perkembangan politik malaysia

Upload: ida-ismail

Post on 14-Apr-2018

252 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/27/2019 Perkembangan Politik Malaysia

    1/58

    PERKEMBANGAN POLITIK

    MALAYSIAPOLITIK & KERAJAAN

    HNP 3023

  • 7/27/2019 Perkembangan Politik Malaysia

    2/58

    3 FASA UTAMA DALAM PERKEMBANGAN

    POLITIK DI MALAYSIA :

    Fasa Pertama : Era Pra-Kemerdekaan

    (sebelum merdeka hingga tahun 1960)

    Fasa Kedua : Era Pengisian Kemerdekaan

    (Dari Tahun 1960-an hingga 1980-an)

    Fasa Ketiga : Era Pengukuhan Kemerdekaan(Dari tahun 1990-an hingga era 2000-an)

  • 7/27/2019 Perkembangan Politik Malaysia

    3/58

    ERA PRA-KEMERDEKAAN

    (SEBELUM MERDEKA HINGGA TAHUN 1960)

    Kedatangan British telah membawa perubahanke atas struktur politik, ekonomi dan sosial

    masyarakat di Tanah Melayu.

    i. Politik Sistem Residen

    ii. Ekonomi Dasar Pecah dan Perintah &kemasukan imigran dari China dan India

    iii. Sosial perkembangan bidang pendidikan

  • 7/27/2019 Perkembangan Politik Malaysia

    4/58

    GERAKAN NASIONALISME DI MALAYSIA

    Pertambahan bilangan pelajar yang menerimapendidikan di Barat dan Timur Tengah sertakelahiran institusi pendidikan Melayu mendorongkepada penyebaran aliran pemikiran baru/ revolusimental kepada masyarakat.

    Menurut Roff (1980:57) Terdapat tiga golonganintelektual yang membangkitkan semangat

    nasionalisme rakyat, iaitu :

    i. Golongan Berpendidikan Agamaii. Golongan Berpendidikan Sekular Inggerisiii. Golongan Berpendidikan Melayu

  • 7/27/2019 Perkembangan Politik Malaysia

    5/58

    1) GOLONGAN INTELEKTUAL AGAMA

    Tokoh : Syed Sheikh al-Hadi, Syeikh Tahir Jalaluddin danBurhanuddin Helmy.

    Menubuhkan sebuah kumpulan reformis yang dikenalisebagai KAUMMUDA pada tahun 1906.

    KAUM MUDA adalah hasil daripada pengaruh gerakan IslahIslamiyah di Mesir yang dipelopori oleh al-Afghani,Muhammad Abduh & Rashid Rida.

    KAUM MUDA merujuk kepada gerakan membasmi danmenentang amalan karut/kuno Melayu yang tidakberlandaskan kepada ajaran Quran dan Sunnah.

    Matlamat : Mewujudkan reformasi pan-Islamisasi iaitumenjadikan Islam sebagai teras pemerintahan negara.

  • 7/27/2019 Perkembangan Politik Malaysia

    6/58

    Menjadikan Singapura sebagai pusat operasi gerakan

    KAUM MUDA kerana Singapura merupakan pusatperkembangan kesusasteraan dan penerbitan terpentingdi Asia Tenggara.

    Bagaimana KAUM MUDA menyuntik kesedarannasionalisme kepada masyarakat di Tanah Melayu?

    i. Mata Pena Majalah dan akhbarContoh : al-Imam, al-Ikhwan dan Saudara

    ii. Penubuhan madrasahContoh : Madrasah al-Mahsyor, il-Ihya as-Sharif &Madrasah Hamidiah

    Usaha KAUM MUDA mendapat tentangan hebatKAUM TUA.

  • 7/27/2019 Perkembangan Politik Malaysia

    7/58

    Antara tokoh KAUM TUA : Hj. Osman Jalaluddin al-Kelantani, Haji Yaakub Legor & Sheikh Abdullah Fahim.

    KAUM TUA mempraktikkan tradisi konservatif danmempertahankan nilai-nilai establishment yang sediawujud dalam masyarakat.

    Menggunakan akhbar Lidah Benar bgi menyanggahgerakan KAUM MUDA.

    KAUM TUA juga menguatkuasakan undang-undang

    agama bagi menyekat penularan idea-idea KAUMMUDA.Contoh : Enakmen Undang-undang Islam 1904 penyebaran agama perlu mendapatkan kebenaranbertulis daripada Sultan.

  • 7/27/2019 Perkembangan Politik Malaysia

    8/58

    2) GOLONGAN INTELEKTUAL SEKULAR

    INGGERIS

    Golongan yang berpeluang melanjutkan pelajaranke Barat dipengaruhi oleh keadaan sosial di sana.

    Antara tokoh berpendidikan sekular Inggerisadalah seperti Tunku Abdul Rahman, Tun. Dr.Ismail dan Tun Dr. Mohamed Suffian Hashim.

    Menerusi Persatuan Melayu Great Britain merekamempengaruhi pihak British untukmempercepatkan proses kemerdekaan danmenghapuskan Malayan Union.

  • 7/27/2019 Perkembangan Politik Malaysia

    9/58

    3) GOLONGAN INTELEKTUAL MELAYU

    Penubuhan institusi pendidikan Melayu seperti MaktabPerguruan Sultan Idris (MPSI), Maktab Melayu KualaKangsar (MCKK), Kolej Teknik Kuala Lumpur dan KolejPertanian Serdang banyak melahirkan golongan intelektual

    Melayu yang aktif menyebarkan wacana perjuangannasionalisme.

    Tokoh : Ibrahim Hj. Yaakob, Isa Mohamad, Hassan Manandan Ishak Hj. Muhamad.

    Mereka memanifestasikan kebangkitan semangat kebangsaanini ke dalam bentuk parti-parti politik seperti KesatuanMelayu Muda (KMM), Kesatuan Melayu Singapura (KMS),Persatuan Melayu Perak dan Persatuan Melayu Pahang.

  • 7/27/2019 Perkembangan Politik Malaysia

    10/58

    KESATUAN MELAYU MUDA (KMM) Merupakan parti politik kebangsaan yang paling awal di Tanah

    Melayu- ditubuhkan pada tahun 1938 oleh Ibrahim Yaakob.

    Matlamat utamanya adalah untuk membebaskan Tanah Melayudaripada penjajahan British dan mewujudkan gagasan MelayuRaya- Penyatuan Tanah Melayu dan Indonesia.

    Radikal & berhaluan kiri kerana mengamalkan dasar yangbertentangan dengan British.

    KMM mengadakan pakatan dengan Jepun untuk menggulingkanBritish.

    Menggunakan akhbar WartaMalaya untuk menyebarkan perasaananti-British kepada masyarakat.

    Parti ini diharamkan British dan pemimpin-pemimpinnyaditangkap pada tahun 1942.

  • 7/27/2019 Perkembangan Politik Malaysia

    11/58

    PARTI KEBANGSAAN MELAYU MALAYA

    (PKMM) Kegagalan KMM telah mendorong penubuhan sebuah lagi parti politik iaitu PKMMpada 17 Oktober 1945.

    Sebuah parti politik Melayu pertama yang diasaskan oleh Ahmad Boestamam danMokhtaruddin Lasso demi membela nasib kaum Melayu di negara ini.

    Mempunyai pengaruh komunis memperkenalkan 8 Dasar yang diinspirasikandaripada rancangan 9 perkara oleh Parti Komunis Malaya (PKM).

    Menubuhkan sayap pemuda dan pemudi yang dikenali sebagai Angkatan PemudaInsaf (API) danAngkatan Wanita Sedar (AWAS).

    Pada awalnya, PKMM memperjuangkan misi untuk membentuk Melayu Raya, tetapimatlamat ini mendapat sokongan rakyat dan ahlinya sendiri. Oleh itu, merekamenukar hala tuju dengan membentuk satu gabungan parti-parti Melayu Radikal,iaitu Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA).

    PUTERA akhirnya bekerjasama dengan parti-parti bukan Melayu iaituAll MalayanCouncil of Joint Action (AMCJA).

  • 7/27/2019 Perkembangan Politik Malaysia

    12/58

    PUTERA - AMCJA Merupakan gabungan terawal parti-parti Melayu dan bukan Melayu di negara ini - 1947

    Matlamat utama yang diperjuangkan adalah pembentukan negara bangsa yangmenegaskan satu kerakyatan.

    Oleh itu, mereka telah merangka Perlembagaan Rakyat bagi menggantikan MalayanUnion.

    Terdapat 10 prinsip asas dalam Perlembagaan Rakyat ini :

    I. Singapura disatukan dengan Malaya

    II. Hanya satu kerajaan pusat dan majlis negeri-negeri yang dipilih.

    III. Raja-raja Melayu mempunyai kuasa sebenar

    IV. Menyediakan keistimewaan tertentu bagi kemajuan orang Melayu dari segi politik dan

    ekonomi.V. Adat istiadat Melayu dan agam Islam dikawal sepenuhnya oleh orang Melayu.

    VI. Kerakyatan serata bagi semua orang.

    VII. Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan

    VIII. Pertahanan dan hal ehwal negeri menjadi tanggungjawab bersama kerajaan Malayadan kerajaan British.

    IX. Kerakyatan Malaya dinamakan Melayu

    X. Warna merah putih dimasukkan sebagai latar belakang bendera kebangsaan Malaya.

  • 7/27/2019 Perkembangan Politik Malaysia

    13/58

    British menolak Perlembagaan Rakyat yang dicadangkanoleh PUTERA-AMCJA kerana mereka hanyamenjalankan rundingan dengan golongan elit dan raja-

    raja Melayu dan bimbang kedudukan British akanterancam di Tanah Melayu.

    PUTERA-AMCJA telah melancarkan mogokHari HartalSemalaya pada 20 September 1947 protes besar-

    besaran tanpa keganasan, hanyalah penutupan semuapremis yang beroperasi seperti kilang, kedai, sekolah,pejabat dan ladang.

    Matlamat utama : untuk mencetuskan ketidakakuran

    awam sebagai tanda protes terhadap British.

    Akibatnya, pemimpin PUTERA-AMCJA seperti AhmadBoestamam, Abu Bakar Bakir dan Burhanuddin Helmyditangkap di bawah Undang-undang Darurat 1948kerana dikaitkan dengan fahaman komunis.

  • 7/27/2019 Perkembangan Politik Malaysia

    14/58

    MALAYAN UNION

    Diisytiharkan oleh British pada 1 April 1946 merupakan gabunganNegeri-negeri Melayu dengan Negeri-negeri Selat (tanpa Singapura).Singapura dikekalkan sebagai tanah jajahan kerana penyertaan Singapuraakan mencetuskan penentangan terhadap Malayan Union.

    Hasrat British untuk menyediakan kemerdekaan kepada tanah Melayu.

    Kuasa pentadbiran terletak sepenuhnya kepada Gabenor British yangpertama Sir Edward Gent

    Tujuan penubuhan :

    i. Membentuk bangsa Malayan Union

    ii. Mengawal kuasa politik Melayu raja-raja Melayu kehilangan kuasaiii. Penguasaan British ke atas ekonomi Tanah Melayuiv. Memastikan agar sumber tenaga kerja (imigran) tidak terjejas

    kerakyatanjus soliv. Kukuhkan pertahanan Britishvi. Wujudkan pentadbiran yang cekap dan seragam

  • 7/27/2019 Perkembangan Politik Malaysia

    15/58

    PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU

    BERSATU (UMNO) Ditubuhkan pada 20 September 1946 bertujuan untuk melindungi hak-hak

    orang Melayu dengan membantah pembentukan gagasan Malayan Union.

    Penubuhan UMNO telah membuka ruang kepada golongan elit Melayu pro-

    Barat untuk mengambil alih perjuangan menuntut kemerdekaan.

    Mengapa UMNO membantah pembentukan Malayan Union sedangkanUMNO adalah sekutu kuat British? Penentangan terhadap Malayan Unionberlaku di semua peringkat akar umbi masyarakat Melayu.

    Mereka mempersoalkan mengenai isu kerakyatan jus soli yang terlalu

    longgar dan mudah, penghapusan kedudukan Raja-raja Melayu danpenarikan semula hak istimewa orang Melayu.

    Maka, satu perhimpunan yang melibatkan lebih daripada 41 persatuanMelayu termasuk PKMM diadakan di Kuala Lumpur. Hasilnya, UMNOterbentuk di bawah pimpinan Onn Jaafar.

  • 7/27/2019 Perkembangan Politik Malaysia

    16/58

    Namun, wujud pertembungan dalam perjuangan PKMM dan

    UMNO. PKMM ingin menuntut kemerdekaan sepenuhnya dariBritish, manakala UMNO hanya sekadar ingin mengembalikanstatus quo golongan elit Melayu tanpa kemerdekaan.

    Kelebihan UMNO :

    i. Berjaya merapatkan kembali hubungan sultan-sultan Melayu danrakyat.

    ii. Dasar UMNO yang sering melindungi hak Melayu mendapatsokongan besar masyarakat Melayu.

    iii. Mengambil pendekatan pragmatik dengan menggunakanhubungan baik yang dijalinkan oleh pembesar Melayu danBritish demi kepentingan perjuangan mereka.

    UMNO berjaya mencapai kesepakatan dengan British untukmembubarkan Malayan Union dan membentuk Perlembagaan1948.

  • 7/27/2019 Perkembangan Politik Malaysia

    17/58

    MALAYSIAN INDIAN CONGRESS (MIC) Ditubuhkan pada Ogos 1946 diketuai oleh John A. Thivy.

    Perjuangan awal MIC menyokong kemerdekaan di India,

    tetapi kurang mendapat sambutan dari rakyat India di TanahMelayu.

    Selepas kemerdekaan India pada tahun 1947, MICmenumpukan kepada isu kerakyatan, taraf hidup dankebajikan masyarakat India di Tanah Melayu.

    MIC pernah menyertai parti serpihan Dato Onn Jaafar (IMP)tetapi tidak mendapat sambutan.

    Namun, pada tahun 1955 MIC bergabung dengan UMNO danMCA untuk membentuk Parti Perikatan.

  • 7/27/2019 Perkembangan Politik Malaysia

    18/58

    PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN 1948

    Ditubuhkan hasil daripada perbincangan jawatankuasa yang terdiridaripada wakil-wakil UMNO, Raja-raja Melayu dan wakil kerajaanBritish.

    Mendapat tentangan orang-orang Cina, PKMM dan AMCJA.

    Antara intipati :

    a) Kuasa memerintah persekutuan Tanah Melayu terletak padatangan Pesuruhjaya Tinggi British dibantu oleh Majlis KerjaKerajaan (wakil-wakil mengikut kaum)

    b) Majlis Raja-raja telah dibentuk mengembalikan kedaulatanRaja-raja Melayu.

    c) Taraf kewarganegaraan yang ketat kewarganegaraan melaluiundang-undang dan kewarganegaraan menerusi permintaan- had

    300,000 orang bukan Melayu.

  • 7/27/2019 Perkembangan Politik Malaysia

    19/58

    DARURAT TANAH MELAYU 1948

    Berlaku pada tahun 1948 hingga tahun 1960 diisytiharkan pada 7 Julai 1948.

    Persengketaan di antara Parti Komunis Malaya (PKM) dengan kerajaan British.

    Sebab Darurat :

    i. Bermula selepas pendudukan Jepun pada 1942 1946

    ii. Pembunuhan 3 orang pengurus ladang berbangsa Inggeris di Perak pada tahun 1948telah menyebabkan kerajaan mengisytiharkan darurat.

    iii. PKM diharamkan mengubah dasarnya daripada bersikap sederhana kepada agresif.

    iv. Memulakan mogok dengan Kesatuan Sekerja, tetapi gagal.

    v. Hubungan PKM dan British yang semakin keruh dan setelah Chin Peng dilantiksebagai ketua yang baru, gerakan bersenjata - Darurat diisytiharkan di Johor pada 19-6-1948.

    vi. MinYuen (Gerakan Rakyat) ditubuhkan untuk menyokong komunis

  • 7/27/2019 Perkembangan Politik Malaysia

    20/58

    Langkah-langkah Mengatasi Darurat :

    i. Undang-undang Darurat

    Parti politik yang bersifat radikal diharamkan Sesiapa yang disyaki terlibat dengan komunis akan ditangkap, serta dibuang

    negeri Hukuman bunuh dibuat untuk sesiapa yang dianggap bersubahat dengan

    komunis

    ii. Perintah Berkurung

    iii. Kawasan putih dan Hitam

    iv. Sekatan Jalan Raya & kawalan kampung

    v. Kad Pengenalan

    vi. Rancangan Briggs -

    Dilancarkan pada tahun 1950 dan diketuai oleh Sir Harold Rowdan Briggs. Tindakan British untuk melumpuhkan gerakan Min Yuen Memindahkan penduduk Cina dari kawasan-kawasan terpencil yang bertaburan

    dan menempatkan mereka di kawasan penempatan semula atau di KampungBaru supaya mereka tidak diugut oleh Min Yuen.

    Gerakan Kelaparan menyekat maklumat dan bekalan makanan serta ubat-ubatan

  • 7/27/2019 Perkembangan Politik Malaysia

    21/58

    MALAYSIAN CHINESE ASSOCIATION

    (MCA) Kesan daripada ancaman komunis ini, British telah

    bertindak untuk menubuhkan sebuah parti politik Cinaberhaluan kanan dikenali sebagai Malayan Chinese

    Association (MCA).

    Ditubuhkan oleh pada 27 Februari 1949 di bawahpimpinan Tun Tan Cheng Lock.

    Matlamat : Untuk melindungi hak dan kebajikanmasyarakat Cina di Tanah Melayu.

    Bergabung dengan UMNO pada Pilihan Raya MajlisBandaran Kuala Lumpur tahun 1952.

  • 7/27/2019 Perkembangan Politik Malaysia

    22/58

    PARTI ISLAM SE-MALAYA (PAS)

    Ditubuhkan pada 23 Ogos 1951 hasil daripada persidangan para ulamak diKuala Lumpur yang dikenali sebagai Persatuan Ulamak SeMalaya.

    Persatuan Ulamak SeMalaya = di ubah kepada Parti Islam SeMalaya (PAS) padaNovember 1951.

    Sejarah penubuhan PAS amat sinonim dengan sejarah perjuangan HizbulMuslimin yang ditubuhkan di Gunung Semanggol, Perak pada 14 Mac 1948 dibawah pimpinan Abu Bakar al-Bakir, seorang tokoh agama dan didokong olehgolongan elit agama tradisional yang terdiri daripada guru dan pelajar agama.

    Parti ini kemudiannya diharamkan oleh British pada 18 Jun 1948 menyebabkansebahagian ahli Hizbul Muslimin bertindak menganggotai Biro Agama UMNO

    bagi mengisi ruang perjuangan Islam dalam parti tersebut.

    Daripada biro tersebut, lahirlah Persatuan Ulama SeMalaya yang dipimpin olehTuan Haji Ahmad Fuad bin Hassan.

    Pertubuhan politik Islam yang memperjuangkan kemerdekaan menerusilandasan demokrasi ke arah membentuk negara yang diredhai Allah.

  • 7/27/2019 Perkembangan Politik Malaysia

    23/58

    PERKEMBANGAN POLITIK 1950 - 1960

    i. Penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC) padatahun 1949 bertujuan untuk mewujudkan persefahaman antarakaum.

    Anggota CLC :

    UMNO- Dato Onn Jaafar MCA- Tun Tan Cheng Lock Pengerusi - Dato E.E.C Thuraisingan. Penasihat - Sir Malcolm MacDonald (Gabenor Jeneral Asia

    Tenggara)

    Hasil persefahaman CLC : Syarat kerakyatan dilonggarkan

    Bantuan ekonomi dan pendidikan kepada orang Melayu. Pilihanraya diadakan pada masa yang sesuai di peringkat bandaran,

    negeri dan Majlis Perundangan Persekutuan Pembentukan satu sistem pendidikan yang mewajibkan penggunaan

    bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar

  • 7/27/2019 Perkembangan Politik Malaysia

    24/58

    ii. Penubuhan Sistem Ahli dilaksanakan pada tahun 1951

    hingga 1955- bertujuan untuk melatih orang Melayudan kaum lain dalam pentadbiran Tanah Melayu.

    Idea ini dicetuskan oleh Onn Jaafar.

    Ciri ciri : Kabinet bayangan (sistem pentadbiran berbentukkabinet tanpa pilihan raya).

    Anggotanya dikenali sebagai ahli. Pelantikan dibuat oleh Pesuruhjaya Tinggi British

    dengan persetujuan Majlis Raja-raja Melayu. 9 orang ahli 3 Melayu + 1 Cina + 1 India + 4 pegawaiBritish.

    Ahli-ahli diletakkan di bawah penguasaan pegawaitinggi British.

  • 7/27/2019 Perkembangan Politik Malaysia

    25/58

    Anggota Sistem Ahli :

    Ahli Jabatan

    Dato Onn Jaafar Hal Ehwal Dalam Negeri

    Dato Mahmud Mat Tanah, Perlombongan danPerhubungan

    Tunku Yaacob AlmarhumSultan Abdul Halim Shah

    Pertanian dan Perhutanan

    E. E. C Thuraisingham Pelajaran

    Dr. Lee Ting Keng Kesihatan

  • 7/27/2019 Perkembangan Politik Malaysia

    26/58

    iii. PILIHAN RAYA MAJLIS BANDARAN

    Tujuan : memberi peluang kepada penduduk tempatan menjalankan tanggungjawabmereka ke arah proses berkerajaan sendiri secara berperingkat.

    Pilihan Raya Majlis Bandaran diadakan di setiap bandar-bandar besar.

    1951 : Pilihan Raya Majlis Bandaran pertama diadakan di Georgetown PartiRadikal memenangi 6 daripada 9 kerusi yang dipertandingkan.

    1952 : Gabungan UMNO dan MCA berjaya memenangi 9 daripada 12 kerusi dalampilihan raya Majlis Bandaran Kuala Lumpur. 2 lagi kerusi dimenangi olehIndependent Malayaan Party (IMP) pimpinan Dato Onn Jaafar dan 1 kerusi milikcalon bebas.

    Kerjasama yang dibuat UMNO dan MCA dalam pilihan raya Bandaran KualaLumpur ini telah membuka ruang untuk penggabungan parti perkauman yang lebih

    luas - PARTI PERIKATAN.

    1954 : Pilihan Raya Negeri diadakan UMNO dan MCA memenangi 226 daripada268 buah kerusi negeri yang dipertandingkan. Kemenangan ini menunjukkan rakyatmenerima prinsip kerjasama kaum dalam politik di Tanah Melayu.

  • 7/27/2019 Perkembangan Politik Malaysia

    27/58

    iv. PILIHAN RAYA UMUM 1955

    Pilihan raya umum pertama di Tanah Melayu.

    Parti Perikatan diperluaskan lagi dengan kemasukan MIC.

    Antara faktor-faktor yang mendorong kepada pembentukan Parti Perikatan:

    I. Kemerdekaan daripada British sangat diperlukan.II. Pengisytiharan darurat 1948 memaksa parti-parti ini bekerjasama

    menghadapai komunis.III. Kejayaan gabungan Perikatan dalam pilihan raya menjadi asas yang

    mengukuhkan hubungan mereka.

    Manifesto Parti Perikatan :

    a) Mencapai kemerdekaan dalam tempoh 4 tahunb) Mewajibkan pendidikan rendahc) Melindungi hak-hak Raja Melayud) Menamatkan darurate) Menjadikan perkhidmatan awam bercorak tempatan

  • 7/27/2019 Perkembangan Politik Malaysia

    28/58

    Menyaksikan kemenangan besar Parti Perikatan memenangisebanyak 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan (79.6% undi).

    1 kerusi lagi dimenangi oleh PAS di Kerian.

    Keputusan Pilihan Raya Umum 1955

    Parti Bilangan Kerusiyang

    dipertandingkan

    Bil. Kerusi yangdimenangi

    Perikatan 52 51

    Parti Negara 30 -

    Parti Islam Se-Malaya 11 1

    Liga Melayu Perak 9 -

    Parti Buruh 4 -

    Peoples ProgressiveParty

    2 -

    Bebas 18 -

  • 7/27/2019 Perkembangan Politik Malaysia

    29/58

    v. MISI KEMERDEKAAN

    18 Januari 6 Februari 1956 : Rombongan kemerdekaan bertolak keLondon diketuai oleh Tunku Abdul Rahman. Rundingan dipengerusikanoleh Lord Lennox-Boyd, Setiausaha Tanah Jajahan British.

    Hasilnya, suruhanjaya Reid ditubuhkan pada tahun 1955 bagimengesyorkan pembentukan satu perlembagaan persekutuan berdasarkankepada demokrasi berparlimen.

    Ahli-ahlinya terdiri daripada :i. Lord Reid (Britain)ii. Sir Ivor Jennings (Britain)iii. Sir William McKell (Australia)iv. B. Malik (India)

    v. Hakim Abdul Hamid (Pakistan)

    Perkara penting yang dibincangkan ialah pembentukan sebuah kerajaanpusat, kuasa autonomi negeri, kedudukan istimewa Raja-raja Melayudan pengekalan hak istimewa orang-orang Melayu.

    Kemerdekaan diisytiharkan pada 31 Ogos 1957

  • 7/27/2019 Perkembangan Politik Malaysia

    30/58

    vi. PILIHAN RAYA UMUM 1959 Parti Perikatan telah memenangi 74 daripada 104 kerusi yang

    dipertandingkan dengan jumlah undi sebanyak 51.7%.Penurunan kadar undi Perikatan ini adalah disebabkan olehpertambahan undi kaum Cina yang lebih memilih PPPberbanding MCA.

    Baki 30 kerusi lagi dimenangi oleh barisan pembangkang(PPP, PMIP, Barisan Sosialis, Parti Negara dan Parti Malaya).

    PAS memenangi kerusi terbanyak pembangkang iaitu 13kerusi (21.2% undi).

    Barisan Sosialis pula mendapat 8 kerusi (12.9% undi).

    Parti Progresif Penduduk (PPP) memperolehi 4 kerusiParlimen dengan undi sebanyak 6.3%.

  • 7/27/2019 Perkembangan Politik Malaysia

    31/58

    Era Pengisian Kemerdekaan

    (Dari Tahun 1960-an hingga 1980-an)i. PEMBENTUKAN MALAYSIA TAHUN 1963

    Pembentukan Malaysia merupakan proses dekolonialisasi negera-negara kecilyang belum membangun.

    Tujuannya :

    Menstabilkan Asia Tenggara daripada ancaman komunis. Mengimbangi kadar pertambahan orang Cina di Tanah Melayu. Mewujudkan semangat setiakawan dan kerjasama di antara negara-negara

    anggota.

    Langkah-langkah ke arah pembentukan Malaysia :

    1) DIALOG BORNEO

    Perbincangan di antara gabenor Sarawak, Sabah, Pesuruhjaya Tinggi Brunei danPesuruhjaya Umum Singapura mengenai pembentukan Malaysia.

  • 7/27/2019 Perkembangan Politik Malaysia

    32/58

    2) JAWATANKUASA PERUNDINGAN DAN PERPADUAN MALAYSIA

    Ditubuhkan pada Julai 1961 terdiri daripada wakil-wakil dari Tanah Melayu,Singapura, Sarawak dan Sabah. Brunei hanya menghantar pemerhati.

    Tujuannya:

    Mengumpulkan pandangan mengenai pembentukan Malaysia daripada negara-negaraanggota.

    Menyebarkan informasi mengenai pembentukan Malaysia.

    Menggalakkan perbincangan mengenai pembentukan Malaysia. Mempromosikan aktiviti yang boleh membantu merealisasikan pembentukan Malaysia.

    3) PERJANJIAN PERSEKUTUAN MELAYU SINGAPURA

    Ogos 1961 Persetujuan untuk bersatu di antara Tanah Melayu dan Singapura telahdicapai dengan syarat berikut :

    Singapura menjadi negara baru dalam persekutuan Mempunyai 15 kerusi dalam persekutuan Dewan Rakyat dan 2 kerusi dalam Dewan

    Negara. Mempunyai kuasa autonomi ke atas pendidikan dan dasar buruh. Warga Singapura mempunyai dua kewarganegaraan Singapura dan Malaysia Ketua negara Singapura kekal dipanggil Yang di-Pertuan Negara dilantik oleh YDPA

    atas nasihat daripada Perdana Menteri Singapura.

  • 7/27/2019 Perkembangan Politik Malaysia

    33/58

    4) SURUHANJAYA COBBOLD

    Suruhanjaya Cobbold telah ditubuhkan pada 17 Januari 1962 bertujuanuntuk meninjau pandangan penduduk di Borneo Utara (Sabah) danSarawak tentang gagasan Malaysia.

    Hasil laporan Suruhanjaya Cobbold menunjukkan seramai 80%penduduk Sabah dan Sarawak bersetuju dengan penubuhan Malaysia.

    5) JAWATANKUASA ANTARA KERAJAAN (INTERGOVERNMENTALCOMMITTEE)

    Ditubuhkan bagi membincangkan penyertaan Sabah dan Sarawak dalamperlembagaan persekutuan.

    Terdiri daripada beberapa ahli seperti Lord Lansdowne (Pengerusi), TunAbdul Razak, Donald Stephen (Sabah) dan Abang Hj. Mustapha(Sarawak).

    Menerima banyak memorandum daripada individu, organisasi danparti-parti politik respon yang diterima dimasukkan sebgai laporan.

  • 7/27/2019 Perkembangan Politik Malaysia

    34/58

    6) REFERENDUM SINGAPURA

    Sebuah referendum nasional telah ditubuhkan untuk memberi peluang kepada rakyat Singapuramemilih alternatif terbaik bagi pembentukan Malaysia. Antara alternatifnya, adalah :

    i. Alternatif 1 bergabung mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam whitepaper.

    ii. Alternatif 2 bergabung dan perlu patuh kepada semua polisi yang ditetapkan dalam persekutuan.

    iii. Alternatif 3 bergabung mengikut syarat yang sama seperti Sabah, Brunei dan Sarawak.

    Hasil referendum ini mendapati hampir 70% rakyat Singapura memilih alternatif 1 iaitu bergabungmengikut perjanjian whitepaper.

    7) KEPUTUSAN BRUNEI

    Pada tahun 1962, Sultan Brunei telah melantik sebuah suruhanjaya untuk menilai pandanganpenduduk Brunei terhadap penggabungannya dengan Tanah Melayu.

    Hasil penilaian ini mendapati :

    i. Terdapat bantahan yang lantang daripada Azahari dan partinya iaitu Parti Rakyat Brunei (PRB) yangmenguasai badan perundangan Brunei.

    ii. Selain itu, Brunei juga takut sekiranya hasil minyak mereka akan jatuh ke tangan kerajaanPersekutuan.

    iii. Isu mengenai Kesultanan Brunei tidak boleh diketepikan.

    Oleh itu, Brunei menagmbil keputusan untuk tidak turut serta dalam pembentukan Malaysia.

  • 7/27/2019 Perkembangan Politik Malaysia

    35/58

    PENUBUHAN MALAYSIA

    Rang undang-undang pembentukan Malaysia mendapat 73sokongan ahli Parlimen dan 15 yang lain menolak penubuhanMalaysia.

    Namun begitu, jumlah sokongan ini melebihi 2/3 majoriti

    undi rang undang-undang ini diluluskan.

    Begitu juga di Singapura 25 undi sokongan dan 7 yang lainmembantah penggabungan ini.

    Oleh itu, penubuhan Malaysia telah diisytiharkan pada 16September 1963.

    Penubuhan Malaysia ini mendapat tentangan hebat daripadaFilipina (Filipina menuntut hak kedaulatannya ke atas Sabah)dan Indonesia (mahu menubuhkan Indonesia Raya).

  • 7/27/2019 Perkembangan Politik Malaysia

    36/58

    KONFRANTASI MALAYSIA-INDONESIA Konfrantasi ini bermula selepas penubuhan Malaysia. Indonesia yang pada ketika

    itu di bawah pemerintahan Presiden Sukarno, menentang pembentukan Malaysiakerana beliau mahu menubuhkan Indonesia Raya yang menggabungkan TanahMelayu dan Indonesia.

    Akibatnya, Indonesia telah memutuskan hubungan diplomatiknya dengan Malaysia.

    Terdapat isu-isu lain yang telah membangkitkan konfrantasi ini, antaranya :

    Indonesia berasa terancam dengan adanya tentera dan pengkalan asing di Malaysia.

    Pembentukan Malaysia juga menjadi ancaman kepada Indonesia kerana Malaysiamenjadi sarang bangsa Cina.

    Konfrantasi ini berlanjutan sehingga tahun 1966 pada awalnya, konfrantasi inihanya sekadar perang mulut di antara Malaysia dan Indonesia. Ia termasuklahkempen Ganyang Malaysia yang dilancarkan oleh Indonesia.

    Namun, konfrantasi ini bertukar menjadi perang ketenteraan.

    April 1963 pasukan tentera Indonesia mula memasuki kawasan Sabah dan

    Sarawak untuk menyebarkan propaganda dan menakluki kawasan ini.

  • 7/27/2019 Perkembangan Politik Malaysia

    37/58

    1964 pasukan tentera Indonesia mendarat di Johor dancuba membentuk pasukan gerila. Namun, percubaan mereka

    berjaya dipatahkan oleh regimen askar Melayu.

    Malaysia juga meminta pihak British dan Australia untukmenempatkan pasukan tentera mereka di kawasan sempadanKalimantan.

    Pelbagai usaha dan perjanjian yang telah dilakukan olehMalaysia dan negara-negara jiran lain untuk menamatkankonfrantasi ini, tetapi menemui jalan buntu.

    Namun, selepas kejatuhan Presiden Sukarno pada tahun

    1965, telah membuka ruang pendamaian yang luas antaraMalaysia dan Indonesia.

    Mei 1966 sebuah rundingan diadakan di Bangkok. Kedua-dua buah negara telah mencapai kata putus untuk berdamaidan mengakhiri konfrantasi ini.

  • 7/27/2019 Perkembangan Politik Malaysia

    38/58

    PILIHAN RAYA UMUM 1964 PRU 1964 Pilihan raya pertama selepas pembentukan Malaysia ( Sabah dan Sarawak

    tidak terlibat kerana pilihan raya baru dilaksanakan sewaktu pembentukan Malaysia).

    Oleh itu, jumlah kerusi yang dipertandingkan masih kekal sama iaitu 104 kerusi.

    Walaupun, Malaysia terlibat dengan pergolakan politik yang hebat, tetapi ini tidakmenghalang parti Perikatan untuk beraksi cemerlang pada PRU ini.

    Parti Perikatan berjaya memenangi 89 kerusi dengan peningkatan undi sebanyak 3.5%daripada 51.5% undi yang diperolehi pada pilihan raya lepas.

    Manakala pembangkang hanya berjaya memenangi 15 kerusi Parlimen (41.5% undi)berbanding 30 kerusi pada PRU 1959.

    PAS - 9 kerusi berbanding 13 kerusi pada pilihan raya yang lalu, dengan jumlah undimerosot sebanyak 7.1%.

    Barisan Sosialis - 2 kerusi berbanding 8 kerusi pada PRU 1959.

    Parti Progresif Rakyat (PPP) - 2 kerusi berbanding 4 kerusi pada pilihan raya lalu.

    Jumlah pengundi keluar mengundi meningkat kepada 78.9%.

  • 7/27/2019 Perkembangan Politik Malaysia

    39/58

    PEMISAHAN SINGAPURA DARI MALAYSIA Di antara tahun 1964 1965, terdapat beberapa peristiwa yang telah meretakkan

    hubungan Malaysia-Singapura :

    i. Terdapat rusuhan-rusuhan kesan daripada konflik perkauman di antara PAP danpelampau perkauman orang-orang Melayu di Persekutuan mewujudkan hubungantidak baik di antara kerajaan Cina di Singapura dan kerajaan Melayu di Persekutuan.

    ii. Usaha Lee Kuan Yew untuk mengemukakan calon-calon PAP dalam PRU 1964 diPersekutuan telah disalah ertikan oleh ahli politik Melayu sebagai usaha Lee untukmerebut pucuk pimpinan di Kuala Lumpur.

    iii. Mei 1965 Lee menghimpun empat parti pembangkang di Tanah Melayu dan Sarawakuntuk menyertai PAP dalam konvensyen perpaduan Malaysia atau Malaysian SolidarityConvention (MSC) yang mendokongkonsep Malaysian Malaysia dianggap sebagai satu menifestasi cita-cita Lee untukmenjadi Perdana Menteri kerana ia berjaya menarik sokongan masyarakat.

    Selepas PAP memenangi pilihan raya Singapura 1963, PAP mendesak Tunku untukmencalonkan satu daripada dua Senator Persekutuan dari Singapura - Tunku bersetujuuntuk melakukannya.

    PAP nampak seperti cuba untuk memecahbelahkan antara UMNO dan MCA denganmenunjukkan yang MCA tidak berharga sebagai satu rakan kongsi dalam Perikatan dandengan cuba menggantikan MCA dalam Perikatan tetapi gagal.

  • 7/27/2019 Perkembangan Politik Malaysia

    40/58

    Hasil dari langkah radikal PAP terhadap Perikatan,pemimpin-pemimpin Tanah Melayu merancanguntuk menangkap Lee. Keadaan keselamatan dalamnegeri semasa agak tegang.

    Pada tahun 1965- Singapura telah melancarkan

    kempen Malaysian Malaysia- Tunku melihatideologi PAP Malaysian Malaysia sebagaiberpotensi mendatangkan ancaman terhadapMalaysia.

    Oleh itu, pada 9 Ogos 1965 Tunku terpaksamenyingkirkan Singapura daripada PersekutuanMalaysia bagi mengelakkan rusuhan perkaumanyang lebih dahsyat daripada berlaku.

  • 7/27/2019 Perkembangan Politik Malaysia

    41/58

    RUSUHAN KAUM 13 MEI 1969 Punca-punca berlakunya konflik perkauman :

    i. Ketidakpuasan hati kaum Cina dan India terhadap hak istimewa kaum Melayuyang termaktub dalam Perlembagaan 1957 khususnya Perkara 153 (hakistimewa orang Melayu), Perkara 152 (Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi).

    ii. MCA dan MIC juga tidak lagi mempunyai kuasa yang sama rata dengan UMNO Perlu membuat rundingan dulu dengan UMNO berhubung sebarang isu yangberkaitan dengan kepentingan kaum Cina dan India (Vasil 1972:3).

    iii. Isu bahasa dan pendidikan

    iv. Kepincangan UMNO sendiri terdapat konspirasi politik untuk menjatuhkanTunku oleh golongan young Turks (golongan ini hanya mahukan pemerintahanMelayu/UMNO sahaja yang menguasai pentadbiran kerajaan.

    Contoh : Demonstrasi Anti Tunku

    v. Pilihan Raya Umum 1969 isu-isu berbaur perkauman dimainkan oleh parti-

    parti pembangkang dalam kempen pilihan raya.

  • 7/27/2019 Perkembangan Politik Malaysia

    42/58

    vi. Pengaruh komunis - Pada hari penamaan

    calon, Parti Buruh telah bekerjasama dengankomunis untuk mengadakan protes jalanan diKuala Lumpur menconteng jalan raya dantembok-tembok dengan cat merah sebagaiancaman kepada rakyat agar memulaukanpilihan raya.

    PRU 1969 diadakan dalam situasi politik yangpenuh dengan unsur perkauman.

    Lebih 80% pengundi yang keluar mengundidan sebahagian besarnya adalah pengundibaru berdaftar.

  • 7/27/2019 Perkembangan Politik Malaysia

    43/58

    PILIHAN RAYA UMUM 1969

    Parti Perikatan mengalami kekalahan teruk apabila buat pertama kalinyaPerikatan gagal untuk mengekalkan 2/3 majoriti dalam Parlimen PulauPinang jatuh ke tangan Gerakan dan Kelantan jatuh ke tangan PAS.

    Jumlah kerusi yang dimenangi Perikatan menurun daripada 89 kerusi(58.5% undi) pada PRU 1964 kepada 66 kerusi (49.3% undi) pada pilihanraya ini.

    Pembangkang memenangi 49 kerusi pada pilihan raya ini berbanding 15kerusi pada pilihan raya lepas DAP, Gerakan dan PPP berjaya memenangi25 kerusi. Manakala, PAS membolot 12 kerusi.

    Dr. Tan Chee Khoon (Parti Gerakan) memohon untuk mengadakanperarakan sekitar Kuala Lumpur bagi meraikan kemenangan besar beliaudan Gerakan pada 12 Mei 1969 Namun, perarakan kemenangan inibertukar menjadi perarakan yang tidak terkawal apabila penyokong-penyokong parti ini membawa penyapu sebagai simbolik kepadapengusiran Melayu dari Kuala Lumpur dan memasuki kawasan Kg. Baruyang majoriti penduduknya berbangsa Melayu.

  • 7/27/2019 Perkembangan Politik Malaysia

    44/58

    Sebagai serangan balas, pemuda-pemuda UMNO dan orang Melayumengadakan perhimpunan di rumah Menteri Besar Selangor. Pada waktuyang sama, orang Melayu yang ingin turut serta dalam perhimpunan initelah diserang oleh orang Cina di Setapak.

    Akibatnya, bermulalah kejadian rusuhan 13 Mei antara Melayu dan Cina mengakibatkan kemusnahan harta benda dan kematian.

    Bagi mengawal keadaan, Tunku telah mengisytiharkan darurat danParlimen digantung Majlis Gerakan Rakyat (MAGERAN) yang diketuai

    oleh Tun Abdul Razak ditubuhkan bagi melicinkan pentadbiran negara danmengawal ketenteraman awam.

    Pada tahun 1970 Tunku berundur sebagai Perdana Menteri dandigantikan dengan Tun Abdul Razak.

    Tragedi ini dilihat sebagai turning pointyang telah mengubah struktur

    politik Malaysia daripada demokrasi liberal kepada demokrasi yang lebihterkawal.

    Contoh : Zakaria Ahmad (1989) quasi demokrasi, Crouch (1996) semi-demokrasi dan Case (2002) demokrasi autoritarian.

  • 7/27/2019 Perkembangan Politik Malaysia

    45/58

    PERKEMBANGAN POLITIK MALAYSIA ERA

    TUN ABDUL RAZAK Tun Abdul Razak telah merangka pelbagai dasar dan pelan yang mencakupi

    aspek politik, ekonomi dan sosial sebagai usaha untuk mengembalikanpersefahaman antara kaum yang telah terjejas.

    i. Politik Kerajaan telah menggubal dan meminda beberapa akta penting.Antaranya adalah akta Hasutan, Akta Rahsia Rasmi (OSA), Akta Universitidan Kolej Universiti (AUKU), akta (pindaan) Perlembagaan 1971 (melarangperbincangan mengenai isu-isu perkauma secara terbuka).

    Meletakkan pimpinan muda yang dikenali sebagai order baru seperti Dr.Mahathir, Musa Hitan dan Tengku Razaleigh di dalam kabinet kerajaan.

    Menubuhkan sebuah kerajaan campuran- gabungan Perikatan dengan parti-

    parti pembangkang bagi melicinkan pentadbiran negara.

    ii. Sosial Rukunegara ditubuhkan bagi mengukuhkan integrasi kaum.

    iii. Ekonomi Dasar Ekonomi Baru

  • 7/27/2019 Perkembangan Politik Malaysia

    46/58

    DASAR EKONOMI BARU (DEB)

    Diperkenalkan pada tahun 1970 bersama-sama dengan Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975).

    Strategi serampang dua mata :

    i. Membasmi kemiskinan dengan menyediakan peluang pekerjaan yang mencukupi danpendapatan yang tinggi.

    ii. Melaksanakan proses penyusunan semula masyarakat Malaysia bagi mengurangkanjurang ekonomi antara kaum, sekali gus menghapuskan pengenalan ekonomi mengikutkaum.

    Antara langkah-langkah yang diambil kerajaan :

    Mestikan golongan Bumiputera khususnya orang Melayu menguasai 30% ekuiti dalamsemua sektor ekonomi.

    Menubuhkan pelbagai agensi kerajaan seperti FELDA, MARA dan UDA untukmempergiatkan lagi penglibatan Bumiputera dalam sektor ekonomi.

    Mewujudkan Pemodalan Nasional Berhad (PNB) yang menguruskan amanah sahamdan pelaburan untuk Bumiputera.

    Meletakkan kuota Bumiputera bagi kemasukan ke universiti.

  • 7/27/2019 Perkembangan Politik Malaysia

    47/58

    Sudut positif DEB :

    i. Pelaksanaan DEB memberi manfaat kepada kaum Melayu apabila pemilikan modal syerBumiputera dalam ekonomi meningkat secara mendadak kepada 19.3% pada tahun 1990

    berbanding 2.4% pada tahun 1970.

    ii. Pegangan syer bukan Bumiputera juga menngkat daripada 28.3% pada tahun 1970 kepada 46.8%pada tahun 1990 (Gomez & Jomo 1997:166)

    iii. Penubuhan MARA, UDA dan PERNAS menggalakkan Bumiputera terlibat aktif dalam perniagaan-memberi pinjaman, biasiswa dan ruang perniagaan.

    iv. Kadar kemiskinan di semenanjung Malaysia juga menurun daripada 49.3% pada tahun 1970kepada 29.2% pada tahun 1980.

    v. Penglibatan kaum Melayu dalam sektor profesional juga meningkat menerusi penubuhan InstitutTerknologi Mara (ITM) pada tahun 1967 membuka peluang kepada Bumiputera berkecimpungdalam bidang profesional seperti kejuruteraan dan perundangan.

    Sudut Negatif DEB :

    i. Pelaksanaan dasar ini mewujudkan banyak amalan politik wang, kronisme dan patronage dalamkalangan kelas kapitalis Melayu dan pemerintah.Contoh: Kerajaan telah memindahkan monopoli syarikat-syarikat besar seperti HICOM, MAS danPeremba kepada kroni-kroninya.

    ii. Wujud pergantungan di antara kapitalis Melayu dengan kapitalis bukan Melayu menerusi amalanALIBABA menunjukkan kegagalan kerajaan untuk mencipta usahawan Melayu yang mampuberdikari.

  • 7/27/2019 Perkembangan Politik Malaysia

    48/58

    PERSOALAN ???

    Adakah perubahan struktur politik

    dan ekonomi yang dirangka selepasperistiwa 13 Mei 1969 ini memberiimpak ke atas politik, ekonomi dan

    sosial masyarakat? Jika YA, apakahimpak-impak itu?

  • 7/27/2019 Perkembangan Politik Malaysia

    49/58

    PILIHAN RAYA UMUM 1974

    Merupakan pilihan raya umum pertama dan kerajaan campuran BN pertama dibawah pimpinan Tun Abdul Razak.

    Kerusi Dewan Rakyat yang dipertandingkan telah meningkat daripada jumlah 144kepada 154. Bilangan kerusi DUN juga meningkat daripada 330 kepada 360.

    Peningkatan bilangan kerusi ini adalah hasil urusan persempadanan semula

    bahagian-bahagian pilihan raya tahun 1974.

    Parti campuran BN mencapai kemenangan besar apabila berjaya memenangi 135 /154 kerusi Parlimen (60.7% undi) membolehkan BN membentuk kerajaan.

    Manakala parti pembangkang seperti DAP dan Parti Sosialis hanya berjayamemenangi 19 kerusi (39.3% undi).

    Namun, selepas PRU 1974 berlaku beberapa siri demonstrasi yang digerakkan olehpelajar:

    i. Demonstrasi Tasik Utara di Johor pada September 1974.

    ii. Perarakan Kelaparan di Baling pada November 1974.

  • 7/27/2019 Perkembangan Politik Malaysia

    50/58

    PERKEMBANGAN POLITIK MALAYSIA ERA

    TUN HUSSEIN ONN Era pemerintahan Hussein Onn bermula selepas kematian Tun Abdul Razak pada 14Januari 1976.

    Awal pemerintahannya, berlaku krisis dalaman UMNO Isu pemecatan ketuaPemuda UMNO, Dato Harun Idris. Pemecatan Dato Harun Idris ini mendapatbantahan hebat sebahagian ahli UMNO kerana Majlis Tertinggi mencapai kata

    sepakat agar Harun Idris tidak dipecat. Hal ini menyebabkan Pemuda UMNOberanggapan Hussein telah menagmbil tindakan yang membelakangi keputusanparti (Jamaie 2003:30).

    Berlaku demonstrasi besar-besaran melibatkan kumpulan mahasiswa ITM padatahun 1976 Krisis berpunca daripada penguatkuasaan tatatertib baru oleh pihakuniversiti yang dilihat bertentangan dengan hak pelajar.

    Krisis politik Kelantan tahun 1977 - UMNO tidak bersetuju dengan calon pilihanPAS, Haji Wan Ismail Ibrahim sebagai Menteri Besar Kelantan selepas PRU 1974.PAS terpaksa bersetuju menerima calon pilihan UMNO, Dato Muhamad Nasirsebagai Menteri Besar Kelantan (Subky, 1977). Namun begitu, berlaku pertikaianantara Dato Nasir dan Presiden PAS sehingga menyebabkan Dato Nasir dipecat dariPAS dan dikalahkan dengan undi tidak percaya dalam DUN Kelantan. Dato Nasirtelah menubuhkan parti BERJASA dan bekerjasama dengan BN dalam PRU 1978.

  • 7/27/2019 Perkembangan Politik Malaysia

    51/58

    PILIHAN RAYA UMUM 1978

    Pilihan raya umum pertama sejak Tun Hussein Onn menjadiPerdana Menteri.

    BN berjaya memenangi 131/154 kerusi Parlimen yangdipertandingkan (57.6% undi). Jumlah undi menunjukkanpenurunan daripada 57.6% berbanding 60.8% pada PRU 1974kerana PAS menarik diri dari BN.

    PAS mengalami kekalahan teruk apabila hanya memenangi 5/87kerusi Parlimen yang ditandinginya.

    Manakala parti pembangkang lain menguasai 18 kerusi DAPberjaya meningkatkan jumlah kerusi Parlimen daripada 9 kerusipada PRU 1974 kepada 16 kerusi pada PRU 1978.

    Pilihan raya ini menyaksikan peningkatan kadar pengundi sebanyak21% menjadikan jumlah keseluruhan pengundi sebanyak 5.9 juta.

  • 7/27/2019 Perkembangan Politik Malaysia

    52/58

    Mengambil teraju pemerintahan negara dari Tun Hussein Onn pada 16 Julai 1981.

    Perubahan yang diperkenalkan :

    i. Ekonomi Dasar Penswastaan, Dasar Pembangunan Negara, projek pembangunan infrastruktur(Pembinaan jambatan Pulau Pinang) dan Dasar Pandang ke Timur bertujuan untuk mengukuhkan

    integrasi kaum dan membangunkan taraf sosioekonomi masayarakat khususnya orang Melayu (Case1991:464). Namun dari sisi lain, dasar-dasar Mahathir ini dilihat hanya menguntungkan golongankorporat Melayu dan elit pemerintah. Semakin lama semakin jelas akan wujudnya amalan politik

    wang, korupsi dan kronisme dalam pentadbirannya.contoh: Tun Daim Zainuddin (Syarikat Hati Budi & Renong Berhad)

    ii. Politik meminda akta Perlembagaan (pindaan 1983) yang bertujuan untuk mengurangkan kuasaYang diPertuan Agong dan Raja-raja Melayu. Mengikut pindaan baru ini, rang undang-undang yangtidak ditandatangani oleh YDPA dalam masa 30 hari, secara automatiknya akan berkuatkuasa sertamerta sebagai undang-undang yang sah.

    Menghadkan kebebasan media melalui pindaan akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984. Tujuan akta inidipinda adalah untuk mengawal aktiviti penerbitan dan percetakan demi menjaga keselamatan danketenteraman awam. Hal ini menyebabkan kerajaan BN berhak untuk meyekat penyebaran maklumat

    yang bertentangan dengan aspirasi mereka.

    Kesan daripada tindakan represif Dr Mahathir ini prestasi BN pada Pilihan Raya Umum 1986 sedikitmerosot.

    PERKEMBANGAN POLITIK MALAYSIA ERA

    TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD

  • 7/27/2019 Perkembangan Politik Malaysia

    53/58

    PILIHAN RAYA UMUM 1986

    BN hanya berjaya memenangi 143/177 kerusi Parlimen (57.28 % undi)berbanding 132/154 kerusi Parlimen (60.5 % undi) pada PRU 1982.

    Sebaliknya pembangkang meningkatkan jumlah kerusi di Parlimen daripda22 kerusi (39.5 % undi) pada PRU 1982 kepada 29 kerusi (41.5 % undi)pada 1986.

    DAP beraksi cemerlang apabila berjaya memenangi 24 kerusi Parlimenpada pilihan raya ini berbanding 9 kerusi yang diperolehi pada plihan rayayang lalu.

    Manakala PAS hanya berjaya menguasai 1 kerusi Parlimen (15.5 % undi)berbanding 5 kerusi pada PRU 1982.

    Persoalannya mengapa rakyat masih memberikan mandat kepada BNwalaupun tindakan represif telah dikenakan terhadap mereka? Ini keranakeadaan ekonomi yang berkembang pesat, kawalan ke atas media arusperdana dan penggunaan politik wang dalam pilihan raya adalah puncayang menyumbang kepada kemenangan BN.

  • 7/27/2019 Perkembangan Politik Malaysia

    54/58

    OPERASI LALANG 1987

    Peristiwa ini berlaku ekoran daripada tuntutan yang dikemukakan oleh MCA agar UMNOmemenuhi janji-janjinya pada PRU 1986.

    Antara tuntutan berikut adalah:

    i. MCA meminta bantuan daripada kerajaan untuk membantu kaum Cina yang kehilangan

    wang pelaburan dalam Deposit Taking Cooperative (DTC) disebabkan oleh krisisekonomi. Isu ini bertambah tegang apabila Timbalan Presiden MCA, Lee Kim Saimengancam akan membawa MCA keluar dari BN sekiranya skim pembiayaan kepadaDTC tidak diluluskan oleh kerajaan.

    ii. MCA mendesak kerajaan supaya membatalkan kuasa Menteri Pelajaran agar sekolah-sekolah aliran Cina danTamil terus kekal menggunakan bahasa Cina dan Tamil sebagaibahasa pengantar.

    iii. Kementerian Pelajaran telah melantik guru-guru yang tidak mempunyai latar belakangMandarin untuk berkhidmat di sekolah jenis kebangsaa Cina.

    Tindakan ini telah mengundang perasaan tidak puas hati dalam kalangan kaum Cina termasuklahpemimpin MCA, DAP dan Dong Jio Zong. Mereka telah mengadakan protes di Kuala Lumpurpada 11 Oktober 1987. Mereka mula memprovokasi isu-isu perkauman dan melancarkan gerakanmemboikot sekolah-sekolah Cina selama 3 hari.

  • 7/27/2019 Perkembangan Politik Malaysia

    55/58

    Keadaan hubungan kaum menjadi semakin tegang apabila Lee Kim Sai melabelkan Melayusebagai pendatang dan mencabar ketuanan Melayu.

    Sebagai serangan balas, Najib Tun Razak (Ketua Pemuda UMNO) telah mengadakanperhimpunan besar-besaran pada 17 Oktober 1987 di Stadium Kg. Baru bagi mendesak LeeKim Sai meletak jawatannya dalam kabinet dan menggesa MCA keluar dari BN.

    Sewaktu berlangsungnya perhimpunan ini, Najib telah memegang keris sebagai simbolikketuanan Melayu dan mengancam akan memandikan keris ini dengan darah Cina.

    Keadaan bertambah buruk apabila seorang askar Melayu telah mengamuk di kawasankejiranan Cina di Chow Kit sehingga menimbulkan rasa panik akan berlaku kembalitragedi 13 Mei 1969.

    Oleh itu, Dr. Mahathir telah melancarkan Operasi Lalang pada 27 Oktober 1987 bagi

    menahan individu yang didakwa telah mencetuskan huru-hara di bawah akta KeselamatanDalam Negeri (ISA) dan akta Penerbitan dan Media Cetak.

    Antara yang di tahan dalam operasi ini kebanyakkan adalah pemimpin pembangkangseperti Lim Kit Siang, Karpal Singh dan Chandra Muszaffar. Selain itu, beberapa akhbarseperti The Star, Sin Chew Jit Poh dan Watan telah dibatalkan permit penerbitannya.

  • 7/27/2019 Perkembangan Politik Malaysia

    56/58

    KRISIS KEHAKIMAN

    Krisis ini tercetus susulan daripada isu pengharaman UMNO Kem A vsKEM B.

    Ia berikutan daripada tuntutan yang dikemukakan oleh UMNO 11 yangmendakawa juwudnya cawangan yang tidak berdaftar sewaktu proses

    pemilihan pemimpin. Kesannya Hakim Harun Hashim mengisytiharkanUMNO sebagai parti yang tidak sah pada 4 Februari 1988. pengharamaUMNO ini menyebabkan Tengku Razaleigh menubuhkan Semangat 46(S46).

    Antara kes-kes lain yang menimbulkan konflik di antara Mahathir danbadan kehakiman adalah:

    Mahkamah membenarkan penerbitan majalah Aliran dalam bahasa Melayumeski pun Kementerian Dalam Negeri membuat rayuan awal membantahpenerbitan majalah ini.

    Mahkamah Agung menarik semula pembatalan permit kerja wartawan jurnalAsian Wall Streetdan menarik balik pengharaman majalah ini.

  • 7/27/2019 Perkembangan Politik Malaysia

    57/58

    Ekoran daripada kes-kes ini, Mahathir telah mengkritik secaraterbuka badan kehakiman dan mengambil untuk memindaperlembagaan bagi melucutkan kuasa badan kehakiman.

    Sebagai serangan balas, Tun Salleh Abbas yang mewakili hakim-hakim negera telah mengutus surat kepada YDPA melahirkankekecewaannya di atas tuduhan dan tindakan kerajaan ke atasbadan kehakiman.

    Akibatnya, Tun Salleh Abbas telah dihadapankan ke Tribunal MajlisTimbang Tara di atas tuduhan salah laku sehingga menyebabkanbeliau dipecat daripada jawatannya.

    Insiden ini menunjukkan kuasa eksekutif telah mendominasi danmelangkau bidang kuasa badan kehakiman sehingga menyebabkan

    kebebasan mahkamah di kawal oleh kerajaan.

    Krisis dalaman UMNO, ketegangan kaun dan krisis kehakimantidak melunturkan haegemoni Dr. Mahathir. Sebaliknya BN masihberjaya mengukuhkan kedudukannya dalam PRU 1990.

  • 7/27/2019 Perkembangan Politik Malaysia

    58/58

    PILIHAN RAYA 1990

    Pilihan raya ini adalah ujian pertama buat UMNO baru untukmelihat sama ada UMNO baru ini masih mempunyaisokongan yang kuat atau tidak. Namun keputusan PRU 1990ini membuktikan UMNO baru tetap mengekalkan kuasa

    sekali pun terpaksa berdepan dengan dua (2) pakatan partipembangkang (Gagasan Rakyat dan Angkatan PerpaduanUmmah). Kerjasama yang di bentuk antara S46 dengan PAS(APU) dan DAP (Gagasan Rakyat) masih tidak berupayauntuk meruntuhkan 2/3 majoriti BN dalam Parlimen.

    BN memenangi sebanyak 127 kerusi Parlimen (53.4% undi).

    S46 hanya berjaya menguasai 8 daripada 64 kerusi yangditandingi. PAS pula berjaya menawan semula Kelantan