sejarah an politik malaysia era mahathir

43
1 Pendahuluan Kepimpinan dalam sesebuah negara Malaysia contohnya, mencorak pelbagai warna dalam dunia politik. Perdana Menteri yang merupakan pemimpin parti majoriti di Dewan Rakyat dengan rasminya dilantik oleh Ketua Negara berpelembagaan iaitu Yang di-Pertuan Agong. Perlembagaan Malaysia berpegang teguh pada prinsip-prinsip tertentu model British dan India menyatakan bahawa Perdana menteri bukannya Ketua Negara tetapi merupakan ketua kerajaan yang berkesan. Setiap daripada pemimpin negara yang telah membentuk negara Malaysia yang ada pada hari ini, telah mempengaruhi dunia politik yang tiada berkesudahan. Pada era kepimpinan Tunku Abdul Rahman merupakan satu era untuk membawa bangsa Melayu mencapai kemerdekaan atau melepaskan diri daripada penjajah, maka seluruh semangat perjuangan dipadukan kearah iaitu untuk mencapai kemerdekaan. Tidak banyak soal jawab atau keraguan kepada usaha-usaha dan perjuangan yang dirintis oleh Tunku Abdul Rahman. Dengan matlamat perjuangan yang jelas, rakyat bersatu dan berdiri teguh di belakang kepimpinan beliau hinggalah Malaya dan Malaysia kini mencapai kemerdekaan. Begitu juga apabila Tun Abdul Razak menggantikan Tunku, era kepimpinan beliau yang menekankan pembangunan difahami oleh rakyat jelata, khususnya penekanan beliau kepada pembangunan luar bandar mendapat sambutan yang baik daripada semua lapisan masyarakat. Era Tun Razak dikenali sebagi era pembangunan. Dalam tergesa-gesa mengambilalih kepimpinan atas kematian Tun Razak, Tun Hussien Onn hanya sekadar mengekalkan pentadbiran negara. Ianya lebih merupakan penerusan segala usaha-usaha yang dilakukan yang dilakukan oleh Tun Razak. Oleh itu zaman Hussien Onn adalah satu zaman pengekalan status kuasa dan pentadbiran. Tidak ada banyak perubahan yang ketara dari segi dasar atau perlaksanaan. Sebaliknya, apabila Tun Dr. Mahathir mengambil alih kepimpinan negara, beliau bukan sahaja muncul sebagai seorang pemimpin yang cukup bersedia tetapi juga sebagai seorang pemimpin yang mempunyai cita-cita untuk berkuasa. Oleh itu, dapat dilihat bagaimana dasar-dasar dan kerencaman dunia politik Malaysia bukan sahaja begitu mendesak dan bertubi-tubi tetapi juga tidak dapat diikuti rentaknya oleh sebilangan rakyat. Tema kepimpinan beliau adalah tiap seorang perlu mempunyai fikiran tetapi perlu juga mempunyai kemampuan dalam menjadikan idea-idea tersebut sebagai satu realiti.

Upload: adiefred

Post on 10-Jun-2015

5.013 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

membincangkan isu-isu politik yang berlaku di Tanah Melayu sehimggalah Penubuhan Malaysia dan Pergolakan dalam politik Malaysia.

TRANSCRIPT

Page 1: Sejarah an Politik Malaysia Era Mahathir

1

Pendahuluan

Kepimpinan dalam sesebuah negara Malaysia contohnya, mencorak pelbagai warna dalam

dunia politik. Perdana Menteri yang merupakan pemimpin parti majoriti di Dewan Rakyat

dengan rasminya dilantik oleh Ketua Negara berpelembagaan iaitu Yang di-Pertuan Agong.

Perlembagaan Malaysia berpegang teguh pada prinsip-prinsip tertentu model British dan

India menyatakan bahawa Perdana menteri bukannya Ketua Negara tetapi merupakan ketua

kerajaan yang berkesan.

Setiap daripada pemimpin negara yang telah membentuk negara Malaysia yang ada

pada hari ini, telah mempengaruhi dunia politik yang tiada berkesudahan. Pada era

kepimpinan Tunku Abdul Rahman merupakan satu era untuk membawa bangsa Melayu

mencapai kemerdekaan atau melepaskan diri daripada penjajah, maka seluruh semangat

perjuangan dipadukan kearah iaitu untuk mencapai kemerdekaan. Tidak banyak soal jawab

atau keraguan kepada usaha-usaha dan perjuangan yang dirintis oleh Tunku Abdul Rahman.

Dengan matlamat perjuangan yang jelas, rakyat bersatu dan berdiri teguh di belakang

kepimpinan beliau hinggalah Malaya dan Malaysia kini mencapai kemerdekaan.

Begitu juga apabila Tun Abdul Razak menggantikan Tunku, era kepimpinan beliau

yang menekankan pembangunan difahami oleh rakyat jelata, khususnya penekanan beliau

kepada pembangunan luar bandar mendapat sambutan yang baik daripada semua lapisan

masyarakat. Era Tun Razak dikenali sebagi era pembangunan. Dalam tergesa-gesa

mengambilalih kepimpinan atas kematian Tun Razak, Tun Hussien Onn hanya sekadar

mengekalkan pentadbiran negara. Ianya lebih merupakan penerusan segala usaha-usaha

yang dilakukan yang dilakukan oleh Tun Razak. Oleh itu zaman Hussien Onn adalah satu

zaman pengekalan status kuasa dan pentadbiran. Tidak ada banyak perubahan yang ketara

dari segi dasar atau perlaksanaan.

Sebaliknya, apabila Tun Dr. Mahathir mengambil alih kepimpinan negara, beliau

bukan sahaja muncul sebagai seorang pemimpin yang cukup bersedia tetapi juga sebagai

seorang pemimpin yang mempunyai cita-cita untuk berkuasa. Oleh itu, dapat dilihat

bagaimana dasar-dasar dan kerencaman dunia politik Malaysia bukan sahaja begitu

mendesak dan bertubi-tubi tetapi juga tidak dapat diikuti rentaknya oleh sebilangan rakyat.

Tema kepimpinan beliau adalah tiap seorang perlu mempunyai fikiran tetapi perlu juga

mempunyai kemampuan dalam menjadikan idea-idea tersebut sebagai satu realiti.

Page 2: Sejarah an Politik Malaysia Era Mahathir

2

Kerangka Politik: Pemerintahan dan Transformasi Institusi di Bawah Pentadbiran

Tun Dr. Mahathir

Pentadbiran Tun Dr. Mahathir ada pasang surutnya, mungkin cara termudah dan terbaik

untuk memahami pentadbiran Tun Dr. Mahathir bukanlah melihat secara keseluruhan, tetapi

sebagai perjalanan yang terbahagi kepada beberapa fasa. Pentadbiran Tun Dr. Mahathir

boleh dibahagikan kepada empat tempoh (Mohd.Foad Sakdan. 1999).

Fasa pertama, dari tahun 1981 hingga 1984. Suasana pentadbiran pada tempoh ini

tercakup dalam slogan “Kerajaan Bersih, Cekap dan Amanah” yang digunakan semasa

pilihanraya umum 1982. Antara lain, pentadbiran Tun Dr. Mahathir cuba meneliti

perusahaan milik kerajaan yang disalah-urus dan tidak menguntungkan, menghapuskan

rasuah, memperbaiki keberkesanan birokrasi dan membendung percekcokan dalam politik di

peringkat persekutuan dan negeri. Pada pelancaran kempen “Kepimpinan Melalui Teladan” di

Kuala Lumpur pada 19 Mac 1983, beliau dipetik sebagai berkata, “ Pentadbiran yang bersih,

cekap dan beramanah hanya akan bermakna jika pemimpin, ketua jabatan dan pegawainya

mempunyai nilai-nilai ini, dan oleh yang demikian, pemimpin kerajaan, yang di dalam politik

dan juga perkhidmatan awam, mestilah berjanji dalam usaha memupuk dan memastikan

nilai-nilai ini diamalkan” (Alasgari, 1994). Azamnya untuk merubah institusi politik dan

pentadbiran menjadikannya lebih bertanggungjawab dalam tempoh ini ketara sekali.

Tempoh kedua, dari tahun 1985 hingga 1990, apabila segalanya dengan

memfrasakan Hukum Murphy, yang boleh menjadi silap tetap akan tersilap. Ekonomi

merosot, pertumbuhan pendapatan sebenar jatuh, inflasi meningkat dan kempen

penswastaan mula menunjukkan apa yang digelar oleh ketua pembangkang Lim Kiat Siang

sebagai “perompak”. Tambahan lagi Tun Dr. Mahathir mengahadapi cabaran langsung

daripada paling hebat kepada kepimpinan UMNOnya iaitu pemberontakan Tengku Razaleigh

Hamzah yang berakhir dengan pembatalan pendaftaran UMNO. Pilihanraya umum 1986 dan

1990 merupakan perjuangan yang sukar bagi Mahathir kerana UMNO di cabar dari dalam

dan luar.

Tempoh ketiga ialah dari tahun 1990 hingga 1997. Tiada pertandingan yang lebih

nyata, pilihanraya 1995 memperlihatkan ‘kesan Mahathir’ keatas pengundi Malaysia dan

memusnahkan saki-baki cabaran daripada Tengku Razaleigh dan Semangat 46. Semangat

46 dibubarkan sejurus selepas pilihanraya. Ketika berada di puncak Tun Dr. Mahathir

mengistiharkan Wawasan 2020nya, dan menera kesannya pada Dasar Pembangunan

Page 3: Sejarah an Politik Malaysia Era Mahathir

3

Negara (DPN) untuk membimbing Malaysia. Pada pemilihan parti UMNO 1993, Anwar dan

pasukan wawasannya mengatasi golongan lama dan isu perwarisan pun kelihatan selesai.

Namun, dua tahun selepas pilihanraya keruntuhan Baht negara Thailand menyebabkan

semua mata wag serantau menjunam bersamanya, dan ringgit Malaysia tidak terkecuali.

Dalam sebulan krisis Baht, warisan Tun Dr. Mahathir di sangsi (Yusuf Harun. 2001).

Tempoh keempat ialah daripada tahun 1997 hingga 2003. Ketidaktentuan ekonomi

dan politik mencirikan tempoh ini. Selepas pemilihan parti 1993, Anwar kian mencabar Tun

Dr. Mahathir. Kepantasan berlakunya pemecatan Anwar daripada UMNO memeranjatkan

pemerhati UMNO yang paling matang. Serta merta reformasi menjadi lambang paling nyata

bagi segala-gala yang siap dengan pentadbiran Tun Dr. Mahathir. Tindakan keras Tun Dr.

Mahathir ke atas reformasi Malaysia berjaya, namun disamping itu ia juga merosakkan

struktur politik dan sosial negara. Tun Dr. Mahathir membuktikan kebertahanannya dalam

politik (Ho Khai Leong & James Chin, 2003).

Institusi-institusi Politik dan Pergolakannya

Semasa pemerintahan Tun Dr. Mahathir, kuasa eksekutif telah diperluas. Badan eksekutif

merupakan pemerintah atau kerajaan dalam sistem parlimen. Tugas eksekutif adalah

melaksanakan tanggungjawab undang-undang yang telah diluluskan oleh badan

perundangan. Hubungan eksekutif dan institusi-institusi politik mengalami beberapa

cabaran. Antaranya:

Eksekutif dan Badan Kehakiman

Sebelum pemerintahan Tun Dr. Mahathir, badan kehakiman adalah bebas daripada

gangguan politik. Kebebasan dan keutuhan badan kehakiman ini talah termaktub dalam

perlembagaan yang menguasai perlantikan, pembuangan dan pengganjaran para hakim.

Hubungan antara badan kehakiman dan eksekutif tidak bersifat kontroversi antara ketiga-

tiga orang Perdana Menteri terdahulu kerana menghormati kebebasan badan kehakiman.

Oleh kerana muncul pembahagian politik dalam UMNO, puak-puak politik telah mengambil

jalan untuk menentukan peranan yang lebih terhad bagi badan kehakiman berbanding

dengan eksekutif. Ketegangan antara badan kehakiman dan eksekutif dengan pantas

meningkat ke puncak apabila Ketua Hakim Negara, Tun Mohamad Salleh Abas, Ketua

Mahkamah Agung dipecat.

Page 4: Sejarah an Politik Malaysia Era Mahathir

4

Beliau dipecat kerana Tun Dr. Mahathir “murka” dengan penghakiman yang dilakukan

oleh beberapa orang hakim kanan dalam beberapa kes mahkamah yang melibatkan UMNO

dan Kerajaan. Antaranya adalah kes pengharaman UMNO, apabila 11 ahli UMNO yang tidak

berpuas hati dengan keputusan pemilihan pucuk pimpinan parti 1987 mengemukakan

kepada mahkamah bahawa terdapat cawangan-cawangan UMNO yang tidak berdaftar tapi

ada perwakilan di dalam mesyuarat Bahagian UMNO. Tujuan 11 orang ahli UMNO tersebut

ialah supaya mahkamah membatalkan keputusan pemilihan pucuk pimpinan parti yang

dimenangi oleh Team A iaitu Tun Dr. Mahathir (Yahaya Ismail, 1987). Dengan menggunakan

peruntukan Akta Pertubuhan 1966, Hakim Datuk Harun Hashim telah membuat keputusan

bahawa UMNO menjadi pertubuhan yang tidak sah. Oleh itu, pemilihan parti 1987

diisytiharkan batal dan tidak sah. Lalu terkuburlah UMNO yang ditubuhkan pada tahun 1946

itu. Tun Dr. Mahathir cepat bertindak dengan menubuhkan UMNO (Baru). Bermulalah

perebutan di antara kedua-dua puak UMNO untuk mendaftar semula UMNO mereka. UMNO

Baru anjuran Tun Dr. Mahathir berjaya didaftarkan sebagai pengganti parti asal yang

diisytiharkan haram sebelumnya (Rahman Shaari, 1990).

Kemuncak pada episod tersebut ialah apabila 20 orang Hakim Mahkamah Agung dan

Mahkamah Tinggi (termasuk Tan Sri Hamid Omar sebagai Ketua Hakim Malaya) telah

bermesyuarat pada 25 Mac 1988 di Kuala Lumpur untuk mencari jalan mengatasi

ketegangan antara badan Kehakiman dan Eksekutif (terutamanya Tun Dr. Mahathir). Dalam

mesyuarat tersebut dipersetujui sebulat suara supaya Tun Salleh sebagai Ketua Hakim

Negara menulis surat kepada Yang Dipertuan Agong untuk memaklumkan tentang wujudnya

ketegangan antara badan Kehakiman dengan Eksekutif. Surat yang ditulis oleh Salleh Abas

menyatakan kekecewaan hakim-hakim terhadap "berbagai-bagai komen dan tuduhan yang

telah dibuat oleh Tun Dr. Mahathir terhadap Badan Kehakiman," tetapi tidak mendesak

sebarang tindakan yang khusus untuk diambil sebaliknya, surat itu hanya berakhir dengan

ungkapan "harapan bahawa kesemua tuduhan yang tidak berasas itu akan dihentikan".

Surat keramat itu bertarikh 26 Mac 1988. Selepas perutusan itu dihantar kepada Sultan

Johor iaitu Baginda Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Ismail

selaku DYMM Agung pada ketika itu, Tun Salleh telah digantung dari jawatan Ketua Hakim

Negara oleh Tuanku atas nasihat Tun Dr. Mahathir. Pada masa yang sama Tan Sri Abdul

Hamid telah dilantik untuk memangku jawatan berkenaan. Alasan yang diberikan untuk

penggantungan Tun Salleh ialah Seri Paduka murka terhadap perutusan para hakim (Ho Khai

Leong & James Chin, 2003).

Page 5: Sejarah an Politik Malaysia Era Mahathir

5

Pada 27 Mei 1988 Tun Salleh dipanggil "mengadap" Tun Dr. Mahathir di Pejabat

Perdana Menteri. Dalam pertemuan itu Timbalan Perdana Menteri Ghaffar Baba dan KSN Tan

Sri Sallehuddin Mohammed hadir juga. Tapi hanya Tun Dr. Mahathir yang bercakap

memberitahu Tun Salleh bahawa Yang Dipertuan Agong murka dan telah bersetuju supaya

Tun Salleh dibersarakan daripada jawatannya. Jika tidak, Tun Salleh akan dibicarakan

menerusi sebuah Tribunal atas kesalahan "salah laku". Tun Salleh berkata dia tidak bersalah

apa-apa dan sedia untuk dibicarakan. Pada hari itu juga Tun Salleh menerima surat daripada

Tun Dr. Mahathir yang dia digantung dari jawatannya berkuatkuasa 26 Mei 1988, iaitu hari

sebelumnya.

Pada 28 Mei 1988, Peguam Negara Tan Sri Abu Talib menemui Tun Salleh di pejabat

Tun Salleh kira-kira jam 9.30 pagi. Tan Sri Abu Talib pernah berkerja di bawah Tun Salleh di

Pejabat Peguam Negara pada tahun 1970-an. Tan Sri Abu Talib berkata Tun Dr. Mahathir

sebenarnya tidak mahu memecat Tun Salleh. Kes di Tribunal akan memalukan Tun Salleh.

Institusi Kehakiman turut terlibat sama. Oleh itu, Tan Sri Abu Talib mengesyorkan Tun

Salleh bersara terlebih dahulu. Cadangan itu dipersetujui oleh Tun Salleh. Beliau menulis

sepucuk surat kepada Tun Dr. Mahathir berkenaan persaraan tersebut. Surat itu hantar ke

Pejabat Perdana Menteri oleh Tan Sri Talib sendiri. Pada jam 1 tengahari, Tun Salleh

mendapat surat jawapan daripada Tun Dr. Mahathir bahawa beliau menerima permohonan

bersara awal Tun Salleh dan dibenarkan bercuti 96 hari. Namun, pada 29 Mei 1998, Tun

Salleh menulis surat panjang kepada Tun Dr. Mahathir memaklumkan beliau menarik balik

surat persaraan awal pada 28 Mei dan bersedia untuk menghadapi Tribunal.

Sebuah Tribunal Kehakiman telah ditubuhkan untuk menentukan nasib Tun Salleh

pada 30 Jun 1988. Persoalan yang penting ialah, siapa yang layak menganggotai Tribunal?

Dari segi konvensional kehakiman, anggota Tribunal mestilah setaraf atau lebih tinggi

daripada jawatan Hakim yang hendak dibicarakan. Tun Salleh Ketua Hakim. Maka ahli

Tribunal mestilah di kalangan Ketua Hakim atau bekas Ketua Hakim. Kalau tidak ada di

Malaysia, boleh dicari di negara Komanwel. Tetapi ahli Tribunal yang dilantik, ada hanya

seorang sahaja yang setaraf itu pun baru dilantik menjadi Ketua Hakim Sri Lanka. Yang lain-

lain semua junior dari segi kedudukan dalam badan Kehakiman. Pengerusi Tribunal ialah Tan

Sri Hamid Omar, Pemangku Ketua Hakim. Beliau ada personal interest sebab jika Tun Salleh

bersalah beliau dapat naik pangkat. Tan Sri hamid juga adalah salah seorang Hakim yang

menghadiri mesyuarat pada 25 Mac 1988 kemudian bersetuju untuk Tun Salleh menulis

surat kepada Yang Dipertuan Agong. Empat orang anggota Tribunal dari Malaysia itu

Page 6: Sejarah an Politik Malaysia Era Mahathir

6

semuanya berasal atau dilahirkan di Kedah. Tiga orang bersekolah di Kolej Sultan Abdul

Halim (rakan sepersekolahan Tun Dr. Mahathir). Dua lagi iaitu Tan Sri Mohamed Zahir ialah

Speaker Dewan Rakyat dan Tan Sri Abdul Aziz Zain ialah peguam.

Sebagai tindak balas terhadap Tribunal, Tun Salleh Abas mengambil tindakan

guaman dalam Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur untuk mencabar keperlembagaanan

Tribunal itu. Ketika meneruskan tindakan guamannya, beliau membuat permohonan untuk

penggantungan sementara terhadap Tribunal sehingga 4 Julai 1988. Permohonan beliau

ditolak. Bagaimanapun, lima orang hakim Mahkamah Agung iaitu Datuk George Seah, Tan

Sri Wan Suleiman Pawanteh, Allahyarham Tan Sri Eusoffe Abdul Kader, Tan Sri Azmi

Kamaruddin dan Tan Sri Hamzah Mohamed Salleh kemudian bersidang dan memberikan Tun

Salleh Abas perintah interlokutari terhadap Tribunal. Sebaik sahaja menerima perintah itu,

peguam-peguam Tun Salleh pergi ke Parlimen untuk mengemukakan perintah interlokutori

itu kepada pengerusi Tribunal. Bagaimanapun, pintu besar yang menuju ke bangunan

Parlimen telah dikunci dan wakil Tun Salleh Abas terpaksa memanggil polis untuk menjamin

laluan masuk ke Parlimen. Akhirnya, perintah interlokutori itu dikemukakan kepada

pengerusi Tribunal. Namun permohonan tersebut ditolak. Tidak lama kemudian, kelima-lima

hakim Mahkamah Agung itu digantung jawatan mereka. Daripada lima orang hakim itu, tiga

orang hakim dipecat (Ho Khai Leong & James Chin, 2003).

Akhirnya melalui perbicaraan Tribunal Tun Salleh didapati bersalah di atas tuduhan

menghina kredibiliti Kerajaan dengan membuat andaian bahwa pihak Eksekutif tidak

menyakini kebebasan badan kehakiman. Pada 31 Mei 1988, beliau digantung daripada

jawatannya kerana didakwa "salah laku". Tarikh 8 Ogos 1988, Tun Salleh dipecat.

Pada 17 April 2008, semasa anjuran Majlis Peguam Malaysia Datuk Seri Abdullah

Ahmad Badawi berucap di hadapan lebih kurang 600 orang, mengumumkan pembayaran ex-

gratia kepada Tun Salleh Abas dan lima orang lagi hakim yang terlibat secara langsung

dalam kes 20 tahun lalu. Dalam ucapannya, beliau menyentuh "Saya boleh mengatakan

dengan ikhlas yang saya patuh dan akan sentiasa mematuhi prinsip pengasingan kuasa,

membiarkan perkara berkaitan keadilan kepada badan kehakiman. Badan kehakiman

mestilah diperkuatkan menjadi satu institusi yang berkhidmat untuk prinsip demokratik

pemisahan kuasa. Badan kehakiman hendaklah menjadi penjaga kepada Perlembagaan dan

pengawal kepada hak rakyat."

Page 7: Sejarah an Politik Malaysia Era Mahathir

7

Ucapan Perdana Menteri mendapat pujian dari presiden Majlis Peguam yang

mengatakan hakim-hakim yang dipecat sebagai hero yang menggadaikan hidup mereka dan

merayu kepada Perdana Menteri untuk melihat kembali kes mereka yang ditahan di bawah

ISA. Tiada kenyataan meminta maaf diucapkan tetapi hanya kekesalan.

Percanggahan Idea dan Konflik Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Dr. Mahathir

Menurut Syed Husin (2004), dari mula lagi sudah kelihatan perbezaan pendekatan dan stail

di antara Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir dengan Timbalannya Datuk Seri Anwar, dan

kedua-dua mereka mengakui hakikat ini. Beberapa hari sebelum Perhimpunan Agung UMNO

pada tahun 1997, sudah kedengaran pelbagai cerita tentang perbezaan bahkan

pertentangan di antara mereka (Syed Husin, 2004). Tambah beliau lagi, beberapa hari

sebelum Perhimpunan UMNO sebelum pertengahan tahun itu, Tun Dr. Mahathir telah

mengumumkan wujudnya surat layang yang menuduh Datuk Sei Anwar terlibat dengan

kegiatan seks dengan isteri orang dan liwat dengan seorang pemandu. Pendedahan ini

dilihat oleh setengah-setengah pemerhati sebagai satu percubaan untuk melemahkan

kedudukan Datuk Seri Anwar, yang didakwa kononnya hendak mencabar Tun Dr. Mahathir

sebagai Presiden UMNO. Tidak lama selepas itu, Tun Dr. Mahathir dan juga pihak polis

menyatakan bahawa surat layang itu palsu dan sebagai sampah belaka (Syed Husin, 2004).

Walau bagaimanapun, cerita-cerita tentang perbezaan di antara Datuk Seri Anwar

dengan Tun Dr. Mahathir bertiup bertambah kencang. Apabila krisis ekonomi dalam bentuk

penurunan nilai saham dan ringgit berlaku di negara ini mulai bulan Julai 1997, perbezaan di

antara mereka bertambah ketara (Syed Husin, 2004). Tambah Syed Husin (2004) lagi, sejak

mula lagi, Tun Dr. Mahathir mengambil pendirian bahawa krisis itu disebabkan oleh

spekulator asing dan menamakan George Soros sebagai salah seorang daripada

penyangaknya. Walaupun Datuk Seri Anwar tidak menyuarakan tentangan secara terbuka

terhadap pendirian Tun Dr. Mahathir, namun dalam beberapa ucapan atau kenyataannya di

dalam atau di luar negeri, beliau sering menyentuh tentang kelemahan-kelemahan dalam

kepimpinan serta pentadbiran negara. Beliau sering menggunakan perkataan-perkataan

seperti korupsi, kronisme serta nepotisme dan reformasi, yang dianggap jijik oleh Tun Dr.

Mahathir dan semacam ditujukan tepat ke batang hidungnya (Syed Husin, 2004). Atas

kapasiti beliau selaku Menteri Kewangan dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Dana

Kewangan Antarabangsa pada masa itu, Datuk Seri Anwar kelihatan lebih terbuka kepada

Page 8: Sejarah an Politik Malaysia Era Mahathir

8

syor IMF dan Bank Dunia tentang cara mengatasi masalah krisis ini terutamanya dalam

mendapatkan pinjaman daripada dua badan tersebut.

Menurut Syed Husin (2004) lagi, tidak lama selepas perhimpunan itu, Tun Dr.

Mahathir membentuk Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) dengan beliau sendiri sebagai

pengerusi dan Tun Daim Zainudin, bekas Menteri Kewangan sebelum Datuk Seri Anwar,

sebagai ketua eksekutif. Langkah ini dilihat sebagai usaha untuk melemahkan kedudukan

Datuk Seri Anwar dengan MTEN (atau lebih tepat Daim) mengambil alih perancangan untuk

menangani masalah krisis ekonomi (Syed Husin, 2004). Bagi mengatasi krisis ekonomi, Tun

Dr. Mahathir telah mengumumkan apa yang dikenali sebagai “langkah-langkah mengejut”

seperti menetapkan kadar pertukaran ringgit pada RM3.8 bersamaan US$1.00,

membataskan jumlah keluar masuk wang kepada setinggi-tinggi RM10,000, dan memaksa

ringgit di luar negara dibawa pulang dengan mengisytiharkan bahawa selepas sebulan wang

itu akan dianggap tidak laku. Ternyata langkah bijak yang diambil beliau ini di samping

langkah lain seperti dasar penswastaan, berjaya membawa memulihkan ekonomi negara.

Mungkin ekonomi negara akan menjadi bertambah teruk seperti negara jiran (Indonesia)

sekiranya cadangan Datuk Seri Anwar Ibrahim diterima.

Penyingkiran Anwar Ibrahim

Pada 2 September 1998, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah disingkirkan daripada jawatannya

sebagai Timbalan Perdana Menteri merangkan Menteri Kewangan Malaysia (Syed Husin,

2004). Pada keesokan harinya, 3 September 1998, Tun Dr. Mahathir Mohamad

mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO lalu mengumumkan pemecatan Datuk

Seri Anwar Ibrahim daripada UMNO, sekaligus melucutkan semua jawatan beliau dalam parti

(www.tranungkite.net/lama/c03/kempen2.pdf). Beliau disingkirkan daripada UMNO setelah

menjadi Timbalan Presiden lebih daripada lima tahun.

Pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah atas tuduhan melakukan perbuatan

tidak bermoral dan penyalahgunaan kuasa. Datuk Seri Anwar mendakwa bahawa beliau

dizalimi kerana beliau membawa isu korupsi dan nepotisme dan Tun Dr. Mahathir serta

orang-orangnya adalah sasaran bagi tuduhan tersebut. Penyokong Tun Dr. Mahathir pula

percaya bahawa Datuk Seri Anwar cuba untuk menggantikan Tun Dr. Mahathir sebagai

Perdana Menteri selepas melihat kejatuhan Presiden Suharto di Indonesia atas isu yang

sama (ms.wikipedia.org/wiki/Mahathir_bin_Mohamad#Pemecatan_Anwar_Ibrahim).

Page 9: Sejarah an Politik Malaysia Era Mahathir

9

Gerakan Reformasi

Menurut Ho Khai Leong & James Chin (2003), bekas Timbalan Perdana Menteri Anwar

Ibrahim melancarkan pergerakan reformasi apabila beliau dipecat pada bulan September

1998. Judul ini dipinjam daripada protes mutakhir di Indonesia, seperti juga banyak lagi

konsep utama dan kata-kata yang sering digunakan ramai seperti ”KKN” (korupsi, kolusi dan

repotisme, atau lebih kerap digunakan di Malaysia sebagai korupsi, kronisme dan

nepotisme). Krisis Datuk Seri Anwar membawa kepada protes besar-besaran yang dikenali

’Gerakan Reformasi’ dan tertubuhnya Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Menurut Syed Husin (2004), Datuk Seri Anwar menjangka ia akan di tahan di bawah

ISA atau akta-akta lain. Beberapa tuduhan baru telah dihadapkan kepada beliau, kononnya

kerana menghasut dan menyekat penyiasatan polis. Dalam pada itu setiap hari rumahnya

dibanjiri penyokong serta pelawat. Setiap malam beliau berpidato membersihkan dirinya

dihadapan beribu-ribu pendengar. Beliau telah mengisytiharkan mahu membentuk satu

gerakan reformasi. Apakah corak reformasi dan bentuk gerakan itu belum jelas lagi (Syed

Husin, 2004).

Sehingga waktu beliau ditangkap beberapa minggu kemudian, Datuk Seri Anwar

menggesa beribu-ribu orang pengikutnya supaya berjuang untuk keadilan, pemerintahan

baik, ketelusan, kebertanggungjawapan, dasar-dasar untuk memberi manfaat kepada yang

lemah dari segi ekonomi tetapi bukan kroni, dan kebebasan demokratik (Ho Khai Leong &

James Chin, 2003). Seruan ini disambut oleh beribu-ribu orang penunjuk perasaan di jalan-

jalan di Kuala Lumpur dan bandar-bandar lain, yang sering berhimpun pada lewat 1998,

kemudian secara sekali-kala, disertai juga oleh parti pembangkang dan NGO (Ho Khai Leong

& James Chin, 2003).

Penahanan dan Pendakwaan

Selepas mengadakan perhimpunan tanpa permit di Masjid Negara, berarak ke Dataran

Merdeka dan seterusnya menyampaikan ucapan berap-api yang bersifat provokasi, Datuk

Seri Anwar Ibrahim ditahan oleh polis pada jam 10 malam, 20 September 1998. Menurut

Utusan Malaysia (1998), beliau ditangkap di rumahnya di No. 8 Jalan Setiamurni 1, Bukit

Damansara di sini di bawah Seksyen 73(1)(a) Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Langkah penangkapan Anwar itu dibuat sehari selepas dua lelaki mengaku bersalah di

Page 10: Sejarah an Politik Malaysia Era Mahathir

10

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur kerana membenarkan diri mereka diliwat oleh Datuk Seri

Anwar. Polis yang lengkap bersenjata menyerbu rumah Datuk Seri Anwar pada pukul 8.55

malam. Beberapa minit kemudian anggota-anggota polis keluar membawa Ketua Pemuda

UMNO Negeri Sembilan, Ruslan Kassim. Sejam kemudian Datuk Seri Anwar pula diiringi

keluar dari kediaman itu tanpa digari. Saksi-saksi berkata, Datuk Seri Anwar dibawa keluar

dalam sebuah van berwarna putih yang dikelilingi oleh beratus-ratus anggota Unit Simpanan

Persekutuan (FRU) dan beberapa buah kereta peronda polis (Utusan Malaysia, 1998).

Pada 29 September 1998, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadapi lima tuduhan

rasuah dan empat tuduhan melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii

(meliwat). Bagaimanapun, beliau mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas

setiap pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Hasnah

Datuk Mohd. Hashim. Pihak pendakwaan diwakili oleh Abdul Gani bersama Timbalan-

timbalan Kanan Pendakwa Raya, Azahar Mohamad dan Mohd. Yusof Zainal Abiden serta

Timbalan Pendakwa Raya, Stanley Augustin. Manakala, Datuk Seri Anwar diwakili oleh tujuh

peguam kanan terdiri daripada dua bekas Presiden Majlis Peguam, Raja Aziz Addruse dan

Zainur Zakaria bersama Christoper Fernando, Sulaiman Abdullah, Gurbachan Singh,

Pawancheek Marican dan Kamar Ainah Kamaruzaman (Kamariah, Norlizah & Norazlita,

1998).

Menurut Kamariah, Norlizah & Norazlita (1998) lagi, tuduhan pertama menyebut

bahawa Datuk Seri Anwar ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan

melakukan perbuatan rasuah berkaitan siasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR) ke atas

tiausaha Sulitnya, Mohd. Azmin Ali. Dalam pertuduhan kedua, Datuk Seri Anwar menghadapi

dua kes membabitkan perbuatan rasuah yang dilakukan antara 12 dan 18 Ogos 1997 dan

juga 27 Ogos 1997. Datuk Seri Anwar didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 2(1)

Ordinan No.22 (Kuasa-kuasa Perlu) Darurat 1970. Selain itu, Datuk Seri Anwar juga dituduh

mengarahkan kedua-dua pegawai kanan polis itu supaya menggesa Azizan dan Ummi

Hafilda memberi keterangan umum bertulis bagi menafikan perbuatan yang sama

(Kamariah, Norlizah & Norazlita, 1998).

Menurut Kamariah, Norlizah & Norazlita (1998), Datuk Seri Anwar turut menghadapi

empat tuduhan berasingan di bawah Seksyen 377D Kanun Keseksaan, dengan sengaja

melakukan persetubuhan bertentangan aturan tabii. Mengikut pertuduhan-pertuduhan itu,

Datuk Seri Anwar didakwa meliwat adik angkatnya, Sukma Darmawan Sasmitaat Madja,

Page 11: Sejarah an Politik Malaysia Era Mahathir

11

penulis ucapannya, Dr. Munawar Ahmad Anees, Azizan dan seorang lelaki bernama Hairany

Mohd. Naffis.

Parti Keadilan Rakyat

Pendatang baru dalam barisan pembangkang ialah Keadilan yang dilancarkan pada bulan

April 1999 oleh Wan Azizah Wan Ismail, isteri pemimpin UMNO yang dijatuhkan, Datuk Seri

Anwar Ibrahim (Ho Khai Leong & James Chin, 2003). Keadilan yang dimaksudkan Ho dan

James merujuk kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang merupakan hasil gabungan Parti

Keadilan Nasional dan Parti Rakyat Malaysia (PRM).

Wan Azizah mula-mulanya menubuhkan organisasi bukan kerajaan (NGO) iaitu

Gerakan Keadilan Malaysia (GERAK) dan kemudiannya menubuhkan Pergerakan Keadilan

Sosial (ADIL) untuk memberi platform kepada perjuangan mereka. Selepas itu, usaha

menubuhkan parti politik menghadapi jalan buntu disebabkan Pendaftar Pertubuhan. Maka

gerakan Reformasi mengambil keputusan untuk mengambil alih sebuah parti sedia ada iaitu

Ikatan Masyarakat Islam Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1990. Pelancaran Parti

Keadilan Nasional diadakan pada 4 April 1999 Parti Keadilan Nasional merupakan sebuah

parti politik di Malaysia yang lahir daripada gelombang yang melanda negara selepas

pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan

Presiden UMNO pada 2 dan 3 September 1998. Bagaimanapun, seperti yang dijangkakan

ramai, dengan pilihan raya yang hampir muncul, badan ini bertukar menjadi parti reformasi

dan menyertai parti-parti pembangkang lain dalam Barisan Alternatif (Ho Khai Leong &

James Chin, 2003).

Pembebasan oleh Mahkamah Persekutuan

Datuk Seri Anwar akhirnya dibebaskan setelah empat tahun menjalani hukuman penjara oleh

Mahkamah Persekutuan pada 2 September 2004 apabila rayuannya dibenarkan bagi

mengenepikan sabitan kesalahan meliwat. Keputusan itu bermakna Datuk Seri Anwar telah

bebas daripada hukuman penjara sembilan tahun yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi

Kuala Lumpur pada tahun 2000 atas kesalahan tersebut (Kamariah & Norazlita, 2004).

Tambah Kamariah & Norazlita (2004) lagi sebelum ini Datuk Seri Anwar, 57, telah pun

menjalani hukuman penjara empat tahun yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi pada 14

Page 12: Sejarah an Politik Malaysia Era Mahathir

12

April 1999 selepas didapati bersalah atas empat tuduhan rasuah berhubung penyalahgunaan

kuasa dengan campur tangan dalam penyiasatan polis terhadap dakwaan salah laku. Datuk

Seri Anwar Ibrahim sepatutnya dipenjara selama enam tahun atas 4 tuduhan tersebut,

namun tempoh hukuman dikurangkan setelah beliau berkelakuan baik.

Panel tiga hakim membuat keputusan majoriti 2-1 membenarkan rayuan Datuk Seri

Anwar dan Sukma untuk mengenepikan sabitan dan hukuman atas tuduhan meliwat bekas

pemandu keluarga, Azizan Abu Bakar (Kamariah & Norazlita, 2004). Dua orang hakim yang

membenarkan rayuan tersebut ialah Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Abdul Hamid

Mohamad dan Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Tengku Baharudin Shah Tengku Mahmud.

Manakala seorang hakim yang membuat keputusan menentang rayuan tersebut ialah Hakim

Mahkamah Persekutuan, Datin Paduka Rahmah Hussain. Hakim Abdul Hamid yang

mengetuai sidang yang mengumumkan keputusan majoriti tersebut, bagaimanapun

mengingatkan orang awam supaya membaca terlebih dahulu keseluruhan alasan

penghakiman sebelum membuat sebarang komen (Kamariah & Norazlita, 2004).

Pilihan Raya Umum

Pilihan Raya Umum Malaysia pada tahun 1999 merupakan kali pertama di Malaysia yang

mana sebuah parti campuran pembangkang telah ditubuhkan untuk mewujudkan sebuah

sistem politik dwiparti bagi tujuan menentang keunggulan Barisan Nasional yang telah

memerintah negara secara berterusan sejak kemerdekaan. Parti campuran pembangkang ini

digelar Barisan Alternatif yang terdiri daripada Parti Islam SeMalaysia (PAS), Parti Tindakan

Demokratik (DAP), dan Parti Keadilan. Kemenangan 5 kerusi parlimen dan 4 kerusi negeri

merupakan satu permulaan yang baik untuk Parti Keadilan, akan tetapi semua pemimpinnya

telah tewas dalam pilihan raya ini, kecuali Dr. Wan Azizah.

Pada Pilihan Raya Umum Malaysia pada tahun 2004, Parti Keadilan Rakyat gagal

untuk mengekalkan empat daripada lima kerusi yang dimenanginya pada tahun 1999.

Selepas pengiraan semula sebanyak lima kali, ketua parti Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan

Ismail (isteri kepada bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim),

mengekalkan kerusinya dengan majoriti sebanyak 590 undi.

Manakala, pada Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Parti Keadilan Rakyat

memperoleh kejayaan yang boleh dikatakan sebagai kejayaan besar bagi parti yang boleh

Page 13: Sejarah an Politik Malaysia Era Mahathir

13

dianggap mentah ini. Parti Keadilan Rakyat memenangi sebanyak 31 kerusi Parlimen dan 40

kerusi Dewan Undangan Negeri. Berikutan kejayaan dalam mengambil alih kuasa

pemerintahan dalam 5+1 negeri, ketiga-tiga parti melibatkan keadilan, DAP dan PAS telah

bersetuju membentuk satu pakatan yang dikenali Pakatan Rakyat bagi menguatkan

kerjasama sesama mereka dengan Datuk Seri Anwar sebagai Penasihat

(ms.wikipedia.org/wiki/Pilihan_raya_umum_Malaysia_2008).

Secara keseluruhanya apa yang dapat dinyatakan adalah, apa yang penting bagi

rakyat khususnya menghadapi persaingan kuasa di kalangan pemimpin adalah untuk

membuat penilaian berdasarkan fakta sejarah dan pertimbangan yang rasional supaya apa

jua implikasi daripada persaingan tersebut tidak akan memudaratkan kemajuan dan

keharmonian negara. Dalam kes Datuk Seri Anwar, setiap anggota masyarakat perlu menilai

kembali berdasarkan fakta semasa sama ada sokongan mereka adalah untuk menggulingkan

kerajaan sedia ada atau merupakan penyokonng fanatik Datuk Seri Anwar Ibrahim. Selepas

berlakunya konflik tersebut Tun Dr. Mahathir sedikit sebanyak membuktikan beliau adalah

ahli politik yang terus aktif dalam kerajaan hingga kini.

Page 14: Sejarah an Politik Malaysia Era Mahathir

14

Eksekutif dan Badan Berperlembagaan.

Hubungan antara pentadbiran Tun Dr. Mahathir dengan raja berperlembagaan , Yang di-

pertuan Agong adalah tegang. Tidak seperti pentadbiran lampau. Apabila Tun Dr. Mahathir

menjadi Perdana Menteri, berlaku perselisihan antara kedua-dua institusi.

Pada 1993, UMNO telah ‘mengusik’ institusi Raja-raja Melayu apabila

mencadangkan pindaan Fasal 38 (4) Perlembagaan Persekutuan yang menyentuh soal

kekebalan atau imuniti Raja-raja. Pindaan Perlembagaan tahun 1993, raja-raja adalah:

1. Boleh didakwa dimahkamah bila melakukan kesalahan jenayah atau sivil.

2. Raja tidak boleh didakwa atas apa-apa yang bersabit daripada menjalankan tugas

rasminya.

Tujuan sebenar pindaan-pindaan ini bukan kerana Kerajaan ataupun rakyat ingin

mengheret raja-raja ke mahkamah dengan sewenang-wenangnya. Tujuannya ialah supaya

raja-raja akan menghindarkan diri daripada melakukan perbuatan yang boleh mengakibatkan

tindakan undang-undang. Oleh itu, raja akan lebih dihormati. Setelah dibahas, Rang

Undang-undang Akta Perlembagaan (Pindaan) 1993 telah diluluskan mengikut peruntukan

Perlembagaan dengan lebih daripada dua pertiga majoriti oleh Dewan Rakyat dan Dewan

Negara. Menurut prosedur, Rang Undang-undang telah dihantar kepada Yang di-Pertuan

Agung untuk diperkenankan. Yang di-Pertuan Agong telah mengembalikan Rang Undang-

Undang tersebut dengan cadangan beberapa pengubahsuaian untuk dipertimbangkan

semula oleh Parlimen (http://www.pmo.gov.my/ucapan/?m=p&p=mahathir&id=857).

Penyesuaian ini memerlukan dua perkara yang baru ditambah kepada Rang Undang-

undang berkenaan. Perkara pertama adalah mengenai Yang di-Pertuan Agong atau

kedudukan raja sekiranya Baginda atau Raja menghadapi tindakan undang-undang. Yang di-

Pertuan Agong hendaklah berhenti menjalankan fungsinya sebagai Agong apabila

menghadapi tindakan undang–undang. Sekiranya raja pula menghadapi tindakan undang-

undang, raja hendaklah berhenti menjalankan fungsinya dan apabila didapati bersalah serta

dipenjarakan lebih daripada satu hari baginda akan diturunkan takhta melainkan ada

keampunan. Dalam tempoh Raja berhenti menjalankan tugas, seorang pemangku raja atau

Jemaah Pemangku Raja akan dilantik mengikut Perlembagaan Negeri untuk menjalankan

fungsi raja negeri berkenaan (Ahmad Atory Hussain, 1998).

Page 15: Sejarah an Politik Malaysia Era Mahathir

15

Pindaan yang kedua ialah sebarang tindakan ke atas Raja-raja tidak boleh diambil

tanpa persetujuan Peguam Negara. Ini adalah untuk menjamin Raja-raja tidak diheret ke

mahkamah oleh pihak-pihak yang hendak memalukan raja-raja atas sebab-sebab yang tidak

berasas. Kerajaan menyokong Rang Undang-undang Pindaan yang disyorkan Majlis Raja-

raja kerana ianya selaras dengan pindaan asal. Ia memberi keadilan kepada semua pihak

dan sesuai dengan pentadbiran negara masa kini serta selaras dengan pemikiran pada

zaman ini berkenaan dengan Sistem Beraja. Akta pindaan ini telah dipersetujui semua pihak

Dewan dan diluluskan pada 19 Januari 1993.

EKSEKUTIF DAN PARTI

Perdana Menteri juga adalah Presiden UMNO. Hubungan dengan partinya, paling penting

pada kebertahanannya kerana ia melibatkan soal perwarisan dan kesahan. Sesiapa yang

menjadi Presiden UMNO pasti akan menjadi Perdana Menteri. Pertaruhan kuasa inilah yang

membuatkan UMNO menjadi pusat pergelutan kepuakan sejak penubuhannya dalam tahun

1945.

Pengharaman Parti UMNO 1988

Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) atau juga dikenali sebagai Parti UMNO

(United Malayan Nation Organization) telah ditubuhkan pada 11 Mei 1946. Pada dasarnya,

perjuangan UMNO adalah untuk memansuhkan dan menentang cadangan penubuhan

Malayan Union 1946 yang cuba diimplementasikan oleh British di Tanah Melayu. Lama-

kelamaan pertubuhan ini akhirnya menjadi sebuah parti politik yang mewakili golongan

Melayu/Islam untuk memperjuangkan hak komunitinya. Sebagai sebuah parti yang

didominasi oleh Melayu/Islam yang merupakan penduduk majoriti di negara ini, maka UMNO

menjadi teras pembentukan kerjaan yang ditunjangi oleh Parti Barisan Nasional (BN). Parti

BN terdiri daripada gabungan UMNO, MCA (mewakili kaum Cina), MIC (mewakili kaum

India), dan beberapa parti komponen di Sabah dan Sarawak.

Seiring dengan perkembangan dan pertambahan bilangan ahli dari seluruh negara,

UMNO terus menongkah cabaran demi mematangkan perjuangannya agar selari dengan

tuntutan semasa. Salah satu peristiwa hitam yang tidak akan dilupakan oleh ahli-ahli UMNO

dan rakyat Malaysia apabila berlaku tragedi pengharaman UMNO pada tahun 1988. Peristiwa

ini bermula apabila berlaku pergelutan kuasa dan sikap tidak puas hati sesetengah pemimpin

Page 16: Sejarah an Politik Malaysia Era Mahathir

16

UMNO terhadap keputusan pemilihan parti yang berlangsung pada 24 April 1987. Beberapa

tindakan yang dilakukan oleh ahli-ahli UMNO sendiri sama ada daripada Team A mahupun

Team B, telah mengakibatkan pengharaman parti UMNO oleh Mahkamah Tinggi Kuala

Lumpur. Detik hitam ini telah mencalarkan hala tuju perjuangan UMNO untuk menjadi parti

teras dalam BN dan tunjang kerajaan pusat.

Sejarah pengharaman UMNO bermula apabila satu guaman sivil telah difailkan di

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk memohon pengisytiharan bahawa keputusan

pemilihan Perhimpunan Agung UMNO 24 April 1987 sebagai tidak sah. Pada tahun itu, Tun

Dr. Mahathir menang tipis sebanyak 43 undi ke atas Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) untuk

jawatan Presiden UMNO. Selepas beberapa siri perbicaraan yang mengambil masa selama

tujuh bulan, kes tersebut telah dibicarakan. Akhirnya pada 4 Februari 1988 UMNO

diisytiharkan sebagai pertubuhan yang tidak sah di bawah Akta Pertubuhan 1966. Begitulah

senario politik parti UMNO. Pertandingan di atas tiket demokrasi, tidak disambut dengan

intonasi yang sama apabila ada pemimpin yang kalah di dalam pemilihan UMNO. Sepatutnya

yang kalah mesti akur dengan keputusan majoriti dan jika pemimpin-pemimpin tersebut

benar-benar menghayati perjuangan UMNO, tidak akan berlaku perpecahan parti UMNO.

Beberapa Perkara yang Signifikan dengan Pengharaman UMNO

Perhimpunan Agung UMNO 1987

Pada 24 April 1987, UMNO telah mengadakan Perhimpunan Agung yang turut mengadakan

pemilihan jawatan Presiden, Timbalan Presiden, dan kerusi Majlis Tertinggi yang lain.

Kesemua jawatan tersebut menghadapi tentangan hebat daripada kalangan ahli UMNO

sendiri yang ingin menduduki jawatan-jawatan utama parti. Misalnya jawatan Presiden

UMNO yang disandang oleh Tun Dr. Mahathir (kini Tun) telah dicabar oleh mantan Timbalan

Perdana Menteri iaitu Tengku Razaleigh (Ku Li). Manakala jawatan Timbalan Presiden

menemukan saingan sengit antara Encik Ghafar Baba dan Datuk Musa Hitam (kini Tan Sri).

Dalam pertandingan tersebut, Tun Dr. Mahathir berpasangan dengan Ghafar Baba

dari Team A untuk menghadapi tentangan sengit daripada regu Tengku Razaleigh-Musa dari

Team B. Selepas keputusan pemilihan diumumkan, berlaku beberapa peristiwa dan konflik

antara pengikut Tengku Razaleigh dengan Tun Dr. Mahathir. Puak Tengku Razaleigh tidak

Page 17: Sejarah an Politik Malaysia Era Mahathir

17

berpuas hati dengan kemenangan Tun Dr. Mahathir yang tipis iaitu perbezaan undi 43

sahaja yang diperolehi Tun Dr. Mahathir (Ahmad Atory Hussain, 1998). Pada tahun itu, Tun

Dr. Mahathir memperoleh undi sebanyak 761 berbanding 718 undi yang diperoleh Tengku

Razaleigh untuk jawatan Presiden UMNO (Ahmad Atory Hussain, 1995). Team A menang

sebanyak 16 daripada 25 jawatan Majlis Tertinggi UMNO yang baru. Team B tidak berpuas

hati dengan keputusan tersebut dan mendesak supaya diadakan semula pemilihan Majlis

Tertinggi kerana mereka menganggap pemilihan itu tidak sah.

Fakta-fakta yang telah dipersetujui menyatakan 30 cawangan tidak diluluskan dalam

empat bahagian dan lain-lain yang mewakili 78 orang perwakilan (Ahmad Atory Hussain,

1995). Satu perkiraan yang mudah menunjukkan bahawa jika perwakilan daripada 30

cawangan yang tidak diluluskan dalam empat bahagian tidak diambil kira dalam pemilihan

Majlis Tertinggi Perhimpunan Agung 1987, maka sudah pasti keputusan pemilihan akan

mewujudkan suatu jurang undi yang amat tipis antara pemenang dan calon yang kalah. Hal

ini menyebabkan Team B optimis mereka yang diwakili oleh Tengku Razaleigh-Musa akan

menang. Tambahan pula, sebelum keputusan pemilihan diumumkan timbul ura-ura dalam

akhbar arus perdana yang mengatakan Tengku Razaleigh akan menewaskan Tun Dr.

Mahathir. Jelasnya, keputusan pemilihan ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati di

kalangan ahli UMNO sendiri.

Layanan Diskriminasi Tun Dr. Mahathir terhadap Team B

Sekalipun wujud desakan daripada Team B supaya keputusan pemilihan 24 April 1987

dibatalkan, namun Tun Dr. Mahathir tidak mengendahkan tuntutan tersebut. Sebaliknya,

beliau meneruskan segala urusan pentadbiran negara kerana pada waktu itu negara dilanda

pelbagai masalah seperti krisis kepimpinan, krisis kewangan, skandal ekonomi, masalah

sosial, dan pengganguran yang meningkat di kalangan rakyat. Faktor-faktor tersebut

sebenarnya telah mendorong puak Tengku Razaleigh mencabar kepimpinan Tun Dr.

Mahathir. Oleh sebab itu, Tun Dr. Mahathir memberikan layanan yang buruk kepada sesiapa

sahaja yang cuba menyokong dan bersimpati dengan Tengku Razaleigh dan Team B.

Setelah pemilihan Majlis Tertinggi UMNO, Tun Dr. Mahathir telah mengadakan

rombakan kabinet kerajaan. Beberapa orang menteri yang memihak kepada Tengku

Razaleigh atau berpihak kepada Team B yang dianggap menentang kepimpinannya pada

Page 18: Sejarah an Politik Malaysia Era Mahathir

18

pemilihan yang lalu, telah disingkirkan. Antaranya termasuklah Tengku Razaleigh, Datuk Rais

Yatim, Datuk Zainal Abidin Zain, Datuk Radzi Sheikh Ahmad, Datuk Abdul Kadir Sheikh

Fadzir, Datuk Abdullah Ahmad badawi, Datuk Manan Osman, Datuk Paduka Rahmah

Othman, dan diikuti dengan pengguguran jawatan beberapa anggota Exco peringkat negeri.

Sekalipun mereka ini telah memenangi kerusi Majlis Tertinggi. Jawatan mereka telah diisi

oleh ahli-ahli UMNO kepercayaan Tun Dr. Mahathir sperti Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk

Najib Tun Razak, Tun Daim Zainuddin dan ramai lagi muka-muka baru dalam kepimpinan

parti (Ahmad Atory Hussain, 1998).

Pada masa yang sama, ramai orang kuat Tengku Razaleigh yang aktif dalam

perniagaan seperti Puan Marina Yusuf, Datuk Adib Adam, dan lain-lain telah menerima

padah apabila mereka dinafikan hak untuk mendapatkan kemudahan-kemudahan dalam

perniagaan seperti projek-projek perniagaan, pinjaman bank, dan sebagainya. Diskriminasi

yang diamalkan oleh Tun Dr. Mahathir ini telah menimbullkan kesukaran dan tekanan

terhadap Team B. Oleh sebab itu, Tengku Razaleigh dan ahli-ahli UMNO dari Team B

merasakan Tun Dr. Mahathir perlu ‘diajar’ tentang kaedah menjadi ketua parti dan ketua

kerajaan yang baik dan adil. Selain itu, Tun Dr. Mahathir juga enggan mengadakan

perjumpaan dengan Team B bagi membincangkan langkah terbaik menangani maslah

dalaman parti. Sebaliknya beliau lebih berminat menumpukan terhadap urusan pentadbiran

negara dengan memperkenalkan pelbagai dasar seperti dasar penswastaan, dasar

persyarikatan, dasar industri negara dan seumpamanya.

Usaha Memulihkan UMNO

Akibat layanan buruk Tun Dr. Mahathir terhadap Team B, maka mereka telah mengadakan

beberapa siri perhimpunan untuk memulihkan semula UMNO agar mengembalikan asas

perjuangan UMNO sebagai pejuang dan pembela nasib Melayu/Islam di negara ini. Pada 8

Februari 1988, Datuk Rais Yatim mewakili Tengku Razaleigh telah mengemukan permohonan

menubuhkan Parti UMNO Malaysia yang menggunakan Tunku Abdul Rahman sebagai

penaung. Pada masa yang sama, Tun Dr. Mahathir dan kumpulannya mengemukakan

permohonan kepada Pendaftar Pertubuhan untuk menubuhkan UMNO 88. Bagaimanapun,

kedua-dua permohonan tersebut ditolak kerana nama UMNO masih belum dikeluarkan

daripada senarai daftar pertubuhan. Pada 12 Februari 1988, Tun Dr. Mahathir dan Team A

telah menghantar permohonan menubuhkan UMNO (Baru). Permohonan mereka diluluskan

Page 19: Sejarah an Politik Malaysia Era Mahathir

19

tiga hari selepas itu. Sehari kemudian, UMNO (Baru) kembali menyertai BN dan UMNO

(Baru) mengadakan kempen mendaftar keahlian yang dilancarkan di seluruh negara. Dalam

UMNO (Baru), kebanyakan pemimpinnnya terdiri daripada golongan korporat manakala

pegawai kerajaan Kumpulan A tidak dibenarkan menyertai politik. Penubuhan UMNO (Baru)

telah dipertikaikan oleh Tengku Razaleigh.

Tindak balas Tun Dr. Mahathir

Sebaik sahaja UMNO diisytiharkan sebagai tidak sah, maka satu majlis ikrar taat setia kepada

kepimpinan Tun Dr. Mahathir sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia telah

diadakan di bangunan Parlimen pada petang 14 Februari 1988. Kesemua ahli Parlimen dan

DUN dari BN telah hadir kecuali Tengku Razaleigh dan Ustaz Ibrahim Azmi Hassan (Ahli

Parlimen Kuala Nerus) yang memboikot majlis tersebut. Tun Dr. Mahathir juga telah

mengadakan “Program Semarak Bersama Rakyat” untuk berkempen ke seluruh negara bagi

mendapatkan sokongan rakyat terhadap kepimpinannya. Kempen ini telah mendapat

sambutan yang positif di kalangan rakyat. Jika dianalisis secara intelek, tindakan Tun Dr.

Mahathir sebenarnya yang banyak menyebabkan UMNO diharamkan. Sebagai Menteri Dalam

Negeri pada waktu itu, beliau boleh menggunakan Seksyen 70 Akta Pertubuhan 1966 untuk

memulihkan UMNO lama kerana seksyen tersebut membenarkan beliau untuk

mengecualikan sebarang pertubuhan daripada menjadi haram atau terbatal pendaftarannya

(Kassim Ahmad, 1998). Sebaliknya, beliau enggan menggunakan kuasa tersebut kerana

bimbang dituduh berlaku tidak adil, tambahan pula pertubuhan yang diharamkan itu adalah

Parti UMNO yang beliau sebagai pengerusinya.

Reaksi UMNO 11

Setelah keputusan pemilihan 24 April 1987 diisytiharkan, terdapat beberapa ahli UMNO yang

tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut seperti Kumpulan 12 atau UMNO 12.

Kumpulan ini kemudiannya dikenali sebagai UMNO 11 kerana seorang daripada anggota asal

telah menarik diri. Pada Jun 1987, satu guaman sivil telah difailkan di Mahkamah Tinggi

Kuala Lumpur oleh UMNO 11 bagi memohon suatu relif termasuk suatu pengisytiharan

bahawa pemilihan calon yang menang semasa Perhimpunan Agung UMNO 24 April 1987

sebagai bertentangan dengan perlembagaan parti, tidak sah, dianggap terbatal, dan tidak

Page 20: Sejarah an Politik Malaysia Era Mahathir

20

mempunyai kesan. Fakta-fakta yang telah dipersetujui menyatakan 30 cawangan tidak

diluluskan dalam empat bahagian dan lain-lain.

Satu perkiraan yang mudah menunjukkan bahawa jika perwakilan daripada 30

cawangan yang tidak diluluskan dalam empat bahagian tidak diambil kira dalam

Perhimpunan Agung, keputusan pemilihan akan mewujudkan suatu jurang undi yang amat

tipis antara pemenang dan calon yang kalah. Pada tahun itu, Tun Dr. Mahathir menang tipis

sebanyak 43 undi ke atas Tengku Razaleigh Hamzah iaitu 761 berbanding 718 undi untuk

jawatan Presiden UMNO. Pada 4 Februari 1988, hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur,

Datuk Harun Hashim telah memutuskan bahawa di bawah undang-undang, beliau tiada

pilihan melainkan mengisytiharkan UMNO sebagai pertubuhan yang tidak sah kerana

wujudnya beberapa cawangan yang tidak didaftarkan dan dianggap tidak sah di bawah Akta

Pertubuhan 1966.

Menurut salah seorang UMNO 11, Abdul Rahim Abdul Rahman, keputusan hakim

pada masa itu memeranjatkan mereka. Hal ini kerana UMNO 11 bukan bertujuan hendak

mengharamkan UMNO tetapi hanya mahukan supaya keputusan pemilihan dianggap tidak

sah dan diadakan semula. Abdul Rahim berkata mereka mengambil keputusan untuk

membawa kes tersebut ke Mahkamah Agung kerana rayuan mereka supaya pemilihan

diadakan semula tidak dilayan. Mereka sebaliknya dituduh oleh Tun Dr. Mahathir sebagai

pengkhianat yang bertanggungjawab mengharamkan parti. Menurut Datuk George Seah,

Ketua Hakim Negara pada masa itu, Tun Salleh Abas, sudah pun membuat keputusan

melantik sembilan panel hakim untuk mendengar rayuan UMNO 11. Malangnya beliau

digantung kerja pada 26 Mei 1988. Dengan penggantungan tugas beliau sebagai Ketua

Hakim Negara, maka kes rayuan UMNO 11 tidak dibicarakan oleh mahkamah seperti yang

dijadualkan pada 13 Jun 1988.

Implikasi Pengharaman Parti UMNO

UMNO semakin rapuh

Akibat pengharaman UMNO, ahli-ahlinya terpecah kepada dua kumpulan iaitu Team A

dan Team B. Sebenarnya, bibit perpecahan ahli UMNO sudah pun bermula sebelum

Perhimpunan Agung UMNO 24 April 1987 apabila wujud sentimen mempertikaikan Tun Dr.

Page 21: Sejarah an Politik Malaysia Era Mahathir

21

Mahathir. Team A diketuai oleh Tun Dr. Mahathir dengan dibantu oleh Datuk seri Anwar

Ibrahim dan pengikut-pengikut setia beliau meneruskan ideologi perjuangan mereka melalui

UMNO (Baru). Team B pula diketuai oleh Tengku Razaleigh dan rakan-rakannya seperti

Datuk Musa Hitam, Datuk Abdul Kadir Sheikh Fadzir, Ustaz Ibrahim, dan lain-lain berusaha

menubuhkan parti baru untuk memulihkan UMNO lama. Perpecahan UMNO ini telah

mendatangkan implikasi pada Pilihan raya Umum Kelapan (PRU8) 1990 apabila dua kerajaan

negeri iaitu Sabah dan Kelantan jatuh ke tangan pembangkang.

Kewujudan Parti Semangat 46

Sebaik sahaja Tun Dr. Mahathir menubuhkan UMNO (Baru), beliau tidak mengalu-

alukan kemunculan semula Tengku Razaleigh dan rakan-rakannnya. Justeru, Tengku

Razaleigh meneruskan perjuangan politiknya dengan menubuhkan parti baru yang dikenali

sebagai Parti Semangat 46. Parti ini ditubuhkan pada tahun 1989 oleh beliau mengambil

tahun sempena UMNO diasaskan iaitu tahun 1946. Majoriti ahlinya terdiri daripada Team B.

Semangat 46 muncul sebagai pembangkang yang hebat dan mampu menggugat kerajaan

Tun Dr. Mahathir pada masa itu. Pada tahun 1990, parti ini menyertai pakatan pembangkang

dalam PRU8 dan bersama dengan PAS mentadbir Kerajaan Kelantan selepas PRU8 melalui

Angkatan Perpaduan Ummah. Pada 3 September 1996 telah berlangsung satu majlis

Perhimpunan Perpaduan Melayu di Kota Bharu, Kelantan yang dihadiri oleh Tun Dr. Mahatihir

dan Tengku Razaleigh. Beberapa siri perjumpaan tidak rasmi telah diadakan antara kedua-

dua pemimpin ini untuk bersatu. Akhirnya, pada 6 Oktober 1996 Parti Semangat 46

dibubarkan secara rasmi (Ahmad Atory Hussain, 1998).

Peningkatan Pengaruh Pembangkang

Selepas pengharaman UMNO, wujud barisan parti-parti pembangkang yang

menyerupai gabungan dalam parti komponen BN. Hal ini terzahir dalam PRU8, apabila

kedua-dua barisan parti berentap untuk mendapat pengaruh dan kuasa daripada rakyat

melalui demokrasi. Dalam PRU8 1990 itu, pembentukan barisan pembangkang terdiri

daripada PAS, DAP, Berjaya, PBS, PRM, dan Hamim yang bergabung dengan Semangat 46.

Perkembangan ini telah meredakan bahang perkauman dengan merintis jalan ke arah

kerjasama erat di kalangan parti-parti pembangkang untuk menumbangkan BN. Dengan

kerjasama tersebut, pembangkang berjaya menawan Kelantan dan Sabah (melalui PBS).

Page 22: Sejarah an Politik Malaysia Era Mahathir

22

‘Mahathirisme’ Semakin Berakar Umbi

Penubuhan UMNO (Baru) dikuasai oleh para pengikut Tun Dr. Mahathir yang patuh

dan taat setia kepada kepimpinannya. Menurut beliau, hanya ahli-ahli MT UMNO lama yang

layak menghidupkan semula UMNO, bukan orang luar seperti Tunku Abdul Rahman dan lain-

lain. Pada masa yang sama, secara perlahan-lahan pengaruh Tengku Razaleigh, Datuk

Shahrir Samad, Datuk Musa Hitam dan lain-lain (Team B) berkurangan dari arus politik

UMNO dan negara. Maka tinggallah Tun Dr. Mahathir bersama-sama anak buahnya

meneruskan perjuangan UMNO dan negara. Dengan itu, Tun Dr. Mahathir merasakan beliau

tidak menerima tentangan sehinggakan beliau berani melancarkan pelbagai dasar yang lebih

drastik seperti Wawasan 2020 (Ahmad Atory Hussain, 1998), dasar perindustrian berat,

dasar automobil, dan pelbagai projek mega yang lain.

Penubuhan UMNO (Baru)

Selepas UMNO diharamkan pada 4 Februari 1988, maka pada 16 Februari 1988 demi

meletakkan politik pembangunan sebagai wadah perjuangan, Tun Dr. Mahathir telah

menubuhkan UMNO (Baru) dan menafikan penubuhan UMNO Malaysia oleh Tunku Abdul

Rahman dan Tengku Razaleigh. Perkataan 'Baru' telah dikaburkan dari Pertubuhan

Kebangsaan Melayu Bersatu ('Baru') kerana menurut tafsiran mahkamah, UMNO lama dan

UMNO Baru adalah berbeza, bukan parti yang sama. Pengamal undang-undang memberi

tafsiran berbeza-beza sama ada UMNO (Baru) sama dengan UMNO lama kerana Akta

Pertubuhan tidak membenarkan perkara-perkara sebegini diputuskan oleh mahkamah.

Tujuan pengguguran istilah ‘baru’ ini bagi membolehkan UMNO yang baru didaftarkan oleh

Tun Dr. M diiktiraf sebagai pewaris tunggal UMNO lama supaya segala aset dan bangunan

milik UMNO lama akan menjadi milik UMNO (Baru). Ramai pemimpin, ahli politik dan rakyat

Malaysia berasa lega apabila UMNO telah ditubuhkan semula. UMNO 11 telah menjadi

'kambing hitam' untuk dipersalahkan. Semua aset UMNO lama telah dipindahkan kepada

UMNO (Baru) seperti pejabat UMNO di setiap negeri, bahagian dan cawangan UMNO,

Menara Dato Onn, syarikat perniagaan milik UMNO dan lain-lain. Walaupun bagaimanapun

harta keseluruhan UMNO tidak dapat dikenal pasti.

Page 23: Sejarah an Politik Malaysia Era Mahathir

23

Penyerahan Tugas Perdana Menteri Sementara

Pengharaman UMNO telah menyebabkan parti tersebut tidak lagi menjadi tunjang

dalam BN. Justeru, Tun Dr. Mahathir telah menyerahkan tugas Pengerusi BN kepada

Presiden MCA ketika itu, Dr. Ling Liong Sik. Hal ini bermakna, Tun Dr. Mahathir tidak layak

menjadi Perdana Menteri kerana parti teras telah diharamkan buat beberapa hari

sehinggalah UMNO (Baru) ditubuhkan. Menurut tafsiran Perlembagaan Persekutuan, Perdana

Menteri Malaysia ketika itu ialah Dr. Ling Liong Sik. Walau bagaimanapun tidak berlaku

sebarang perlantikan watikah secara rasmi daripada Yang Di-Pertuan Agong. Sebaik sahaja

UMNO (Baru) dimahsyurkan, Tun Dr. Mahatihir membawa masuk UMNO ke dalam BN dan

beliau menjadi Pengerusi BN semula.

Krisis Perlembagaan 1988

Peristiwa ini merupakan satu siri peristiwa yang dicetuskan UMNO pada tahun 1987

yang berakhir dengan penggantungan perkhidmatan dan kemudiannya penyingkiran Ketua

Hakim Negara, Tun Mohd. Salleh Abbas. Tindakan ini diambil berikutan sikap Tun Salleh

yang dianggap terlalu memihak kepada UMNO 11 sewaktu perbicaraan. Sewaktu berlaku

krisis 1987, Tun Salleh Abbas sudah pun memutuskan untuk melantik sembilan orang panel

hakim bagi mendengar rayuan UMNO 11. Arahan ini dikeluarkan pada 24 Mei 1988 tetapi

pada 27 Mei 1988, Tun Salleh berkata beliau telah digantung kerja bermula 26 Mei 1988.

Dengan itu, kes rayuan UMNO 11 tidak dibicarakan oleh mahkamah yang dijadualkan pada

13 Jun 1988. Pemecatan beliau oleh Tun Dr. Mahathir telah diperlihatkan sebagai satu

penyekatan terhadap kebebasan kehakiman yang dijamin oleh Perlembagaan. Sejak

peristiwa tersebut, badan kehakiman negara semakin kehilangan akauntabiliti dan integriti

sebagai sebuah badan bebas.

Akhirnya, setelah 21 tahun berlalu, perpecahan 1987 dan pengharaman Umno 1988

perlu sentiasa diingati kerana impaknya terlalu besar dan hampir meranapkan kepercayaan

rakyat terhadap parti UMNO. Biar pun sensitif dan pahit untuk ditelan, peristiwa tersebut

merupakan pengajaran yang sangat penting terutamanya kepada generasi muda hari ini.

Tengku Razaleigh yang hanya kalah sebanyak 43 undi kepada Tun Dr. Mahathir untuk

jawatan Presiden UMNO membawa pengikutnya daripada UMNO dan memberntuk Semangat

Page 24: Sejarah an Politik Malaysia Era Mahathir

24

46. Krisis ini berakhir dengan pengharaman UMNO dan kelahiran semula UMNO (Baru) di

bawah pimpinan Tun Dr. Mahathir.

Politik di Sabah

Pada 5 Oktober 1990, Parlimen dibubarkan dan pilihanraya umum perlu diadakan bagi

membolehkan rakyat memilih mandat baru untuk mentadbir negara. Para pemimpin PBS,

terutamanya Datuk Joseph Pairin Kitingan mengharapkan kedatangan Tun Dr. Mahathir ke

Sabah pada 13 Oktober akan memberi nafas baru terhadap hubungan PBS dan pucuk

pimpinan Barisan Nasional. Biarpun kedatangan Tun Dr. Mahathir pada waktu itu hanyalah

sebagai salah satu siri kempen pilihanraya umum yang di jalankan. Namun, apa yang

penting bagi rakyat Sabah pada waktu itu ialah bagi mendengar harapan-harapan baru

sekiranya Barisan Nasional kembali menerajui negara selepas pilihanraya.

Isu Lambang

Sebelum kedatangan Tun Dr. Mahathir, Datuk Pairin dan Tun Mustapha telah pun

mengadakan pertemuan dengan Tun Dr. Mahathir bagi membincangkan soal pembahagian

kerusi dan penggunaan lambang di dalam pilihanraya umum tersebut. Kata sepakat yang di

capai membolehkan PBS menggunakan lambang parti sendiri di empat kawasan Parlimen.

Manakala USNO pula bertanding di enam kawasan, berlambangkan “dacing” Barisan

Nasional. Soal penggunaan lambang ini telah menjadi isu hangat sebelum itu. Orang yang

mula-mula mencadangkan pengunaan lambang sendiri ini ialah Tun Datu Mustapha dalam

pilihanraya umum Parlimen yang dibuat pada pilihanraya umum negeri Julai 1990. PBS juga

turut mempersetujui cadangan Tun Datu Mustapha. Namun pada 7 Julai 1990, setelah

pilihanraya umum di ketahui pada pada malam tersebut, USNO telah menarik balik

cadanganya untuk menggunakan lambang sendiri dan akan menggunakan lambang Barisan

Nasional. Berdasarkan kedudukan undi yang di perolehi pada pilihanraya umum negeri iaitu

PBS menang 36 kerusi dan selebihnya 12 dimenangi oleh USNO. Justeru itu, USNO dapat

merasakan bahawa mereka akan kalah teruk sekiranya menggunakan lambang sendiri dalam

pilihanraya umum Parlimen.

Menurut analisa peratus undi yang diperolehi oleh USNO, mereka hanya menang di

tiga kawasan Palimen iaitu Semporna, Silam dan Limbawan. PBS mengatasi USNO dengan

Page 25: Sejarah an Politik Malaysia Era Mahathir

25

689 undi di Kinabatangan dan 108 undi di Papar. Sementara di Limbawan dikatakan kubu

Tun Mustapha, USNO hanya mengatasi PBS dengan 116 undi sahaja (Khusairie Talib 1991).

Analisis tersebut tidak memungkinkan USNO menggunakan lambang sendiri dalam

pilihanraya Parlimen tersebut. Namun PBS pula mahu menggunakan lambang parti sendiri

berdasarkan sokongan undi rakyat terhadap parti tersebut pada pilihanraya negeri lalu dan

berpendapat mereka akan terus mendapat sokongan rakyat sekiranya menggunakan

lambang sendiri. Ini juga adalah peluang terbaik bagi PBS untuk menyingkirkan DAP

daripada Sabah kerana masyarakat Cina di negeri ini lebih menyokong perjuangan PBS dan

PBS yakin dengan menggunakan lambang sendiri ini mereka akan dapat menawan empat

kawasan Parlimen milik DAP.

Konflik PBS dan USNO

Datuk Pairin ketika ditemui oleh pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu

sekembalinya dari Kuala lumpur pada 6 Oktober berkata, “PBS tidak akan membenarkan

ahli-ahlinya bertanding atas tiket bebas dan jika ingin berbuat demikian, mereka hendaklah

keluar daripada parti terlebih dahulu”. Tun Mustapha pula berkata “USNO akan memecat

ahli-ahli yang bertanding sebagai calon bebas di kawasan yang ditandingi oleh PBS” dan

menyeru “semua penyokong USNO mengundi USNO dan penyokong PBS mengundi PBS”

(Khuairie Talib, 1991).

Namun sebelum penamaan calon pada 11 Oktober, Tun Mustapha membuat

kenyataan akhbar dengan menuduh PBS akan meletakkan calon bebas di kawasan yang di

tandingi USNO. Sikap curiga Tun Mustapha itu telah menimbulkan rasa kurang senang

terhadap pemimpin PBS dan Timbalan presidennya, Datuk Bernard Gilok Dompok menuduh

USNOlah yang sebenarnya ingin meletakkan calon bebas di kawasan yang ditandingi oleh

PBS. Apabila penamaan calon diadakan, terdapat beberapa calon bebas di kawasan-kawasan

tertentu yang merupakan penyokong-penyokong kuat samada PBS ataupun USNO. Mereka

menyatakan bahawa mereka telahpun keluar dari parti masing-masing dan telahpun

menggugurkan keahlian mereka. Fenomena ini telah menimbulkan kebimbangan Kuala

Lumpur dan Tun Dr. Mahathir mengambil keputusan untuk datang ke Sabah bagi

menyelesaikan masalah itu.

Page 26: Sejarah an Politik Malaysia Era Mahathir

26

PBS keluar dari Barisan

PBS menyertai Barisan pada tahun 1986 dan pada pada malam 15 Oktober 1990, tiada

sesiapapun yang menjangkakan bahawa PBS akan membuat satu pengumuman yang akan

memberi kesan yang besar tehadap arena politik di Sabah dan arus politik pilihanraya umum

di seluruh negara. Lebih 4000 rakyat yang hadir di Dewan Masyarakat Kota Kinabalu pada

malam itu berpendapat bahawa perhimpunan tersebut hanyalah perhimpunan biasa dan

pemimpin PBS akan berkempen seperti biasa memandangkan tarikh pembuangan undi

hanya tinggal lima hari sahaja lagi (Tan Chee Khoon, 1986).

Tetapi apa yang menarik bagi mereka pada malam itu ialah semua pemimpin

tertinggi PBS termasuklah Ketua Menteri yang juga Pesiden PBS, Datuk Seri Joseph Pairin

Kitingan hadir di Majlis berkenaan. Akhbar tabloid tempatan, Borneo Mail hari itu

menyiarkan iklan PBS yang agak menarik, menyeru para penyokong parti itu dan rakyat di

sekitar kota hadir di dewan tersebut bagi mendengar “satu isu yang belum pernah

dibangkitkan sebelum ini”. Tidak ramai yang mengetahui bahawa pada hari itu juga, satu

mesyuarat tergempar Ahli-ahli Majlis Tertinggi PBS telah diadakan di “Sri Bersatu” iaitu

kediaman Datuk Pairin (Khusairie Talib, 1991).

PBS telah megambil satu tindakan yang agak berani dan mengalih sokongannya

kepada penentang kuat politik Tun Dr. Mahathir, Tengku Razaleigh Hamzah dan perikatan

pembangkangnya, Gagasan Rakyat. PBS memutuskan untuk menyokong Razaleigh kerana

Razaleigh lah berjanji akan menyemak semula “Dua Puluh Perkara” dan akan menghormati

hak-hak negeri apabila beliau berkuasa kelak. Tun Dr. Mahathir juga dilaporkan telah berkata

bahawa beliau tidak akan “memaafkan tikaman dari belakang” daripada penarikan diri secara

tiba-tiba oleh PBS (Ho Khai Leong dan James Chin, 2003).

Tindakan ini mempunyai pengaruh yang besar kepada kepimpinan PBS, tetapi di

dalam situasi yang menekan ketika Datuk Pairin menemui Tun Dr. Mahathir di Kota Kinabalu

lima hari sebelum pilihanraya umum yang lalu, pilihan yang ada bagi Datuk Pairin ketika itu

ialah dengan mengisytiharkan PBS keluar daripada Barisan Nasional. Walaupun tindakannya

itu tidak akan menjejaskan kedudukan PBS kerana parti PBS sudahpun berkuasa di negeri

Sabah dan beliau bersedia untuk menghadapi kemungkinan di pilihanraya Parlimen. Namun,

apa yang di lakukan oleh Datuk Pairin ini telah mendapat restu rakyat apabila keputusan

pilihanraya Parlimen menunjukkan kesemua 14 orang calon PBS telah mencapai kejayaan

yang besar.

Page 27: Sejarah an Politik Malaysia Era Mahathir

27

Sebab-sebab PBS keluar daripada Barisan Nasional

Terdapat empat sebab mengapa PBS mengambil keputusan untuk keluar daripada Barisan

Nasional setelah sekian lama menjadi ahli Barisan Nasional. Sebab yang pertama ialah sikap

dan tanggapan buruk seperti “anti semenanjung” atau “anti kerajaan pusat” adalah akibat

sebahagian besar tuntutan-tuntutan yang di kemukakan oleh kerajaan PBS kepada kerajaan

pusat, sehingga kini belum lagi dipenuhi. Contohnya, dalam ucapan alu-aluan Datuk Pairin

ketika menyambut kedatangan Tun Dr.Mahathir di Padang Perbandaran Kota Kinabalu

tempat perhimpunan diadakan, beliau dengan berani memohon Kerajaan Persekutuan

supaya dapat mempertimbangkan lima perkara yang telah lama dipohon iaitu menambah

royalti minyak, menubuhkan sebuah stesen radio dan televisyen sendiri,menubuhkan sebuah

universiti di Sabah, menambah peruntukkan pembangunan dan menjadikan Kudat sebagai

Zon Perdagangan Bebas.

Namun apabila tiba masa Tun Dr.Mahathir berucap, beliau tidak langsung

memberikan apa-apa jawapan, sebaliknya dengan nada seolah-olah ingin menjatuhan air

muka Datuk Pairin beliau berkata, “kita sekarang bukan memerintah (setelah Parlimen

dibubarkan). Permohonan-permohonan itu hanya boleh dipertimbangkan jika Barisan

Nasional kembali berkuasa”. Perkataan “akan dipertimbangkan” itu biasa Datuk Pairin

dengar tetapi tidak pernah mendapat jawapan yang positif. Malahan permohonan-

permohonan tersebut telah dikemukakan ketika Barisan Nasional masih berkuasa lagi. Maka

hampalah harapan rakyat Sabah, harapan Datuk Pairin dan harapan PBS (Khusairie Talib,

1991).

Sebab yang kedua ialah kepimpinan PBS menganggap bahawa sekalipun PBS dan

USNO dulunya menjadi komponen Barisan Nasional, namun kepimpinan Barisan Nasional

pusat lebih banyak memihak kepada kepentigan USNO. Contohnya, dalam pilihanraya umum

1986 lalu, USNO dibenarkan menggunakan gambar Tun Dr.Mahathir untuk kempen-kempen

pilihanraya mereka. Ketiga, kedudukan PBS di dalam Barisan Nasional lebih banyak

menguntungkan kerajaan pusat sendiri daripada faedahnya kepada negeri Sabah.

Contohnya, pembahagian hasil bumi dan laut Sabah yang diperolehi oleh kerajaan pusat,

lebih banyak daripada peruntukkan yang diberikan oleh kerajaan pusat kepada negeri Sabah

sendiri. Dan keempat, kepimpinan pusat lebih banyak mendengar hasutan dan fitnah

daripada parti-parti pembangkang bahawa kepimpinan PBS dikatakan menjalankan

pentadbiran secara tidak adil, rasuah dan menekan kepada keturunan islam (Zakry Abadi

,1991).

Page 28: Sejarah an Politik Malaysia Era Mahathir

28

Keempat-empat perkara ini menjadi sebab mengapa kepimpinan PBS bertindak keluar

daripada Barisan Nasional dan memberi sokongan kepada konsep Gagasan Rakyat. Sebagai

sebuah parti yang mendapat sokongan majoriti rakyat, sikap dan tindakan PBS itu

seharusnya diteliti dan dikaji oleh Barisan Nasional sendiri. Adalah perlu diperhatikan bahawa

kesediaan Sabah untuk merdeka di dalam Persekutuan Malaysia, melalui beberapa

persetujuan pokok yang perlu dipatuhi. Sebagai contoh misalnya, dalam Suruhanjaya Lord

Cobbold dulu, terdapat satu kenyataan yang menyebut bahawa rakyat Borneo (termasuk

Sarawak dan Sabah) diberi kebebasan untuk menyuarakan pendapat dalam perkara-perkara

yang mereka rasakan perlu bagi kepentingan negeri-negeri yang berkenaan selepas Malaysia

dibentuk. Berasaskan laporan inilah barangkali pihak kepimpinan PBS di Sabah menyuarakan

apa yang mereka rasakan perlu, tetapi malangnya oleh kerana kita tidak bersedia untuk

mendengar dan mempertimbangkanya, maka konflik dan pergeseran itu mudah terjadi.

Jika sesuatu langkah atau pendekatan baru tidak di laksanakan bagi

menyelesaikannya, ada kemungkinan konflik yang terjadi ini akan menjadi busung dan kudis

yang parah di dalam struktur perpaduan di Malaysia, sama seperti yang pernah berlaku

sebelum Singapura di keluarkan daripada Malaysia dahulu. Peristiwa ini juga telah berlaku di

India menyebabkan lahirnya Negara Bangladesh yang baru. Gejala ini perlulah diberi

perhatian serius oleh pemimpin-pemimpin kita sebelum nasi menjadi bubur. Menurut Zakry

Abadi, (1991) dalam bukunya ynag bertajuk “UMNO menempah maut?” menyatakan bahawa

pemisahan Singapura di dalam Malaysia sesungguhnya menyedihkan kita bilamana segumpal

tanah milik warisan Melayu inti itu telahpun terlepas ke tangan orang lain dan ia telah

menjadi milik imigran yang lain. Tentulah peristiwa yang menyedihkan ini tidak patut

berulang lagi bagi negeri Sabah. Kita lebih bersetuju Brunei tidak menyertai Malaysia kerana

ia masih terus menjadi milik Melayu inti. Tetapi kita tentulah tidak bersetuju jikalau Sabah

menjadi Singapura atau Brunei semata-mata kerana kita gagal menghayati sejarah dan

politik pemerintahan.

UMNO ke Sabah?

Ura-ura UMNO ke Sabah bukanlah satu isu baru. Ia pernah muncul pada awal 970an, apabila

ada pihak di Kuala Lumpur berasa kurang senang dengan stail pentadbiran Kerajaan

Perikatan (USNO-SCA) yang diterajui oleh Tun Datu Mustapha selaku Ketua Menteri ketika

itu. Di zaman Tun Razak, isu ini pernah menjadi topik hangat politik Malaysia. Namun,

Page 29: Sejarah an Politik Malaysia Era Mahathir

29

apabila BERJAYA mengambil alih pentadiran negeri pada 1976, soal kemasukan UMNO ke

Sabah menjadi beku. Stail kerajaan BERJAYA pimpinan Datuk Haris Mohd Salleh yang

sentiasa akur dan mengikut telunjuk Kuala Lumpur telah mengendurkan hasrat UMNO untuk

bertapak ke Sabah. Namun, isu ini kembali hangat dan menjadi tumpuan pemerhati politik

apabila PBS berkuasa antara tahun 1986 hingga awal 1987. Khusairie Talib (1991) dalam

bukunya yang bertajuk ”PBS Keluar Membela Maruah” turut menyatakan bahawa beberapa

ahli politik juga berlumba-lumba untuk melobi untuk menjadi ”kuda tunggangan nombor satu

UMNO” di Sabah.

Pada peringkat awal terdapat dua puak yang benar-benar mahu merealisasikan

kemasukan UMNO ke Sabah. Puak pertama dipimpin oleh Datuk Haris Salleh dan puak kedua

oleh Datuk Haji Mohd Dun Banir. Masing-masing mempunyai pengikut-pengikut yang

tersendiri yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin politik Bumiputra Islam yang telah

kecewa. Datu Haris banyak menggunakan Setiausaha Yayasan Islam Sabah (YAIS), Yahya

Ahmad Shah adalah sebagai ”budak perantaraan” nya. Dua kumpulan inilah yang banyak

melancarkan serangan ke Kuala Lumpur khususnya ke arah pemimpin UMNO, dengan

melepaskan ”peluru-peluru palsu” yang mendakwa kononnya Kerajaan PBS ”sedang

menindas umat islam di Sabah”. Apabila Kuala Lumpur tidak membuat sebarang reaksi,

Datuk Haris terpaksa mencari helah lain untuk membawa UMNO ke Sabah dengan mengapi-

apikan Tun Mustapha supaya membubarkan USNO bagi memberi laluan kepada UMNO untuk

ke Sabah.

Tindakan PBS keluar daripada Barisan Nasional pada 15 Oktober 1990 telah

menghangatkan semula nafsu UMNO hendak bertapak di Sabah. Sehari selepas tindakan

PBS itu, Tun Dr. Mahathir mengumumkan bahawa UMNO akan ditubuhkan di Sabah

sebagaimana yang di capai di dalam mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi UMNO di Kuala

Lumpur pada 16 Oktober. Ghafar Baba telah di arahkan untuk datang ke Sabah bagi mencari

peluang-peluang baru UMNO di Negeri Di Bawah Bayu dan berbincang dengan pemimpin

kanan USNO mengenai perkara itu. Ghafar Baba datang ke Sabah pada 17 Oktober dengan

dua misi. Misi pertama untuk membangkitkan semangat perkauman orang-orang Bumiputra

Islam di Sabah, sama seperti yang dilakukan oleh UMNO terhadap orang-orang Melayu di

Semenanjung. Misi kedua, mengikut arahan bosnya untuk mencari jalan bagi mengibarkan

bendera UMNO di bumi Sabah, dan menurunkan ”bendera keramat” USNO.

Kini, UMNO menjadi rebutan antara beberapa tokoh. Namun perebutan lebih sengit

antara Tun Mustapha dan Datuk Harris. Di samping itu, Datuk Haji Dun Banir juga turut

Page 30: Sejarah an Politik Malaysia Era Mahathir

30

bernafsu setelah meninggalkan PBS. Seperti yang dinyatakan sebelum ini Datuk Harris

menggunakan pelbagai strategi bagi menyakinkan Kuala Lumpur bahawa beliau layak

diterima sebagai tokoh utama kemasukan UMNO ke Sabah. Melalui kuasa media massa yang

di kuasainya beliau terus mengarahkan agar kemasukan UMNO ke Sabah terus di hangatkan

sehingga muncul kolumnis-kolumnis di dalam Sabah Times yang menggunakan nama

samaran seperti Ismet Ulamraja, Seniman, Tongkat Ali dan lain-lain bagi membawa UMNO

masuk ke Sabah. Dalam masa yang sama juga cuba mengagung-agungkan kepimpinan

Datuk Harris dan bermuka-muka pula dengan Tun Mustapha.

Pada tahun 1986 Datuk Harris menggunakan Haji Karim Ghani untuk menghancurkan

USNO dari dalam, maka kali ini beliau memasang Haji Malik Chua pula untuk memainkan

peranan yang sama. Kini, Haji Malik Chua terpaksa “menjilat ludah” nya setelah beliau

pernah menuduh USNO mengamalkan “politik anjing”. Menyedari hakikat ini Tun Mustapha

mengambil langkah menyekat sebarang peranan Datuk Harris dan lain-lain pemimpin di luar

USNO bagi membantu UMNO masuk ke Sabah.

Kenyataan Ghafar Baba bahawa “semua masyarakat Bumiputra di Sabah tanpa

mengira agama boleh menyertai UMNO” juga dilihat sebagai tidak ikhlas malah mungkin

menimbulkan kemarahan ahli-ahli UMNO sendiri. Adakah UMNO sedia memusnahkan konsep

Islam di dalamnya hanya kerana ingin menjaga hati ahli-ahlinya yang bukan Islam?. Mungkin

di dalam hati Ghafar Baba berkata “jika ada perhimpunan agung, aku akan suruh Ketua-

ketua Bahagian UMNO di Sabah jangan bawa orang bukan Islam sebagai perwakilan atau

pemerhati”. Jadi dimanakah demokrasi di dalam UMNO? Datuk Pairin ketika berucap di

perasmian Perhimpunan Agung Kelima Pergerakan Pemuda dan Wanita PBS pada 2

November berkata rakyat Sabah perlu menetapkan sendiri siapa yang sepatutnya menjadi

pemimpin mereka. Sebarang perebutan kuasa juga hendaklah di kalangan parti-parti politik

asli di Sabah dan UMNO juga tidak menghormati USNO.

Pilihanraya 1994 di Sabah

Datuk Pairin telah membubarkan parlimen pada awal Februari 1994 lebih awal dari tempoh

sepatutnya iaitu tahun 1995. Ini disebabkan oleh kebimbangan beliau atas perkembangan

sayap UMNO di Sabah. Dalam pilihanraya 1994, PBS mendapat tentangan hebat daripada

BN yang diketuai oleh UMNO. Keputusan pilihanraya 1994 menunjukkan PBS yang

bertanding atas dasar semangat nasionalisme Kadazandusun dan agama serta diselubungi

sentimen anti-persekutuan memenangi pilihanraya. Keputusan yang diperolehi menunjukkan

Page 31: Sejarah an Politik Malaysia Era Mahathir

31

PBS mendapat 25 kerusi, BN 23 kerusi iaitu UMNO=18, SAPP=3, LDP=1, AKAR=1. (James

Chin, 1994).

Namun, kerajaan PBS hanya bertahan selama dua minggu sahaja kerana enam wakil

rakyatnya bertindak keluar parti dan menyertai BN. Pada 11 Mac enam pemimpin PBS

meninggalkan parti. Mereka ialah Naib Presiden Datuk Clarence Bongkos Malkun, Senator

Laimun Laiking, Ahli Majlis Tetinggi James Andrew Vitales, bekas Menteri Kebudayaan Belia

dan Sukan, Datuk Conrad Mojuntin dan pemimpin Pergerakan Pemuda PBS Federick

Labunda dan Mohd Inal Fatah. Pengeluaran wakil PBS ini diketuai oleh adik Datuk Pairin,

iaitu Dr. Jeffry Kitingan yang telah mengenakan tuduhan rasuah dan penyalahgunaan kuasa

kepada Datuk Pairin, menyebabkan Pairin ditahan dua tahun. Pairin dibebaskan dengan ikat

jamin RM 1800. Ini merupakan pakatan antara Perdana Menteri (Tun Dr. Mahathir) dan Dr.

Jeffry untuk meredakan situasi politik yang tegang antara PBS-BN. Pada 17 Mac 1994, Datuk

Pairin Kitingan telah melepaskan jawatan Ketua Menteri pada jam 1.50 petang, sementara

Sakaran mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah ketujuh pada jam 4.30 petang di

hadapan Yang Dipertua Negeri Sabah.

Kegagalan meraih sokongan rakyat membawa BN kepada taktik mendapatkan ahli

wakil-wakil yang dipilih. BN menggalakkan langkah-langkah kewangan dan paksaan untuk

menggalakkan pembelotan terhadap PBS. BN menggalakkan pembelotan terhadap PBS

dengan menawarkan RM 3 juta dan jawatan-jawatan kementerian kepada pembelot

pertama. Di sinilah menyaksikan berlakunya aktiviti lompat parti. Namun, menurut Jeffrey

Kitingan, aktiviti lompat parti ini adalah atas tujuan seramai enam orang orang kuat PBS

telah meninggalkan PBS dan menyertai BN. Ini membolehkan kerajaan campuran UMNO

mengambil alih pemerintahan Sabah dari PBS (James Chin dan Ho Khai Leong, 2003).

Selain itu sebelum pilihanraya 1994, Kuala Lumpur menggerakkan semua sumber

secara besar-besaran untuk memastikan kemenangan BN. Parti baru didaftarkan dalam

masa yang singkat (SAPP). Selain itu, Kuala Lumpur memberikan peruntukan kewangan

kepada parti-parti lain seperti Liberal Democratic Party (LDP) dan Angkatan Keadilan Rakyat

Bersatu (AKAR) untuk melawan PBS walaupun mereka mendapat sokongan pengundi yang

sedikit atau tiada lansung pengundi. BN juga melakukan pembelian undi secara meluas

berserta janji-janji pemberian berupa barangan. Peristiwa paling terkenal ialah melibatkan

wang tunai yang dilepaskan dari helikopter kepada pengundi di bawah (FEER, 3 Mac 994).

Janji penggiliran Ketua Menteri telah berjaya mengalihkan beberapa pengundi Cina. Kerajaan

Persekutuan mengawal dana untuk pembangunan dan menggunakan kuasa ini, yang

Page 32: Sejarah an Politik Malaysia Era Mahathir

32

disokong oleh organisasi dan kawalan yang kuat ke atas kebanyakan media untuk

memperoleh undi bagi BN dalam pilihanraya tempatan.

Dalam tempoh sebulan, Pairin kehilangan majoritinya dan pada 17 Mac 1994, Datuk

Pairin Kitingan telah melepaskan jawatan Ketua Menteri dan digantikan dengan kepimpinan

BN. Dengan majoriti yang diperolehi, kerajaan campuran di bawah UMNO Sabah diwujudkan.

Namun, semangat nasionalisme Kadazandusun Murut masih wujud ketika itu ekoran

perasaan tidak puas hati dengan tema perjuangan “Koguli Tokou Wagu” (Kita Akan Kembali

Berkuasa). Keadaan ini telah membawa kewujudan PDS yang bertemakan “Misompuru

Tokou Wagu” (Mari Kita Bersatu Kembali) bagi menyatukan semula bangsa Kadazandusun

Murut. Bagaimanapun, usaha tersebut gagal dan PDS dibubarkan dan digantikan dengan

UPKO.

Dengan Sabah kembali teguh di bawah kuasa BN, hubungan persekutuan-negeri

nyata bertambah baik dan dana persekutuan mengalir masuk ke dalam negeri. Universiti

baru dibina dan beberapa projek infrastruktur utama dilancarkan. BN Sabah mengukuhkan

pemerintahannya lima tahun kemudian apabila memenangi 31 daripada 48 kerusi pilihanraya

negeri pada bulan Mac 1999 (Chin U.H, 1999). Sesungguhnya PBS memenangi 17 kerusi

yang lain, enam daripada yang dipilih membelot dan masuk BN setahun kemudian dalam

bulan April 2000. Pembelotan ini diketuai oleh Jefrrey Kitingan yang mendakwa bahawa

beliau membelot demi kepentingan hubungan persekutuan-negeri yang lebih baik (Daily

Express, April 2000).

POLITIK DI SARAWAK

Sepanjang tahun 1963 hingga 1990, Awang Raduan (1994) telah membahagikan

perkembangan persaingan parti politik di Sarawak kepada tujuh tahap yang memperlihatkan

pola gabungan dan pakatan antara parti-parti politik dalam menghadapi persaingan antara

satu sama lain. Bagi tahap pertama (1963), pembentukan kerajaan adalah antara SCA,

Pesaka, Barjasa dan SNAP dengan SUPP serta Panas menjadi pembangkang ketika itu. Pada

1966 pula (tahap kedua), kerajaan dikuasai oleh SCA dan Bumiputera. SNAP keluar daripada

gabungan dan menjadi pembangkang bersama-sama SUPP. Pada 1970, berlaku perubahan

yang dinamakan sebagai tahap ketiga apabila kerajaan campuran pertama dibentuk oleh

SUPP, Bumiputera, Pesaka dan SCA. Ini meninggalkan SNAP menjadi pembangkang tunggal

pada pilihan raya tersebut. Tahap keempat (1974) menyaksikan gabungan ditukar nama

Page 33: Sejarah an Politik Malaysia Era Mahathir

33

kepada BN Sarawak dengan keanggotaan SUPP, SNAP, PBB yang dianggotai oleh

Bumiputera dan Pesaka. Ketika itu, tiada parti pembangkang di Sarawak. Pada tahap

kelima (1979), kerajaan BN Sarawak (PBB, SNAP dan SUPP) dicabar oleh parti pembangkang

baru iaitu Parti Anak Jati Sarawak, (Pajar), Sarawak People’s Organization, (Sapo) dan

Democratic Action Party, (DAP). Pada 1983 pula (tahap keenam), nama kerajaan Sarawak

dikenali sebagai BN Plus dengan kemasukan PBDS yang menyertai SUPP, SNAP dan PBB.

United Sarawak Natives Association, (USNA) dan DAP menjadi pembangkang utama ketika

itu. Pada pilihan raya 1987, PBDS keluar daripada kerajaan dan kerajaan kembali kepada

nama lama itu BN Sarawak dengan pakatan antara SNAP, PBB dan SUPP yang ditentang oleh

PBDS, DAP dan Permas.

Apabila Tun Dr. Mahathir mengambil alih jawatan dalam tahun 1981, politik

kepimpinan Sarawak juga berubah. Taib Mahmud menjadi Ketua Menteri Sarawak, mengisi

jawatan bapa saudaranya yang pendulunya, Tun Rahman Yakub. Sebelum perlantikannya,

Taib berkhidmat dalam kabinet persekutuan, dan dengan demikian, beliau dan Tun Dr.

Mahathir adalah rakan sekerja dalam kabinet Tun hussien Onn. Beberapa hari kemudian,

Rahman Yakub mengangkat sumpah untuk menjawat jawatan istiadat Yang di-Pertua

Negeri.

Berlaku ketidakpuasaan hati Taib Mahmud, apabila Tun Rahman Yakub masih

mencampuri urusan dalam hal-ehwal negeri yang dipegangnya pada ketika itu. Pada

dasarnya Rahman Yakub cuba untuk meneruskan pemerintahannya sebagai pemegang

jawatan Yang di-Pertua. Konflik antara kedua-dua mereka banyak berkisar kepada isu

konsesi balak. Konsesi balak dikeluarkan mengikut budi bicara mutlak Ketua Menteri. Untuk

membendung pengaruh Rahman, Taib enggan memperbaharui banyak daripada konsesi

balak yang dikeluarkan kepada sekutu Rahman.

Rahman Yakub dan penyokongnya menubuhkan sebuah parti politik yang dinamai

Pertubuhan Bumiputera Bersatu Sarawak (PBBS) untuk mencabar PBB yang disusun semula

dibawah Taib. Pada Mac 1987 Rahman Yakub mencuba sekali lagi untuk menjatuhkan Taib

apabila Rahman berjaya mendapatkan 27 daripada 48 orang ahli dewan undangan negeri

untuk ke Kuala Lumpur dimana telah didedahkan bahawa perancangan sedang dibuat untuk

menjatuhkan Taib. Kali ini Rahman menubuhkan perikatan dengan Parti Bangsa Dayak

Sarawak (PBDS). PBDS adalah ahli BN yang sedang memerintah di Sarawak tetapi

Page 34: Sejarah an Politik Malaysia Era Mahathir

34

merasakan mereka dipinggirkan oleh Taib. Dengan harapan untuk mendapatkan urus janji

yang lebih baik, mereka mengambil keputusan untuk mengalihkan sokongan kepada

Rahman. Mereka menggelarkan diri mereka sebagai Kumpulan Maju, ahli dewan undangan

tersebut menandatangani suatu pernyataan yang bermaksud mereka telah hilang

kepercayaan kepada Taib dan bahawa dengan 27 penanda tangan merupakan lebih daripada

setengah bilangan ahli DUN, maka Taib patut meletakkan jawatan (Ho Khai Leong & James

Chin, 2003).

Rahman menggunakan kaitan rapatnya dengan Timbalan Perdana Menteri, Ghafar

Baba, beliau cuba mendapatkan sokongan daripada Tun Dr. Mahathir. Malangnya, waktu itu

adalah keadaan yang tidak sesuai. Mahathir sedang berada dalam tentangan politik serius

dengan Tengku Razaleigh yang telah mencabar jawatan presidennya dalam UMNO. Dengan

sedemikian, Tun Dr. Mahathir mengambil langkah mudah iaitu pilihanraya negeri kilat untuk

mengetahui siapa yang mendapat sokongan. Secara kebetulan ini juga merupakan pilihan

Taib Mahmud. Taib mahu pilihan raya untuk mendapatkan kuasa bagi kumpulannya, dan

lebih penting lagi untuk menghalang undi tidak percaya di Dewan Undangan Negeri yang

boleh menghasilkan calon Rahman memperoleh kuasa serta merta.

Manakala, Ghafar Baba lebih cenderung menyokong kepada Rahman. Tun Dr.

Mahathir pula memberi sokongan kepada Taib. Dengan menggunakan kuasanya sebagai

pegerusi BN, Tun Dr. Mahathir memberi kebenaran kepada Taib untuk menggunakan logo

dacing BN dalam pilihan raya itu. PBDS yang masih menjadi ahli BN persekutuan tetapi

beradu menentang Taib pada peringkat negeri mahukan setiap pati BN bertanding di bawah

lambang parti masing-masing. Lambang BN adalah lambang parti politik yang kuat di

kawasan luar bandar kerana ramai daripada pengundi yang lebih tua dan buta huruf sacara

automatik mengundi lambang itu kerana itu adalah ‘kerajaan’ (Abdul Rahman Hj. Ismail,

2005).

Keputusan pilihanraya tersebut rapat sekali apabila BN Sarawak di bawah Taib

mendapat 28 kerusi manakala Kumpulan Maju mendapat 20 kerusi. Rahman sendiri kalah

teruk, menyebabkan perpecahan perikatan pembangkang. Tambahan pula, menjelang

pilihan raya negeri yang berikutnya pada 1991, pembangkang begitu lemah sekali hinggakan

mereka hanya berjaya menawan tujuh kerusi sahaja.

Page 35: Sejarah an Politik Malaysia Era Mahathir

35

Isu bagaikan duri yang dihadapi oleh hubungan persekutuan-negeri ada kaitannya

dengan dengan kemasukan UMNO ke Sarawak. Sejak penubuhannya, UMNO telah melihat

dirinya sebagai pelindung bangsa Melayu dan Islam. UMNO juga melihat dirinya sebagai

organisasi politik seluruh negara dan Sarawak satu-satunya negeri yang belum ditembusinya.

Rintangan psikologi kepada kemasukan UMNO ke Malaysia Timur runtuh dalam tahun 1991

apabila UMNO masuk ke Sabah.

Kemasukan UMNO merupakan isu peka kerana elit politik Islam di Sarawak bukan

daripada etnik Melayu, tetapi mereka etnik Melanau, iaitu satu kumpulan etnik yang kecil

dan terdiri kurang daripada lima peratus penduduk Sarawak. Taib dan Rahman juga adalah

etnik Melanau. Kedua-dua orang Ketua Menteri yang pertama, Stephen Kalong Ningkan dan

Tawi Sli adalah Iban-Dayak. Oleh itu, penduduk Melayu di Sarawak berasa terpinggir, tiada

siapa antara mereka yang pernah menjadi Ketua Menteri. Mereka merasakan satu-satunya

cara mereka dapat menyandang jawatan Ketua Menteri adalah melalui UMNO.

Sejak tahun 1995, terdapat usaha gigih oleh pemimpin politik Melayu di luar PBB

(dan beberapa orang di dalam PBB) untuk membawa masuk UMNO ke negeri tersebut.

Pemimpin-pemimpin itu datang terutamanya daripada Persekutuan Kebangsaan Melayu

Sarawak dan bekas pemimpin Melayu dari Permas yang kini sudah terkubur. Ironinya

Rahman Yakub seorang Melanau, juga berkempen secara aktif untuk membawa UMNO ke

Sarawak. Tindakan baik Rahman dijelaskan berpunca daripada pengetahuannya bahawa jika

UMNO datang ke Sarawak, PBB berkemungkinan besar dibubarkan dan Taib akan hilang

kuasa.

Ramai bumiputera Sarawak telah menyertai UMNO sungguhpun mereka

dikategorikan sebagai ahli cawangan UMNO d luar Sarawak. Untuk menghalang kontroversi

selanjutnya, PBB dan UMNO menandatangani beberapa memorandum Kesefahaman tentang

UMNO tidak akan menerima orang Sarawak dan tidak akan menubuhkan cawangan-

cawangan di negeri tersebut.

Betapa seriusnya Taib melihat UMNO sebagai cabaran langsung kepada hegemoni

politik Melanau dapat disaksikan dalam kes ‘Dua Abang’. ‘Abang’ pertama merujuk kepada

Abang Johari Tun Abang Haji Openg, Menteri Melayu paling kanan dalam kabinet Taib.

Abang Jo (gelaran popular) umumnya dlihat oleh penduduk Melayu sebagai calon mereka

Page 36: Sejarah an Politik Malaysia Era Mahathir

36

apabila Taib turun. Beliau dikataan rapat dengan Anwar Ibrahim dan dijangka menjadi Ketua

Menteri sebaik-baik sahaja Anwar mengambil alih kuasa Tun Dr.Mahathir. Apabila Anwar

dipecat oleh Tun Dr. Mahathir, nasib politik Abang Jo mula berubah. Abang Jo juga

menjengkelkan Taib apabila beliau menawarkan dirinya sebagai calon untuk timbalan

presiden PBB dalam pemilihan parti secara dalaman pada tahun 1998 meskipun wujud

sokongan daripada Taib bagi calon lain, iaitu Adenan Satem. Abang Jo mendapat 373 undi

menetang Adenan yang memperolehi 268 undi, walaupun berlaku lobi melobi secara terbuka

oleh Taib untuk Adenan (Sarawak Tribune, 30 Ogos 1998).

‘Abang’ kedua yang dimaksudkan ialah Abang Abu Bakar Mustapha, seorang lagi

menteri Melayu Sarawak, yang berkhidmat dalam kabinet persekutuan. Taib mendapat

maklumat bahawa Abu Bakar terlibat dalam membawa gerakan membawa UMNO masuk ke

Sarawak. Lalu dengan serta merta merancang dengan teliti untuk menyingkirkannya

daripada PBB. Petamanya beliau memastikan Abu Bakar hilang jawatannya sebagai timbalan

presiden PBB. Setahun kemudian Taib menggugurkannya sebagai calon PBB-BN dalam

pilihan raya parlimen 1999. Dengan yang demikian, menamatkan kerjaya politik Abu Bakar.

Sungguhpun Abu Bakar mengadu kepada Tun Dr. Mahathir bahawa Taib mendiskriminasikan

orang melayu di Sarawak, Tun Dr.Mahathir tidak mengambil apa-apa tindakan.

Alasan keengganan Mahathir untuk secara terang membawa UMNO ke Sarawak

nampaknya adalah pakatan politik sulit yang dibuatnya bersama Taib. Pakatan tersebut

hanya didedahkan oleh Taib pada awal 1997 (Sarawak Tribune, 15 Februari 1997) apabila

penyokong UMNO mula mengagihkan borang keahlian UMNO secara terbuka di masjid-

masjid dan surau di kawasan Kuching. Bendera UMNO juga berkibar secara terbuka di Petra

Jaya, sebuah kawasan perumahan Melayu. Ramai orang telah mula percaya bahawa UMNO

berniat menubuhkan cawangannya. Walaupun butir-butir pakatan tidak didedahkan kepada

orang awam, unsur yang paling penting ialah UMNO tidak akan masuk ke Sarawak selagi

Taib dan Mahathir berkuasa.

Malah tanpa pakatan sulit itu pun, boleh dihujahkan bahawa Mahathir tiada intensif

sebenar untuk campur tangan secara politik di Sarawak. Tidak seperti di Sabah,

pembangkang tidak pernah merangkul kuasa di sarawak semasa Tun Dr. Mahathir menjadi

Perdana Menteri. Pemain-pemain utama yang lain dalam politik di Sarawak iaitu orang Cina

dan Dayak yang turut membantah kemasukan UMNO, walaupun atas alasan yang berbeza.

Page 37: Sejarah an Politik Malaysia Era Mahathir

37

Mereka bimbang UMNO mungkin mengeksport politik jenis Islam-Melayu mereka ke negeri

yang kebanyakan penduduknya bukan Islam dan di mana kaum etnik Cina sepertiga

daripada keseluruhan jumlah penduduk. Golongan perniagaan Cina, yang menguasai lebuh

daripada setengah ekonomi negeri, bimbang kemasukan UMNO akan berserti desakan yang

lebih kuat untuk perniagaan Melayu lantas menjejaskan perniagaan mereka. Orang Dayak

pula bimbang kemasukan UMNO akan bererti tamatnya impian mereka untuk meletakkan

kembali pemimpin Iban/Dayak sebagai Ketua Menteri.

Tambahan pula, Taib dan parti-parti BN Sarawak begitu taat setia kepada Tun Dr.

Mahathir. Parti kedua terbesar Sarawak iaitu Parti Rakyat Bersatu Sarawak (PRBS) yang

diasaskan oleh orang Cina dipimpin pada sebahagian besar 1980-an dan separuh masa

pertama 1990-an oleh Wong Soon Kai adalah bekas rakan Tun Dr. Mahathir di Singapura.

Secara tetap BN Sarawak memberi lebih 22 kerusi kepada perikatan BN persekutuan semasa

pemerintahan Tun Dr. Mahathir. Ini merupakan lebih daripada 10 peratus kerusi d Parlimen.

Page 38: Sejarah an Politik Malaysia Era Mahathir

38

Penilaian Keseluruhan Perkembangan Politik di Semenanjung, Sabah dan

Sarawak

Semenanjung Tanah Melayu

Tahun 1963 mencatatkan sejarah tersendiri apabila negara Persekutuan Malaysia terbentuk.

Malaysia yang pada mulanya terdiri daripada gabungan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan

Singapura telah melalui suatu dimensi sejarah yang sangat menarik. Sebaik sahaja Tanah

Melayu mencapai kemerdekaan daripada kerjaan British pada 31 Ogos 1957, pelbagai

peristiwa dan perkembangan politik yang dirasai oleh penduduk Tanah Melayu yang

menonjolkan kepimpinan rakyat tempatan seperti Dato’ Onn bin Jaafar, Tunku Abdul

Rahman, Tan Cheng Lock, Dr. Burhanuddin Helmy, E.E Thurasingam, dan tokoh-tokoh yang

seangkatan dengan mereka. Kebijaksanaan mereka mengurus tadbir perjalanan politik

negara melalui parti politik masing-masing membuktikan Tanah Melayu mampu mentadbir

oleh penduduk tempatan tanpa campur tangan British.

Parti UMNO yang ditubuhkan sebelum merdeka telah menjadi teras perjuangan orang

Melayu, manakala kaum Tionghua dan Tamil masing-masing bernaung di bawah MCA dan

MIC. Ketiga-tiga parti ini bersatu membawa suara rakyat melalui gabungan Parti PERIKATAN

(kini Barisan Nasional/BN). Seiring dengan perkembangan demokrasi yang menjadi prinsip

negara, kewujudan parti-parti pembangkang turut mencorakkan politik di Tanah Melayu.

Antaranya seperti Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Parti Tindakan Demokratik (DAP), Gerakan

(kemudian menyertai BN), Semangat 46 (dibubarkan tahun 1996), Hamim (parti serpihan

PAS), Parti Rakyat Malaysia (PRM), Parti Sosialis Malaysia, dan terkini Parti Keadilan Rakyat

(PKR) yang menggabungkan Parti Keadilan Nasional dan PRM. Gabungan pembangkang ini

berubah-ubah mengikut suasana yang kondusif misalnya pada tahun PRU8 1990, mereka

dikenali sebagai Angkatan Perpaduan Ummah, PRU10 1999 dikenali sebagai Barisan

Alternatif, manakala pada pada PRU12 2008 mereka dikenali sebagai Pakatan Rakyat.

Penguasaan menyeluruh BN berterusan hingga tahun 1990 apabila akibat

perpecahan dalaman UMNO pada tahun 1987, PAS bersama-sama parti serpihan UMNO,

Parti Melayu Semangat 46 yang bergabung melalui Angkatan Perpaduan Ummah berjaya

menguasai semula Kelantan. Percubaan BN untuk merampas semula Kelantan dalam PRU9

1995 gagal. Dalam PRU10 1999, PAS dan Parti Keadilan Nasional yang ditubuhkan oleh para

penyokong mantan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bergabung

Page 39: Sejarah an Politik Malaysia Era Mahathir

39

membentuk Barisan Alternatif (BA) berjaya mengekalkan Kelantan, menguasai Terengganu,

dan menambah kerusi di beberapa buah negeri Semenanjung. Namun demikian, di peringkat

Kerajaan Pusat BN masih berjaya menguasai dua per tiga jumlah kerusi Parlimen.

Kemerosotan sokongan UMNO/BN di Semenanjung seakan-akan ditampung oleh

perkembangan dan kejayaan UMNO di Sabah dan pengaruh besar BN di Sarawak.

Sejak tahun 1957, Parlimen Tanah Melayu dan kemudiannya Malaysia dikuasai Parti

Perikatan (BN bermula 1974). Parti Perikatan pada mulanya adalah gabungan tiga parti yang

mewakili tiga kaum terbesar iaitu Melayu, Cina, dan India di Semenanjung Malaysia,

manakala BN pula adalah gabungan lebih banyak parti (14 buah menjelang PRU12 2008)

yang mewakili pelbagai kelompok masyarakat di seluruh Malaysia. Hingga ke hari ini,

percubaan parti atau kumpulan parti-parti lain untuk menewaskan BN dalam PRU masih

belum berjaya sekalipun pembangkang pernah menafikan kuasa dua per tiga BN pada 1969

dan 2008. Di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) pula, PAS pernah menewaskan BN di

Kelantan pada 1959-1961, sebelum BN berjaya menawan 1974-1990 dan pada tahun 1990

hingga ke hari ini, Kelantan dikuasai semula oleh PAS. Manakala pada bulan November 1999

hingga Mac 2004, Terengganu ditadbir kemas oleh PAS sebelum jatuh ke tangan BN pada

2004 hingga ke hari ini. Gabungan parti-parti pembangkang yang terdiri daripada PAS, PKR,

dan DAP membentuk Pakatan Rakyat pada PRU12 2008 telah berjaya menafikan majoriti dua

per tiga BN di Dewan Rakyat di samping membentuk kerajaan campuran di Selangor, Pulau

Pinang, Perak, manakala Kedah dan Kelantan ditadbir urus oleh PAS. Perkembangan terkini

memperlihatkan UMNO menubuhkan Kerajaan Perak ‘haram’ melalui rampasan kuasa pada

awal bulan Mac 2009.

Bertitik-tolak daripada manifestasi yang didiskusikan ini, jelas membuktikan bahawa

senario politik di Semenanjung Malaysia lebih berorientasikan perkauman. Hal ini terbukti

melalui kewujudan parti-parti politik yang mewakili kaum masing-masing seperti orang

Melayu diwakili UMNO dan PAS, kaum Cina diwakili MCA dan Gerakan, manakala masyarakat

Tamil diwakili oleh MIC dan PPP. Pada masa yang sama tidak dapat dinafikan kewujudan

beberapa parti yang mewakili citra warna rakyat Malaysia seperti PKR, DAP dan sebagainya.

Kelahiran parti-parti baru banyak diasaskan oleh perbezaan dan ideologi perjuangan yang

menuntut perubahan radikal. Kini Malaysia yang sedang melalui zaman penyesuaian dan

penstrukturan semula mula mengorak langkah di persada politik serantau dan global.

Kesepakatan para pemimpin kita menyelesaikan masalah melalui meja rundingan telah

Page 40: Sejarah an Politik Malaysia Era Mahathir

40

menjadi platform terbaik bagi memastikan Malaysia terus aman dan makmur di bawah

pentadbiran sedia ada. Sekalipun dewasa ini, selepas tsunami politik 8 Mac 2008 yang lalu

menyaksikan berlaku sedikit ketegangan politik, namun atas dasar semangat bangsa

Malaysia, sebarang pertelingkahan dapat ditangani. Semoga rakyat Malaysia amnya, dan

para pemimpin politik khususnya akan semakin matang berpolitik bagi mewujudkan negara

berkebajikan yang diaspirasikan untuk seluruh rakyat Malaysia. Semoga impian ini menjadi

realiti.

Sabah

Manakala pergolakan politik negeri Sabah, lazimnya melibatkan parti dan pemimpin yang

sering dikaitkan dengan faktor perkauman, agama, bahasa dan budaya yang berbeza. Di

samping itu sikap pemimpin yang masing-masing cuba mencari kemenangan dan

melemahkan pihak lawan. Majoriti penduduk Bumiputera Bukan Islam (40%) yang terdiri

daripada suku kaum Kadazandusun Murut telah membangkitkan semangat dalam

perjuangan politik di Sabah, lebih-lebih lagi apabila kaum ini di diskriminasikan oleh kerajaan

persekutuan yang lebih mengutamakan kepimpinan Islam. Kebangkitan ini dapat dilihat

dengan jelas melalui sokongan dan sifat bersatu ke atas parti-parti Kadazandusun Murut

seperti UNKO, UPKO, PBS dan PDS. Ini kerana, undian majoriti parti-parti perkauman dapat

mewujudkan satu pentadbiran yang mutlak dan membantu menyuarakan hak sebagai

Bumiputera bukan Muslim.

Selain daripada itu,kepimpinan politik di Sabah juga dikatakan kurang bijak kerana

melibatkan orang luar seperti UMNO dalam menyelesaikan krisis politik mereka berbanding

di Sarawak di mana pertelingkahan di antara parti politik hanya berlaku di antara orang-

orang mereka sahaja atau boleh juga di katakan sebagai pergaduhan adik-beradik di dalam

dunia politik. Tidak wujud campurtangan daripada kerajaan persekutuan dan ini

membolehkan mereka menguasai negeri Sarawak itu sendiri tanpa gangguan pihak lain

terutamanya dalam urusan hasil negeri, pentadbiran dan sebagainya. Berbeza dengan negeri

Sabah bilamana kerajaan persekutuan mula campur tangan dan semua urusan yang

berkaitan negeri Sabah haruslah di rujuk dengan kerajaan persekutuan terlebih dahulu.

Sebagai contoh, pembahagian hasil bumi dan laut di Sabah lebih banyak menguntungkan

kerajaan pusat daripada peruntukkan yang di berikan oleh kerajaan pusat kepada negeri

Sabah untuk hal-hal pembangunan dan sebagainya.

Page 41: Sejarah an Politik Malaysia Era Mahathir

41

Jika mereka lemah dan memerlukan pertolongan, mereka akan bergantung dan

menerima arahan daripada Kuala Lumpur. Sebaliknya, apabila mereka beroleh kejayaan atau

menghadapi tekanan dan kejatuhan, mereka akan mengancam dan mengutuk kepimpinan

Pusat. Mereka menghasut rakyat supaya membenci kepimpinan Kuala Lumpur. Fenomena ini

menjadi semacam tradisi bagi kepimpinan politik di negeri Sabah.

Satu perkara yang unik dan menghairankan pemerhati-pemerhati politik di negara ini

ialah bagaimana gejala politik boleh tumbuh dan mati di negeri Sabah. Bagi negeri Sabah,

parti politik boleh tumbuh dan boleh hilang begitu sahaja. Parti yang baru tumbuh itu

biasanya diwujudkan untuk mematikan parti yang lama yang dianggap tidak berguna lagi.

Dan anehnya mereka yang menubuhkan parti baru itu terdiri daripada beberapa pemimpin

parti lama. Hasilnya setiap parti baru yang diwujudkan boleh pula berjaya mengalahkan parti

lama. Justeru itu hal ini merugikan rakyat Sabah itu sendiri apabila pucuk pemerintahan

yang silih berganti ini akan mewujudkan satu dasar baru bagi menggantikan dasar lama

yang telah di buat oleh pemimpin sebelum ini. Banyak perkara-perkara yang sebelum ini

telah dirancang telah terbelengkalai begitu sahaja apabila pucuk pemerintahan berubah dan

ini sesuatu yang sangat merugikan rakyat Sabah dari segi masa dan wang. Dari segi

kemajuan pula Sabah dilihat terlalu jauh ketinggalan berbanding negeri lain dan tambah

menyedihkan lagi Sabah adalah salah satu negeri yang termiskin di Malaysia sedangkan

negeri Sabah mempunyai hasil bumi dan laut yang begitu lumayan. Jadi perkara ini tidak

seharunya terjadi dan perlu menjadi renungan buat generasi yang akan datang dalam

memartabatkan kedudukan rakyat Sabah.

Akhir sekali, sesuatu parti itu bukanlah satu-satunya parti politik yang boleh

menyelamatkan sesuatu golongan. Hanya orang-orang Sabah sendiri yang boleh

menyelesaikan masalah dan kekusutan mereka dan bukanya orang lain. Dan untuk

menyelesaikan masalah dan kekusutan mereka ini kita memerlukan generasi kepimpinan

yang lain daripada yang ada sekarang. Generasi baru yang lebih terdidik, peka, perihatin dan

bertanggungjawab terhadap pembangunan material moral dan spritual rakyat yang

berorientasikan perpaduan.

Page 42: Sejarah an Politik Malaysia Era Mahathir

42

Sarawak

Pada era 1980-an di Sarawak pula, menyaksikan kemunculan PBDS dan Parti Persatuan

Rakyat Malaysia Sarawak (Permas) yang menjadi bukti kepada kecenderungan parti-parti

politik untuk mewakili etnik-etnik tertentu dan bukan perjuangan keseluruhan bagi rakyat

negeri itu. PBDS secara terang-terangan memperjuangkan kaum Dayak menerusi isu-isu

yang dimainkan untuk menarik sokongan dan pemilihan calon mewakili PBDS dalam pilihan

raya. Dengan melihat kepada perkembangan parti-parti politik di Sarawak, telah berlaku

perubahan yang ketara iaitu bermula dengan sifat berbilang kaum dari segi keahlian telah

bertukar kepada parti yang mewakili kaum-kaum di negeri tersebut. Antara yang mendasari

perubahan tersebut seperti dihujahkan oleh Ahmad Nidzammuddin (1994) adalah

kemunculan sentimen Dayakisme. Penguasaan pendidikan yang semakin meningkat di

kalangan penduduk berketurunan Dayak sekaligus meningkatkan kesedaran mengenai

pentingnya memperjuangkan kedudukan mereka yang masih ketinggalan dari segi sosial,

ekonomi dan politik. Kesan daripada itu, lahirlah parti-parti politik seperti PBDS dan

menyukarkan kepada proses intergrasi masyarakat Sarawak.

Dengan berkembangnya politik perkauman, setiap parti politik akan bersaing untuk

mendapatkan sokongan daripada kumpulan masing-masing dengan menggunakan sentimen

budaya, agama, keturunan, bahasa dan identiti etnik masing-masing. Dengan demikian,

akan wujud persaingan antara kumpulan-kumpulan di dalam masyarakat berasaskan

perkauman untuk mendapatkan kuasa politik bagi kepentingan kumpulan masing-masing.

Sentimen-sentimen yang disebutkan di atas mampu menggerakkan ahli-ahli kumpulan etnik

terbabit untuk mempertahankan identiti mereka dan sekiranya tidak diuruskan dengan

berhati-hati bakal mencetuskan konflik perkauman. Parti-parti politik mula diidentifikasikan

menurut etnik sama ada mewakili kaum Melayu-Melanau, Cina, Dayak dan penduduk

peribumi yang lain. Ia dapat dikesan melalui dasar-dasar parti dan pemilihan calon-calon

untuk pilihan raya yang memperjuangkan kepentingan sesuatu kaum sahaja.

Di dalam politik pembangunan yang diperjuangkan oleh BN3 di Sarawak, peranan

kerajaan pusat yang berperanan mencorakkan politik tempatan begitu penting dan

berkesan. Dengan adanya strategi daripada kerajaan pusat dan sumbangan dana untuk

pembangunan, membolehkan parti-parti yang disokong oleh BN pusat diterima oleh majoriti

rakyat Sarawak. Ini dibuktikan dengan kesediaan kerajaan pusat untuk berunding dengan

parti-parti di Sarawak termasuk pembangkang bagi mewujudkan kekuatan kerajaan negeri

Page 43: Sejarah an Politik Malaysia Era Mahathir

43

itu. Persaingan tidak sihat dan tidak menguntungkan kerajaan pusat akan sentiasa diatasi

bagi membolehkan kerajaan yang stabil dibentuk.

Strategi kerajaan pusat ini dapat dilihat ketika usaha memecat Ningkan pada 1966.

Pengisytiharan darurat membolehkan Perlembagaan Negeri Sarawak dipinda dan

penangguhan pilihan raya 1968 dapat dibuat. Dengan demikian, peranan kerajaan pusat

sangat signifikan dalam mencorak politik tempatan ke arah lebih stabil dan selaras dengan

dasar-dasar kerajaan pusat. Peranan kerajaan pusat juga membolehkan persaingan antara

kaum dikurangkan menerusi pembentukan gabungan dan pakatan di kalangan parti-parti

politik Sarawak.

Justeru, dapat dijangkakan tema politik pembangunan akan terus mendasari

perjuangan parti-parti memerintah di Sarawak dalam usaha mengurangkan sentimen

perkauman yang boleh membawa implikasi buruk dalam sesebuah negara. Walaupun

sentimen perkauman cuba diminimakan, parti-parti politik di Sarawak tidak dapat lari

daripada agenda memperjuangkan kepentingan kaum masing-masing. Dengan ini, teori

demokrasi permuafakatan yang dikemukakan oleh Lijphart paling sesuai untuk diterapkan di

dalam kes Sarawak kerana masing-masing mempunyai ruang yang sesuai untuk

memperjuangkan nasib kaum mereka. Selain itu, pendekatan kepimpinan transaksional juga

dianggap mampu menerangkan senario politik Sarawak memandangkan amalan keluar dan

masuk sesuatu pakatan begitu kerap.