pakatan pembangkang dalam politik malaysia

Download pakatan pembangkang dalam politik malaysia

Post on 12-Jun-2015

959 views

Category:

Documents

9 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

pembentukan perikatan yang disusuli Barisan nasional menjadi ilham pembangkang untuk membentuk beberapa pakatan dan pakatan rakyat yang ampuh dilihat salah satu kerjasama yang cuba diwujudkan oleh barisan pembangkang di negara kita.

TRANSCRIPT

1

PENGENALAN Politik mempunyai pengertian yang amat luas, secara mudahnya ia merujuk kepada cara manusia memerintah dan diperintah. Ia dilihat merangkumi segala aspek kehidupan manusia dan melibatkan konsep-konsep seperti kuasa, siapa mendapat apa bila dan bagaimana. Menurut Michael Laver ( 1984 ), politik merujuk kepada harapan, kerisauan, matlamat serta aspirasi yang terdapat dalam sekelompok manusia1. Ia bakal melahirkan dua hasil yang berbeza, konflik ataupun kerjasama. Ini kerana konflik tercetus apabila keinginan manusia tidak tercapai manakala kerjasama pula didorong oleh faktor ketidak upayaan seseorang individu itu untuk bertindak bersendirian2. Kamus Dewan pula mendefinisikan politik sebagai ilmu berkaitan dengan cara pemerintahan atau hubungan dengan negara lain3. Lantaran itu, politik dilihat merangkumi institusi, ideologi, pilihan raya, parti, kekuasaan dan segala aspek yang bersangkut paut dengan pentadbiran sesebuah negara. Plato, Aristotle, Confucius, Ghandi, Ibn Khaldun, Machiavelli, Mill dan Rousseau merupakan antara tokoh-tokoh falsafah politik yang pernah mewarnai dunia politik masa silam. Pasa masa yang sama, peredaran zaman telah menyaksikan kelahiran pelbagai falsafah serta sistem parti yang telah mempelbagaikan lagi rentak politik dunia. Antara falsafah politik dunia yang masih diamalkan sehinggakan hari ini adalah seperti konservatisme, liberalisme, demokrasi dan sosialisme. Sementara itu, terdapat sekurang-kurangnya empat bentuk sistem parti yang

utama iaitu sistem satu parti, sistem dua parti, satu parti dominan dan pelbagai parti. Negara yang mengamalkan sistem satu parti seperti China melambangkan bahawa masyarakatnya dipengaruhi oleh satu ideologi iaitu ideologi komunis. Di mana Parti Komunis China merupakan parti tunggal yang wujud dan bergerak aktif di negara Asia Timur itu. Manakala negara-negara yang mengamalkan sistem dua parti seperti Amerika1 2 3

Michael Laver, Invitation to politics, Basil Blackwell, United Kingdom, 1984, hlm 1. Ibid.

Hajah Noresah bt. Baharom (k.ed.), Kamus Dewan, Dewan Bahasa Pustaka, Kuala Lumpur, 1994, , hlm.1049.

2

Syarikat dan Britain

pula terbentuk hasil daripada dua ideologi besar. Misalnya di

Britain, Parti Buruh dan Konservatif merupakan dua parti dominan dalam senario politik negara itu. Manakala di Amerika Syarikat pula, Parti Demokrat dan Republikan merupakan identiti kepada sistem demokrasi di negara itu. Di samping itu, terdapat juga sistem satu parti dominan yang merujuk kepada penguasaan sesuatu parti utama ke atas sesebuah negara. Corak pemerintahan seumpama ini jelas di Singapura, di mana People Action Party( PAP ) yang ditubuhkan pada 1954 masih berkuasa sehingga ke hari ini. Di negara kita pula, Malaysia dilihat sinomin dengan sistem pelbagai parti yang menyaksikan kewujudan pelbagai parti politik seperti United Malays Nation Organization ( UMNO ), Malaysian Chinese Association ( MCA ), Malaysian Indian Congress ( MIC ), Democratic Action Party ( DAP ), Peoples Progressive Party ( PPP ), Gerakan Rakyat Malaysia ( Gerakan ), Partai Islam Se-Malaysia ( PAS ), Parti Negara, Parti Buruh, Parti Rakyat Malaysia ( PRM ), dan sebagainya. Senario Politik di Malaysia Di Malaysia, semua aktiviti parti-parti politik tertakluk di bawah Akta Pertubuhan 1966. Di samping terdapat akta-akta lain seperti ISA, OSA dan Akta Polis yang telah dikuatkuasakan untuk mengawal aktiviti parti-parti politik di Malaysia.4. Lantaran itu, semua parti-parti politik di negara ini perlu didaftarkan dengan Jabatan Pendaftar Pertubuhan. Kebanyakan parti politik induk didaftarkan di Wilayah Persekutuan yang mencatatkan 14 pendaftaran pada tahun 1995 dan 19965. Menurut Laporan Tahunan Jabatan Pendaftar Pertubuhan, pada tahun 1997 sahaja terdapat 41 buah pertubuhan politik berdaftar di peringkat negeri dan melibatkan 43,387 cawangan di seluruh negara6.

Makmor Tumin, Parti-parti politik di Malaysia: Antara pertimbangan perkauman dan asas ideologi, Dewan Masyarakat, Jilid 37, Bil 7, Julai, Dewan Bahasa Pustaka, Kuala Lumpur, 1999, hlm. 10.5 6

4

Ibid. Ibid.

3

Penubuhan parti-parti politik di Malaysia dipengaruhi oleh beberapa pertimbangan utama iaitu berasaskan perkauman, ideologi, multi-racial ( non-communal ) dan juga agama. Penubuhan awal parti-parti politik di Malaysia banyak berdasarkan pertimbangan perkauman yang rata-rata bertujuan untuk menjaga kepentingan ekonomi, sosial, dan politik sesuatu komuniti. Parti UMNO, MIC dan MCA merupakan antara parti yang ditubuhkan berdasarkan pertimbangan perkauman. UMNO misalnya telah ditubuhkan pada tahun 1946 bertujuan untuk menyatukan orang Melayu untuk menentang penubuhan Malayan Union di samping memelihara kepentingan serta memperbaiki keadaan orang Melayu7. Pada masa yang sama, pertimbangan ideologi turut membawa kepada terbentuknya parti-parti politik seperti Parti Buruh, Parti Rakyat, Parti Kebangsaan Melayu Malaya ( PKMM ) dan DAP. Parti Buruh mendakwa dirinya sebagai parti sosialis tulin8. Di mana dari masa ke semasa, ia menyeru ke arah pemilik negarakan aset-aset negara yang merangkumi perindustrian, perlombongan serta perladangan. DAP pula dilihat berkiblatkan sosialisme demokratik yang menekankan kepada pembentukan sebuah negara Malaysia yang bebas, demokratik dan sosialis berasaskan kepada prinsip kesaksamaan kaum, keadilan sosial dan ekonomi9. Parti Rakyat Malaysia juga dilihat berfahaman sosialis berdasarkan latarbelakang penubuhannya. Di mana, ia merupakan bekas anggota Socialist Front yang menggabungkan Parti Buruh dan Parti Rakyat. Manakala Parti Kebangsaan Melayu Malaya merupakan sebuah parti haluan kiri yang dipengaruhi oleh Parti Komunis Malaya ( PKM )10. PKM berjaya menguasai PKMM dari segi keanggotaan jawatankuasanya. Rashid Maidin dan Abdullah C.D merupakan anggota PKM yang bergiat cergas di dalam PKMM manakala Musa Ahmad, Baharudin Latif dan Shamsuddin Salleh pula dilihat berfahaman sosialis11.

7 8 9

Fuziah Shaffie dan Ruslan Zainuddin, Sejarah Malaysia, Fajar Bakti, Shah Alam, 2001, hlm.392. Gordon P. Means, Malaysian politics, Hodder and Stoughton, London, 1976, hlm.238.

Lee Kam Hing and Tan Chee Beng (ed.), The chinese in Malaysia, Oxford University Press, New York, 2000, hlm 206.10 11

Fuziah Shaffie dan Ruslan Zainuddin, Sejarah Malaysia, hlm. 387. Ibid, hlm. 387.

4

Pembentukan Parti Perikatan Dalam sebuah negara majmuk, Malaysia berhadapan dengan pelbagai cabaran khususnya yang melibatkan kepentingan kaum yang berbeza. Di mana perbezaan latar belakang, kebudayaan, agama, dan pendidikan menjadi penghalang ke arah kewujudan sebuah negara bangsa Malaysia yang sejati. Setiap kaum dilihat berpegang teguh kepada amalan serta tradisi moyang mereka dengan toleransi yang amat terhad. Lantaran itu, pembentukan negara bangsa di Malaysia dilihat masih di awang-awangan sahaja. Menyedari hakikat ini, United Malays National Organization ( UMNO ) dan Malayan Chinese Association ( MCA ) telah mengorak langkah pertama dengan membentuk pakatan UMNO-MCA menjelang pilihan raya Majlis Bandaran Kuala Lumpur pada 16 Februari 1952. Di mana Pengerusi MCA Selangor, Kolonel H.S. Lee dan Ketua Jawatankuasa Kecil pilihan raya UMNO telah sepakat untuk bekerjasama dalam pilihan raya tersebut12. Pakatan sementara itu, ternyata membuahkan hasil apabila, UMNO-MCA berjaya memenangi sembilan daripada dua belas kerusi yang dipertandingkan. Keputusan yang memberangsangkan itu, mendorong pakatan UMNOMCA diteruskan di dalam pilihan raya tempatan di Johor, Melaka dan negeri-negeri lain dan juga menyaksikan keputusannya memihak kepada UMNO dan MCA. Kejayaan-kejayaan ini telah membawa kepada rundingan antara pemimpinpemimpin UMNO-MCA pada 3 Februari 195313. Rombongan UMNO diketuai oleh Tunku Abdul Rahman dan MCA pula diwakili oleh Tan Cheng Lock dan Kolonel H.S Lee. Akhirnya keputusan dicapai dan Parti Perikatan ditubuhkan dan menjelang pilihan raya 1955, Parti Perikatan telah diperkukuhkan lagi dengan kemasukan Parti Malayan Indian Congress ( MIC ) dan seterusnya melengkapkan keanggotaan asal Perikatan yang mewakili tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India. Pilihan raya 1955 telah dilangsungkan pada 27 Julai 1955 dan melibatkan beberapa parti utama seperti Parti Perikatan, Parti Islam Setanah Melayu ( PAS ), Parti12 13

Fuziah Shaffie dan Ruslan Zainuddin, Sejarah Malaysia, hlm. 394. Ibid, hlm. 394.

5

Negara, Parti Buruh dan Parti Progresif Rakyat ( PPP ). Dalam pilihan raya ini, Parti Perikatan telah meletakkan 52 calon yang terdiri daripada 35 calon Melayu, 15 calon Cina dan 2 calon India. Ia mencapai kejayaan di luar dugaan apabila memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan dan bakinya sebuah kerusi dimenangi oleh calon PAS di kawasan Kerian, Perak. Kemenangan sulung Perikatan ini telah memberikan ia mandat untuk merundingkan kemerdekaan Tanah Melayu. Pakatan Parti Pembangkang Dalam Politik Malaysia ( 1959-1969 ) Pilihan raya umum 1959 merupakan yang pertama selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaannya. Ia menyaksikan kemunculan pakatan parti pembangkang yang pertama bagi menyaingi pakatan Parti Perikatan. Parti Sosialis Front ( SF ) telah dilancarkan pada 31 Ogos 1957 dan ia menggabungkan Parti Buruh dan Parti Raayat14. Kemunculan pakatan ini telah bertapak kukuh di Pulau Pinang dan ia mulai menampakkan pengaruhnya dalam pilihan raya Majlis Bandaran George Town dalam tahun 1957. Sosialis Front memenangi 8 daripada 15 kerusi yang dipertandingkan dan dalam pilihan raya Majlis Bandaran George Town yang seterusnya, pada tahun1961, parti itu telah berjaya memenangi 14 daripada 15 kerusi yang dipertandingkan15. Solialis Front telah bertanding bagi 38 kerusi parlimen dengan mempertaruhkan 11 calon Melayu, 20 Cina dan 7 India dalam pilihan raya 195916. Hasilnya ia berjaya memenangi 8 kerusi parlimen dengan lima kerusi diperolehi dari Selangor dan bakinya di Pula