sistem politik malaysia

27
1. SISTEM PILIHAN RAYA Sejak tahun 1957, Malaysia mengekalkan sistem politik pelbagai parti yang mana parti politik yang memperoleh majoriti kerusi di Parlimen (Dewan Rakyat) atau Dewan Undangan Negeri boleh menubuhkan Kerajaan Persekutuan atau Negeri. Sistem yang digunakan di Malaysia berasaskan 'First-Past-The-Post-System'. Ini bermakna calon-calon yang memperoleh majoriti akan diisytihar pemenang di bahagian pilihan raya yang berkenaan. 2. UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PILIHAN RAYA Bagi memudahkan pelaksanaan pilihan raya, beberapa undang-undang dan peraturan telah digubal untuk memastikan prosedur pilihan raya dipatuhi sepenuhnya. Undang-undang dan peraturan-peraturan-peraturan yang digubal adalah seperti yang berikut: Perlembagaan Persekutuan; Perlembagaan Negeri; Akta Pilihan Raya, 1958 (Akta 19); Akta Kesalahan Pilihan Raya, 1954 (Akta 5); Peraturan-peraturan (Penjalanan Pilihan Raya) Pilihan Raya, 1981; Peraturan-peraturan (Pendaftaran Pemilih) Pilihan Raya, 2002; Peraturan-peraturan (Mengundi Melalui Pos) Pilihan Raya, 2003. Semua undang-undang dan peraturan-peraturan ini adalah berkait secara langsung dengan proses pilihan raya. Walau bagaimanapun terdapat juga beberapa undang-undang yang walaupun tidak mempunyai kaitan secara langsung dengan proses pilihan raya, tetapi memain peranan dalam kelancaran penjalanan pilihan raya. Ia termasuklah Akta Polis 1962; Akta Hasutan 1970; Akta Rahsia Rasmi 1972; dan Akta Keselamatan Dalam Negeri, 1960. 3. ELEMEN-ELEMEN PENTING PILIHAN RAYA Elemen-elemen penting pilihan raya adalah:- Bahagian Pilihan Raya Pemilih Calon Proses Pilihan Raya 4. BILANGAN BAHAGIAN PILIHAN RAYA

Upload: umi3047

Post on 10-Aug-2015

67 views

Category:

Education

0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sistem politik malaysia

1. SISTEM PILIHAN RAYA  

Sejak tahun 1957, Malaysia mengekalkan sistem politik pelbagai parti yang mana parti politik yang memperoleh majoriti kerusi di Parlimen (Dewan Rakyat) atau Dewan Undangan Negeri boleh menubuhkan Kerajaan Persekutuan atau Negeri. Sistem yang digunakan di Malaysia berasaskan 'First-Past-The-Post-System'. Ini bermakna calon-calon yang memperoleh majoriti akan diisytihar pemenang di bahagian pilihan raya yang berkenaan.

2. UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PILIHAN RAYA  

Bagi memudahkan pelaksanaan pilihan raya, beberapa undang-undang dan peraturan telah digubal untuk memastikan prosedur pilihan raya dipatuhi sepenuhnya. Undang-undang dan peraturan-peraturan-peraturan yang digubal adalah seperti yang berikut:

  Perlembagaan Persekutuan;   Perlembagaan Negeri;   Akta Pilihan Raya, 1958 (Akta 19);   Akta Kesalahan Pilihan Raya, 1954 (Akta 5);   Peraturan-peraturan (Penjalanan Pilihan Raya) Pilihan Raya, 1981;   Peraturan-peraturan (Pendaftaran Pemilih) Pilihan Raya, 2002;   Peraturan-peraturan (Mengundi Melalui Pos) Pilihan Raya, 2003.

Semua undang-undang dan peraturan-peraturan ini adalah berkait secara langsung dengan proses pilihan raya. Walau bagaimanapun terdapat juga beberapa undang-undang yang walaupun tidak mempunyai kaitan secara langsung dengan proses pilihan raya, tetapi memain peranan dalam kelancaran penjalanan pilihan raya. Ia termasuklah Akta Polis 1962; Akta Hasutan 1970; Akta Rahsia Rasmi 1972; dan Akta Keselamatan Dalam Negeri, 1960.

 3. ELEMEN-ELEMEN PENTING PILIHAN RAYA  

Elemen-elemen penting pilihan raya adalah:- Bahagian Pilihan Raya Pemilih Calon

Proses Pilihan Raya

   4. BILANGAN BAHAGIAN PILIHAN RAYA  

Dalam sistem pilihan raya yang diamalkan di Malaysia, seseorang calon dipilih untuk mewakili penduduk-penduduk sesuatu bahagian pilihan raya di Parlimen (Pilihan Raya Umum) atau Dewan Undangan Negeri (Pilihan Raya Negeri). Sehingga kini terdapat 222 kerusi Dewan Rakyat (Parlimen) dan 576 kerusi Dewan Undangan Negeri (lihat Jadual 1).

 5. PERSEMPADANAN SEMULA BAHAGIAN-BAHAGIAN PILIHAN RAYA  

Sebagai sebahagian daripada fungsi utamanya, Suruhanjaya Pilihan Raya bertanggungjawab untuk mengkaji semula sempadan Bahagian-bahagian Pilihan Raya Parlimen dan Negeri. Seperti yang tertera di dalam Perlembagaan Persekutuan, Suruhanjaya Pilihan Raya perlu menjalankan kajian ini setiap tidak kurang daripada 8 tahun.

 6. PENDAFTARAN PEMILIH

Page 2: Sistem politik malaysia

 Satu elemen penting dalam sistem pilihan raya ialah seseorang pemilih itu mestilah mendaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya sebelum dia boleh mengundi dalam pilihan raya bagi Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri.

Di Malaysia, seseorang itu layak untuk mendaftar jika dia:

warganegara Malaysia; berumur tidak kurang daripada 21 tahun pada tarikh kelayakan; seorang penduduk di mana-mana bahagian pilihan raya di Malaysia; dan

tidak hilang kelayakan.

 7. HILANG KELAYAKAN  

Seseorang pemilih akan hilang kelayakan jika dia: pada tarikh kelayakan, ditahan kerana tidak siuman atau sedang menjalani hukuman

penjara; atau sebelum tarikh kelayakan, telah didapati bersalah dan dihukum mati atau penjara

untuk tempoh lebih 12 bulan dan masih menjalani hukuman pada tarikh kelayakan; atau

telah didapati bersalah di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954; atau

telah memperoleh kerakyatan asing.  8. SEMAKAN DAFTAR PEMILIH  

Semakan daftar pemilih dijalankan di sepanjang tahun, seperti yang diperuntukkan di dalam undang-undang. Anda boleh mendaftar di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya, Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri, Pejabat-Pejabat Pos atau melalui unit-unit bergerak Suruhanjaya. Daftar-daftar pemilih baru disediakan setiap 3 bulan sekali dan ia dipamerkan selama 7 hari bagi tujuan urusan tuntutan dan bantahan. Selepas mempertimbangkan tuntutan dan bantahan melalui siasatan awam, daftar pemilih untuk tahun berkenaan akan disahkan oleh Suruhanjaya di dalam tempoh sebulan. Semasa semakan daftar induk, nama-nama pemilih yang sudah meninggal dunia dan yang sudah hilang kelayakan mengikut undang-undang akan dikeluarkan daripada daftar berkenaan.

 9. KELAYAKAN CALON  

Dalam sistem pilihan raya di Malaysia, calon yang bertanding boleh mewakili sesuatu parti atau bertanding sebagai calon bebas. Seseorang itu layak menjadi calon dalam mana-mana pilihan raya jika memenuhi syarat berikut:

warganegara Malaysia dan bermastautin di negara ini; berumur tidak kurang daripada 21 tahun pada hari penamaan calon; dan tinggal di Negeri di mana dia akan bertanding.

Seseorang calon hilang kelayakan jika dia:

telah didapati atau diisytiharkan tidak siuman; atau didapati seorang bankrap; atau memegang jawatan berkepentingan 'office of profit'; atau gagal mengemukakan laporan perbelanjaan pilihan raya; atau

Page 3: Sistem politik malaysia

telah didapati bersalah oleh mahkamah di Malaysia dan dijatuhi hukuman penjara untuk tempoh tidak kurang dari 1 tahun atau denda tidak kurang dari RM2000 dan belum mendapat pengampunan; atau

telah memperoleh kewarganegaraan asing.  10. TEMPOH PILIHAN RAYA  

Pilihan Raya untuk Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri, seperti yang ditetapkan oleh undang-undang, diadakan sekali di dalam tempoh 5 tahun kecuali jika dewan dibubarkan lebih awal. Pilihan Raya Umum diadakan di dalam tempoh 60 hari selepas tarikh pembubaran.

Pilihan Raya Kecil juga diadakan di dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan, sama ada disebabkan kematian, peletakan jawatan atau seseorang Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri itu hilang kelayakan. Dalam hal ini tarikh kekosongan kerusi akan ditetapkan oleh Suruhanjaya.

 11. PROSES PILIHAN RAYA 

Pilihan Raya Umum atau Pilihan Raya Kecil bermula dengan pengeluaran writ pilihan raya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya kepada Pegawai Pengurus. Pada masa yang sama satu notis akan diwartakan, menetapkan tarikh-tarikh hari penamaan calon dan hari mengundi.

 12. HARI PENAMAAN CALON 

Hari penamaan calon merujuk kepada hari yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya bagi calon-calon mengemukakan kertas-kertas penamaan untuk bertanding dalam pilihan raya kepada Pegawai Pengurus. Kertas-kertas penamaan boleh dikemukakan oleh calon, pencadang dan penyokong atau salah seorang daripada mereka. Kertas-kertas penamaan mestilah dikemukakan di antara jam 9.00 pagi hingga 10.00 pagi pada hari penamaan. Kertas-kertas penamaan akan dipamerkan dari jam 10.00 pagi hingga 11.00 pagi untuk diteliti dan bantahan. Dalam kes di mana seorang calon sahaja yang dicadangkan, Pegawai Pengurus akan mengisytiharkan calon itu menang tanpa bertanding.

 13. DEPOSIT 

Wang deposit berjumlah RM10,000 bagi kerusi Parlimen dan RM5,000 bagi kerusi Negeri perlu diserahkan kepada Pegawai Pengurus sebelum atau pada hari penamaan calon. Calon akan hilang wang deposit sekiranya gagal memperoleh 1/8 daripada jumlah undi yang diperoleh oleh semua calon yang bertanding di dalam sesuatu bahagian pilihan raya berkenaan.

 14. PENGGUNAAN SIMBOL  

Seseorang calon yang mewakili sesuatu parti politik boleh menggunakan simbol parti jika dia mendapat kebenaran bertulis daripada ketua parti berkenaan. Calon-calon bebas perlu memilih mana-mana simbol yang telah disediakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya, untuk dicetak pada kertas-kertas undi.

 15. KEMPEN

Page 4: Sistem politik malaysia

 Suruhanjaya Pilihan Raya telah merangka peraturan-peraturan khas untuk berkempen, seperti yang tertera di dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 2002. Kempen hanya boleh dimulakan selepas selesai proses penamaan calon dan mesti dihentikan jam 12.00 tengah malam sebelum hari mengundi. Bagi memastikan pilihan raya berjalan lancar Suruhanjaya mempunyai kuasa di bawah perkara 3(5) Akta Pilihan Raya 1958 dan perkara 27A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 untuk melantik Pegawai Penguat Kuasa dan membentuk satu atau lebih Pasukan-pasukan Penguat Kuasa di setiap bahagian pilihan raya Parlimen, jika difikirkan perlu. Unit ini dianggotai oleh Pegawai Penguat Kuasa yang dilantik oleh Suruhanjaya Pilihan Raya, seorang wakil dari Ibu Pejabat Polis Daerah, seorang wakil dari Pihak Berkuasa Tempatan dan seorang wakil tiap-tiap parti/calon yang bertanding.

Pegawai Penguat Kuasa bertanggungjawab kepada Pegawai Pengurus, dan tugas pasukan ini ialah untuk memantau bahan-bahan kempen, ceramah-ceramah pilihan raya dan perhimpunan umum, bagi memastikan peruntukan-peruntukan di bawah undang-undang dan peraturan-peraturan pilihan raya tidak dilanggar. Suruhanjaya Pilihan Raya juga akan menubuhkan jawatankuasa-jawatankuasa di peringkat Pusat/Negeri/bahagian-bahagian pilihan raya bagi memberikan penerangan kepada parti-parti politik, calon-calon atau ejen-ejen dan petugas-petugas parti mengenai undang-undang dan peraturan pilihan raya. Senarai perkara yang mesti dipatuhi dan dilarang semasa pilihan raya disediakan, dan ini perlu diambil ingatan oleh calon-calon dan petugas-petugas parti.

Biasanya, kempen pilihan raya adalah berupa:

Pengedaran risalah dan surat; Poster; Ceramah tertutup dan ceramah umum; Kempen dari rumah ke rumah.

Parti-parti politik dibenarkan membentangkan dan memperjelas menifesto masing-masing. Mereka juga boleh menggunakan media elektronik. Walau bagaimanapun, calon-calon perlu membayar deposit berjumlah RM5,000 bagi pilihan raya Parlimen dan RM3,000 bagi pilihan raya Negeri. Deposit ini akan dipulangkan sekiranya calon-calon menanggalkan poster, sepanduk dan sebagainya di dalam tempoh 14 hari selepas hari mengundi.

Sepanjang tempoh berkempen pihak polis akan dari semasa ke semasa mengeluarkan garis-garis panduan kepada calon-calon yang bertanding untuk memastikan pilihan raya berjalan secara aman. Semua bentuk kempen mesti ditamatkan pada jam 12.00 tengah malam sebelum hari mengundi.

 16. HARI MENGUNDI  

Hari mengundi adalah merujuk kepada hari pemilih-pemilih membuang undi. Secara rasmi hari mengundi bermula dari selepas 12.00 tengah malam dan berakhir dengan pengumuman keputusan pilihan raya. Namun demikian, waktu membuang undi ditetapkan dari jam 8.00 pagi hingga jam 5.00 petang di seluruh Malaysia. Bagi kawasan-kawasan pedalaman, unit-unit bergerak digunakan bagi memastikan kelancaran membuang undi. Selain dari itu, waktu membuang undi mungkin berbeza antara daerah-daerah. Suruhanjaya Pilihan Raya biasanya akan mengeluarkan notis untuk memaklumkan orang ramai tentang perkara-perkara pilihan raya seperti:

tarikh mengundi; lokasi tempat mengundi; waktu mengundi di semua tempat mengundi; lokasi pusat pengiraan dan penjumlahan undi.

Page 5: Sistem politik malaysia

Pengundian dilakukan di tempat-tempat mengundi yang telah diwartakan. Setiap tempat mengundi mempunyai seorang Ketua Tempat Mengundi yang mengawal selia proses pengundian. Beliau akan dibantu oleh kerani mengundi dan kerani mengira undi.

.17. BARONG SPR  

Undang-undang yang ada pada masa ini melarang calon daripada mendirikan pondok di mana-mana pusat mengundi di dalam kawasan tempat calon itu bertanding. Walau bagaimanapun, parti-parti politik dibenarkan untuk mengadakan bilik operasi jika sekiranya terletak di luar jarak 50 meter dari pusat mengundi. Bagi memastikan kelancaran pengundian, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia akan mendirikan barong SPR di pusat-pusat mengundi. Barong-barong ini adalah untuk membantu pemilih menyemak nombor siri mereka di dalam daftar pemilih dan saluran supaya pengundian berjalan dengan teratur.

 18. KEBENARAN UNTUK MEMASUKI TEMPAT MENGUNDI  

Hanya pemilih-pemilih yang nama mereka terdapat di dalam daftar pemilih bagi sesuatu tempat mengundi sahaja boleh dibenarkan masuk untuk membuang undi. Penggunaan kad pengenalan pemilih yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara sebagai pengenalan diri, dan perlu ditunjukkan di tempat mengundi. Bagi memastikan keadaan terkawal dan menentukan kerahsiaan undi, hanya pegawai-pegawai berikut yang dibenarkan memasuki tempat mengundi:

1. Ahli dan pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya; 2. Ketua Tempat Mengundi dan kakitangannya; 3. calon-calon dan wakil calon; 4. Ejen-ejen mengundi dan ejen mengira undi; dan

5. orang-orang yang dibenarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.  19. CARA-CARA MENGUNDI  

Undi adalah rahsia. Seseorang pemilih hanya boleh memangkah seorang calon sahaja, iaitu dengan menandakan ‘X’ bersebelahan nama calon yang dipilih. Selepas menandakan kertas undi, pengundi perlu melipatnya mengikut garisan di kertas undi, dan seterusnya memasukkannya ke dalam peti undi yang disediakan. Jika diadakan pilihan raya serentak (Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri) kertas-kertas undi mestilah ditanda, dilipat dan dimasukkan ke dalam peti undi yang berasingan yang ditanda “PARLIMEN” dan “NEGERI”.

 20. UNDI POS  

Undi pos dihantar dengan pos seawal yang mungkin kepada pemilih yang layak mengundi melalui pos. Biasanya pengundi pos terdiri daripada anggota tentera, Pasukan Polis Hutan, petugas-petugas pilihan raya, pegawai-pegawai kerajaan yang bertugas di luar negara, pelajar yang menuntut di luar negara, serta isteri atau suami masing-masing. Kertas undi pos mesti sampai kepada Pegawai Pengurus selewat-lewatnya jam 5.00 petang pada hari mengundi. Prosedur-prosedur yang lengkap telah disediakan untuk menjaga kerahsiaan undi.

 21. EJEN MENGUNDI  

Undang-undang membenarkan calon melantik ejen mengundi bagi tujuan menjaga kepentingan calon di setiap tempat mengundi di sepanjang masa. Peranan ejen adalah untuk memastikan pengundian dijalankan mengikut undang-undang dan

Page 6: Sistem politik malaysia

peraturan-peraturan yang berkaitan.  22. PENGIRAAN UNDI  

Pengiraan undi dijalankan oleh Ketua Tempat Mengundi di tempat mengundi atau di satu pusat pengiraan undi yang telah ditetapkan. Undi pos bagi sesuatu bahagian pilihan raya dikira oleh Pegawai Pengurus di pusat pengiraan undi yang ditetapkan.

Semasa undi dikira, orang-orang yang dibenarkan sahaja boleh memasuki tempat mengira undi. Mereka ialah:

Ahli-ahli dan pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya; pegawai yang dilantik oleh Suruhanjaya Pilihan Raya; kerani mengira undi; dan calon, wakil dan ejen mengira undi.

Kehadiran ejen-ejen calon adalah untuk memastikan pengiraan undi dijalankan mengikut proses yang betul seperti yang ditetapkan oleh undang-undang dan peraturan dan bagi memastikan urusan pengiraan undi itu betul, adil dan telus.

 23. PENJUMLAHAN RASMI UNDI  

Selepas selesai pengiraan undi di tempat-tempat mengundi dan pusat pengiraan undi, keputusan-keputusan pengundian dikemukakan kepada Pegawai Pengurus di pusat penjumlahan undi. Pegawai Pengurus akan menjumlahkan semua undi, termasuk undi pos, untuk menentukan pemenang. Pegawai Pengurus bagi sesuatu bahagian pilihan raya itu akan mengisytiharkan calon yang mendapat undi majoriti, sebagai wakil yang terpilih bagi bahagian pilihan raya berkenaan.

   24. PETISYEN PILIHAN RAYA  

Keputusan pilihan raya boleh dicabar di mahkamah. Sesuatu petisyen boleh dibuat atas sebab-sebab berikut:

sogokan, peras ugut atau sebarang salah laku yang mungkin telah menjejaskan pilihan raya;

ketidak patuhan undang-undang dan peraturan pilihan raya; perbuatan rasuah atau perbuatan menyalahi undang-undang yang dilakukan oleh

calon dan ejen-ejen; calon atau ejennya didapati tidak layak menyertai pilihan raya.

Petisyen pilihan raya mestilah dikemukakan ke Mahkamah Tinggi di dalam masa 21 hari selepas tarikh keputusan pilihan raya disiarkan dalam Warta. Jika Hakim Pilihan Raya, selepas menjalankan perbicaraan ke atas petisyen berkenaan, memutuskan bahawa pilihan raya berkenaan terbatal, Suruhanjaya Pilihan Raya akan mengeluarkan notis yang mana pilihan raya baru akan diadakan di bahagian pilihan raya tersebut.

 25. PENYATA PERBELANJAAN PILIHAN RAYA  

Seseorang calon adalah layak membelanjakan wang bagi pilihan raya tetapi tidak boleh melebihi:

RM200,000 bagi Dewan Rakyat; dan RM100,000 bagi Dewan Undangan Negeri

Page 7: Sistem politik malaysia

Laporan perbelanjaan mestilah dihantar kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri di dalam tempoh 31 hari selepas tarikh keputusan pilihan raya disiarkan di dalam Warta. Kegagalan untuk mengemukakan penyata perbelanjaan pilihan raya atau kegagalan untuk mengemukakannya di dalam tempoh yang ditetapkan merupakan satu kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

 26. PENYIMPANAN DAN PELUPUSAN  

Dalam proses pilihan raya, satu aspek penting ialah penyimpanan kertas-kertas undi dan dokumen lain berkaitan. Dokumen-dokumen ini mestilah disimpan di dalam peti atau peti-peti khas dan dikunci dengan disaksikan oleh ejen-ejen calon.

Peti-peti khas ini disimpan selama 6 bulan di bawah pengawasan Pegawai Pengurus. Pengarah Pilihan Raya Negeri akan menyimpan daftar pemilih yang telah ditandakan dan juga 'counter foils' kertas undi. Ini adalah bagi menjamin kerahsiaan undi. Peti-peti itu hanya boleh dibuka atas arahan Hakim Mahkamah Tinggi, jika ada kes-kes petisyen.

Selepas tempoh 6 bulan, Pegawai Pengurus, selepas mendapat kebenaran Suruhanjaya Pilihan Raya akan melupuskan kertas-kertas undi dan dokumen-dokumen berkenaan. Pegawai Pengurus kemudian akan mengemukakan sijil pelupusan kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri.

 27. PENUTUP  

Proses pilihan raya di Malaysia adalah satu proses yang baik berdasarkan kepada penggubalan beberapa undang-undang dan peraturan yang memastikan pilihan raya yang bebas, adil dan telus. Di samping itu proses pilihan raya ini menjamin keputusan pilihan raya diumumkan dengan cepat.

PENDAHULUAN

Malaysia mengamalkan demokrasi berparlimen di samping mengekalkan sistem Raja Berperlembagaan, dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Di peringkat negeri pula, Sultan atau Yang di-Pertua Negeri merupakan Pemerintah Berperlembagaan bagi negeri-negeri berkenaan.Perlembagaan Malaysia dengan jelas membahagikan kuasa Persekutuan kepada tiga cabang, iaitu perundangan, kehakiman dan eksekutif. Pembahagian kuasa ini dibuat di peringkat pusat dan juga di peringkat negeri, selaras dengan konsep persekutuan yang menjadi asas pentadbiran kerajaan negara ini.

Mengikut Perlembagaan Persekutuan, tanggungjawab untuk mengadakan pilihan raya ke Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri terletak pada Suruhanjaya Pilihan Raya. Semasa menunaikan tanggungjawabnya, Suruhanjaya Pilihan Raya, selaku badan bebas, tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak dalam mengendalikan pilihan raya.

Penubuhan Suruhanjaya Pilihan Raya yang dianggotai oleh seorang Pengerusi, seorang Timbalan Pengerusi dan 5 orang Ahli terkandung di dalam Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan. Anggota-anggota Suruhanjaya dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja. Pada melantik Ahli-ahli Suruhanjaya, Yang di-Pertuan Agong “hendaklah memandang kepada mustahaknya diadakan suatu Suruhanjaya Pilihan Raya yang mendapat kepercayaan awam”.

Fungsi utama Suruhanjaya Pilihan Raya adalah seperti yang berikut:-

1) membuat kajian dan persempadanan semula Bahagian-bahagian Pilihan Raya Parlimen dan

Page 8: Sistem politik malaysia

Negeri setiap tidak kurang daripada 8 tahun selepas tarikh siapnya urusan kajian dan persempadanan semula yang terdahulu;

2) menjalankan urusan pendaftaran pemilih dan semakan daftar pemilih; dan

3) menjalankan pilihan raya umum ke Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri, dan menjalankan pilihan raya kecil sekiranya berlaku kekosongan.

Dasar Suruhanjaya Pilihan Raya adalah untuk memelihara, menyelia dan mengekalkan proses demokrasi di negara ini melalui pilihan raya yang bebas dan adil. Adalah menjadi tanggungjawab Suruhanjaya bagi memastikan rakyat dapat memilih wakil-wakil mereka melalui undian terus dalam setiap pilihan raya.

Untuk memenuhi tanggungjawab dan menjalankan fungsi Suruhanjaya Pilihan Raya serta melaksanakan keputusan-keputusan Suruhanjaya, sebuah Urus Setia diwujudkan selaras dengan seksyen 3, Akta Pilihan Raya 1958 (Akta 19). Urus Setia ini diketuai oleh seorang Setiausaha (pegawai awam) yang menjadi Ketua Pegawai Pentadbir organisasi berkenaan. Urus Setia SPR ini mempunyai 14 pejabat pilihan raya negeri, dengan masing-masing diketuai oleh seorang Pengarah Pilihan Raya Negeri, untuk melaksanakan fungsi SPR. Anggota-anggota pejabat pilihan raya negeri diambil daripada perkhidmatan awam Malaysia. Carta organisasi Suruhanjaya adalah seperti di Rajah 1.

CARTA ORGANISASI MISI, OBJEKTIF, MOTO, PIAGAM PELANGGAN DAN STRATEGI

PARLIMEN DAN DEWAN

UNDANGAN NEGERI

 KOMPOSISI DEWAN RAKYAT DAN DEWAN UNDANGAN NEGERI

 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan pemilihan 222 Ahli ke Dewan Rakyat, manakala Perlembagaan-perlembagaan Negeri pula memperuntukkan pemilihan sejumlah Ahli ke Dewan-dewan Undangan Negeri.

Bilangan Kerusi di Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri adalah seperti di Jadual 1:

JADUAL 1 : KERUSI-KERUSI PARLIMEN DANDEWAN UNDANGAN NEGERI

Negeri Dewan RakyatDewan Undangan

Negeri

Perlis 3 15

Kedah 15 36

Kelantan 14 45

Terengganu 8 32

Page 9: Sistem politik malaysia

Pulau Pinang 13 40

Perak 24 59

Pahang 14 42

Selangor 22 56

Negeri Sembilan 8 36

Melaka 6 28

Johor 26 56

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 11 -

Wilayah Persekutuan Putrajaya 1 -

Wilayah Persekutuan Labuan 1 -

Jumlah di negeri-negeri Semenanjung

166 445

Sabah 25 60

Sarawak 31 71

Jumlah di Malaysia 222 576

 Senarai Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Parlimen dan Dun Setiap Negeri-Negeri

Pembentukan kerusi-kerusi Parlimen dan Negeri dibuat melalui urusan kajian dan persempadanan semula seperti yang diperuntukkan di bawah Perkara 113 dan Jadual Ketiga Belas Perlembagaan Persekutuan.

Perkara 113(4) Perlembagaan Persekutuan mempunyai peruntukan untuk membenarkan pilihan raya yang lain jika undang-undang persekutuan atau undang-undang negeri membenarkan. Suruhanjaya telah menjalankan pilihan raya untuk pihak berkuasa tempatan/majlis sebelumnya dan Seksyen 19 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 memberi maklumat tentang perbelanjaan pilihan raya yang dibenarkan. Walau bagaimanapun, oleh kerana pengisytiharan darurat di bawah Akta Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 1964, pada 18 September 1964 pilihan raya pihak berkuasa tempatan digantung. Penggantungan ini tidak pernah dibatalkan dan pada tahun 1976, pilihan raya pihak berkuasa tempatan dibatalkan. Semua ahli majlis adalah dilantik oleh Kerajaan Negeri.

PERSEMPADANAN

KAJIAN DAN PERSEMPADANAN SEMULA

Proses kajian dan persempadanan semula bahagian-bahagian pilihan raya Parlimen dan Negeri

Page 10: Sistem politik malaysia

adalah merupakan salah satu daripada tanggungjawab Suruhanjaya. Setiap bahagian pilihan raya mengandungi sebilangan pemilih yang tinggal di suatu kawasan yang boleh dikenal pasti. Dalam menjalankan kajian berkenaan Suruhanjaya Pilihan Raya dibantu oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan, Jabatan Perangkaan dan Pejabat Peguam Negara.

TEMPOH KAJIAN SEMULA

Suruhanjaya Pilihan Raya mula menjalankan kajian bahagian-bahagian pilihan raya tidak kurang daripada 8 tahun mulai tarikh siap kajian yang terdahulu. Ia mesti diselesaikan tidak melebihi 2 tahun dari tarikh ia bermula. Amnya, urusan kajian bahagian-bahagian pilihan raya Negeri, kecuali Sarawak, dibuat bersekali dengan urusan kajian bahagian-bahagian pilihan raya Parlimen.

PRINSIP-PRINSIP PERSEMPADANAN SEMULA

Dalam menjalankan persempadanan semula bahagian-bahagian pilihan raya, Suruhanjaya Pilihan Raya mematuhi setakat yang boleh, prinsip-prinsip seperti yang digariskan di bawah Jadual Ketiga Belas Perlembagaan Persekutuan, seperti yang berikut:-

i) di samping diambil perhatian terhadap mustahaknya pemilih-pemilih diberi peluang-peluang kemudahan yang berpatutan untuk mengundi, bahagian-bahagian pilihan raya patutlah dipersempadan supaya tidak memasuki sempadan-sempadan Negeri dan patutlah juga diberi perhatian tentang kesulitan-kesulitan bahagian-bahagian pilihan raya Negeri memasuki sempadan bahagian-bahagian pilihan raya Persekutuan;

ii) perhatian patutlah diberi tentang kemudahan-kemudahan pentadbiran yang boleh didapati di dalam bahagian-bahagian pilihan raya itu untuk mengadakan kemudahan yang diperlukan bagi pendaftaran dan mengundi;

iii) bilangan pemilih di dalam tiap-tiap satu bahagian pilihan raya dalam sesuatu Negeri patutlah lebih kurang sama banyaknya kecuali bahawa, memandang kepada lebih besar kesulitan untuk sampai kepada pemilih-pemilih dalam daerah-daerah kampung dan lain-lain kesukaran yang dihadapi oleh bahagian-bahagian pilihan raya di luar bandar, luasnya bahagian-bahagian itu patutlah diberi pertimbangan; dan

iv) perhatian patutlah diberi tentang kesulitan-kesulitan yang akan timbul dengan perubahan-perubahan bahagian-bahagian pilihan raya, dan juga tentang memelihara hubungan setempat.

PROSEDUR-PROSEDUR PERSEMPADANAN

Proses persempadanan semula bermula apabila Suruhanjaya Pilihan Raya mengemukakan syor awal persempadanan kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan Perdana Menteri. Pada masa yang sama suatu notis dikeluarkan dalam sekurang-kurangnya satu akhbar dan disiarkan dalam Warta, serta dipamerkan di semua bahagian-bahagian pilihan raya selama satu bulan untuk pemeriksaan dan rayuan orang ramai.

Suruhanjaya mesti mengadakan siasatan tempatan untuk mendengar rayuan yang diterima dalam tempoh pameran itu dari mana-mana Kerajaan Negeri, pihak berkuasa tempatan dan kumpulan 100 orang pemilih dan lebih, dari bahagian-bahagian pilihan raya yang terlibat dengan kajian tersebut.

Sebaik sahaja selesai siasatan berkenaan, sebarang perubahan kepada syor persempadanan

Page 11: Sistem politik malaysia

mestilah dipamerkan semula kepada orang ramai untuk tempoh sebulan. Suruhanjaya tidak perlu mengadakan lebih daripada dua siasatan tempatan.

Cadangan persempadanan yang akhir akan dikemukakan kepada Perdana Menteri untuk dibentangkan dalam Dewan Rakyat bagi mendapatkan kelulusan. Bahagian-bahagian pilihan raya yang baru hanya terpakai apabila Parlimen atau Dewan Undangan Negeri dibubar.

Senarai terkini bahagian-bahagian pilihan raya Parlimen dan Negeri boleh dilihat dalam Laman Web.

URUSAN PENDAFTARAN DAN PENYEMAKAN DAFTAR PENGUNDI APA YANG DIMAKSUDKAN DENGAN PENDAFTARAN PEMILIH ?

Pendaftaran Pemilih sebagaimana yang ditetapkan oleh undang-undang, membolehkan warganegara Malaysia yang layak mendaftar sebagai pemilih. Di samping itu ia membolehkan Pemilih Berdaftar yang sudah bertukar alamat mendaftar di alamat baru. Pemilih juga digalakkan untuk menyemak nama mereka dalam Daftar Pemilih yang sudah disahkan. KENAPA ANDA PERLU MENDAFTAR ?

Untuk mendapat hak anda mengundi dalam pilihan raya serta menggunakan hak anda sebagai seorang warganegara. SIAPA YANG LAYAK MENJADI PEMILIH ?

Warganegara Malaysia;Sudah mencapai umur 21 tahun;Menetap di mana-mana Bahagian Pilihan Raya di Malaysia; danTidak hilang kelayakan. BAGAIMANA UNTUK MENDAFTAR ?

Pergi sendiri ke Pusat Pendaftaran;Bawa bersama Kad Pengenalan anda; Pastikan Borang A diisi dengan betul oleh petugas sebelum anda menandatangani borang; danSimpan satu salinan borang berkenaan sebagai bukti pendaftaran anda. DI MANA BOLEH MENDAFTAR ?

Ibu Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia ATAU Pejabat-pejabat Pilihan Raya Negeri ATAU Semua Pejabat Pos Berkomputer di seluruh negara; Unit bergerak Suruhanjaya;DAN Tempat-tempat lain yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya sebagai Pusat Pendaftaran.

TEMPOH URUSAN PENDAFTARAN PEMILIH

Page 12: Sistem politik malaysia

Anda boleh mendaftar pada waktu pejabat di sepanjang tahun. MAKLUMAT PENTING SEMASA MENGISI BORANG PENDAFTARAN (BORANG A)

1) Nama pemohon mestilah diisi seperti yang tercatat di dalam Kad Pengenalan. Sila gunakan HURUF BESAR.

2) Sila berikan maklumat lengkap mengenai Kad Pengenalan anda:

2.1) Nombor K/P baru anda (12 angka) 2.2) Nombor K/P lama anda (8 angka)

3) Jika pemohon tidak mempunyai nombor K/P lama, sila isi "TIADA" di dalam ruang yang disediakan.

4) Alamat pemohon mestilah di tempat penginapan di mana dia boleh dihubungi dengan surat (sila nyatakan nombor poskod).

5) Sila nyatakan dalam borang sama ada pendaftaran baru atau pendaftaran tukar alamat.

6) Sila pastikan anda menerima satu salinan borang pendaftaran sebagai bukti anda sudah mendaftar.

BAGAIMANA HENDAK MENYEMAK STATUS PENDAFTARAN ANDA ?

Seseorang pemilih berdaftar boleh menyemak status pendaftaran melalui cara-cara berikut:1) telefon Ibu Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya atau Pejabat Pilihan Raya Negeri dan berikan nama dan nombor K/P anda; 2) melalui internet di www.spr.gov.my;

Melalui semakan itu, pemilih akan memperoleh maklumat-maklumat berikut:Nama: nombor K/P (baru dan lama; jika ada);Bahagian pilihan raya Parlimen dan Negeri, daerah mengundi dan lokaliti.

SEMAKAN DAFTAR PEMILIH SECARA 'ON-LINE'

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami di :http://www.spr.gov.my

atau Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia

Aras 4-5 Blok C7 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62690 Putrajaya Tel : 03-88856500

MENDAFTARLAH SEKARANG DAN GUNAKAN HAK ANDA SEBAGAI WARGANEGARA

UNDI ANDA ADALAH RAHSIA

Page 13: Sistem politik malaysia

SENARAI PARTI POLITIK YANG BERDAFTAR DENGANSURUHANJAYA PILIHAN RAYA

Terdapat 27 parti politik di Malaysia, iaitu 15 di Semenanjung, 7 di Sabah dan 5 di Sarawak. Simbol-simbol parti politik ditunjukkan di Rajah 3. Untuk makluman lanjut, rujuk Laman Web parti-parti politik berkenaan.

SENARAI PARTI POLITIK BERDAFTAR DENGAN SURUHANJAYA PILIHAN RAYA

NAMA DALAM BAHASA MALAYSIA NAMA DALAM BAHASA INGGERIS1. Barisan Nasional : National Front2. Barisan Jemaah Islamiah Se Malaysia (BERJASA)

: -

3. Parti Gerakan Rakyat Malaysia (PGRM)

: Malaysian People's Movement Party

4. Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) : Sarawak National Party (SNAP)5. Parti Pusaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB)

: United Sarawak Native Inheritance Party (PBB)

6. Parti Progresif Penduduk (PPP) : People’s Progressive Party (PPP)7. Parti Perpaduan Rakyat Sarawak : Sarawak United People’s Party 8. Parti Islam Se Malaysia (PAS) : Islamic Party Of Malaysia (PAS)9. Parti Kongres Indian Muslim Malaysia (KIMMA)

: Malaysian Indian Muslim Congress Party

10. Parti Pekerja-Pekerja Malaysia : Malaysian Workers Party 11. Parti Rakyat Malaysia (PRM) : Malaysian People’s Party 12. Parti Tindakan Demokratik : Democratic Action Party (DAP)13. Persatuan Kebangsaan Pasok Nunukragang Bersatu (PASOK)

: United Pasok Nunukragang National Organization (PASOK)

14. Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) : Sarawak Bansa Dayak Party15. Parti Bersatu Sabah (PBS) : Sabah United Party 16. Parti Kongres Penyatuan Masyarakat : Community Coalition Congress Party 17. Parti Liberal Demokratik-Sabah : Liberal Democratic Party-Sabah 18. Parti Barisan Rakyat Sabah Bersekutu (BERSEKUTU)

: Federation Sabah People Front Party (BERSEKUTU)

19. Parti Keadilan Rakyat : National Justice Party20. Parti Demokratik Setiahati Kuasa Rakyat Bersatu Sabah (SETIA)

: United Sabah People Force Democratic Party (SETIA)

21. Parti Maju Sabah (PMS) : Sabah Progressive Party 22. Parti Reformasi Negeri (STAR) : State Reform Party (STAR) 23. Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Bersatu (UPKO)

: United Pasok Momogun Kadazandusun Organisation (UPKO)

24. Parti Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM)

: Malaysian People Justice Force Party (AKIM)

Page 14: Sistem politik malaysia

25. Parti Demokratik Malaysia (MDP) : Malaysian Democratic Party (MDP) 26. Parti Barisan Kemajuan India Se-Malaysia       (AMIPF)

: All Malaysian Indian Progressive Front (AMIPF)

27. Parti Punjabi Malaysia (PPM) :

PROSES PILIHAN RAYA DI MALAYSIA 1. SISTEM PILIHAN RAYA  

Sejak tahun 1957, Malaysia mengekalkan sistem politik pelbagai parti yang mana parti politik yang memperoleh majoriti kerusi di Parlimen (Dewan Rakyat) atau Dewan Undangan Negeri boleh menubuhkan Kerajaan Persekutuan atau Negeri. Sistem yang digunakan di Malaysia berasaskan 'First-Past-The-Post-System'. Ini bermakna calon-calon yang memperoleh majoriti akan diisytihar pemenang di bahagian pilihan raya yang berkenaan.

2. UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PILIHAN RAYA  

Bagi memudahkan pelaksanaan pilihan raya, beberapa undang-undang dan peraturan telah digubal untuk memastikan prosedur pilihan raya dipatuhi sepenuhnya. Undang-undang dan peraturan-peraturan-peraturan yang digubal adalah seperti yang berikut:

  Perlembagaan Persekutuan;   Perlembagaan Negeri;   Akta Pilihan Raya, 1958 (Akta 19);   Akta Kesalahan Pilihan Raya, 1954 (Akta 5);   Peraturan-peraturan (Penjalanan Pilihan Raya) Pilihan Raya, 1981;   Peraturan-peraturan (Pendaftaran Pemilih) Pilihan Raya, 2002;   Peraturan-peraturan (Mengundi Melalui Pos) Pilihan Raya, 2003.

Semua undang-undang dan peraturan-peraturan ini adalah berkait secara langsung dengan proses pilihan raya. Walau bagaimanapun terdapat juga beberapa undang-undang yang walaupun tidak mempunyai kaitan secara langsung dengan proses pilihan raya, tetapi memain peranan dalam kelancaran penjalanan pilihan raya. Ia termasuklah Akta Polis 1962; Akta Hasutan 1970; Akta Rahsia Rasmi 1972; dan Akta Keselamatan Dalam Negeri, 1960.

 3. ELEMEN-ELEMEN PENTING PILIHAN RAYA  

Elemen-elemen penting pilihan raya adalah:- Bahagian Pilihan Raya Pemilih Calon

Proses Pilihan Raya

   4. BILANGAN BAHAGIAN PILIHAN RAYA  

Dalam sistem pilihan raya yang diamalkan di Malaysia, seseorang calon dipilih untuk mewakili penduduk-penduduk sesuatu bahagian pilihan raya di Parlimen (Pilihan Raya

Page 15: Sistem politik malaysia

Umum) atau Dewan Undangan Negeri (Pilihan Raya Negeri). Sehingga kini terdapat 222 kerusi Dewan Rakyat (Parlimen) dan 576 kerusi Dewan Undangan Negeri (lihat Jadual 1).

 5. PERSEMPADANAN SEMULA BAHAGIAN-BAHAGIAN PILIHAN RAYA  

Sebagai sebahagian daripada fungsi utamanya, Suruhanjaya Pilihan Raya bertanggungjawab untuk mengkaji semula sempadan Bahagian-bahagian Pilihan Raya Parlimen dan Negeri. Seperti yang tertera di dalam Perlembagaan Persekutuan, Suruhanjaya Pilihan Raya perlu menjalankan kajian ini setiap tidak kurang daripada 8 tahun.

 6. PENDAFTARAN PEMILIH  

Satu elemen penting dalam sistem pilihan raya ialah seseorang pemilih itu mestilah mendaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya sebelum dia boleh mengundi dalam pilihan raya bagi Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri.

Di Malaysia, seseorang itu layak untuk mendaftar jika dia:

warganegara Malaysia; berumur tidak kurang daripada 21 tahun pada tarikh kelayakan; seorang penduduk di mana-mana bahagian pilihan raya di Malaysia; dan

tidak hilang kelayakan.

 7. HILANG KELAYAKAN  

Seseorang pemilih akan hilang kelayakan jika dia: pada tarikh kelayakan, ditahan kerana tidak siuman atau sedang menjalani hukuman

penjara; atau sebelum tarikh kelayakan, telah didapati bersalah dan dihukum mati atau penjara

untuk tempoh lebih 12 bulan dan masih menjalani hukuman pada tarikh kelayakan; atau

telah didapati bersalah di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954; atau

telah memperoleh kerakyatan asing.  8. SEMAKAN DAFTAR PEMILIH  

Semakan daftar pemilih dijalankan di sepanjang tahun, seperti yang diperuntukkan di dalam undang-undang. Anda boleh mendaftar di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya, Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri, Pejabat-Pejabat Pos atau melalui unit-unit bergerak Suruhanjaya. Daftar-daftar pemilih baru disediakan setiap 3 bulan sekali dan ia dipamerkan selama 7 hari bagi tujuan urusan tuntutan dan bantahan. Selepas mempertimbangkan tuntutan dan bantahan melalui siasatan awam, daftar pemilih untuk tahun berkenaan akan disahkan oleh Suruhanjaya di dalam tempoh sebulan. Semasa semakan daftar induk, nama-nama pemilih yang sudah meninggal dunia dan yang sudah hilang kelayakan mengikut undang-undang akan dikeluarkan daripada daftar berkenaan.

 9. KELAYAKAN CALON  

Dalam sistem pilihan raya di Malaysia, calon yang bertanding boleh mewakili sesuatu parti

Page 16: Sistem politik malaysia

atau bertanding sebagai calon bebas. Seseorang itu layak menjadi calon dalam mana-mana pilihan raya jika memenuhi syarat berikut:

warganegara Malaysia dan bermastautin di negara ini; berumur tidak kurang daripada 21 tahun pada hari penamaan calon; dan tinggal di Negeri di mana dia akan bertanding.

Seseorang calon hilang kelayakan jika dia:

telah didapati atau diisytiharkan tidak siuman; atau didapati seorang bankrap; atau memegang jawatan berkepentingan 'office of profit'; atau gagal mengemukakan laporan perbelanjaan pilihan raya; atau telah didapati bersalah oleh mahkamah di Malaysia dan dijatuhi hukuman penjara

untuk tempoh tidak kurang dari 1 tahun atau denda tidak kurang dari RM2000 dan belum mendapat pengampunan; atau

telah memperoleh kewarganegaraan asing.  10. TEMPOH PILIHAN RAYA  

Pilihan Raya untuk Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri, seperti yang ditetapkan oleh undang-undang, diadakan sekali di dalam tempoh 5 tahun kecuali jika dewan dibubarkan lebih awal. Pilihan Raya Umum diadakan di dalam tempoh 60 hari selepas tarikh pembubaran.

Pilihan Raya Kecil juga diadakan di dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan, sama ada disebabkan kematian, peletakan jawatan atau seseorang Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri itu hilang kelayakan. Dalam hal ini tarikh kekosongan kerusi akan ditetapkan oleh Suruhanjaya.

 11. PROSES PILIHAN RAYA 

Pilihan Raya Umum atau Pilihan Raya Kecil bermula dengan pengeluaran writ pilihan raya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya kepada Pegawai Pengurus. Pada masa yang sama satu notis akan diwartakan, menetapkan tarikh-tarikh hari penamaan calon dan hari mengundi.

 12. HARI PENAMAAN CALON 

Hari penamaan calon merujuk kepada hari yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya bagi calon-calon mengemukakan kertas-kertas penamaan untuk bertanding dalam pilihan raya kepada Pegawai Pengurus. Kertas-kertas penamaan boleh dikemukakan oleh calon, pencadang dan penyokong atau salah seorang daripada mereka. Kertas-kertas penamaan mestilah dikemukakan di antara jam 9.00 pagi hingga 10.00 pagi pada hari penamaan. Kertas-kertas penamaan akan dipamerkan dari jam 10.00 pagi hingga 11.00 pagi untuk diteliti dan bantahan. Dalam kes di mana seorang calon sahaja yang dicadangkan, Pegawai Pengurus akan mengisytiharkan calon itu menang tanpa bertanding.

 13. DEPOSIT 

Wang deposit berjumlah RM10,000 bagi kerusi Parlimen dan RM5,000 bagi kerusi Negeri perlu diserahkan kepada Pegawai Pengurus sebelum atau pada hari penamaan calon.

Page 17: Sistem politik malaysia

Calon akan hilang wang deposit sekiranya gagal memperoleh 1/8 daripada jumlah undi yang diperoleh oleh semua calon yang bertanding di dalam sesuatu bahagian pilihan raya berkenaan.

 14. PENGGUNAAN SIMBOL  

Seseorang calon yang mewakili sesuatu parti politik boleh menggunakan simbol parti jika dia mendapat kebenaran bertulis daripada ketua parti berkenaan. Calon-calon bebas perlu memilih mana-mana simbol yang telah disediakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya, untuk dicetak pada kertas-kertas undi.

 15. KEMPEN  

Suruhanjaya Pilihan Raya telah merangka peraturan-peraturan khas untuk berkempen, seperti yang tertera di dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 2002. Kempen hanya boleh dimulakan selepas selesai proses penamaan calon dan mesti dihentikan jam 12.00 tengah malam sebelum hari mengundi. Bagi memastikan pilihan raya berjalan lancar Suruhanjaya mempunyai kuasa di bawah perkara 3(5) Akta Pilihan Raya 1958 dan perkara 27A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 untuk melantik Pegawai Penguat Kuasa dan membentuk satu atau lebih Pasukan-pasukan Penguat Kuasa di setiap bahagian pilihan raya Parlimen, jika difikirkan perlu. Unit ini dianggotai oleh Pegawai Penguat Kuasa yang dilantik oleh Suruhanjaya Pilihan Raya, seorang wakil dari Ibu Pejabat Polis Daerah, seorang wakil dari Pihak Berkuasa Tempatan dan seorang wakil tiap-tiap parti/calon yang bertanding.

Pegawai Penguat Kuasa bertanggungjawab kepada Pegawai Pengurus, dan tugas pasukan ini ialah untuk memantau bahan-bahan kempen, ceramah-ceramah pilihan raya dan perhimpunan umum, bagi memastikan peruntukan-peruntukan di bawah undang-undang dan peraturan-peraturan pilihan raya tidak dilanggar. Suruhanjaya Pilihan Raya juga akan menubuhkan jawatankuasa-jawatankuasa di peringkat Pusat/Negeri/bahagian-bahagian pilihan raya bagi memberikan penerangan kepada parti-parti politik, calon-calon atau ejen-ejen dan petugas-petugas parti mengenai undang-undang dan peraturan pilihan raya. Senarai perkara yang mesti dipatuhi dan dilarang semasa pilihan raya disediakan, dan ini perlu diambil ingatan oleh calon-calon dan petugas-petugas parti.

Biasanya, kempen pilihan raya adalah berupa:

Pengedaran risalah dan surat; Poster; Ceramah tertutup dan ceramah umum; Kempen dari rumah ke rumah.

Parti-parti politik dibenarkan membentangkan dan memperjelas menifesto masing-masing. Mereka juga boleh menggunakan media elektronik. Walau bagaimanapun, calon-calon perlu membayar deposit berjumlah RM5,000 bagi pilihan raya Parlimen dan RM3,000 bagi pilihan raya Negeri. Deposit ini akan dipulangkan sekiranya calon-calon menanggalkan poster, sepanduk dan sebagainya di dalam tempoh 14 hari selepas hari mengundi.

Sepanjang tempoh berkempen pihak polis akan dari semasa ke semasa mengeluarkan garis-garis panduan kepada calon-calon yang bertanding untuk memastikan pilihan raya berjalan secara aman. Semua bentuk kempen mesti ditamatkan pada jam 12.00 tengah malam sebelum hari mengundi.

 16. HARI MENGUNDI  

Page 18: Sistem politik malaysia

Hari mengundi adalah merujuk kepada hari pemilih-pemilih membuang undi. Secara rasmi hari mengundi bermula dari selepas 12.00 tengah malam dan berakhir dengan pengumuman keputusan pilihan raya. Namun demikian, waktu membuang undi ditetapkan dari jam 8.00 pagi hingga jam 5.00 petang di seluruh Malaysia. Bagi kawasan-kawasan pedalaman, unit-unit bergerak digunakan bagi memastikan kelancaran membuang undi. Selain dari itu, waktu membuang undi mungkin berbeza antara daerah-daerah. Suruhanjaya Pilihan Raya biasanya akan mengeluarkan notis untuk memaklumkan orang ramai tentang perkara-perkara pilihan raya seperti:

tarikh mengundi; lokasi tempat mengundi; waktu mengundi di semua tempat mengundi; lokasi pusat pengiraan dan penjumlahan undi.

Pengundian dilakukan di tempat-tempat mengundi yang telah diwartakan. Setiap tempat mengundi mempunyai seorang Ketua Tempat Mengundi yang mengawal selia proses pengundian. Beliau akan dibantu oleh kerani mengundi dan kerani mengira undi.

.17. BARONG SPR  

Undang-undang yang ada pada masa ini melarang calon daripada mendirikan pondok di mana-mana pusat mengundi di dalam kawasan tempat calon itu bertanding. Walau bagaimanapun, parti-parti politik dibenarkan untuk mengadakan bilik operasi jika sekiranya terletak di luar jarak 50 meter dari pusat mengundi. Bagi memastikan kelancaran pengundian, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia akan mendirikan barong SPR di pusat-pusat mengundi. Barong-barong ini adalah untuk membantu pemilih menyemak nombor siri mereka di dalam daftar pemilih dan saluran supaya pengundian berjalan dengan teratur.

 18. KEBENARAN UNTUK MEMASUKI TEMPAT MENGUNDI  

Hanya pemilih-pemilih yang nama mereka terdapat di dalam daftar pemilih bagi sesuatu tempat mengundi sahaja boleh dibenarkan masuk untuk membuang undi. Penggunaan kad pengenalan pemilih yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara sebagai pengenalan diri, dan perlu ditunjukkan di tempat mengundi. Bagi memastikan keadaan terkawal dan menentukan kerahsiaan undi, hanya pegawai-pegawai berikut yang dibenarkan memasuki tempat mengundi:

1. Ahli dan pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya; 2. Ketua Tempat Mengundi dan kakitangannya; 3. calon-calon dan wakil calon; 4. Ejen-ejen mengundi dan ejen mengira undi; dan

5. orang-orang yang dibenarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.  19. CARA-CARA MENGUNDI  

Undi adalah rahsia. Seseorang pemilih hanya boleh memangkah seorang calon sahaja, iaitu dengan menandakan ‘X’ bersebelahan nama calon yang dipilih. Selepas menandakan kertas undi, pengundi perlu melipatnya mengikut garisan di kertas undi, dan seterusnya memasukkannya ke dalam peti undi yang disediakan. Jika diadakan pilihan raya serentak (Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri) kertas-kertas undi mestilah ditanda, dilipat dan dimasukkan ke dalam peti undi yang berasingan yang ditanda “PARLIMEN” dan “NEGERI”.

 20. UNDI POS  

Page 19: Sistem politik malaysia

Undi pos dihantar dengan pos seawal yang mungkin kepada pemilih yang layak mengundi melalui pos. Biasanya pengundi pos terdiri daripada anggota tentera, Pasukan Polis Hutan, petugas-petugas pilihan raya, pegawai-pegawai kerajaan yang bertugas di luar negara, pelajar yang menuntut di luar negara, serta isteri atau suami masing-masing. Kertas undi pos mesti sampai kepada Pegawai Pengurus selewat-lewatnya jam 5.00 petang pada hari mengundi. Prosedur-prosedur yang lengkap telah disediakan untuk menjaga kerahsiaan undi.

 21. EJEN MENGUNDI  

Undang-undang membenarkan calon melantik ejen mengundi bagi tujuan menjaga kepentingan calon di setiap tempat mengundi di sepanjang masa. Peranan ejen adalah untuk memastikan pengundian dijalankan mengikut undang-undang dan peraturan-peraturan yang berkaitan.

 22. PENGIRAAN UNDI  

Pengiraan undi dijalankan oleh Ketua Tempat Mengundi di tempat mengundi atau di satu pusat pengiraan undi yang telah ditetapkan. Undi pos bagi sesuatu bahagian pilihan raya dikira oleh Pegawai Pengurus di pusat pengiraan undi yang ditetapkan.

Semasa undi dikira, orang-orang yang dibenarkan sahaja boleh memasuki tempat mengira undi. Mereka ialah:

Ahli-ahli dan pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya; pegawai yang dilantik oleh Suruhanjaya Pilihan Raya; kerani mengira undi; dan calon, wakil dan ejen mengira undi.

Kehadiran ejen-ejen calon adalah untuk memastikan pengiraan undi dijalankan mengikut proses yang betul seperti yang ditetapkan oleh undang-undang dan peraturan dan bagi memastikan urusan pengiraan undi itu betul, adil dan telus.

 23. PENJUMLAHAN RASMI UNDI  

Selepas selesai pengiraan undi di tempat-tempat mengundi dan pusat pengiraan undi, keputusan-keputusan pengundian dikemukakan kepada Pegawai Pengurus di pusat penjumlahan undi. Pegawai Pengurus akan menjumlahkan semua undi, termasuk undi pos, untuk menentukan pemenang. Pegawai Pengurus bagi sesuatu bahagian pilihan raya itu akan mengisytiharkan calon yang mendapat undi majoriti, sebagai wakil yang terpilih bagi bahagian pilihan raya berkenaan.

   24. PETISYEN PILIHAN RAYA  

Keputusan pilihan raya boleh dicabar di mahkamah. Sesuatu petisyen boleh dibuat atas sebab-sebab berikut:

sogokan, peras ugut atau sebarang salah laku yang mungkin telah menjejaskan pilihan raya;

ketidak patuhan undang-undang dan peraturan pilihan raya; perbuatan rasuah atau perbuatan menyalahi undang-undang yang dilakukan oleh

calon dan ejen-ejen; calon atau ejennya didapati tidak layak menyertai pilihan raya.

Petisyen pilihan raya mestilah dikemukakan ke Mahkamah Tinggi di dalam masa 21 hari

Page 20: Sistem politik malaysia

selepas tarikh keputusan pilihan raya disiarkan dalam Warta. Jika Hakim Pilihan Raya, selepas menjalankan perbicaraan ke atas petisyen berkenaan, memutuskan bahawa pilihan raya berkenaan terbatal, Suruhanjaya Pilihan Raya akan mengeluarkan notis yang mana pilihan raya baru akan diadakan di bahagian pilihan raya tersebut.