sinopsis 1 11

12
SIPNOPSIS Kabus Di Perbukitan

Upload: norzurakhuderi

Post on 06-Jul-2015

68 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sinopsis 1 11

SIPNOPSIS

Kabus

Di Perbukitan

Page 2: Sinopsis 1 11

BAB 1

Selepas bersarapan pagi itu, Ayu dan Azrul pergi ke

perpustakaan. Ayu tiba-tiba tergambar satu kemalangan jalan

raya. Kereta berpusing dan jatuh ke dalam gaung. Ayu menjerit

dan pengsan.

Mastura dan Faridah membawa anak-anak istimewa ke Bukit

Fraser. Faridah tidak tenang kerana hubungan pertunangan

terputus. Semasa memandu ke Raub, dia terperanjat apabila

Iqbal, salah seorang anak istimewa berada dalam vannya. Dia

menekan brek dan kereta berpusing lalu terbabas ke dalam

gaung.

Page 3: Sinopsis 1 11

BAB 2

Kemalangan itu dimaklumkan oleh Encik Said kepada ibu

Salmah, ibu Faridah. Salmah begitu sedih menerima berita

tersebut. Pasukan penyelamat mendapati Faridah dan Iqbal

hilang. Mereka juga tidak menemui sebarang jejak sama

jejak Faridah dan Iqbal atau jejak lain yang boleh dijadikan

petunjuk. Sarjan Yusoff pula mencadangkan agar mereka

gunakan khidmat bomoh

Page 4: Sinopsis 1 11

BAB 3

Mejar (B) Kamarudin terkejut mendapat berita kehilangan Faridah

daripada Cikgu Raduan dari kampung di Sungai Besar. Hatinya hiba

mengenangkan faridah yang ditinggalkan bersama Salmah yang

diceraikan setelah berkahwin dengan Hamidah. Mejar (B) Kamarudin

membawa Rahayu, kembar Faridah untuk hidup bersama mereka. Dia

berkahwin dengan Hamidah kerana terpaksa setelah terlanjur. Mejar (B)

Kamarudin segera bertolak ke Bukit Fraser. Satu jam setelah Mejar (B)

Kamarudin berangkat, Hamidah telah menerima panggilan telefon dari

UPM memaklumkan Rahayu dimasukkan ke Hospital Universiti

Kebangsaan Malaysia (HUKM) dan disyaki menghidap kanser.

Page 5: Sinopsis 1 11

BAB 4

Rahayu ditemani oleh ibu tirinya Hamidah. Tubunya

lemah. Rambut di kepalanya gugur. Rahayu menutup

kepalanya dengan skaf kerana malu kepada kawan-kawan

yang melawatnya. Dia diberitahu bahawa Suhaila iaitu

pesakit yang berada di katil bersebelahan telah meninggal.

Kakak Suhaila telah m emberikan novel-novel Suhaila

kepadanya.

Page 6: Sinopsis 1 11

BAB 5

Faridah terjaga dari tidur. Dia mendapati dirinya berada di kawasan rehat

pegawai Inggeris. Faridah hairan. Selepas mandi dia dijemput minum bersama

pegawai Inggeris yang bernama Tuan Cecil Renking. Tuan Cecil Renking

memberitahu Faridah berada di Bukit Kutu. Dia juga memberitahu bahawa Faridah

dan Iqbal ditemui oleh orang-orang Penghulu. Faridah kembali ke biliknya. Dia

bingung dan tidur kembali.

Rahayu di hospital masuk ke alam bawah sedar dan meracau. Di alam bawah

sedarnya faridah meminta tolong Rahayu agar mengeluarkannya dari Bukit Kutu.

Hamidah risau. Doktor menjelaskan bahawa hubungan saudara kembar agak unik

dan boleh berhubung melalui transaksi bawah sedar.

Page 7: Sinopsis 1 11

BAB 6

Rahayu dapat merasakan ajalnya semakin dekat. Dia

mahu Azrul berjanji untuk meneruskan cita-cita mereka untuk

membuka perniagaan berasaskan pertanian. Pihak polis

telah membuat siding akhbar untuk memaklumkan bahawa

gerakan mencari ditamatkan dan kes itu diklasifikasikan

sebagai kes orang hilang. Mejas (B) Kamarudin tidak

berputus asa. Dia dan Buyung masuk ke dalam hutan untuk

menjejak Faridah dan Iqbal. Dia yakin Faridah dan Iqbal

masih hidup

Page 8: Sinopsis 1 11

BAB 7

Mejas (B) Kamarudin dan Buyung meredah hutan menuju ke

Bukit Kutu. Mejar (B) Kamarudin racauan Rahayu yang

menyebut nama Bukit Kutu dan Sungai Kubu. Sesampai di

puncak Bukit Kutu, mereka mendirikan khemah. Hamidah

menelefon Mejas (B) Kamarudin dan memberitahu Rahayu

melihat Faridah berada di perkampungan orang Asli dalam alam

bawah sedarnya. Buyung menghubungi pegawai JHEO untuk

memastikan perkampungan tersebut. Mereka akan bertolak

pada sebelah pagi.

Page 9: Sinopsis 1 11

BAB 8

Mereka bertolak dari Bukit Kutu ke perkampungan orang

asli suku Temuan. Mereka disambut oleh Tok Batin Senik.

Faridah berada di rumah Tok Batin Senik dalam keadaan

tidak sedarkan diri. Iqbal mengikut isteri Tok batin Senik ke

sungai. Buyung menghubungi Meor untuk mendapatkan

bantuan helicopter tentera. Setelah menunggu selama dia

jam, mereka berjaya mengeluarkan Faridah dan Iqbal ke

Hospital Kuala Lumpur.

Page 10: Sinopsis 1 11

BAB 9

Di Pekan Sungai Kubu. Siti Amah, oranggaji Tuan Cecil

Renking membawa Faridah keluar ke pekan. Faridah dapat

melihat aktiviti perdagangan yang terdiri daripada peniaga

tempatan, Pahang dan pendatang Cina. Dia juga dapat melihat

aktiviti perlombongan dan mengangkut bijih timah melalui

sungai. Faridah pernah bertanya tentang Sungai Besar kepada

Siti Amah. Namun Siti Amah tidak mengetahui tempat tersebut.

Faridah semakin dapat menyesuaikan diri. Namun dia tetap

merasakan bahawa dia berada di tempat yang asing.

Page 11: Sinopsis 1 11

BAB 10

Faridah berada di wad ICU dan masih dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Rahayu berada di samping katilnya. Rahayu memegang tangan Faridah sambil

menitiskan air mata. Rahayu keletihan dan meletakkan kepala di tepi dada

Faridah. Rahayu dan Faridah telah bertemu di alam bawah sedar. Rahayu

merayu kepada Faridah agar Faridah kembali kerana ibunya sedang menanti.

Dia memberitahu Faridah bahawa sudah tiba masanya dia pergi. Rahayu

meninggalkan Faridah disebalik cahaya. Faridah menjerit memanggil nama

Ayu. Jeritan itu membuatkan ahli keluarga yang berada di situ terkejut. Faridah

telah sedar dan jururawat mendapati Rahayu telah meninggal dunia. Sewaktu

jenazah Rahayu dibawa ke tanah perkuburan, Faridah masih lemah dan

berada di wad ditemani oleh Ghazali.

Page 12: Sinopsis 1 11

BAB 11

Salmah masih bermimpi dan menyebut nama Ayu. Salmah juga menghidap

penyakit jantung. Keadaan itutambah menyedihkan Faridah. Hari itu mereka ke

pasar Sungai Haji Dorani. Salmah membeli belacan daripada Pak Talib,

seorang pembuat belacan terkenal di kawasan itu. Sewaktu perjalanan pulang

mereka singgah di kubur Rahayu di Parit Satu untuk membaca Yasin.

Ghazali menaruh perasaan kepada Faridah. Dia menemui Salmah untuk

menyatakan hasratnya mengambil Faridah sebagai isteri. Salmah menerima

Ghazali kerana peribadi Ghazali yang baik. Salmah menyampaikan hal itu

kepada Faridah. Faridah menyerahkan keputusan itu kepada ibunya dan

berharap hubungan itu akan kekal