sejarah politik di malaysia

Upload: zoria-ju

Post on 03-Jun-2018

284 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/12/2019 Sejarah Politik Di Malaysia

    1/30

    SEJARAH POLITIK MALAYSIA: NEGARA MALAYSIA DI BAWAH PIMPINAN EMPATPERDANA MENTERI

    1

    PENGENALAN

    Kemajuan dan pemodenan sebuah negara bergantung kepada individu-individu yang bergelar

    pemimpin. Pemimpin merupakan ketua dalam sesebuah institusi sama ada besar atau kecil.

    Negara Malaysia juga turut diterajui oleh empat pemimpin yang berwibawa dan mempunyai

    sifat-sifat kepimpinan yang membantu Malaysia untuk berada seiring dengan negara-negara

    lain.

    Pada 31 Ogos 1957, Malaysia telah mendapat kemerdekaan selepas usaha-usaha tanpa

    henti oleh para pemimpin termasuklah Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj yang merupakan

    Bapa kemerdekaan negara Malaysia. Penyertaan Sabah dan Sarawak ke dalam gagasan

    Malaysia pada 16 September 1963 mengukuhkan lagi pembinaan negara Malaysia sehingga

    kini. Walaupun penubuhan gagasan Malaysia mendapat tentangan hebat dari negara negara

    jiran seperti Filipina, Indonesia, dan Brunei. Selepas kemerdekaan yang dikecapi Malaysia,

    Perdana Menteri yang pertama menerajui Malaysia ialah Tunku Abdul Rahman, diikuti Perdana

    Menteri kedua iaitu Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn sebagai Perdana Menteri Ketiga dan

    Perdana Menteri Keempat iaitu Tun Dr Mahathir Mohammad. Setiap daripada keempat-empat

    Perdana Menteri Malaysia ini mempunyai keistimewaan dan kelebihan yang tersendiri dalam

    membangunkan Negara Malaysia agar berdaya saing dan maju seperti Negara membangun

    yang lain. Namun, rentak politik yang serius bermula pada era Perdana Menteri Keempat dan

    oleh sebab itu beliau seorang dikenali sebagai Bapa Pemodenanyang membawa Malaysia di

    pentas dunia.

  • 8/12/2019 Sejarah Politik Di Malaysia

    2/30

    SEJARAH POLITIK MALAYSIA: NEGARA MALAYSIA DI BAWAH PIMPINAN EMPATPERDANA MENTERI

    2

    1.0 LATAR BELAKANG TUNKU ABDUL RAHMAN

    Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dikenali sebagai Bapa Kemerdekaankerana perjuangan

    beliau dalam mendapatkan kemerdekaan negara daripada tangan penjajah. (Hng Hung Yong,

    2004) Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dilahirkan sebagai seorang putera raja bagi negeri

    Kedah namun begitu watak dan keperibadiannya lebih berkembang sebagai pemimpin rakyat

    berbanding perwatakannya sebagai seorang putera raja.

    Tunku mulai bersekolah ketika berusia empat tahun dan bersekolah di Sekolah Melayu di

    Alor Setar dan kemudian bersekolah di sekolah Inggeris yang bernama Government Modern

    School. Pada tahun 1915 semasa Tunku belajar di Siam, Tunku Yusuf telah kembali ke

    rahmatullah dan Tunku pulang ke Kedah dan selama setahun beliau belajar di sekolah Melayu

    sebelum masuk ke Penang Free Schoolpada tahun yang berikutnya. (Yu Chuan Choon, 2009)

    Pelajaran Tunku yang tergendala sebelum ini disambung kembali pengajiannya pada

    tahun 1947 di Inns Of Court. Tidak lama selepas Tunku pulang ke Kedah, beliau telah dilantik

    menjadi Pengerusi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) di Kedah. (Yu Chuan

    Choon, 2009)

    1.1 DASAR-DASAR YANG DILAKSANAKAN OLEH TUNKU ABDUL RAHMAN

    SEPANJANG PEMERINTAHAN

    Di bawah pemerintahan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, keadaan ekonomi Malaysia masih

    lagi dalam keadaan yang rendah dan tidak begitu banyak program pembangunan rakyat

    Malaysia dijalankan. (Shukor Omar, 2006)

    Sebaliknya, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj lebih mementingkan keadaan politik

    negara sehingga melahirkan negara Malaysia yang berdaulat dan merdeka serta berdikari.

    Malahan, Tunku mengamalkan sikap pro-Barat. (Abdullah Dahana, 2002)

    Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj mengamalkan Dasar Kemajmukan iaitu

    melambangkan taat setia yang tidak berbelah bagi kepada Yang Dipertuan Agong iaitu sebagai

    Raja pelbagai kaum di Malaysia, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, toleransi di dalam

    agama dan penggunaan Bahasa Mandarin dan Tamil di peringkat sekolah rendah. Agenda

    beliau dalam meningkatkan semangat nasionalisme di dalam kalangan rakyat ialah setiap kaum

  • 8/12/2019 Sejarah Politik Di Malaysia

    3/30

    SEJARAH POLITIK MALAYSIA: NEGARA MALAYSIA DI BAWAH PIMPINAN EMPATPERDANA MENTERI

    3

    di Malaysia haruslah bergaul di antara satu sama lain iaitu bukan hanya di dalam suasana

    bekerja bersama-sama namun dalam aktiviti seharian seperti bersukan dan juga amalan

    kunjung-mengunjungi semasa perayaan seperti Hari Raya, Tahun Baru China, Thaipusam dan

    juga Hari Krismas yang diistiyarkan sebagai cuti umum di Malaysia. (Cheah Boon Keng, 2002)

    Selain daripada berperanan sebagai Perdana Menteri Malaysia, Tunku Abdul Rahman

    Putra Al-Haj juga berperanan sebagai Menteri Luar Negara di dalam negara kita iaitu Malaysia.

    Beliau menjadi Menteri Hal Ehwal Luar Negeri sepanjang perkhidmatan beliau semenjak Tanah

    Melayu merdeka sehinggalah September 1970. Dasar luar negara yang ditetapkan oleh beliau

    ialah mengenai isu-isu penting dalam arena politik antarabangsa termasuk isu-isu Perang

    Dingin, hubungan keserantauan, dasar Apartheid dan hubungan antara Malaya dengan Republik

    Rakyat China (RRC)dan juga Konfrontasi Indonesia. (Nor Azizan Idris, 1990)

    Tunku telah mengilhamkan penubuhan Association of South-east Asia(ASEAN) melalui

    pemeteraian perjanjian penubuhannya dengan Thailand dan Filipina pada 1961. Penubuhan ini

    kemudiannya digantikan dengan perhimpunan yang lebih besar pada 8 Ogos 1967 di Bangkok

    dengan membabitkan lebih banyak negara dan ia dikenali sebagai Persatuan Negara-negara

    Asia Tenggara (ASEAN) iaitu negara Indonesia dan Singapura. (A.M Healy,1982)

    Dalam menetapkan Dasar Luar Negara Malaysia, Tunku yang juga berperanan sebagai

    Perdana Menteri telah melibatkan diri dalam proses pembentukan dasar luar negara yang

    melibatkan kepentingan negara terutamanya dalam menjaga hubungan serantau dengan

    negara-negara luar yang lain. (Nor Azizan Idris, 1990) Malahan, Tunku juga membentuk Dasar

    Pelajaran Kebangsaan pada tahun 1956 yang digunakan oleh sistem pendidikan negara kita

    sehingga ke hari ini. (Cheah Boon Keng, 2002)

    1.2 PERKEMBANGAN POLITIK DI BAWAH PIMPINAN TUNKU ABDUL RAHMAN

    1.2.1 UNITED MALAYAN NATIONAL ORGANISATION (UMNO)

    Nama Tunku Abdul Rahman Putra AL-Haj bukanlah nama asing kepada masyarakat kita,

    lebih-lebih lagi dalam sejarah politik tanah air. Kepimpinan beliau amat terserlah terutama

    dalam bidang politik iaitu apabila beliau dilantik sebagai Yang Dipertua Agong United Malayan

  • 8/12/2019 Sejarah Politik Di Malaysia

    4/30

    SEJARAH POLITIK MALAYSIA: NEGARA MALAYSIA DI BAWAH PIMPINAN EMPATPERDANA MENTERI

    4

    National Organisation(UMNO). Setelah perletakan jawatan oleh Dato Onn bin Jaafar sebagai

    Yang Dipertuan UMNO, pada tahun 1951, Tunku Abdul Rahman telah dipilih berdasarkan

    kepada pengalaman yang dimiliki, keikhlasan dan keperibadian yang tinggi untuk mengambil

    alih pucuk pimpinan UMNO. Beliau telah menerima tugas menyediakan UMNO bagimengadakan pilihan raya pada tahun 1952. Oleh yang demikian, Parti Perikatan telah dibentuk

    pada tahun 1951 sebaik sahaja pilihan raya Majlis Perbandaran Pulau Pinang diadakan. Dalam

    pilihan raya ini, telah memperlihatkan persaingan di antara beberapa parti politik di Tanah

    Melayu khususnya Parti Buruh dan Parti Radikal. (N.a, 1987)

    Justeru itu, Tunku Abdul Rahman telah menyusun strategi bagi meraih kemenangan

    dalam pilihan raya yang akan datang, oleh yang demikian Tunku Abdul Rahman telah mewakili

    UMNO dan mengadakan pakatan dengan MCA Selangor yang diketuai H.S.Lee, dan hasilnyaperikatan UMNO-MCA telah berjaya mengalahkan Parti Independence of Malaya Party (IMP)

    yang telah ditubuhkan oleh bekas pemimpin UMNO iaitu Dato Onn Jaafar pada 16 September

    1951 dengan teruk dalam pilihan raya Majlis Pebandaran Kuala Lumpur pada tahun 1952.

    Dalam pilihan raya tersebut, perikatan UMNO-MCA telah memenangi sembilan daripada 12

    kerusi yang ditandinginya manakala 3 kerusi lagi dimenangi oleh IMP. (Zainal Abidin Abdul

    Wahid, 1992)

    Pada tahun 1955, pilihan raya umum yang pertama telah diadakan di seluruh Tanah

    Melayu, walaupun pilihan raya itu bukannya untuk semua anggota Majlis Perundangan

    Persekutuan, tetapi pada tahun itu juga tiga buah parti politik yang mewakili bangsa Melayu

    dan dua kaum lain di Tanah Melayu telah bersetuju menubuhkan satu perikatan dan

    menghadapi pilihan raya atas rancangan politik yang sama. Pada tahun itu jugalah Persekutuan

    Tanah Melayu mulai menjadi Negara yang mempunyai pemerintahan sendiri. (N.a, 1987)

    Perikatan UMNO dan MCA telah mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pilihan raya

    yang telah diadakan di peringkat tempatan ataupun dalam negeri. Parti Perikatan telah

    meminta kerajaan British mengadakan pilihan raya di peringkat kebangsaan dan perikatan juga

    menuntut agar 60 peratus ahli Majlis Perundangan Persekutuan dipillih oleh rakyat dan 40

    peratus dilantik oleh kerajaan British. Kerajaan British tidak bersetuju dengan cadangan

    Perikatan yang bukan sahaja meminta supaya ahli-ahli yang dipilih hendaklah lebih ramai

  • 8/12/2019 Sejarah Politik Di Malaysia

    5/30

    SEJARAH POLITIK MALAYSIA: NEGARA MALAYSIA DI BAWAH PIMPINAN EMPATPERDANA MENTERI

    5

    daripada ahli yang dilantik dan perikatan tetap juga menuntut supaya pilihan raya diadakan

    pada tahun 1954. (Zainal Abidin Abdul Wahid, 1992)

    Keengganan kerajaan Brisih menerima cadangan Perikatan itu selepas berunding

    beberapa kali di Tanah Melayu dan di London telah menyebabkan Perikatan mengambil

    keputusan memulaukan semua Majlis Mesyuarat Kerajaan di peringkat tempatan, negeri

    mahupun Persekutuan. Kongres India Tanah Melayu (MIC), pada masa yang sama telah

    menyatakan simpati kepada UMNO dan MCA tetapi tidak menyertai pemulauan itu. Pada Julai

    1955, MIC kemudiannya menyertai Perikatan dan dalam pilihan raya yang diadakan pada 27

    Julai 1955, parti Perikatan (UMNO-MCA-MIC) telah membentangkan satu manifesto yang agak

    komprehensif iaitu parti Perikatan berjanji akan mencapai kemerdekaan dalam tempoh empat

    tahun dan merancang menjadikan sebahagian besar perkhidmatan awam bercorak TanahMelayu yang akan dilaksanakan dalam tempoh penggal pertama pemerintahannya. (Zainal

    Abidin Abdul Wahid, 1992)

    Tambahan lagi, sebagai pemimpin Perikatan pada masa itu, Tunku Abdul Rahman dalam

    satu ucapan dalam Perhimpunan Khas UMNO pada 4 Jun 1955 telah mengatakan bahawa

    Perikatan telah mebuat keputusan untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa

    kebangsaan dan bahasa rasmi Negara, dan ini akan dilaksanakan dalam tempoh sepuluh tahun

    dan beliau juga yakin bahawa dalam tempoh tersebut bahasa Melayu akan digunakan dalam

    segala aspek pentadbiran, termasuk penggunaannya dalam mahkamah.

    1.3 SUMBANGAN TUNKU ABDUL RAHMAN TERHADAP MALAYSIA

    1.3.1 MENUNTUT KEMERDEKAAN

    Kejayaan cemerlang dalam pilihan raya Persekutuan pada tahun 1955 telah menjulang tinggi

    nama Tunku Abdul Rahman sebagai pemimpin penting dalam politik Persekutuan Tanah

    Melayu. Pertemuan Tunku dengan Donald Mac Gillivary pada hari Ahad 31 Julai 1955

    merupakan langkah pertamanya dalam proses menuntut kemerdekaan. (N.a, 1978)

    Pada bulan September 1955, Raja-raja Melayu telah megeluarkan persetujuan mereka

    untuk mengizinkan kehendak Perikatan bagi meminda Perjanjian Persekutuan 1948,

    bagaimanapun mereka tidak bersetuju dan hanya perikatan yang akan berunding dengan

    kerajaan British.

  • 8/12/2019 Sejarah Politik Di Malaysia

    6/30

    SEJARAH POLITIK MALAYSIA: NEGARA MALAYSIA DI BAWAH PIMPINAN EMPATPERDANA MENTERI

    6

    1.3.2 ROMBONGAN RUNDINGAN KEMERDEKAAN DI LONDON

    Pada 1 Januari 1956, rombongan Perikatan yang terdiri daripada Tunku Abdul Rahman, Dato

    Abdul Razak Hussein, Dr. Ismail, H.S Lee, T.H Tan dan Abdul Kadir Shamsudin telah menaiki

    kapal M.V. Asia di pelabuhan Tanjung Pagar, Singapura dan bersama-sama dengan Tunku ialah

    dua orang wakil Raja-raja Melayu iaitu Dato Nik Ahmad Kamil dan Abdul Aziz bin Haji Abdul

    Majid, Menteri Besar Selangor, dan Dato Haji Wahab, ketua rombongan raja-raja Melayu

    menaiki kapal terbang bersama-sama dengan Dato Mohd Seth dua hari selepas itu.(N.a, 1978)

    Rundingan kemerdekaan berlangsung selama tiga minggu iaitu dari 18 Januari hingga 8

    Februari 1956. Tunku bersetuju dengan cadangan pihak British supaya dibentuk jawatankuasa-

    jawatankuasa bagi memperincikan perlembagaan, sementara itu, Tunku mengadakan

    mesyuarat sehari dengan Setiausaha Pejabat Tanah Jajahan di Church House berkenaan

    dengan hal-hal pentadbiran.

    Rombongan Tunku Abdul Rahman menjadi kebanggaan bagi ahli-ahli UMNO Singapura

    sebelum bertolak ke Melaka untuk sambutan besar-besaran yang diadakan di padang Bandar

    Hilir, Melaka pada 20 Februari 1955. Dengan itu, UMNO telah memberi kepercayaan

    sepenuhnya kepada Tunku dan cadangan perlembagaan yang telah diteliti oleh Jawatankuasa

    Kerja itu kemudian dibincangkan oleh Raja-raja Melayu dan diterima pada 27 Jun 1957 dan

    diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan pada 15 Ogos 1957. Kelulusan itu dengan

    mudah diperolehi dan hanya kerana terdapat seorang pembangkang iaitu wakil PAS, Haji

    Ahmad Husien, beliau tetap menegakkan kepentingan orang Melayu yang terhapus bagi

    bumiputera kerana kemerdekaan yang akan dicapai pada 31 Ogos 1957, namun bangkangan

    beliau tidak diendahkan.

    1.3.3 UPACARA KEMERDEKAAN

    Pada 31 Ogos 1957, pada waktu pagi telah diadakan persidangan Raja-raja Melayu untuk

    memilih Yang Dipertuan Agong bagi menggantikan Pesuruhjaya Tinggi British. Kesemua

    kerangka Perjanjian Persekutuan 1948 dikekalkan, kecuali Yang Di-Pertuan Agong menjadi

    Ketua Negara menggantikan Pesuruhjaya Tinggi Brisih kerana kedudukan Persekutuan Tanah

    Melayu sebagai sebuah negeri yang telah merdeka, bagi Pulau Pinang dan Melaka satu

  • 8/12/2019 Sejarah Politik Di Malaysia

    7/30

    SEJARAH POLITIK MALAYSIA: NEGARA MALAYSIA DI BAWAH PIMPINAN EMPATPERDANA MENTERI

    7

    perjanjian lain akan dibuat dengan kuasa Queen untuk melantik Gabenor dan hal-hal tertentu

    diteruskan sebagai satu peralihan. Dengan termaktubnya perjanjian tersebut, maka lahirlah

    sebuah perlembagaan yang merdeka bagi Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957, satu

    jawatankuasa sambutan besar-besaran diatur. Bendera Persekutuan Tanah Melayu mendakigagah menuju kemuncak tiang bendera. Laungan Merdeka sebanyak tujuh kali oleh Tunku

    Abdul Rahman telah menandakan berakhirnya penjajahan British secara fizikal dan politik di

    Persekutuan Tanah Melayu. Pada pukul 11.00 pagi, upacara angkat sumpah Yang Di-Pertuan

    Agong yang pertama dijalankan di Federal House, Kuala Lumpur, yang merupakan tempat

    parlimen pertama kerajaan merdeka Persekutuan Tanah Melayu. Selepas upacara itu, Yang Di-

    Pertuan Agong memperkenankan untuk diadakan majlis melantik dan angkat sumpah Perdana

    Menteri dan Menteri-menteri kabinet Perikatan yang lain. Upacara itu juga tidak kurang

    gemilangnya kerana ini kali pertama sebuah kerajaan yang berdaulat dilantik dan disahkan

    dalam sebuah yang telah mencapai kemerdekaan.

    1.4 SUMBANGAN TUNKU ABDUL RAHMAN

    1.4.1 SUMBANGAN DI PERINGKAT ANTARABANGSA

    Pada 31 Julai 1961, Tunku telah mengasaskan ASA (Assosiation of South EastAsian

    States) yang terdiri daripada Tanah Melayu, Filipina dan Thailand. Pada 11 Julai 1962,

    MAPHILINDO yang dianggotai oleh Indonesia, Malaysia dan Filipina telah dibentuk, akan tetapi

    persatuan ini tergugat apabila Malaysia menghadapi konfrontasi dengan Indonesia dan Filipina

    sebaik sahaja Malaysia diisytiharkan. Ketika berusaha menyelesaikan masalah tersebut, Tunku

    dihampakan apabila Singapura memutuskan untuk keluar dari Persekutuan Tanah Melayu pada

    9 Ogos 1956. Tunku berjaya mengatasi konfrontasi tersebut melalui perjanjian dengan

    Indonesia pada 2 Jun 1966 dan dengan Filipina pada 3 Jun 1966, beliau juga dilantik menjadi

    Setiausaha Agung Pertama pertubuhan Negara-negara Islam (OIC) oleh Raja Faizal dari

    Jeddah. (N.a, 1978)

    1.4.2 PERKEMBANGAN ISLAM

    Tunku telah banyak memberi sumbangan terhadap perkembangan Islam di Negara kita malah

    mengharumkan nama negara di persada dunia, beliau banyak melibatkan diri dalam

    penganjuran Pertandingan Membaca Al-Quran serta menjadi Presiden Pertubuhan Kebajikan

  • 8/12/2019 Sejarah Politik Di Malaysia

    8/30

    SEJARAH POLITIK MALAYSIA: NEGARA MALAYSIA DI BAWAH PIMPINAN EMPATPERDANA MENTERI

    8

    Malaysia (PERKIM) pada Ogos 1960, atas kebolehan dan daya usaha gigihnya beliau berjaya

    meletakkan PERKIM sebagai sebuah pertubuhan yang terkemuka dan dihormati oleh semua

    umat Islam. Sebagai pemimpin PERKIM, beliau berusaha memberi bantuan kepada pelarian

    Kemboja yang memasuki Malaysia melalui Kelantan pada tahun 1957 dengan bantuanPersatuan Bangsa-bangsa Bersatu beliau telah berjaya menempatkan seramai 4500 pelarian di

    Pengkalan Chepa dan Cheranting. Pada 18 Januari 1980, beliau telah dilantik menjadi Presiden

    Regional Islamic Coucil for South East Asia and The Pacific (RISEAP) yang pertama oleh

    perwakilan di persidangan Negara-negara Islam. Segala jasa dan sumbangan yang dicurahkan,

    Tunku mendapat penghargaan dari Pakistan dengan Anugerah Hadiah Hijrah pada Mac 1983

    dan Anugerah Al-Malik Faizal dari Arab Saudi pada tahun yang sama.

    2.0 LATAR BELAKANG TUN RAZAK BIN DATOHUSSEION AL-HAJ

    Tun Haji Abdul Razak Bin Dato Husseion Al-Haj telah dilahirkan pada 1 Mac 1922 di Pekan,

    Pahang Kampung Langgar (Shariff Ahmad, 1999). Beliau dilahirkan daripada golongan keluarga

    yang elit bapanya, Dato Hussein Mohd. Taib merupakan Orang Besar Diraja Pahang. (Paridah

    Abd. Samad, 2008). Kolej Melayu Kuala Kangsar di Perak pula merupakan sekolah menengah

    yang dihadiri oleh Tun Razak. Beliau telah melanjutkan pelajarannya di sebuah kolej Singapura

    iaitu Raffles College pada tahun 1940. Pengajiannya diteruskan sehingga kepada peringkat

    Universiti iaitu, pada tahun 1947 beliau telah menuntut di sebuah Universiti Kingdom dalam

    jurusan Undang-Undang. Pada tahun 1950 beliau telah dilantik menjadi Setiausaha Kerajaan

    Negeri dan menjawat jawatan sebagai MAS atau Malay Administrative Service. Beliau telah

    melibatkan diri dan bersama-sama menerajui kecemerlangan UMNO semasa UMNO di bawah

    pimpinan Datuk Onn Jaafar. Pengalaman beliau yang dari usia muda sudah menerajui bidang

    politik telah membantu menjadikan beliau seorang yang sangat berpengalaman. Pada usia yang

    sangat muda 28 tahun beliau telah menjadi Ketua Pemuda UMNO, pada usia 29 tahun pula

    beliau telah menjadi Timbalan Presiden UMNO. Semasa usia 30 tahun jawatan sebagaiSetiausaha Kerajaan Negeri Pahang turut disandang oleh Tun Razak. Selepas tiga tahun berlalu,

    di usia 33 tahun beliau telah menjadi Menteri Besar Pahang. Manakala, selang setahun

    kemudian beliau telah menjadi Menteri Pelajaran Persekutuan. Pada usia yang sangat muda

    juga iaitu di usia 35 tahun beliau telah menjadi Timbalan Perdana Menteri dan akhirnya

    menduduki jawatan sebagai Perdana Menteri di Tanah Melayu ketika berusia 48 tahun..

  • 8/12/2019 Sejarah Politik Di Malaysia

    9/30

    SEJARAH POLITIK MALAYSIA: NEGARA MALAYSIA DI BAWAH PIMPINAN EMPATPERDANA MENTERI

    9

    Pada 22 September 1970, beliau telah memegang jawatan sebagai Perdana Menteri dengan

    sah dan membawa perubahan yang ketara kepada politik, ekonomi dan juga dalam luar Negara

    kita. Pengalaman yang diperolehinya dengan menyandang pelbagai jawatan sejak beberapa

    tahun dahulu menjadikan beliau seorang Perdana Menteri yang sangat bijaksana dalampengendalian urusan negara. Oleh hal yang demikian, beliau amat disanjung tinggi oleh

    masyarakat daripada pelbagai kaum dan juga daripada tumpuan pemimpin-pemimpin seantero

    dunia pada waktu tersebut.

    2.1 DASAR DAN PERKEMBANGAN YANG TELAH DILAKSANAKAN SEPANJANGPEMERINTAHAN.

    2.1.1 DASAR PELAJARAN KEBANGSAANSemasa di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman sebagai Perdana Menteri Malaysia, beliau

    telah melantik Tun Razak sebagai kabinet pertama yang menyandang jawatan sebagai Menteri

    Pelajaran. Perlantikan beliau ini sebagai Menteri Pelajaran pada ketika itu menyebabkan beliau

    perlu memikul tugasan dalam membentuk sebuah jawatankuasa untuk menggubal satu dasar

    pelajaran kebangsaan. Penggubalan Dasar Pelajaran Kebangsaan ini adalah bertujuan untuk

    membentuk generasi muda dengan satu hala pendidikan dan menanamkan dalam jiwa pemuda

    dan pemudi dengan satu bahawa untuk pelbagai bangsa dan keturunan yang terdapat di Tanah

    Melayu pada ketika itu. Pada ketika itu, sekolah telah dibahagikan kepada empat aliran, maka

    Tun Razak hendak menjadikan ia sebagai sebuah sekolah dengan sebuah aliran sahaja. Beliau

    telah menyeru kepada seluruh bangsa akan usaha dan persetujuan pihak untuk melaksanakan

    dasar tersebut. Beliau yang mengetuai Jawatankuasa Pendidikan tersebut telah menyediakan

    sebuah penyata yang dikenali sebagai Penyata Razak dan telah mula dilancarkan pada tahun

    1956. Perlaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan ini telah diumumkan oleh Kerajaan

    Persekutuan Tanah Melayu.

    Pada ketika itu juga, Encik Abdul Rahman Talib telah menjadi pengerusi dalam Menteri

    Pelajaran Malaysia dan beliau telah mengemaskinikan Dasar tersebut kedalam Penyata Razak.

    Perlaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan ini mengutamakan murid-murid agar menjadikan

    bahasa kebangsaan sebagai sebuah bahasa yang perlu dikuasai terutama dari keempat-empat

    jenis sekolah di Malaysia iaitu Sekolah Kebangsaan, Sekolah Kebangsaan (Tamil) dan Sekolah

    Jenis Kebangsaan (Inggeris). Dasar ini menjamin di peringkat rendah sekolah-sekolah pilihan

  • 8/12/2019 Sejarah Politik Di Malaysia

    10/30

    SEJARAH POLITIK MALAYSIA: NEGARA MALAYSIA DI BAWAH PIMPINAN EMPATPERDANA MENTERI

    10

    ibu-bapa manakala di peringkat menengah diintergrasikan kepada dua jenis sekolah iaitu

    Sekolah Menengah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan Aliran Inggeris.

    Perlaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak tahun 1957 ini telah memberi

    kesan kepada rakyat Malaysia terutamanya, ramai rakyat Malaysia yang fasih bertutur, menulis

    serta membaca dalam bahasa Malaysia. Di samping itu, perlaksanaan Dasar Pelajaran

    Kebangsaan ini juga digunakan sebagai cara yang dicadangkan oleh Penyata Razak untuk

    menyatukan kaum-kaum di negara ini ialah menerusi satu sistem pelajaran bercorak Tanah

    Melayu. Penyata Razak dengan jelasnya mengutamakan perpaduan negara sebagai satu

    matlamat yang perlu dicapai. Ini bermakna bahawa unsur-unsur dan nilai-nilai perpaduan

    dijadikan teras dasar pendidikan kebangsaan untuk menjamin kesejahteraan dan kepentingan

    masyarakat Malaysia yang terdiri dari berbillang kaum. Oleh kerana masyarakat di Malaysiaberupaya masyarakat majmuk, maka konsep perpaduan dalam konteks negara ini perlu

    difahamkan sebagai satu proses yang mengutamakan perpaduan rakyat berbilang kaum selaras

    dengan prinsip-prinsip Rukunegara.

    Pencapaian matlamat perpaduan ini boleh dilaksanakan melalui sistem pendidikan,

    Penyata Razak telah menggariskan dua asas utama, iaitu sistem persekolahan yang sama bagi

    semua dan kurikulum sekolah yang sama kandungannya dan bercorak kebangsaan aspek-aspek

    yang disentuh adalah seperti berikut (Kementerian Pelajaran Malaysia, 1980):

    a. Sistem Persekolahan:i. Struktur masa persekolahan, dan penjurusan.ii. Rancangan alih bahasa.iii. Peperiksaana yang sama.iv. Pengurusan dan pentadbiran secara pusat.v. Pengelolaan sekolah-sekolah swasta.vi. Peluasan dan penyamarataan peluang dan kemudahan pelajaran.

    b. Kurikulum:i. Sukatan pelajaran yang sama kandungannya dan peperiksaan yang sama.ii. Bahasa Malaysia sebagai bahasa perpaduaniii. Buku-buku Teks.iv. Pendidikan Sivik.

  • 8/12/2019 Sejarah Politik Di Malaysia

    11/30

    SEJARAH POLITIK MALAYSIA: NEGARA MALAYSIA DI BAWAH PIMPINAN EMPATPERDANA MENTERI

    11

    v. Pendidikan agama, moral dan etika.vi. Pembentukan disiplin.vii. Kegiatan ko-kurikulum.

    Kejayaan Dasar Pelajaran Kebangsaan menjadikan Bahasa Malaysia sebagai lingua

    franca dalam kalangan rakyat yang berbilang keturunan di Malaysia. Semenjak tahun 1957,

    berjuta-juta pelajar telah menempuh proses pendidikan mengikut Dasar Pelajaran Kebangsaan.

    Oleh hal yang demikian, tidak hairanlah sekiranya kita melihat bahawa pada hari ini sudah

    ramai yang fasih sama ada bertutur, menulis dan membaca dalam Bahasa Malaysia. Keadaan

    ini dapat menyatakan bahawa mereka ini adalah anak-anak Malayisa. Iniliah sumbangan Tun

    Razak sepanjang pemerintahannya.

    2.1.2 DASAR EKONOMI BARU

    Pelbagai masalah kemiskinan dan ketaksamaan masih wujud dengan kadar yang tinggi

    pada ketika itu. Oleh hal yang demikian, bagi mengatasi masalah ini maka Dasar Ekonomi Baru

    (DEB) telah diperkenalkan pada tahun 1971 yang bertujuan untuk menggalakkan pertumbuhan

    dengan pengagihan yang saksama kearah mencapai matlamat perpaduan dalam kalangan

    kaum di negara ini. Namun dalam karya Mohd. Foad Soakan, menyatakan bahawa DEB ini telah

    dilancarkan oleh kerajaan pada tahun 1970 melalui Rancangan Malaysia Kedua (RMK) (1971-

    1975) (Mohd. Foad Sakdan, 1999). DEB yang diperkenalkan ini menekankan serampang dua

    mata untuk membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan menyusun semula masyarakat.

    (Chamhuri Siwar & Mohd. Haflah Piei, 1988)

    Kenyataan ini turut dinyatakan dalam Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua 1991-

    2000, 1980 iaitu tujuan utama perlaksanaan DEB ini adalah bertujuan untuk mencapai

    perpaduan negara dan intergrasi nasional dan ianya telah digubal dalam konteks strategi

    serampang dua mata untuk:

    (a) mengurangkan dan akhirnya membasmi kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan

    dan menambah peluang-peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira

    kaum; dan

  • 8/12/2019 Sejarah Politik Di Malaysia

    12/30

    SEJARAH POLITIK MALAYSIA: NEGARA MALAYSIA DI BAWAH PIMPINAN EMPATPERDANA MENTERI

    12

    (b) mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat Malaysia untuk

    memperbetulkan ketidakseimbangan ekonomi supaya dapat mengurangkan dan

    seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.

    2.1.3 PEMBASMIAN KEMISKINAN

    Pada ketika itu, jurang ekonomi penduduk adalah sangat berbeza. Bilangan isi rumah miskin

    yang terbesar adalah di luar Bandar dengan kadar kemiskinan sebanyak 58.7 peratus

    berbanding kemiskinan di bandar. Hal ini berlaku disebabkan oleh kadar penurunan harga getah

    di kawasan luar bandar.

    Usaha yang dijalankan terus dipertingkatkan sehingga kepada penglibatan daripada

    golongan ralyat yang kurang bernasib baik dalam proses pembangunan terutama melaluiprogram seperti berikut:

    a) Pembukaan tanah secara besar-besaran;Pada tahun 1956 FELDA telah ditubuhkan untuk membuka tanah baru untuk tanaman

    getah dan kelapa sawit serta menempatkan isirumah yang tidak mempunyai rancangan

    tanah. FELDA yang telah ditubuhkan sebelum merdeka ini telah membuka 839 405

    hektar tanah baru untuk tanaman baru. (Chamhuri Siwar & Mohd.Haflah Piei, 1988)

    b) Pembangunan in-situ melalui Projek Pembangunan Bersepadu (IADP) sertaProgram Input dan Pelbagai Pertanian;

    Pembangunan in-situ yang menekankan pembinaan infrastruktur dan penyebaran

    teknologi pada umumnya member faedah kepada para petani. Pemberian subsidi input,

    kredit pengeluaran dan subsidi keluaran oleh kerajaan berasaskan jumlah tanah yang

    dikerjakan atau jumlah jualan tanaman yang secara langsung member faedah kepada

    golongan petani (Chamhuri Siwar & Mohd.Haflah Piei, 1988).

    c) Pengenalan konsep Halacara Baru (1984) melalui program bersepadu iaitu;i. pengelompokan kampung-kampung terpencil.ii. penggalakan pertumbuhan industri barangan perusahaan kampung.iii. menjalankan aktiviti pertanian secara komersial.

    Misalnya, penanaman padi dan penoreh getah. Pemilikan tanah yang ada untuk

    digunakan oleh penanaman padi dan hasil yang boleh didapati daripadanya adalah sangat

  • 8/12/2019 Sejarah Politik Di Malaysia

    13/30

    SEJARAH POLITIK MALAYSIA: NEGARA MALAYSIA DI BAWAH PIMPINAN EMPATPERDANA MENTERI

    13

    rendah. Oleh hal yang demikian, untuk memberi mereka pendapatan yang mencukupi, hasil

    penanaman perlu dinaikkan. Telah dibuktikan bahawa penoreh getah boleh dibantu dengan

    penanaman semula pokok getah dengan sepsis yang berpengeluaran yang tinggi.

    2.1.4 PENYUSUNAN SEMULA MASYARAKAT

    Antara usaha-usaha yang dijalankan ini termasuklah:

    a) memodenkan kawasan Bandar untuk meninggikan taraf hidup dan daya pengeluaran;b) menstabilkan keadaan yang tidak seimbang dalam struktur guna tenaga melalui

    pertumbuhan ekonomi;

    c) menambah dengan lebih cepat hak rakyat dalam pemilikan modal dalam stokmasyarakat;

    Matlamat ini penting kerana, ketika DEB dilancarkan, unsur yang sangat penting adalah

    dalam strategi penyusunan semula masyarakat melalui pembentukan MPPB dalam

    memastikan penglibatan yang berkesan individu-individu Bumiputera dalam sektor-sektor

    moden. Tujuannya adalah untuk memastikan bahawa generasi Bumiputera boleh memiliki

    dan mengurus sekurang-kurangnya 30 peratus daripada semua kegiatan perdagangan dan

    perindustiran dalam ekonomi negara (Ghazali Bin Jaini, 1991).

    Sesungguhnya, Dasar Ekonomi Baru adalah merupakan sebuah program Social

    Economic Engineering yang unik dan yang pernah dilakukan. Dasar seperti ini haruslah

    dilaksana dan diperkenalkan terutama bagi negara seperti negara Malaysia kerana sebarang

    perpaduan negara, kestabilan politik dan ekonomi tidak mungkin tercapai sekiranya

    ketidakseimbangan ekonomi di antara kaum dan wilayah tidak diatasi melalui satu proses

    diskriminasi positif ke arah pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat.

    Hakikatnya, DEB itu sendiri dari awal dahulu sehingga kepada masa sekarang perlu

    dilihat sebagai satu dasar dimensi ekonomi dalam penujuan ke arah masyarakat yangberjaya dan makmur.

  • 8/12/2019 Sejarah Politik Di Malaysia

    14/30

    SEJARAH POLITIK MALAYSIA: NEGARA MALAYSIA DI BAWAH PIMPINAN EMPATPERDANA MENTERI

    14

    2.1.5 RUKUNEGARA

    Rukunegara ini tidak bersifat undang-undang dan ia adalah sama ertinya dengan Rukun Hidup

    yang perlu diamalkan oleh masyarakat Malaysia. Rukunegara telah diisytiharkan oleh Yang di-

    Pertuan Agong pada 31 Ogos 1970 dan diterima oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira

    latar belakang pemerintahan mahupun pihak pembangkang.

    Rukunegara terdiri daripada lima prinsip yang perlu diamalkan iaitu; (Shariff Ahmad,

    1999)

    Kepercayaan kepada Tuhan Kesetiaan kepada Raja dan Negara

    Keluhuran Perlembagaan Kedaulatan Undang-undang Kesopanan dan kesusilaan

    Rukunegara ini merupakan landasan kepada rakyat Malaysia agar mereka dapat menetukan

    masa depan mereka. Rukunegara ini bagaikan daging dalam diri mereka yang sebati dan perlu

    diamalkan bagi menaikkan semangat dan sifat yang perlu ada dalam diri masyarakat Malaysia.

    3.0 LATAR BELAKANG TUN HUSSEIN BIN DATO ONN (1976-1981)Tun Hussien Onn, Perdana Menteri Malaysia kedua, digelar sebagai Bapa Perpaduankerana

    jasa-jasa beliau dalam melihat pentingnya semangat perpaduan dalam kalangan rakyat

    Malaysia. Beliau merupakan anak kelahiran Johor Bharu yang dilahirkan pada 12 Februari 1922.

    Beliau mendapat pendidikan awal di Telok Kurau School Singapura dan meneruskan

    pengajiannya ke English College Johor Bharu sehingga lulus Senior Cambridge pada tahun

    1940.

    Sifat kepimpinan yang diwarisinya dari kedua-dua ketua keluarganya iaitu ayah dan

    datuknya. Ayah dan datuknya pernah menjadi Menteri Besar Johor. Ayahnya, Dato Onn Bin

    Jaafar yang merupakan pemimpin penubuhan UMNO. Beliau juga merupakan salah seorang

    pengasas UMNO. Beliau telah mengangkat sumpah menjadi Perdana Menteri yang ketiga pada

    15 Januari 1976 (Samani Mohd. Amin, 1953). Beliau telah meletakkan jawatan atas sebab-

  • 8/12/2019 Sejarah Politik Di Malaysia

    15/30

    SEJARAH POLITIK MALAYSIA: NEGARA MALAYSIA DI BAWAH PIMPINAN EMPATPERDANA MENTERI

    15

    sebab kesihatan. Pada 29 Mei 1990, beliau telah menghembuskan nafas yang terakhir dan

    beliau disemadikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara, Kuala Lumpur.

    3.1 DASAR DAN PERKEMBANGAN YANG TELAH DILAKSANAKAN SEPANJANG

    PEMERINTAHAN.

    Tun Hussein Onn menjalankan dasar luar yang mempunyai matlamat berkecuali dan

    berpendirian sama jarak. Antara dasar yang dilaksanakan adalah termasuk kerjasama dengan

    negara tanpa mengira ideologi atau sistem sosial yang diamalkan oleh negara tersebut. Dasar

    yang telah dibentuk oleh Tun Hussein Onn adalah berasaskan persahabatan dan saling hormat-

    menghormati, tidak campur tangan dan mengekalkan prinsip kewilayahan serantau. Malaysia

    telah menjalinkan hubungan dengan negara Asia Tenggara dan negara-negara IndoChina

    seperti Republik Demokratik Vietnam. Hubungan diplomatik negara Malaysia dengan Vietnam

    adalah sebagai sumbangan terhadap perkembangan dan kekuatan kerjasama antara negara-

    negara serantau.

    Malaysia turut menaja konsep Zone of Peace, Freedom and Neutrality(ZOPFAN) malah

    mempertahankan Deklarasi Berkecuali 1971 Association of Southeast Asian Nations (ASEAN).

    Dasar luar Malaysia telah ditumpukan dengan negara Vietnam. Pada tahun 1976, Malaysia telah

    menjalinkan hubungan rasmi dengan Republik Sosialis Vietnam (penyatuan negara Vietnam

    Selatan dan Vietnam Utara). Hubungan diplomatik Malaysia dengan Vietnam merupakan

    sebahagian dari matlamat tempoh jangka panjang dasar luar Malaysia dalam mengekalkan

    konsep zon berkecuali

    Pada tahun 1978, hubungan Kuala Lumpur-Hanoi termeterai secara rasminya. Pham Van

    Dong, Perdana Menteri Vietnam telah melawat ke Malaysia dan dua buah negara ASEAN

    merupakan isyarat Vietnam berazam untuk mengekalkan hubungan diplomatik dengan

    Malaysia. Hubungan Hanoi dengan China dan Kampuchea semakin merosot. Perdana Menteri

    Vietnam membuat pengumuman rasmi tidak akan membantu pergerakan komunis di negaraThailand dan Malaysia. Persengketaan China-Vietnam dan Vietnam-Kampuchea semakin

    membimbangkan disebabkan pertikaian China-Rusia. Pada tahun 1974, Tun Abdul Razak

    mengadakan lawatan ke Beijing adalah bertujuan untuk mengenetepikan pengaruh Vietnam

    dan Rusia di serantau. Selain itu adalah sebagai jaminan bahawa China tidak menyokong PKM.

    Perdana Menteri China menegaskan bahawa penduduk yang berbangsa Cina tidak diiktiraf

  • 8/12/2019 Sejarah Politik Di Malaysia

    16/30

    SEJARAH POLITIK MALAYSIA: NEGARA MALAYSIA DI BAWAH PIMPINAN EMPATPERDANA MENTERI

    16

    kewarganeraan kembar walaupun bermastautin di Malaysia. Malaysia juga tidak menyenangi

    pendirian Deng Xiaopeng mengenai hubungan dia antara Parti Komunis China dan Parti

    Komunis Malaya (PKM). Semasa Malaysia di bawah pentadbiran Tun Hussein Onn lebih

    menumpukan kepada keselamatan negara dan kerjasama serantau khususnya dalam kalangannegara-negara ASEAN.

    3.2 SUMBANGAN TUN HUSSEIN ONNDi bawah pentadbiran Tun Hussein Onn, beliau banyak memperkenalkan dasar yang tidak lari

    dari Dasar Ekonomi Baru. Dasar Ekonomi Baru yang dirancang untuk tempoh 20 tahun yang

    bermula pada tahun 1971 sehingga 1990. Beliau memperkenalkan Amanah Saham Nasional

    (ASN) yang merupakan satu dana amanah bumiputera bertujuan meningkatkan ekuiti

    bumiputera. Selain itu, semasa rantau Asia Tenggara cemas ekoran Vietnam Selatan yang

    jatuh ke tangan pihak komunis, angkatan bersenjata Malaysia telah diperbesarkan dan

    dimodenisasi. Beliau berusaha untuk membasmi komunis di hutan dan bandar bagi memastikan

    rakyat Malaysia selamat dari ancaman komunis. Keupayaan beliau yang pakar dalam ilmu

    ketenteraan dipratikkan dalam pentadbirannya dalam mengatasi masalah ancaman komunis.

    Satu daripada perkara-perkara yang pertama dilakukan oleh Tun Hussein Onn sebaik sahaja

    beliau mengambil alih teraju jabatan Perdana Menteri ialah untuk memesatkan dan

    memperbaiki pusat-nadi kerajaan yang telah sedia ada di Bilik Gerakan Negara. (Samani Mohd.

    Amin:1953)

    Bilik Gerakan Negara bertujuan untuk membaiki dan memesatkan pusat nadi Kerajaan

    yang telah sedia ada. Bilik tersebut ditempatkan di Bangunan Pusat Komputer di Jabatan

    Perdana Menteri yang dilengkapi dengan suatu sistem komputer yang tersergam. Beliau

    mengarahkan untuk membaiki sistem pengesanan dan taksiran Kerajaan kepada sistem yang

    mempunyai keupayaan untuk menganalisa, menghalang, dan menentukan perancangan-

    perancangan program dan projek bagi mencapai matlamat yang dikehendaki. Beliau juga

    membuat keputusan untuk memperbaiki kemudahan-kemudahan dalam Bilik Gerakan Negara

    supaya dapat mewujudkan suatu sistem perkhidmatan bercorak pembangunan.

    Sistem yang baru telah dijalankan secara manual telah membantu kerajaan mengenai

    proses pembangunan yang memberi kesan terhadap golongan berpendapatan miskin.

    Pembangunan luar bandar telah dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Pertama dan Kedua.

  • 8/12/2019 Sejarah Politik Di Malaysia

    17/30

    SEJARAH POLITIK MALAYSIA: NEGARA MALAYSIA DI BAWAH PIMPINAN EMPATPERDANA MENTERI

    17

    Sistem ini dalam bentuk sistem komputer dan tayangan filem video. Hal ini dapat memudahkan

    menunjukkan kemajuan semasa dan dapat diperiksa secara tepat. Keputusan baru dapat dibuat

    secara tepat berdasarkan rujukan daripada Bilik Gerakan Negara kerana sistem-sistem telah

    dicipta khas untuk mencipta keputusan yang memberikan faedah yang baik kepada rakyat.Kerajaan menggunakan sistem pengesanan dan pentaksiran yang mempunyai kelebihan untuk

    merancang, melaksanakan dan menguruskan proses pembangunan negara dengan berkesan.

    Kebaikan sistem ini dapat menambah data baru untuk mendapatkan keputusan-keputusan yang

    lebih baik.

    Pada 17 Ogos 1978, Tun Hussein Onn telah membuka Bangunan Pusat Komputer. Pusat

    ini berperanan untuk memerhati kemajuan rancangan-rancangan pada masa ini dan akan

    datang. Tun Hussein Onn memperkenalkan inovasi baru dalam pentadbirannya. Beliaumendesak Menteri- Menteri Kabinet, Ahli-ahli Parlimen dan Dewan Negeri untuk mengadakan

    sesi bertemu dengan rakyat bagi mengetahui hasrat-hasrat serta keperluan rakyat.

    Pemerintahan Tun Hussein Onn merupakan kerajaan rakyat kerana beliau mengutamakan

    perpaduan rakyat dengan bertemu rakyat secara bersemuka bagi mendengar luahan daripada

    rakyat.

    Dalam mengatasi masalah korupsi, beliau memandang perkara tersebut secara serius

    kerana isu- isu korupsi bukan sahaja berlaku dalam kalangan masyarakat sahaja malah berlaku

    dalam kalangan pemimpin parti politik. Kerajaan telah menubuhkan satu jemaah penyiasat awal

    tahun 1975 untuk menyiasat tuduhan-tuduhan korupsi. Isu rungutan pekebun-pekebun kecil

    tentang baja-baja yang dibekalkan melalui Lembaga Kemajuan Perusahaan Pekebun-pekebun

    Kecil Getah (RISDA) menjadi keras dan tidak boleh digunakan. Tan Sri Kadir mengarahkan

    pegawai-pegawai RISDA menerangkan rungutan-rungutan pekebun kecil tersebut dan

    menyuruh Biro Siasatan Negara menyiasat pembelian $2 juta pembelian baja dengan Syarikat

    Korea Selatan.

    Pada tahun 1974, Tun Abdul Razak telah menubuhkan Barisan Nasional yang disertai

    oleh UMNO, MIC, MCA, PAS, Parti Gerakan, Parti Progresif Rakyat, Parti Bersatu Rakyat

    Sarawak, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu dan Perikatan Sabah. Pada awalnya pembentukan

    Barisan Nasional tidak mendatang masalah namun pada tahun 1977, cetusan politik telah

    berlaku di Kelantan. Proses pembentukan Kerajaan campur antara Perikatan dan Parti Islam Se

  • 8/12/2019 Sejarah Politik Di Malaysia

    18/30

    SEJARAH POLITIK MALAYSIA: NEGARA MALAYSIA DI BAWAH PIMPINAN EMPATPERDANA MENTERI

    18

    Malaya (PAS) yang kemudiannya barulah menjadi Barisan Nasional. Perselisihan pendapat di

    kalangan pemimpin-pemimpin PAS menyebabkan berlakunya perpecahan dengan penubuhan

    satu parti baru yang dikenali sebagai Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia atau lebih dikenali

    sebagai Berjasa. (Zainal Abidin Abdul Wahid et al., 1996) Hal ini menyebabkan PAS keluardaripada Barisan Nasional. Pergolakan politik tersebut menyebabkan PAS dipinggirkan kerana

    pergolakan tersebut berpunca dari perselisihan antara pemimpin-pemimpin dalam parti

    tersebut.

    Selain itu, golongan bukan bumiputera merasakan Dasar Ekonomi Baru (DEB) tidak

    mendatangkan keuntungan terhadap mereka. Mereka mengemukakan cadangan untuk

    menubuhkan Universiti Merdeka yang menggunakan bahasa Cina sebagai bahasa pengantar.

    Cadangan yang dikemukakan mendapat sambutan yang baik dari Barisan Nasional. Dapatdisimpulkan, kepimpinan Tun Hussein Onn membuktikan perpaduan rakyat merupakan

    keutamaan kerana beliau sangat mementingkan keamanan dalam kalangan rakyat Malaysia.

    4.0 LATAR BELAKANG TUN DR. MAHATHIRTun Dr. Mahathir Mohamad merupakan Perdana Menteri Malaysia yang keempat dan mendapat

    gelaran sebagai Bapa Pemodenan Malasyia. Beliau merupakan anak ke sembilan kepada

    pasangan Mohamad bin Iskandar seorang guru besar Sekolah Inggeris dan Wan Tempawan

    binti Wan Hanafi dan dilahirkan di Lorong Kilang Ais, Seberang Perak, Alor Setar. Beliau

    berpendidikan awal di Sekolah Melayu Seberang Perak pada 1930. Kemudian beliau

    melanjutkan pengajian menengah di Government English School, Alor Setar yang kini dikenali

    sebagai Kolej Sultan Abdul Hamid.

    Dasar kerajaan Kedah yang memulakan pendidikan Inggeris pada awal kurun ke-20 telah

    berjaya melayakkan ramai anak-anak negeri Kedah menggantikan pegawai-pegawai British

    yang berhenti. Tun Dr. Mahathir merupakan antara anak jati Kedah yang menerima manfaat

    dasar kerajaan Kedah tersebut. Beliau juga seorang yang minat berniaga sehingga beliaupernah berniaga kecil-kecilan di Pekan Rabu semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Pada

    ketika itu, beliau sedang menangguhkan pengajian di King Edward VII College OF Medicine,

    Singapura yang tergendala akibat daripada pendudukan Jepun. Pada tahun 1953, beliau telah

    dianugerahkan Ijazah Doktor Perubatan (M.B.B.S) dari University of Malaya, Singapura.

  • 8/12/2019 Sejarah Politik Di Malaysia

    19/30

    SEJARAH POLITIK MALAYSIA: NEGARA MALAYSIA DI BAWAH PIMPINAN EMPATPERDANA MENTERI

    19

    Tun Dr. Mahathir menjinak-jinakkan diri dengan arena politik bermula pada tahun 1945

    dengan menyertai SABERKAS, Kesatuan Melayu Kedah, Kesatuan Pemuda Melayu Kedah dan

    seterusnya UMNO (Dr. Zahidi, 2003). Beliau juga aktif dalam penentangan Malayan Union dan

    beliau sendirilah menampal poster-poster di jalanan bagi menaikkan semangat orang Melayuagar tidak menyokong Malayan Union. Semasa berada di dalam UMNO, beliau pernah dilantik

    sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO (1972), Menteri Pelajaran (1974-1977), Menteri

    Perdagangan dan Perindustrian (1978-, Timbalan Perdana Menteri dan akhir sekali Perdana

    Menteri (1981-2003).

    Di sini, kita akan membincangkan apa dasar-dasar yang beliau pernah cadangkan dan

    laksanakan untuk Malaysia sepanjang kepimpinan beliau, sumbangan yang telah beliau berikan

    kepada Malaysia, cabaran-cabaran yang beliau hadapi dan bagaimana tampuk kepimpinanPerdana Menteri beliau bertukar tangan.

    4.1 KERJAYA AWAL

    Pada tahun 1957, Dr. Mahathir dan isterinya telah membuka klinik persendirian Melayu pertama

    di negeri Kedah iaitu Klinik MAHA, di Jalan Tunku Ibrahim, Alor Setar. Selain memberi

    perkhidmatan dalam bidang perubatan, beliau juga turut berminat dengan bidang penulisan.

    Minat beliau tidak dipersiakan begitu sahaja malah beliau juga turut menyumbang keringat

    sebagai penyunting sebuah majalah perubatan The Couldron terbitan kolej pengajian beliau

    dahulu. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan, sejak itulah

    keprihatinan beliau terhadap masalah ekonomi dan politik Melayu telah diluahkan dalam titipan

    rencana-rencana yang diterbitkan oleh Sunday Times di bawah nama pena yang sebati dengan

    dirinya sejak kecil lagi iaitu C.H.E Det antara tahun 1946-1950.

    4.2 AHLI MAJLIS TERTINGGI UMNO DAN MENTERI PELAJARAN

    Kehadiran Dr.Mahathir dalam masa pemerintahan Tun Razak merupakan suatu peristiwa besar

    dalam sejarah UMNO. Kembalinya Dr. Mahathir dalam arena politik telah menggemparkan

    seluruh masyarakat UMNO pada waktu itu. Setelah diterima kembali menjadi anggota UMNO,

    beliau telah dilantik menjadi ahli majlis tertinggi UMNO. Atas kemampuan beliau dan keyakinan

    Tun Razak terhadap kebolehan Dr. Mahathir maka mulalah beliau merasakan nikmat dari

    perjuangan politiknya apabila beliau dilantik sebagai Menteri Pelajaran di bawah pentadbiran

  • 8/12/2019 Sejarah Politik Di Malaysia

    20/30

    SEJARAH POLITIK MALAYSIA: NEGARA MALAYSIA DI BAWAH PIMPINAN EMPATPERDANA MENTERI

    20

    Allahyarham Tun Abdul Razak. Dr. Mahathir merupakan orang yang pertama menjadi Menteri

    Pelajaran dalam kabinet Barisan Nasional. Salah satu usaha beliau adalah membawa perubahan

    kampus Universiti Kebangsaan. Ucapan semasa beliau dilantik Pengerusi Ahli Majlis Universiti

    Kebangsaan antara lain menyentuh tentang pembiayaan universiti tersebut menelan belanjahampir $95 juta menjelang tahun 1980.

    Selain itu, usaha lain sebagai permulaan semasa Dr. Mahathir bertugas dengan Tun Razak,

    perhatiannya ditumpukan pada masalah yang terdapat di sekolah-sekolah rendah luar bandar.

    Antara perkara yang diberi perhatian adalah berhubung dengan penyusunan semula

    pentadbiran di sekolah-sekolah. Begitu juga dengan masalah keciciran pelajar, tentang ini Dr.

    Mahathir mengarahkan agar kajian dilaksanakan supaya masalah itu dapat diatasi. Masalah

    kekurangan guru-guru juga mendapat perhatian yang serius dari Dr. Mahathir. Hal ini demikiankerana masalah kekurangan guru sangat mudah diatasi oleh beliau dengan mengimport guru-

    guru dari Indonesia dan peningkatan mutu guru-guru sementara telah dapat mengurangkan

    beban masalah tersebut. Masalah buku-buku teks sekolah telah mendapat perhatian utama dari

    Dr. Mahathir. Beliau telah melancarkan skim pinjaman buku-buku teks bagi membantu

    golongan masyarakat yang tidak mampu membiayai persekolahan anak-anak mereka.

    Antara sumbangan lain, beliau menyeru pada ahli-ahli sejarah menulis buku-buku sejarah

    tentang pejuang-pejuang bangsa tanah air. Menerusi penulisan tersebut haruslah dari sudut

    atau mengikut Malaysian Centric. Selain itu, beliau telah mengemukakan suatu sistem

    pangambilan pelajar tingkatan enam menurut satu ketetapan dasar, di mana pengambilan

    tersebut dari golongan bumiputera dan bukan bumiputera menurut standard yang telah

    ditentukan. Standard tersebut ialah pelajar yang bukan bumiputera memperolehi kelulusan

    yang tinggi untuk memasuki tingkatan enam. Menurut beliau perbezaan ini dibuat kerana

    berdasarkan kepada fasiliti pelajaran yang terdapat pada murid-murid bukan bumiputera adalah

    lebih baik dari murid-murid bumiputera yang kekurangan fasiliti dalam pelajaran. Hal ini

    demikian kerana kebanyakkan murid bukan bumiputera berasal daripada bandar, sedangkanmurid-murid bumiputera kebanyakkan datang dari desa. Oleh sebab itulah pencapaian

    kelulusan mereka tidak sebaik murid-murid bukan bumiputera. Lebih ramai murid bumiputera

    diambil adalah merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan untuk menyusun semula

    masyarakat dan membasmi kemiskinan.

  • 8/12/2019 Sejarah Politik Di Malaysia

    21/30

    SEJARAH POLITIK MALAYSIA: NEGARA MALAYSIA DI BAWAH PIMPINAN EMPATPERDANA MENTERI

    21

    Seterusnya, Dr. Mahathir turut berusaha untuk mengimbangkan bilangan bumiputera dan

    bukan bumiputera dalam bidang pelajaran dengan memperlihatkan sikap yang tegas dalam

    masalah Institut Teknologi Mara (ITM). ITM ditubuhkan untuk mengisi kekurangan bumiputera

    dalam bidang pelajaran profesional dan salah satu daripada asas perpaduan ialah pembahagiankekayaan negara secara adil. Pembahagian kekayaan negara adalah melalui bidang profesional.

    Kalau bidang pelajaran profesional tidak ditanamkan pada anggota masyarakat bumiputera

    maka sudah tentu kehidupan ekonomi negara akan terancam.

    Seterusnya, sumbangan Dr.Mahathir sebagai Menteri Pelajaran ialah melaksanakan Akta

    Universiti dan Kolej Universiti 1975 (AUKU). Akta tersebut lahir akibat demonstrasi besar-

    besaran pelajar pada 3 Disember 1974. Akta tersebut sebagai langkah untuk melemahkan

    kegiatan pelajar. Antara tujuan lain akta tersebut adalah untuk mengharamkan para penuntutdari memegang sebarang jawatan dalam kesatuan-kesatuan sekerja, parti-parti politik dan

    persatuan-persatuan penuntut bersekutu. Walaupun akta tersebut mendapat tentangan

    daripada pertubuhan pelajar, parti-parti politik dan orang perseorangan, namun akhirnya

    dinyatakan sebagai mendapat sokongan dari rakyat. Selain itu, beliau juga turut mengubah

    kuota kemasukan, dan beberapa kriteria kemasukan ke pusat-pusat tersebut, mengadakan

    biasiswa dan menubuhkan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

    4.4 TIMBALAN PERDANA MENTERI DAN MENTERI PERDAGANGAN DAN

    PERINDUSTRIAN

    Di arena politik pula, kemenangan beliau dalam pemilihan salah satu daripada kerusi Naib

    Presiden dalam Perhimpunan Agong UMNO (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu) pada

    tahun 1975 telah menjadi batu loncatan kepada asas kejayaan politik beliau sehingga kini.

    Ketika Allahyarham Tun Hussein Onn menjawat Perdana Menteri Malaysia ke-3 dan Presiden

    UMNO, Dr. Mahathir telah dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri sekaligus menjawat

    jawatan Timbalan Presiden Parti. Kemenangan Dr. Mahathir buat kesekian kalinya dalam pilihan

    raya umum pada tahun 1978 telah melayakkan beliau mengekalkan jawatannya di dalam

    kabinet kerajaan dan parti.

    Pada dasarnya, perlantikan Dr. Mahathir sebagai Timbalan Perdana Menteri telah

    mendapat sokongan sepenuhnya dari ahli-ahli UMNO, malah seluruh lapisan rakyat Malaysia

    telah menyokongnya atas sikap percaya kepada pemilihan yang telah dibuat oleh pucuk

  • 8/12/2019 Sejarah Politik Di Malaysia

    22/30

    SEJARAH POLITIK MALAYSIA: NEGARA MALAYSIA DI BAWAH PIMPINAN EMPATPERDANA MENTERI

    22

    pimpinan. Daripada jawatan Menteri Pendidikan, Dr. Mahathir berpindah ke Kementerian

    Perdagangan dan Industri dalam tahun 1978. Beliau juga adalah Pengerusi Jawatankuasa

    Pelaburan Kabinet dimana beliau tidak putus-putus menggalakkan perdagangan dan pelaburan

    asing.

    4.5 PERDANA MENTERI

    Kemenangan Dr. Mahathir dalam pilihan raya umum tahun 1978 telah membolehkan beliau

    mengekalkan jawatannya di dalam kabinet dan parti. Akhirnya, pada 16 Julai 1981 berikutan

    perletakan jawatan Perdana Menteri oleh Tun Hussien Onn atas sebab kesihatan, Dr. Mahathir

    telah dipilih menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri yang ke- 4 pada usia 55 tahun.

    Pada tahun 1997, majalah Asiaweek telah menamakan Dr. Mahathir sebagai antara 50individu yang paling berkuasa di Asia, dimana beliau menduduki tempat kedua dalam senarai

    yang dikeluarkan oleh majalah tersebut. Penamaan beliau memang tepat kerana ekonomi dunia

    ketika itu berada dalam kegawatan manakala krisis mata wang melanda kebanyakan negara di

    dunia terutamanya negara-negara di Asia seperti Indonesia, Thailand dan Filipina. Dr. Mahathir

    berjaya mengawal kegawatan ekonomi dengan menambat ringgit kepada dollar Amerika, satu

    pendekatan yang mendapat kritikan hebat pada mulanya oleh badan kewangan dunia seperti

    Bank Dunia dan International Monetary Fund(IMF). Terbukti kesannya, Malaysia adalah satu-

    satunya negara yang berjaya melepaskan diri daripada belenggu kegawatan tersebut tanpa

    perlu mengikat diri kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh IMF seperti yang berlaku

    kepada negara-negara lain di Asia. Malah, Pengurus Besar IMF, Horst Kohler, pernah memuji

    tindakan yang diambil Dr. Mahathir dalam mengawal matawang negara. Kedudukan beliau

    sebagai Chief Executive Officer(CEO) Malaysia adalah sesuai dan tepat dengan visi yang beliau

    rancang dan sasarkan. Dr. Mahathir telah mengubah sektor ekonomi asas negara daripada

    sebuah negara yang berasaskan pertanian kepada sebuah negara berasaskan perindustrian.

    Detik-detik awal beliau diamanahkan menjadi Perdana Menteri Malaysia, sektor ekonomi negara

    pada ketika itu banyak bergantung kepada bahan komoditi utama seperti getah, kelapa sawit,

    timah dan industri petroleum yang masih lagi diusahakan secara kecil-kecilan.

    Dr. Mahathir telah membuat keputusan untuk mempelbagaikan kegiatan ekonomi

    negara dan sekaligus mengurangkan pergantungan terhadap bahan komoditi. Keputusan yang

    beliau ambil adalah tepat kerana pada pertengahan tahun 1980-an, harga bahan-bahan

  • 8/12/2019 Sejarah Politik Di Malaysia

    23/30

    SEJARAH POLITIK MALAYSIA: NEGARA MALAYSIA DI BAWAH PIMPINAN EMPATPERDANA MENTERI

    23

    komoditi jatuh dengan teruk. Hal ini ditambah pula dengan peningkatan harga mata wang Yen

    yang menyebabkan berlaku kegawatan ekonomi selama beberapa tahun. Kini, kebergantungan

    ekonomi negara terhadap bidang perindustrian begitu ketara apabila sektor perkilangan

    membentuk 30% daripada asas ekonomi negara manakala sektor pertanian menurun kepada8% sahaja berbanding 23% kira-kira 22 tahun lalu. Dr. Mahathir telah memperkenalkan dasar

    Persyarikatan Malaysia iaitu suatu dasar dimana Malaysia diandaikan sebagai sebuah syarikat

    dan rakyatnya sebagai pekerja dan pemegang saham. Beberapa agensi kerajaan telah

    diswastakan untuk meringankan bebebanan kewangan dan kerajaan. Semasa pentadbirannya

    banyak syarikat utiliti seperti Lembaga elektrik negara, Jabatan Telekom dan sebagainya, telah

    disenaraikan sebagai korporat awam. Persyarikatan Malaysia telah berjaya meningkatkan

    prestasi, daya pengeluaran serta imej negara.

    Dr. Mahathir juga meningkatkan penyertaan bumiputera dalam pemilikan saham sektor

    perusahaan dan perdagangan dengan penubuhan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan

    Amanah Saham Nasional serta Amanah Saham Bumiputera dan beberapa saham amanah dalam

    porfolio PNB. Dalam usaha melakar nama negara di arena antarabangsa, pelbagai projek

    gergasi telah diilhamkan oleh Dr. Mahathir. Antara yang terawal ketika beliau baru memegang

    jawatan sebagai Perdana Menteri ialah projek pengeluaran kereta proton melalui HICOM (Heavy

    Industries Corporation of Malaysia). Walaupun projek beliau ini dianggap agak keterlaluan

    memandangkan negara ketika itu masih muda dalam projek pembuatan kereta nasional namun

    negara kita boleh berbangga kerana projek ini begitu berjaya sehingga mampu bersaing

    dengan pengeluar kereta lain di seluruh dunia. Sebagai orang yang memegang tampuk tertinggi

    pengurusan negara, masalah kewangan sering menjadi perhatian beliau dan antara tugas

    penting beliau adalah memastikan perbelanjaan kewangan negara berada dalam keadaan

    terkawal.

    Selain projek kereta nasional, satu lagi projek besar (mega project) yang beliau cetus

    ialah Koridor Raya Multimedia atau Multimedia Super Corridor (MSC). Projek ini ilhamkan dandirealisasikan memandangkan Dr. Mahathir telah sedar akan peri pentingnya teknologi

    maklumat dan komunikasi (ICT) dalam dunia perdagangan masa kini dan masa depan. Projek-

    projek besar yang dibangunkan dan direalisasikan semasa beliau menjadi CEO Malaysia

    antaranya ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Stadium Nasional Jalil,

    Litar Antarabangsa Sepang, tempat perlumbaan sukan permotoran berprestij, Formula One dan

  • 8/12/2019 Sejarah Politik Di Malaysia

    24/30

    SEJARAH POLITIK MALAYSIA: NEGARA MALAYSIA DI BAWAH PIMPINAN EMPATPERDANA MENTERI

    24

    Menara Berkembar Petronas. Projek-projek ini secara tidak langsung berjaya meletakkan

    Malaysia sebagai sebuah negara sedang membangun yang dikenali dunia. Malah corak

    pentadbiran dan ketegasan yang ditunjukkan oleh Dr. Mahathir semasa menjadi Perdana

    Menteri menyebabkan negara ini disegani dunia. Sepanjang tempoh 22 tahun sebagai PerdanaMenteri, Dr. Mahathir telah membawa Malaysia ke persada kecemerlangan. Malaysia telah

    melalui pelbagai pembaharuan fizikal, mental dan sosial. Malaysia telah menjadi negara yang

    disegani dan dihormati di pentas dunia. Malaysia mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama

    rendah dikalangan negara-negara maju dunia. Kejayaan Malaysia sebagai negara membangun

    dan sebuah negara Islam yang unggul di rantau ini telah diiktiraf dunia. Warisan pusaka yang

    ditinggalkan oleh Dr. Mahathir dapat kita lihat berada di mana sahaja.

    4.6

    DASAR-DASAR YANG DIRANCANG DAN DILAKSANAKAN

    4.6.1 DASAR EKONOMI BARU

    Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah dilancarkan dengan rasminya pada tahun 1971 oleh Tun Abdul

    Razak. Usaha mantan Perdana Menteri Malaysia ini diteruskan oleh Tun Dr. Mahathir semasa

    kepimpinan beliau. Tun membentuk perancangan dalam bentuk Pelan Rangka Perspektif yang

    merangkumi satu siri rancangan lima tahun. Pelan Rangka Perspektif Pertama (RPR1) pada

    tahun 1971 hingga tahun 1990 mengemukakan rangka sosioekonomi yang luas bagi

    memastikan objektif DEB dapat dicapai. Tun menekankan penyerapan sains dan teknologi

    dalam mendorong pertumbuhan ekonomi yang pesat dan daya pengeluran yang menyeluruh.

    Tun memastikan DEB dicapai dengan melaksanakan beberapa penyelidikan dan pembangunan

    (R&D) bagi meningkatkan daya saing eksport Malaysia. Penggunaan teknologi tinggi digalakkan

    bagi meningkatkan keupayaan perindustrian dan teknologi negara (Abdul Aziz Abdul Rahman

    dan Sumangala Pillai, 1997). Dr. Mahathir pernah menjelaskan semasa beliau menjadi Menteri

    Pelajaran bahawa 60% ekonomi negara adalah di tangan pemodal asing, 35% pula di tangan

    bukan bumiputera, sementara hanya kira-kira 5% sahaja di tangan bumiputera. Dalam hal ini,

    bumiputera terpaksa berusaha mencari 25% lagi untuk mencapai matlamat Dasar Ekonomi

    Baru, sementara bukan bumiputera hanya 5% sahaja (Drs. Rahmanmat, 1982).

  • 8/12/2019 Sejarah Politik Di Malaysia

    25/30

    SEJARAH POLITIK MALAYSIA: NEGARA MALAYSIA DI BAWAH PIMPINAN EMPATPERDANA MENTERI

    25

    4.6.2 DASAR LUARBeliau terlibat aktif dalam mana-mana persidangan, pertubuhan, pertemuan, konferens

    dan mesyuarat lain di peringkat antarabangsa seperti Persidangan Negara-negara Komanwel,

    Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Negara-Neara Berkecuali (NAM),

    Pertubuhan Persidangan Islam (OIC, selaku pengerusi), Asia-Pacific Economic Coorporation

    (APEC), East Asia Economic Caucus(AEAC), World Trade Organization(WTO), Mesyuarat Asia-

    Eropah, Organisasi Perdagangan Antarabangsa dan Dasar Luar Islam: Bosnia. Menurut Milne

    dan Mauzy, semasa sesi perhimpunan agung PBB yang ke-50, Tun menyifatkan bahawa hanya

    pada perhimpunan tersebut sahaja suara-suara kecil dunia dapat didengari (Milne dan Mauzy,

    1999). Dasar luar inilah yang menyebabkan beliau dan Malaysia begitu dikenali di mata dunia

    sehingga beliau dijemput untuk menghadiri beberapa pertemuan dengan individu-individu danpemimpin-pemimpin berpengaruh seperti George W. Bush, Kolonel Muammar Gadaffi, dan

    Ketua Gereja Katolik, Pope John Paul II (Dr. Zahidi Dato Zainol Rashid, 2003).

    4.6.3 DASAR PANDANG KE TIMURDasar Pandang ke Timur pernah menjadi kontroversi kerana Tun memilih Jepun dan Korea

    Selatan sebagai role-modelkepada pemodenan Malaysia (Milne dan Mauzy, 1999). Pada zaman

    kepimpinan beliau, rakyat masih bersikap prejudis terhadap Jepun dan tidak pernah terfikir

    akan mencontohi bangsa yang pernah mengkhianati mereka. Apabila beliau mengumumkan

    mengenai Dasar Pandang ke Timur, beliau mengemukakan kenyataan Buy British Last.

    Kenyataan ini menyebabkan ramai pihak yang kurang senang hati. Perkara ini boleh

    menyebabkan hubungan baik antara Malaysia dan Britain terjejas. Malaysia mempunyai

    kepentingan ke atas Britain di mana 70 peratus daripada pelajar asing yang menuntut di sana

    ialah rakyat Malaysia. Tun menganggap bahawa ini adalah risiko yang harus diterima bagi

    menyemai semangat keTimuran akyat Malaysia (Aziz Zariza Ahmad, 1990). Malaysia dan Jepun

    bermula melalui pelaburan bidang elektronik dan barangan elektrik. Jepun dan Malaysia juga

    berkongsi projek mega kilang keluli, Malayawata yang merupakan projek indutri berat di

    Malaysia. Kerjasama ini merupakan kali pertama Jepun mengeksport tenaga mahir kepada

    Negara Dunia Ketiga (M. Rajendran, 1993). Kerjasama ini sebenarnya berlaku sebelum dasar ini

    dilaksanakan. Hubungan yang baik inilah yang mengukuhkan Dasar Pandang ke Timur.

    Kerjasama dan dasar yang berorientasikan Jepun ini telah melahirkan industri otomobil Malaysia

  • 8/12/2019 Sejarah Politik Di Malaysia

    26/30

    SEJARAH POLITIK MALAYSIA: NEGARA MALAYSIA DI BAWAH PIMPINAN EMPATPERDANA MENTERI

    26

    yang pertama. Beliau melawat ke ibu pejabat Mitsubishi di Jepun dan meminta kerjasama

    syarikat ini untuk memulakan perindustrian kereta buatan Malaysia. Usaha ini telah

    membuahkan hasil dengan tertubuhnya Perusahaan Otomobil Nasional Sendirian Berhad

    (PROTON) dan Heavy Industries Corporation Malaysia (HICOM). Pada tahun 1985, Malaysiamengeluarkan kereta nasioanalnya yang pertama, Proton Saga (M. Rajendran, 1993). Dr.

    Mahathir bukan sekadar mencedok kemahiran dari Jepun, malah beliau ingin seluruh rakyat

    Malaysia mnegamalkan budaya bekerja sogo soshaorang Jepun.

    4.6.4 WAWASAN 2020Di dalam penulisan beliau, The Way Forward, Tun Dr. Mahathir menekankan bahawa masa

    hadapan Malaysia terletak pada matlamat kebangsaan iaitu mencapai status sebagai negara

    maju pada tahun 2020. Pada pendapat John Hilley, matlamat yang ditentukan oleh Tun ini

    merupakan fahaman pemodenisasi, mobiliti sosial, dan kekayaan tanpa mengira bangsa dan

    seterusnya membantu rejim politik negara membina pembangunan ekonomi yang kuat (Khoo

    Boo Teik, 2003).

    Antara maklumat asas mengenai Wawasan 2020 adalah bersifat suatu cetusan fikiran

    bukan satu dasar khas yang merupakan mukadimah kepada pembentukan beberapa dasar baru

    atau teras kepada Dasar Pembangunan Nasional yang menggantikan Dasar Ekonomi Baharu

    (Ahmad Sarji, 2003). Matlamat Wawasan 2020 adalah untuk menjadikan Malaysia sebuah

    negara perindustrian yang maju sepenuhnya menjelang tahun 2020 iaitu dalam masa tiga

    dekad. Menerusi Wawasan 2020 terdapat sembilan cabaran strategik untuk membentuk sebuah

    negara maju mengikut cita rasa tempatan iaitu:

    Negara Malaysia yang bersatu. Masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram, yakin diri, gagah,

    dan dihormati.

    Masyarakat demokratik yang matang dan wajar dicontohi. Masyarakat yang bermoral, beretika dan beragama. Masyarakat yang liberal dan bertolak ansur. Masyarakat yang saintifik, inovatif, progresif dan

    berpandangan jauh

  • 8/12/2019 Sejarah Politik Di Malaysia

    27/30

    SEJARAH POLITIK MALAYSIA: NEGARA MALAYSIA DI BAWAH PIMPINAN EMPATPERDANA MENTERI

    27

    Masyarakat yang penyayang dan mempunyai sistemkeluarga yang kukuh.

    Masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi. Masyarakat yang makmur dan mempunyai ekonomi yang

    kukuh dan dinamik.

    4.6.6 DASAR PENSWASTAAN

    Pada tahun 1983, Tun mengumumkan mengenai perlaksanaan dasar penswastaan yang bakal

    dijalankan. Beliau melihat bahawa dasar ini akan membantu meningkatkan mutu perkhidmatan,

    keberkesanan dan memberi peluang kepada syarikat tempatan berdikari selain daripada

    membantu melonjakkan ekonomi negara. Golongan bumiputera dilatih untuk melibatkan diri

    dalam bidang perniagaan. Kaum bumiputera diberi latihan dan pinjaman bagi membangunkan

    perniagaan kecil-kecilan daripada MARA. Dasar ini juga dilihat membantu memenuhi DEB. Pada

    akhir 1990-an, beberapa penswastaan dibuat seperti Sabah Electricity Board, pembinaan

    empangan hidro-elektrik Bakun di Sarawak, dan pengkoperasian Universiti Malaya dan

    Bernama. Dasar yang diperkenalkan di penghujung tahun 1980-an ini bertujuan mengurangkan

    perbelanjaan oleh pihak kerajaan di samping memberi perkhidmatan yang lebih baik.

    4.6.7 MULTIMEDIA SUPER CORRIDOR

    MSC merupakan projek mega yang dilaksanakan pada tahun 1994 sebagai fasa terakhir

    program pengindustrian negara. Skala pembangunannya adalah sangat besar dan mungkin

    memberi kesan kepada negara-negara ASEAN yang lain selain daripada Malaysia. MSC

    dipercayai mampun menjadi periuk nasi kepada Malaysia. Zon MSC merangkumi bahagian

    selatan Kuala Lumpur berukuran 15 Kilometer x 50 Kilometer persegi. Zon ini akan

    menyediakan persekitaran beberapa syarikat baharu berkembang dan membangun. Tujuh ribu

    hektar digunakan untuk membangunkan beberapa struktur mega seperti Lapangan Terbang

    Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang, Litar Lumba Sepang, bandar berteknologi tinggiCyberjaya dan pusat pentadbiran, Putrajaya.

    4.6.8 BERSIH, CEKAP DAN AMANAHSlogan yang dilaungkan bermula pada tahun 1982 ini merupakan antisipasi untuk

    menggalakkan pekerja-pekerja agar tidak mengamalkan amalan rasuah. Beliau risau dengan

  • 8/12/2019 Sejarah Politik Di Malaysia

    28/30

    SEJARAH POLITIK MALAYSIA: NEGARA MALAYSIA DI BAWAH PIMPINAN EMPATPERDANA MENTERI

    28

    wabak rasuah yang kian menular lebih lagi dalam kalangan penjawat awam. Skandal terbesar

    yang pertama melibatkan Bumiputera Malaysia Finance (BMF) dan melibatkan kerugian hampir

    RM2.5 billion kepada kerajaan. Rasuah dalam kalangan pegawai bank diketahui oleh

    masyarakat melalui laporan-laporan yang disediakan oleh Tan Sri Ahmad Nordin. Rasuah dilihatseperti memeras golongan yang miskin demi kepentingan sendiri. Tun tidak mahu gejala tidak

    sihat ini menular dalam kalangan masyarakat. Oleh hal yang demikian, Bersih, Cekap dan

    Amanah merupakan slogan yang harus dipatuhi oleh semua penjawat awam demi menjaga

    ketelusan perkhidmatan awam.

    5.0 PERALIHAN KUASA TUN DR MAHATHIR BIN MOHAMAD KEPADA TUN AHMAD

    BADAWI BIN ABDULLAH

    5.1 PERLETAKAN JAWATAN TUN DR MAHATHIR DAN PENANGGUHAN

    Kenyataan perletakan jawatan Tun Mahathir sungguh mengejutkan semua pihak yang berada di

    dalam dan di luar dewan sewaktu perhimpunan UMNO sehinggakan suasana menjadi kelam

    kabut, Oleh disebabkan permintaan UMNO dan perkara-perkara lain menyebabkan beliau

    terpaksa meneruskan jawatannya untuk 16 bulan lagi dan perletakan jawatan secara sah pada

    31 Oktober 2003. Namun, secara umumnya pada tahun 1998, beliau pernah menyatakan hasrat

    hendak meletakkan jawatan tetapi memandangkan berlaku krisis ekonomi pada masa tersebut

    dan juga skandal politik beliau pada ketika itu membuatkan beliau membatalkan hasrat beliau

    itu.

    Dikatakan Pertubuhan Persidangan Islam atau dalam bahasa Inggerisnya Organization

    of Islamic Conference (OIC) dan Persidangan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM)

    merupakan salah satu sebab penangguhan kepada perletakan jawatan sebagai Perdana Menteri

    ke-4 yang ditangguhkan selama 16 bulan selepas tarikh beliau mengeluarkan kenyataan

    perletakan jawatan tersebut. Beliau telah mempengerusikan kedua-dua persidangan semasa

    Negara Malaysia menjadi ketua rumah bagi persidangan tersebut di mana Tun Dr Mahathirmempengerusikan Sidang Kemuncak Ke-13 NAM di Kuala Lumpur pada Februari 2003. Selain

    mempengerusikan NAM, beliau juga telah mempengerusikan Sidang Kemuncak Ke-10 bagi

    Pertubuhan Persidangan Islam di Putrajaya pada Oktober 2003. Kedua-dua persidangan ini

    menyaksikan Tun Dr Mahathir sentiasa memberikan komitmen yang sangat tinggi walaupun

    beliau tahu, beliau akan meletakkan jawatan dan beliau bukanlah seorang yang bersifat

  • 8/12/2019 Sejarah Politik Di Malaysia

    29/30

    SEJARAH POLITIK MALAYSIA: NEGARA MALAYSIA DI BAWAH PIMPINAN EMPATPERDANA MENTERI

    29

    melepaskan batuk di tangga. Ini menunjukkan bahawa kewibawaan dan sifat kepimpinan Tun

    Dr Mahathir sangat dikagumi oleh pemimpin negara-negara yang lain. Oleh itu, tidak hairanlah

    beliau diberi gelaran Bapa Pemodenan Negara Malaysia yang banyak menyumbangkan

    kepada pembangunan dan seterusnya memodenkan Negara Malaysia sehinggakan namaMalaysia gah di mata dunia dengan dasar-dasar yang diperkenalkan oleh beliau baik dari aspek

    ekonomi, malah dari aspek ekonomi dan sosial.

    KESIMPULAN

    Dapat disimpulkan di sini bahawa negara Malaysia di bawah kepimpinan empat Perdana Menteri

    telah mencapai pelbagai kemajuan tidak kira dari segi politik, ekonomi dan sosial. Para

    pemimpin Malaysia berusaha dengan sedaya upaya mereka dalam mengangkat nama Malaysia

    di mata dunia setanding dengan negara-negara membangun yang lain dan menjadi negara

    maju sejajar dengan wawasan 2020 yang diilhamkan oleh Perdana Menteri keempat iaitu Tun

    Dr. Mahathir Mohamad. Malahan, dengan pengorbanan dan harapan yang tidak pernah putus,

    akhirnya kemerdekaan dapat diperolehi oleh Perdana Menteri pertama Malaysia iaitu Tunku

    Abdul Rahman dari tangan penjajah dengan kerjasama di antara pemimpin-pemimpin yang

    berbilang kaum dan sokongan padu rakyat Malaysia dalam menubuhkan gagasan Malaysia

    walaupun menghadapi pelbagai onak dan cabaran. Ini menjadikan politik negara kita stabil danmelalui pimpinan Tun Razak dalam mewujudkan Dasar Ekonomi Baru yang berhasil

    mengukuhkan ekonomi negara kita serta membantu rakyat tempatan dari segi ekonomi dan

    sosial agar terus maju ke hadapan bersaing dengan negara-negara yang lain. Manakala, Tunku

    Hussien Onn yang mementingkan dan mengamalkan sifat prihatin dan kemanusiaan serta

    mengambil rakyat akan rakyat jelata dalam membasmi kemiskinan dan memastikan keamanan

    Malaysia dengan menjaga hubungan diplomatik Malaysia dengan negara luar menjadikan

    Malaysia sebuah negara yang mempunyai kestabilan politik, ekonomi dan sosial. Tambahan

    pula, perpaduan kaum yang kuat dan sikap bersepadu rakyat yang terdiri daripada berbilang

    kaum menyumbang kepada kemajuan negara Malaysia dari tahun ke tahun. Manakala, melalui

    pimpinan Perdana Menteri yang keempat iaitu Tun Dr. Mahathir telah membawa Malaysia ke

    persada kecemerlangan dan Malaysia di bawah pemerintahan beliau telah berjaya memperolehi

    pembangunan yang jauh ke hadapan dan dikenali di mata dunia. Ini adalah melalui pelbagai

  • 8/12/2019 Sejarah Politik Di Malaysia

    30/30

    SEJARAH POLITIK MALAYSIA: NEGARA MALAYSIA DI BAWAH PIMPINAN EMPATPERDANA MENTERI

    pembaharuan fizikal, mental dan sosial serta telah menjadi negara yang disegani dan dihormati

    di pentas dunia. Kini, Malaysia mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dikalangan

    negara-negara maju dunia. Kejayaan Malaysia sebagai negara membangun dan sebuah negara

    Islam yang unggul di rantau ini telah diiktiraf dunia dan disanjung tinggi kerana keamanannegara yang kukuh hasil kerjasama pemimpin dan rakyat yang bersatu padu menjaga

    keamanan negara. Malahan, warisan pusaka yang ditinggalkan oleh Dr. Mahathir dapat kita

    lihat berada di mana sahaja dan warisan tersebut lah yang harus kita pelihara sampai bila-bila.