar mereka. Latihan yang mencukupi dan bahan mudah

diperolehi perlu digunakan seperti yang dilakukan oleh para guru di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina yang

amat mengambil berat prestasi akademik pelajarnya.

2.1 Faktor kelas sosial yang mempengaruhi pencapaian akademik pelajar

Terdapat pelbagai faktor daripada pengelasan kelas sosial ini yang memberi impak kepada pencapaian

akademik pelajar. Di antaranya adalah faktor ekonomi, kesihatan, tempat tinggal, struktur keluarga, tahap

pendidikan ibu bapa, cara memberi didikan oleh ibu bapa, pengaruh luar yang terdiri daripada masyarakat

dan rakan sebaya. Yang nyata, kemiskinan memberi impak terhadap proses pembelajaran pelajar tidak

kira pelajar di peringkat sekolah rendah, menengah, institusi kemahiran dan IPTA atau IPTS. Menurut

Rohana Yusof (1997), kemiskinan secara umumnya ditakrifkan sebagai ketidakupayaan untuk memenuhi

keperluan-keperluan asas yang minimum untuk hidup seperti keperluan makanan, perumahan, pakaian,

pelajaran, kesihatan, kebajikan dan kemudahan sosial yang lain. Walaubagaimanapun keperitan hidup

bukanlah alasan untuk seseorang pelajar mengalah dalam hidupnya dan bukanlah alasan untuk seseorang

berjaya dalam pelajarannya. Kerana telah terbukti dalam keputusan SPM 2007, dimana empat pelajar

cemerlang itu ialah Siti Fatimah Hamzah, seorang anak yatim; Muhammad Shariff Mat Yusoff, anak

pemandu teksi, Mohamad Firdaus Zulkifli, anak warden penjara dan Nik Ahmad Naimudin Nik Othman,

anak penggawa di daerah Machang telah memperolehi 8A dalam matapelajaran yang diambil.

11

Page 12: pengelasan sosial

a. Ekonomi

Pelajar daripada keluarga kelas bawahan, tidak mampu memiliki segala peralatan persekolahan seperti

alat tulis, buku rujukan, buku latihan dan keperluan persekolahan seperti pakaian seragam sekolah,

perbelanjaan harian dan kasut. Sehubungan ini, timbul rasa rendah diri yang menyebabkan mereka

terasing daripada pelajar lain. Bebanan yang dipikul dan kengkangan daripada keluarga akibat faktor

kewangan yang mendesak menyebabkan ada di kalangan pelajar menjadi putus asa dan keciciran daripada

persekolahan walaupun mendapat keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan. Ini adalah kerana

terdapat kajian tentang prinsip yang membandingkan secara keseluruhan antara golongan yang berasal

dari golongan sosio ekonomi yang tinggi dengan golongan yang berasal dari keluarga yang sosio ekonomi

yang rendah. Kajian yang dilakuan adalah menguji kanak-kanak yang datang dari dua golongan yang

berasal dari dua golongan, iaitu golongan ibu bapa yang berpendapatan tinggi dan rendah. Hasil dapatan

kajian menunjukkan kanak-kanak dari golongan keluarga berpendapatan rendah lebih cergas melakukan

tugas yang diberikan kerana mereka lebih matang untuk melaksanakannya dengan wajar. Teori ini telah

terbukti kerana kebanyakan bijak pandai di Malaysia datang daripada keluarga yang susah antaranya

adalah Tun Salleh Abas iaitu bekas Ketua Hakim Negara.

Pelajar dari golongan keluarga pertengahan dan atasan sangat beruntung kerana faktor duit tiada masalah

kepada mereka. Segala keperluan untuk pembelajaran dapat dilunaskan oleh ibu bapa tanpa banyak

bersoal jawab. Ada ketikanya kemewahan yang dikecapi membuatkan pelajar leka dan lalai di dalam

pelajaran dan akhirnya ada di antara mereka yang kecundang di dalam peperiksaan.

b. Kesihatan

Kesihatan yang baik merupakan faktor penting di dalam kehidupan pelajar. Badan yang sihat akan

menjana otak yang cerdas. Dari aspek kesihatan, mereka yang berpendapatan tinggi dan pertengahan

lebih mampu untuk memperolehi kemudahan kesihatan yang lebih baik berbanding dengan golongan

yang berpendapatan rendah. Dengan demikian, orang yang kaya adalah lebih sihat berbanding dengan

orang miskin. Terdapat kajian yang menunjukkan mereka yang berpendapatan rendah lebih mudah

mendapat penyakit seperti serangan jantung, kencing manis, darah tinggi dan kanser berbanding orang

yang kaya.

Pelajar daripada golongan menengah dan atasan tidak timbul masalah untuk mendapatkan rawatan

samada di klinik atau hospital kerana ibu bapa mereka berkemampuan untuk membayar bil rawatan.

Sesetengah daripada pelajar ini mempunyai doktor peribadi sendiri. Golongan bawahan pula hanya

memakan makanan yang kurang berkhasiat dan sekadar mengalas perut sahaja. Akibatnya kebanyakan

12

Page 13: pengelasan sosial

pelajar daripada golongan berpendapatan rendah akan jatuh sakit; oleh itu dengan sendirinya mereka tidak

dapat menghadiri kelas. Ini akan menjejaskan penumpuan dan perkembangan pembelajaran mereka akan

terganggu.

Terdapat juga pelajar yang mengidap penyakit kronik tidak mendapat rawatan yang sewajarnya akibat

daripada kesulitan hidup yang dialami. Kebanyakan mereka hanya mendapatkan rawatan secara

traditional dengan mengambil ubat melalui rebusan akar-akar kayu atau herba. Terdapat kajian yang telah

dijalankan oleh penyelidik dari Universiti Putra Malaysia (UPM) bersama Insitut Penyelidikan Perubatan

(IMR) mengenai tahap pemakanan di 69 buah kampong di luar bandar dan tujuh buah estet di

Semenanjung Malaysia di kalangan kanak-kanak, orang Asli dan golongan perpendapatan rendah pada

tahun 1992-1995 (Tee,Khor, Ng at al. 1998). Hasil kajian ke atas lima komuniti utama penduduk luar

bandar dikenalpasti dalam kajian ini sebagai nelayan, penanam padi, pekebun getah kecil, penanam

kelapa dan komuniti estet yang terbesar berjumlah 8024 orang telah dikategorikan berdasarkan umur iaitu

kurang daripada 7 tahun (n=1418), 7-12.9 tahun (n=1778), 13-17.9 (n=701), 18-59.9 tahun (n=3241) dan

60 tahun (n=886). Hasil kajian mendapattti bahawa kejadian anemia (kekurangan darah) berlaku di

setiap kategori umur dan dalam setiap komuniti responden. Didapati masalah anesia ketara terjadi di

kalangan kanak-kanak lelaki dan perempuan prasekolah, kanak-kanak lelaki, kanak-kanak perempuan dan

orang tua.

c. Tempat tinggal

Suasana yang kondusif amat penting di dalam proses pembelajaran. Akan tetapi suasana sebegini tidak

dapat dikecapi oleh pelajar daripada keluarga golongan bawahan. Kebanyakan daripada mereka tinggal di

rumah yang sempit dan ada juga pelajar yang tinggal di rumah yang tidak mempunyai kemudahan asas

seperti bekalan air dan elektrik. Hanya lampu minyak tanah digunakan semasa mereka menelaah

pelajaran pada waktu malam dan kemudahan perigi dan sungai untuk mandi dan membasuh pakaian.

Apabila musim kemarau pula, pelajar–pelajar ini berasa tidak selesa akibat terlalu panas yang

menyebabkan mereka sentiasa mengantuk. Keadaan sebegini mengganggu proses pembelajaran dan

penumpuan para pelajar.

Winston Churcill, seorang negarawan Inggeris yang menyatakan bahawa manusia membina bangunan,

tetapi kemudiannya bangunan itu pula membentuk tingkah laku manusia. Kenyataan itu disokong oleh

pelbagai kajian yang telah dijalankan di Malaysia antara kajian yang dilakukan oleh Nurizan, Jualiana,

Nur Faizura, 1997, Kuala Lumpur terhadap penghuni rumah pangsa. Hasil daripada kajian didapati

masalah utama penghuni adalah bilangan bilik yang terhad, ruang yang sempit, tiada ruang dalam rumah

untuk mengulangkaji, kebisingan jiran tetangga diikuti dengan masalah perbelanjaan keluarga dan

13

Page 14: pengelasan sosial

terdedah kepada gegala sosial dan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan. Akibatnya pelajar tidak

dapat menumpukan perhatian dan mengulangkaji pelajaram mereka yang menyebabkan kepada kegagalan

di dalam pendidikan mereka. Akan tetapi ada sesetengah pelajar ini mempunyai motivasi yang sangat

tinggi untuk mengubah nasib keluarga melalui pendidikan. Pelajar-pelajar daripada golongan menengah

dan atasan pula selesa tinggal di rumah yang lengkap dengan segala keperluan asas dan peralatan.

Antara contoh penempatan di kawasan bandar dan kampung adalah setinggan. Berdasarkan kajian,

setinggan di seluruh negara, terdapat sebanyak 114,944 unit bangunan kediaman setinggan dengan

anggaran penduduk setinggan berjumlah 557,679 orang yang ada di seluruh Malaysia. Jumlah kampung

setinggan adalah 1032 buah yang tertumpu di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Sabah.

Kebanyakan penempatan setinggan wujud di kawasan pantai, bekas-bekas lombong, rizab jalan, rizab

sungai, rizab kereta api dan kawasan-kawasan pinggiran bandar yang belum dibangunkan.

Faktor persekitaran juga memainkan peranan penting dalam mempengaruhi minda dan perlakuan

seseorang. Segolongan kanak-kanak lebih mudah mengikut apa yang berlaku di sekitar mereka tanpa

mengetahui baik dan buruknya. Kajian Setinggan Lembah Klang oleh Yayasan Strategik Sosial pada

2001 menunjukkan kebanyakan pelajar tercicir dari sekolah berasal dari perkampungan setinggan. Kesan

jangka pendek yang menjadi pilihan golongan ini ialah melibatkan diri dalam kegiatan anti sosial seperti

mencuri, meragut, merompak, gangsterisme, mengedar dadah dan menyeluk saku. Menurut laporan yang

dikemukakan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengesahkan bahawa kebanyakan aktiviti

kumpulan salah laku bermula atau berlaku di kalangan penduduk yang berpendapatan rendah dan

menetap di kawasan-kawasan berisiko tinggi seperti setinggan, rumah panjang dan rumah pangsa murah.

Terdapat juga faktor-faktor lain yang turut mempengaruhi gejala sosial ini seperti keciciran sekolah,

penceraian dan kawasan persekitaran perumahan yang tidak mempunyai prasarana yang sempurna

(Yayasan Strategik Sosial 2002).

d. Struktur keluarga

Kebanyakan pelajar dari keluarga atasan dan menengah mempunyai ahli keluarga yang tidak ramai. Ada

di antaranya merupakan anak tunggal di dalam keluarga. Ini adalah kerana ibu bapa mereka telah

didedahkan kepada program merancang keluarga. Bagi pelajar di dalam kepompong kelas bawahan, ahli

keluarga mereka agak ramai. Adik-beradik yang ramai ini menyebabkan ibu bapa mereka tidak dapat

memberi sepenuh perhatian kepada setiap orang anak; fokus hanya untuk mencari duit bagi menampung

keluarga bagi sesuap nasi. Kebanyakan pelajar berdikari ini sendiri untuk pembelajaran mereka. Pelajar

yang mempunyai jati diri yang kuat dan mendapat sokongan daripada ahli keluarga berjaya dalam

pelajaran walaupun di dalam kehidupan yang miskin dan daif; ada juga yang keciciran dalam pelajaran

14

Page 15: pengelasan sosial

kerana desakan hidup yang kian mencabar. Kebaikan mempunyai adik-beradik yang sama ialah saling

tolong menolong dan bekerjasama di antara satu sama lain untuk mencapai kecemerlangan di dalam

pendidikan.

Dari segi kestabilan perkahwinan, dikatakan penceraian kerap berlaku pada kelas sosial bawahan kerana

pengangguran dan masalah ekonomi yang boleh menimbulkan pergeseran antara suami dan isteri.

Akibatnya daripada penceraian dan ketakharmonian rumahtangga ini, pelajar hilang tumpuan terhadap

pelajaran dan mengambil jalan mudah dengan keluar dari rumah untuk mencari ketenangan. Keluarga

yang diketuai oleh ibu tunggal juga dikatakan lebih kerap berada di dalam golongan bawahan ini. Ini

adalah kerana kebanyakan ibu tunggal ini perlu menyara keluarga, bekerja pada masa yang sama dan

terdedah kepada tekanan perasaan daripada masyarakat sekeliling. Anak-anak yang sedang membesar

memerlukan perhatian daripada ibu mereka; akan tetapi masalah kewangan yang mendesak menyebabkan

kebaanyakan ibu tunggal ini tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap anak dan pelajaran

mereka. Akibatnya ada di kalangan pelajar ini keciciran di dalam pelajaran dan terlibat dengan gegala

sosial yang kian meruncing di Malaysia di kala ini.

H.Thomas (1957) membuat kajian tentang keutuhan keluarga. Kajian ini dijalankan di Jerman Barat.

Beliau menyelidik hasil penilaian guru-guru sekolah terhadap prestasi dan tingkah laku kanak-kanak yang

tergolong dalam dua golongan, iaitu yang berasal dari keluarga yang utuh dan tidak utuh. Beliau

membandingkan prestasi kanak-kanak dari dua golongan ini. Hasil kajian mendapati kelompok kanak-

kanak dar keluarga utuh memberi hasil yang baik jika dibandingkan dengan kanak-kanak dari keluarga

tidak utuh.

Masyarakat tidak seharusnya memberikan pandangan yang negatif dan menunjukkan reaksi menolak

kepada pelajar yang datang dari keluarga yang kucar kacir ini. Ini adalah kerana terdapat teori yang

menjelaskan bahawa peraturan yang ada mendapat tentangan daripada golongan yang tidak berpuas hati

dan sebagai langkah untuk menunjukkan rasa tidak puas hati ini, mereka mula terlibat dengan pelbagai

masalah sosial. Sebagai contoh, remaja yang melepak dan membuat bising di kawasan perumahan kerana

mengalami krisis kekeluargaan. Lama-kelamaan mereka berkumpul dan mewujudkan kumpulan yang

berunsurkan bantahan seperi “punk” dan “Mat Rempit.” Seharusnya masyarakat lebih prihatin dan tidak

membuat sebarang hukuman atau tindakan melulu di dalam menangani masalah sosial di kalangan

pelajar.

15

Page 16: pengelasan sosial

e. Tahap pendidikan ibu bapa

Ibu bapa yang berpendidikan mampu memberi tunjuk ajar, bimbingan dan galakkan kepada anak mereka

untuk terus berjaya di dalam pendidikan. Ini adalah hasil daripada pengalaman mereka sewaktu di zaman

persekolahan dan pengajian samada di peringkat universiti atau kolej. Ibu bapa daripada golongan

bawahan pula, kebanyakannya tidak mendapat pendidikan formal dan ada juga di antaranya tidak pernah

ke sekolah. Oleh itu mereka tidak pernah merasai pengalaman bersekolah di dalam konteks menimba

ilmu ini. Akibatnya mereka kurang memberi dorongan dan motivasi kepada anak-anak mereka untuk

bersekolah mahupun meneruskan persekolahan. Keadaan ini menyebabkan pelajar tidak bersemangat

untuk ke sekolah kerana mereka lebih rela membantu ibu bapa samada di rumah ataupun bekerja di usia

yang muda. Terdapat juga pandangan ibu bapa terhadap anak perempuan yang menyatakan belajar

setinggi manapun akan ke dapur juga. Ini sedikit sebanyak memberi kesan pelajar terhadap pendidikan

mereka.

Walaubagaimanapun tahap pendidikan ibu bapa ini bukanlah menjadi isu kepada pencapaian pendidikan

pelajar. Walaupun hidup di dalam kepompong kemiskinan ada juga ibu bapa yang sentiasa memberi

galakkan kepada anak mereka untuk terus berjaya di dalam pendidikan dan kehidupan. Ibu bapa dalam

persekitaran kelas pertengahan pula, lebih child centered kerana memberi banyak peluang kepada anak

mereka untuk menambahkan pengetahuan melalui pendidikan. Mereka lebih memberi kebebasan untuk

anak mereka memilih dan mengalami suasana pembelajaran yang sebenarnya; disamping memberi

peluang kepada anak mereka untuk belajar ke peringkat yang tertinggi kerana tiada halangan dalam

kewangan.

f. Pengaruh rakan sebaya

Rakan sebaya memberi pengaruh yang agak besar di dalam pertumbuhan sosial seseorang pelajar.

Apabila seseorang pelajar bergaul dengan rakan yang tercicir, besar kemungkinan pelajar itu pun turut

tercicir dari sekolah. Secara psikologi, gerak geri dan perlakuan pelajar yang tercicir lebih kuat

pengaruhnya ke atas pelajar yang berkawan dengannya. Dalam kes-kes tertentu, pelajar yang tercicir cuba

mempengaruhi kawan-kawannya yang lain untuk menyertai tindakannya yang lebih menyeronokkan. Di

samping itu kegelojohan pihak sekolah yang memberi pengiktirafan terhadap pencapaian akademik di

kalangan pelajar memberi tekanan ke atas pelajar yang lemah dalam pelajaran.

Pelajar di sebuah sekolah bebas bergaul di antara satu sama lain tanpa memikirkan bangsa, ras, latar

belakang dan kaum yang berbeza-beza yang dihimpunkan di dalam satu insitusi pendidikan yang sama.

Akan tetapi terdapat pelajar dari keluarga bawahan yang kurang berkomunikasi kerana berasa kerdil atau

16

Page 17: pengelasan sosial

malu disebabkan keadaan diri yang serba kekurangan. Mereka lebih senang bergaul dengan rakan sebaya

yang seangkatan dengan mereka. Ini menyebabkan pelajar ini berada di kelompok mereka sahaja;

sedangkan di dalam mencari ilmu setiap pelajar perlu berinteraksi antara satu sama lain untuk bertukar-

tukar fikiran dan idea mengenai pelajaran mereka.

Pelajar yang lemah di dalam pelajaran boleh bertanya atau berbincang dengan pelajar yang pintar.

Pergaulan dengan rakan sebaya ini memberi impak yang positif dan negatif di dalam proses pembelajaran

pelajar. Dari sudut positifnya, tidak kira apa juga kelas sosial mereka boleh bekerjasama untuk cemerlang

di dalam pendidikan mereka. Dari sudut negatifnya, pengaruh yang tidak sihat daripada hasil pergaulan

antara rakan sebaya seperti menghisap rokok, ponteng sekolah atau kuliah, menghisap ganja, bermain

video game di pusat-pusat video dan sebagainya memberi tauladan yang tidak baik di dalam kehidupan

seseorang pelajar.

g. Faktor sekolah dan guru

Selain rumah, sekolah merupakan tempat di mana pelajar banyak menghabiskan masa dalam sehari.

Pengurusan sekolah yang berkesan samada dalam kepimpinan pengajaran dan kurikulum serta pengajar

yang efisyen meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Pencapaian pendidikan pelajar juga

dipengaruhi oleh kaedah pengajaran pengajar. Seseorang pengajar yang mengajar dalam kaedah

traditional iaitu dengan lebih banyak memberi syarahan tanpa menggunakan teknologi dalam

pengajarannya samada penggunaan power point, model dan simulasi menyebabkan suasana kelas menjadi

hambar dan membosankan. Pelajar tidak termotivasi untuk mengikuti proses pengajaran dan

pembelajaran. Kajian The Malaysian Dropout Study Revisited (Zainal Ghani, et. Al., 1991) mendapati

hubungan guru dengan pelajar yang tercicir adalah renggang. Sebanyak 62 peratus pelajar yang cicir

menyatakan mereka tidak pernah meminta nasihat guru jika menghadapi masalah dengan kerja sekolah.

Cuma 34 peratus pelajar cicir melaporkan mereka mendapat perhatian daripada guru tentang kerja

sekolah. Pelajar cicir ini menyatakan guru mereka garang (23%) dan selalu menghukum mereka (14%).

Kajian ini merumuskan guru kurang memberi sokongan dan perhatian kepada pelajar lemah tetapi lebih

mementingkan kawalan dan disiplin.

Lokasi sekolah yang kurang sesuai seperti persekitaran yang bising di tengah bandar dan sekolah yang

terletak terlalu jauh sehingga pelajar menghabiskan banyak masa dalam perjalanan pergi dan balik ke

sekolah mempengaruhi pembelajaran pelajar. Ada di kalangan dari pendalaman Sabah dan Sarawak yang

perlu mengharungi denai, hutan dan sungai untuk sampai ke sekolah. Apabila di dalam kelas, pelajar-

pelajar ini keletihan dan tidak dapat memberikan sepenuh perhatian terhadap pengajaran guru mereka.

17

Page 18: pengelasan sosial

Keadaan sebegini tidak dirasai oleh pelajar yang tinggal di kawasan bandar dan dalam status pertengahan

dan atasan.

Kekurangan dana tambahan daripada sumber lain menyebabkan kebanyakan sekolah di luar bandar tidak

dapat mempertingkatkan program ke arah pembangunan sekolah dan kecemerlangan akademik. Ini adalah

kerana ibu bapa di luar bandar tidak berupaya memberikan sumbangan kewangan menyebabkan

kebanyakan sekolah bergantung sepenuhnya kepada bantuan kerajaan.

3.0 Kajian terdahulu dan dapatan

Pengkaji telah membuat kajian terhadap pelajar dua kelas murid tahun enam (6) di salah sebuah sekolah

rendah di Tutong telah dipilih sebagai sampel kajian. Kajian dibuat kerana pencapian markah Bahasa

Inggeris dan Matematik yang rendah di kalangan pelajar tersebut. Pengkaji ingin mengetahui adakah

pencapaian pelajar di pengaruhi oleh status pekerjaan ibu bapa, pendapatan keluarga, saiz keluargadan

aspirasi keluarga dan pihak sekolah dalam pencapaian pendidikan pelajar khususnya dalam mata

pelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik seperti Jadual 8.

Gred Markah Matapelajaran / Bilangan pelajar JumlahMatematik Bahasa Inggeris

A 85 - 100 2 0 2B 70 - 84 8 28 36C 55 - 69 6 16 22D 40 – 54 18 6 24E ≤ 40 16 0 16

Jadual 8 : Markah peperiksaan pertengahan tahun murid darjah enam

3.1 Metodologi

Responden terdiri daripada 50 orang murid iaitu 26 murid lelaki dan 24 murid perempuan yang berumur

antara 10-15 tahun. Maklumat personal murid dan latarbelakang murid diperolehi melalui soalselidik.

Maklumat personal murid meliputi umur, jantina dan aspirasi mereka. Maklumat latarbelakang murid

pula meliputi saiz keluarga, pendapatan keluarga, pekerjaan ibubapa dan aspirasi ibubapa. Maklumat

pencapaian diambil daripada keputusan peperiksaan pertengahan tahun yang telah pihak sekolah pada

tahun 2004. Data yang diperolehi di analisis mengikut kekerapan dan peratusan dan dimuatkan dalam

bentuk jadual.

18

Page 19: pengelasan sosial

3.2 Dapatan Kajian

Daripada kajian di dapati sebilangan besar ibu bapa pelajar terdiri daripada profesional, teknik &

berkaitan (52%) seperti Jadual 9 :

Bil Kumpulan Pekerjaan Bapa IbuBil. % Bil. %

1 Professional, teknik dan berkaitan 26 52 10 202 Pentadbiran dan pengurusan 4 8 4 83 Pengkeranian 0 0 16 324 Jurujual 4 8 10 205 Pekerja pengangkutan dan komunikasi 4 8 4 86 Pekerja perkhidmatan (termasuk askar) 12 24 6 12

Jadual 9 : Analisis pekerjaan ibu bapa pelajar

Bil Jumlah pendapatan Bapa IbuBil. % Bil. %

1 Tinggi (RM 3500 dan keatas) 10 20 10 202 Sederhana (RM 1500 – RM 3500) 40 80 30 603 Rendah (RM 1500 dan ke bawah) 0 0 10 20

Jadual 10 : Analisis pendapatan keluarga

Jadual 10 di atas menunjukkan pendapatan keluarga para pelajar dalah dalam kategori sederhana.

Pendapatan bapa adalah 80 % manakala pendapatan ibu daripada kategori sederhana adalah 60%.

Saiz keluarga

Peratus pencapaian dalam matapelajaranBahasa Ingeris Matematik

Tinggi (%) Sederhana (%)

Rendah (%)

Tinggi (%)

Sederhana (%) Rendah (%)

Kecil 33 50 17 0 0 100Sederhana 62 25 13 25 13 62

Besar 67 33 0 34 37 29Jadual 11 : Saiz keluarga dan pencapaian akademik.

Jadual 11 menunjukkan kaitan saiz keluarga dengan pencapaian dalam matapelajaran Bahasa Inggeris dan

Matematik. Sebanyak 67% daripada saiz keluarga besar mendapat pencapaian peratusan yang tingi (67%)

dalam Bahasa Inggeris manakala bagi matapelajaran Matematik 37% daripada saiz keluarga yang

sederhana. Pengkaji beranggapan saiz keluarga yang besar membantu pelajar mencapai pencapaian yang

baik dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris disebabkan ramai ahli keluarga yang membantu pelajar dalam

hal akademik, perlumbaan dalam pencapaian akademik di kalangan ahli keluarga dan kemungkinan besar

bahasa Inggeris digunakan dalam komunikasi sehari-hari ketika pelajar bersama keluarganya.

19

Page 20: pengelasan sosial

Pendapatan Peratus pencapaian dalam matapelajaranBahasa Inggeris Matematik

Tinggi (%) Sederhana (%)

Rendah (%)

Tinggi (%)

Sederhana (%) Rendah (%)

Rendah - - - - - -Sederhana 52 32 16 16 11 74

Tinggi 67 33 0 33 17 50Jadual 12 : Pendapatan dan pencapaian akademik

Jadual 12 menunjukkan kaitan pendapatan ibu bapa pelajar dengan pencapaian akademik pelajar.

Pendapatan keluarga biasanya mempunyai hubungan kolerasi dengan pencapaian akademik. Kajian soal

selidik yang dijalankan, didapati pelajar dari keluarga berpendapatan tinggi mencapai peratusan markah

yang tinggi bagi kedua-dua mata pelajaran iaitu 67% bagi matapelajaran Bahasa Inggeris dan 33 % bagi

matapelajaran Matematik. Majoriti (50%) daripada pelajar memperolehi pencapaian yang rendah bagi

kedua-dua matapelajaran tersebut. Kemungkinan keluarga berpendapatan rendah kurang bersedia untuk

menghadapi cabaran pendidikan formal di sekolah, ketidakmampuan ibu bapa untuk menyediakan

kemudahan atau buku tambahan kepada pelajar dan pelajar berinisiatif sendiri untuk berjaya. Keluarga

yang berpendapatan tinggi berupaya untuk menyediakan kemudahan kelas tambahan dan buku-buku

tambahan bagi memenuhi keperluan pembelajaran anak-anak mereka.

Pekerjaan Peratus pencapaian dalam matapelajaranBahasa Inggeris Matematik

Tinggi (%) Sederhana (%)

Rendah (%)

Tinggi (%)

Sederhana (%) Rendah (%)

Pekerjaan profesional

65 29 6 18 18 65

Perkhidmatan awam

33 50 17 17 0 83

Perkhidmatan jualan

25 25 50 15 15 70

Jadual 13 : Status pekerjaan ibu bapa dan pencapaian akademik pelajar

Jadual di atas menunjukkan kaitan status pekerjaan ibu bapa dengan pencapaian akademik pelajar. Bagi

matapelajaran Bahasa Inggeris peratusan markah tertinggi (65%) diperolehi oleh pelajar daripada ibu

bapa yang bekerja dalam kumpulan profesional. Ini adalah kerana orientasi pendidikan telah menjadi

kebiasaan kepada pelajar seperti membuat kerja rumah, cara belajar yang berjadual, gaya hidup dan

pengurusan masa yang mempengaruhi pencapaian akademik; disamping disokong oleh faktor kewangan.

Manakala bagi matapelajaran Matematik peratusan terendah (83%) diperolehi oleh pelajar di mana ibu

bapa memegang jawatan dalam perkhidmatan awam.

20

Page 21: pengelasan sosial

Aspirasi Peratus pencapaian dalam matapelajaranBahasa Inggeris Matematik

Tinggi (%) Sederhana (%)

Rendah (%)

Tinggi (%)

Sederhana (%) Rendah (%)

Pekerjaan profesional

60 30 10 20 10 70

Perkhidmatan awam

50 50 0 0 5 50

Tidak pasti 0 0 100 0 0 100Jadual 14 : Kaitan aspirasi ibubapa terhadap pencapaian akademik pelajar.

Jadual 14 menunjukkan kaitan antara aspirasi ibu bapa dan pencapaian akademik. Ibu bapa pelajar yang

terdiri profesional lebih memberi tumpuan terhadap pencapaian akademik anak mereka berbanding

dengan ibu bapa di sektor awam dan kategori tidak pasti. Ini adalah kerana kebanyakan ibu bapa yang

bekerja dalam kategori profesional ini mempunyai pendidikan akademik yang tinggi. Ini membolehkan

mereka membuat perancangan dan memberi hala tuju ke arah pencapaian akademik yang baik kepada

anak mereka.

Daripada dapatan kajian yang dijalankan, didapati ibu bapa yang mempunyai faktor kewangan yang

kukuh dan berkhidmat dalam sektor profesional lebih memberi tumpuan dan perhatian kepada pendidikan

akademik anak mereka. Ini jelas menunjukkan terhadap hubungan atau kolerasi antara latar belakang

sosial keluarga dengan pencapaian akademik pelajar.

6.0 PERBINCANGAN

Kualiti pendidikan yang diperolehi oleh pelajar sangat dipengaruhi oleh faktor persekitaran dan faktor

pengetahuan yang dimiliki oleh ibu bapa antara faktor terpenting. Hasil kajian yang dilakukan oleh

Rozumah (1999) ke atas 60 orang ibu Melayu dan kanak-kanak yang berumur antara 8 tahun hingga 9

tahun mendapati tahap pengetahuan dan kualiti ransangan di rumah mempengaruhi prestasi akademik

kanak-kanak. Selain faktor pendidikan, faktor latar belakang keluarga seperti pendidikan, pendapatan

keluarga dan bilangan anak-anak turut mempengaruhi prestasi pelajar. Pelajar dari golongan keluaraga

berpendapatan rendah akan terus berada dalam status kehidupan semasa jika proses penguasaan ilmu

tidak dititikberatkan di kalangan mereka.

21

Page 22: pengelasan sosial

Terdapat beberapa 4 langkah yang boleh diaplikasikan bagi memantapkan pencapaian akademik pelajar

khususnya pelajar yang datang daripada keluarga bertaraf sosio ekonomi rendah.

a. Peranan ibu bapa

Peranan ibu bapa atau keluarga perlu dilakukan sejak dari awal tahun pembesaran anak-anak mereka. Ini

adalah kerana hasil galakkan awal ini mendorong pelajar untuk terus berdisiplin dalam akademik pelajar.

Ibu bapa harus peka terhadap perkembangan akademik anak mereka tanpa mengira status sosio ekonomi

keluarga. Memang tidak dinafikan pelajar daripada golongan berpendapatan rendah mempunyai ibu bapa

yang kurang kemahiran keibubapaan akan tetapi sokongan ibu bapa, perancangan pembelajaran berjadual

dan berinteraksi secara langsung antara ibu bapa dan pelajar membantu pelajar dalam pencapaian

akademiknya. Antara peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak adalah seperti berikut :

i. menyediakan keperluan asas seperti buku, peralatan, tempat belajar dan sebagainya.

ii. mendisiplin anak mereka sama ada dalam penghidupan dan akademik.

iii. Mengawasi pergerakan anak mereka

iv. Sabar mengajar

v. Sentiasa berbincang dengan guru kelas dan merapatkan diri dengan aktiviti PIBG sekolah

vi. Ikuti perkembangan dan kemajuan anak di sekolah.

vii. Kenali rakan anak dan ibu bapa mereka.

viii. Memupuk budaya membaca dalam keluarga.

ix. Sentiasa mendoakan kejayaan anak dan menjaga pemakanan mereka.

Ibu bapa perlu berusaha untuk menyediakan peluang dan suasana pembelajaran kepada anak-anak mereka

yang mencakup aspek seperti perkembangan kognitif, kebersihan, perkembangan sosioemosi, amalan

nilai budaya dan agama dan pendidikan literasi keluarga. Ada sesetangah ibu bapa yang sanggup berhabis

duit untuk memberi kesenangan kepada anak mereka dari aspek akademik dan material. Sebagai balasan

seseorang pelajar itu perlu mengingati pengorbanan dan jasa ibu bapa mereka tanpa sempadan.

Terdapat kajian yang menunjukkan cara ibubapa mendidik anak mempunyai hubungan dengan pencapai

akademik. Kemesraan dalam keluaga boleh meningkatkan motivasi pelajar secara tidak langsung akan

meningkatkan pencapaian akademik pelajar tanpa mengira latar belakang samada dari keluarga yang

berpendapatan tinggi, sederhana dan rendah. Kemesraan dalam keluarga juga ada hubungan positif

dengan harga diri pelajar (self-esteem).

22

Page 23: pengelasan sosial

b. Peranan guru dan sekolah

Sekolah merupakan cermin budaya kebangsaan dan budaya-budaya lain yang berada di sekitarnya. Bagi

keluarga yang berada, mereka mahukan anak-anak yang mendapat pendidikan lebih baik dan memilih

sekolah kawasan bandar yang lebih sempurna. Justeru jurang di antara lapisan masyarakat semakin

melebar. Bagaimanapun, perbandingan kejayaan sesuatu sekolah tidak mengambil kira siapa pelajar

sebaliknya kejayaan semasa peperiksaan utama yang menjadi ukuran. Sekolah dan guru juga merupakan

faktor yang mempengaruhi pembentukan sahsiah dan pencapaian pelajar. Faktor sekolah ini merangkumi

guru, kemudahan pembelajaran, persekitaran pembelajaran, pembiayaan pendidikan, sistem pendidikan,

cara penyampaian pendidikan, program sokongan dan hubungan sekolah dengan masyarakat. Antara ciri

sekolah yang berkesan adalah :-

i. Kepimpinan yang utuh

Sekolah cemerlang mempunyai kepimpinan yang utuh. Individu yang menilai pendidikan melihat diri

mereka adalah pemimpin, bukannya pengurus atau pentadbir. Mereka akan memantau prestasi setiao

orang di sekolah termasuk guru, kakitangan, pelajar dan diri mereka sendiri. Pemimpin jenis ini

mempunyai wawasan untuk menjadikan sekolah lebih menarik untuk dipelajari dan tidak teragak-agak

untuk mengambil tindakan tegas bagi merealisasikan hasrat tersebut.

ii. Harapan yang tinggi

Aspirasi guru yang tinggi terhadap pelajar. Mereka percaya semua pelajar boleh belajar. Justeru,

komunikasi dengan pelajar adalah realistik dan penuh dengan harapan.

iii. Menekankan kemahiran asas

Masih lagi berkisar dengan keupayaan menulis, membaca dan mengira kerana asas-asas ini menjadikan

pelajar lebih cekap untuk bergerak ke peringkat yang lebih tinggi.

iv. Persekitaran sekolah yang terkawal

Suasana yang kondusif, selamat dan selesa adalah idaman kepada pelajar dan guru. Pelajar akan dapat

belajar dengan lebih baik manakala guru pula akan lebih bersungguh-sungguh dan fokus dalam

pengajaran mereka.

23

Page 24: pengelasan sosial

v. Penilaian pelajar yang berterusan

Menilai adalah proses yang berterusan. Prestasi pelajar dipantau secara dekat dan tindakan perlu akan

dilaksanakan setelah pelajar menunjukkan prestasi yang lemah atau tidak mencapai sasaran.

vi. Prihatin dengan wawasan

Pelajar dan guru didedahkan matlamat bersama yang hendak dicapai. Mereka bergerak bersama-sama dan

tidak lekang daripada sentiasa mengingatkan kejayaan adalah milik semua.

viii. Fokus pada pembelajaran pelajar

Merancang, melaksana dan menilai adalah diberi sepenuhnya ke atas kualiti pembelajaran pelajar. Jika di

sektor kerajaan diwar-warkan dengan Key Performance Index (KPI), di sekolah juga wajar dilaksanakan

langkah demikian untuk pelajar bagi mencapai kecemerlangan akademik.

Faktor guru dan sekolah sebagai indikator penting keberkesanan sekolah dan pencapaian pelajar. Bagi

memastikan peranan guru yang berkesan, latihan perguruan perlu memperkukuhkan kualiti guru dari segi

kualiti verbal, ilmu, metodologi pengajaran, kemahiran pemilihan bahan pengajaran, pembelajaran

profeesional kendiri, minat belajar dan minat menyoal. Mengikut Tun Dr. Mahathir Mohamad berikutan

dengan penyakit sosial remaja, beliau menegaskan bahawa ”sebenarnya sistem pendidikan kita sudah

cukup ramuan, Cuma adunan dan cara memasak masih perlu diperbaiki” (Utusan Malaysia, 12 Februari

1997. Daripada penyataan yang diberikan, maka dapat disimpulkan bahawa guru merupakan golongan

yang penting untuk adunan dan cara memasak sepertimana yang dimaksudkan oleh bekas Perdana

Menteri itu.

Guru berperanan bukan hanya terbatas kepada mengajar sahaja malahan sebagai teman, fasilitator, dan

kaunselor kepada pelajarnya. Setiap guru seharusnya mengetahui peranan dan tugas mereka secara

terperinci jika mereka ingin berusaha melakukan dan menghasilkan pengajaran yang berkesan. Di antara

tugas seorang guru ialah

i. menyampaikan ilmu pengetahuan

ii. menyampaikan maklumat

iii. menyampai dan

iv. memberi kemahiran serta

24

Page 25: pengelasan sosial

v. memupuk nilai-nilai murni dan luhur sebagaimana yang telah disebutkan di atas.

Sehubungan dengan itu, gaya pembelajaran konstruktivisme dicadangkan bagi diaplikasikan dalam

pengajaran di dalam kelas. Ini adalah kerana kontruktivisme tidak mengemukakan kaedah pengajaran

tertentu tetapi dalam penyampaian beberapa prinsip sepertimana yang dinyatakan oleh Jonassen (1991)

dan Murphy (1997) boleh digunapakai antaranya :

Wujudkan persekitaran yang sebenar dalam pembelajaran iaitu pembelajaran adalah relevan

dengan kehidupan pelajar.

Fokus kepada pendekatan yang realistic untuk menyelesaikan masalah sebenar di dunia ini yang

perlu mencari penyelesaiannya.

Matlamat dan objektif dipilih atau melalui perbincangan dengan guru atau sistem.

Aktiviti, peluang, alat dan persekitaran disedia untuk menggalakkan berlakunya meta kognisi,

analisis kendiri dan refleksi.

Pelajar memainkan peranan utama dalam proses pembelajaran dan mengawal pembelajarannya.

Perbincangan, koloberasi dan pengalaman.

Penerokaan adalah pendekatan yang diutamakan.

c. Peranan masyarakat / Komuniti

Masyarakat yang prihatin akan sentiasa membantu kepada keluarga yang memerlukan pertolongan

khususnya kepada keluarga dari golongan bawahan. Untuk mempertingkatkan lagi kemudahan belajar

bagi pelajar dari keluarga berpendapatan rendah, Skim Bantuan Buku Teks telah diperkenalkan pada

tahun 1975 bagi memastikan setiap pelajar berkenaan dapat mengikuti proses pembelajaran yang

sempurna. Skim-skim bantuan seperti ini bukanlah suatu yang baru kerana sekitar tahun 1969 sehingga

awal 1970an, kerajaan menerusi MARA telah memberi bantuan basikal kepada pelajar luar bandar untuk

ke sekolah serta bantuan makanan berkhasiat ketika waktu rehat bagi pelajar dari keluarga berpendapatan

rendah. Dalam usaha meningkatkan kualiti sistem pendidikan negara, terdapat pelbagai kemudahan yang

disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia antaranya Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan

Program Susu Sekolah yang telah dilaksanakan pada tahun 1979 bagi keluarga berpendapatan kurang

RM400 atau perkapita M80 dan ke bawah. Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin juga

disediakan bagi membantu pelajar miskin membayar yuran dan membeli pakaian seragam dan KPM juga

telah menyediakan Elaun Bulanan kepada Pelajar Kurang Upaya sebanyak RM25 sebulan.

25

Page 26: pengelasan sosial

Sudah menjadi hasrat KPM untuk membenteras jurang pendidikan antara jenis sekolah, kaum, jantina,

taraf sosioekonomi dan tahap keupayaan pelajar. Jurang ini menyebabkan perbezaan prestasi dan

pencapaian pelajar, penyediaan kemudahan fizikal dan bukan fizikal serta keciciran pelajar. Impak jurang

pendidikan telah menyumbang kepada keadaan tidak seimbang yang ketara daripada sosioekonomi

penduduk bandar dan luar bandar. Bagi memberikan pendidikan yang terbaik kepada warga Malaysia

tanpa mengira kaum, agama, etnik dan kelas sosial kerajaan telah memperuntukkan sejumlah wang yang

besar bagi memantapkan sistem pendidikan negara seperti Jadual 15 dibawah :

Peranan sektor swasta juga tidak kurang hebatnya dalam membantu pelajar daripada keluarga miskin

yang melanjutkan pelajaran di IPT. Sebagai contoh Jabatan Kebajikan Masyarakat telah memberi bantuan

kewangan serta-merta berjumlah RM1,000 akan diberikan kepada setiap pelajar miskin yang berjaya

mendapat tempat di institusi pengajian tinggi (IPT), mulai awal tahun 2008. .Bantuan itu akan diberikan

menerusi Skim Bantuan Permulaan ke IPT yang bertujuan membantu meringankan beban kewangan

golongan itu serta memberi dorongan kepada pelajar miskin melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi

(6 Ogos 2007, Berita Harian).

Setiap ahli masyarakat seharusnya memainkan peranan penting dalam melaksanakan tanggungjawab

sosial mereka. Sehingga kini wadah utama penglibatan masyarakat adalah melalui Persatuan Ibu Bapa

26

Page 27: pengelasan sosial

dan Guru dalam peranan yang begitu terhad. Seharusnya masyarakat sekarang ini lebih bersifat

fungsionalisme dalam memartabatkan pendidikan di Malaysia tanpa mengira latar belakang, kaum,

bangsa dan agama.

d. Peranan pelajar sendiri dalam mengubah nasibnya.

Islam sangat tegas dalam menekankan kepentingan mencari ilmu sebagai mekanisme untuk keluar

daripada kepompong kemiskinan. Semua ini adalah bergantung kepada sikap dan rasa tanggungjawab

pelajar terhadap pembelajarannya dan rasa tanggungjawab untuk memajukan kehidupan dirinya dan

keluarga. Sikap ini dipengaruhi melalui cara seseorang pelajar itu dibesarkan iaitu cara pembentukan

personaliti dan latar belakangnya. Sebagai contoh, Thomkins (1987) mencadangkan bahawa kanak-kanak

yang diperlihara oleh ibu bapa yang memberi nilai yang tinggi pada keunikan dan kebebasan untuk

meluahkan perasaan mereka cenderung untuk menjadi dewasa yang menghargai sikap politik yang

liberal; sementara itu kanak-kanak yang dipelihara oleh ibu bapa yang menekankan pematuhan dan

penurutan kepada peraturan cenderung untuk membentuk sikap anak mereka politik yang konservertif.

Begitu hebatnya pengaruh ibu bapa dan persekitaran dalam pembentukan sikap dan sahsiah seseorang

pelajar.

Rajah 1 : Faktor mempengaruhi diri pelajar

Seseorang pelajar khususnya di dalam golongan keluarga yang berpendapatan rendah perlu mempunyai

ciri-ciri berikut untuk menjadi pelajar yang dinamik:

1.Berusaha bersungguh-sungguh dan mempunyai rasa tanggungjawab dalam bidang pelajaran

2. Berminat untuk menjadi ketua darjah pengawas dan mahu melibatkan diri dalam kegiatan luar kelas

27

Page 28: pengelasan sosial

3. Mempunyai tahap komunikasi yang baik dengan rakan, guru dan orang yang lebih tua, dan

4. Mempunyai sifat-sifat mulia seperti tidak meninggi diri, bercakap besar dan jujur dalam setiap tindakan

Motivasi juga memainkan peranan penting untuk mencapai pencapaian akademik yang cemerlang.

Kebiasaannya pelajar yang berjaya ialah pelajar yang mempunyai motivasi yang tinggi. Ini adalah kerana

motivasi merupakan satu daya yang paling kuat untuk memperoleh kecemerlangan (Toh Hon Leong,

2000). Menurut beliau lagi, pelajar yang cemerlang tanpa mengira latarbelakang sosio ekonomi keluarga

ialah pelajar-pelajar yang dapat memfokus kepada penyebab kecemerlangan. Mereka dapat mencurahkan

lebih masa, tenaga dan usaha kepada aktiviti yang penting dan kritikal untuk mencapai prestasi

kecemerlangan. Menurut kajian dan penyelidikannya, beliau mendapati beberapa faktor penting untuk

mencapai kejayaannya antaranya adalah strategi motivasi, strategi belajar, strategi berusaha, strategi

pengurusan masa, strategi kesihatan diri dan strategi peperiksaan.

7.0 PENUTUP

Kesimpulanannya, memang tidak dinafikan bahawa kelas sosial sangat mempengaruhi pencapaian

akademik seseorang pelajar terutama sekali bagi golongan bawahan. Akan tetapi, tidak semua pengaruh

itu adalah disebabkan oleh kelas sosial malah sikap dan sifat seseorang pelajar itu juga antara sebab

penyumbang kepada kemunduran dan kecemerlangan dalam pembelajaran seseorang pelajar. Dapat

disimpulkan bawaha pelajar dari golongan bawahan agak mundur dari segi pelajaran disebabkan oleh

faktor ekonomi, tiada dorongan atau motivasi dari ibu bapa atau adik beradik, kesihatan, tempat tinggal

dan pengaruh rakan sebaya. Kelemahan pendidikan pelajar bukan sahaja bergantung kepada faktor sosio-

ekonomi malah institusi pendidikan juga memainkan peranan. Kelemahan dan ketidaksedaran guru,

kefahaman guru yang rendah tentang kandungan kurikulum, latihan yang tidak setimpal serta sikap guru

yang pasif turut menjejaskan prestasi akademik pelajar. Selain dari guru, pentadbiran sekolah yang

diterajui oleh guru besar atau pengetua yang berpandangan sempit dan tidak bermotivasi menjadikan

pelajar pasif dan tidak berminat ke sekolah.

Ketidakseimbangan sosio ekonomi dalam masyarakat menimbulkan konflik di kalangan ahlinya. Jurang

ekonomi yang melebar akan terus mendriskiminasikan golongan yang berpendapatan rendah.

Implikasinya sangat mempengaruhi gaya penghidupan pelajar dan pencapaian mereka dalam akademik.

Akan tetapi seluruhan sistem dalam masyarakat akan berfungsi sekiranya masing-masing memainkan

peranan sebagai contoh sekolah dan guru yang mempunyai aspirasi untuk memartabatkan sistem

pendidikan dan memberi usaha yang terbaik dari aspek pendidikan kepada pelajar, ibu bapa mempunyai

28

Page 29: pengelasan sosial

interaksi yang baik untuk perkembangan akademik anak mereka dan pelajar tidak kira latar belakang

dapat bergaul mesra antara satu sama lain. Jelaslah disini walaupun terdapat konflik dalam masyarakat,

akan tetapi interaksi dan fungsi masyarakat sangat diperlukan bagi mengatasi masalah ini.

Rujukan :

Mohd Amim Othman, Nurihan Yahaya (2004) : Golongan Berpendapatan Rendah Realiti dan Cabaran. Penerbit Universiti Putra Malaysia

Amir Hasan Dawi (2006) : Penteorian Sosiologi dan Pendidikan Edisi Tiga. Quantum Books

Mohd Salleh Lebar (2007): Sosiologi Sekolah dan Pendidikan. Cetakan Ketiga. Thinker’s Library

Mohd Azhar Abd. Hamid (2006): Panduan meningkatkan kecerdasan emosi. PTS Profesional

Baharom Mohamad, Ahmad Esa, Husin Junoh (2007): Psikologi Pendidikan dalam PTV. Terbitan UTHM

Esah Sulaiman (2006). Pengenalan Pedagogi. Terbitan Universiti Teknologi Malaysia.

Ma’rof Redzuan (2001). Psikologi Sosial. Terbitan Universiti Putra Malaysia.

Azizi Yahaya et. al (2004). Psikologi Sosial. Terbitan Universiti Teknologi Malaysia.

www.classnetwork.net/foundations/drabdullah/drabd2008/pf1208sosialisasikeluarga.doc

www.classnetwork.net/lrt/PencLbSosialMuridDrAbd.pdf

micheal08.files.wordpress.com/2008/02/gc6273-kepengetuaan-sekolah.doc

29

Page 30: pengelasan sosial

30