manual sistem pengurusan kes kerja sosial 2016 cms...manual sistem pengurusan kes kerja sosial,...

34
KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT MANUAL SISTEM PENGURUSAN KES KERJA SOSIAL JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT

Upload: hatruc

Post on 02-Mar-2019

378 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

1

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA,

KELUARGA DAN MASYARAKAT

MANUAL

SISTEM PENGURUSAN KES KERJA SOSIAL

JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT

Manual Sistem Pengurusan Kes Kerja Sosial, Jabatan Kebajikan Masyarakat

2

Diterbitkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

Hak cipta © 2017 Jabatan Kebajikan Masyarakat. Semua hak cipta terpelihara.

Tiada bahagian daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula, dicetak semula

atau disiarkan dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang cara, elektronik atau

sebaliknya tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis daripada

Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat yang boleh dihubungi di:

JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT

Aras 6, 9-18, No. 55

Persiaran Perdana, Presint 4

62100 PUTRAJAYA

Tel.: 03-8323 1656 / 1658

Fax: 03-8323 2048

Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih terutamanya kepada Pengurusan

Tertinggi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Pegawai dan Kakitangan JKM,

Persatuan Pekerja Sosial Malaysia dan Ahli Akademik Bidang Kerja Sosial daripada

Institut Pengajian Tinggi Awam dan semua individu yang terlibat secara langsung

dan tidak langsung dalam penghasilan Manual Sistem Pengurusan Kes Kerja Sosial

Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Manual Sistem Pengurusan Kes Kerja Sosial, Jabatan Kebajikan Masyarakat

3

KANDUNGAN Senarai Jadual iv Senarai Rajah v Senarai Singkatan vi Perutusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat vii Pengenalan 1 Kerja Sosial 2 Latar Belakang Sistem Pengurusan Kes 3 Sistem Pengurusan Kes Kerja Sosial 8 Rumusan Sistem Pengurusan Kes Kerja Sosial 12 Sistem Pengurusan Kes Kerja Sosial: Proses Penerimaan/Saringan 14 Sistem Pengurusan Kes Kerja Sosial: Proses Penentuan Situasi 15 Sistem Pengurusan Kes Kerja Sosial: Proses Perancangan & Intervensi 18 Sistem Pengurusan Kes Kerja Sosial: Proses Pemantauan & Penilaian 21 Sistem Pengurusan Kes Kerja Sosial: Proses Penamatan 24 Penutup 26 Rujukan 27

Manual Sistem Pengurusan Kes Kerja Sosial, Jabatan Kebajikan Masyarakat

4

SENARAI JADUAL Muka Surat Jadual 1 Tahap Sistem Pengurusan Kes Kerja Sosial 9 Jadual 2 Rumusan Sistem Pengurusan Kes Kerja Sosial 13 Jadual 3 Proses Penerimaan/Saringan 14 Jadual 4 Proses Penentuan Situasi 15 Jadual 5 Proses Perancangan dan Intervensi 18 Jadual 6 Proses Pemantauan dan Penilaian 21 Jadual 7 Proses Penamatan 24

Manual Sistem Pengurusan Kes Kerja Sosial, Jabatan Kebajikan Masyarakat

5

SENARAI RAJAH

Muka Surat Rajah 1 Piawaian Kompetensi Praktis Kerja Sosial 6 Rajah 2 Tahap Sistem Pengurusan Kes Kerja Sosial 8 Rajah 3 Sistem Pengurusan Kes dalam 2YEP 10 Rajah 4 Sistem Pengurusan Kes di Institusi 11 Rajah 5 Rumusan Sistem Pengurusan Kes Kerja Sosial 12 Rajah 6 Proses Penerimaan 14 Rajah 7 Proses Penentuan Situasi 15 Rajah 8 Proses Perancangan dan Intervensi 18 Rajah 9 Proses Pemantauan dan Penilaian 21 Rajah 10 Proses Penamatan 24

Manual Sistem Pengurusan Kes Kerja Sosial, Jabatan Kebajikan Masyarakat

6

SENARAI SINGKATAN BMT Behavior Modification Theraphy CBT Cognitive Behavioral Theraphy CMS Case Management System JKM Jabatan Kebajikan Masyarakat KPKM Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat KPWKM Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat PKMD Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah REBT Rational Emotive Behavior Theraphy SOP Standard Operating Procedure SWOT Strengths, Weeknesses, Opportunities, Threats 2YEP Two Years Exit Programmne

Manual Sistem Pengurusan Kes Kerja Sosial, Jabatan Kebajikan Masyarakat

7

PERUTUSAN KETUA PENGARAH KEBAJIKAN MASYARAKAT

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Salam Kebajikan

Kerja Sosial telah diperkenalkan di Malaysia melalui penubuhan Jabatan Kebajikan

Masyarakat (JKM) pada tahun 1946. Pendekatan yang digunakan oleh JKM pada

masa itu ialah penekanan dalam penyampaian perkhidmatan yang berasaskan Kerja

Sosial kepada golongan masyarakat yang memerlukan. Setelah lebih 70 tahun Kerja

Sosial dipraktik di Malaysia, sudah tiba masanya Kerja Sosial dipraktik berdasarkan

kepada Piawaian Kompetensi Praktis Kerja Sosial dan pengurusan kes yang

sistematik. Pelbagai cabaran dihadapi oleh Pekerja Sosial pada masa kini

disebabkan peningkatan isu-isu sosial yang semakin rumit dan kompleks.

Sehubungan dengan itu, tindakan intervensi dan penyelesaian masalah sosial

memerlukan tenaga kerja yang profesional, berpengetahuan dan berkemahiran

dalam bidang Kerja Sosial.

Di kesempatan ini, saya mengucapkan syabas kepada warga JKM yang telah

berjaya menghasilkan buku Manual Sistem Pengurusan Kes Kerja Sosial, Jabatan

Kebajikan Masyarakat. Manual Sistem Pengurusan Kes Kerja Sosial diwujudkan

untuk meningkatkan keberkesanan sistem pengurusan kes yang diamalkan oleh

Pekerja Sosial. Piawaian Kompetensi Kebangsaan Praktis Kerja Sosial di Malaysia

pula disediakan sebagai penanda aras bagi mengawal praktis dan perkhidmatan

yang diberikan oleh Pekerja Sosial. Penerbitan buku ini akan dijadikan sebagai

panduan kepada warga JKM dan rakan strategik JKM dalam menyampaikan

perkhidmatan yang berkualiti dan berkesan kepada kumpulan sasar. Saya juga

yakin inisiatif ini akan dapat melahirkan Pekerja Sosial yang kompeten dan berupaya

meningkatkan profesionalisme bidang Kerja Sosial di JKM.

Penyediaan Manual Sistem Pengurusan Kes Kerja Sosial ini telah mengambil kira

agenda penting negara termasuklah Usaha-usaha Meningkatkan Profesionalisme

Dalam Bidang Kerja Sosial di Malaysia. Saya amat berharap penerbitan buku

Manual Sistem Pengurusan Kes Kerja Sosial ini akan dimanfaatkan dengan sebaik-

baiknya oleh semua warga JKM dalam mencapai visi, misi dan objektif JKM.

Sekian, terima kasih.

HJ. MOHD FAZARI BIN MOHD SALLEH

Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat

Oktober 2018

Manual Sistem Pengurusan Kes Kerja Sosial, Jabatan Kebajikan Masyarakat

8

Profesion Kerja Sosial dan amalan pengurusan kes pada masa yang sama telah

muncul di Malaysia semenjak pertengahan abad ke 19 yang didorong oleh faktor

kemiskinan dan masalah sosial yang lain. Selama lebih 70 tahun bidang Kerja Sosial

telah diamalkan dalam penyampaian perkhidmatan kepada kumpulan sasar yang

memerlukan berasaskan kepada ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam

perhubungan manusia. Prinsip dan amalan dalam bidang Kerja Sosial telah menjadi

asas dalam penggubalan Dasar Kebajikan Masyarakat Negara pada tahun 1990.

Dasar ini menekankan akan kepentingan peranan bidang Kerja Sosial dalam

menggalakkan semangat berdikari, kesamarataan peluang dan budaya penyayang.

Pada abad ke 20, profesion Kerja Sosial menghadapi pelbagai cabaran berikutan

peningkatan isu-isu sosial yang semakin kompleks seperti penderaan kanak-kanak,

jenayah dalam kalangan kanak-kanak, pengabaian warga emas, keganasan rumah

tangga, pengemis, gelandangan dan sebagainya. Situasi ini memerlukan tenaga

profesional yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang Kerja Sosial

untuk melaksanakan intervensi dan penyelesaian masalah.

Sehubungan itu Jemaah Menteri telah meluluskan beberapa cadangan dari

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) pada 23

April 2010 termasuklah mewujudkan Piawaian Kompetensi Kebangsaan Praktis

Kerja Sosial dan penggubalan Akta Pekerja Sosial. Inisiatif ini bertujuan untuk

meningkatkan penyampaian intervensi Kerja Sosial dalam menangani masalah

sosial yang semakin kompleks dan mencabar dalam usaha untuk mencapai status

negara maju menjelang tahun 2020.

Selain daripada pembangunan Akta dan Piawaian, keperluan juga wujud untuk

memastikan pengurusan kes yang dilaksanakan oleh Jabatan selaras dengan

prinsip dan konsep Kerja Sosial. Sehubungan itu, satu Sistem Pengurusan Kes

Kerja Sosial telah dibangunkan supaya dapat meningkatkan keberkesanan sistem

pengurusan kes. Sistem ini perlu digunakan bersama Piawaian Kompetensi

PENGENALAN

Manual Sistem Pengurusan Kes Kerja Sosial, Jabatan Kebajikan Masyarakat

9

Kebangsaan Praktis Kerja Sosial, Standard Operating Procedure (SOP), garis

panduan dan surat arahan kerja Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM).

Sistem ini berfungsi untuk dijadikan sebagai panduan dalam menguruskan kes Kerja

Sosial di semua seting perkhidmatan sosial JKM.

Kerja Sosial merupakan profesion menolong yang telah lama wujud untuk

menangani halangan, ketidaksamarataan dan ketidakadilan yang wujud dalam

masyarakat. Kerja Sosial bertindak balas terhadap krisis dan kecemasan serta

masalah sosial dan peribadi. Kerja Sosial didefinisikan sebagai:

Dalam proses Kerja Sosial atau praktis Kerja Sosial, seorang Pekerja Sosial

melaksanakan aktiviti-aktiviti penentuan situasi (assessment), penentuan matlamat

(goals setting), membentuk perancangan kes (case planning), intervensi Kerja

Sosial, pemantauan, dan penamatan kes. Dalam konteks praktis Kerja Sosial,

intervensi Kerja Sosial merupakan aktiviti utama yang dilaksanakan oleh seorang

Pekerja Sosial untuk membawa perubahan kepada situasi permasalahan klien.

Intervensi Kerja Sosial merangkumi intervensi psikososial di peringkat mikro yang

memfokuskan individu, keluarga dan kumpulan, sehingga kepada intervensi di

peringkat mezzo dan makro seperti dalam pembentukan dasar, perancangan dan

pembangunan sosial. Kemahiran-kemahiran yang diperlukan dalam intervensi Kerja

Sosial merangkumi kemahiran kaunseling, kerja kumpulan, kerja komuniti, advokasi

KERJA SOSIAL

“profesion berasaskan praktis dan disiplin akademik yang menggalakkan perubahan dan pembangunan sosial, perpaduan sosial, pemerkasaan dan kebebasan rakyat. Prinsip keadilan sosial, hak asasi manusia, tanggungjawab kolektif dan menghormati kepelbagaian adalah berkait dengan kerja sosial. Disokong oleh teori-teori kerja sosial, sains sosial, kemanusiaan dan pengetahuan sebenar, kerja sosial melibatkan manusia dan struktur untuk menangani cabaran kehidupan dan meningkatkan kesejahteraan”.

[IFSW General Meeting & The IASSW Gen. Assembly, (2014)]

Manual Sistem Pengurusan Kes Kerja Sosial, Jabatan Kebajikan Masyarakat

10

serta usaha untuk membantu individu mendapat perkhidmatan dan sumber-sumber

dalam komuniti. Dalam seting tertentu, Pekerja Sosial perlu mempunyai kelayakan

tambahan untuk melakukan Kerja Sosial klinikal, terapi modifikasi tingkahlaku dan

terapi keluarga.

Dalam konteks praktis Kerja Sosial, Pekerja Sosial akan berhadapan dengan

pelbagai isu termasuk bagaimana untuk menguruskan kes yang dikendalikan.

Pengendalian kes ini merujuk kepada satu sistem pengurusan kes yang sistematik

dan berlandaskan kepada nilai, pengetahuan dan kemahiran dalam Kerja Sosial.

Pengurusan kes merupakan komponen yang besar dalam praktis Kerja Sosial

dimana Pekerja Sosial menghabiskan lebih separuh masa mereka dengan

tanggungjawab pengurusan kes. Sehubungan itu Sistem Pengurusan Kes Kerja

Sosial dibangunkan untuk memastikan keseragaman dalam melaksanakan

pengurusan kes. Sistem Pengurusan Kes Kerja Sosial ini menerangkan mengenai

pengurusan kes sebagai elemen khusus dalam praktis Kerja Sosial. Sistem

Pengurusan Kes boleh didefinisikan sebagai:

LATAR BELAKANG SISTEM PENGURUSAN KES

“prosedur untuk merancang, mencari dan memantau perkhidmatan yang

diberikan oleh pekerja atau pelbagai agensi sosial bagi pihak klien. Kebiasaannya

sebuah agensi akan mengambil tanggungjawab utama dengan menugaskan

pengurus kes bagi menyelaras perkhidmatan, membimbing dan kadang-kadang

mengawal sumber untuk klien.”

(Barker, 2003).

Manual Sistem Pengurusan Kes Kerja Sosial, Jabatan Kebajikan Masyarakat

11

TUJUAN PEWUJUDAN SISTEM PENGURUSAN KES

Sistem Pengurusan Kes ini dibangunkan untuk meningkatkan keberkesanan sistem

pengurusan kes Kerja Sosial di JKM supaya kumpulan sasar mendapat

perkhidmatan yang terancang, kompeten dan tercapai matlamatnya. Ia juga dapat

membantu masyarakat memahami peranan Kerja Sosial yang profesional dalam

pengurusan kes. Sistem ini diwujudkan untuk meningkatkan kesedaran Pekerja

Sosial mengenai nilai, pengetahuan, kaedah dan kemahiran yang diperlukan untuk

praktis pengurusan kes dengan kompeten

OBJEKTIF PEWUJUDAN SISTEM PENGURUSAN KES

Objektif pewujudan sistem ini adalah seperti berikut:

a) memberitahu Pekerja Sosial, pembuat dasar, majikan dan orang ramai

mengenai pengurusan kes sebagai sistem sedia ada dan terus berkembang

dalam praktis Kerja Sosial;

b) meningkatkan kualiti perkhidmatan pengurusan kes Kerja Sosial;

c) menyediakan asas bagi pembangunan bahan-bahan latihan yang berterusan

dan program-program yang berkaitan dengan pengurusan kes Kerja Sosial;

d) memastikan perkhidmatan pengurusan kes Kerja Sosial dilaksanakan

berdasarkan kod etika Pekerja Sosial;

e) menyokong hak-hak klien untuk penentuan kendiri, kerahsiaan, akses kepada

perkhidmatan sokongan dan sumber, dan penglibatan yang sesuai dalam

membuat keputusan yang memberi kesan kepada kesejahteraan mereka; dan

f) menggalakkan pelaksanaan sistem pengurusan kes sebagai satu komponen

penting dalam organisasi dan sistem penyampaian perkhidmatan.

Manual Sistem Pengurusan Kes Kerja Sosial, Jabatan Kebajikan Masyarakat

12

PIAWAIAN KOMPETENSI KEBANGSAAN PRAKTIS KERJA SOSIAL

Bagi pelaksanaan pengurusan kes yang efektif, kompetensi yang terdapat dalam

Piawaian Kompetensi Kebangsaan Praktis Kerja Sosial dijadikan sebagai panduan.

Kemahiran dan pengetahuan dinyatakan dalam setiap proses kerja di dalam sistem

ini.

Kompetensi merujuk kepada keupayaan Pekerja Sosial menggabungkan nilai, etika,

pengetahuan dan kemahiran dalam memberikan perkhidmatan kepada individu,

keluarga, kumpulan dan masyarakat. Piawaian Kompetensi Kebangsaan Praktis

Kerja Sosial telah disediakan sebagai penanda aras bagi mengawal praktis dan

perkhidmatan yang diberikan. Ia dapat membantu Malaysia membangun dan

melaksanakan sistem pengurusan kes Kerja Sosial yang berkesan dalam

menangani masalah sosial.

Terdapat sepuluh (10) piawaian kompetensi praktis Kerja Sosial. Enam (6)

daripadanya merupakan kompetensi generik dan empat (4) kompetensi spesifik.

Kompetensi generik adalah kompetensi asas bagi semua profesional dalam sektor

perkhidmatan kemanusian, manakala kompetensi spesisifk diperlukan oleh semua

pengamal Kerja Sosial. Dokumen Piawaian Kompetensi Praktis Kerja Sosial adalah

seperti di Rajah 1.

Manual Sistem Pengurusan Kes Kerja Sosial, Jabatan Kebajikan Masyarakat

13

Rajah 1: Piawaian Kompetensi Praktis Kerja Sosial

Kompetensi Generik

1. Tingkah Laku Beretika

2. Komunikasi Interpesonal

3. Refleksi Kognitif dan

Pemikiran Kreatif

4. Penyelesaian Masalah

5. Pengurusan Tugas

6. Keupayaan Kepimpinan

Kompetensi Spesifik

1. Keupayaan bekerja dengan

individu, keluarga, kumpulan,

komuniti dan organisasi

dengan menggunakan nilai,

pengetahuan, kemahiran dan

kaedah intervensi kerja sosial.

2. Keupayaan bekerja mengikut

etika kerja sosial.

3. Keupayaan bekerja secara

profesional dalam seting

organisasi

4. Keupayaan membuat refleksi

praktis secara profesional.

PIAWAIAN KOMPETENSI

KEBANGSAAN PRAKTIS KERJA

SOSIAL

Manual Sistem Pengurusan Kes Kerja Sosial, Jabatan Kebajikan Masyarakat

14

BILA SISTEM PENGURUSAN KES DIGUNAKAN

Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah menerima pelbagai aduan atau permohonan

bantuan setiap hari. Bukan semua aduan atau kes yang dirujuk memerlukan

penggunaan Sistem Pengurusan Kes. Adakalanya masalah klien selesai setelah

mereka mendapat maklumat, khidmat nasihat ataupun dirujuk kepada agensi lain

yang relevan. Maka pemakaian Sistem Pengurusan Kes ini disyorkan apabila kes

yang dirujuk memerlukan siasatan lanjut untuk menentukan situasi masalah,

perancangan teliti dan intervensi diperlukan untuk membantu klien menyelesaikan

atau menguruskan masalah mereka, serta memerlukan pemantauan berkala bagi

mengenalpasti perkembangan atau kemajuan klien.

Sistem Pengurusan Kes ini adalah sebagai panduan dalam pengurusan kes yang

memerlukan intervensi kes di semua seting perkhidmatan JKM khususnya di

peringkat daerah dan institusi. Panduan ini digunakan bersama dokumen rasmi lain

Jabatan yang menerangkan proses kerja seperti Akta, Peraturan, Kaedah, MS ISO

9000, dan Standard Operating Procedure (SOP). Secara umumnya Pekerja Sosial

akan melalui setiap tahap yang telah ditetapkan dalam proses kerja sistem

pengurusan kes. Namun demikian, sistem ini bersifat fleksibel dan Pekerja Sosial

boleh menyuai padan keperluan kes dengan aktiviti yang bersesuaian dalam setiap

tahap.

Setiap proses kerja di dalam sistem ini boleh digunakan mengikut keperluan dan

keadaaan klien. Ini kerana setiap keadaan klien tidak sama, justeru itu, pekerja kes

perlu kreatif dalam mengaplikasikan sistem ini tanpa menjejaskan proses kerja

sehingga pekerja kes kehilangan maklumat penting yang dapat membantu proses

pemulihan atau penyelesaian masalah kepada klien.

Bagi tujuan memudahkan pekerja kes, setiap proses kerja ini disertakan dengan

kemahiran/pengetahuan yang bersesuaian dengan aktiviti yang boleh dilaksanakan

Manual Sistem Pengurusan Kes Kerja Sosial, Jabatan Kebajikan Masyarakat

15

dalam proses kerja tersebut. Bagaimanapun, kemahiran/pengetahuan ini bertindak

sebagai panduan kepada pekerja kes. Sekiranya pekerja kes mempunyai

pengetahuan/kemahiran tambahan dan sesuai untuk diaplikasikan ke dalam proses

kerja, pekerja kes boleh menggunakan kemahiran/pengetahuan tersebut di samping

yang telah dinyatakan dalam proses kerja.

Sistem Pengurusan Kes Kerja Sosial ini turut mengambil kira pendekatan

penyelesaian masalah (problem solving approach) yang melibatkan lima (5) elemen

utama yang disusun mengikut tahap. Setiap tahap dan elemen mempunyai

beberapa proses kerja yang berbeza. Untuk setiap proses kerja merangkumi aktiviti,

pengetahuan dan kemahiran yang menjadi panduan kepada pekerja kes dalam

melaksanakan tugas.

TAHAP SISTEM PENGURUSAN KES KERJA SOSIAL

Rajah 2: Tahap Sistem Pengurusan Kes Kerja Sosial

SISTEM PENGURUSAN KES KERJA SOSIAL

Manual Sistem Pengurusan Kes Kerja Sosial, Jabatan Kebajikan Masyarakat

16

Jadual 1: Tahap Sistem Pengurusan Kes Kerja Sosial

Tahap Elemen Huraian

Tahap 1 Penerimaan /Saringan

Pekerja Sosial hendaklah mengenalpasti kes yang bersesuaian/berpotensi/berkeperluan untuk diletak di bawah sistem pengurusan kes.

Tahap 2 Penentuan Situasi

Pekerja Sosial perlu melakukan proses pengumpulan maklumat bagi memahami situasi masalah yang dihadapi oleh klien. Proses ini juga melibatkan penentuan situasi berisiko (risks assessment) dan penentuan situasi keperluan (needs assessment). Kekuatan, cabaran dan matlamat yang hendak dicapai oleh klien turut dikenalpasti dalam tahap ini.

Tahap 3 Perancangan dan Intervensi

Pekerja Sosial hendaklah bekerjasama dengan klien untuk merancang pelan tindakan/kes serta strategi intervensi bagi meningkatkan kekuatan dan membantu klien mencapai matlamat mereka. Pelan tindakan/kes ini hendaklah berdasarkan kepada penilaian yang bermakna dan hendaklah mempunyai matlamat yang boleh dicapai dan boleh diukur. Pelan kes ini kemudiannya dilaksanakan bersama-sama oleh pihak-pihak yang terlibat.

Tahap 4 Pemantauan dan Penilaian

Pekerja Sosial hendaklah mengambil bahagian secara berterusan dalam membuat pemantauan dan penilaian terhadap pelaksanaan pelan kes ini termasuk menilai kesesuaian dan keberkesanan perkhidmatan yang disampaikan, kemajuan dan perkembangan klien, dan membuat pengubahsuaian jika perlu bagi memastikan matlamat yang ditetapkan tercapai.

Tahap 5 Penamatan

Pekerja Sosial hendaklah membuat persediaan

penamatan kes dengan berbincang dengan klien

mengenai kemajuan atau perubahan yang telah

dicapai serta kesediaan klien untuk menghadapi

situasi hidup tanpa intervensi Pekerja Sosial.

Manual Sistem Pengurusan Kes Kerja Sosial, Jabatan Kebajikan Masyarakat

17

PENGGUNAAN SISTEM PENGURUSAN KES (CMS) DI PERINGKAT

PEJABAT KEBAJIKAN MASYARAKAT DAERAH

Rajah 3: Sistem Pengurusan Kes dalam 2 Years Exit Programme (2YEP)

Manual Sistem Pengurusan Kes Kerja Sosial, Jabatan Kebajikan Masyarakat

18

PENGGUNAAN SISTEM PENGURUSAN KES (CMS) DI INSTITUSI

Rajah 4: Sistem Pengurusan Kes di Institusi

Sistem Pengurusan Kes Kerja Sosial, Jabatan Kebajikan Masyarakat

19

RUMUSAN SISTEM PENGURUSAN KES KERJA SOSIAL

Rajah 5: Rumusan Sistem Pengurusan Kes Kerja Sosial

Mula

Penerimaan/

Saringan

Tamat

Ya Tidak

Pelaporan kemajuan kes

Tamat

Perancangan

& Intervensi

Pemantauan

& Penilaian

Penamatan Ya

Tidak / belum capai

Kefungsian Sosial Kes

Kes baru/ kes sedia ada

PROSES

Penerimaan kes

Penentuan keperluan kes

Pelan kes dan Pelaksanaan intervensi

Penentuan Situasi

(assessment)

Rujukan ke agensi lain/ meneruskan

perkhidmatan sedia ada

Sistem Pengurusan Kes Kerja Sosial, Jabatan Kebajikan Masyarakat

20

Jadual 2: Rumusan Sistem Pengurusan Kes Kerja Sosial

Tahap Elemen Huraian

Tahap 1 Penerimaan / Saringan

Satu proses kerja pada tahap ini iaitu semakan dokumentasi kes yang dirujuk.

Tahap 2 Penentuan Situasi

Proses kerja yang terlibat adalah seperti berikut:

Kenalpasti isu/masalah

Kenalpasti keperluan utama

Kenalpasti sumber-sumber

Kenalpasti isu/masalah keperluan sebenar

Tentukan isu/masalah/keperluan kes

Tahap 3 Perancangan dan Intervensi

Proses kerja yang terlibat adalah seperti berikut:

Tentukan matlamat pengurusan penyelesaian kes (goal setting)

Tentukan peranan klien dan pekerja kes/pihak luar termasuk perkhidmatan luar

Bentuk pelan tindakan kes

Tentukan strategi tindakan/intervensi

Laksanakan strategi tindakan/intervensi

Tahap 4 Pemantauan dan Penilaian

Proses kerja yang terlibat adalah seperti berikut:

Kenal pasti skop pemantauan

Kenal pasti kaedah pemantauan

Laksanakan pemantauan kemajuan

Sediakan laporan kemajuan

Menilai kemajuan kes/pencapaian matlamat (keberkesanan/halangan)

Semak semula proses perancangan dan intervensi

Menilai penamatan dari aspek kefungsian

Tahap 5 Penamatan

Proses kerja yang terlibat adalah seperti berikut:

Maklumkan kesediaan penamatan

Peneguhan rancangan masa depan kes

Sediakan dokumentasi penamatan

Sistem Pengurusan Kes Kerja Sosial, Jabatan Kebajikan Masyarakat

21

SISTEM PENGURUSAN KES KERJA SOSIAL : PROSES PENERIMAAN/SARINGAN

Rajah 6: Proses Penerimaan

Jadual 3: Proses Penerimaan

PROSES KERJA

PENJELASAN/AKTIVITI KEMAHIRAN

/PENGETAHUAN Dokumentasi dan

kes disemak

Pegawai menyemak dokumentasi kes yang dirujuk ke institusi. Jika dokumentasi lengkap, terima kes Jika dokumentasi tidak lengkap, rujuk kepada Pegawai perkhidmatan luar atau agensi perujuk.

Senarai semak dokumentasi penerimaan kes

Mula

Tamat

Ya

Kes diterima

Tidak lengkap

Kes baru/ kes sedia ada

Rujuk Pegawai

Perkhidmatan

luar/agensi perujuk

Dokumentasi dan kes disemak

Lengkap

Tidak

Sistem Pengurusan Kes Kerja Sosial, Jabatan Kebajikan Masyarakat

22

SISTEM PENGURUSAN KES KERJA SOSIAL: PROSES PENENTUAN SITUASI

Rajah 7: Proses Penentuan Situasi

Jadual 4: Proses Penentuan Situasi

PROSES KERJA

PENJELASAN/AKTIVITI KEMAHIRAN

/PENGETAHUAN

Kenal pasti isu/masalah

Pegawai melaksanakan proses penentuan situasi ke atas klien yang telah dirujuk. Pelaksanan proses penentuan situasi meliputi mendapatkan maklumat melalui penggunaan Alat/instrumen dan kaedah berikut:

1. Temubual bagi penerokaan isu/masalah kes

2. Melaksanakan pemerhatian ke atas klien

3. Klien dibawa menjalani Pemeriksaan fizikal & kesihatan

Kemahiran

Temubual

Komunikasi

Pemerhatian

Merekod

Pengetahuan

Maslow’s Hirearchy of Needs

Bowlby’s Attachment Theory

Tentukan isu/masalah/keperluan kes

Kenal pasti isu/masalah

Kenal pasti keperluan utama

Kenal pasti sumber-sumber

Kenal pasti isu/masalah/keperluan sebenar

Sistem Pengurusan Kes Kerja Sosial, Jabatan Kebajikan Masyarakat

23

PROSES KERJA

PENJELASAN/AKTIVITI KEMAHIRAN

/PENGETAHUAN

4. Menyemak dokumen yang dibekalkan oleh agensi perujuk : -Laporan Perubatan -Laporan Akhlak -Laporan Polis

Teori perkembangan – Piaget, Erikson

Congnitive –Behavioral Theory

System Theory

Conflict Theory

Kenal pasti keperluan

utama

Pegawai perlu mengenal pasti dan menyenaraikan keperluan klien merangkumi :

1. Keperluan fizikal 2. Keperluan emosi/psikologi 3. Keperluan sosial 4. Keperluan kerohanian 5. Keperluan sosioekonomi

Kemahiran

Penilaian keperluan

Penilaian risiko

Analitikal Pengetahuan

Teori psikososial

Kenal pasti sumber-sumber

Pegawai perlu mengenal pasti dan menyenaraikan sumber-sumber yang boleh digunakan mengatasi isu atau masalah klien sama ada : A. Sumber dalaman (kes dan institusi)

1. Minat 2. Bakat 3. Pengetahuan 4. Kemahiran 5. Fizikal 6. Kemudahan dalam institusi

B. Sumber luaran:

1. Sokongan keluarga 2. Komuniti

Kemahiran

Pemerhatian

Analitikal

Jaringan sosial (networking)

Pengetahuan

Strength - based perspective

Resilient Theory

System Theory

Ecological Theory

Kenal pasti

isu/masalah/k

eperluan

sebenar

Pegawai perlu melaksanakan langkah-langkah berikut bagi mengenal pasti isu/masalah/keperluan sebenar klien. 1. Menyatakan isu/masalah yang ingin

diselesaikan/diatasi oleh klien

2. Menyatakan halangan/cabaran untuk

Kemahiran

SWOT analysis

Analitikal

Refleksi Pengetahuan

Psikososial - Affective, Cognitive Behaviour (ABC Model)

Sistem Pengurusan Kes Kerja Sosial, Jabatan Kebajikan Masyarakat

24

PROSES KERJA

PENJELASAN/AKTIVITI KEMAHIRAN

/PENGETAHUAN

menyelesaikan isu atau masalah. 3. Menyatakan keperluan klien. 4. Menyatakan peluang/potensi yang

boleh diterokai. 5. Pegawai melaksanakan analisis

masalah/keperluan berdasarkan kepada maklumat yang diperolehi di langkah 1-4.

Pengurusan risiko

Tentukan isu/masalah/keperluan kes

1. Pegawai perlu menjelaskan kepada klien indikator masalah yang telah dikenal pasti

2. Pegawai menentukan isu/masalah /keperluan kes mengikut keutamaan bersama dengan klien bagi intervensi

Kemahiran

Komunikasi

Membuat keputusan

Pengetahuan

Analisis keutamaan

Sistem Pengurusan Kes Kerja Sosial, Jabatan Kebajikan Masyarakat

25

SISTEM PENGURUSAN KES KERJA SOSIAL : PROSES PERANCANGAN DAN INTERVENSI

Rajah 8: Proses Perancangan dan Intervensi

Jadual 5: Proses Perancangan dan Intervensi

PROSES KERJA

PENJELASAN/AKTIVITI KEMAHIRAN

/PENGETAHUAN

Tentukan

matlamat

pengurusan

penyelesaian

kes

(goal setting)

Bagi tujuan penentuan matlamat, Pegawai perlu melaksanakan langkah-langkah berikut: 1. Kenal pasti matlamat yang

membawa perubahan

2. Tentukan tempoh untuk mencapai matlamat samada jangka pendek atau jangka panjang. (Pemilihan matlamat jangka pendek dan jangka panjang bergantung kepada sumber-sumber yang sedia ada).

Kemahiran

Perundingan (negotiation skill)

Pemudahcara (facilitating skill)

Pengetahuan

Task – centered theory

Tentukan matlamat pengurusan penyelesaian kes (goal setting)

Ya

Tentukan peranan klien & pekerja kes

Tentukan strategi

tindakan/intervensi

Bentuk pelan tindakan kes

Laksanakan strategi tindakan/intervensi

Tidak

Persetujuan

terhadap pelan

tindakan kes

Sistem Pengurusan Kes Kerja Sosial, Jabatan Kebajikan Masyarakat

26

PROSES KERJA

PENJELASAN/AKTIVITI KEMAHIRAN

/PENGETAHUAN

Tentukan

peranan klien

& pekerja

kes/pihak luar

termasuk

perkhidmatan

luar

Apabila matlamat telah ditentukan, Pegawai perlu menentukan peranan bagi setiap individu yang akan terlibat dalam mencapai matlamat tersebut. Penentuan peranan boleh dilaksanakan melalui langkah-langkah berikut: 1. Jelaskan aktiviti/program yang boleh

mencapai matlamat.

2. Jelaskan peranan dan

tanggungjawab yang hendak

dilaksanakan.

3. Kenal pasti dan selesaikan isu/halangan yang timbul dalam memainkan peranan.

Kemahiran

Perundingan (negotiation skill)

Pemudahcara (facilitating skill)

Perundangan (Akta/Peraturan/Kaedah berkaitan)

Pengetahuan

Task – centered theory

Role theory

Conflict resolution

Bentuk pelan

tindakan kes

Pegawai bentuk pelan tindakan kes dengan melaksanakan langkah-langkah berikut: 1. Nyatakan rancangan intervensi yang

hendak dilaksanakan 2. Bentuk carta perbatuan (milestone)

rancangan intervensi 3. Nyatakan tanggungjawab pegawai

kes/pihak yang terlibat dalam rancangan intervensi

4. Tentukan indikator dan pengukuran yang bersesuaian

5. Sediakan pelan alternatif

Kemahiran

Merancang

Perundingan

Advokasi

Partnership

Pengetahuan

Gantt chart

Single System Design

Tentukan

strategi

tindakan/

intervensi

Pegawai tentukan strategi tindakan atau intervensi dengan melaksanakan langkah-langkah berikut:

1. Kenal pasti strategi-strategi

tindakan/intervensi 2. Tentukan peringkat intervensi sama

ada di peringkat mikro/meso/makro 3. Pilih strategi tindakan yang

bersesuaian mengikut matlamat, jangka masa dan peringkat yang

Kemahiran

Perancangan

Menilai

Membuat keputusan Pengetahuan

Ecological System

Teori fungsi dan struktur

Sistem Pengurusan Kes Kerja Sosial, Jabatan Kebajikan Masyarakat

27

PROSES KERJA

PENJELASAN/AKTIVITI KEMAHIRAN

/PENGETAHUAN

telah ditentukan

Teori interaksional

Empowerment Theory

Kaedah kerja kes (individu/kelompok/

komuniti)

Laksanakan strategi tindakan/ intervensi

Pegawai laksanakan strategi tindakan atau intervensi yang telah dirancang dengan melaksanakan langkah-langkah berikut:

1. Menjalankan strategi tindakan

mengikut pelan tindakan.

2. Menilai tindakan dan mengubahsuai strategi tindakan.

3. Mengenal pasti krisis yang timbul

dalam pelaksanaan tindakan/intervensi krisis.

4. Menggalakkan perubahan (catalyst).

Kemahiran

Pengurusan krisis kaunseling

Rational Emotive Behavior Theraphy (REBT) (jika bersesuaian)

Cognitive Behavioral Theraphy (CBT)(jika bersesuaian)

Psychosocial therapy (jika bersesuaian)

Behavior Modification Theraphy (BMT)(jika bersesuaian)

Mengkoordinasi Pengetahuan

Motivation theory

Behavior theory

Cognitive theory

Emotional theory

Empowerment theory

Communication theory

Learning theory

Life span theory (teori perkembangan)

Sistem Pengurusan Kes Kerja Sosial, Jabatan Kebajikan Masyarakat

28

SISTEM PENGURUSAN KES KERJA SOSIAL :

PROSES PEMANTAUAN DAN PENILAIAN

Rajah 9: Proses Pemantauan dan Penilaian

Jadual 6: Proses Pemantauan dan Penilaian

PROSES KERJA

PENJELASAN/AKTIVITI KEMAHIRAN

/PENGETAHUAN

Kenal pasti

skop

pemantauan

Pegawai perlu mengenal pasti skop pemantauan

1. Tentukan butiran pemantauan (cth: pencapaian akademik, kemahiran, kesihatan, tingkahlaku dll)

2. Tentukan indikator (jadual, rekod,

Kemahiran

Single system design Pengetahuan

Teori Perkembangan

Psychosocial Theory

Behavior Theory

Cognitive Theory

Ya

Kenal pasti kaedah pemantauan

Laksanakan pemantauan kemajuan

Kenal pasti skop pemantauan

Tidak

Sediakan laporan kemajuan

Menilai kemajuan kes/pencapaian matlamat (keberkesanan/halangan)

Semak balik proses perancangan

& intervensi Menilai penamatan

dari aspek kefungsian

sosial

Sistem Pengurusan Kes Kerja Sosial, Jabatan Kebajikan Masyarakat

29

PROSES KERJA

PENJELASAN/AKTIVITI KEMAHIRAN

/PENGETAHUAN

laporan dll) dan pengukuran yang hendak digunakan

Kenal pasti

kaedah

pemantauan

1. Tentukan kaedah pemantauan 2. Kenal pasti instrumen/ borang

(instrumen = alat pandang dengar, ujian psikologi, borang soal selidik, dll)

3. Kenal pasti halangan/ cabaran/ limitasi instrumen

4. Tentukan instrumen/ borang/ rekod yang bersesuaian

5. Tentukan selang tempoh pemantauan

Kemahiran

Mentadbir

Merekod

Temu bual

Pemerhatian (cth: laporan kemajuan persekolahan, penguasaan kemahiran) Pengetahuan

Instrumen Ujian Psikologi

Laksanakan

pemantauan

kemajuan

1. Laksanakan pemantauan mengikut selang tempoh menggunakan instrumen/ borang yang telah ditetapkan.

2. Rekodkan hasil dapatan pemantauan.

Kemahiran

Bahasa badan

Temu bual/ menyoal

Pemerhatian

Merekod

Sediakan

laporan

kemajuan

1. Sediakan laporan pemantauan keseluruhan (contoh: boleh merangkumi rakaman video, gambar, carta, dsb)

2. Buat analisis dapatan pemantauan

Kemahiran

Membuat analisis (data, situasi)

Merumus (summarising)

Menulis laporan

Pengetahuan

Penggunaan Carta

Teori Perkembangan

Psychosocial Theory

Menilai kemajuan kes/ pencapaian matlamat (keberkesanan/ halangan)

1. Nyatakan kemajuan kes/ pencapaian matlamat

2. Buat rumusan mengenai kemajuan kes/ pencapaian matlamat

3. Suai atur pemantauan (jika perlu) (cth: ubah suai/ borang pemantauan)

Kemahiran

Menilai

Merumus

Refleksi

Komunikasi

Semak semula

proses

perancangan &

1. Penyesuaian dan susun semula pelan tindakan dan strategi intervensi (jika perlu)

2. Beri cadangan untuk penambahbaikan

Kemahiran

Menilai

Refleksi

Merancang

Sistem Pengurusan Kes Kerja Sosial, Jabatan Kebajikan Masyarakat

30

PROSES KERJA

PENJELASAN/AKTIVITI KEMAHIRAN

/PENGETAHUAN

intervensi

pelan tindakan/ intervensi

Mengurus

Komunikasi

Menilai penamatan dari aspek kefungsian

1. Dapatkan laporan daripada semua pihak terlibat (cth: keluarga, PKMD, sekolah).

2. Jalankan temu bual dengan kes mengenai kefungsian sosialnya dan rancangan masa depan.

3. Sediakan laporan akhir intervensi (kesediaan keluar).

4. Persidangan kes.

Kemahiran

Komunikasi

Menilai

Membuat keputusan

Sistem Pengurusan Kes Kerja Sosial, Jabatan Kebajikan Masyarakat

31

SISTEM PENGURUSAN KES KERJA SOSIAL :

PROSES PENAMATAN

Rajah 10: Proses Penamatan

Jadual 7: Proses Penamatan

PROSES KERJA

PENJELASAN/ AKTIVITI KEMAHIRAN/

PENGETAHUAN

Maklumkan

kesediaan

penamatan

1. Maklum kepada kes, keluarga/ penjaga, PKMD mengenai tarikh pembebasan, syarat-syarat pembebasan termasuk tempoh seliaan luar (mana-mana yang berkenaan).

2. Program pra-bebas (jika berkaitan).

Kemahiran

Komunikasi

Motivasi

Advokasi

Mediator

Broker

Bincangkan rancangan masa depan

Sediakan laporan akhir

Sediakan dokumentasi penamatan

Membuat rujukan

mengikut keperluan

Pencapaian kefungsian sosial klien

Tidak

Ya

Tamat

Maklumkan kesediaan penamatan

Sistem Pengurusan Kes Kerja Sosial, Jabatan Kebajikan Masyarakat

32

PROSES KERJA

PENJELASAN/ AKTIVITI KEMAHIRAN/

PENGETAHUAN

Pengetahuan

Undang-undang berkaitan

Peneguhan

rancangan

masa depan

kes

1. Mengingatkan kes tentang rancangan masa depan yang telah dipersetujui.

2. Menyenaraikan jaringan sokongan sosial yang boleh dirujuk bagi kes.

Kemahiran

Komunikasi

Motivasi

Sediakan

dokumentasi

penamatan

1. Menyediakan dokumen penyerahan (Borang Akuan Penyerahan).

2. Menyerahkan dokumen peribadi (cth: KP, sijil kelahiran, buku akaun bank, kad rawatan) dan harta milik kes (cth: wang, pakaian, buku)

3. Dapatkan akuan penerimaan daripada kes.

4. Kemas kini fail. 5. Tutup fail (setelah perintah tamat/

kematian).

Kemahiran

Merekod

Pengetahuan

Sistem pengurusan fail

Sistem Pengurusan Kes Kerja Sosial, Jabatan Kebajikan Masyarakat

33

PENUTUP

Penyediaan buku Manual Sistem Pengurusan Kes Kerja Sosial ini adalah didorong

oleh pelbagai cabaran dan isu yang semakin kompleks yang dihadapi oleh Pekerja

Sosial pada masa kini. Pewujudan buku ini akan dapat memberi panduan kepada

warga JKM dalam menyampaikan perkhidmatan kebajikan dengan menggunakan

praktis kerja sosial yang berkesan bagi mengembalikan kapasiti kefungsian sosial

kumpulan sasar. Bagi memastikan inisiatif ini dilaksanakan dengan jayanya,

sokongan dan komitmen daripada semua pihak terutama warga JKM diperlukan

dalam mempraktiskan Manual Sistem Pengurusan Kes Kerja Sosial. Pembangunan

kapasiti modal insan, pemantauan dan penilaian secara berterusan juga perlu

dilaksanakan bagi memastikan inisiatif ini beroleh kejayaan.

Sistem Pengurusan Kes Kerja Sosial, Jabatan Kebajikan Masyarakat

34

Rujukan

Barker, R. L. (2003). The social work dictionary (5th ed.). Washington, DC: NASW

Press. International Federation of Social Workers. (2014). Global definition of social work.

Retrieved from http://ifsw.org/ get-involved/global-definition-of-social-work/ Jabatan Kebajikan Masyarakat. (2010). Piawaian kompetensi kebangsaan praktis

kerja sosial di Malaysia. Putrajaya. Nasional Associations of Social Workers. (2013). Social work case management.

Washington, DC.