siri hikayat sangtawal - 4

14
8/9/2019 Siri Hikayat Sangtawal - 4 http://slidepdf.com/reader/full/siri-hikayat-sangtawal-4 1/14

Upload: azan90

Post on 30-May-2018

235 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Siri Hikayat Sangtawal - 4

8/9/2019 Siri Hikayat Sangtawal - 4

http://slidepdf.com/reader/full/siri-hikayat-sangtawal-4 1/14

Page 2: Siri Hikayat Sangtawal - 4

8/9/2019 Siri Hikayat Sangtawal - 4

http://slidepdf.com/reader/full/siri-hikayat-sangtawal-4 2/14

 penulis tahu bahawa Garuda merupakan tunggangan Vishnu, satu daripada tiga Tuhan

Besar ugama Hindu! Sebaliknya ramai orang-orang Melayu tidak menyedari bahawa

 pulut kuning yang dibentuk seperti gunung di hadapan pengantin melambangkan GunungMahameru iaitu tempat kononnya bersemayam tuhan-tuhan Hindu.

Siapakah yang dikatakan Melayu? 

Sebelum tertubuhnya Indonesia sebagai konsep politik, ahli-ahli geografi, sejarah,

anthropologi dan keilmuan lain mendefinisikan seluruh kepulauan yang merangkumi

Indonesia Malaysia Brunei Singapura termasuk Semenanjung Tanah Melayu sebagai

"The Malay Archipelago" atau Gugusan Pulau-Pulau Melayu.

Untuk memudahkan perbincangan, kita akan gunakan istilah Gugusan Pulau-pulau

Melayu ini.

Menurut kajian sejarah dan anthropologi, orang yang dikenali umum sebagai "Melayu"

 berasal dari Selatan Benua Cina dan berhijrah ke seluruh Gugusan Pulau-pulau Melayu.

Penghijrahan ini bermula antara tiga hingga tujuh ribu tahun dahulu dan melibatkan duagelombang. Gelombang pertama adalah orang-orang yang disebut "Proto Malays".

Gelombang kedua dan terakhir adalah orang-orang yang disebut sebagai "Deutero-

Malays".

Budaya yang dibawa oleh gelombang pertama adalah "neolithic" (istilah anthropologi

yang bermaksud tamadun yang ciri-cirinya berasaskan alat dan senjata yang dibuat

daripada batu yang digosok licin serta cara pertanian yang primitif). Di kalangan merekaada terdapat juga budaya "megalithic" (batu besar, terutamanya sebagai kubur ).

Keturunan mereka di zaman sekarang termasuklah orang Dayak di Borneo, orang Toraja

di Sulawesi dan orang Batak di Sumatera.

Golongan kedua, "Deutero-Malays", mempunyai budaya yang lebih tinggi pada zamanitu, iaitu budaya yang dikenali sebagai "Dong Son", dari kawasan yang sekarang ini di

utara Vietnam; mereka menguasai logam, alat dan senjata serta pertanian dan

 penternakan binatang yang lebih canggih. Dengan kedatangan gelombang kedua ini,gelombang pertama lama kelamaan berundur ke pendalaman. Itulah sebabnya orang

Dayak, Toraja dan Batak terdapat jauh dari pantai, di bukit-bukit dan kawasan-kawasan

 pendalaman sambil orang Melayu terdapat di kawasan-kawasan dekat pantai di seluruh

Gugusan Pulau-pulau Melayu.

Page 3: Siri Hikayat Sangtawal - 4

8/9/2019 Siri Hikayat Sangtawal - 4

http://slidepdf.com/reader/full/siri-hikayat-sangtawal-4 3/14

Kerajaan "Melayu" 

Dari segi sejarah, Jambi seharusnya merupakan tempat yang amat penting kepada orangMelayu kerana di sinilah berasalnya nama "Melayu" itu sendiri. Di sinilah tumbuh dan

 berkembangnya sebuah kerajaan purba yang besar dan gagah bernama "Melayu" (ahli

sejarah Barat menyebutnya sebagai "Melayu, the great ancient kingdom of the BatangHari"). Daripada Kerajaan yang bernama "Melayu" inilah orang Melayu keseluruhannya

mendapat namanya.

Kerajaan Melayu purba ini sudah wujud dalam tahun 400an lagi kerana pada masa itu

sudah pun direkodkan menghantar "bunga emas" ke Negeri Cina. Berapa lama sebelum

itu Kerajaan Melayu ini diasaskan tidak dapat ditentukan setakat ini tetapi yang jelasianya mendahului Kerajaan Sriwijaya yang berpusat di Palembang. Di penghujung kurun

ke-tujuh, Melayu nampaknya menjadi takluk Sriwijaya (walaupun dengan kuasaautonomi) sehinggalah 600 tahun kemudian apabila Melayu berjaya membebaskan diri

sepenuhnya daripada pengaruh Sriwijaya dan akhirnya mewarisi kuasa Sriwijaya itu

sendiri.

Kerajaan Melayu Sriwijaya:

Palembang juga merupakan tempat yang terpenting penting kerana di sinilah pusat

Kerajaan Sriwijaya yang bangun dalam kurun ketujuh. Ahli-ahli sejarah Baratmenyebutnya sebagai "the Great Malay Kingdom of Sriwijaya". Kerajaan Melayu

Sriwijaya menjadi begitu gagah sehingga menguasai selama 600 tahun bukan sahaja

kerajaan-kerajaan lain di Sumatra malahan keseluruhan bahagian Barat Gugusan Pulau-

 pulau Melayu. Di kemuncak kuasanya, wilayah yang dikuasainya begitu luas: mulai dari perairan Vietnam Utara ke timur dan sampai ke pulau Madagascar (Malagasy) di barat.

Sebahagian penting penduduk dan bahasa Malagasy menunjukkan kaitan yang jelas

dengan Melayu. Penuntut-penuntut di Thailand mempelajari bahawa "Sriwichai" adalahsebuah empayar dalam sejarah Siam walau pun tidak diberitahu bahawa empayar 

Sriwijaya ini sebenarnya Melayu. Kota-kota seperti Trang dan Surat Thani sudah wujud

di zaman Sriwijaya dan merupakan pusat-pusat kuasa Kerajaannya. Asas kejayaanSriwijaya adalah kekuatan maritim (lautan) dengan menguasai perairan antarabangsa dan

 pelabuhan-pelabuhan yang strategik termasuklah di Semenanjung Tanah Melayu sendiri.

Kemajuannya juga berasaskan sistem perdagangan dan percukaian.

Page 4: Siri Hikayat Sangtawal - 4

8/9/2019 Siri Hikayat Sangtawal - 4

http://slidepdf.com/reader/full/siri-hikayat-sangtawal-4 4/14

Bahasa Melayu 

Oleh kerana taburan orang-orang Melayu di seluruh Gugusan Pulau-pulau Melayu dari

awal lagi, tidak hairanlah kalau Bahasa Melayu menjadi bahasa perantaraan atau "linguafranca" yang difahami luas dan digunakan oleh bukan saja orang tempatan tetapi juga

oleh pedagang asing. Tambahan pula, Sriwijaya menguasai seluruh Gugusan Pulau-pulau

Melayu dan Bahasa Melayu adalah bahasa pemerintahannya.

Batu-batu bertulis dari zaman Sriwijaya yang ditemui di Palembang merupakan rekod-

rekod terawal penggunaan Bahasa Melayu. Tulisan-tulisan dari zaman Sriwijaya ini yangterawal bertarikh tahun 682 M. Sudah tentulah bahasa Melayu digunakan sebelum itu lagi

tetapi setakat ini belum ditemui tulisan-tulisan yang lebih awal. Batu bersurat di Pulau

Karimun, Riau dikatakan yang tertua sekali di Gugusan Pulau-pulau Melayu tetapi

malangnya setakat ini belum berjaya dibaca oleh para ilmuan.

Ugama dan Pengaruh India 

Ibukota Sriwijaya merupakan pusat pengajian dan ugama Buddha yang terbesar. Dalam

tahun 671 seorang sarjana dari Negeri Cina bernama Yi Ching datang melawat dandicatatkannya bahawa terdapat seribu penuntut belajar di sana. Beliau sendiri menuntut di

sana sebelum melanjutkan pengajiannya di India; beliau menganjurkan mereka yang

hendak melanjutkan pengajian ke India seharusnya belajar dulu di Sriwijaya.

Pengaruh India dalam sejarah Melayu memang tidak dapat dinafikan. Sebagai fakta

sejarah, dua ribu tahun dahulu pengembara-pengembara dari India dalam perjalanan

 perdagangan ke Negeri Cina melalui perairan Selat Melaka singgah di Muara Sg Merbuk di Kedah. Lama kelamaan tumbuhlah pusat dagangan diikuti dengan kerajaan-kerajaan

yang berasaskan ugama dan budaya Hindu di Kedah. Terdapat candi Hindu yang terkenal

di Gunung Jerai (sekarang sudah runtuh) yang dipasang lampu supaya nampak dari laut

sebagai pedoman bagi pengembara dalam pelayaran mereka seterusnya. Pengembara- pengembara awalan inilah yang mula memperkenalkan ugama Hindu dan Buddha serta

 budaya dan bahasa Sanskrit dari India yang begitu meluas masuk ke dalam budaya dan

 bahasa orang Melayu.

Seperti Sriwijaya, kerajaannya, orangnya, Melayu tetapi ugama dan sebahagian penting

 budayanya dari India. Tulisan-tulisan purba India (dan juga Marong Mahawangsa) jelas

menunjukkan bahawa orang-orang yang mereka ceritakan itu bukan orang India tetapi

"Java-ka", iaitu orang tempatan ("natives") dalam bahasa mereka. Ada kemungkinan

Page 5: Siri Hikayat Sangtawal - 4

8/9/2019 Siri Hikayat Sangtawal - 4

http://slidepdf.com/reader/full/siri-hikayat-sangtawal-4 5/14

itulah usul asal nama Pulau Jawa (Java) sendiri.

Menurun dan jatuhnya Sriwijaya 

Dalam tahun 1025 Palembang mengalami serangan dari India dan dalam kurun yang

 berikutnya pusat-pusat perdagangan yang bebas daripada Sriwijaya tumbuh di utara

Sumatra, Semenanjung Tanah Melayu dan Jawa. Menjelang tahun 1080, yang terpentingsekali antara pusat-pusat perdagangan ini terletak berhampiran dengan kota Jambi yang

ada sekarang.

Hasil daripada keretakan dalaman, lama kelamaan Sriwijaya menjadi lemah sehingga

Majapahit berjaya mengatasinya. Dalam tahun 1347, seorang anak raja, emaknya puteri

Melayu Sriwijaya dan bapanya putera Jawa Majapahit, bernama Adityavarman telah

dihantar dari Jawa Timur untuk memerintah Sumatra atas nama Majapahit. Tidak berapalama selepas mendirikan kerajaannya di Jambi, entah sebab apa tidak diketahui,

Adityavarman tiba-tiba meninggalkan Jambi dan mudik ke hulu Sungai Batang Hari dandengan itu tamatlah sejarah empayar Sriwijaya dan Melayu.

Majapahit sendiri pun jatuh tidak berapa lama kemudian ke tangan kerajaan-kerajaanIslam yang mula bertapak di Perlak dan Pasai.

Peranan Melaka dalam peralihan daripada Hindu-Buddha ke Islam 

Parameswara, yang mendakwa dirinya anak raja Sriwijaya, telah mengasaskan Bandar 

Melaka awal abad ke-15. Pusat perdagangan baru ini telah berkembang dengan pesatsehingga menjadi pusat yang terpenting dalam perdagangan antara-bangsa yang terpaksa

melalui Selat Melaka. Dalam tahun 1436 Parameswara memeluk ugama Islam.

Melaka bukan merupakan pusat pertama Islam di Gugusan Pulau-pulau Melayu:

kerajaan-kerajaan Perlak dan Samudra di Aceh telah menjadi Muslim dalam tahun-tahun

1290an. Tetapi ahli sejarah berpendapat apabila Melaka, pusat perdagangan yang terbesar di Asia Tenggara pada masa itu, memeluk Islam, ianya menjadi pencetus kepada

 pengembangan Islam yang meluas di seluruh Gugusan pulau-pulau Melayu. Ini adalah

kerana pedagang-pedagang yang berulang alik ke Melaka membawa pulang ke negerimasing-masing idea dan semangat ugama baru, iaitu Islam. Akhirnya, apabila Demak 

menakluk dan mengIslamkan keseluruhan Jawa Utara antara 1505 dan 1546 maka

tamatlah kuasa Majapahit dan kuasa-kuasa Hindu-Buddha yang lain di hampir 

keseluruhan Gugusan Pulau-pulau Melayu.

Page 6: Siri Hikayat Sangtawal - 4

8/9/2019 Siri Hikayat Sangtawal - 4

http://slidepdf.com/reader/full/siri-hikayat-sangtawal-4 6/14

MELAYU DAN SRIWIJAYA : 

Dalam usaha menjejak sejarah orang-orang Melayu, kita sebelum ini telah sampai hingga

ke sempadan Thai/Burma/Laos di utara dan ke Pulau Bintan, Pulau Penyengat dan Pulau

Karimun di selatan. Kita telah melawat kota-kota di Siam yang bermula di zamanSriwijaya termasuk Surat Thani, Trang, Bhuket, Krabi dan lain-lain serta pusat-pusat

kuasa Siam yang memainkan peranan dalam sejarah Melayu lebih moden seperti

Ayyuthaya. Di Pulau Bintan dan Pulau Penyengat kita telah melawat pusat-pusat yang

 penting dalam sejarah moden Melayu, khususnya peranan Bugis yang mewarisi sifat dankekuatan maritim Sriwijaya. Di Pulau Karimun, kita telah dapat mengunjungi monumen

 bertulis yang dikatakan tertua sekali dalam sejarah Gugusan Pulau-pulau Melayu, iaitu

 batu bersurat yang masih dalam kajian untuk mengetahui maksud tulisan purbanya. Kita

 juga telah melawat kawasan-kawasan Batak di Sumatra yang ada kaitan dengan fasamegalithic sejarah Gugusan Pulau-pulau Melayu.

Kali ini kita berpeluang pula ke wilayah yang terpenting sekali dan merupakan akar umbi

sejarah dan kebudayaan Melayu.

Jambi 

Tidak banyak lagi yang tinggal daripada zaman pemerintahan Kerajaan bernama

"Melayu" di Jambi yang 1600 tahun dulu lagi sudah wujud tetapi apa yang tinggal

merupakan kesan sejarah yang amat penting iaitu runtuhan tujuh candi purba yangterletak di Muara Jambi di tebing Sungai Batang Hari. Oleh kerana kekurangan dana,

terlalu banyak lagi kerja-kerja arkeologi yang perlu dibuat untuk menjelmakan sejarah

Melayu tetapi kita telah dapat melawat (pada 15 Oktober 1998) situs yang tahapkemajuan kerja-kerja itu lebih tinggi dari tapak lain. Selain daripada candi dan struktur-

struktur yang berkaitan, bangunan atau kesan tapak yang bukan berkaitan dengan ugama

seperti istana belum ditemui setakat ini. Seperti juga standard bangunan, barang-barang

 purba yang ditemui juga menunjukkan pencapaian kemahiran teknologi dan seni yangsangat tinggi di zaman itu.

Dari situs arkeologi Muara Jambi, selepas makan tengah-hari di sebuah rumah makan

 berhampiran Sg Batang Hari yang dikatakan diusahakan isteri Gubernur Jambi, kitamelawat taman yang mempamirkan rumah-rumah adat dari daerah-daerah Jambi,

termasuk Kerinci, Bungo-Tebo, Batang Hari dsbnya. Tetapi mungkin benda yang

menarik perhatian sekali ialah batu bersurat yang dipamirkan di hadapan rumah adat dari

kawasan yang batu itu ditemui. Daripada isi kandungannya, semasa batu ini ditulis,

Page 7: Siri Hikayat Sangtawal - 4

8/9/2019 Siri Hikayat Sangtawal - 4

http://slidepdf.com/reader/full/siri-hikayat-sangtawal-4 7/14

Kerajaan "Melayu" sudah menjadi takluk Kerajaan Melayu Sriwijaya. Ditulis dalam

 bahasa Melayu Kuno (Old Malay) dengan menggunakan huruf Pallawa, iaitu sistem

tulisan daripada Sanskrit (Pali) batu ini bertujuan mengumumkan pembunuhan seorangyang memberontak terhadap "Tanderung Loah" (pemerintah Sriwijaya di kawasan

 berkenaan) dan sekali gus memberi amaran kepada bakal-bakal pemberontak terhadap

 pemerintahan Sriwijaya serta kesalahan-kesalahan lain, termasuk meracun dan menuba,menjampi orang untuk menjadikannya sakit atau gila, menggunakan ilmu pengasih dan

lain-lain lagi.

Palembang 

Pada pagi 16 Oktober, 1998, kita bertolak ke Palembang. Oleh kerana jalan rosak teruk dan tiada dana memperbaikinya, perjalanan yang biasanya dalam lingkungan 3-4 jam

memakan masa hampir tujuh jam

Di Palembang terdapat beberapa tempat yang penting bagi mereka yang minat terhadap

sejarah dan budaya Melayu, antaranya Muzium "Balaputra Dewa" (nama Raja Sriwijayayang memerintah abad kelapan-sembilan), Taman Purba Kerajaan Sriwijaya, Bukit

Seguntang, Muzium Budaya Sultan Mahmud Badaruddin.

Tulisan bahasa Melayu terawal 

Mungkin pameran yang terpenting sekali di Muzium "Balaputra Dewa" ialah batu-batu

 bersurat yang bertarikh dari zaman Sriwijaya.

Kita telah mengunjungi Muzium ini pada 17 Oktober, 1998 dan berpeluang meneliti batu-batu bersurat berumur 1300 tahun dalam Bahasa Melayu Kuno (Old Malay)

menggunakan huruf Pallawa. Jelas yang terpenting sekali ialah batu bersurat yang

dinamakan prasasti "Kedukan Bukit" yang ditemui di kaki Bukit Seguntang. Tulisannyamenyebut tarikh penempatan Sriwijaya di suatu tempat yang sekarang dikenalpasti

Palembang (bersamaan 682 M).

Apabila dihalusi, terdapat sebahagian besar perkataan bahasa Melayu yang digunakan

1300 tahun dahulu hampir sama dengan bahasa kita sekarang. Oleh kerana ugama ketika

itu Buddha terdapatlah istilah-istilah yang tidak dipakai sekarang, contohnya "Swasti"("Sawasdi" di Thailand), nama-nama bulan ("wulan") mengikut kalendar Buddha, acara-

acara khusus Buddha seperti "siddhayatra" dsbnya. Mungkin juga ada perkataan Melayu

yang sukar ditulis dengan tepat dalam huruf Pallawa kerana ketiadaan bunyi yang tertentumenyebabkan "yang" ditulis "yan" "dengan" ditulis "danan". Masalah ini terdapat juga

apabila Bahasa Melayu ditulis dengan huruf Arab (contoh: cahaya, gaya, nyawa, nganga

dsbnya).

Page 8: Siri Hikayat Sangtawal - 4

8/9/2019 Siri Hikayat Sangtawal - 4

http://slidepdf.com/reader/full/siri-hikayat-sangtawal-4 8/14

Satu perkara yang menarik ialah bahawa dalam tulisan-tulisan purba tidak terdapat perkataan Raja. Ketua Pemerintahan Sriwijaya disebut Datua dan gelaran hormatnya

Dapunta. Ini selari dengan pendapat ahli sejarah bahawa sistem asal pemerintahan orang

Melayu adalah berdasarkan "penghulu" yang dipersetujui rakyat. Hanya apabila orang-orang dari India khususnya sami-sami Hindu membisikkan kepada mereka bahawa

sebenarnya mereka adalah keturunan "Dewa-dewa" ("concept of divine rulers") barulah

ketua-ketua Melayu menjadi "Raja" (istilah Hindu).

Beberapa batu bersurat yang lain juga terdapat di Muzium Balaputra Dewa. Yang terbaru

ditemui adalah yang dinamakan Prasasti "Boom Baru" (nama tempat ditemui). Oleh

kerana sebahagian batunya pecah, tulisannya tidak lengkap tetapi jelas ia merupakan

"sapatha" atau sumpah. Sumpah ini ditujukan kepada barangsiapa yang tidak setia kepadanegara (tida ya bhakti tatwa arjawa dy-aku). Mereka akan dibunuh oleh sumpahnya

(niwunuh ya sumpah), hilang ingatan (maka langit), sakit (maka sakit) dan gila (makagila). Perbuatan melawan negara itu bentuknya bermacam-macam seperti durhaka

(drohaka), meracun orang lain (upuh tuwa), mengguna-gunai orang lain supaya jatuh

cinta (kasihan), mengguna-gunai orang lain supaya tunduk kepada kemahuannya

(wasikarana).

Tetapi sebaliknya apabila rakyat bakti-setia kepada negara (kadaci ya bhakti tatwa arjawa

dy-aku), mereka akan dapat keselamatan (santi) dengan seluruh keluarganya (dngan gotra

santananya), sejahtera (swastha), sihat-walafiat (niroga), bebas dari kecelakaan(nirupadrawa) dan makmur sejahtera (subhiksa).

Batu-batu megalithic

Muzium Balaputra Dewa turut mempamirkan beberapa batu misteri yang berasal dari kawasan Lahat berhampiran Bukit Barisan dan sempadan Bengkulu. Batu-batu

 berpahat ini dikatakan berumur 2000 - 4000 tahun dan melambangkan budaya

"megalithic". Di antara batu-batu yang termasyhur ialah yang dikenali sebagai "BatuGajah". Ianya disimpan di Muzium Balaputra Dewa bersama beberapa contoh lain tetapi

masih terdapat banyak batu-batu budaya megalithic ini bertaburan di kawasan Lahat.

Setakat ini, tujuannya masih menjadi misteri.

Bukit Seguntang 

Page 9: Siri Hikayat Sangtawal - 4

8/9/2019 Siri Hikayat Sangtawal - 4

http://slidepdf.com/reader/full/siri-hikayat-sangtawal-4 9/14

Mengikut dongeng tempatan, di bukit inilah anak raja keturunan Iskandar Dzulkarnain(Alexander the Great) turun dari langit lalu menjadi raja pertama Sriwijaya.

Cerita yang lebih kurang sama terdapat juga dalam buku "Sejarah Melayu". Mengikut

"Sejarah Melayu" Wan Empo' dan Wan Malini berhuma di situ. Pada satu malamdipandangnya dari rumahnya "di atas Bukit Seguntang bernyala-nyala seperti api". Pagi

esoknya mereka naik ke atas Bukit Seguntang, "maka dilihatnya padinya berbuahkan

emas dan berdaunkan perak dan batangnya tembaga suasa". Mereka juga bertemu tigaorang lelaki muda, seorang daripadanya berkenderaan lembu putih dan yang lainnya

 berdiri di sisinya. Salah seorang daripada mereka memklumkan kepada Wan Empo' dan

Wan Malini bahawa mereka adalah asal daripada anak cucu Raja Iskandar Dzul Karnain

dan nama-nama mereka adalah Nila Pahlawan, Krishna Pandita dan Nila Utama. Lembu putih pula memuntahkan buih dan daripada buih itu keluar manusia lelaki dinamai

Batala. Batala menggelar Nila Pahlawan Sang Si Perba Taram-seri-teri-buana yang

menjadi Raja Palembang, mengambil alih daripada Demang Lebar Daun yang turun

menjadi mangkubumi.

Kita melihat beberapa makam, satu dikatakan kubur "Segentar Alam", kononnya

keturunan Iskandar Dzul Karnain, Raja pertama. Yang anihnya, sambil diakui bahawa

raja ketika itu berugama Buddha, terdapat buku-buku Ya Sin selari dengan kemian dantanda-tanda amalan khurafah di sekelilingnya.

Kalau diketepikan dongeng, adalah dipercayai bahawa Bukit Seguntang sebenarnya

adalah bekas tempat suci agama Buddha (Buddhist sanctuary) yang penting di zamanSriwijaya. Galian arkeologi di kawasan itu menemui barang-barang yang biasa digunakan

dalam upacara Buddha.

Taman Purbakala Kerajaan Sriwijaya

Sudah lama dipersetujui bahawa pusat Kerajaan Sriwijaya terletak di Palembang tetapi

tidak ada kepastian di mana dalam kawasan Palembang. Berikutan pemetaan foto udaramemperlihatkan adanya bangunan air dan struktur batu-bata yang memanjang di kawasan

Karang Anyar, galian (excavation) dibuat 1984-87 dan ini menghasilkan pendapat yang

kuat bahawa Kerajaan Sriwijaya adalah bertempat di sekitar daerah Karang Anyar.

Kita telah melawat Taman Purbakala ini dan mendapati beberapa barang pameran yang

Page 10: Siri Hikayat Sangtawal - 4

8/9/2019 Siri Hikayat Sangtawal - 4

http://slidepdf.com/reader/full/siri-hikayat-sangtawal-4 10/14

menarik. Selain replica batu-batu bersurat, terdapat sebatang kemudi besar dibuat dari

kayu yang umurnya lebih seribu tahun. Daripada saiznya jelas ia sebahagian daripada

kapal yang sangat besar. Kapalnya terbenam di satu kawasan yang telah dibina perumahan dan tidak dapat dikeluarkan oleh kerana ia akan memerlukan penempatan

semula penduduk yang ramai.

Salah satu yang menarik adalah melihat perkembangan tulisan Melayu daripada huruf 

Sanskrit, ke huruf Ulu, ke huruf Melayu dan akhirnya ke huruf Belanda (Rumi); daripada batu, ke buluh dan akhirnya ke kertas. Satu perkara yang anih ialah sambil kita mengenali

huruf berasaskan Arab sebagai "Jawi", di Palembang ianya dikenal sebagai huruf 

"Melayu". Agaknya gelaran "huruf Jawi" ini berpunca daripada kebiasaan Arab

menggelar semua wilayah dalam Gugusan Pulau-pulau Melayu sebagai "Jawa" dan orangdan bahasanya sebagai "Jawi". Walhal daripada batu bersurat (1297) yang terdapat dekat

Lokhseumawe, orang yang mula sekali menggunakan huruf Arab di Gugusan Pulau-

 pulau Melayu adalah orang Aceh.

Beberapa tarikh penting dalam Sejarah Melayu Sriwijaya 

5000 - 2000 Sebelum Masehi - Penghijrahan orang-orang yang umum disebut Melayu keGugusan Pulau-pulau Melayu dari Selatan Cina

400an Masehi - Kerajaan "Melayu" di Jambi menghantar bunga emas ke Negeri Cina

671 M - Sarjana Cina Yi Ching tiba di Ibukota Sriwijaya

671-673 M - Sriwijaya menghantar utusan pertama ke Negeri Cina

682 Masehi - Dapunta Hiyang menubuhkan "wanua" diberi nama Sriwijaya

1000an M - Sriwijaya menguasai wilayah terluas dalam sejarahnya - dari

 perairan Vietnam Utara hinga ke Madagascar.

1025 M - Ibukota Sriwijaya mengalami serangan dari India

1178 M - Laporan Cina menyebut barang-barang dagangan di pusat-pusat perdaganganSriwijaya terlalu mahal. Pedagang asing mula menggunakan pelabuhan-pelabuhan lain

1200an - Melayu membebaskan diri daripada kuasa Sriwijaya

1294 M - Majapahit ditubuhkan

1347 M - Adityavarman memerintah Melayu (nama seluruh Pulau Sumatra) bagi pihak 

Page 11: Siri Hikayat Sangtawal - 4

8/9/2019 Siri Hikayat Sangtawal - 4

http://slidepdf.com/reader/full/siri-hikayat-sangtawal-4 11/14

Majapahit

1389 M - Majapahit mula menurun

1403 M - Melaka ditubuhkan dan menjadi pusat perdagangan terbesar di Asia Tenggara

1436 M - Melaka memeluk Islam diikuti negeri-negeri lain lalu merebak ke hampir 

seluruh Gugusan Pulau-pulau Melayu

1546 - Demak menghancurkan Majapahit

PRASASTI:

Transkripsi Prasasti Kedukan Bukit dari huruf Pallawa ke huruf Rumi

1. Swasti sri sakawarsatita 604 ekadasi

2. suklapaksa wulan waisakha dapunta hiyan nayik di3. amwau manalap siddhayatra di saptami suklapaksa

4. wulan jyestha hiyang marlapas dari minana

5. tamwan mamawa yan wala dua laksa danan kosa

6. dua ratus cara di samwau danan jalan sariwu7. tlu ratus sepuluh dua wanakna datan di mukha upa(n)

8. sukhacitta di pancami suklapaksa wulan (n asada)

9. laghu mudita datan marwat wanua (.........)10. Sriwijaya jaya siddhayatra subhiksa ni (t)y(akala)

Terjemahan Prasasti Kedukan Bukit dari Bahasa Melayu Kuno

1. Selamat! Tahun Saka telah 604, pada hari kesebelas2. paruh-terang bulan Waisakha Dapunta Hiyang naik di

3. perahu "mengambil siddhayatra" Pada hari ketujuh paruh-terang

4. bulan Jyestha Dapunta Hiyang bertolak dari Minanga

5. sambil membawa 20,000 tentera dengan perbekalan6. sebanyak dua ratus (peti) berjalan dengan perahu dan yang berjalan kaki

sebanyak seribu

7. tiga ratus dua belas datang di Mukha Upang8. dengan sukacita. Pada hari kelima paruh-terang bulan Asada

9. dengan cepat dan penuh kegembiraan datang membuat benua (....)

10. Sriwijaya menang, perjalanan berhasil dan menjadi makmur senantiasa

sumber : http://business.fortunecity.com/rocke/24/sriwijaya_m4.html 

Page 12: Siri Hikayat Sangtawal - 4

8/9/2019 Siri Hikayat Sangtawal - 4

http://slidepdf.com/reader/full/siri-hikayat-sangtawal-4 12/14

Sejak kebelakangan ini, timbul pula persoalan benarkah palembang itu adalah

Pusat kerajaan atau empayar Sriwijaya yang sebenar.berikut saya siarkan ulasan

menarik seorang penulis bernama Hj Abdul halim Bashah dalam tulisannya

bertajuk: 

“Wali Songo dengan perkembangan Islam di Nusantara”

Sila baca tulisan beliau yang berikutnya:

Sejarah itu tidak pernah berdusta, Cuma penjajah sahaja memutar belit dan

menyembunyikan data kebenaran kerana ingin memadamkan semangat juang dan jihadyang membawa kepada jalan takwa.

Kerajaan Sriwijaya Awal: Indonesia atau Malaysia? 

Kelantan adalah sebuah negeri diSemenanjung yang banyak menyimpan rahsia-

rahsia sejarah. Kalau dikaji dari sejarah Kelantan purba sehinggalah Kelantan di

zaman Long Yunus [Kelantan Moden] maka kita akan membuat satu konklusi

bahawa Kelantan merupakan KUNCI pembukaan sejarah-sejarah di Asia

Tenggara seterusnya memegang peranan penting dalam penyebaran berbagai

agama dan kebudayaan yang mengaitkan negeri China, Korea, Jepun, Arab dan

India. Ternyata bumi Kelantan adalah PUSAT segala-galanya. 

Sebut sahaja nama-nama negeri atau pulau-pulau, maka Kelantan tetap dikaitkan

walaupun ianya mempunyai nama yang sering berubah-ubah. Inilah yang

menimbulkan kebingungan dan kekeliruan para ahli pengkaji sejarah dalam

menentukan lokasi nama-nama tempat atau negeri sehingga berlaku percanggahan

di antara satu sama lain. 

Dua faktor yang menyebabkan peninggalan-peninggalan lama hilang dan tidak dapat

dikesan lagi lokasinya ialah:

1-kerana dari sudut geografinya Kelantan merupakan sebuah negeri di Semenanjung yang

sering dilanda banjir. Hakisan-hakisan yang sering berlaku banyak meruntuhkan dan

menenggalamkan kesan-kesan sejarahnya ke dalam bumi dan sungai, dan;

Page 13: Siri Hikayat Sangtawal - 4

8/9/2019 Siri Hikayat Sangtawal - 4

http://slidepdf.com/reader/full/siri-hikayat-sangtawal-4 13/14

2-peperangan-perangan yang berlaku samada oleh serangan-serangan dari luar atau

 perangan sendiri telah membawa bencana dan banyak membinasakan kesan-kesan purba.

Contohnya satu tempat yang terdapat di hilir Kelantan sekarang kira-kira 3 batu disebelah barat-daya Bukit Panau, ibu kota yang namanya YAWATOKI bagi negeri

Kelantan dalam abad pertama sehingga beberapa abad kemudian dikatakan telah

tenggelam ke dalam bumi [pada akhir abad yang ke 14 masehi sewaktu menjadi ibu-kotaEmpayar Chermin Jeddah]

Kota YAWATOKI dan BUKIT PANAU waktu itu dikatakan terletak di tepi pantai.

YAWATOKI bererti “TITK JAWA” yang bermaksud, DARI KOTA INILAH

POLITIK DAN KEBUDAYAAN [BANGSA] JAWA MULA BERKEMBANG KE

SELURUH ASIA TENGGARA.

Ahli-ahli sejarah dan arkeologi Indonesia, ahli arkeologi dari Amerika dan Belanda

masih tercari-cari pusat kerajaan SRIWIJAYA yang pertama kerana tiga buahkawasan utama iaitu di Bukit Siguntang di Palembang, Muara Takus dan Muara

Jambi tidak ada kesan-kesan yang menunjukkan bukti bahawa kawasan-kawasan

tersebut wujud bersama-sama kerajaan SRIWIJAYA di peringkat awal. 

Prasasti-prasasti [batu bersurat] yang dijumpai tidak dapat menunjukkan bahawa

Palembang pusat SRIWIJAYA di awal abad 7 Masehi. Prasasti Kedukan Bukit di

Palembang yang paling tua tarikhnya [638Masehi] dan paling penting dalam

konteks kajian untuk mencari lokasi pusat SRIWIJAYA yang awal juga tidak 

menemukan bukti-bukti yang jelas dan masih disangsikan. 

Bronson seorang ahli arkeologi dari Amerika yang telah mengemuka beberapa hipotesis

hanya dapat menjumpai kesan-kesan peninggalan sejarah terutama di Bukit Siguntang

dan Palembang yang menunjukkan bekas-bekas permukiman manusia dan penemuanarca dan seramik yang berasal dari China dan Thailand adalah pada abad ke 14 hingga 17

Masehi.

Beliau kemudian mengemukakan pendapatnya bahawa apa yang ditemui oleh para

arkeologi Indonesia adalah penemuan seramik dan arca perbakala peninggalan

MAJAPAHIT dan SINGGOSARI serta KESULTANAN PALEMBANG.

Jadi di manakah pusat SRIWIJAYA yang sebenarnya? 

Garis lintang 5 darjah 50 minit ! 

Posted by: faizn in Kelantan-Patani's Forgotten History 

Page 14: Siri Hikayat Sangtawal - 4

8/9/2019 Siri Hikayat Sangtawal - 4

http://slidepdf.com/reader/full/siri-hikayat-sangtawal-4 14/14

Sumber : http://faizn.blog.friendster.com/