topik 2 - sistem kardiovaskular, respiratori dan saraf

Upload: akhi-muhammad-aiyas

Post on 06-Apr-2018

298 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/2/2019 Topik 2 - Sistem Kardiovaskular, Respiratori dan Saraf

    1/35

    X PENGENALAN

    Sistem kardiovaskular adalah sistem yang terdiri daripada jantung dan salurdarah. Sistem kardiovaskular berfungsi untuk mengangkut bahan makanan,perkumuhan dan sebagainya. Tiga komponen asas di dalam sistem ini adalahdarah, jantung dan salur pembuluh darah. Ketiga-tiga komponen ini harus

    berfungsi agar sistem kardiovaskular dapat menjalankan tugasnya dengan baik. Jika salah satu daripada komponen ini rosak, maka sistem ini akan gagalberfungsi.

    SISTEM KARDIOVASKULAR

    Sistem kardiovaskular mempunyai fungsi utama iaitu mengangkut oksigendaripada paru-paru dan bahan nutrien yang diserap ke tisu-tisu. Sekarang kitalihat apa yang terdapat di dalam sistem kardiovaskular ini.

    2.1

    TTooppiik

    22

    X Sistemsistem

    Tubuh

    Manusia1

    HASIL PEMBELAJARAN

    Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

    1. Menghuraikan dengan lebih lanjut tentang sistem kardiovaskular;

    2. Mengenal pasti struktur dan fungsi jantung;

    3. Menghuraikan dengan lebih lanjut tentang sistem respiratori;

    4. Menghuraikan dengan lebih lanjut tentang sistem saraf; dan

    5. Mengenal pasti tentang impuls dan bagaimana penjalarannya di dalamsistem tubuh.

  • 8/2/2019 Topik 2 - Sistem Kardiovaskular, Respiratori dan Saraf

    2/35

    TOPIK 2 SISTEM-SISTEM TUBUH MANUSIA 1 W 37

    2.1.1 Komposisi Darah, Plasma dan Fungsinya

    Darah boleh dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian-bahagian tersebutdikenali sebagai plasma dan sel darah.

    (a) PlasmaIa merupakan bahagian cecair darah. 55% daripada isi padu darah adalahterdiri daripada plasma. Terdapat beberapa komponen di dalam plasmaiaitu:

    Air - 91.0%Protein - 8.0%Garam galian - 0.9%Lain-lain - 0.1%

    Lain-lain komponen ini adalah:Zat makanan - Asid amino, vitamin, glukos dan lemakGas - Oksigen, karbon dioksidaBahan-bahan lain - Urea, hormon , enzim dan antibodi

    Plasma bertindak sebagai pengantara untuk menyalurkan makanan, lemak,glukosa, mineral dan asid amino ke tisu badan. Selain daripada itu, plasma

    juga sebagai pembawa bahan buang seperti urea, asid urik dan beberapa

    karbon dioksida.

    Selain daripada itu, terdapat pelbagai protein di dalam plasma darah.Antara protein-protein tersebut adalah seperti di dalam Jadual 2.1 di

    bawah.

    Jadual 2.1: Protein di dalam Plasma Darah

    Protein Fungsi

    Albumin Menyesuaikan tekanan osmosis darah.

    Menyediakan protein untuk tisu.

    Membawa zat khusus dalam kombinasi denganalbumin.

    Globulin Penghasilan antibodi dan proses pelalianterhadap pelbagai penyakit.

    Fibrinogen Pembekuan darah.

    Heparin Mencegah pembekuan darah.

    Protrombin Pembekuan darah.

  • 8/2/2019 Topik 2 - Sistem Kardiovaskular, Respiratori dan Saraf

    3/35

    38X TOPIK 2 SISTEM-SISTEM TUBUH MANUSIA 1

    (b) Sel DarahTerdapat tiga jenis darah di dalam sistem badan manusia:

    (i) Sel darah merah (Eritrosit)

    x Berbentuk piring dwicekung;

    x Terbentuk daripada selaput sel yang mengandungi hemoglobin;

    x Hemoglobin mengandungi protein globin dan zat besi (hematin);

    x Sel darah merah boleh hidup antara 90 hingga 100 hari;

    x Sel-sel darah merah yang tua akan musnah di dalam limpa dimana zat besi daripada proses ini disimpan untuk pembentukan

    sel-sel yang baru; danx Sel darah merah berfungsi untuk mengangkut oksigen yang telah

    bergabung dengan hemoglobin.

    Rajah 2.1: Sel darah merahSumber: Pearce, E. C. (2005). Anatomi dan fisiologi Untuk jururawat. Kuala Lumpur:

    Golden Books Centre Sdn. Bhd.

    (ii) Sel darah putih (Lukosit)

    x Sel darah putih tidak berwarna dan mempunyai rupa yang jernih;

    x Ianya adalah lebih besar daripada sel darah merah, namunmempunyai bilangan yang kecil;

    x Sel darah putih terbahagi kepada dua iaitu sel darah putih

    nukleus aneka bentuk dan sel darah putih limfosit;x 75% daripada sel darah putih terdiri daripada nukleus aneka

    bentuk;

    x Sel-sel ini boleh didapati di dalam tulang leper dan di hujungtulang panjang di mana sel darah merah terhasil;

    x Limfosit pula adalah 25% daripada jumlah sel darah putih;

  • 8/2/2019 Topik 2 - Sistem Kardiovaskular, Respiratori dan Saraf

    4/35

    TOPIK 2 SISTEM-SISTEM TUBUH MANUSIA 1 W 39

    x Limfosit dihasilkan di tisu limfatika di seluruh tubuh; dan

    x Limfosit berfungsi untuk menahan dan memelihara badandaripada serangan kuman penyakit-penyakit berjangkit sepertitibi.

    Rajah 2.2: Sel darah putihSumber: Pearce, E. C. (2005). Anatomi dan fisiologi Untuk jururawat. Kuala Lumpur:

    Golden Books Centre Sdn. Bhd.

    (iii) Sel pembeku (Platlet)

    x Saiz sel ini hanya daripada saiz sel darah merah;

    x Ianya berbentuk cebisan-cebisan sel;

    x Bentuk sel ini tidak menentu dan tidak mempunyai nukleus;

    x Sel pembeku berfungsi untuk membekukan darah di mana iaakan mengeluarkan trombokinas untuk membekukan darah;

    x Pembekuan darah boleh dipercepatkan dan diperlambatkan;

    x Proses pembekuan darah boleh dipercepatkan jika a) terdapathaba yang lebih tinggi daripada suhu badan dan b) sentuhandengan bahan kasar seperti sel epitelium pembuluh darah yangrosak; dan

    x Pembekuan darah diperlambatkan jika a) kesejukan, b) darahdisimpan dalam tabung berlapis lilin dan c) kalium sitrat ataunatrium sitrat ditambahkan ke dalam darah.

  • 8/2/2019 Topik 2 - Sistem Kardiovaskular, Respiratori dan Saraf

    5/35

    40X TOPIK 2 SISTEM-SISTEM TUBUH MANUSIA 1

    Darah mempunyai tugasnya yang tertentu. Antara tugas dan fungsi darahadalah:

    x Mengangkut oksigen dan zat makanan ke seluruh tubuh;

    x Membawa dan memindah bahan kumuh keluar dari tisu tubuh;

    x Mengangkut enzim dan hormon tubuh dari satu bahagian badankebahagian yang lain;

    x Bertindak melindungi tubuh daripada serangan kuman penyakit seldarah putih dan penghasilan antibodi;

    x Darah dapat dibekukan dan luka dapat disembuhkan melalui sel

    pembeku dan fibrinogen;x Mengawal suhu badan melalui pengaliran darah;

    x Menjadikan warna kulit tubuh normal. Hempedu, najis dan airkencing diwarnakan melalui pemecahan sel darah merah; dan

    x Mengangkut oksigen ke sel atau tisu dan menyingkirkan sebahagiankarbon dioksida daripada sel atau tisu.

    2.1.2 Struktur Jantung dan Fungsinya

    Jantung merupakan pusat kepada sistem kardiovaskular. Oleh itu, jantung

    memainkan peranan utama dalam peredaran darah. Jantung mempunyai empatruangan dan dianggap sebagai sebuah pam kerana ia berfungsi untukmengalirkan dan mengedarkan darah ke seluruh tubuh.

    Kedudukan jantung adalah di tengah-tengah bahagian dada di antara dua paru-paru. Bahagian pinggir bawahnya terletak di permukaan atas otot diafragma.

    Jantung biasanya bersaiz genggam penumbuk bagi orang dewasa. Darahberjumlah antara tiga hingga enam liter boleh dimuatkan di dalam jantung padasatu masa. Jantung dibahagi dua oleh septum. Oleh itu, bahagian kanan dan

    bahagian kiri jantung tidak berhubung secara langsung. Manakala di setiapbelah jantung terdapat dua ruang. Ruang sebelah atas dikenali sebagai serambi

    jantung (atrium kanan dan kiri) dan bertugas menerima darah. Ruang sebelah bawah pula adalah bilik jantung (ventrikel kanan dan kiri) di mana tugasnyaadalah menghantar keluar darah daripada jantung.

    Jantung mula berdenyut pada akhir minggu ketiga bayi masih dalam peringkatfetus, iaitu ketika organ-organ lain baru mula membentuk. Ia terus-menerus

    berdenyut tanpa henti sejak janin di dalam kandungan ibu sehinggalahseseorang itu mati. Selama mana pun ia berdenyut, jantung juga masihmempunyai waktu rehat. Ia rehat pada waktu di antara dua denyutan. Ventrikelkiri mengambil 0.3 saat untuk berdenyut dan mengepam darah ke tubuh.

  • 8/2/2019 Topik 2 - Sistem Kardiovaskular, Respiratori dan Saraf

    6/35

    TOPIK 2 SISTEM-SISTEM TUBUH MANUSIA 1 W 41

    Kemudian jantung rehat selama 0.5 saat. Kadar denyutan jantung bolehmeningkat mahupun menurun bergantung pada aktiviti seseorang. Kadardenyutan jantung meningkat semasa seseorang melakukan aktiviti berat danmenurun sewaktu rehat atau tidur. Sewaktu seseorang itu tidur, banyak salurdarah kecil (kapilari) tidak aktif. Ini bermakna jantung tidak perlu mengepamdarah ke bahagian tersebut dan denyutan jantung akan menurun.

    Jantung mendapat bekalan makanannya dari darah, tetapi bukan darah yangmelalui empat ruangannya; sebaliknya, dari darah arteri koronari iaitu satucabang salur darah (kanan dan kiri) aorta.

    Sekiranya anda mengetahui tekanan darah anda 120/70 mmHg, sebenarnyatekanan ini dihasilkan oleh jantung sewaktu berdenyut. Angka 120menggambarkan tekanan (dalam mmHg) sewaktu jantung mengepam (tekanansistolik), manakala 70 mmHg menggambarkan tekanan sewaktu jantung rehat(tekanan diastolik). Angka bawah lebih penting daripada angka atas keranasemakin tinggi angka ini semakin sedikitlah waktu rehatnya. Juga semakin tinggiangka ini, semakin banyak kerja atau beban yang harus dipikul oleh jantunguntuk memastikan bekalan darah sampai ke seluruh tubuh. Semakin tuaseseorang itu, semakin tinggi tekanan darahnya kerana salur-salur darahnyamenjadi semakin keras.

    Rajah 2.3: Struktur jantungSumber: Baharudin Omar dan Mohd Hamim Rajikin. (2005). Pengenalan sistem tubuh dan

    penyakitnya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

  • 8/2/2019 Topik 2 - Sistem Kardiovaskular, Respiratori dan Saraf

    7/35

    42X TOPIK 2 SISTEM-SISTEM TUBUH MANUSIA 1

    Jantung mempunyai beberapa lapisan. Lapisan-lapisan yang ada pada jantung:

    (a) Selaput Jantung (Perikardium)

    (i) Meliputi jantung dan terbahagi dua;

    (ii) Pertama, lapisan berserat di bahagian luar (lapisan parietal); dan

    (iii) Kedua, lapisan viseral iaitu lapisan serosa yang terdiri daripada dualapisan selaput. Selaput ini berfungsi mengeluarkan bendalir jernihyang menghalang geseran apabila jantung berdenyut.

    (b) Otot Jantung (Miokardium)

    (i) Dibina daripada otot bebas; dan

    (ii) Keadaannya tebal di bilik kiri, kurang tebal di bilik kanan dan nipis diserambi jantung.

    (c) Selaput Jantung (Endokardium)

    (i) Terbina daripada tisu epitelium skuamosa; dan

    (ii) Lapisan ini berbentuk leper dan licin kerana ia merupakan lanjutandaripada lapisan dalam saluran darah.

    Rajah 2.4: Lapisan jantung dan perikardiumSumber: Abdul Hamid Abdul Rashid. (2001). Anatomi umum. Hulu Kelang, Selangor:

    Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka

    Fungsi-fungsi jantung adalah:

    x Menjana dan mengekalkan tekanan darah. Denyutan jantung akan menjanatekanan darah dan seterusnya mengalirkan darah ke seluruh tubuh;

    x Mengarah peredaran darah. Peredaran darah dapat dilakukan ke beberapatempat berdasarkan ruangan di dalam jantung; dan

  • 8/2/2019 Topik 2 - Sistem Kardiovaskular, Respiratori dan Saraf

    8/35

    TOPIK 2 SISTEM-SISTEM TUBUH MANUSIA 1 W 43

    x Membawa bekalan darah ke tisu. Kadar denyutan jantung yang berbeza akanmembuatkan jumlah darah yang dialirkan berbeza. Contohnya semasa

    bersukan dan semasa keadaan rehat. Semasa bersukan, lebih banyak darahdialirkan berbanding dengan keadaan berehat.

    2.1.3 Peredaran Darah

    Peredaran darah adalah penting di dalam tubuh manusia. Jantung merupakanorgan yang utama dalam proses pengedaran darah.

    Jadual 2.2 menunjukan jenis-jenis peredaran darah.

    Jadual 2.2: Jenis-jenis Peredaran Darah

    Peredaran Sistemik x Darah keluar dari ventrikel kiri jantung melalui aorta.

    x

    Aorta menjadi cabang kecil dipanggil arteri untukmenghantar darah ke pelbagai bahagian tubuh.

    x Dinding arteri berotot untuk mengawal aliran darah.

    x Kapilari pula akan akan bergabung dan membentukvenul.

    x Venul pula akan bergabung semula dan menjadi venayang berfungsi untuk menghantar semula darah ke

    jantung.

    x Vena akan bergabung dan menjadi sepasang venaiaitu vena kava inferior dan vena kava superior.

    x Vena kava inferior mengumpulkan darah dari anggotadistal bawah badan.

    x Vena kava superior pula mengumpulkan darah darianggota distal atas badan.

    x Kedua-dua pembuluh darah ini akan menghantarisinya ke dalam atrium jantung kanan.

    AKTIVITI 2.1

    Dapatkan maklumat lanjut mengenai sistem kardiovaskular denganmelayari internet dan bincangkan bersama rakan atau tutor anda.

  • 8/2/2019 Topik 2 - Sistem Kardiovaskular, Respiratori dan Saraf

    9/35

    44X TOPIK 2 SISTEM-SISTEM TUBUH MANUSIA 1

    Peredaran Pulmonari x Darah akan masuk ke dalam ventrikel kanan melaluivena.

    x Ventrikel kanan ini akan mengecut dan mengepamdarah ke arteri pulmonari.

    x Darah dihantar ke paru-paru kanan dan kiri melaluiarteri yang bercabang dua.

    x Semasa di dalam paru-paru, arteri akan berpecahmenjadi arterial dan akhirnya akan menjadi kapilaripulmonari.

    x Kapilari pulmonari akan membawa oksigen danmelepaskan karbon dioksida.

    x Darah akan dikembalikan kepada jantung apabilakapilari pulmonari bergabung menjadi vena.

    x Terdapat empat vena pulmonari yang bertugasmengembalikan darah ke jantung dan darah tersebutdimasukkan ke atrium kiri.

    x Darah tersebut akan dimasukkan pula ke ventrikel kiridi mana ia akan mengecut dan mengepam darah ini keaorta untuk memulakan semula peredaran sistemik.

    Peredaran Portal x Vena portal bertanggungjawab untuk mengumpulkandarah dari usus, perut, pankreas dan limpa.

    x Vena portal akan terbahagi apabila berada di dalamhati. Ianya membelah masuk ke dalam sistem kapilari.

    x Sistem kapilari akan bergabung dengan kapilari arterihepatik yang akan menghantar darah dari aorta kehati.

    x Vena heparik pula akan menghantar darahnya ke venakava inferior dan kemudian ke jantung.

  • 8/2/2019 Topik 2 - Sistem Kardiovaskular, Respiratori dan Saraf

    10/35

    TOPIK 2 SISTEM-SISTEM TUBUH MANUSIA 1 W 45

    Rajah 2.5 menunjukkan lebih jelas sistem peredaran darah sistemik dan sistemperedaran darah pulmonari.

    Rajah 2.5: Sistem peredaran darah sistematik dan sistem peredaran darah pulmonari

  • 8/2/2019 Topik 2 - Sistem Kardiovaskular, Respiratori dan Saraf

    11/35

    46X TOPIK 2 SISTEM-SISTEM TUBUH MANUSIA 1

    Rajah 2.6 pula menunjukan keratan rentas jantung yang menunjukkan ruang-ruang dan pembuluh darah besar.

    Rajah 2.6: Ruang-ruang jantung dan pembuluh darah besarSumber: Abdul Hamid Abdul Rashid. (2001). Anatomi umum. Hulu Kelang, Selangor:

    Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka

    Dalam proses peredaran darah, terdapat banyak pembuluh darah yang terlibat.Pembuluh darah merupakan medium untuk mengepam darah jantung keluar ketisu dan mengalirkan kembali darah ke jantung. Mari kita lihat apakahpembuluh-pembuluh darah yang terlibat dan tugasnya secara ringkas dalamtubuh kita.

    (a) ArteriDarah yang bertekanan tinggi akan dialirkan oleh arteri, selalunya darah

    bertekanan tinggi ini adalah dari ventrikal. Sehubungan dengan itu, arteriharus mempunyai dinding yang tebal untuk menampung tekanan darahyang tinggi itu. Arteri mempunyai tiga lapisan iaitu seperti yang telahdiringkaskan dalam Jadual 2.3.

  • 8/2/2019 Topik 2 - Sistem Kardiovaskular, Respiratori dan Saraf

    12/35

    TOPIK 2 SISTEM-SISTEM TUBUH MANUSIA 1 W 47

    Jadual 2.3: Lapisan-lapisan Arteri

    Arteri Elastik(kenyal)

    x Dinding arteri terbesar, seperti aorta dan trunkuspulmonari.

    x Banyak tisu perantara kenyal.

    x Tisu perantara kenyal akan mengembang apabilamenerima isi padu darah yang tiba-tiba tertolakdengan setiap denyutan jantung.

    Arteri Berotot x Terdiri daripada otot licin.

    x Bercabang ke kawasan tertentu pada tubuh badan.

    Arteriol x Merupakan arteri yang terkecil.

    x Mempunyai garis pusat 0.5mm atau kurang.

    x Otot licin dalam arteriol membolehkan keadaanpengecutan (vasokonstriksi) dan peregangan(vasodilatasi) pilihan berlaku.

    x Pengecutan dan peregangan terjadi untukmembolehkan darah dihantar ke satu organ dandibawa dari satu organ yang lain.

    (b) KapilariKapilari merupakan pembuluh-pembuluh darah kecil yang tidak terkira.Ianya adalah cabang daripada arteriol. Kapilari dikenali sebagai pembuluhdarah yang paling kecil. Ukuran garis pusatnya hanya besar sedikit sahajadaripada saiz sel darah merah.

    Lapisan dinding kapilari terbentuk daripada lapisan endotelium. Olehsebab itu, lapisan dinding kapilari adalah yang paling nipis. Di sinilah

    bahan-bahan antara darah dan cecair tubuh ditukar. Ketebalan dindingkapilari adalah berdasarkan kepada saiz garis pusatnya. Semakin kecil saiz

    garis pusat, semakin nipis dinding kapilari.

    Ada dua hujung pada kapilari. Satu hujung adalah hujung arteri yang bertemu dengan arteriol. Manakala satu hujung lagi adalah hujung venayang bertemu dengan venul.

  • 8/2/2019 Topik 2 - Sistem Kardiovaskular, Respiratori dan Saraf

    13/35

    48X TOPIK 2 SISTEM-SISTEM TUBUH MANUSIA 1

    (c) VenulCabang-cabang kapilari akan bercantum di penghujung tisu danmembentuk vena kecil yang dikenali sebagai venul. Saiz venul adalah lebih

    besar daripada kapilari. Venul mempunyai satu lapis tisu perantara dan beberapa sel otot licin. Otot licin ini berkedudukan mengelilingiendotelium.

    (c) VenaVena adalah gabungan daripada vena-vena kecil. Gabungan vena ini akanmembentuk satu tiub yang semakin membesar dan dikenali sebagai venakecil, vena sedang dan vena besar. Vena-vena ini bertugas untuk membawa

    darah vena dari tisu ke atrium jantung. Semakin besar saiz vena maka akanbertambah juga ketebalan dindingnya. Namun begitu dinding vena tidaksetebal dinding arteri kerana vena mempunyai kurang tisu kenyal dan ototlicin.

    Vena terbahagi kepada tiga jenis seperti dalam Jadual 2.4.

    Jadual 2.4: Jenis-jenis Vena

    Vena Profondus x Terletak di dalam otot atau di antara otot, dankebiasaannya mengiringi arteri.

    x Berfungsi untuk menolak darah di dalamnya ke jantung. Darah akan tertolak ke jantung, apabilaberlaku kontraksi otot yang menekan vena profondus.

    x Dikenali sebagai vena komitans di bahagian distalanggota kerana di sini kedudukan vena adalah

    berpasangan.

    Vena Superfisial x Terdapat di bawah kulit.

    x Berfungsi untuk mengalirkan darah dari kulit dan tisusubkutaneus.

    x

    Mempunyai taoak laluan dan cork yang berbeza, olehitu nama vena superfisial hanya diberi kepada venautama dan yang tetap.

    x Mempunyai injap yang bertugas untuk mengarahkanaliran darah ke jantung.

  • 8/2/2019 Topik 2 - Sistem Kardiovaskular, Respiratori dan Saraf

    14/35

    TOPIK 2 SISTEM-SISTEM TUBUH MANUSIA 1 W 49

    VenaPenghubung

    x Menghubungkan vena profundus dengan venasuperfisial

    x Injap pada vena penghubung mengarahkan alirandarah dari vena superfisial ke vena profundus

    x Banyak terdapat di bahagian distal anggota bawah.

    SISTEM RESPIRATORI

    Untuk menjalankan aktiviti, setiap sel memerlukan oksigen. Hasil akhir daripadaaktiviti sel adalah karbon dioksida. Sebelum ini, kita telah belajar mengenaisistem kardiovaskular. Untuk pengetahuan anda, dua sistem yang terlibat dalamproses mengangkut oksigen dan proses mengeluarkan karbon dioksida adalahsistem kardiovaskular dan sistem pernafasan.

    2.2.1 Jenis-jenis Respiratori

    Dalam fisiologi pernafasan, terdapat dua jenis pernafasan. Jenis pertama adalahpernafasan melalui paru-paru atau pernafasan eksternal. Jenis yang kedua pulaadalah pernafasan tisu atau pernafasan internal (lihat Rajah 2.7).

    2.2

    AKTIVITI 2.2

    1. Kaitkan kecergasan jantung dengan keupayaan sistem kardiovaskulardalam perlakuan aktiviti fizikal sepanjang menjalani latihan fizikal

    berintensiti tinggi. Bincangkan.

    2. Apakah pengaruh kadar denyutan jantung dan isi padu strokterhadap keluaran jantung?

    3. Dalam kumpulan bertiga, anda dikehendaki mengenal pasti bahagianutama sistem kardiovaskular dan kaitkan dengan sistem pernafasan.

  • 8/2/2019 Topik 2 - Sistem Kardiovaskular, Respiratori dan Saraf

    15/35

    50X TOPIK 2 SISTEM-SISTEM TUBUH MANUSIA 1

    Rajah 2.7: Pernafasan eksternal dan internal

    Sumber: Baharudin Omar dan Mohd Hamim Rajikin. (2005). Pengenalan sistem tubuh danpenyakitnya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

    (a) Pernafasan EksternalPertukaran oksigen dan karbon dioksida adalah berlaku di paru-paru.Semasa bernafas, oksigen akan disalurkan melalui hidung dan mulut.Oksigen ini akan melalui trakea dan tiub bronkial ke alveoli. Proses inimempunyai kaitan rapat dengan darah dalam kapilari pulmonari.

    Membran alveolar-kapilari merupakan satu-satunya lapisan yangmemisahkan oksigen dari darah. Bagaimanakah membran ini memisahkan

    oksigen dari darah? Oksigen akan menembusi membran ini danhemoglobin sel darah merah akan membawa oksigen tersebut ke jantung.Kemudian, darah akan dipam ke seluruh tubuh melalui arteri. Padakeadaan ini, darah yang keluar dari paru-paru mempunyai tekananoksigen 100mmHg. Pada ketika ini juga, bacaan hemoglobin adalah 95%tepu oksigen.

  • 8/2/2019 Topik 2 - Sistem Kardiovaskular, Respiratori dan Saraf

    16/35

    TOPIK 2 SISTEM-SISTEM TUBUH MANUSIA 1 W 51

    Karbon dioksida yang terhasil akan menembusi aveolar-kapilari darikapilari darah, kemudian melalui tiub bronkial dan trakea seterusnyadihembus keluar melalui hidung dan mulut. Pernafasan eksternalmempunyai empat proses. Proses-proses tersebut adalah:

    (i) Ventilasi pulmonari menggantikan udara dalam alveoli denganudara luar;

    (ii) Aliran darah melalui paru-paru;

    (iii) Pengagihan aliran udara dan aliran darah sedemikian sehinggajumlah tepat dari setiapnya dapat sampai ke semua bahagian tubuh;dan

    (iv) Penggabungan gas yang menembusi membran pemisah alveolarkapilari. Karbon dioksida lebih mudah bergabung dengan darah

    berbanding oksigen.

    Semasa melakukan aktiviti senaman, darah yang datang ke paru-parumengandungi lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen. Justeruitu, karbon dioksida itu tidak dapat dikumuhkan, maka pengecutan dalamarteri darah bertambah. Hal ini akan merangsang pusat pernafasan dalamotak untuk mempercepat dan memperdalamkan pernafasan. Dengan ini,karbon dioksida dapat dikumuh dan paru-paru dapat mengambil oksigen

    dengan lebih banyak.

    (b) Pernafasan InternalPernafasan internal berlaku pada semua tisu tubuh. Darah yang sampai dikapilari bergerak dengan lambat. Darah tersebut juga hemoglobinnya tepudengan oksigen. Pengoksigenan akan berlaku apabila sel tisu mengambiloksigen dari hemoglobin dan hasilnya adalah karbon dioksida.

    2.2.2 Komponen dan Fungsinya Sistem Respiratori

    Sistem pernafasan terjadi dengan adanya organ-organ tertentu. Organ-organ

    yang terlibat di dalam sistem pernafasan adalah hidung, farinks, larinks, trakea,bronkus dan paru-paru.

  • 8/2/2019 Topik 2 - Sistem Kardiovaskular, Respiratori dan Saraf

    17/35

    52X TOPIK 2 SISTEM-SISTEM TUBUH MANUSIA 1

    Rajah 2.8: Organ-organ yang terlibat dalam sistem pernafasanSumber: Baharudin Omar dan Mohd Hamim Rajikin. (2005). Pengenalan sistem tubuh dan

    penyakitnya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

    Rajah 2.9: Larinks, trakea dan bronkusSumber: Pearce, E. C. (2005). Anatomi dan fisiologi Untuk Jururawat. Kuala Lumpur:

    Golden Books Centre Sdn. Bhd.

  • 8/2/2019 Topik 2 - Sistem Kardiovaskular, Respiratori dan Saraf

    18/35

    TOPIK 2 SISTEM-SISTEM TUBUH MANUSIA 1 W 53

    Rajah 2.10: Rangka larinksSumber: Abdul Hamid Abdul Rashid. (2001). Anatomi umum. Hulu Kelang, Selangor:

    Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka

    Jadual 2.5 menerangkan secara terperinci setiap organ dan fungsinya dalamsistem pernafasan.

    Rajah 2.9 dan 2.10 menunjukkan dengan lebih jelas larinks yang juga memainkanperanan dalam sistem pernafasan.

    Jadual 2.5: Organ-organ dalam Sistem Pernafasan dan Fungsinya

    Organ Fungsi

    Hidung x Bahagian hidung boleh terbahagikepada dua iaitu bahagian internaldan bahagian eksternal.

    x Bahagian eksternal terletak pada

    permukaan muka. Ia terbentukdaripada tulang dan rawan yangberbentuk rangka penyokong.

    x Rangka hidung ini dilitupi oleh kulitdi bahagian luar dan membranmukus di lapisan dalamnya.

    x Bulu hidung menapis debudan mikroorganisma dariudara yang masuk.

    x Lapisan mukus pula

    memerangkap debu danmikroorganisma.

    x Membran mukus menerimabekalan darah yang banyakdan berfungsi untukmengawal udara yangmasuk menjadi hampirsama dengan suhu badandan melembapkannya.

  • 8/2/2019 Topik 2 - Sistem Kardiovaskular, Respiratori dan Saraf

    19/35

    54X TOPIK 2 SISTEM-SISTEM TUBUH MANUSIA 1

    x Lubang hidung atau nares eksternaladalah dua bukaan yang terdapat di

    bawah hidung eksternal.

    x Bahagian internal pula terletak diatas mulut dan di antara dua kavitiorbit.

    x Septum hidung membahagi hidungkepada bahagian kanan dan kiri.

    x Membran mukus yang melapisikaviti hidung dipenuhi denganpembuluh darah.

    x Untuk membau keranaterdapat reseptor bau di

    bahagian atas hidung.

    x Membantu menghasilkanbunyi dengungan (fonasi).

    Farinks x Dikenali juga sebagai tekak.

    x Mempunyai kira-kira 12 hingga 13cm panjang tiub berotot.

    x Merupakan satu salur yang bermuladari dasar tengkorak dan tamat di

    belakang peti suara di aras vertebraleher keenam.

    x Bahagian paling atas farinks dikenali

    sebagai nasofarinks.x Bahagian tengah pula dikenali

    sebagai orofarinks dan bahagianpaling bawah dikenali sebagailaringofarinks.

    x Menyediakan laluan bagikeluar masuk udara dan

    juga makanan danminuman.

    x Menyediakan ruangdengungan (resonasi)untuk bunyi percakapan.

    x Memberi perlindungandaripada mikroorganisma

    yang masuk bersamaudara, makanan danminuman.

    Larinks x Juga dikenali sebagai peti suara.

    x Merupakan laluan pendek yangmenghubungkan laringofarinksdengan trakea.

    x Terdapat beberapa tulang rawan dilarinks.

    x Tiga daripada tulang rawan ini tidakberpasangan dan tiga lagi berpasangan.

    x Rawan yang berpasangan adalaharitenoid, kornikulat dan kuneiform.

    x Manakala rawan yang tidakberpasangan adalah tiroid, epiglotisdan krikoid.

    x Penghasilan suara.

    x Laluan udara.

    x Menghalang kemasukanbahan asing ke trekpernafasan bawah melaluilipatan-lipatan epiglotisdan vokal.

  • 8/2/2019 Topik 2 - Sistem Kardiovaskular, Respiratori dan Saraf

    20/35

    TOPIK 2 SISTEM-SISTEM TUBUH MANUSIA 1 W 55

    Trakea x Merupakan satu salur berukuran12cm panjang.

    x Terbentuk daripada rawan-rawanyang berbentuk C.

    x Permukaan belakang salur dilapisidengan selaput.

    x Otot bebas terdapat di ruang antararawan-rawan.

    x Menyediakan tempatlaluan bagi udara yangmasuk dan keluar.

    Bronkus x Trakea akan bercabang dan

    membentuk bronkus kiri dan kanan.

    x Dilapisi oleh tisu epitelium.

    x Bronkus kanan lebih pendek danlebar daripada bronkus kiri.

    x Bronkus kiri lebih panjang dan nipis.

    x Terdapat banyak pencabangan padabronkus dan membentuk sepertibatang pokok dan sering dirujuksebagai pepokok bronkus.

    x Menyediakan tempat

    laluan bagi pengagihankeluar dan masuk udara.

    Paru-paru

    x Berbentuk kon dan berpasangan.

    x Jantung dan struktur lainmemisahkan paru-paru daripasangannya.

    x Paru-paru kiri mempunyai dualobus, manakala paru-paru kanantiga lobus.

    x Dikelilingi oleh dua membran serosayang dipanggil sebagai pleura.

    x Pertukaran gas oksigen dankarbon dioksida.

    SEMAK KENDIRI 2.1

    1. Nyatakan fungsi sistem pernafasan.

    2. Namakan struktur yang membentuk sistem pernafasan danhuraikan struktur tersebut dengan ringkas.

  • 8/2/2019 Topik 2 - Sistem Kardiovaskular, Respiratori dan Saraf

    21/35

    56X TOPIK 2 SISTEM-SISTEM TUBUH MANUSIA 1

    2.2.3 Mekanisme dan Kawalan Pernafasan

    (a) Mekanisme PernafasanMekanisme pernafasan melibatkan dua proses fizikal, iaitu tarikan nafas(inspirasi) dan hembusan nafas (ekspirasi). Mekanisme pernafasanmelibatkan otot-otot interkosta (luar dan dalam) dan otot diafragma.Perubahan yang berlaku semasa mekanisme tarikan dan hembusan nafasditunjukkan dalam Jadual 2.6.

    Jadual 2.6: Perubahan yang Berlaku Semasa Mekanisme Tarikan dan Hembusan

    Tarikan Nafas (inspirasi) Hembusan Nafas (ekspirasi)

    Otot interkosta luar mengecut. Otot interkosta luar mengendur.

    Otot interkosta dalam mengendur. Otot interkosta dalam mengecut.

    Sangkar rusuk tertarik ke atas dan keluar.

    Sangkar rusuk tertarik ke bawah dan kedalam.

    Otot diafragma mengecut. Otot diafragma mengendur.

    Diafragma menjadi kurang

    melengkung.

    Diafragma melengkung ke atas seperti

    bentuk kubah.

    Pergerakan otot-otot di atasmenyebabkan isi padu rongga toraks

    bertambah dan tekanan udara didalamnya berkurang.

    Pergerakan otot-otot di atas menyebabkanisi padu rongga toraks berkurang dantekanan udara di dalamnya bertambah.

    Akibatnya udara dari luar masuk kedalam peparu.

    Akibatnya udara dari peparu ditolak keluar.

    Apabila kita menarik nafas, otot diafragma akan menguncup sekaligus

    menjadikan ruang toraks lebih luas. Pada masa ini, juga paru-paru akanmengembung dan menjadikan tekanan udara dalam paru-paru berkurangan. Akibat daripada tindakan itu, udara akan disedut masukmelalui salur udara ke dalam paru-paru.

    Semasa menghembus nafas, ruang dada menjadi lebih kecil. Ini berlakukerana otot diafragma naik ke atas dan tulang rusuk ditarik ke bawah olehotot interkosta dalam. Tekan udara menjadi lebih tinggi di dalam paru-paru dan ini menyebabkan udara berasak keluar dari paru-paru.

  • 8/2/2019 Topik 2 - Sistem Kardiovaskular, Respiratori dan Saraf

    22/35

    TOPIK 2 SISTEM-SISTEM TUBUH MANUSIA 1 W 57

    Terdapat beberapa gerakan pernafasan yang dianggap istimewa kerana ia berbeza daripada gerakan pernafasan biasa. Ia berlaku pada keadaanberikut:

    (i) Mengeluh dan menguap Gerakan menarik nafas yang panjang.

    (ii) Batuk dan bersin Gerakan menghembus nafas yang terpaksa.

    (iii) Tersedu Gerakan menarik nafas dengan mengejut kerana sentakanotot diafragma. Bunyi tersedu terjadi kerana udara dihirup dengansegera melalui pita suara.

    (b) Kawalan Pernafasan

    Dalam sehari kita menarik dan menghembus nafas tanpa henti. Pada setiapsatu minit, orang dewasa melakukan gerakan pernafasan sebanyak 16hingga 18 kali. Ada dua faktor yang mengawal pernafasan iaitu kawalansaraf dan kawalan kimia.

    (i) Kawalan Saraf Sistem saraf mengawal gerakan pernafasan menjadikannya gerakanotomatik. Namun begitu manusia boleh mengawal gerakanpernafasan dengan kuasa kawalan pada jangka masa yang pendeksahaja. Pusat kawalan pernafasan yang terletak di medula oblongata

    bertanggungjawab menjadikan gerakan pernafasan menjadi gerakanotomatik. Di pusat inilah utusan saraf mengalir melalui gentian-

    gentian saraf khas dan sampai ke otot diafragma dan ke lain-lain ototpernafasan.

    (ii) Kawalan KimiaKepekaan pusat kawalan pernafasan terhadap kehadiran karbondioksida dalam darah adalah sangat tinggi. Pusat kawalan pernafasanakan terangsang apabila penghasilan karbon dioksida bertambah. Iniakan menyebabkan pengaliran utusan pernafasan ke otot-ototpernafasan untuk mempercepatkan dan memanjangkan gerakanpernafasan untuk menyingkirkan karbon dioksida. Secara amnya

    boleh dikatakan bahawa pusat kawalan pernafasan mengawal atur jumlah karbon dioksida di dalam darah serta menentukan bilangandan panjangnya sesuatu pernafasan.

    SISTEM SARAF

    Kawalan tubuh dan jaringan komunikasi adalah berpusat di sistem saraf. Tigafungsi utama sistem saraf adalah untuk deria (sensori), integrasi dan motor.Deria (sensori) bertugas untuk mengesan perubahan di dalam tubuh danpersekitaran luar. Integrasi pula bertindak untuk mentafsir perubahan dan

    2.3

  • 8/2/2019 Topik 2 - Sistem Kardiovaskular, Respiratori dan Saraf

    23/35

    58X TOPIK 2 SISTEM-SISTEM TUBUH MANUSIA 1

    motor memberi respon kepada tafsiran di dalam bentuk kontraksi otot ataurembesan kelenjar.

    2.3.1 Struktur dan Fungsi Sistem Saraf

    Menurut segi anatomi, sistem saraf dibahagi kepada dua bahagian utama.Bahagian pertama dikenali sebagai sistem saraf pusat dan kedua adalah sistemsaraf periferi. Organisasi sistem saraf sangat kompleks. Namun begitu,organisasi sistem saraf yang kompleks ini hanya mempunyai dua jenis sel iaituneuron dan neuroglia. Neuron terbahagi kepada tiga bahagian: badan sel,

    dendrit dan akson.

    Badan sel mengandungi nukleus dan neukloleus yang dikelilingi olehsitoplasma. Badan sel berfungsi melakukan proses sintesis bahan-bahan yangdiperlukan oleh sel saraf. Dendrit terbina daripada sitoplasma badan sel yangmemanjang dan kelihatan bercabang-cabang. Dendrit bertugas untukmenghantar impuls ke badan sel. Akson adalah satu cuaran yang panjang, nipisdan mengkhusus. Akson bertindak sebagai pembawa impuls dari badan sel keneuron atau tisu lain. Akson mempunyai panjang yang berbeza mengikut tempatia berada. Akson boleh sepanjang 1mm di otak hingga ke 1m atau lebih di antarakorda spina ke jari kaki. Terdapat akson yang diseliputi oleh mielin. Sarung

    mielin berfungsi adalah untuk meningkatkan kelajuan perjalanan impuls.

    Sejenis bahan kimia yang dikenali sebagai neurotransmiter terhasil di hujungsaraf apabila neuron menerima rangsangan fizikal atau kimia. Reseptor akanmenerima neurotransmiter yang menyebabkan berlaku perubahan elektrik danmencetuskan potensial aksi.

  • 8/2/2019 Topik 2 - Sistem Kardiovaskular, Respiratori dan Saraf

    24/35

    TOPIK 2 SISTEM-SISTEM TUBUH MANUSIA 1 W 59

    Rajah 2.11: Struktur satu neuron. Anak panah menunjukkan arah penjalaran impulsSumber: Baharudin Omar dan Mohd Hamim Rajikin. (2005). Pengenalan sistem tubuh dan

    penyakitnya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

    Sistem saraf ini terbahagi dua iaitu (lihat Rajah 2.12).

    (a) Sistem Saraf PusatMerupakan pusat kawalan seluruh sistem. Kawalan seluruh sistem initerdiri daripada otak dan korda spina. Sistem saraf pusat menerima semuakederiaan tubuh melalui reseptor. Apabila sistem saraf pusat menerimamaklumat kederiaan, ia akan ditafsir untuk menentukan tindakan yang

    perlu diambil. Rangsangan otot untuk berkontraksi dan rangsangankelenjar untuk merembes juga dilakukan oleh sistem saraf pusat.

    (b) Sistem Saraf PeriferiMerupakan saraf yang berhubungan antara otak dan korda spina denganreseptor, otot dan kelenjar. Ia boleh dibahagikan kepada dua, iaitu sistemaferen dan sistem eferen. Di dalam sistem aferen terdapat sel saraf yang

    berfungsi untuk membawa maklumat dari reseptor di periferi tubuh kesistem saraf pusat. Manakala sistem eferen pula mempunyai sel saraf yangmembawa maklumat dari sistem saraf pusat ke otot dan kelenjar.

  • 8/2/2019 Topik 2 - Sistem Kardiovaskular, Respiratori dan Saraf

    25/35

    60X TOPIK 2 SISTEM-SISTEM TUBUH MANUSIA 1

    Sistem eferen terbahagi lagi kepada dua bahagian, iaitu sistem sarafsomatik dan sistem saraf autonomik. Sistem saraf somatik mempunyaineuron eferen yang bertugas membawa maklumat dari sistem saraf pusatke otot rangka. Sistem saraf somatik dianggap sebagai bersifat voluntaridan boleh dikawal.

    Sistem saraf autonomik pula mengandungi neuron eferen yang membawamaklumat dari sistem saraf pusat ke otot licin, otot jantung dan kelenjar.Sistem saraf autonomik dianggap tidak voluntari dan di luar kawal.Kemudian, sistem saraf autonomik pula terbahagi kepada dua, iaitu sistemsaraf simpatetik dan sistem saraf parasimpatetik.

    Rajah 2.12: Fungsi saraf pusat dan saraf periferiSumber: Baharudin Omar dan Mohd Hamim Rajikin. (2005). Pengenalan sistem tubuh dan

    penyakitnya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

    2.3.2 Organisasi Sistem SarafOrganisasi sistem saraf terbahagi kepada tiga iaitu otak, korda spina dan saraf.

    (a) OtakOtak merupakan satu organ yang paling penting di dalam tubuh manusia.Otak dianggarkan mempunyai berat kira-kira 1.5kg bagi orang dewasa.Otak terletak di dalam rongga kranium dan merupakan sebahagian sistemsaraf pusat. Tisu saraf yang berada di otak adalah lembut, berwarna kelabudan putih dan berada di dalam tengkorak.

  • 8/2/2019 Topik 2 - Sistem Kardiovaskular, Respiratori dan Saraf

    26/35

    TOPIK 2 SISTEM-SISTEM TUBUH MANUSIA 1 W 61

    Rajah 2.13: Bahagian-bahagian otakSumber: Baharudin Omar dan Mohd Hamim Rajikin. (2005). Pengenalan sistem tubuh dan

    penyakitnya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Otak terbahagi kepada empat bahagian utama iaitu batang otak (medulaoblongata, pons dan otak tengah), diensefalon (talamus dan hipotalamus),serebrum dan serebelum.

    (i) Batang OtakDipanggil sebagai batang otak kerana bentuknya seperti batang.Batang otak terletak di bahagian bawah kranium. Jadual 2.7 berikutmenghuraikan komponen-komponen dalam batang otak.

  • 8/2/2019 Topik 2 - Sistem Kardiovaskular, Respiratori dan Saraf

    27/35

    62X TOPIK 2 SISTEM-SISTEM TUBUH MANUSIA 1

    Jadual 2.7: Komponen-komponen dalam Batang Otak

    Medula Oblongata x Berhubung dengan korda spina.

    x Mempunyai panjang kira-kira 3cm dan dipisahkandari pons oleh alur horizontal.

    x Terbina daripada jirim putih dan pembentukanjaringan jirim kelabu dan putih.

    x Pada bahagian posterior bawahnya terdapat duanukleus di setiap sisi yang dikenali sebagainukleus grasilis dan kuneatus.

    Pons x Terletak di atas medula.

    x Pons mengandungi jirim putih dan nukleus.

    x Nukleus saraf kranial ke 5 hingga ke 8 dannukleus pernafasan berada di pons.

    Otak Tengah x Terletak di atas pons dan di bawah diensefalon.

    x Dua unjuran iaitu pedunkel dan serebrumterdapat di permukaan ventralnya.

    x Unjuran ini berhubung dengan serebrum selepas

    lencongan ke anterolateral.

    x Empat tuberkel bulat iaitu dua di atas dan dua dibawah terletak pada permukaan dorsalnya.

    (ii) DiensefalonTerletak di antara otak tengah dan serebrum. Struktur utamanyaadalah talamus dan hipotalamus.

    Fungsi talamus adalah sebagai stesen pemancar untuk impuls deria,semasa perjalanannya ke korteks serebrum. Talamus merupakanpusat untuk mentafsir impuls deria seperti sakit, suhu, sentuhan dantekanan.

    Hipotalamus pula terdiri daripada banyak struktur. Kedudukanhipotalamus adalah di bawah talamus. Hipotalamus berfungsimengawal suhu tubuh dan aktiviti autonomik organ-organ bahagiandalam. Selain itu, fungsi yang lain adalah mencetuskan reaksi emosiseperti ketakutan dan kemarahan. Di hipotalamus juga terdapat pusatmakan, pusat kenyang dan pusat haus.

  • 8/2/2019 Topik 2 - Sistem Kardiovaskular, Respiratori dan Saraf

    28/35

    TOPIK 2 SISTEM-SISTEM TUBUH MANUSIA 1 W 63

    (iii) SerebrumIa merupakan bahagian terbesar otak. Ia terbahagi kepada duahemisfera yang berwarna kelabu. Kedua-dua hemisfera ini dipercayaimengawal aktiviti bagi sebelah tubuh sahaja. Contoh, deria tubuhsebelah kanan dikawal oleh hemisfera kiri dan begitulah sebaliknya.

    Fungsi serebrum adalah terlalu banyak dan kompleks. Namun secaraumum, korteks serebrum terbahagi kepada tiga kawasan.

    Jadual 2.8: Kawasan-kawasan Korteks Serebrum

    Deria Berfungsi untuk menerima kederiaan dari kulit, otot dan bahagiandalam tubuh. Ia juga menerima impuls dari berbagai-bagai deriaseperti deria rasa, lihat, hidu, dengar dan sentuh.

    Motor Berfungsi mengawal atur pergerakan otot, pertuturan dan sebagainya.

    Asosiasi Menghubungkan kawasan motor dan deria melalui traktusnya.Memainkan peranan penting dalam ingatan, emosi, taakulan,personaliti dan kecerdikan.

    (iv) Serebelum

    Ia merupakan bahagian kedua terbesar otak. Memainkan peranandalam pergerakan separa sedar pada otot rangka. Pergerakan separasedar penting untuk koordinasi, keseimbangan tubuh dan penetapankedudukan tubuh.

    (b) Korda SpinaKorda spina mempunyai kepanjangan kira-kira 45cm bagi orang dewasa.Kedudukan korda spina adalah bermula dari dasar tengkorak turun ke

    bahagian servikal, torasik dan seterusnya ke bahagian lumbar atas. Kordaspina adalah terdiri daripada segmen-segmen dan pada setiap segmenterdapat sepasang ganglion. Pasangan ganglion tersebut ialah ganglion

    akar dorsal dan ganglion akar ventral.

    Pada akar dorsal terdapat akson neuron deria yang bertugas untukmembawa maklumat dari periferi ke korda spina. Sementara akar ventralmengandungi akson neuron motor visera dan somatik yang mengawalorgan efektor.

  • 8/2/2019 Topik 2 - Sistem Kardiovaskular, Respiratori dan Saraf

    29/35

    64X TOPIK 2 SISTEM-SISTEM TUBUH MANUSIA 1

    Saraf spina pula terbentuk daripada gabungan ganglion akar deria danakar motor. Saraf ini dikelaskan sebagai saraf campuran keranamempunyai kedua-dua serat aferen dan eferen.

    Rajah 2.14: Korda spinaSumber: Baharudin Omar dan Mohd Hamim Rajikin. (2005). Pengenalan sistem tubuh dan

    penyakitnya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

    (c) Sistem Saraf AutonomikIa merupakan sistem saraf di luar kawalan. Ia juga bertanggungjawabterhadap kawalan otot bebas dan kilang di dalam tubuh. Sistem initerbahagi kepada dua iaitu:

  • 8/2/2019 Topik 2 - Sistem Kardiovaskular, Respiratori dan Saraf

    30/35

    TOPIK 2 SISTEM-SISTEM TUBUH MANUSIA 1 W 65

    (i) Sistem saraf simpatetik (lihat Rajah 2.15)Ia terbina daripada dua rantai ganglion saraf yang terletak di tiap-tiapsisi di hadapan vertebra. Semua komponen yang berada dalam sistemsaraf simpatetik berhubung dengan saraf tunjang. Antara rangkaian-rangakaian penting yang terhasil daripada ganglion simpatetikadalah:

    x Rangkaian saraf jantung Membekalkan jantung dan paru-paru.

    x Rangkaian saraf siliaka Membekalkan perut usus, organ-organdi dalam abdomen serta kilang adrenal.

    x Rangkaian saraf hipogastrik Membekalkan organ-organ di

    dalam ruang pelvis.

    Rajah 2.15: Skema tapak laluan serat saraf simpatetikSumber: Abdul Hamid Abdul Rashid. (2001). Anatomi umum. Hulu Kelang, Selangor:

    Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka

  • 8/2/2019 Topik 2 - Sistem Kardiovaskular, Respiratori dan Saraf

    31/35

    66X TOPIK 2 SISTEM-SISTEM TUBUH MANUSIA 1

    (ii) Sistem saraf parasimpatetik (lihat Rajah 2.16)Sistem ini terbina daripada dua bahagian seperti berikut:

    x Bahagian kraniumTerdiri daripada ganglion yang didapati di beberapa bahagianotak serta gentian saraf yang terkandung di dalam urat saraf otak.

    x Bahagian sakrumTerdiri daripada ganglion yang didapati di beberapa bahagiankorda spina. Sistem ini membekalkan sebahagian daripada usus

    besar serta organ di dalam pelvis iaitu usus hujung, pundikencing dan organ pembiakan.

    Rajah 2.16: Skema sistem saraf parasimpatetikSumber: Abdul Hamid Abdul Rashid. (2001). Anatomi umum. Hulu Kelang, Selangor:

    Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka

    2.3.3 Impuls dan Penjalarannya

    Tindakan pantulan atau impuls adalah suatu tindak balas automatik yangberlaku dengan cepat tanpa difikirkan terlebih dahulu. Tindakan impuls adalahtindak balas motor terhadap rangsangan deria.

  • 8/2/2019 Topik 2 - Sistem Kardiovaskular, Respiratori dan Saraf

    32/35

    TOPIK 2 SISTEM-SISTEM TUBUH MANUSIA 1 W 67

    Terdapat beberapa struktur yang membawa kepada tindakan impulsmembentuk lengkok impuls yang terbina daripada bahagian-bahagian berikut:

    (a) Organ deria, contohnya kulit tubuh ataupun hujung gentian saraf yangdidapati di tendon, otot atau lain-lain binaan.

    (b) Saraf deria atau saraf penghantar yang membawa rangsang deria tersebutmelalui bahagian saraf deria yang terkandung di dalam saraf pinggirkepada saraf tunjang.

    (c) Saraf tunjang dan neuron gegantinya.

    (d) Saraf motor atau saraf pengeluar yang membawa utusan motor melalui

    bahagian saraf motor di dalam saraf pinggir kepada organ motor sepertiotot atau kilang.

    (e) Organ motor seperti otot atau kilang, yang bertindak balas terhadap utusanmotor tersebut.

    Boleh dikatakan di sini bahawa tindakan pantulan atau refleks (impuls) adalahgerakan perlindungan yang membenarkan tindak balas motor berlaku dengansangat cepat. Jadual 2.9 berikut menunjukkan beberapa contoh impuls.

    Jadual 2.9: Beberapa Contoh Impuls

    Bahagian Sistem Saraf Pusat Bahagian Sistem Saraf Autonomi

    x Menarik tangan dengan segeraapabila terkena benda tajam ataupanas.

    x Sentakan sendi lutut apabila dipukuldengan alat pemukul sendi di atastendon tempurung lutut.

    x Tapak kaki yang digarit denganbenda yang tumpul seperti kayu akanmenyebabkan ibu jari membengkok

    ke bawah.

    x Tersedak atau terbatuk terhasilapabila seseorang meminum dalamkeadaan gopoh.

    x Air liur akan terhasil dengan lebih banyak jika terhidu atau ternampakmakanan yang lazat.

    x Impuls anak mata terhadap cahaya.Anak mata mengecil apabila cahayaterang dan membesar apabila cahayagelap.

    Kadangkala ada juga impuls yang boleh dikawal. Bagi bayi dan kanak-kanakkecil, buang air besar dan buang air kecil merupakan impuls yang tidak bolehdikawal. Namun, bagi orang dewasa, gerakan-gerakan tersebut boleh dikawal.Tetapi jika berlaku kecederaan pada otak, ia akan merosakkan kuasa pengawalan

  • 8/2/2019 Topik 2 - Sistem Kardiovaskular, Respiratori dan Saraf

    33/35

    68X TOPIK 2 SISTEM-SISTEM TUBUH MANUSIA 1

    pusat tinggi dan menyebabkan seseorang individu tidak dapat lagi mengawalgerakan buang air besar dan buang air kecil.

    Jalaran impuls atau jalaran saraf motor bermula di pusat motor di frontalserebrum (Rajah 2.17). Akson sel saraf di pusat motor menjalar di dalam jirimputih otak dan di pangkal otak. Pada medula oblongata, jalaran ini melintas kesebelah yang lain dan turun ke bawah jirim putih sisi luar saraf tunjang sebagai

    jalaran piramid.

    Di laras tertentu, serat saraf ini akan keluar dari jalaran piramid dan tamat dikeliling saraf di depan jirim kelabu saraf tunjang. Kemudian sel depan saraf

    tunjang membawa utusan tersebut melalui akar saraf depan iaitu saraf depanotot tertentu.

    Bahagian neuron motor atas terbentuk daripada badan sel saraf di pusat motorserebrum serta aksonnya yang turun sehingga ke sel saraf di depan saraftunjang. Bahagian neuron motor bawah pula terbentuk daripada badan sel sarafdi pusat motor serebrum tunjang serta aksonnya yang membekalkan otot tubuh.

    Kedudukan fiber motor yang melintas di bahagian medula oblongatamenyebabkan pusat motor di sebelah bahagian otak mengawal otot tubuh disebelah yang lain.

    Rajah 2.17: Jalaran saraf motor dan saraf deria dalam jirim putih saraf tunjangSumber: Pearce, E. C. (2005). Anatomi dan fisiologi Untuk Jururawat. Kuala Lumpur:

    Golden Books Centre Sdn. Bhd.

  • 8/2/2019 Topik 2 - Sistem Kardiovaskular, Respiratori dan Saraf

    34/35

    TOPIK 2 SISTEM-SISTEM TUBUH MANUSIA 1 W 69

    x Sistem kardiovaskular adalah sistem yang terdiri daripada jantung dan salurdarah.

    x Tiga komponen asas di dalam sistem ini adalah darah, jantung dan salurpembuluh darah.

    x Sistem kardiovaskular mempunyai fungsi utama iaitu mengangkut oksigendari paru-paru dan bahan nutrien yang diserap ke tisu-tisu.

    x Darah boleh dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian-bahagian tersebutdikenali sebagai plasma dan sel darah.

    x Terdapat tiga jenis darah di dalam sistem badan manusia iaitu sel darah

    merah (eritrosit), sel darah putih (lukosit) dan sel pembeku (trombosit).

    x Jantung merupakan pusat kepada sistem kardiovaskular. Oleh itu, jantungmemainkan peranan utama dalam peredaran darah.

    x Jantung mempunyai empat ruangan iaitu atrium kanan, atrium kiri, ventrikelkanan dan ventrikel kiri.

    x Jantung mempunyai tiga lapisan iaitu perikardium, miokardium, danendokardium.

    x Peredaran darah adalah penting di dalam tubuh manusia dan jantungmerupakan organ yang yang utama dalam proses pengedaran darah.

    x Terdapat dua sistem peredaran darah iaitu sistem peredaran darah sistemikdan sistem peredaran darah pulmonari.

    x Pembuluh darah terbahagi kepada empat iaitu arteri, kapilari, venol danvena.

    x Vena terbahagi kepada tiga iaitu vena profondus, vena superfisial dan venapenghubung.

    AKTIVITI 2.3

    1. Apakah kaitan epilepsi atau sawan dengan sistem saraf manusia?Bagaimana ia boleh berlaku dan apakah penyebab kepada berlakunyasawan?

    2. Apakah kaitan antara mereka yang mempunyai IQ yang rendah denganmereka yang berkemahiran sukan yang tinggi? Huraikan.

  • 8/2/2019 Topik 2 - Sistem Kardiovaskular, Respiratori dan Saraf

    35/35

    70X TOPIK 2 SISTEM-SISTEM TUBUH MANUSIA 1

    x Sistem respiratori berfungsi menjalankan proses pernafasan dan ia terbahagikepada dua iaitu internal dan eksternal.

    x Organ-organ yang terlibat di dalam sistem pernafasan adalah hidung,farinks, larinks, trakea, bronkus dan paru-paru.

    x Kawalan tubuh dan jaringan komunikasi adalah berpusat di sistem saraf.

    x Tiga fungsi utama sistem saraf adalah untuk deria (sensori), integrasi danmotor.

    x Deria (sensori) bertugas untuk mengesan perubahan di dalam tubuh danpersekitaran luar.

    x Sistem saraf terbahagi kepada dua iaitu sistem saraf pusat dan sistem sarafperiferi.

    x Organisasi sistem saraf terbahagi kepada tiga iaitu otak, korda spina dansaraf.

    Arteri

    Atrium kanan

    Atrium kiri

    Endokardium

    Kapilari

    Komposisi darah

    Korda spina

    Miokardium

    Otak

    Peredaran darah sistemik

    Perikardium

    Plasma darah

    Saraf

    Sel darah

    Sistem kardiovaskular

    Sistem peredaran darah pulmonari

    Sistem saraf periferi

    Sistem saraf pusat

    Vena

    Venol

    Ventrikel kanan

    Ventrikel kiri