sistem kardiovaskular

38
SISTEM KARDIOVASKULAR PENGENALAN Kardiovaskular sistem bukan hanya sekadar jantung, daripada kajian saintifik dan pendapat perubatan, adalah penting untuk mengetahui mengapa jantung begitu berguna dalam kehidupan kita. Malam dan siang, minit dan minit bertrilion-trilion sel mengambil nutrient dan mengkumuhkan bahan buangan. Walaupun, sistem ini menjadi sedikit perlahan ketika tidur , mereka tetap berterusan menjalankan fungsi mereka, kerana ketika mereka berhenti kita akan mati. Sel akan dapat membuat perubahan hanya dengan mengunakan cecair tisu dalam kawasan tertentu dengan kadar yang cepat. Walaubagaimanapun, ssesetengahnya mengubah cecair ini perlu untuk memperbaharui nutrien dan menghalang pencemaran yang disebabkan oleh pembentukan bahan buangan. Badan memerlukan sistem pengangkutan untuk membawa beberapa ‘kargo“ datang dan kembali. Macam sebuah jalan raya, badan menghantar dengan mengunakan salur darah. Sistem kardiovaskular ialah satu sistem pengangkutan dengan mengunakan darah sebagai kenderaan utama. Selain itu, dengan mengunakan darah sebagai kenderaan utama, sistem ini membawa oksigen, nutrien, perkumuhan sel, hormon dan banyak bahan penting badan untuk homeostasis badan ke sel dan daripada sel. Sistem kardiovaskular dapatlah dibayangkan seperti satu pam otot yang mempunyai satu arah injap dan sistem yang besar dan tiub kecil yang eliputi pengedaran darah. Darah merupakan satu bahan pengangkutan. JANTUNG ANATOMI JANTUNG 1. Lokasi dan saiz jantung

Upload: hafizuddin

Post on 14-Dec-2015

162 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

Sistem Kardiovaskular

TRANSCRIPT

Page 1: Sistem Kardiovaskular

SISTEM KARDIOVASKULAR

PENGENALAN

Kardiovaskular sistem bukan hanya sekadar jantung, daripada kajian saintifik dan pendapat perubatan, adalah penting untuk mengetahui mengapa jantung begitu berguna dalam kehidupan kita. Malam dan siang, minit dan minit bertrilion-trilion sel mengambil nutrient dan mengkumuhkan bahan buangan. Walaupun, sistem ini menjadi sedikit perlahan ketika tidur , mereka tetap berterusan menjalankan fungsi mereka, kerana ketika mereka berhenti kita akan mati.

Sel akan dapat membuat perubahan hanya dengan mengunakan cecair tisu dalam kawasan tertentu dengan kadar yang cepat. Walaubagaimanapun, ssesetengahnya mengubah cecair ini perlu untuk memperbaharui nutrien dan menghalang pencemaran yang disebabkan oleh pembentukan bahan buangan. Badan memerlukan sistem pengangkutan untuk membawa beberapa ‘kargo“ datang dan kembali. Macam sebuah jalan raya, badan menghantar dengan mengunakan salur darah.

Sistem kardiovaskular ialah satu sistem pengangkutan dengan mengunakan darah sebagai kenderaan utama. Selain itu, dengan mengunakan darah sebagai kenderaan utama, sistem ini membawa oksigen, nutrien, perkumuhan sel, hormon dan banyak bahan penting badan untuk homeostasis badan ke sel dan daripada sel.

Sistem kardiovaskular dapatlah dibayangkan seperti satu pam otot yang mempunyai satu arah injap dan sistem yang besar dan tiub kecil yang eliputi pengedaran darah. Darah merupakan satu bahan pengangkutan.

JANTUNG

ANATOMI JANTUNG

1. Lokasi dan saiz jantungJantung kita ialah satu organ yang berotot dan berongga seberat kira-kira 320 gram. Saiznya sebesar genggaman penumbuk tangan kita. Bentuknya seperti buah pear atau kon. Jantung mempunyai berat kurang daripada satu paun. Ia juga berdekatan dengan mediastinum dalam, rongga toraks tengah dan jantung juga diapit oleh kedua-dua paru-paru. Jantung terkandung didalam kandung toraks, iaitu rongga yang dibentuk oleh tulang-tulang rusuk dan tulang sternum. Ia terletak di antara peparu kanan dan kiri, betul-betul di belakang tulang dada atau sternum. Kedudukannya menyerong ke kiri, merentangi ruang di antara tulang rusuk ke 2 hingga ke 5.

Page 2: Sistem Kardiovaskular

GAMBAR 1: KEDUDUKAN JANTUNG DALAM THORAX

GAMBAR 2: STRUKTUR DEPAN ANATOMI JANTUNG

Page 3: Sistem Kardiovaskular

2. Dinding dan ruang yang meliputi jantung.

Jantung ditutupi oleh oleh dinding berganda yang dipanggil perikardium. Bhaagian khusus perikardium dikenali sebagai serabut perikardium. Lapisan serabut perikardium menolong melindungi jantung dan struktur sekeliling iaitu diaphagrama dan sternum. Selain itu, serabut perikardium licin dan mempunyai dua lapisan iaitu lapisan viskeral dan epikardium, yang dimana bahagian dinding jantung yang sebenar. Cecair pelicir licin dihasilkan oleh membran perikardial serous. Cecair ini akan membenarkan jantung untuk berdegup senang dalam persekitaran biasa sebagai lapisan serous perikardial licin antara satu sama lain. Dinding jantung mempunyai tiga lapisan iaitu;

i. Epikardium (the vesciral pericardium at above )ii. Myokardiumiii. Endokarium (inner most at the heart)

MyokardiumMyokardium mempunyai seikat atau sekelompok otot kardiak berpintal dan berulir yang tersusun seperti cincin. Ia adalah satu lapisan yang dimana ia mengecut. Myokardium dikukuhkan dari dalam oleh jaringan tisu penghubung yang dipanggil “skeleton of the heart”.

EndokardiumIa adalah nipis, ia lapisan berkilau yang meliputi kamar jantung. Ia berterusan dengan lapisan salur darah keluar dan masuk ke dalam jantung.

GAMBAR 3: DINDING JANTUNG DAN APA YANG MELIPUTINYA

Page 4: Sistem Kardiovaskular

GAMBAR 4: STRUKTUR DALAM JANTUNG

INJAP

Jantung mempunyai empat injap, dimana membenarkan darah untuk mengalir dalam satu arah melalui empat kamar daripada atria melalui ventrikal dan keluar ke arteri besar meninggalkan jantung. Injap atrioventrikular atau AV, injap terletak di antara di antara atrium dan ventrikal kamar di setiap satunya, kiri dan kanan. Injap ini menghalang darah kembali ke atrium bila ventrikal kontraks. Injap kiri dikenali sebagai bikuspid atau mitral yang mempunyai dua flpas di endokardium. Injap kanan dikenali sebagai injap triskupid, mempunyai tiga flaps. Khordae tendinae ialah satu sauh yang berada pada dinding ventrikal untuk memegang injap. Bila jantung berada dalam keadaan rehat dan darah secara pasif memenuhi kamar, AV flaps tergantung dekat ventrikal. Bila ventrikal kontrak, mereka akan menekan darah pada kamar mereka, dan tekanan ventrikular (tekanan dalam ventrikal) meningkat naik. Mereka memaksa daya pada injap AV meningkat, dan menutup injap tersebut. Pada

Page 5: Sistem Kardiovaskular

ketika ini khordae terdinae berkerja pada flaps injap dan menutupnya. Jika flaps tersebut tidak tersauh mereka akan meniup ke atas dan atria macam payung yang menghadapi angin ribut. Pada ketika ini, injap AV menghalang darah kembali ke atrium bila ventrikal mengecut. Set dua ialah injap semilunar, mengawal tapak dua arteri besar meninggalkan kamar ventrikal. Mereka dikenali sebagai injap pulmonari dan injap aortic semilunar. Lihat pada rajah di bawah; Setiap injap semilunar mempunyai tiga leaflets yang terikat ketat bersama-sama bila injap tertutup. Bila ventrikal kontraks dan memaksa darah keluar daripada jantung, leaflets dipaksa buka dan leper ke dinding arteri melalui daya besar yang memaksa darah keluar. Apabila ventrikal rehat, darah akan mula keluar melalui jantung dan leaflets dipenuhi darah, menutup injap. Ini akan menghalang darah arterial daripada memasuki kembali jantung. Setiap injap beroperasi pada waktu yang berbeza. Injap AV terbuka ketika jantung rehat dan ventrikal kontrak ia tertutup. Injap semilunar tetrtutup apabila jantung rehat dan dipaksa terbuka apabila ventrikal kontrak. Ketika mereka terbuka dan terttutup merangsang tekanan untuk merubah jantung, injap memaksa darah untuk berterusan mengembara melalui jantung.

Page 6: Sistem Kardiovaskular

GAMBAR 3: OPERASI INJAP PADA JANTUNG

FISIOLOGI JANTUNGKetika jantung berdegup atau mengecut, darah berterusan melalui kitaran bulatan masuk dan keluar ke jantung, ketika badan rehat dan kembali ke jantung dan dihantar ke badan kembali. Jumlah kerja pada jantung adalah mustahil untuk percaya. Sehari dia akan menolak badan dan membekalkan 6 quarts atau 6 liter melalui salur darah 1000 kali bermakana sebenarnya mengepam 6000 quarts darah pada setiap hari.

Page 7: Sistem Kardiovaskular

KEADAAN INSRTINSIK PADA SISTEM JANTUNG: KETETAPAN RITMA BIASA PADA JANTUNG

Tidak macam otot tulang, yang mana stimuli melaui impuls saraf sebelum mengecut, sel kardiak akan dapat mengecut spontan dan sendiri, walaupun saraf pemghubung rosak. Walaupun, secara spontan mengecut ia berlaku dengan teratur dan berterusan. Walaupun otot kardiak dapat berdegup secara bersendiri, sel otot adalah berbeza kawasan mempunyai ritma berbeza. Sel atrial berdegup 60 kali setiap minit, tapi sel ventrikular berdegup lebih perlahan dengan (20-40/min) setiap minit, walaupun begitu jika tanpa penyatuan sistem kawalan jantung tidak dapat menjadi efisien dan koordinasi yang baik. Dua sistem yang mengawal jantung ialah saraf pada autonomik saraf sistem, yang bertindak macam brek dan pemecut untuk menurun dan meningkatkan kadar jantung bergantung pada pembahagian aktif. Sistem kedua ialah sistem konduksi intrisik atau nodul sistem yang dibina dalam tisu jantung dan diset oleh irama. Sistem konduksi instrinsik mempunyai tisu istimewa yang dijumpai dalam badan, ia macam satu lintasan di antara otot dan sistem saraf. Sistem ini menyebabkan otot jantung terpolarisasi pada satu arah, daripada atria dan ventrikal. Tambahan lagi, ia akan memaksa kadar kontraksi kira-kira 75 per minit pada jantung, lagipun degupan jantung sebagai satu unit koordinasi. Satu bahagian penting sistem konduksi instrinsik ialah satu node berbentuk sabit ialah tisu yang dipanggil sinoatrial (SA) node terletak pada atrium kanan. Lain komponen ialah atrioventrikular (AV) node pada persimpangan atria dan ventrikal, the atrioventrikular (V) Bundle of His dan atrium kanan dan cabang bundle kiri terletak pada septum intreventrikular dan akhirnya serabut purkinje yang tersebar pada otot-oto di dinding ventrikal. SA node ialah satu sel nipis yang mempunyai keja yang sangat besar. Ia mendeplorasi kadar tinggi di seluruh sistem , ia bermula dengan degupan jantung dan diset untuk menjadi kadar keseluruh jantung. Secara biasanya, nodus SA dipanggil sebagai pacemaker atau perentak jantung. Daripada SA node, atria akan mengecut. Pada AV node, impuls akan lambat sekejap untuk memberikan masa kepada atria untuk menyudahkan kontraksi. Jika SA melaui AV bundle dengan cepat , cabang bundle dan dan fiber purkinje memecut mengecut pada ventrikal dan puncak jantung akan mula bergerak pada atria. Kontraksi ini akan secara berkesan menolak darah utama pada atrium dan meninggalkan jantung. Tachhycardia adalah satu degupan jantung cepat melebihi 100 per minit. Bradycardia adalah kadar jantung yang mana lebih perlahan pada normal kurang daripada 60 per minit. Walaupun ia keadaan patologi, tapi tachycardia berpanjangan akan menybabkan berlaku fibrilisasi.

Page 8: Sistem Kardiovaskular

GAMBAR 4: SISTEM KONTRAKSI INSTRINSIK PADA JANTUNG

KITARAN KARDIAK DAN BUNYI JANTUNG

Pada jantung yang sihat atria mengecut dengan sendirinya. Bila mereka mula rehat, konstraksi ventrikal bermula. Systole dan diastole bermakna pengecupan dan kerehatan masing-masing. Ini kerana kerja mengepam dilakukan oleh ventrikal perkataan ini selalu merujuk kepada pengecutan dan kerehatan ventrikal. Kitaran kardiak merujuk kepada satu keaadaan dimana kitaran jantung aldah lengkap. Purata kadar degupan jantung kira-kira 75 setiap minit , jadi panjang kitaran kardiak ialah o.8 saat apabila normal. Kitaran kardiak berlaku pada tiga masa iaitu; Mid to late diastole Ventrikular diastole Early diastole

Page 9: Sistem Kardiovaskular

KITARAN KARDIAK DAN FASA DIASTOLE

Early Diastole

Ventrikel rehat

Injap semilunar tertutup

Injap atrioventricular terbuka.

Ventrikal dipenuhi dengan darah

Mid Diastole Tekanan pada jantung rendah

Atria dan ventrikal rehat.

Injap semilunar tertutup.

Injap atrioventricular terbuka

Ventrikal kembali dipenuhi darah

Ventrikular Systole

Nodus SA mengecut

Atria mengecut.

Ventrikal dipenuhi lebih banyak darah.

Pengecupan diteruskan oleh AV nodus..

Apabila mengunakan stetoskop, kita akan dapat mendengar bunyi jantung berdasarkan dua silibus iaitu lub dan dup dan kitaran dia ialah lub-dub, rehat, lub-dup, rehat dan seterusnya. Bunyi pertama jantung disebabkan oleh penutupan injap AV. Bunyi kedua jantung (dup) berlaku apabila injap semilunar tertutup pada fasa akhir diastole. Bunyi pertama jantung lebih lama dan kuat berbanding bunyi kedua jantung iaitu pendek dan tajam.

GAMBAR 5 ; RUMUSAN KEJADIAN YANG BERLAKU SEMASA KITAR KARDIAK

Page 10: Sistem Kardiovaskular

SIFAT-SIFAT JANTUNG

Otot-otot kardiak mempunyai satu sistem pengawalan yang tersedia terbentuk di dalamnya. Sistem ini membolehkan jantung mengecut secara beritma dan bebas dari kawalan saraf. Menurut Raman A (1986), susunan ini hanya terdapat pada haiwan vertebrata dan moluska dan dikenali sebagai sifat miogenik. Jantung mamalia mempunyai 3 ciri khusus iaitu:

i. Keritmaan (rhythmitcity) atau kebolehan mengecut secara spontan dan beritma.

ii. Kekonduksian (conductivity) yang bermaksud penyebaran aktiviti elektrik ke semua bahagian jantung.

iii. Kontraktiliti (contractility) atau kebolehan mengecut apabila diransang oleh impuls yang berasal dari jantung sendiri ataupun luar jantung.

Darjat perkembangan ciri-ciri di atas tidak sama di semua bahagian jantung. Misalnya, keritmaan paling menonjol di nodus SA berbanding dengan bahagian-bahagian lain, penghantaran impuls kardiak paling cepat sekali melalui serat-serat purkinje, sedangkan otot ventrikal mempunyai kontraktiliti yang lebih kuat berbanding otot atria.

Darah

Page 11: Sistem Kardiovaskular

Darah sangat penting kepada manusia. Melalui darah, semua bahan-bahan

yang diperlukan oleh badan dibawa dari satu tempat ke tempat yang lain

seperti nutrien, dan juga bahan yang tidak diperlukan oleh badan.

Darah ialah penghubung tisu kompleks yang hidup dalam darah, membentuk

elemen yang dipanggil plasma.

kolagen dan gentian elastin yang tipikal untuk tisu penghubung yang lain

hadir daripada darah tetapi protein yang larut akan kelihatan sebagai fibre

yang berdiri semasa pembekuan darah.

Ciri fizikal dan jumlah.

Darah adalah cecair yang melekit ligat dengan mempunyai ciri-ciri rasa

logam. Kita akan boleh merasai kemasinannya apabila pertama kali tangan

kita terkena pisau dan diletakkan di dalam mulut.

Darah mempunyai berat yang lebih berbanding air dan ketebalannya adalah

5 kali ganda daripda air atau lebih ligat, besar kerana ia akan membentuk

elemen.

Darah juga adalah alkaline yang mempunyai PH antara 7.35 ingga 7.45.

suhunya pula ialah (38 celcius atau 100.4).

Komposisi Darah.

Komposisi darah adalah terbentuk daripada binaan plasma iaitu bahagian

cecair darah tanpa tanpa elemen selulular.

Elemen selular ialah erythrocytes( darah), leukocytes (sel darah putih) dan

juga platelets.

Sel darah putih

Page 12: Sistem Kardiovaskular

Plasma.

Plasma yang merupakan 90 peratus air ialah sebahagian daripada darah. Terdapat

lebih banyak bahan yang dilarutkan dalam darah antaranya ialah nutrian, garam, gas

pernafasan, hormone, protein plasma dan juga sisa pelbagai. Protein plasma ialah

bahan yang melimpah dalam plasma kecuali antibodi dan protein yang berdasarkan

hormone dan kebanyakkan daripada protein plasma adalah terbentuk daripada hati.

plasma

Konstituen Fungsi utama

Air Pelarut yang membawa bahan-bahan

lain dan menyerab haba.

Garam

Sodium

Potassium

Kalsium

Magnesium

Chloride

Bicarbonate

Keseimbangan osmotic,

Penggangkutan lpid dan sebagai daya

tahan tubuh badan. (antibody)

Protein plasma

Albumin

Keseimbangan osmotic

Sel darah merah

Page 13: Sistem Kardiovaskular

Zat-zat dibwa oleh darah iaitu nutrient, (glucose, fatty asid, amino asid dan vitamin).

Sisa buangan metabolism (uria, asid urit)

Gas pernafasan( oksigen dan karbon dioksida)

Hormon.

Elemen yang terbentuk(cell)

Jenis-jenis sel nombor fungsi.

( per mm)

Eritrosit 4-6 million membawa oksigen dan

Karbon dioksida.

Leukocytes 4000-11000 ketahan dan imuniti

(sel darah putih)

Platelets 250000-500000 pembekuan darah.

Page 14: Sistem Kardiovaskular

Bentuk-bentuk elemen yang terbentuk dalam darah.

Jenis-jenis sel Fungsi

Erythrocytes

pengangkutan oksigen terikat kepada molekul hemoglobin juga me

ngangkut jumlah kecil karbon dioksida

Granulosit

Neutrofil

Peningkatan nombor secara cepat dalam masa yang pendek atau

jangkitan yang teruk.

Eosinophils Membunuh cacing

Basophils. Merembes histmin di permukaan yang terbakar. Memengandungi

heparin yang bersifat anti pengumpalan.

Plalet Membantu untuk mengawal kehilangan darah akibat salur darah

yang rosak.

Page 15: Sistem Kardiovaskular

Hemostasi.

Hemostasi mempunyai 3 peringkat yang utama iaitu kekejangan vascular, palam

pembentukan platelet dan pembekuan atau pembekuan darah. Kehilangan darah di

tapak permanently  dihalang apabila tisu  bergentian tumbuh menjadi bekuan

dan mengelak lubang dalam saluran darah.

Langkah pertama: kekejangan vascular.

Langkah 2 : Palam pembentukan platelet

Kecederaan pada lapisan vessel palam plalet terbentuk

Langkah 3 : darah merah terperangkap dengan pembekuan fibrin.

Page 16: Sistem Kardiovaskular

Sistem peredaran darah merupakan salah satu system yang penting di

dalam tubuh badan manusia. Sistem ini mengedarkan darah bermula dari jantung ke

seluruh tubuh badan dan akhirnya masuk ke jantung semula. Fungsi asas peredaran

darah ialah menghantar zat-zat makanan dan oksigen pada sel-sel di dalam badan

serta mengeluarkan karbon dioksida dan bahan dikehendaki atau bahan buangangn

dari sel. Sistem peredaran dari ini terbahagi kepada dua jenis iaitu sistem peredaran

pulmunori dan system peredaran sistemik.

Di dalam sistem peredaran darah terdapat tiga jenis salur darah yang utama

iaitu ateri, vena dan kapilari.

1. Arteri

Ateri ialah salur darah yang membawa darah keluar dai jantung ke

bahagian-bahagian badan yang lain. Struktur dinding atrei tebal,

berotot dan elastik supaya ia mampu menahan tekanan darah yang

tinggi di sebabkan oleh denyutan jantung. semua jenis arteri membawa

darah beroksigen kecuali arteri pulmunori. Aorta adalah arteri terbesar

dan utama yang mengalirkan darah keluar daripada jantung. atriol

merupakan cabang-cabang arteri. Artriol adalah arteri yang terkecil dan

paling jauh kedudukannya daripada jantung.

Page 17: Sistem Kardiovaskular

2. Vena

Vena ialah saluran darah yang membawa darah ke jantung daripada

bahagian-bahagian badan yang lain. Vena mempunyai struktur dinding

yang tipis dan saluran yang lebih besar jika dibandingkan dengan

arteri. Darah yang berada dalam vena mengalir pada tekanan yang

rendah. Saluran darah yang besar memberikan kurang rintangan

terhadap pengaliran darah.

Salur darah vena dilengkapi dengan injap-injap yang menentukan

darah agar mengalir hanya dalam satu arah sahaja iaitu ke arah

jantung. injap-injap ini akan tertutup jika darah mengalir ke belakang

dalam alirannya. Semua salur darah vena hanya membawa darah

yang tidak beroksigen kecuali vena pulmunori.

Page 18: Sistem Kardiovaskular

3. Kapilari darah

Kapilari darah merupakan salur darah yang terkecil dalam system

peredaran darah. Kapilari darah menghubungkan artriol kepada venul.

Struktur dinding kapilari hanya setebal satu sel. Dinding-dinging

kapilari darah yang tipis serta telap memudahkan resapan atau

pertukaran bahan-bahan antara darah dan tisu-tisu berlaku dengan

pantas dan cepat.

Page 19: Sistem Kardiovaskular

STRUKTUR DAN PEREDARAN DARAH.

Page 20: Sistem Kardiovaskular

Tekanan darah.

Tekanan darah merujuk kepada tekanan yang dikenakan oleh darah pada

pembuluh arteri darah ketika darah di pam oleh jantung keseluruh anggota tubuh

badan manusia. Tekanan darah di buat dengan mengambil dua ukuran dan

biasanya diukur seperti berikut - 120 /80 mmHg. Nombor atas (120) menunjukkan

tekanan ke atas pembuluh arteri akibat denyutan jantung. Ia dipanggil tekanan

sistolik. Nombor bawah (80) menunjukkan tekanan semasa jantung berehat di

antara pengepaman. Ia dipanggil tekanan diastolik. Masa yang paling baik untuk

mengukur tekanan darah adalah semasa anda rehat dan dalam keadaan duduk atau

baring..

Sekiranya tekanan darah didapati sentiasa lebih tinggi dari kadar biasa secara

berlarutan seseorang itu dikatakan mengalami masalah darah tinggi. Pesakitdarah

tinggi mesti sekurang-kurangnya mempunyai tiga bacaan tekanan darah yang

melebihi 140/90 mmHg semasa berehat.

Page 21: Sistem Kardiovaskular

Mengujur tekanan Darah.

Mengukur tekanan darah adalah kerana jntung kita berada dalam keadaan rehat dan

kontrak yang menyebabkan tekanan turun dan naik pada setiap dengupan.

Terdapat banyak factor yang menyebabkan tekanan darah iaitu umur, berat,

senaman, keadaan badan dan juga emoasi.

Tekanan darah peripheral ialah berkaitan terus dengan jantung output dan

rintangan peripheral. Rintangan Peripheral ialah jumlah geseran darah mengalir

melalui salur darah.

Regulasi Kardiovaskular

Regulasi kardiovaskular bertujuan untuk menjaga perubahan aliaran darah

pada bila-bila masa agar sentiasa berada di dalam keadaan yang stabil supaya tidak

menimbulkan sebarang perubahan tekanan aliran darah secara mendadak pada

organ-organ manusia.dengan kata lain regulasi kardiovaskular adalah untuk

menjadikan jantung dapat bekerja secara efisien dan efektif seseuai dengan

keperluan tubuh badan manusia. Mekanisma yang mempengaruhi regulasi

kardiovaskular ialah mekanisme autoregulasi aliran darah, mekanisme saraf dan

mekanisme hormon.

1. Mekanisme autoregulasi aliran darah

Autoregulasi bermaksud penyesuaian automatik dari aliran darah

dalam setiap jaringan terhadap keperluan dari jaringan bersangkutan.

Pada umumnya keperluan rangkaian adalah merupakan nutrisi.

Namun, dalam beberapa keadaan autoregulasi diperlukan seperti

untuk regulasi pembuangan zat sisa metabolisme dan elektrolik

dimana zat-zat tersebut dalam darah memainkan peranan penting

dalam mengatur aliran darah ginjal.

2. Mekanisme saraf

Page 22: Sistem Kardiovaskular

Mekanisme melalui saraf akan menetapkan tekanan dalam arteri

dalam jangka masa pendek, iaitu selama beberapa saat atau minit.

Salah satu perkara yang paling penting ialah reflex baroresepter.

Apabila tekanan darah menjadi tinggi reseptor khusus yang disebut

baroreseptor akan dikaitkan. Kesemua reseptor tersebut terletak di

dinding aorta dan arteri karotis internal.

Barorsesptor kemudian menghantar isyarat ke medulla oblongata di

batang otakisyarat yang dihantar melaui saraf autonomi menyebabkan

pelambatan jantung, pengurangan kekuatan kontraksi jantung,

kesesakan artriol dan kesesakan vena besar. Kesemuanya bekerja

bersama untuk menurunkan tekanan arteri kea rah normal. Kesan

sebaliknya akan berlaku sekiranya tekanan darah terlaulrendah.

3. Mekanisme hormon

Terdapat beberapa hormone yang memainkan peranan penting dalam

tetapan tekanan tetapi yang terpenting sekali ialah sistem hotmon

reniangiotesi daripada ginjal. Apabila tekanan darah terlalu rendah

sehingga aliran darah tidak dapat dikekalkan pada tahap normal, maka

ginjal akan secara automatik akan merembeskan renin yang

membentuk angiotensis.

Angiotensis yang dirembeskan adalah berfungsi untuk menimbulkan

konstriksi arteriol di seluruh tubuh badan untuk meningkatkan kembali

tekanan darah ke tahap yang normal.

Faktor-faktor yang mempengaruhi regulasi kardiovaskular ialah tekanan darah,

kadar degupan jantung, kardiak output dan stroke volume.

Page 23: Sistem Kardiovaskular

Sistem peredarah darah terbahagi kepada dua kitaran iaitu kitaran pulmonari dan

kitaran sistemik

1. Kitaran pulmonari ialah kitaran pengangkutan darah yang tdiak atau

kurang beroksigen dari jantung ke paru-paru

2. Kitaran sistemik adalah kitaran penangkutan darah beroksigen dari

paru-paru dan nutrien dibawa ke organ-organ serta sel-sel dalam tubuh

badan manusia.

Peredaran darah kitaran pulmonari adalah sistem pengangkutan darah tidak

beroksigen dari jantung ke paru-paru. Darah beroksigen akan kembali ke jantung.

Darah akan masuk ke atrium kanan di mana semasa menguncup akan

mengarahkan darah melalui injap trikuspid ke ventrikel kanan. Ventrikel kanan

menguncup untuk menolak darah melalui arteri pulmonari ke pembuluh pulmonari.

Pembuluh pulmonari berpecah dua iaitu satu ke arteri pulmonari kanan yang

membawa darah ke paru-paru kanan dan satu lagi arteri pulmonary kiri yang

membawa darah ke pulmonary kiri. Di dalam paru-paru, arteri pulmonari bercabang

ke arteri yang lebih kecil yang dinamakan arteriole. Arteriole bersambung ke

bahagian bawah kapilari yang mengandungi tisu paru-paru alveoli. Pertukaran gas

berlaku di sini, karbon dioksida meninggalkan sel darah merah dan dikeluarkan ke

udara dalam alveoli untuk dibuang dalam paru-paru. Oksigen dari udara dalam

alveoli bergabung dengan hemoglobin dalam sel darah merah. Dari kapilari darah

bergerak ke vena kecil atau venules. Venules adalah dari kiri dan kanan paru-paru

dan membentuk vena pulmonari. Vena ini akan membawa darah beroksigen dari

paru-paru balik ke jantung dan atrium kiri. Atrium ini menguncup, menghantar darah

melalui injap bikuspid ke ventrikel kiri. Ruang ini bertindak sebagai pam untuk darah

beroksigen yang baru. Bila ventrikel kiri menguncup, ia akan menghantar darah

beroksigen melalui injap semilunar aortik kemudiannya ke aorta.

Page 24: Sistem Kardiovaskular

Sistem kardiovaskular dan umur

Terdapat tiga perubahan yang akan berlaku di dalam sistem kardiovaskular apabila

umur semakin meningkat iaitu darah, jantung dan salur darah.

1. Darah

Perubahan-perubahan yang terjadi pada darah:

Terdapat penurunan dari Total Body Water sehingga volume darah

pun menurun.

Jumlah Sel Darah Merah (Hemoglobin dan Hematokrit) menurun. Juga

terjadi penurunan jumlah Leukosit yang sangat penting untuk menjaga

imunisasi tubuh. Hal ini menyebabkan ketahanan tubuh terhadap

infeksi menurun.

Page 25: Sistem Kardiovaskular

2. Jantung

Perubahan-perubahan yang terjadi pada jantung :

Pada miokardium terjadi brown atrophy disertai akumulasi lipofusin

(aging pigment) pada serat-serat miokardium.

Terdapat fibrosis dan kalsifikasi dari rangkaian fibrosa yang menjadi

rangka dari jantung.Selain itu pada injap juga terjadi kalsifikasi dan

perubahan sirkumferens menjadi lebih besar sehingga injap

menebal. Bising jantung (murmur) yang disebabkan dari simpulan injap

sering ditemui pada lansia.

Terdapat penurunan daya kerja dari nodus sino-atrial yang merupakan

pengatur irama

Terjadi penebalan dari dinding jantung, terutama pada ventrikel kiri. 

Berlaku iskemia subendokardial dan fibrosis rangkaian interstisial. Hal

ini disebabkan kerana menurunnya perfusi rangkaian akibat tekanan

diastolik menurun.

3. Saluran darah

Perubahan-perubahan yang terjadi pada saluran darah:

Hilangnya elastisitas dari aorta dan arteri-arteri besar yang lain. Ini

menyebabkan peningkatan pertahanan ketika ventrikel kiri mengepam

sehingga tekanan sistolik dan afterload meningkat.Keadaan ini akan berakhir

dengan yang disebut "Isolated aortic incompetence". Selain itu akan terjadi

juga penurunan dalam tekanan diastolik.

Menurunnya respons jantung terhadap stimulasi reseptor ß-adrenergik. Selain

itu reaksi terhadap perubahan-perubahan baroreseptor dan kemoreseptor

juga menurun. Laman respons terhadap baroreseptor dapat menjelaskan

terjadinya hipotensi Ortostatik pada lansia.

Berwarna kapilari menebal sehingga pertukaran nutrisi dan pembuangan

melambat.

Page 26: Sistem Kardiovaskular

Senaman dan sistem kardiovaskular

1. Kadar Denyutan dan Saiz Jantung

Kadar denyutan jantung purata untuk orang dewasa sihat adalah

sekitar 60 hingga 80 seminit. Bagi yang tidak aktif mungkin setinggi

100 seminit, manakala atlet mungkin serendah 25. Mike Tyson 36

denyutan seminit.

Sebelum senaman bermula, kadar denyutan nadi telah meningkat

berikutan perembesan neurotransmitter yang dipanggil adrenaline dan

noradrenaline atau dikenali juga dengan nama epinephrine dan

norepinephrine.

Page 27: Sistem Kardiovaskular

Kadar denyutan jantung maksima;

Lelaki 220 – Umur

Perempuan 226 – Umur

Ruang di ventrikel kiri meningkat sebagai hasil latihan daya tahan.

Ketebalan otot jantung meningkat dengan latihan bebanan. Kebanyakan

ahli bina badan di Malaysia yang malas buat latihan kardio biasanya

mempunyai jantung yang tebal (kuat) tetapi ruang ventrikel yang sempit.

Pernah ada kes, ada seorang dikejar anjing dan pengsan. Kadar denyutan

jantung berkurang dengan melakukan latihan daya tahan.

2. Stroke Volume

Stroke volume (isipadu stroke) adalah jumlah darah yang keluar daripada

ventrikel kiri untuk 1 denyutan dan diukur dalam unit ml/beat. Isipadu stroke

meningkat dengan intensiti latihan. Individu tidak terlatih biasanya dengan purata

50-70 ml/beat meningkat ke 110-130 ml/beat, manakala atlet biasanya daripada

90-110 ml/beat meningkat ke 150-220 ml/beat. Peningkatan berlaku sekitar 40-

60% daripada kapasiti ketika rehat.

Dalam bahasa mudah, apabila darah dipam lebih bermakna oksigen dan nutrisi

dapat disalurkan lebih. Pembakaran di sel memerlukan kehadiran oksigen dan

bahan bakar. Jadi isipadu stroke membezakan orang biasa dan seorang atlet.

Atlet yang dimaksudkan adalah yang melakukan senaman kardiovaskular

(aerobik). Senaman daya tahan meningkatkan isipadu stroke. Isipadu stroke

meningkat dengan peningkatan ruang di ventrikel kiri.

Page 28: Sistem Kardiovaskular

2. Cardiac Output

Cardiac output (kardiak output) adalah jumlah darah yang dipam oleh

jantung dalam 1 minit dan diukur dalam unit L/min. Cardiac bermaksud

jantung.

Kardiak Output = Isipadu Stroke X Kadar Denyutan Jantung

Secara logiknya, kardiak output tidak berubah disebabkan isipadu stroke

bertambah dan kadar denyutan jantung berkurang.

4. Aliran Darah

Sistem vaskular akan mengagihkan lebih darah ke kawasan yang

memerlukan (otot-otot yang bekerja). Sebelum bersenam tidak digalakkan

makan kerana ketika bersenam darah akan ditumpukan ke otot yang bekerja,

bermakna kurang darah untuk menjalankan kerja memproses makanan.

Senaman meningkatkan jaringan kapilari darah dan seterusnya menyebabkan

pengedaran darah beroksigen dan bernutrisi lebih baik.

5. Tekanan Darah

Tekanan darah individu yang sihat adalah sekitar 100-118 mmHg untuk

sistolik dan 60-78 mmHg untuk diastolik. Sistolik merujuk pada kerja dan

diastolik rehat. Tekanan sistolik meningkat ketika latihan manakala tekanan

diastolik kekal tidak berubah. Tekanan darah menurun sebagai hasil

melakukan latihan daya tahan, sistolik dan diastolik.

Page 29: Sistem Kardiovaskular

6. Darah

Ketika rehat darah membawa sekitar 20 ml oksigen untuk 100 ml dalam arteri

dan 14 ml dalam vena. Arteri membawa darah beroksigen kecuali arteri

pulmonari manakala vena membawa darah de-oksigen kecuali vena

pulmonari. Perbezaan kandungan oksigen dalam darah dipanggil perbezaan

VO2. Senaman meningkatkan perbezaan VO2.

Page 30: Sistem Kardiovaskular

Rujukan.

Elaine N. Marieb (2009). Essential of Human Anatomy & physiology.

New York.

Anne Waugh dan Allison Grant.1963). anatomy and physiology in Health and

Iiilness. United kingdom.