konsep dan sistem ekonomi eropah

Click here to load reader

Download Konsep Dan Sistem Ekonomi Eropah

Post on 11-Jan-2016

32 views

Category:

Documents

5 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

good

TRANSCRIPT

Konsep dan Sistem Ekonomi Eropah

Konsep dan Sistem Ekonomi EropahBerubah pada zaman pertengahan apabila Eropah Barat jatuh ke tangan orang gasar.

Dikenali sebagai sistem feudal.

Tidak wujud hubungan dengan dunia luar.

Ekonominya adalah dalam lingkungan sistem feudal dan berasaskan institusi Manor.

Perubahan yang besar berlaku dalam sistem ekonomi Eropah pada Zaman Kemuncak Pertengahan.Perang Salib telah mendedahkan Eropah dengan dunia Timur dan ini telah merangsangkan jalan-jalan perdagangan lama dan berlaku perkembangan ekonomi wang.

Bandar-bandar mula tumbuh bagai cendawan dan terjalin hubungan dengan luar.

Perubahan ini menjadi lenih pesat pada zaman Awal Moden apabila berlaku gerakan Renaisans.

Idea-idea utama gerakan ini seperti individualisme, sekularisme, humanisme dan berfikiran kritikal telah melahirkan masyarakat yang lebih terbuka dan dipengaruhi oleh kapitalisme. Kini ekonominya lebih bersifat perdagangan luar negeri dan negara-negara bangsa menggalakkan pelayaran ke seberang laut dan penguasaan tanah jajahan.

Hasilnya ialah sistem ekonomi yang dikenali sebagai merkantilisme yang menggaris-galurkan perlaksanaan ekonomi negara-negara bangsa abad ke-15 hingga 17 M.

Abad ke 18 M perubahan-perubahan dalam sektor pertanian akibat Revolusi Pertanian.

Perubahan corak pemilikan tanah, perkembangan sistem ladang yang dikendalikan secara komersial, meluasnya penggunaan kaedah dan teknik pertanian secara saintifik.

Revolusi Perindustrian & Revolusi Pertanian kesanMengubah Great Britain dan negara-negara lain daripada negara pertanian dan ekonomi komersial kepada negara perindustrian.

Pengenalan jentera, sistem kilang dengan pengeluaran kuasa berlipat ganda dan menambahkan bilangan kelas pekerja dan golongan kelas pertengahan.6Konsep dan Sistem Ekonomi YunaniPermulaan ekonomi masyarakat Eropah bermula dengan lahirnya tamadun Yunani.

Muka bumi bergunung-ganang kegiatan pertanian tidak dapat dijalankan dengan sepenuhnya.

Kawasan lembah sungai yang subur dengan aktiviti pertanian seperti penanaman gandum, barli, anggur, dan buah zaitun dijalankan.

Perdagangan ekonomi utama di Athens

Athens turut mengeksport minyak zaitun, perak, batu marmar dan lukisan.

Pada abad ke-8 S.M., perdagangan luar Yunani mengalami perkembangan pesat.

Perdagangan melalui laut berkembang secara semula jadi dan jalan-jalan di sepanjang pantai dijadikan sebagai jalan perdagangan.

Yunani berdagang dengan negara-negara koloninya di selatan dan sekitar Laut Hitam, Mesir, Syria dan Phoenicia.Negara kota Sparta tidak menggalakkan rakyatnya melibatkan diri dalam kegiatan perdagangan dan perniagaan walaupun tanahnya subur dan mempunyai hasil galian seperti bijih besi.

Hal ini demikian kerana rakyat perlu melibatkan diri dengan latihan ketenteraan.

Namun begiru, kerajaan Sparta menggalakkan penduduknya melibatkan diri dalam kegiatan pertanian tanpa berdagang dengan dunia luar demi menjaga moral penduduknya agar tidak tercemar.Konsep dan Sistem Ekonomi Zaman Graeco-RomNamun begitu akibat daripada kemerosotan upah dan kenaikan harga barangan, ramai rakyat Yunani berpindah ke tempat-tempat lain seperti Alexandria, Antioch dan Aphesus.

Walaupun kerajaan menggalakkan perkembangan perindustrian, kegiatan in tetap dikawal oleh kerajaan. Tumpuan diberikan kepada perdagangan, perbankan, insurans dan mata wang.Sehubungan dengan perkembangan ini, institusi perhambaan juga merosot kerana kini untuk mendapatkan buruh bebas tidak begitu mahal. Konsep dan Sistem Ekonomi RomPada zaman republik perdagangan tidak begitu penting.

Penduduk awal republik Rom ialah tentera dan petani.

Mereka mengusahakan tanaman keperluan sendiri, hidup dengan sederhana dan menghasilkan beberapa barangan yang mereka perlukan dalam kehidupan seharian. Tetapi dengan perubahan masa dan dengan pertumbuhan bandar-bandar, nilai perdagangan meningkat.

Sungai Tiber telah memudahkan orang Rom untuk menukar hasil tanaman dari ladang mereka dengan barangan yang dihasilkan oleh negara jiran mereka.

Dengan cara ini mereka memperoleh besi, zaitun dan ornamen-ornamen lain untuk rumah mereka.Pertanian mendominasikan kegiatan penduduk Rom pada zaman Republik. Perusahaan tembikar, tekstil, bahan besi dan senjata dijalankan secara kecil-kecilan.

Pada zaman Empayar Augustus wujud perniagaan bebas antara Laut Hitam dengan Sepanyol. Zaman ini memberikan kebebasan penuh kepada pelayar dan pedagang tanpa sekatan warna kulit, tarif dan sebagainya. Bandar-bandar pada zaman ini bersifat kosmopolitan dan menjadi tumpuan pedagang-pedagang dari Syria, Greek, Sepanyol dan Afrika.

Maharaja Nero dianggap sebagai Bapa Perdagangan Bebas kerana mengambil daya usaha untuk menghapukan amalan-amalan lama dalam Empayar Rom.

Negara Barangan ImportTimur Afrika. gading, emas, bulu binatang, batu ambar dan lilinRusia dan JermanHambaIndiamutiara, batu permata, kain kapas, kulit penyu, rempah ratus, pokok jati, ebony, lada hitam dan sutera.BritainTimah hitam, besi, tiram dan anjing perburuan.SepanyolLogam, emas, perak, bahan pencelup, linen, dan minyak zaitun.Afrika TimurHamba, serbuk emas, batu marmar.Asia kecil dan SyriaKain bulu, fabrik, permaidani, kain bertekat, barangan kulit dan keluli.Dasar ekonomi Augustus yang bersifat laissez-faire memberi kebebasan untuk saudagar menjalankan perdagangan.

Langkah-langkah penting yang diambil termasuk menyusun semula sistem mata wang kepada emas, perak, dan logam, menubuhkan angkatan tentera bagi melawan lanun dan memperkenalkan sistem cukai yang ridak membebankan.Zaman ini juga melihat penggunaan kaedah saintifik dan buruh hamba secara meluas dalam kegiatan pertanian oleh golongan bangsawan.

Ini menyebabkan petani bebas tidak dapat bertanding dan terpaksa menjual tanah mereka kepada golongan bangsawan.Konsep dan sistem ekonomi Zaman Pertengahan AwalSerangan orang Gasar menyebabkan tidak wujud satu pemerintahan pusat yang berkesan.

Rakyat tunduk kepada orang Gasar untuk mendapatkan perlindungan daripada musuh.

Rakyat menyerahkan tanah dan diri mereka kepada tuan-tuan tanah iaitu lords dan berjanji untuk bertempur dan menyerahkan sebahagian daripada tanaman mereka kepada lord.Mereka yang memegang tanah daripada tuan tanah disebut lords tenant atau vassal.

Sistem ini disebut feudalisme di mana hubungan peribadi antara lord dengan vassal adalah berasaskan kontrak yang tidak bertulis.

Dalam institusi feudalisme, raja mempunyai kuasa mutlak dan berada di kedudukan yang tinggi, diikuti oleh count, lord, manor dan serf.

Setiap seorang mempunyai hak dan tanggungjawab masing-masing yang bergantung kepada jenis tanah.