sintaksis

29
BMM 3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU Ayat inti ialah ayat yang paling sederhana bentuknya. Oleh sebab kesederhanaan bentuknya itu, kadang-kadang dinamai ayat mudah, dengan maksud bahawa bentuk binaan dan makna ayat sungguh mudah difahami. Pedeta Za’ba menamai ayat ini sebagai ayat selapis. Selain itu, ayat inti ini juga menjadi dasar bagi ayat-ayat lain yang tidak terhitung banyaknya. Oleh itu, ayat inti ini disebut juga sebagai ayat dasar kerana daripadanya dapat dibentuk atau diterbitkan pelbagai ayat lain. Menurut Arbak Othman (1985), ayat dasar dikenali juga sebagai ayat inti, iaitu ayat yang terbentuk daripada unsur utama yang wajib iaitu yang tidak mengandungi sebarang keterangan di dalamnya. Dengan kata lain, ayat dasar ialah ayat yang tidak mengandungi tambahan unsur pada frasa subjek atau frasa predikat. (Nik Safiah Karim,1993) Manakala, Asraf (2007) dalam Penunjuk Tatabahasa Bahasa Melayu mendefinisi ayat inti ialah ayat dasar yang paling sederhana bentuknya dan merupakan ayat tunggal yakni terdiri daripada satu subjek dan satu predikat. Lufti Abas (1975) pula menyebut ayat inti adalah ayat yang dihasilkan oleh rumus-rumus struktur frasa sahaja atau oleh rumus-rumus struktur frasa dan transformasi wajib. PISMP SEMESTER 5 | BAHASA MELAYU C 1 2.4 AYAT INTI

Upload: fitri-ibrahim

Post on 20-Jun-2015

277 views

Category:

Education


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sintaksis

BMM 3110

Ayat inti ialah ayat yang paling sederhana bentuknya. Oleh sebab kesederhanaan

bentuknya itu, kadang-kadang dinamai ayat mudah, dengan maksud bahawa bentuk

binaan dan makna ayat sungguh mudah difahami. Pedeta Za’ba menamai ayat ini

sebagai ayat selapis.

Selain itu, ayat inti ini juga menjadi dasar bagi ayat-ayat lain yang tidak terhitung

banyaknya. Oleh itu, ayat inti ini disebut juga sebagai ayat dasar kerana daripadanya

dapat dibentuk atau diterbitkan pelbagai ayat lain.

Menurut Arbak Othman (1985), ayat dasar dikenali juga sebagai ayat inti, iaitu

ayat yang terbentuk daripada unsur utama yang wajib iaitu yang tidak mengandungi

sebarang keterangan di dalamnya. Dengan kata lain, ayat dasar ialah ayat yang tidak

mengandungi tambahan unsur pada frasa subjek atau frasa predikat. (Nik Safiah

Karim,1993)

Manakala, Asraf (2007) dalam Penunjuk Tatabahasa Bahasa Melayu mendefinisi

ayat inti ialah ayat dasar yang paling sederhana bentuknya dan merupakan ayat

tunggal yakni terdiri daripada satu subjek dan satu predikat. Lufti Abas (1975) pula

menyebut ayat inti adalah ayat yang dihasilkan oleh rumus-rumus struktur frasa sahaja

atau oleh rumus-rumus struktur frasa dan transformasi wajib.

Jesteru, ayat inti atau ayat dasar ialah ayat yang menjadi dasar atau punca

terbitnya ayat-ayat lain dengan binaan paling ringkas. Konstituen subjek dan predikat

hendaklah diisi oleh frasa inti dengan erti kata tidak disertai pelengkap. Lazimnya ayat

ini adalah ayat penyata dan ayat tunggal. Jadi daripada ayat dasarlah dibentuk ayat-

ayat lain yang dipanggil ayat terbitan.

| BAHASA MELAYU C 1

2.4 AYAT INTI

Page 2: Sintaksis

BMM 3110

Rajah 2.4.1 : Ayat Inti

Berikut merupakan contoh-contoh ayat inti:

a) Dia jururawat.

b) Arif sedang belajar.

c) Kakak ke kedai.

d) Abang pandai.

| BAHASA MELAYU C 2

menjadi dasar bagi ayat-ayat lain

disebut juga sebagai ayat dasar

tidak mengandungi sebarang

keterangan di dalamnya

tidak mengandungi tambahan unsur

pada frasa subjek atau frasa predikat

ayat dasar yang paling sederhana

bentuknya

merupakan ayat tunggal yakni

terdiri daripada satu subjek dan satu predikat.

lazimnya ayat inti ini boleh jadi ayat dasar atau ayat

tunggal

Page 3: Sintaksis

BMM 3110

1) Dia dari Kalimantan Barat.

Dia dari Kalimantan Barat.

Pola ayat : FN + FSN

Penerangan : Ayat inti ini subjeknya ialah Frasa Nama dan predikatnya pula

ialah Frasa Sendi Nama.

2) Lenggai seorang Pengembara.

Lenggai seorang pengembara.

Pola ayat : FN + FN

Penerangan : Ayat inti ini subjeknya ialah Frasa Nama dan predikatnya pula

ialah Frasa Nama.

| BAHASA MELAYU C 3

2.4.1 ANALISIS AYAT INTI BERDASARKAN CERPEN

S

P

S

P

Page 4: Sintaksis

BMM 3110

3) Dia membina sebuah kapal.

Dia membina sebuah kapal.

Pola ayat : FN + FK

Penerangan : Ayat inti ini subjeknya ialah Frasa Nama dan predikatnya pula

ialah Frasa Kerja.

4) Lenggai memandang sekelilingnya.

Lenggai memandang sekelilingnya.

Pola ayat : FN + FK

Penerangan : Ayat inti ini subjeknya ialah Frasa Nama dan predikatnya pula

ialah Frasa Kerja.

| BAHASA MELAYU C 4

P

S

SP

Page 5: Sintaksis

BMM 3110

5) Lenggai sangat hairan.

Lenggai sangat hairan.

Pola ayat : FN + FA

Penerangan : Ayat inti ini subjeknya ialah Frasa Nama dan predikatnya pula

ialah Frasa Adjektif.

6) Lenggai terus berjalan.

Lenggai terus berjalan.

Penerangan : Ayat inti ini subjeknya ialah Frasa Nama dan predikatnya pula

ialah Frasa Kerja.

| BAHASA MELAYU C 5

SP

SP

Page 6: Sintaksis

BMM 3110

7) Mereka sangat senang hati.

Mereka sangat senang hati.

Pola ayat : FN + FA

Penerangan : Ayat inti ini subjeknya ialah Frasa Nama dan predikatnya pula

ialah Frasa Adjektif.

8) Lenggai menjaga anaknya.

Lenggai menjaga anaknya

Pola ayat : FN + FK

Penerangan : Ayat inti ini subjeknya ialah Frasa Nama dan predikatnya pula

ialah Frasa Kerja.

| BAHASA MELAYU C 6

SP

SP

Page 7: Sintaksis

BMM 3110

9) Ramai orang kampung di rumah-rumah panjang

Ramai orang kampung di rumah-rumah panjang

Pola ayat : FN + FSN

Penerangan : Ayat inti ini subjeknya ialah Frasa Nama dan predikatnya pula

ialah Frasa Sendi Nama.

10) Mereka manusia.

Mereka manusia

Pola ayat : FN + FN

Penerangan : Ayat inti ini subjeknya ialah Frasa Nama dan predikatnya pula

ialah Frasa Nama.

| BAHASA MELAYU C 7

S P

S

P

Page 8: Sintaksis

BMM 3110

Proses pengguguran ialah satu proses transformasi yang berlaku ke atas struktur ayat

yang mengakibatkan pengguguran unsur-unsur tertentu daripada binaan ayat itu dan

dengan demikian pada peringkat struktur permukaan unsur yang digugurkan itu tidak

lagi wujud.

Dalam bahasa Melayu terdapat tiga jenis pengguguran iaitu:

i) Pengguguran frasa nama sebagai subjek

ii) Pengguguran frasa predikat

iii) Pengguguran frasa nama yang mendahului frasa relatif

Pengguguran frasa nama sebagai subjek terdiri daripada dua jenis iaitu:

i) Pengguguran subjek ganti nama diri orang kedua dalam ayat perintah.

ii) Pengguguran subjek yang serupa dalam ayat majmuk

Pengguguran Subjek Ganti Nama Diri Orang Kedua dalam Ayat Perintah

Dalam ayat suruhan, iaitu sejenis ayat perintah, kata ganti nama diri orang kedua iaitu

kamu, anda, engkau, tuan dan awak yang berfungsi sebagai subjek selalunya

digugurkan, seperti contoh yang berikut:

1) Kamu keluar keluar !

2) Tuan duduklah di sini Duduklah di sini.

| BAHASA MELAYU C 8

3.1 PROSES PENGGUGURAN

3.1.1 PENGGUGURAN FRASA NAMA SEBAGAI SUBJEK

Page 9: Sintaksis

BMM 3110

Proses transformasi pengguguran frasa nama sebagai subjek yang terdiri daripada kata

ganti nama diri orang kedua ini boleh diterangkan secara kasar seperti rajah berikut:

Rajah 3.1.1.1 : Proses Pengguguran frasa nama sebagai subjek

Berikut merupakan contoh transformasi pengguguran frasa nama sebagai subjek dalam

bentuk rajah pohon.

Rajah 3.1.1.2 : Rajah Pohon Transformasi Pengguguran Frasa Nama Sebagai Subjek

| BAHASA MELAYU C 9

Page 10: Sintaksis

BMM 3110

Pengguguran Subjek yang Serupa dalam Ayat Majmuk

Contohnya:

1) Dia sangat pandai + Dia rajin belajar

Dia sangat pandai kerana dia rajin belajar

Dia sangat pandai kerana rajin belajar

2) Adik saya cerdik + Adik saya pemalu

Adik saya cerdik tetapi adik saya pemalu

Adik saya cerdik tetapi pemalu

| BAHASA MELAYU C 10

Page 11: Sintaksis

BMM 3110

Seluruh frasa predikat atau bahagian-bahagian daripadanya boleh digugurkan. Jikalau

terdapat penggunaan frasa predikat yang serupa dalam ayat majmuk gabungan maka

semua frasa predikat yang serupa kecuali yang terakhir boleh digugurkan.

i) Pengguguran seluruh frasa predikat

Frasa Predikat Contoh ayat

a) Frasa kerja yang serupa Arifah belajar di Pahang. Sepupunya belajar di

Pahang

Arifah belajar di Pahang dan sepupunya

belajar di Pahang

Arifah dan sepupunya belajar di Pahang

b) Frasa nama yang serupa Encik Abu guru sekolah. Puan Milah guru sekolah

Encik Abu guru sekolah dan puan Milah guru

sekolah

Encik Abu dan puan Milah guru sekolah.

c) Frasa adjektif yang serupa Abang saya sangat rajin. Abang Ali sangat rajin.

Abang saya sangat rajin dan abang Ali sangat

rajin

Abang saya dan abang Ali sangat rajin.

d) Frasa sendi nama yang

serupa

Dia masih di kampung. Isterinya masih di kampung.

Dia masih di kampung dan isterinya masih di

kampung.

Dia dan isterinya masih di kampung.

Jadual 3.1.1.1 : Pengguguran seluruh frasa predikat

| BAHASA MELAYU C 11

3.1.2 PENGGUGURAN FRASA PREDIKAT

Page 12: Sintaksis

BMM 3110

Apabila dua ayat digabungkan dengan satu ayat yang dipancangkan ke dalam ayat

yang satu lagi sebagai frasa relatif, frasa nama yang serupa yang mendahului frasa

relatif itu boleh digugurkan. Contohnya ialah:

1) Kereta itu hijau. Kereta itu pilihan saya.

Kereta yang hijau itu pilihan saya.

Yang hijau itu pilihan saya.

2) Nani membeli baju itu. Baju itu cantik.

Nani membeli baju yang cantik itu.

Nani membeli yang cantik itu.

Kata nama yang terkandung dalam binaan frasa nama KN (inti) + penerang boleh

digugurkan sehingga yang tertinggal dalam frasa nama itu hanya bahagian

penerangnya, yang mungkin bukan daripada kelas kata nama. Contohnya ialah:

1) Kegiatan bersenam boleh menyihatkan badan.

Bersenam boleh menyihatkan badan.

2) Tabiat merokok membahayakan kesihatan.

Merokok membahayakan kesihatan.

| BAHASA MELAYU C 12

3.1.3 PENGGUGURAN FRASA NAMA YANG MENDAHULUI FRASA RELATIF

3.1.4 PENGGUGURAN KATA NAMA YANG BERFUNGSI SEBAGAI INTI DALAM

FRASA NAMA

Page 13: Sintaksis

BMM 3110

1) Jangan takut.

Penerangan : Ayat diatas ialah sejenis ayat larangan yang telah berlakunya proses

pengguguran kata ganti nama diri orang kedua yang berfungsi sebagai subjek.

Pengguguran ini berlaku pada perkataan kamu.

Kamu jangan takut. Jangan takut.

Berikut merupakan rajah pohon bagi proses transformasi pengguguran perkataan kamu

iaitu kata ganti nama diri orang yang kedua yang berfungsi sebagai subjek.

Rajah 3.1.5.1 :Transformasi Pengguguran Frasa Nama sebagai Subjek

| BAHASA MELAYU C 13

3.1.5 ANALISIS PROSES PENGGUGURAN BERDASARKAN CERPEN

Page 14: Sintaksis

BMM 3110

2) Dia mengikuti lorong itu lalu terjumpa sebuah rumah yang indah.

Penerangan : Ayat diatas telah berlakunya proses pengguguran subjek yang serupa

dalam ayat majmuk. Pengguguran ini berlaku kerana mengandungi subjek yang

serupa dan boleh digabungkan menjadi ayat majmuk seperti di atas.

Maka, subjek frasa nama yang serupa itu telah digugurkan kecuali subjek frasa nama

yang di awal ayat majmuk seperti yang berikut:

Dia mengikuti lorong itu. + Dia terjumpa sebuah rumah yang indah.

.

Dia mengikuti lorong itu lalu dia terjumpa sebuah rumah yang indah.

Dia mengikuti lorong itu lalu terjumpa sebuah rumah yang indah.

Dalam hal ini, dia dalam ayat di atas digugurkan oleh sebab dia dalam kedua-dua ayat

merujuk orang yang sama. Rajah pohon untuk menunjukkan pengguguran ini adalah

seperti pada halaman di sebelah.

| BAHASA MELAYU C 14

Page 15: Sintaksis

BMM 3110

Rajah 3.1.5.2 :Transformasi Pengguguran Frasa Nama sebagai Subjek yang Serupa

| BAHASA MELAYU C 15

Transformasi pengguguran frasa nama sebagai subjek yang serupa

Page 16: Sintaksis

BMM 3110

3) Lenggai dan Bongsu Bintang Banyak mendapat seorang anak lelaki.

Penerangan : Ayat diatas telah berlakunya proses pengguguran seluruh frasa

predikat yang terdiri daripada frasa kerja. Pengguguran ini berlaku pada kesemua frasa

predikat yang serupa kecuali yang terakhir. Berikut merupakan bagaimana proses

pengguguran ini berlaku:

Lenggai mendapat seorang anak lelaki. Bongsu Bintang Banyak mendapat

seorang anak lelaki.

Lenggai mendapat seorang anak lelaki dan Bongsu Bintang Banyak mendapat

seorang anak lelaki.

Lenggai dan Bongsu Bintang Banyak mendapat seorang anak lelaki.

Rajah pohon adalah seperti yang berikut :

| BAHASA MELAYU C 16

Page 17: Sintaksis

BMM 3110

Rajah 3.1.5.3 :Transformasi Pengguguran predikat frasa kerja yang Serupa

| BAHASA MELAYU C 17

Transformasi pengguguran predikat frasa kerja yang serupa

Page 18: Sintaksis

BMM 3110

4) Kejadian itu sungguh menakjubkan.

Penerangan: Ayat di atas telah berlakunya pengguguran frasa nama sebagai objek.

Objek frasa nama ini boleh digugurkan sekiranya terdiri daripada kata ganti nama orang

pertama.

Kejadian itu sungguh menakjubkan kami.

Kejadian itu sungguh menakjubkan.

Rajah pohon bagi menerbitkan ayat yang terdapat di atas adalah seperti berikut:

| BAHASA MELAYU C 18

Page 19: Sintaksis

BMM 3110

Rajah 3.1.5.4 :Transformasi Pengguguran Frasa Nama sebagai objek

| BAHASA MELAYU C 19

Transformasi pengguguran frasa nama sebagai objek

Page 20: Sintaksis

BMM 3110

5) Lenggai seorang pengembara yang gagah berani.

Penerangan : Pengguguran frasa nama yang mendahului frasa relatif dalam ayat di

atas boleh berlaku dalam kedudukannya sebagai objek. Ini bermaksud perkataan

pengembara yang bertindak sebagai objek ini boleh digugurkan. Berikut merupakan

proses tranformasi penggugurannya:

Lenggai seorang pengembara. Pengembara gagah berani.

Lenggai seorang pengembara yang gagah berani.

Lenggai seorang yang gagah berani

Rajah pohon adalah seperti yang berikut:

| BAHASA MELAYU C 20

Page 21: Sintaksis

BMM 3110

Rajah 3.1.5.5 : Pengguran FN yang Mendahului Frasa Relatif

| BAHASA MELAYU C 21

Relativisasi

Pengguguran FN yang mendahului frasa relatif

Page 22: Sintaksis

BMM 3110

Secara keseluruhannya, berdasarkan tugasan ini banyak perkara mengenai bidang ilmu

Sintaksis ini yang dapat kami perolehi. Malah, kami juga telah dapat menguasai bidang

menganalisis dan menghuraikan susunan konstituen sesuatu ayat terutamanya dalam

unsur binaan frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama. Apabila kami

telah memahami unsur binaan ini, kami telah mula boleh mengkategorikan jenis ayat di

dalam bahasa Melayu ini termasuklah frasa, klausa, ayat dasar, ayat inti, ayat tunggal

dan ayat majmuk. Kami juga telah lebih memahami dengan lebih lanjut lagi mengenai

ayat yang berlakunya proses transformasi iaitu dari segi pengguran ayat, perluasan

ayat dan juga penyusunan semula ayat yang sebelum ini agak sukar untuk difahami.

Oleh yang demikian, dapatlah disimpulkan bahawa Sintaksis adalah kelompok kata

yang membentuk ayat. Menurut istilah sintaksis dapat didefinisikan sebagai bahagian

dari ilmu bahasa yang membicarakan selok belok ayat, klausa, dan frasa dan bidang ini

juga adalah sebahagian daripada tatabahasa yang membicarakan kaedah kombinasi

kata menjadi satuan gramatik yang lebih besar yang berupa frasa, klausa, dan ayat,

serta penempatan morfem-morfem suprasegmental (intonasi) sesuai dengan struktur

semantik.

| BAHASA MELAYU C 22

RUMUSAN