dinamika malaysia - sistem politik & kerajaan (uhs1152)[hamidah[k] 2011

16
DINAMIKA MALAYSIA UHAS 1172 FAKULTI PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA Oleh: HAMIDAH BINTI AB. RAHMAN

Upload: abdul-khaliq

Post on 23-Jan-2015

2.942 views

Category:

Education


5 download

DESCRIPTION

......

TRANSCRIPT

Page 1: Dinamika Malaysia - Sistem politik & kerajaan (UHS1152)[hamidah[k] 2011

DINAMIKA MALAYSIAUHAS 1172

FAKULTI PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA

Oleh:

HAMIDAH BINTI AB. RAHMAN

Page 2: Dinamika Malaysia - Sistem politik & kerajaan (UHS1152)[hamidah[k] 2011

SISTEM POLITIK DAN KERAJAAN

Page 3: Dinamika Malaysia - Sistem politik & kerajaan (UHS1152)[hamidah[k] 2011

ZAMAN PRASEJARAH DI MALAYSIA

Negara ini mula dihuni manusia lebih daripada 35,000 tahun lalu dengan terjumpanya bukti arkeologi di:

Gua Niah (Sarawak) Zaman PaleolitikKota Tampan (Perak) (Zaman Batu Awal)Tingkayu (Sabah) (35,000 tahun lalu)

Gua Cha (Kelantan)Gua Kecil (Pahang) Zaman MesolitikGuar Kepah (Kedah) (11,000 tahun lalu)Gua Mandai (Sabah)

Jenderam Hilir (Selangor)Gua Gamoutong (Sabah) Zaman NeolitikGua Tengkorak (Sarawak) &Sungai Long (Selangor) Zaman Logam (besi, gansa)Sungai Tembeling (Pahang) (2500 – 5000 tahun lalu)Sungai Muar (Johor)

Semenanjung dikenali sebagai “SUVARNABUMI” (Bumi Emas) oleh pedagang India.Bahasa yang digunakan dikepulauan Melayu ialah Bahasa Melayu

SEJARAH AWAL NEGARA

Page 4: Dinamika Malaysia - Sistem politik & kerajaan (UHS1152)[hamidah[k] 2011

PENDUDUK KEPULAUAN MELAYU

Terdiri daripada pelbagai suku kaum:- Orang Asli (Negrito, Senoi, Sakai, Melayu Asli dll)- Orang Melayu, termasuk juga Banjar, Boyan, Bugis, Jawa, Kampar,

Kerinci, Mendaling, Rawa, Johor Riau dll.

Sabah & Sarawak- Kadazan, Bajau, Dusun, Bisaya dll (Sabah)- Iban, Kayan, Kelabit, Melanau, Melayu dll (Sarawak)

KERAJAAN AWAL DI MALAYSIA

Sebelum kemunculan kerajaan Melayu Melaka, wujud beberapa kerajaan seperti Langkasuka, Pan-Pan, Tan-Tan, Tun-Sun dan Chih-Tu

Kerajaan-kerajaan tersebut muncul sejak awal kurun Masihi

Kerajaan Kedah Tua pula muncuk pada abad ke-5 Masihi yang berpusat di Sungai Emas, Kuala Muda kemudian beralih pusat pemerintahan ke Lembah Bujang

Kerajaan ini amat maju (hingga abad ke 14) kerana mempunyai pelabuhan entreport yang terkenal

Sejarah Awal Negara

Page 5: Dinamika Malaysia - Sistem politik & kerajaan (UHS1152)[hamidah[k] 2011

KESULTANAN MELAYU MELAKA

Dibuka oleh Parameswara (daripada Palembang)

Berkembang menjadi pelabuhan penting

Berbaik dengan kuasa besar China untuk mendapat perlindungan agar tidak diganggu oleh Ayuthia dan Majapahit

Parameswara memberi tumpuan kepada usaha-usaha memajukan Melaka

Parameswara kemudian memeluk agama Islam dengan nama Iskandar Syah

Ini telah menguntungkan Melaka kerana menarik lebih ramai pedagang Islam (Arab & India)

Melaka menjadi lebih maju apabila Iskandar Syah berkahwin dengan Puteri Pasai kerana Pasai mempunyai kerajaan yang kukuh, pelabuhan yang maju, pusat perkembangan ilmu pengetahuan dan pusat penyebaran agama Islam

Sejarah Awal Negara

Page 6: Dinamika Malaysia - Sistem politik & kerajaan (UHS1152)[hamidah[k] 2011

Bermula daripada asas yang dibina Iskandar Syah, Melaka terus berkembang pada zaman pemerintahan Sultan Muhamad Syah (1424-144) dan Raja Ibrahim (1444-1446)

Ketika Sultan Muzaffar Syah memerintah (1446) Melaka sudah pun menjadi sebuah pelabuhan yang maju dan mempunyai sistem pemerintahan yang utuh.

Untuk kawalan Melaka melaksanakan sistem hal ehwal pengurusan yang cekap (Sistem Pembesar Berempat, Undang-undang Melaka dan Undang-undang Laut)

Raja dibantu oleh 4 pembesar – Bendahara, Penghulu, Bendahari, Temenggung dan Laksamana

Undang-undang Islam juga digunakan pada zaman pemerintah Sultan Alauddin Riayat Syah

Namun pada zaman pemerintah Sultan Mahmud Syah (1488-1511) Melaka mula merosot, perpecahan dalam negeri berlaku dan akhir jatuh ketangan Portugis (1511)

Sultan Melaka kemudiannya membuka pusat pemerintah di Johor.

Sejarah Awal Negara

Page 7: Dinamika Malaysia - Sistem politik & kerajaan (UHS1152)[hamidah[k] 2011

DEMOKRASI BERPARLIMEN

Page 8: Dinamika Malaysia - Sistem politik & kerajaan (UHS1152)[hamidah[k] 2011

Demokrasi berparlimen merujuk kepada pemerintah demokrasi yang dijalankan secara perwakilan

Perwakilan dipilih melalui pilihanraya

Proses demokrasi berparlimen di Malaysia bermula pada tahun 1955 apabila pilihanraya umum pertama diadakan bagi memilih kabinet kerajaan Persekutuan Tanah Melayu.

Namun ada juga yang berpendapat daripada segi prinsipnya proses demokrasi bermula dengan Sistem Ahli yang dibentuk pada tahun 1951 (atas desakan anak tempatan)

Sistem Ahli merujuk kepada keanggotaan dalam Majlis Perundangan Persekutuan (seolah-olah kabinet sekarang)

Pada tahun 1951 diadakan pilihanraya untuk memilih wakil-wakil dalam kerajaan tempata Majlis Perbandaran George Town, Pulau Pinang

Demokrasi Berparlimen

Page 9: Dinamika Malaysia - Sistem politik & kerajaan (UHS1152)[hamidah[k] 2011

Dalam pilihanraya parti-parti politik mengambil bahagian Antaranya: Parti Radikal, Parti Buruh dan UMNO

Pada tahun 1952 diadakah pilihanraya kerajaan tempat Majlis Perbandaran Kuala Lumpur

Dalam pilihanraya ini kerjasama antara kaum bermula di mana UMNO & MCA berpakat menentang Parti Buruh dan Parti Kemerdekaan Malaya

Hasilnya pakatan UMNO & MCA memenangi 6 daripada 9 kerusi yang dipertandingkan – sehinggalah pilihanraya umum 1955 untuk memilih Ahli Majlis Perundangan Persekutuan yang menyerupai kabinet pada hari ini.

Walau bagaimanapun, dalam konteks negara Malaysia, sistem demokrasi berparlimen adalah berasaskan sistem demokrasi Wesminster di England

Demokrasi Berparlimen

Page 10: Dinamika Malaysia - Sistem politik & kerajaan (UHS1152)[hamidah[k] 2011

Dengan terbentuknya parlimen selepas negara mencapai kemerdekaan, kedudukan kabinet sekarang agak berbeza kerana selain daripada menjadi badan pemerintah, ia juga adalah badan pembentuk dan pelaksana dasar tertinggi negara

Namun begitu, setiap rang undang-undang yang hendak dijadikan dasar perlu mendapat persetujuan persidangan parlimen

Kedudukan kabinet seperti itu dalam sistem demokrasi berparlimen di Malaysia disebut juga sebagai sistem kabinet berparlimen

Ini bererti kabinet merupakan salah sebuah organisasi utama dalam struktur pemerintahan dan pentadbiran Persekutuan yang menjalankan kuasa pemerintah melalui parlimen

Demokrasi Berparlimen

Page 11: Dinamika Malaysia - Sistem politik & kerajaan (UHS1152)[hamidah[k] 2011

Ciri-ciri Demokrasi Berparlimen

(i)Perlembagaan(ii)Raja Berperlembagaan(iii)Pilihanraya

(i) PerlembagaanSebagai sebuah negara demokrasi berparlimen, Malaysia mempunyai perlembagaan

Iaitu undang-undang dasar bagi sesebuah negara yang berupa prinsip, peraturan dan panduan yang menentukan bentuk kerajaan yang boleh didirikan dalam sesebuah negara serta kuasa yang boleh digunakan oleh kerajaan mentadbir negara

Demokrasi Berparlimen

Page 12: Dinamika Malaysia - Sistem politik & kerajaan (UHS1152)[hamidah[k] 2011

(ii) Raja BerperlembagaanBermaksud dalam menjalankan pemerintahan negara, raja hendaklah mematuhi had-had yang telah ditetapkan oleh perlembagaan

Di Malaysia sistem demokrasi berparlimen telah diperkukuh melalui sistem raja berperlembagaan

Berdasarkan sistem ini, jawatan ketua negara bagi Persekutuan Tanah Melayu adalah dipilih daripada kalangan raja-raja Melayu dan dilantik secara bergilir-gilir dengan gelaran ‘Duli Yang Maha Mulia Sri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong’ (YDPA) berkhidmat selama 5 tahun

Dalam Perlembagaan Negara Malaysia YDPA disebut sebagai ‘Ketua Utama Negara’ (Perkara 32)

Manakala bagi negeri-negeri pula sultan-sultan adalah ketua negeri masing-masing

Demokrasi Berparlimen

Page 13: Dinamika Malaysia - Sistem politik & kerajaan (UHS1152)[hamidah[k] 2011

Perlembagaan menetapkan (Perkara 34) bahawa YDPA tidak boleh memegang apa-apa jawatan lain yang bergaji/berelaun, berniaga, saraan/pendapatan sebagai raja dinegerinya, tidak boleh meninggalkan negara melebihi 15 hari, kecuali untuk lawatan negara

YDPA dan mana-mana sultan boleh didakwa di Mahkamah Khas (Perkara 182(1) jika melakukan jenayah dan jika sabit kesalahan boleh dilucut jawatan

YDPA dalam menjalankan tugasnya (Perkara 40) hendaklah mengikut nasihat jemaah menteri, melantik Perdana Menteri dan samada perkenan atau tidak memperkenankan pembubaran parlimen

Demokrasi Berparlimen

Page 14: Dinamika Malaysia - Sistem politik & kerajaan (UHS1152)[hamidah[k] 2011

YDPA juga pemerintah tertinggi angkatan tentera (Perkara 41), Ketua agama Islam bagi Pulau Pinang, Melaka, Wilayah Persekutuan Sabah dan Sarawak dan bagi negeri tempat baginda menjadi sultan (Perkara 3)

YDPA boleh mengampun dan menangguhkan hukuman ke atas kesalahan yang diputuskan oleh Mahkamah Tentera dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan (Perkara 42)

YDPA juga melantik jemaah menteri (Perkara 43), mengisytiharkan darurat (Perkara 150) dan memperkenankan rang undang-undang yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara (Perkara 66)

Demokrasi Berparlimen

Page 15: Dinamika Malaysia - Sistem politik & kerajaan (UHS1152)[hamidah[k] 2011

(iii) PilihanrayaMerupakan satu ciri penting bagi sistem demokrasi berparlimen

Merupakan ‘senjata rakyat’ untuk memilih kerajaan

Dalam pilihanraya rakyat akan memilih wakil-wakil rakyat yang akan mewakili mereka baik untuk peringkat negeri mahupun peringkat persekutuan

Bagi peringkat negeri, wakil rakyat yang menang dalam pilihanraya akan menganggotai Dewan Undangan Negeri di setiap negeri

Bagi yang menang kerusi Parlimen akan menganggotai Dewan Rakyat

Perlembagaan menetapkan bahawa pilihanraya mesti diadakan dalam tempoh tidak lebih daripada 5 tahun

Demokrasi Berparlimen

Page 16: Dinamika Malaysia - Sistem politik & kerajaan (UHS1152)[hamidah[k] 2011

SEKIAN TERIMA KASIHTAMAT

BYE..!!!