stratifikasi sosial

12
lieda25@yahoo .com

Upload: cik-noorlyda

Post on 01-Dec-2014

1.543 views

Category:

Education


21 download

DESCRIPTION

group presentation.. credit to puan badariah muhamat kawangit....as 1st presenter

TRANSCRIPT

Page 2: Stratifikasi sosial

STRATIFIKASI SOSIAL

Susun lapis secara hierarki struktur masyarakat yang menunjukkan perbezaan antara individu- individu atau kumpulan- kumpulan (Amir Hasan Dawi. 2009: 56)

Stratifikasi sosial dalam masyarakat terjadi kerana adanya sesuatu yang dihargai dalam masyarakat. Selagi masyarakat memberikan penghargaan terhadap sesuatu yang dianggap lebih, maka stratifikasi sosial di masyarakat tetap akan ada

Orang yang mempunyai kedudukan ekonomi yang kukuh sudah pastinya akan menyokong kewujudan Stratifikasi Sosial manakala orang miskin mahukan sistem ini mengalami perubahan.

Page 3: Stratifikasi sosial

DASAR PEMBENTUKAN

Kriteria utama dasar pembentukan stratifikasi sosial ialah:

Secara praktikalnya, mereka yang mempunyai atau menguasai satu atau lebih faktor stratifikasi sosial boleh menempatkan dirinya di hierarki masyarakat yang paling atas.

Page 4: Stratifikasi sosial

REKOD RASMI MANGSA YANG SELAMAT

Page 5: Stratifikasi sosial

JENIS SISTEM STRATIFIKASI SOSIAL

1) PERHAMBAAN Hamba ialah manusia yang dirampas atau dinafikan kebebasannya &

dipaksa untuk bekerja. Hamba ditahan bukan atas kerelaan diri Dianggarkan terdapat 27 juta penduduk dunia terlibat dalam sistem

perhambaan moden . Keadaan ini termasuklah:a) Buruh Paksab) Buruh Hutangc) Pelacurand) Kahwin Paksa

Dasar AparthiedTerkenal di Afrika selatan (1948-1994) dimana orang kulit hitam dinafikan haknya keatas politik, ekonomi, sosial, pendidikan dan budaya.

Page 6: Stratifikasi sosial

2) SISTEM KASTA Status seseorang individu ditentukan secara warisan dan dilahirkan

dalam sesuatu kasta tertentu tidak dapat diubah. Sistem ini sangat ketara di India, dimana masyarakat beragama

Hindu dibahagikan kepada beberapa kumpulan iaitu:

Page 7: Stratifikasi sosial

3) SISTEM KELAS Status yang diperolehi dari sudut ekonomi iaitu berapa banyak

kekayaan yang dimiliki Sistem pengkelasan masyarakat moden Dipelopori oleh masyarakat industri di Amerika dan menular ke

seluruh dunia

Page 8: Stratifikasi sosial

Kelas Pendapatan Harta Pekerjaan Pendidikan Kehidupan Peribadi

Pendidikan anak

Kelas atas Tinggi Banyak harta, warisan

Pengurus, pegawai tinggi

Pendidikan tinggi

Keluarga stabil, personaliti baik

Pendidikan universiti utk anak lelaki & perempuan

Kelas Pertengahan atas

Tinggi Ada pengumpulan harta melalui menabungan

Kurang pengangguran

Memperoleh latihan siswazah

Kedudukan fizikal & mental yang baik

Sistem pendidikan memihak kepada mereka

Kelas Pertengahan bawah

Sederhana Ada penabungan

Peniaga kecil- kecilan, pekerja jualan, pentadbir rendah

Ijazah & sijil persekolahan

Jangka hayat yang lebih panjang

Peluang lebih tinggi berbanding kelas bawahan

Kelas Pekerja Rendah Ada penabungan

Buruh mahir & tidak mahir

Sekolah tinggi & sekolah rendah

Keluarga tidak stabil

Cenderungan kepada program vokasional

Kelas Bawahan Miskin Tiada penabungan

Pengangguran tinggi

Kadar buta huruf yang tinggi

Kesihatan mental dan fizikal yang rendah, jangka hayat rendah

Minat yang rendah dalam pendidikan, kadar keciciran yang tinggi

Sumber : Daniel W. Rossides . 1976. The American Class System. Boston: Houghton Mifflin hlm. 26

Jadual Sistem Pengkelasan Amerika Syarikat abad ke 20

Page 9: Stratifikasi sosial

SIFAT STRATIFIKASI SOSIAL

Page 10: Stratifikasi sosial

MOBILITI SOSIAL

Mobiliti sosial bermaksud pergerakan individu atau kumpulan antara kedudukan yang berbeza dalam hierarki stratifikasi sosial masyarakat.

Mobiliti sosial adalah peluang yang diberikan kepada status sosial seseorang untuk menaikkan taraf diri daripada tahap yang rendah ke aras yang lebih baik

Page 11: Stratifikasi sosial

STRATIFIKASI SOSIAL TERTUTUP

Anggota dari setiap lapisan masyarakat menghadapi kesukaran mengubah statusnya ke tahap yang lebih tinggi

Sistem stratifikasi yang membatasi kemungkinan berlakunya mobiliti sosial

Seseorang individu akan mewarisi status sosial orang tuanya sehingga akhir hayat

Cara tunggal untuk menjadi anggota sesuatu lapisan masyarakat adalah melalui kelahiran

Sistem kasta mempunyai ciri stratifikasi tertutup

Page 12: Stratifikasi sosial

STARTIFIKASI SOSIAL TERBUKA Individu atau anggota sesuatu lapisan masyarakat dengan mudah boleh

mengubah statusnya Sistem strstifikasi yang membenarkan mobiliti sosial berlaku

1) Mendatar

Pergerakan individu dari satu kelompok ke kelompok yamg lain dalam kelas sosial yang sama. Cth:

2) Menegak

Pergerakan kedudukan sosial individu dari satu kedudukan ke kedudukan lain dalam kelas soaial yang berbeza

Tukang batuTukang kayu