sintaksis

3
Binaan Frasa Kerja dengan Objek. Frasa kerja yang mengandungi frasa nama sebagai objek ialah yang dibentuk oleh kata kerja transitif sebagai intinya dan frasa nama yang mengikuti kata kerja itu sebagai objek atau penyambutnya. Ayat- ayat yang mengandungi frasa nama sebagai objek itu boleh dipasifkan. Contohnya : 1. (a) Mereka makan ayam goreng itu. 2. (b) Ayam goreng itu dimakan oleh mereka. 3. (a) Dia menjalankan tugasnya dengan baik. 4. (b) Tugasnya dijalankan olehnya dengan baik. 5. (a) Anaknya menghidangkan sedulang makanan. 6. (b) Sedulang makanan dihidangkan oleh anaknya. Perkataan-perkataan yang telah ditebalkan dalam ayat-ayat (b) di atas menjadi subjek atau unsur yang diterangkan dalam ayat yang telah dipasifkan. Frasa-frasa kerja yang mengandungi frasa nama sebagai objek boleh pula dibahagikan kepada dua jenis : (i) Frasa Kerja dengan Satu Objek. Contoh ayat : 7. Saya menjawab surat itu. 8. Mesin itu mengepam air. 9. Ubat itu dapat menyihatkan badan. 10. Kami mendekati bangunan itu. 11. Perahu-perahu itu menyusuri pantai.

Upload: afeena-yusof

Post on 03-Feb-2016

231 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: sintaksis

Binaan Frasa Kerja dengan Objek.

Frasa kerja yang mengandungi frasa nama sebagai objek ialah yang dibentuk oleh kata

kerja transitif sebagai intinya dan frasa nama yang mengikuti kata kerja itu sebagai objek

atau penyambutnya. Ayat-ayat yang mengandungi frasa nama sebagai objek itu boleh

dipasifkan. Contohnya :

1. (a) Mereka makan ayam goreng itu.

2. (b) Ayam goreng itu dimakan oleh mereka.

3. (a) Dia menjalankan tugasnya dengan baik.

4. (b) Tugasnya dijalankan olehnya dengan baik.

5. (a) Anaknya menghidangkan sedulang makanan.

6. (b) Sedulang makanan dihidangkan oleh anaknya. 

Perkataan-perkataan yang telah ditebalkan dalam ayat-ayat (b) di atas menjadi subjek atau

unsur yang diterangkan dalam ayat yang telah dipasifkan.

Frasa-frasa kerja yang mengandungi frasa nama sebagai objek boleh pula dibahagikan

kepada dua jenis :

(i) Frasa Kerja dengan Satu Objek.

 Contoh ayat :

7.  Saya menjawab surat itu.

8. Mesin itu mengepam air.

9. Ubat itu dapat menyihatkan badan.

10. Kami mendekati bangunan itu.

11. Perahu-perahu itu menyusuri pantai.

Terdapat sejumlah perkataan yang terbentuk kata kerja tetapi membawa makna adjektif.

Perkataan ini boleh menerima kata penguat, dan frasa nama yang mengikutinya boleh

digugurkan.Contohnya :

12. Filem itu sungguh menyeramkan (kami).

13. Kejadian itu sangat menyedihkan (kita).

14. Keputusannya amat menggembirakan (saya).

15.  Saya percaya peristiwa semalam sangat menakutkan (anda).

Page 2: sintaksis

16. Berita baik tentang kejayaan anak-anak di sekolah amat menyenangkan (para ibu bapa).

(ii) Frasa Kerja dengan Dua Objek.

Frasa kerja yang dibentuk oleh kata kerja transitif sebagai intinya boleh mengandungi dua

frasa nama yang menjadi objek kepada kata kerja itu. Objek-objek ini mempunyai fungsi

yang berbeza-beza dan boleh disebut sebagai objek tepat dan objek sipi. Objek tepat

pada kata kerjanya, sementara objek sipi ialah yang tidak menjadi penyambut secara

langsung kepada kata kerjanya. Perhatikan contoh-contoh berikut :

17. Ahmad menghadiahkan buku kepada Ali.

18. Wanita itu membelikan anaknya baju.

Ayat-ayat di atas boleh diubah menjadi ayat-ayat berikut :

19. Ahmad menghadiahi Ali buku.

20. Wanita itu membelikan anaknya baju.

Dalam kedua-dua ayat di atas, terdapat dua frasa nama yang berfungsi sebagai objek

kepada kata kerja, iaitu Ali dan buku dalam ayat 17 dan anaknya dan baju dalam ayat 18.

Dalam binaan di atas frasa nama yang mengikuti secara langsung kata kerja ialah objek

tepat kepada kata kerja, iaitu Ali dalam ayat 19 dan anaknya dalam ayat 20, manakala frasa

nama yang mengikuti objek tepat disebut objek sipi. Apabila ayat-ayat sedemikian dipasifkan

hanya frasa nama yang menjadi objek tepat akan mengalami penjudulan, iaitu menjadi

subjek atau unsur yang diterangkan. 

21. Ali dihadiahi buku oleh Ahmad.

22. Anaknya dibelikan baju oleh wanita itu.

Sebaliknya ayat-ayat pasif berikut, yang menjudulkan objek sipi tidak dianggap gramatis.

23. Buku dihadiahi Ali oleh Ahmad.

24. Baju dibelikan anaknya oleh wanita itu.