sistem demokrasi

20
------------------------------------------------------------ ------------------------------------------------ Soalan Sistem demokrasi berparlimen menjadi amalan Malaysia sejak 1952 tahun yang lalu.Fenomena ini telah mewujudkan kerajaan campuran.Bagaimanakah keadaaan ini boleh berlaku dan apakah implikasi keatas senario hubungan etnik negara masai kini.Bincangkan Pengenalan Kewujudan masyarakat majmuk di Malaysia bermula ketika era keagungan kerajaan Kesultanan Melayu Melaka yang ketika itu sudah menjadi tempat interaksi di kalangan pedagang luar seperti India, Cina dan Arab. Ketika itu kehadiran masyarakat pedagang luar bukan untuk menjadi rakyat tetap, sebaliknya mereka datang semata-mata untuk menjalankan aktiviti perniagaan.Selain itu, konsep negara masa itu bergantung sepenuhnya kepada kewujudan `raja' iaitu rakyat hanya memberikan ketaatan sepenuhnya kepada raja yang bertanggungjawab menjamin keselamatan rakyat yang berada dan tinggal di wilayah atau empayarnya. Keadaan berbeza berlaku apabila penjajah British mula membawa konsep pemerintahan dan pentadbiran moden dalam kerangka konsep negara moden. Konsep negara bangsa dalam dunia moden hari ini menetapkan bahawa sesebuah negara itu bukan saja mesti memiliki ‘territoriality’ malah perlu memiliki ciri lain seperti kedaulatan, pemerintahan, perlembagaan, simbol kesatuan 1.

Upload: kamalskpc

Post on 26-Jun-2015

1.144 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: sistem demokrasi

------------------------------------------------------------------------------------------------------------Soalan

Sistem demokrasi berparlimen menjadi amalan Malaysia sejak 1952

tahun yang lalu.Fenomena ini telah mewujudkan kerajaan

campuran.Bagaimanakah keadaaan ini boleh berlaku dan apakah implikasi

keatas senario hubungan etnik negara masai kini.Bincangkan

Pengenalan

Kewujudan masyarakat majmuk di Malaysia bermula ketika era

keagungan kerajaan Kesultanan Melayu Melaka yang ketika itu sudah menjadi

tempat interaksi di kalangan pedagang luar seperti India, Cina dan Arab. Ketika

itu kehadiran masyarakat pedagang luar bukan untuk menjadi rakyat tetap,

sebaliknya mereka datang semata-mata untuk menjalankan aktiviti

perniagaan.Selain itu, konsep negara masa itu bergantung sepenuhnya kepada

kewujudan `raja' iaitu rakyat hanya memberikan ketaatan sepenuhnya kepada

raja yang bertanggungjawab menjamin keselamatan rakyat yang berada dan

tinggal di wilayah atau empayarnya. Keadaan berbeza berlaku apabila penjajah

British mula membawa konsep pemerintahan dan pentadbiran moden dalam

kerangka konsep negara moden. Konsep negara bangsa dalam dunia moden

hari ini menetapkan bahawa sesebuah negara itu bukan saja mesti memiliki

‘territoriality’ malah perlu memiliki ciri lain seperti kedaulatan, pemerintahan,

perlembagaan, simbol kesatuan seperti lagu kebangsaan dan bendera, perasaan

patriotisme, perpaduan serta memiliki satu ideologi dan sebagainya. Semua

elemen itu dianggap sebagai ciri penting bagi penyatuan dan perpaduan rakyat

sesebuah negara moden. Salah satu dasar dicipta British ketika menjajah kita

ialah dasar membawa masuk kaum asing dari tanah besar India dan China ke

Tanah Melayu untuk bekerja dalam sektor perladangan (India) dan

perlombongan timah (Cina). Dasar dan proses kemasukan kaum asing ini

dimulakan sejak pertengahan abad ke-19 dan ia berlanjutan sehingga dekad

1930-an. Dasar kemasukan imigran asing bertujuan memajukan sektor

perlombongan dan perladangan demi kepentingan penjajah British, dan pada

masa sama British menjalankan dasar ‘pecah dan perintah’ bukan saja dalam 1.

Page 2: sistem demokrasi

------------------------------------------------------------------------------------------------------------konteks politik, malah dalam konteks ekonomi dan sosial dengan mencipta

pengasingan ekonomi antara kaum. 1

Kerajaan campuran keadaaan ini boleh berlaku

Jika diimbas kembali sejarah negara, usaha untuk mencapai perpaduan

kaum di Malaysia dapat dikesan menerusi penubuhan Jawatankuasa Hubungan

Antara Kaum (CLC) pada 1949. Penubuhan jawatankuasa ini selari kehendak

British iaitu mesti wujud satu kerjasama kaum sebelum kemerdekaan diserahkan

kepada rakyat negara ini. CLC ditubuhkan di Pulau Pinang yang dianggotai dua

kaum utama iaitu Melayu (Umno) dan Cina (MCA) dan ia bolehlah dianggap

sebagai permulaan kepada kerjasama kaum, khususnya dalam konteks

kerjasama politik. Perlembagaan Malayan Union dikatakan pelaksanaan

Malayan Union pada April 1946 di Tanah Melayu telah menyemarakkan

semangat nasionalisme penduduk tempatan khususnya orang-orang Melayu.

Rajah 1:Logo Parti perikatan

Mereka merasakan adat dan tradisi tercabar, Malayan Union secara

drastik menukarkan taraf negeri-negeri Melayu daripada negeri-negeri naungan

British kepada jajahan langsung British, menghapuskan hak istimewa orang

Melayu sebagai bumiputera dengan memperkenalkan konsep kerakyatan 'jus

soli' iaitu kewarganegaraan diberikan kepada semua orang asing yang dilahirkan

di tanah Melayu serta mereka yang berumur 18 tahun ke atas daan telah

bermastautin selama 10 daripada 15 tahun sebelum 15 Februari 1942, serta

1 Barbara Watson , Sejarah Malaysia, Macmillan Publisher, Petaling Jaya, 1983, Hlm 67

2.

Page 3: sistem demokrasi

------------------------------------------------------------------------------------------------------------menghapuskan kedaulatan raja-raja Melayu. Orang-orang Melayu terasa

terancam berikutaan sewenag-wenangnya orang bukan Melayu khususnya Cina

dan India menjaadi rakyat di negara ini.  Keadaan ini menimbulkan kegusaran

orang Melayu kehilangan kuasa politik dan tergugat institussi tradisional. Hal ini

telah menimbulkan tentangan yang dipimpin oleh pegawai-pegawai daan

golongan bangsawan Melayu seperti Dato Onn Jaafar. Mereka terasa terhina

dengan sikap pihak British yang angkuh bertindak sesuka hati dalam

meengemukakan pembaharuan. Bantahan bertambah hebat berikutan peranan

akhbaar Melayu seperti Utusan Melayu, Majlis dan Warta Negara mengkritik dan

menghebah keburukan Malayan Union. Keadaan ini disemarkkan lagi oleh

galakan daripada ppegawai British yang telah bersara seperti Frank

Swettanham, George Maxwell daan Winstedt melalui penulisan mereka

diakhbar-akhbar British menyatakan kekesalan mereka terhadap cara

ketidakadilan British membuat pembaharuan perlembagaan. 2

Ketika ini Kongres ini belum mempunyai sebaarang rancangan

kemasyarakatan daan ekonomi yang tertentu sebaliknyaa hanya mahu memulih

kembali kedaulatan raja-raja Melayu dan hak-haak orang Melayu sebagai

bumiputera.  Ia juga telah mengistiharkan  bahawa perjanjian Mac Michael itu

tidak sah kerana tiada persetujuan dan perbincaangan pembesar Melayu dan

rakyat jelata. Melalui Kongres ini Pertubuhaan Kebangsaan Bersatu (UMNO)

ditubuhkan pada 11 Mei 1946 bagi memelihara kepentingan orang Melayu,

dimana Dato Onn Jaafar sebagai Presiden utama dan pertama. Keengganan

penerimaan Malayan Union ini diburukkan lagi apabila kaum Cina dan India turut

mengkritik sesetengah bahagian gagasan itu. Bantahan-bantahan orang Melayu

menjadi begitu memuncak menjelang Mei 1946, akhirnya British terpaksa akur

bagi mengseimbangkan berlakunya aktiviti komunis dan pelampau Melayu yang

mahukaan penyatuan politik dengan Indonesia. Mereke sedar bahawa

sejauhmana sekali pun sokongan orang Cina dan India terhadap gagasan ini

2 Lofti Ismail, Sejarah Malaysia 1400-11963, Petaling Jaya, Penerbit Fajar Bakti, 1978, Hlm 248

3.

Page 4: sistem demokrasi

------------------------------------------------------------------------------------------------------------masih tidak dapat menandingi kehebatan bantahan orang Melayu. Akhirnya satu

perundngan perubahan perlembagaan dilakukan yang kemudiannya melahirkan

Persekutun Tanah Melayu pada taahun 1948. Ternyata Malayan Union adalah

satu peristiwa yang mempunyai rahmat yang tersembunyi. Dimana buat pertama

kali umat Melayu bangun menentang British melalui penyatuan. Dasar rejim

penjajah ketika itu tidak mementingkan perpaduan dan integrasi pelbagai kaum.

Namun begitu selepas berlakunya pembentukan Persekutuan Tanah Melayu

(1948) yang kemudiannya diikuti kemerdekaan Tanah Melayu (1957) serta

disusuli pula dengan pembentukan Malaysia (1963) meletakkan kedudukan dan

taraf kaum lain setanding dengan kaum Melayu dari segi kewarganegaraan dan

hak sebagai rakyat dilindungi oleh perlembagaan negara.

Pada masa sama, kaum bukan Bumiputera menerima dan mengiktiraf

beberapa hak istimewa orang Melayu sebagai satu ‘kontrak sosial’ yang

dipersetujui bersama dengan sebahagian daripadanya termaktub di dalam

perlembagaan negara. Elemen perpaduan penting untuk memenuhi impian

pembangunan dan kemajuan negara seperti yang dirangka akan dapat

dilaksanakan dengan lancar dan berkesan. Namun pada awal pasca

kemerdekaan, integrasi dan perpaduan nasional belum begitu kukuh di kalangan

rakyat berbilang kaum sehingga tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969. Kejadian

mendukacitakan ini menyedarkan tampuk kepemimpinan negara betapa

pentingnya integrasi dan perpaduan nasional dijadikan wawasan dan matlamat

negara. Jika dikaji hakikat sejarah tanah air, kemelut perkauman khususnya di

antara Cina dan Melayu boleh dikatakan bermula ketika dan selepas zaman

pendudukan Jepun (1941 - 1945), disusuli peristiwa darurat (1948 -1960). Idea

awal tentang bangsa dan negara bermula apabila penjajah British

memperkenalkan Malayan Union pada tahun 1946. Orang Melayu telah bangun

menentang gagasan ini kerana Malayan Union merupakan satu tindakan politik

penjajah British yang boleh membinasakan bangsa Melayu. Malayan Union

bukan sahaja melenyapkan kekuasaan Raja-Raja Melayu, agama Islam, dan

adat resam Melayu, malah pemberian kerakyatan secara jus soli kepada orang

4.

Page 5: sistem demokrasi

------------------------------------------------------------------------------------------------------------bukan Melayu adalah dianggap sebagai satu percubaan nekad menghapuskan

hak dan kepentingan, serta masa depan orang Melayu.Pada tahun 1946 orang

Melayu masih belum dapat melupakan penderitaan semasa di bawah

pemerintahan Jepun, serta peristiwa keganasan Bintang Tiga yang ditaja oleh

Parti Komunis Malaya. Pemerintahan zalim selama 14 han di sesetengah tempat

oleh Bintang Tiga menjadi satu pengajaran bagi orang Melayu. Oleh itu, orang

Melayu pada masa itu tetap mempertahankan haknya dan tidak mahu berkongsi

negeri dengan kaum pendatang. Di Semenanjung Tanah Melayu, orang Melayu

telah bangun menentang Malayan Union bukan sahaja kerana tidak bersetuju

dari segi kandungan perlembagaannya, tetapi juga membantah tentang cara

Harold MacMichael memperdayakan Raja-Raja Melayu untuk bersetuju

melaksanakan Malayan Union. Dalam keadaan yang terdesak dan tertekan,

Raja-Raja Melayu tidak menyedari kesan buruk Malayan Union yang boleh

menghapuskan kuasa dan kedaulatan baginda semua. Oleh itu, orang Melayu

bangkit mempertahankan Raja-Raja Melayu, iaitu satu-satunya lambang maruah

bangsa.Asas pemikiran dan perjuangan untuk mewujudkan satu bangsa dan

sebuah negara yang bermaruah dan berdaulat telah dicetuskan oleh seorang

pejuang agung negara iahu Dato' Onn bin Jaafar. Beliau telah mengetuai bangsa

Melayu menentang pentadbiran Malayan Union yang hendak diperkenalkan oleh

penjajah British. Beliau telah berjaya membangkitkan kesedaran di kalangan

orang Melayu tentang maruah, identiti, kebudayaan dan peradaban bangsa

Melayu. Dato' Onn telah menghadap dan menggesa Raja-Raja Melayu supaya

memulaukan upacara perlantikan Edward Gent sebagai Gabenor Malayan

Union. Pengaruh beliau yang bertambah kuat dengan sokongan padu daripada

orang Melayu telah menimbulkan rasa takut dan bimbang di kalangan pihak

British sekiranya Dato' Onn akan terus berjuang menuntut kemerdekaan. Malah

beberapa orang bekas pegawai tinggi penjajah British yang pernah berkhidmat di

Tanah Melayu juga turut menyuarakan bantahan mereka terhadap dasar

Malayan Union itu yang diisifatkannya tidak akan membawa perubahan.3

3 Firdaus Abdullah, Radical Malay Politics:It's Origin And Early Develompent, Pelanduk Publicaation, Petaling

Jaya, 1985, Hlm 77

5.

Page 6: sistem demokrasi

------------------------------------------------------------------------------------------------------------Secara tidak sedar, kini Tanah Melayu bukan sahaja milik eksekutif orang

melayu tetapi  milik bersama kaum-kaum lain. Hal ini di tentang oleh PKKM yang

dahulunya menyertai UMNO, atas perbezaan prinsip perjuangan PKKM atau

Parti Kebangsaan Melayu ditubuhkan pada Oktober 1945, diasaskan oleh

nasionaalis-nasionalis Melayu yang berjiwaa Melayu dengan cogankata

'membela hak keadilan putera Melayu' bertujuan untuk memerdekkan bangsa

dan taanah air. Ia juga bermatlamat menyatukan bangsa Melayu dan

menyerapkan semangat kebangsaan Melayu ke dalam jiwa orang Melayu

seluruhnya melalui gabungan kemerdekaan bersama Indonesia yang dikenali

sebagai Republik Indonesia Raya.Melalui gagasan Melayan Union ,juga

mendaulatkan bahasa.Selepas itu satu usaha ke arah kerjasama kaum yang

lebih terarah wujud menerusi penubuhan Persidangan Kebangsaan (Februari

1953) oleh Sir Malcolm MacDonald. Tujuannya adalah untuk mencapai

kerjasama politik bagi mengendurkan masalah perkauman di Tanah Melayu.

Tunku Abdul Rahman kemudian menganjurkan konvensyen kebangsaan yang

disertai pelbagai parti politik yang akhirnya menjadi asas kepada penubuhan

Parti Perikatan. Pada pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan pada 27

Julai 1955, Parti Perikatan menang 51 daripada 52 kerusi yang

membolehkannya membentuk Kabinet pelbagai kaum. Ia menjadi titik awal

perpaduan kaum melalui politik kompromi. Dalam usaha mencapai

kemerdekaan, Datuk Onn Jaafar memikirkan keperluan kerjasama dan

rundingan di antara pemimpin pelbagai kaum ke arah berkerajaan sendiri. Idea

‘Sistem Ahli’ dikemukakan kepada British, ketika itu Sir Henry Gurney adalah

Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu. Sistem yang menyerupai

Kabinet bayangan ini dilaksanakan pada 1951 adalah selaras hasrat British

untuk menjalankan dasar ‘dekolonisasi’. Ia di anggap sebagai asas ke arah

proses perpaduan kaum kerana ahlinya terdiri daripada pelbagai kaum.

Implikasi keatas senario hubungan etnik negara

6.

Page 7: sistem demokrasi

------------------------------------------------------------------------------------------------------------Perpaduan dan integrasi nasional dalam skop penyatuan wilayah dan

masyarakat Malaysia yang lebih besar dibuat melalui pembentukan gagasan

Malaysia (1963). Gagasan Malaysia adalah konsep integrasi dan penyatuan

wilayah serta menyatukan masyarakatnya dalam konteks bangsa Malaysia baru

dengan pada awal cadangan penubuhannya ia ditentang Borneo (Sabah dan

Sarawak). Tentangan ini akhirnya dapat diselesaikan melalui penubuhan

Suruhanjaya Cobbold. Singapura yang pada awalnya bersama dalam gagasan

Malaysia akhirnya keluar dari Malaysia (1965) atas beberapa isu tertentu

termasuk soal perkauman. Peristiwa itu adalah cabaran awal dalam membentuk

integrasi dan perpaduan di kalangan negeri yang menyertai pembentukan

Malaysia pada 1963. 13 Mei 1969 adalah titik hitam dalam sejarah perhubungan

kaum di negara ini. Ia tercetus akibat meluasnya isu perkauman. Tindakan

segera pemimpin pelbagai kaum menyelesaikan kemelut ini dengan penuh

bijaksana dan berwawasan, merintis ke arah ‘kejuruteraan sosial’ yang akhirnya

membawa kepada hubungan kaum yang lebih sihat dan dinamik dalam kerangka

dasar, wawasan integrasi dan perpaduan yang lebih fokus. Arkitek (pemimpin)

perpaduan negara berjaya melaksana ‘revolusi integrasi’ yang memberikan

impak cukup positif terhadap kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi

negara. Peristiwa hitam menyebabkan negara diletakkan di bawah pengawalan

Majlis Gerakan Negara (Mageran) dipengerusikan Tun Abdul Razak Hussein.

Menerusi Mageran, langkah konkrit bagi membentuk asas perhubungan kaum

yang berkesan mula difikirkan secara serius. Malaysia merupakan sebuah

negara yang berbilang kaum (Plural society). Ia wujud hasil impak daripada

zaman penjajahan colonial British yang melakukan campur tangan dalam

struktur sosiopolitik masyarakat Melayu tradisi. Di samping itu masyarakat

khususnya dari Tanah Besar China dan India yang menjadi sumber buruh

kepada pihak Inggeris untuk mengerjakan kegiatan perlombongan biji timah dan

pengeluaran getah di Tanah Melayu.( Mansor Ms.Noor 2005,Hlm 170)

Mengikut pandangan J.S.Furnivall (1948) konsep masyarakat majmuk

merujuk kepada masyarakat yang dicirikan dengan perpecahan tetapi dalam

7.

Page 8: sistem demokrasi

------------------------------------------------------------------------------------------------------------masyarakat majmuk perbezaan yang wujud dari segi ras dan etnik itu selari

dengan perbezaan ekonomi sehingga ketegangan dan ketidakstabilan lebih

mudah tergugatKesan yang paling ketara ialah penggunaan Bahasa Melayu

adalah sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah. Ia dianggap parti radikal

kerana berani mengkritik British serta sentiasa membakar semangat kebangsaan

orang. Melayu. Perbezaan prinsip perjuangan PKKM iaitu penentangannya

didasarkan atas kepentingan rakyat jelata dan demi membela maruah dan

kedudukan mereka bukanlah didasarkan untuk membela kedudukan kaum

fuedal. Manakala UMNO pula yang ditubuhkan pada 11 Mei merupakan

gabungan pertubuhan Melayu hanya pada tahun 1948 baru wujud sebagai unit

politik dan dipimpin oleh golongan brpendidikan Inggeris seperti Dato Onn Jaffar.

Pada awalnya ia bukanlah sebuah parti politik untuk menuntut kemerdekaan

tetapi sekadar membuat beberapa program pendidikan, ekonomi  dan kebajikan

daan kepentingan orang Melayu. Selain itu telah wujud jugaa API (Angkatan

Pemuda Insaf) dan Angkatan Wanita Sedar (AWAS). Masing-masing dipimpin

oleh Ahmad Boestamam dan Shamsiah Fakeh. Ia menyediakan kekuatan

sebagai pejuang barisan hadapan untuk negara. Disamping itu memberikan

latihan dalam bidang politik kepada pemuda Melayu supaya boleh mempimpin

dalam apa jua keadaan. Ia melaungkan slogan 'merdeka dengan darah' melalui

ucapan Boestamam;

'kemerdekaan tidak boleh dicapai melalui saaliva atau rayuaan, ia harus

diperjuangkan dengan menumpahkan darah'

Sikap radikal ini menyebabkan ia diharamkan oleh British pada Julai 1947,

manakala PKKM pada darurat 1948. Jelas disini UMNO yang sanggup mengikut

telunjuk British terus kekal berbanding yang radikal. Penubuhan UMNO, PKKM,

API dan sebagainya menunjukkan wujud politik perkauman yang mementingkan

orang Melayu.

8.

Page 9: sistem demokrasi

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Rajah 2:Logo Parti UMNO

Manakala kaum Cina dan India yang dulunya mementingkan perjuangan

berkiblatkan negeri msing-masing. Penentangan orang Melayu ini telah

memberikan kesedaran kepada kedua-dua kaum ini untuk menubuhkan parti

politik bagi menjaga kepentingan kaum mereka di tanah Melayu. Kerjasama

MCA dengan British diperlihatkan melalui usaha memindahkan setinggan Cina

dipinggir hutan ke kampung-kampung baru. Kaum India pula menubuhkan MIC,

Kongres India Semalaya pada Ogos 1946. Peringkat awalnya merupakan

persatuan kelas pertengahan India dan dianggotai oleh ahli profesional

berpendidikan Inggeris yang mempunyai kepentingan sendiri. Parti ini secara

sedar menyertai AMCJA kerana beranggapan ini akan menguatkan partinya

yang ketika itu lemah.Dalam masa darurat MIC telah beralih semula menjadikan

parti perkaumaan semata-mata. Jelas disini parti yang tertubuh selepas perang

adalah berbentuk perkauman, dimana masing-masing menentang demi

kepentingn kaum mereka. Keadaan ini menampakkan perubahan apabila UMNO

pimpuinan Dato Onn Jaafar menggalakkan kerjasama yang lebih rapat di antara

orang Melayu dan bukan Melayu bagi menuntut kemerdekaan daripada British

tetapi ramai ahli UMNO berpendapat sekiranya ini berlaku UMNO tidak lagi

memperjuangkan hak-hak orang Melayu semata-mata. Pada 27 Ogos, Dato Onn

dengan rasmi letak jawatan dan diikuti oleh kebanyakan anggota jawatakuasa

mereka ini menubuhkan parti politik yang baru iaitu parti Kemerdekaan Tanah

Melayu (IMP). Ia boleh dianggap sebuah parti politik yaang tidak bersifat

perkauman, ditubuhkan pada tahun 1951. Ia muncul dari kegagalan Dato Onn

untuk melebarkan asas UMNO supaya semua kaum dapat diterima menjadi

9.

3

Page 10: sistem demokrasi

------------------------------------------------------------------------------------------------------------anggota iaitu membuka keahliannya kepada semua rakyat persekutuan Tanah

Melayu, rakyat British dan penduduk semenanjung Tanah Melayu yang telah

tinggal selama lebih daripada 10 tahun. Tetapi disebabkan ketika itu politik

perkauman masih menebal dikalangan penduduk tanah Melayu, maka parti ini

tidak mendapat sambutan yang menggalakkan. Akhirnay, mereka menubuhkan

parti negara yang bersifat perkauman Melayu. Jelas disini parti yang bersifaat

percampuran kaum tidak berjaya menambat hati penduduk kerana pada

umumnya ketika itu kepentingan perkauman jelas menguasai suasana politik.

Wujud juga parti yang bersifat ideologi seperti Parti Islam Setanah Melayu (PAS).

Parti ini beridealogikan kepada agama Islam. Matlamatnya pula ialah penubuhan

sebuah negara yang berdasarkan peraturan. Parti ini kebanyakannya dianggotai

oleh pemimpin agama dikampung-kampung dan guru-guru agama. Para

pemimpin parti ini telah menuduh UMNO sebagai bersifat Malaya daan bukan

bersifat Melayu. Namun parti ini pada keseluruhannya tidak mendapat sokongan

yang menyeluruh daripada penduduk kerana ia terbatas kepada orang Islam

sahaja.Menurut Wilson(1967 :23) menjelaskan walaupun dalam konteks masalah

social negara, masalah atau aspek hubungan antara suku etnik adalah kurang

penting jika dibandingka dengan masalah atau aspek hubungan antara etnik.

Tambahan pula, perbezaan antara suku etnik dalam tiap kumpulan etnik utama

ini akan diketepikan bilamana kumpulan ini berhadapan antara satu sama lain

dalam isu atau masalah yang bersangkut paut dengan kepentingan mereka.

(M.Kntayya 1984).Nilai perpaduan di kalangan masyarakat pelbagai kaum harus

dipertahankan agar ia dapat mengekalkan keharmonian kaum. Kemajuan dan

kemakmuran sesebuah negara sangat terikat dengan kestabilan politik dan

pengurusan sumber manusia dan aslinya. Malahan kekuatan Malaysia terletak

kepada kemampuannya membina mekanisme mengurus masyarakat pelbagai

budaya yang lebih bersifat divisive dari penyatuan.Walaupun begitu,

permuafakatan dan kerjasama adalah berbeza mengikut budaya sesuatu kaum.

Proses pembudayaan bermula dari institusi kekeluargaan yang mana nilai

budaya dan norma sesuatu komuniti atau masyarakat diterapkan kepada ahli

10.

Page 11: sistem demokrasi

------------------------------------------------------------------------------------------------------------keluarga oleh ketua keluarga dan ibu yang telah melalui proses pembelajaran

dan pembudayaan dari ibu bapa mereka. 4

Kesimpulan

Ketika inilah Majlis Perundingan Negara (MPN) di tubuhkan sebagai

penasihat kepada Mageran mengenai perhubungan kaum dan ia menjadi

mekanisme penting dalam mencipta formula mujarab bagi menyelesaikan

masalah perkauman. Di antara formulanya yang berkesan ialah kelahiran Dasar

Ekonomi Baru (DEB) yang diterima dan dipersetujui semua pucuk pimpinan

pelbagai kaum di negara ini. DEB bermatlamat mencapai perpaduan dan

integrasi nasional menerusi pelaksanaan ‘serampang dua mata’ iaitu pengagihan

dan perkongsian ekonomi secara pembasmian kemiskinan di kalangan rakyat

Malaysia tanpa mengira kaum. Selain DEB, satu lagi formula berkesan yang

dicipta MPN ialah Rukun Negara sebagai ideologi nasional yang meletakkan

negara ke arah matlamat jelas dan terarah dalam membentuk perpaduan dan

integrasi nasional. Dalam bidang politik pula, lahir gabungan permuafakatan

politik pelbagai kaum lebih kukuh dan terarah iaitu Barisan Nasional (BN) yang

sebelum itu dikenali sebagai Parti Perikatan. Kini seelpas hampir 50 tahun

kemerdekaan, kita terus menikmati pembangunan dan kestabilan politik hasil

daripada wujudnya perpaduan nasional yang kukuh dan dinamis. Integrasi dan

perpaduan di kalangan rakyat benar-benar menjadi ramuan dan tunjang utama

kepada pembentukan negara yang kukuh dan bersatu padu.

CARTA LAMBANG PARTI POLITIK TAHUN 1937-2008

4 Ahmad Bustamam,merintis jalan kepuncak, Penerbitan Pustaka Kejora, Kuala Lumpur, 1972, Hlm 121

11.

Page 12: sistem demokrasi

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Rujukan

12.

Page 13: sistem demokrasi

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

1. Barbara Watson Andaya Dan Leonard Andaya, Sejarah Malaysia,

Macmillan Publisher, Petaling Jaya, 1983, Hlm 298

2. Firdaus Abdullah, Radical Malay Politics:It's Origin And Early

Develompent, Pelanduk Publicaation, Petaling Jaya, 1985, Hlm 77

3. K J Ratmaan, Faham Perkauman Dan Proses Politik Di Malaya,

Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 1969, Hlm 171

4. Lofti Ismail, Sejarah Malaysia 1400-11963, Petaling Jaya, Penerbit Fajar

Bakti, 1978, Hlm 248

5. Ramlah Adam, Dato Onn Jaaafar Pengasas Kemerdekaan, Dewan

Bahasa Dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuaala Lumpur,

1993, Hlm 82

6. Simandjuntak, Federalisme Tanah Melayu 1945-1963:Satu Kaajian

Mengenai Masalah-Masalah Persekutuan Di Dalam Sebuah

Masyarakat Majmuk. Penerbit Fajar Bakti, Petaling Jaya, 1985, Hlm 70

13.