sistem ekonomi campuran

16
1.0 Sistem Ekonomi Malaysia 1.1 Pengenalan Menurut Modul OUM HBSS2203 Perkembangan Ekonomi Asas perkataan ekonomi berasal daripada Greek iaitu oikou dan nomos. Oikou membawa maksud isi rumah manakala nomos bermaksud peraturan isi rumah. Dengan perkataan lain ekonomi ialah bidang sains sosial yang mengkaji usaha-usaha manusia menggunakan sumber-sumber ekonomi yang terhad untuk memenuhi kehendak-kehendak yang tidak terhad. Dalam ilmu ekonomi, barang-barang dapat dibahagikan kepada tiga jenis iaitu barang percuma, barang ekonomi, dan barang awam. Sistem ekonomi terbahagi kepada 4 iaitu sistem ekonomi sosialis, sistem ekonomi kapitalis, sistem ekonomi campuran dan sistem ekonomi Islam. Istilah sistem berasal dari perkataan sistema (bahasa Yunani) yang bermaksud keseluruhan yang terdiri dari pelbagai bahagian. Sistem ekonomi pula ialah cara masyarakat membuat pilihan mengagihkan sumber untuk menghasilkan barangan yang dikehendaki bagi menyelesaikan masalah asas ekonomi. Setiap sistem mempunyai ciri-ciri dan kaedah penyelesaian masalah asas ekonomi yang berbeza. Akibat penjajahan British, ekonomi Malaysia sebenarnya bersifat ekonomi pasaran yang terikat kepada sistem ekonomi kapitalis antarabangsa, dengan pola pembangunannya mengutamakan dan menguntungkan para pelabur swasta asing dan sebilangan kecil pengusaha tempatan. Kegiatan kapitalis moden berkembang dengan pengeluaran dan eksport bijih timah dan getah. Tetapi di sini kita tidak akan membincangkan tentang sistem ekonomi kapitalis di Malaysia, tetapi apakah sistem ekonomi campuran dan bagaimana akhirnya sistem ekonomi kapitalis yang digunakan di Malaysia beralih kepada sistem ekonomi campuran. 1

Upload: azie

Post on 13-Jun-2015

18.867 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: SISTEM EKONOMI CAMPURAN

1.0 Sistem Ekonomi Malaysia

1.1 Pengenalan

Menurut Modul OUM HBSS2203 Perkembangan Ekonomi Asas perkataan

ekonomi berasal daripada Greek iaitu oikou dan nomos. Oikou membawa maksud isi

rumah manakala nomos bermaksud peraturan isi rumah. Dengan perkataan lain

ekonomi ialah bidang sains sosial yang mengkaji usaha-usaha manusia menggunakan

sumber-sumber ekonomi yang terhad untuk memenuhi kehendak-kehendak yang tidak

terhad. Dalam ilmu ekonomi, barang-barang dapat dibahagikan kepada tiga jenis iaitu

barang percuma, barang ekonomi, dan barang awam.

Sistem ekonomi terbahagi kepada 4 iaitu sistem ekonomi sosialis, sistem

ekonomi kapitalis, sistem ekonomi campuran dan sistem ekonomi Islam. Istilah “ sistem

” berasal dari perkataan “ sistema ” (bahasa Yunani) yang bermaksud keseluruhan yang

terdiri dari pelbagai bahagian. Sistem ekonomi pula ialah cara masyarakat membuat

pilihan mengagihkan sumber untuk menghasilkan barangan yang dikehendaki bagi

menyelesaikan masalah asas ekonomi. Setiap sistem mempunyai ciri-ciri dan kaedah

penyelesaian masalah asas ekonomi yang berbeza.

Akibat penjajahan British, ekonomi Malaysia sebenarnya bersifat ekonomi

pasaran yang terikat kepada sistem ekonomi kapitalis antarabangsa, dengan pola

pembangunannya mengutamakan dan menguntungkan para pelabur swasta asing dan

sebilangan kecil pengusaha tempatan. Kegiatan kapitalis moden berkembang dengan

pengeluaran dan eksport bijih timah dan getah.

Tetapi di sini kita tidak akan membincangkan tentang sistem ekonomi kapitalis di

Malaysia, tetapi apakah sistem ekonomi campuran dan bagaimana akhirnya sistem

ekonomi kapitalis yang digunakan di Malaysia beralih kepada sistem ekonomi

campuran.

1

Page 2: SISTEM EKONOMI CAMPURAN

1.2 Definisi Ekonomi Campuran

Menurut Wikipedea Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas,

“ Ekonomi campuran adalah sistem ekonomi yang menggabungkan lebih dari

satu aspek sistem ekonomi. Lazimnya, ekonomi campuran mengandungi unsur

kapitalisme dan sosialisme. Tiada satu definisi untuk ekonomi campuran tetapi aspek

penting adalah darjah kebebasan ekonomi persendirian (termasuk pemilikan industri

secara persendirian) bercampur aduk dengan ekonomi terancang (termasuk campur

tangan untuk kebajikan sosial, pemuliharaan alam sekitar, atau pemilikan aset atau

sumber pengeluaran oleh negara ).”

Manakala menurut (Yearm 2006:24) sistem ekonomi campuran adalah satu sistem di

mana pihak swasta dan kerajaan bersama-sama membuat keputusan ekonomi untuk

menyelesaikan masalah asas ekonomi.

1.3 Ciri-ciri ekonomi campuran

1.3.1 Kegiatan ekonomi ditentukan oleh pihak swasta dan pihak awam

Kerajaan - mengeluarkan barang yang gagal disediakan oleh mekanisme harga-

meningkatkan taraf kebajikan rakyat.

Swasta - barang yang dikehendaki oleh masyarakat memaksimumkan

keuntungan.

1.3.2 Pilihan

Pengguna dan pengeluar, bebas membuat pilihan

Individu dan pihak swasta bebas menggunakan faktor pengeluaran yang mereka

miliki

2

Page 3: SISTEM EKONOMI CAMPURAN

Kerajaan membuat pengawalan di pasaran supaya pihak swasta hanya

mengeluarkan barang yang memberi manafaat kepada pengguna

1.3.3 Kegiatan ekonomi yang terkawal.

Kerajaan mengadakan peraturan dan undang-undang supaya kegiatan ekonomi

tidak menghasilkan kesan luaran negatif.

1.3.4 Keputusan Ekonomi

Semua keputusan ekonomi ditentukan oleh kerajaan dan mekanisma harga,

kerana sumber ekonomi dimiliki oleh pihak kerajaan dan swasta.

Keputusan kerajaan bertujuan untuk meningkatkan kebajikan masyarakat dan

swasta pula bertujuan untuk memaksimumkan keuntungan.

Firma bebas bersaing tapi dikawal oleh pihak kerajaan.

Firma bebas menentukan jenis dan jumlah barang yang hendak dikeluarkan,

kaedah pengeluaran dan pengguna sasaran bagi barang yang hendak

dikeluarkan.

Campurtangan kerajaan bertujuan mengatasi kelemahan mekanisme harga.

Kerajaan mengeluarkan barang-barang yang tidak dikeluarkan oleh pihak swasta

Individu, pihak swasta dan kerajaan bersama-sama membuat keputusan

1.4 Kebaikan

1.4.1 Kegiatan ekonomi yang stabil.

- Kerajaan boleh campur tangan dalam kegiatan ekonomi.

- Melalui dasar fiskal dan dasar kewangan.

3

Page 4: SISTEM EKONOMI CAMPURAN

1.4.2 Agihan pendapatan yang lebih setara.

- Individu dan firma dalam ekonomi mempunyai kebebasan

- Untuk memiliki harta kekayaan dan faktor pengeluaran.

- Pelaksanaan sistem percukaian dan pemberian subsidi untuk

mengecilkan jurang perbezaan antara golongan yang kaya dengan

golongan yang miskin.

1.4.3 Menyediakan barang awam

Kerajaan bertanggungjawab untuk mengeluarkan barang awam bagi

meningkatkan kebajikan dan pembangunan negara.

Kerajaan menggunakan hasil kutipan cukai untuk membiayai kos

penyediaan barang awam yang strategik dan yang diperlukan oleh

masyarakat seperti perkhidmatan pendidikan, kesihatan, pertahanan dan

sebagainya.

1.5 Kelemahan

1.5.1 Kerenah birokrasi kerajaan menghalang perkembangan sektor

swasta.

Contohnya, kelewatan kerajaan utnuk meluluskan projek pihak swasta dan

pemberian lesen sering kali mengganggu kegiatan ekonomi yang ingin dilakukan

oleh pihak swasta.

1.5.2 Kesukaran menentukan dasar yang sesuai

Akibat kesukaran menjangka keadaan ekonomi masa depan dimana spekulasi

ekonomi dunia yang tidak menentu ataupun ramalan berdasarkan maklumat

yang tidak tepat.

4

Page 5: SISTEM EKONOMI CAMPURAN

1.5.3Pembaziran sumber akibat daripada kerugian perusahaan awam.

Jika pengurusan perusahaan awam itu tidak cekap sehingga

mengalami kerugian yang besar.

Pentadbiran sektor awam yang tertakluk kepada peraturan-peraturan

dan undang-undang menyebabkan pihak pengurusan perusahaan

awam sukar membuat keputusan dengan cepat untuk menghadapi

perubahan.

1.6 Sistem Ekonomi Campuran di Malaysia

1.6.1 Peraturan dan undang-undang.

Kerajaan telah membuat peraturan dan undang-undang tertentu kepada

perjalanan sistem pasaran.

Contohnya, undang-undang buruh diperkenalkan supaya tidak berlaku

penindasan terhadap buruh.

1.6.2 Pengawalan harga barang dan perkhidmatan.

Contohnya, bagi barang keperluan asas seperti gula, beras, garam dan susu

adalah barang kawalan dan harganya tidak boleh dinaikkan atau diturunkan

tanpa persetujuan kerajaan.

Kerajaan menentukan kawasan perindustrian, perumahan, industri berat dan

ringan untuk mengelak kesan eksternaliti negatif.

Pengeluar diwajibkan untuk mempamerkan bahan yang digunakan dalam

penyediaan makanan dan tarikh luput penggunaannya supaya pengguna tidak

terbeli barang yang tidak sesuai atas sebab agama dan kesihatan sekaligus

mengelakkan eksploitasi pengeluar ke atas pengguna.

Aktiviti perniagaan harus mempunyai lesen daripada pihak berkuasa supaya

aktiviti pengeluar tidak bercanggah dengan peraturan kerajaan.5

Page 6: SISTEM EKONOMI CAMPURAN

1.6.3 Sistem percukaian.

Bertujuan menambahkan pendapatan kerajaan dan mengurangkan penggunaan

pengguna terhadap sesuatu barangan.

Beban cukai atau bahagian jumlah cukai yang perlu ditanggung oleh pembeli

dan pengeluar bergantung kepada keanjalan permintaan dan keanjalan

penawaran.

1.6.4 Subsidi

Pemberian subsidi oleh kerajaan akan mengurangkan kos pengeluaran

pengeluar

Jumlah subsidi yang akan dinikmati oleh pengeluar bergantung kepada

keanjalan permintaan dan keanjalan penawaran.

1.6.5 Pemilikan Kerajaan

Kerajaan akan memilik negarakan sesuatu firma supaya firma tersebut dapat

menguasai seluruh pasaran dan dapat menghasilkan keluaran untuk menikmati

ekonomi bidangan.

Ciri-ciri firma yang dimiliknegarakan :

a. Pelaburan yang besar dan pulangan yang rendah

b. Menyediakan perkhidmatan yang sangat penting kepada masyarakat

c. Keluaran yang penting kepada ekonomi

Dari perbincangan di atas jelaslah menunjukkan bahawa sistem ekonomi

campuran di Malaysia bukanlah suatu sistem yang terlalu lama mahupun terlalu baru.

Sistem ini lahir dari adaptasi akibat kegagalan sistem ekonomi sebelumnya iaitu sistem

6

Page 7: SISTEM EKONOMI CAMPURAN

ekonomi kapitalis dan sosialis di mana sistem ini mengambil nilai-nilai terbaik dari

sistem ekonomi tersebut.

2.0 Dasar-dasar Ekonomi di Malaysia

2.1 Pengenalan

Sejak Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 hingga ke akhir tahun

1960an, pembangunan ekonomi di dorong oleh kuasa pasaran. Hasilnya, Malaysia

mencapai kadar pertumbuhan ekonomi yang tinggi tetapi masih wujud ketidak

seimbangan yang serius. Ini bermakna, walaupun pertumbuhan ekonomi tinggi,

kekayaan tidak diagihkan dengan baik. Golongan yang miskin, kebanyakannya kaum

bumiputera yang tinggal di kawasan luar bandar dan berkerja sebagai petani, masih

ramai dan masih mundur. Manakala kaum Cina dan orang asing pula menguasai

bidang perindustrian, perniagaan dan sektor korporat. Di sini jelas menunjukkan betapa

kegagalan sistem ekonomi yang dijalankan di Malaysia.

” Malaysia mendukung cita-cita ingin mencapai perpaduan yang lebih erat dalam

kalangan masyarakat, memelihara hidup yang demokratik, memiliki masyarakat yang

adil, di mana kemakmuran negara dapat dinikmati bersama oleh semua kaum. Justeru

kerajaan sentia memberi keutamaan dan perhatian untuk mencapai cita-cita tersebut

dan menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju, makmur dan stabil. Oleh itu

kerajaan telah menggubal beberapa dasar awam yang bertujuan untuk mencapai cita-

cita tersebut. Salah satu dasar-dasar awam kerajaan ialah dasar ekonomi. Matlamat

utama dasar ekonomi ini ialah untuk mengatasi masalah-masalah ekonomi yang

dihadapi oleh negara seperti inflasi, pengangguran dan kemelesetan ekonomi. ”

(HBSS 2203 Perkembangan Ekonomi Asas : 238, 239)

Antara dasar ekonomi kerajaan yang diketahui umum ialah:

Dasar Ekonomi Baru

Dasar Pertanian Negara

Dasar Perindustrian Berat

Pelan Induk Perindustrian

7

Page 8: SISTEM EKONOMI CAMPURAN

Dasar Penswastaan

Dasar Persyarikatan Malaysia

Dasar Kependudukan

2.2 Dasar Ekonomi Baru (DEB)

Oleh itu Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah diperkenalkan untuk menangani

masalah ketidak seimbangan ekonomi di antara pelbagai kaum di Malaysia yang

menjejaskan perpaduan antara kaum dan keamanan negara. Ia bertujuan untuk

menghapus kemiskinan tanpa mengira kaum dan mengstruktur semula masyarakat

supaya negara dapat membangun dengan stabil, aman di samping hasil pembangunan

dapat dinikmati oleh seluruh rakyat.

Strategi serampang dua mata ini tertumpu kepada usaha menambah

pendapatan golongan miskin dan penduduk di luar bandar, memodenkan sektor

pertanian, meningkatkan tahap pelajaran, mewujudkan golongan komersial Bumiputera

dan menambah pegangan ekuti korporat Bumiputera.

Sasaran juga ditetapkan iaitu 30% pegangan ekuti korporat oleh Bumiputera,

penetapan kuota kemasukan pelajar Bumiputera di universiti dan 30% daripada

bilangan pekerja mestilah Bumiputera. Prinsip pokok pengstrukturan ini adalah supaya

sasaran ini dapat dicapai dari ekonomi yang sedia berkembang dan tidak mengambil

dari kaum Bukan Bumiputera untuk diberikan kepada kaum Bumiputera. Kejayaan

Malaysia mencapai pertumbuhan ekonomi berserta dengan agihan seimbang telah diakui

oleh berbagai pihak termasuk Bank Dunia dan DEB merupakan satu elemen penting

dalam kejayaan ini.

Kejayaan DEB yang paling nyata dan membanggakan ialah penurunan kadar

kemiskinan dan peningkatan taraf pendidikan kaum Bumiputera. Yang paling menonjol

ialah penurunan kadar kemiskinan dari 49.3% pada tahun 1970 kepada 5.7% pada tahun

2005 (Just Faaland : 129). Di kawasan luar bandar, pendapatan penduduk telah

meningkat dan pengangguran tidak ketara (under employment) hampir hilang.

8

Page 9: SISTEM EKONOMI CAMPURAN

Kemudahan moden seperti jalan raya, sekolah, klinik kesihatan, kuasa eletrik dan bekalan

air telah menjadi kemestian.

Bilangan profesional Bumiputera juga telah bertambah. Kini, terdapat ramai pakar

perubatan Bumiputera di hospital-hospital. Banyak syarikat besar di Malaysia sekarang

diketuai oleh golongan profesional Bumiputera. Ramai profesional Bumiputera mampu

berdaya saing untuk bekerja di luar negara. Dalam erti kata lain, DEB telah melahirkan

golongan profesional dan golongan kelas menengah Bumiputera yang mempunyai kuasa

beli yang kuat. Ini dapat dilihat, misalnya dari pemilikan rumah oleh kaum Bumiputera di

kawasan perumahan kota. Sekarang ini, terdapat ibu bapa Bumiputera yang mampu

membiayai anak mereka belajar di universiti di dalam mahupun di luar negara.

Justeru, terbukti telah ada pengstrukturan ekonomi di mana bidang pekerjaan

tidak lagi dikenal secara automotik dengan kaum. Ertinya, sebelum DEB, kaum

Bumiputera adalah petani atau nelayan yang tinggal di luar bandar sementara kaum

Cina merupakan peniaga di kota. Kini penglabelan automatik itu tidak lagi berlaku. DEB

juga telah merapatkan jurang pendapatan antara kaum Bumiputera dan bukan

Bumiputera. Misalnya, nisbah pendapatan Bumiputera kepada Cina meningkat

daripada 1:1.74 pada tahun 1990 kepada 1:1.64 pada tahun 2004.

Walaupun DEB telah membawa buah kejayaan, namun ianya juga mempunyai

beberapa kelemahan dan telah menghasilkan kesudahan yang tidak dijangkakan.

Intervensi kerajaan diperlukan untuk mencapai sasaran DEB. Akibatnya, wujud di

kalangan kaum Bumiputera sindrom pergantungan kepada kerajaan. Ada pengusaha

atau peniaga Bumiputera yang berniaga secara “Ali-Baba” atau berniaga di atas angin.

Dalam banyak segi, DEB telah berjaya dan secara kasar mencapai objektifnya

seperti yang diharapkan ketika pembentangan dasar ini pada tahun 1969. Namun

masih banyak yang perlu dilaksanakan sebelum objektif muktamad dapat direalisasikan

sepenuhnya. Sekiranya ekonomi dapat berkembang dengan lebih pesat, tahap

kemiskinan dan ketidakseimbangan ras mungkin boleh dikurangkan. Percubaan

9

Page 10: SISTEM EKONOMI CAMPURAN

kerajaan untuk meningkatkan kadar pembangunan pasti memmerlukan lebih banyak

perbelanjaan, lebih banyak cukai akan dikenakan.

Ringkasnya DEB tidak mungkin dapat membasmi kemiskinan dan mencapai

kesimbangan ras dam tempoh ia beroperasi tetapi permulaan besar telah dibuat yang

akan membawa ekonomi Malaysia memasuki fasa baru.

2.3 Dasar Perindustrian Negara

Di  dalam  dekad  50-an  dan 60-an, program perindustrian di negara ini

dijalankan  sebagai  usaha  untuk  mempelbagaikan ekonomi  negara  yang  pada 

masa itu amat bergantung kepada getah dan bijih timah. Namun kedua-dua komoditi ini

tidak stabil. Oleh itu kerajaan telah melancarkan   program perindustrian  untuk 

mencetuskan  perkembangan ekonomi yang lebih pesat dan stabil.

Pada tahun  70-an,  kerajaan  di  samping  mempelbagaikan ekonomi  telah 

menitikberatkan  pertumbuhan  industri  yang lebih  pesat  untuk  menampung

keperluan pekerjaan dan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Dalam hal ini, tumpuan  telah 

diberikan kepada   industri-industri   yang   berasaskan  eksport  dan industri yang

mengunakan ramai buruh. Pada tahun  80-an  pula,  program   perindustrian   negara

mengalami   satu   lagi  perkembangan  menerusi  penggalakan industri berat. Ini

bertujuan untuk memperkukuhkan lagi asas perindustrian negara dan  menambahkan 

kemahiran  rakyat  di bidang  teknologi yang lebih tinggi. Ia juga bertujuan untuk

mempercepatkan lagi proses perindustrian.

Perkilangan adalah sektor baru tetapi penting dan akan bertambah tinggi

kedudukannya pada tahun-tahun akan datang. Memandangkan penyertaan orang

Melayu yang sedikit dalam sektor ini dari segi keusahawanan, modal dan guna tenaga,

adalah mustahak lebih ramai orang Melayu digalakkan menyertai dengan lebih aktif

dalam sektor ini.

“ Selaras  dengan   hasrat   untuk   mengenalpasti   kelemahan ciri-ciri   struktur  

serta  mengatasinya,  kerajaan  telah melancarkan dua kajian utama pada tahun 1983, 

iaitu  Kajian Dasar   Perindustrian   Malaysia   (KDPM)  dan  Pelan  Induk Perindustrian 10

Page 11: SISTEM EKONOMI CAMPURAN

(PIP).    KDPM  benujuan  untuk  menyemak  dan mengubahsuai  dasar-dasar 

perindustrian  negara  yang sedia ada  dan  mengkaji  semula  galakan-galakan 

pelaburan   dan dasar-dasar  peningkatan eksport.   PIP pula bertujuan untuk

menggubal objektif pembangunan perindustrian secara am dalam mengenalpasti

strategi-strategi  untuk  sektor-sektor  kecil yang  berpotensi  untuk  tumbuh  dengan 

pesat.  Dasar utama perindustrian telah mengambil  kira  beberapa  prinsip  asas yang

terkandung di dalam  perakuan-perakuan kedua-dua kajian ini.am sektor ini.”

(Laporan Dasar Perindustrian Negara)

PIP   telah mengenalpasti   12   sektor   industri   yang  patut  diberi

penekanan.  Tujuh daripada sektor-sektor  ini  adalah  yang berasaskan  sumber 

tempatan  iaitu industri yang berasaskan getah, kelapa sawit, kayu-kayan, makanan,

kimia, logam bukan ferus dan keluaran- keluaran galian bukan logam. Lima sektor lagi

merupakan industri yang bukan berasaskan  sumber  iaitu eletrik  dan  eletronik, 

peralatan  pengangkutan, mesin dan kejuruteraan, logam-logam ferus, dan  tekstil  dan 

pakaian. Kesemua industri ini telah dipilih berasaskan kepada potensi untuk mencapai

matlamat memperluaskan asas industri negara.

PIP  merangkumi  strategi-strategi  dan langkah-langkah yang boleh  membawa 

Malaysia  ke   dalam   era   sebuah   negara perindustrian  dan  seterusnya  menjadi 

teras kepada sebuah negara maju. Melaluinya, pertumbuhan ekonomi  Malaysia  akan

diterajui  oleh pertumbuhan dalam sektor eksport yang berlandaskan strategi

industrialisasi yang  outward-looking. Sejauh  mana  PIP akan  mencapai hasil yang

baik bergantung kepada keupayaan  pekilang-pekilang  di  Malaysia  mengekalkan,

meningkatkan  daya  saing  di pasaran antarabangsa yang penuh cabaran.

2.4 Dasar Pembangunan Nasional

“ Tahun  1990  menandakan  berakhirnya Rangka Rancangan Jangka Panjang

Pertama (RRJP 1) dan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Dalam tempoh pelaksanaan DEB

(1971 - 1990), ekonomi Malaysia telah berkembang  dengan  pesatnya  walaupun 

11

Page 12: SISTEM EKONOMI CAMPURAN

menghadapi  pelbagai cabaran. Dasar Pembangunan Negara telah dilancarkan oleh

Y.A.B. Dato'  Seri  Dr.  Mahathir Mohamad,  Perdana Menteri Malaysia pada 17 Jun

1991.  Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP 2)  1991  -  2000  telah

digubal   berasaskan   Dasar   Pembangunan  Nasional  (DPN), menandakan

bermulanya satu lagi  era  baru  di  dalam  usaha untuk menjadikan Malaysia sebuah

negara maju menjelang tahun 2020.”

(Laporan Dasar Pembangunan Negara)

DPN telah mengambil kira kemajuan yang telah dicapai setakat ini di bawah DEB

serta kekuatan  dan  kelemahan  yang  wujud semasa  pelaksanaannya.  Ia 

mengandungi  beberapa peralihan pendekatan dengan tujuan mengadakan satu

dimensi baru  dalam usaha pembangunan, terutamanya dalam membasmi kemiskinan

dan menyusun  semula masyarakat.

Seperti DEB, DPN akan  meneruskan  usaha-usaha  mengurangkan

ketidakseimbangan  ekonomi  bukan  sahaja  di  kalangan kaum etnik tetapi juga di

antara golongan  kaya  dan  miskin  dan antara  wilayah.  Ketidakseimbangan  ekonomi 

ini akan dapat dikurangkan  berasaskan  prinsip  pembangunan  seimbang  dan

pengagihan  yang  saksama untuk mencapai keadilan sosial dan memperkukuhkan

perpaduan negara.

2.5 Dasar Penswastaan

Penswastaan atau penyerahan milik negara kepada sektor swasta bermaksud

mengubah sesuatu perniagaan, perkhidmatan atau perusahaan daripada hak milik atau

kawalan negara, kerajaan atau awam kepada hak milik atau pengendalian swasta.

Istilah “penswastaan” juga merujuk kepada penggunaan kontraktor swasta untuk

memberi perkhidmatan yang dahulunya disediakan oleh sektor awam.

Dasar penswastaan di Malaysia bermula dengan rasmi pada tahun 1983. Namun

pelaksanaannya telah diberi nafas baru selepas Datuk Daim Zainuddin sebagai Menteri

12

Page 13: SISTEM EKONOMI CAMPURAN

Kewangan pada pertangahan tahun 1984 dan kemerosotan ekonomi pada tahun 1985-

1986 (Ishak Shaari : 262).

Dasar penswastaan ini boleh dianggap sebagai suatu lanjutan daripada DEB

yang bertujuan memindahkan 30% daripada saham milik syarikat kepada kepentingan

bumiputera. Dasar tersebut merupakan pembaharuan yang penting dari segi strategi

mencapai DEB, iaitu untuk mendorong dan mengarahkan pertumbuhan ekonomi

melalui pelaburan kerajaan dapam perusahaan awam.

Penswastaan bukanlah suatu konsep baru. Rancangan penswastaan telah

menimbulkan banyak persoalan, termasuk kesimbangan di antara sektor awam dan

sektor swasta dalam sebuah ekonomi campuran dan kesannya ke atas ekonomi secara

keseluruhan.

Dasar penswastaan di Malaysia banyak dipengaruhi oleh kempen penswastaan

antarabangsa yang bermula pada tahun 1980an, khususnya di Britain dan di Amerika

Syarikat serta perkembangan pengaruh pemikiran ekonomi kanan di Barat dan

galakkan agensi antarabangsa seperti bank Dunia dan Bank Pembangunan Asia (Ishak

Shaari : 262).

Pelaksanaan dasar penswastaan di negara ini telah meningkatkan tekanan

terhadap pekerja sektor awam dan rakyat yang bergantung ada perkhidmatan awam.

Kesan penswastaan di negara ini menjadi lebih buruk kerana dilaksanakan dalam

keadaan ekonomi negara mengalami kemerosotan paling teruk semenjak merdeka iaitu

pada tahun 1985-1986 ( Ishak Shaari : 266).

Walaupun pengalaman penswastaan di Malaysia masih terhad, tetapi

pelaksanaannya telah menimbulkan kebimbangan tentang pakatan atau persetujuan

ala kartel, sama ada secara rasmi atau tidak. Kemungkinan syarikat tertentu mendapat

maklumat daripada orang dalam dan dapat membuat tawaran yang diterima oleh

kerajaan.

13

Page 14: SISTEM EKONOMI CAMPURAN

Sungguhpun beberapa projek telah diswastakan dan pelaksanaan projek-projek ini

menimbulkan beberapa persoalan, kerajaan tatap meneruskan lagi tempoh

penswastaan dalam Rancangan Malaysia ke-enam (1991-1995). Bagi mencapai

matlamat ini satu Pelan Induk Penswastaan telah disediakan bagi memberi garis

panduan untuk pelaksanaan penswastaan yang lebih teratur dan berkesan. Seterusnya

berdasarkan pelan ini, kerajaan akan menyediakan Pelan Tindakan Penswastaan

jangka pendek yang menjelaskan secara terpeinci entiti yang akan diswastakan

terutamanya industri yang berbentuk monopoli dan laporan akan diedarkan kepada

umum.

2.6 Kesimpulan

Apa yang nyata, situasi ekonomi kali ini berbeza dan jauh lebih meruncing jika

dibandingkan pada sepuluh tahun yang lalu. Namun hakikatnya, situasi ekonomi kali ini

masih mampu ditangani dengan perancangan dan program yang berkesan dan

sistematik serta dasar – dasar kerajaan yang bertepatan yang dilancarkan untuk

membantu keadaan gawat sekarang ini. Selain itu, amatlah diperlukan dilakukan kajian

yang terperinci terhadap keperluan dan kepentingan yang terjejas teruk. Amatlah

diharapkan juga agar semua pihak sama – sama bertindak pantas serta menjalanikan

tanggungjawab masing masing dengan sikap yang lebih komited, optimis dengan

memberikan maklum balas yang bijak dan tepat agar segala masalah negara ini dapat

diatasi dan ditempuhi dengan jayanya.

14

Page 15: SISTEM EKONOMI CAMPURAN

3. RUJUKAN

1. Heng Siew Ngu, M.d Zyady Md. Tahir. (2009). Longman Teks Pra Universiti

STPM Matrikulasi: mikroekonomi. Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd, Kuala Lumpur.

2. Ishak Shaari (1992). Ekonomi STPM : ekonomi Malaysia. Penerbit Fajar Bakti

Sdn Bhd, Kuala Lumpur.

3. Just Faaland (2005). Dasar Ekonomi Baru : pertumbuhan negara dan

pencapaian ekonomi orang Melayu. Utusan Publications & Distrubutors, Kuala Lumpur.

4. Lai Mooi Chang (2005). Pra-U Makroekonomi. Pearson Malaysia Sdn Bhd, Kuala

Lumpur.

5. Normala Ismail (2009). HBSS2203 Perkembangan Ekonomi Asas. Open

Universiti Malaysia, Kuala Lumpur.

6. http://pmr.gov.com.my/dasar_pembangunan_negara

7. http://pmr.gov.com.my/dasar_pembangunan_nasional

8. http://ms.wikipedia.org/wiki/Ekonomi_campuran

15

Page 16: SISTEM EKONOMI CAMPURAN

16