sinopsis 23 29

9
SINOPSIS KABUS DI PERBUKITAN : BAB 23-29 HARAP DIMAAFKAN JIKA MEMPUNYAI KESALAHAN EJAAN,TIDAK JELAS DAN TULISAN YANG KECIL. HARAP TERHIBUR DAN SERONOK. DI AKHIR PERSEMBAHAN INI, ADA SATU VIDEO YANG BERKAITAN DENGAN KELAS 5 PA..

Upload: norzurakhuderi

Post on 08-Jul-2015

68 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sinopsis 23 29

SINOPSIS KABUS DI PERBUKITAN

: BAB 23-29

• HARAP DIMAAFKAN JIKA MEMPUNYAI KESALAHAN EJAAN,TIDAK JELAS DAN TULISAN YANG KECIL.

• HARAP TERHIBUR DAN SERONOK.

• DI AKHIR PERSEMBAHAN INI, ADA SATU VIDEO YANG BERKAITAN DENGAN KELAS 5 PA..

Page 2: Sinopsis 23 29

KABUS DI PERBUKITAN :BAB 23Melina kesunyian kerana sering ditinggalkan Benny.

Setiap kali Benny berpergian, Khadijah anak Haji Awang yang sering menemaninya. Haji Awang tidak

sesekali akan membiarkan Melina yang tinggal hampir100 meter jarak daripada rumahnya itu berseorangan.

Hati manusia tidak boleh dijangka. Pembunuhansering berlaku akhir-akhir ini. Tambahan pula Melina

seorang wanita cantik yang tinggal bersendirian. Kejahatan ada di mana-mana. Oleh sebab itu Khadijahakan menemani Melina ketika Benny tiada di rumah. Selalunya Benny akan keluar dengan Mehmood dan

Mohamed Attar. Hati Melina terpaut dengankematangan yang ditunjukkan oleh Khadijah. Tiba-tiba

Melina teringatkan kampong ibunya di Sungai Besar.

Page 3: Sinopsis 23 29

KABUS DI PERBUKITAN :BAB 24Faridah melayani Zain dengan ramah. Zain baru pertama kali menjejakkan kaki ke rumah Anne. Faridah sangat teruja kerana adawarga Malaysia yang belajar di New Zealand yang berkawan dengananaknya. Zain pula menceritakan keadaan di Malaysia kepadaFaridah. Faridah sangat rindukan Malaysia kerana sejakmeninggalkan Malaysia 25 tahun lalu dia tidak pernah pulang lagi kekampung halamannya di Sungai Besar. Faridah menceritakan ibunyasudah meninggal, dan dia tidak pasti dengan ayahnya, Mejar (B) Kamaruddin. Jadi tidak ada sesiapa lagi di sana. Kampung Faridah di Parit Tiga. Zain menawarkan Faridah pergi melawat kampungnya di Parit Satu. Anne pun mencadangkan agar ibunya Faridah balik keMalaysia. Faridah amat mengharapkan hubungan anaknya Anne dengan Zain akan berakhir di jinjang pelamin. Faridah tiba-tiba sayumengenangkan anaknya Melina yang baru berkahwin dengan Benny hidup berseorangan di Malaysia tanpa ahli keluarga.

Page 4: Sinopsis 23 29

KABUS DI PERBUKITAN :BAB 25Benny bersama teman-temannya Mehmood, dan Mohamed Attar mengunjungi Ustaz Hassan Syukri. Mereka berbincang mengenaiperjuangan dan jihad dalam Islam. Ustaz Hassan Syukri menyatakanpengamalan ajaran Islam berbeza mengikut budaya sesuatu tempat. Contohnya, di Malaysia, semua pertikaian diselesaikan dengan penuhberhemah melalui rundingan atau mesyuarat. Tetapi Mohamed Attar menegaskan di negaranya, Pakistan semua masalah termasuk hal yang remeh pun diselaikan dengan senjata AK 16 dan bom mortar. Ustaz Hassan Syukri membuat perbandingan ajaran Islam di Malaysia dengan di Negara lain dengan sekeping roti. Di Malaysia, rotinya nipis-nipis, di Perancisrotinya panjang hampir dua kaki, di Pakistan rotinya keras, leper dan bujurtetapi di India rotinya nipis dan lembut yang dipanggil roti canai. DalamIslam, jenis rotinya tidak penting kerana yang penting umat Islam hanyamakan roti yang halal sahaja. Mohamed Attar membuat kesimpulan, UstazHassan Syukri ialah ulama kerajaan yang tidak boleh dibawa dalamperjuangan mereka untuk menegakkan syariat Islam.

Page 5: Sinopsis 23 29

KABUS DI PERBUKITAN :BAB 26Soleh Johnson dan Faridah menginap di sebuah banglo percutian di Cameron Highlands. Soleh Johnson senang dengan cuaca di Cameron Highlands yang sejuk seperti di Christcurch, New Zealand. Hampirsemingu di Cameron Highlands, dia mengenali beberapa penduduk kulitputih yang bermastautin di sana seperti Amir Mustov berasal dariYugoslavia, Ariff Carlson berasal dari Britain, Ahmad Raffles bekas Royal Australian Force, Musa Surray berbangsa Scott bekas penyiasatpersendirian yang diupah mencari jutawan sutera Thai yang hilang di Cameron Highlands pada pertengahan tahun 1970-an dulu. Datuk Azrul, isterinya Datin Aisyah, Haji Zubair dan Zain menaiki pacuan empat rodamenuju ke rumah penginapan Saleh Johnson dan Faridah. Pertemuanyang asalnya untuk membincangkan majlis perkahwinan Anne dan Zainbertukar menjadi pertemuan bersejarah. Faridah baru tahu ayah Zain, iaitu Datuk Azrul ialah kekasih adik kembarnya Rahayu yang meninggaldunia 25 tahun dahulu. Datin Aisyah sangat gembira kerana dapatmenantu yang mempunyai susur galur Melayu dan warga Malaysia di sebelah ibunya.

Page 6: Sinopsis 23 29

KABUS DI PERBUKITAN :BAB 27Mohamed Attar ditangkap sebaik sahaja keluar dari stesen MRT. Polis Republik Singapura menemui sejumlah besar bom yang dikawal denganalat kawalan jauh dalam beg galasnya. Polis Republik Singapura percayaMohamed Attar mempunyai misi meletupkan kasino yang barudilancarkan di Pulau sentosa minggu lalu. Barulah kini Benny tahu diatertipu dengan perjuangan Mohamed Attar. Rakannya Noor Mohamadmenjadi pengikut setia Mohamed Attar. Lebih memeranjatkan ialahrakannya Mehmood ialah polis yang menyamar untuk mengesan sejauhmana perjuangan Mohamed Attar. Mehmood menghubungi Benny agar dia menyerah diri saja kepada Interpol. Benny mencampakkan telefonbimbitnya yang mahal itu keluar dari tingkap kereta kerana dia tahupolis boleh mengesan pergerakannya kerana dia bercakap denganMehmood melebihi 3 minit. Benny menuju ke Pulau Pinang. Dia sangatmenyesal dengan apa yang berlaku. Dia meninggalkan Melina seorangdiri di Kuala Terengganu. Melalui Ustaz Hassan Syukri dia menitipkansejumlah wang buat Melina. Di Pulau Pinang, Benny melepasi sempadanperairan Malaysia melalui Thailand belum menaiki pesawat pulang keDubai.

Page 7: Sinopsis 23 29

KABUS DI PERBUKITAN :BAB 28Faridah berbual dengan Datuk Azrul mengenai masa silamnya. Ketika ituAnne dan Zain pergi ke Ipoh. Soleh pula tidak mahu mengganggu. Solehmeneruskan kerjanya di bilik bacaan. Hanya tinggal Faridah dan DatukAzrul di ruang tamu. Faridah memberitahu dia sudah memeriksa di pejabat imegresen. Dia masih lagi warganegara Malaysia walaupun sudah25 tahun menetap di New Zealand. Melalui Datuk Azrul, Faridah dapattahu ayahnya masih hidup tetapi sudah uzur tetapi ibu tirinya PuanHamidah sudah meninggal dunia beberapa tahun dulu. Faridah jugamengenang kembali bagaimana suami pertamanya meninggal duniaselepas ibunya Mak Salmah dalam kemalangan jalan raya. Selepas ituFaridah juga terkenang peristiwa kemalangan yang menimpa dirinya danbagaimana dia tersesat di Bukit Kutu. Datuk Azrul membuat andaianFaridah mengalami halusinasi ketika itu. Batin Senik yang memberitahunya yang Faridah meracau-racau semasa koma dan kembalipengsan beberapa kali. Katanya Faridah diserap semangat hutan. Oleh itusemua orang hairan dengan peristiwa yang menimpa Faridah ketika itu. Datuk Azrul menyuruh Faridah menulis saja pengalaman bawah sedaryang dilaluinya dulu. Namun dia sudah terlalu tua untuk menulis. Biarlahdia menyimpannya dalam memori hidupnya. Hati Faridah meronta tiba-tiba ingin menjenguk kubur ibunya dan suami pertamanya , Ghazali.

Page 8: Sinopsis 23 29

KABUS DI PERBUKITAN :BAB 29Melina kebingungan. Benny pergi tanpa pesan. Dia menghubungisemua rakan-rakan Benny. Namun semuanya hampa. Hanya UstazHassan Syukri, imam Masjid Marang yang menghubunginya. Melina tidak tahu hendak mengadu kepada siapa. Pihak syarikat juga tidakdapat menghubungi Benny. Melina sudah hilang arah. Benny tidakpernah meninggalkannya tanpa pesan sebelum ini. Beberapa kali Melina cuba menghubungi nombor telefon Benny namun tiadajawapan. Selepas 4 hari kehilangan Benny, Melina pergi ke Balai Polis Marang untuk membuat laporan kehilangan suaminya, Benny. Selepasmenceritakan peristiwa kehilangan suaminya, Inspektor Radzimemberitahu Melina bahawa nama dua orang rakan suaminya itumencurigakan. Mohamed Attar dan Noor Mohamad telah ditangkappolis beberapa hari lalu kerana cubaan meletupkan kasino. Setelahdiselidiki nama Benny tiada dalam senarai tangkapan dan juga tiadadalam senarai yang dikehendaki polis. Sekali lagi Melina kebingungan. Namun Melina cukup pasti, Benny meninggalkan dirinya kerana sebabtertentu dan bukan kerana benci.

Page 9: Sinopsis 23 29

SEKIAN TERIMA KASIH !!!