silaj pelepah kelapa sawit.2003-2007

27
ISI KANDUNGAN Tajuk Muka surat 1.0 Pengenalan 2 2.0 Hasil dan potensi ekonomi 4 3.0 Prinsip dan keperluan asas membuat silaj 5 4.0 Sifat – sifat silaj yang baik 5 5.0 Kaedah membuat silaj 5-6 6.0 Kenapa silaj diperlukan 6.1 Pemeraman silaj 6.2 Silo tong plastik 6.3 Memampatkan rumput dalam tong 6-9 7.0 Pengenalan silaj daripada pelapah kelapa sawit 10-11 8.0 Kandungan nutrient silaj 12 9.0 Peralatan membuat silaj pelepah kelapa sawit 12 10.0 Teknik operasi 10.1 Teknik membuat silaj 10.2 Proses silaj 10.3 Bahan-bahan 10.4 Kadar peratusan 13-14 1

Upload: jojo-neutron

Post on 30-Jun-2015

1.113 views

Category:

Documents


15 download

TRANSCRIPT

Page 1: silaj pelepah kelapa sawit.2003-2007

ISI KANDUNGAN

Tajuk Muka surat

1.0 Pengenalan 2

2.0 Hasil dan potensi ekonomi 4

3.0 Prinsip dan keperluan asas membuat silaj 5

4.0 Sifat – sifat silaj yang baik 5

5.0 Kaedah membuat silaj 5-6

6.0 Kenapa silaj diperlukan

6.1 Pemeraman silaj

6.2 Silo tong plastik

6.3 Memampatkan rumput dalam tong

6-9

7.0 Pengenalan silaj daripada pelapah kelapa

sawit

10-11

8.0 Kandungan nutrient silaj 12

9.0 Peralatan membuat silaj pelepah kelapa

sawit

12

10.0 Teknik operasi

10.1 Teknik membuat silaj

10.2 Proses silaj

10.3 Bahan-bahan

10.4 Kadar peratusan

10.5 Cara-cara

13-14

11.0 Carta alir membuat silaj pelepah kelapa

sawit

15

12.0 Perbincangan 16

13.0 Kesimpulan 17

14.0 Rujukan 18

15.0 Lampiran 19

1

Page 2: silaj pelepah kelapa sawit.2003-2007

1.0 PENGENALAN

Silaj adalah makanan ternakan ruminan yang terdiri daripada bahan rufaj yang berkelembapan

tinggi di antara 35 % hingga 75 % kandungan air yang diperolehi melalui proses penapaian dan

disimpan dalam keadaan kedap udara (anaerobic). Silaj sebagai salah satu sumber bekalan

makanan ternakan berkualiti untuk ruminan mempunyai kelebihan berbanding dengan rumput

segar dan hanya kerana silaj dapat dikeluarkan sepanjang masa, proses pengeluarannya tidak

bergantung kepada keadaan cuaca dan dapat dihasilkan daripada berbagai jenis bahan rufaj

seperti rumput, batang jagung, pelepah kelapa sawit dan bahan-bahan lain. Silo (bekas simpanan

silaj) terdiri daripada berbagai bentuk seperti bunker, stack, tower, tong plastik dan lain-lain.

Faktor yang penting ialah bekas yang digunakan seharusnya praktikal dari segi pengendalian dan

mesti dalam keadaan kedap udara.

Tujuan utama pengeluaran silaj adalah untuk menyimpan foder atau bahan makanan ternakan

tanapa mengurangkan mutu pemakanan dan silaj yang dihasilkan digunakan terutama ketika

kekurangan foder atau bahan makanan ternakan.

Prinsip penting dalam pembuatan silaj, ialah penyimpanan yang terhindar dari oksigen dan

mengelakkan daripada pereputan (decomposition) semasa penyimpanan. Bahan- bahan yang

hendak dijadikan silaj diperam didalam silo. Silo ialah satu struktur yang kedap udara. Ini

menyebabkan bahan-bahan yang disimpan didalam silo tidak terdapat oksigen. Apa yang berlaku

ketika pemeraman itu ialah karbohidrat dalam bahan yang diperam bertukar menjadi asid laktrik

atau asetik. Proses penukaran dilakukan oleh bakteria-bakteria anaerobik.

Asid-asid akan merendahkan ph yang menyebabkan proses biokimia dalam bahan-bahn yang

diperam terhenti. Dengan ini, bahan-bahan yang diperam akan disimpan dengan baik dan mutu

pemakanan tidaklah begitu terjejas. Bahan-bahan aditif seperti bijirin, asid formit, folmaldehyde,

asid propionik, garam biasa, ammonia dan enzim sering juga ditambah untuk membaiki proses

pemeraman.

Tanaman jagung telah diketahui dapat diperam menjadi silaj yang baik, diterima makan oleh

ternakan dan dapat mengeluarkan hasil ternakan yang memuaskan. Untuk kawasan-kawasan

yang agak kering, kegunaan tanaman sekoi boleh dipraktikkan. Tanaman sekoi mengandungi

2

Page 3: silaj pelepah kelapa sawit.2003-2007

kandungan gula yang tinggi dan dapat menghasilkan silaj yang baik, tetapi kandungan asid

prussik dalam sekoi boleh meracunkan makanan, treutama sekali jika sekoi dipotong terlalu

muda atau tanaman didalam keadaan tekanan kemarau (stress periods) kemudaratan tidak akan

berlaku jika sekoi diperam sebelum diberi makanan.

Mutu silaj adalah bergantung kepada bahan asal pemerapan dan selalunya adalah lebih rendah

daripada tanaman asal. Mutu depengaruhi oleh kaedah pemerapan silaj, pemerapan yang

menggalakan haba yang keterlaluan, tidak memadatkan bahan dengan betul. Kandungan air yang

terlalu rendah mengakibatkan silaj menjadi warna hitam atau coklat. Terlalu banyak kandungan

air dalam tanah menyebabkan lelehan nutrien yang banyak dan merugikan.

3

Page 4: silaj pelepah kelapa sawit.2003-2007

2.0 HASIL DAN POTENSI EKONOMI

Dengan pengeluaran sebanyak 1100,040 kg setahun, kos pembangunan yang diperlukan adalah

berjumlah RM113,490,00. Kos ini termasuk peralatan, mesin silegar,tong penyimpanan dan

sebagainya. Kos pengendalian sebanyak RM53,808,00 setahun diperlukan untuk mengeluarkan

silaj tersebut.

Dari pengeluaran tersebut pengeluaran sekilogram adalah sebanyak RM0.059 dan ia adalah baik

memandangkan harga silaj sebenar ialah RM0.15 sekilongram. Dalm analisis ini menunjukkan

bahawa kadar pulangan adalah melebihi 40%. Ini menunjukkan projek ini berdaya maju

manakala nilai bersih yang positif dan tinggi menunjukkan keuntungan di masa hadapan.

Manakala tempoh pulangan modal yang pendek iaitukurang daripada tiga tahun adalah sesuai.

Daya maju kewangan

Kadar pulanag dalaman (IRR) 42.16 %

Nilai kini bersih (NPV) @ 10% RM373,243.00

Nisbah faedah kos (BCR) @ 10% 1.95

Tempoh pulang modal 2.48

4

Kos pengeluaran per kg silaj RM0.059

Jumlah kos tetap RM113,490.00

Jumlah kos kendalian RM53,806.00

Page 5: silaj pelepah kelapa sawit.2003-2007

3.0 PRINSIP DAN KEPERLUAN ASAS MEMBUAT SILAJ

Prinsip utama dalam membuat silaj ialah memastikan bahan mentah disimpan dalam keadaan

kedap udara dan mengandungi karbohidrat larut air yang mencukupi. Bahan mentah hendaklah

dipadatkan dengan segera bagi menghalang udara masuk untuk melakukan proses pereputan

disamping menghasilkan bahan dalam keadaan kedap udara. Foder yang mempunyai bahan

kering lebih daripada 35% akan menyebabkan keadaan silaj menjadi kurang mampat dan

menggalakkan pertumbuhan kulat. Foder yang terlalu lembap (kurang 25% bahan kering) akan

menghasilkan silaj yang masam, dan menyebabkan banyak kandungan air dan nutrien

hilang. Kandungan air yang diperlukan adalah antara 65-75% (25-35% bahan kering) dan boleh

diperolehi melalui faktor umur dan jenis sesuatu tanaman. Contohnya, foraj jagung sesuai dibuat

silaj semasa berumur 75 hari manakala rumput gajah sesuai pada umur tidak melebihi 40 hari.

4.0 SIFAT-SIFAT SILAJ YANG BAIK

1. Ph (tahap kemasaman) – 4.5

2. Kandungan asid laktrik – 3-13 %

3. Kandungan asid butirik – 0.2 %

4. Warna hijau – kekuningan / hijau keperangan

5. Bau menyenangkan, tidak busuk, seolah-olah bau cuka.

6. Tahap basah tidak ada lilitan nutrien.

7. Keperisian bolah diterima makan oleh ternakan.

8. Nilai pemakanan hampir-hampir menyerupai bahan-bahan asal.

5.0 KAEDAH MEMBUAT SILAJ

Foder untuk silaj hendaklah dipotong pendek diantara 3-15 cm supaya mudah dipadatkan. Foder

di dalam silo hendaklah dipadatkan dengan secepat mungkin dalam masa dua hari

selepas dipotong bagi menghindarkan udara daripada terperangkap. Keadaan ini akan

mengurangkan pernafasan sel dan aktiviti enzim. Foder yang telah dipadatkan hendaklah

5

Page 6: silaj pelepah kelapa sawit.2003-2007

diperam selama sebulan bagi menghasilkan silaj yang baik. Silaj yang baik boleh disimpan

bertahun-tahun lamanya jika tidak diganggu.

Bahan silaj yang mengandungi kurang karbohidrat perlu ditambah dengan asid bukan organan

(sulfurik, hidroklorik, fosforik) atau boleh juga diguna asid organan (formik, propionik),

tetapi kos bahan-bahan tersebut mahal. Untuk mengurangkan kos pengeluaran silaj, bahan boleh

dicampur dengan jenis karbohidrat yang mudah diperolihi dengan kos lebih murah

seperti gula merah dan bijirin.

Semasa proses pemeraman perubahan bahan kepada produk

tertentu dalam silaj akan berlaku. Secara am, karbohidrat dalam bahan hijau/segar yang diperam

ditukarkan menjadi asid laktik atau asetik. Proses penukaran dilakukan oleh bakteria anaerobik

dengan bantuan haba yang dihasilkan oleh sel tanaman yang masih hidup. Asid-asid yang

dikeluarkan, terutamanya asid laktik akan merendahkan pH dan ini menyebabkan proses

biokimia yang terjadi pada bahan silaj terhenti. Dengan itu, bahan yang diperam akan dapat

disimpan dengan baik dan kualiti pemakanannya dapat dikekalkan.

6.0 KENAPA SILAJ DIPERLUKAN

Kefahaman mengenai asas keperluan ternakan ruminant terhadap unsur asid lemak beruap

(volatile fatty acid) mendorong pengusaha kepada menjalankan aktiviti pembuatan silaj. Tenaga

yang diperlukan oleh ternakan ruminan diperolehi dalam bentuk asid lemak berwap daripada

jenis asid asetik dan propionik dan bukan glukos seperti ternakan monogastrik. Asid lemak

berwap ini digunakan oleh ruminan untuk tumbesaran, penghasilan susu dan lain-lain fungsi

metabolik.

6.1 Pemeraman silaj

Silaj boleh diperam di dalam silo atau tanpa silo. Silo merupakan struktur kedap udara atau

separa kedap udara yang digunakan untuk memeram silaj. Faktor utama kerosakan silaj adalah

disebabkan kehadiran udara di dalam silo. Udara menyebabkan bahan silaj rosak akibat tindakan

6

Page 7: silaj pelepah kelapa sawit.2003-2007

bakteria aerobik. Bila kerosakan berlaku, silaj tersebut tidak boleh lagi digunakan sebagai

makanan ternakan kerana tercemar oleh kulat, aromanya tidak enak dan mendatangkan

mudarat kepada ternakan. Kualiti silaj dapat diukur berdasarkan kepada beberapa

parameter. Silaj dianggap rosak bila warna menjadi kehitaman serta berbau tengik. Nilai pH

yang rendah menunjukkan tahap fermentasi asid laktid dalam silaj yang baik. Nilai pH antara 3.8

hingga 4.2 adalah silaj yang berkualiti baik manakala pH melebihi 4.5 dianggap kualiti yang

kurang baik. Nilai pH melebihi 5 adalah dianggap rosak.

Sehingga kini teknik-teknik penghasilan silaj dengan menggunakan tower, stack dan bunker silo

tidak menunjukkan kejayaan yang membanggakan dalam situasi di negara ini.

Jenis-jenis silo tersebut menghasilkan peratusan silaj rosak yang tinggi. Masalah utama yang

dihadapi ialah cara pemampatan serta sistem penutupan silo yang tidak sempurna yang

menyebabkan keadaan erobik. Di samping itu jenis silo yang digunakan kini tidak boleh

dipindahkan dari satu tempat ke tempat yang lain.

Bagi mengelakkan udara terperangkap di dalam silo, bahan silaj mesti dipadatkan semasa

mengisi ke dalam silo. Bila bahan diisi

dengan padat, udara terperangkap berkurangan. Semakin kurang udara terperangkap, semakin

baik kualiti silaj yang dihasilkan. Silo yang selalu dan praktikal digunakan ialah tong plastik.

7

Page 8: silaj pelepah kelapa sawit.2003-2007

6.2 Silo Tong plastik

Tong plastik adalah silo yang paling sesuai digunakan berdasarkan saiz dan beratnya yang

mudah dikendalikan, kualiti bahan plastik yang tahan cuaca persekitaran, boleh digunakan

berulang kali, harga lebih murah dan mudah diperolehi. Pada masa ini, silo ini telah diterima

pakai dan digunakan oleh penternak di Malaysia. Bahan silaj akan dipadatkan dalam silo

menggunakan tenaga manusia atau mesin. Semakin padat bahan didalam silo akan menghasilkan

lebih banyak silaj dan lebih berkualiti.

6.3 Memampatkan rumput dalam tong

Bagi mengatasi masalah memampatkan bahan silaj di dalam tong plastik, JPH telah merekacipta

sebuah mesin pemampat mekanikal yang merupakan kombinasi daripada alat pemampat,

alat penyedut udara dan tong plastik yang diubahsuai sebagai silo. Mesin tersebut terdiri daripada

alat pemampat yang digerakkan oleh motor elektrik bagi menghasilkan tekanan kepada pam

hidrolik. Satu plat dipasang di hujung pam untuk menekan bahan silaj supaya lebih padat. Plat

ini boleh ditukar bergantung kepada saiz tong plastik yang digunakan. Lazimnya apabila

bahan silaj diisi penuh, ia selalunya akan terkeluar melebihi paras muka tong plastik. Untuk

menutup tong plastik dalam keadaan ini, kaedah menggunakan tangan adalah sangat sukar.

Dengan menggunakan mesin berkenaan bahan silaj boleh diisi dengan kuantiti yang lebih banyak

kerana lebih mampat, secara tidak langsung udara di dalam tong dapat diminimumkan di

8

Page 9: silaj pelepah kelapa sawit.2003-2007

samping dapat menjimatkan pengunaan bilangan tong. Selain daripada itu, penutup tong dapat

ditutup dengan rapat dan kemas bagi menghalang kebocoran. Penutup tong plastik dipasang

injap untuk menyedut udara keluar dari dalam tong menggunakan mesin penyedut udara.

Keadaan tanpa udara dalam tong membolehkan proses fermentasi berlaku dengan sempurna dan

akan menghasilkan silaj yang berkualiti.

9

Page 10: silaj pelepah kelapa sawit.2003-2007

7.0 PENGENALAN SILAJ DARIPADA PELEPAH KELAPA SAWIT

Selain penyakit, antara masalah utama dalam industri penternakan haiwan ruminan ialah

makanan. Ini kerana, peningkatan harga makanan haiwan amat membebankan pengusaha

memandangkan bahan mentahnya diimport.

Sehubungan itu, sumber makanan haiwan perlu dipelbagaikan supaya industri ternakan ruminan

tempatan tidak terlalu bergantung kepada produk import. Antara sumber tempatan yang boleh

dijadikan makanan alternatif atau sekurang-kurangnya sebagai tambahan yang sedia ada ialah

daun atau pelepah kelapa sawit.

Penggunaan produk mentah lain seperti jerami melibatkan 1.2 juta tan, jagung 750 tan setahun

sedangkan sumber sawit boleh diperoleh daripada empat juta hektar tanaman tersebut di negara

ini. Penggunaan pelet daripada daun sawit pula melibatkan kos yang tinggi kerana memerlukan

kilang untuk menghasilkan makanan tersebut.

Ketika ini, ramai pengusaha atau penternak haiwan ternakan ruminan menggunakan daun sawit

atau rumput Napier sebagai bahan makanan mentah daripada sumber domestik untuk

menghasilkan silaj. Silaj merupakan bahan makanan ternakan ruminan yang dihasilkan menerusi

proses fermentasi anerobik ke atas bahan foder atau sisa pertanian.

Rumput atau daun sawit perlu diracik atau dipotong terlebih dahulu sebelum diperam dipijak

dalam tong bersama mikrob tertentu. Kaedah tersebut memerlukan tenaga kerja yang ramai,

memakan masa serta kualiti yang rendah.

Sehubungan itu, bagi membantu pengeluaran silaj makanan tersebut, seorang penyelidik Pusat

Penyelidikan Ternakan Strategik, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia

(MARDI), Ghazali Hussin berjaya membangunkan mesin berteknologi tinggi dinamakan Otosil

yang kos efektif.

Menurut Ghazali, Otosil ialah mesin pengeluar silaj yang mampu memproses silaj dari bahan

foder seperti rumput, sekoi dan sebagainya dan juga bahan sisa pertanian seperti batang jagung,

jerami padi dan pelepah kelapa sawit dengan cekap.

10

Page 11: silaj pelepah kelapa sawit.2003-2007

Sehubungan itu, bagi membantu pengeluaran silaj makanan tersebut, seorang penyelidik Pusat

Penyelidikan Ternakan Strategik, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia

(MARDI), Ghazali Hussin berjaya membangunkan mesin berteknologi tinggi dinamakan Otosil

yang kos efektif.

Menurut Ghazali, Otosil ialah mesin pengeluar silaj yang mampu memproses silaj dari bahan

foder seperti rumput, sekoi dan sebagainya dan juga bahan sisa pertanian seperti batang jagung,

jerami padi dan pelepah kelapa sawit dengan cekap.

Dengan pengalaman yang ada dan berpendapat tumpuan perlu diberikan kepada projek yang

berdaya maju, Haji Sahri mengambil keputusan mengusahakan ternakan lembu secara integrasi

dengan kelapa sawit pada tahun 2000. Ia dilakukan kerana terdapat rumput dan pelepah sawit

yang boleh dijadikan sumber makanan kepada ternakan.

8.0 KANDUNGAN NUTRIEN SILAJ

11

Page 12: silaj pelepah kelapa sawit.2003-2007

Perkara Silaj kelapa sawit (%) Rumput p.purpureum

Bahan kering 23.3 28.6% berat basah

Protin mentah 8.2 6.2% berat kering

Gentian mentah 33.8 38.1% berat kering

Lemak mentah 1.6 2.7% berat kering

Fosforus 0.22 0.14% berat kering

Kalsium 0.46 0.34% berat kering

Tenaga metabolisma 5.86 mj/kg 5.94 mj/kg

9.0 PERALATAN UNTUK MEMBUAT SILAJ KELAPA SAWIT

Untuk memungut pelepah kelapa sawit di ladang, ia boleh dilakukan dengan menggunakan secara manual atau menggunakan jentera seperti harvesting machine dan mechanized sickle. Sisa-sisa pelepah kelapa sawit perlu dicincang atau dihancurkan halus mengguna mesin shredder untuk membungkus sisa pelepah kelapa sawit yang telah dihancurkan, alat-alat yang diperlukan ialah seperti berikut:-

1. Beg plastik polletilina hitam berukuran 213cm × 275cm (84” × 108”), tebal 0.18 mm dan muatan 600 kg.

2. Rangka kayu yang berukuran 113 cm lebar empat segi × 122cm tinggi.3. Tali atau tiub basikal untuk mengikat.

Tempat untuk menyusun atau mnyimpan beg silaj hendaklah dekat dengan kandang supaya senang diambil untuk diberi makanan kepada ternakan pada setiap hari.

10.0 TEKNIK OPERASI

12

Page 13: silaj pelepah kelapa sawit.2003-2007

10.1 Teknik membuat silaj daripada pelepah kelapa sawit

1. Pelepah kelapa sawit dipotong ketika bilangan pelepah yang dihasilkan meningkat sehingga 30 hingga 40 ketika berumur tiga hingga empat tahun

2. Pelepah kelapa sawit yang telah dihancurkan dimasukkan ke dalam beg plastik yang diletakkan pada rangka medah alih yang mudah dipasang dan mudah dibuka.

3. Pelepah kelapa sawit yang telah hancur ini dipadatkan dengan cara memijak untuk mengurangkan ruang udara di dalam beg.

4. Selepas beg plastik diisi dengan penuh, beg diikat dengan tali dengan sempurna dan disimpan sekurang-kurangnya 30 hari dalam keadaan tanpa oksigen.

5. Pastikan beg plastik tidak berlubang bagi mengelakkan udara masuk dan ini boleh menyebabkan silaj rosak dan menjadi kompos. Silaj boleh disimpan lama selagi udara tidak masuk. Setiap kali beg pembungkus silaj dibuka, udara yang terdapat di dalam perlu dikeluarkan dengan menekan beg sebelum diikat.

10.2 Proses silaj

Fasa 1• Rumput dimasukkan ke dalam silo• Respirasi berterusan• Oksigen digunakan• CO2 dan haba dihasilkan• Suhu meningkat

Fasa 2• Asid asetik dikeluarkan• pH turun dari 6.0 ke 4.2

Fasa 3• Asid laktik di hasilkan• Asid asetik menurun

Fasa 4• Pengeluaran asid laktik berterusan• Suhu turun• Aktiviti bakteria terhenti pada pH 4.0

10.3 Bahan-bahan:

13

Page 14: silaj pelepah kelapa sawit.2003-2007

I. Pelepah kelapa sawitII. Molasses- 700gram

III. Garam – 700 gramIV. Urea – 350 gramV. Air – 2.8 kg

VI. Additive – EM atau laktos EIMO – 1 liter (setelah di campur air – 100ml laktos, 900ml air)

10.4 Kadar peratusan:

1. Molasses – 1%2. Garam – 1%3. Urea – 0.5%4. Air – 4%5. Additif – EM atau Laktos atau EIMO – 1%.

10.5 Cara- cara:-

1. Cincang/mesin rumput napier.2. Masukkan dan mampatkan ke dalam bekas kedap udara.3. Siram dengan larutan molasses/garam/uraea/air/laktos.4. Tutup rapat (kedap udara).5. Peram 21 hari

14

Page 15: silaj pelepah kelapa sawit.2003-2007

11.0 CARTA ALIR MEMBUAT SILAJ DARIPADA PELEPAH KELAPA SAWIT

1. Pelepah kelapa sawit segar dicincang

4.Daun dimampatkan supaya kedap udara

15

5. Siram dengan larutan garam 1kg + urea ½ kg. molasses 1 kg + air 4 liter

2. Masukkan daun pelepah yang telah dicincang ke dalam bekas yang kedap udara

3. Rumput yang telah di mesin ditimbang untuk kiraan bahan-bahan campuran

6. Tutup rapat dan peram selama 21 hari.

Page 16: silaj pelepah kelapa sawit.2003-2007

12.0 PERBINCANGAN

Makanan Ternakan Berasaskan Sisa PertanianApakah Silaj?

-          Hasil yang terbentuk apabila rumput atau tanaman foder yang tinggi kandungan airnya dan mudah dirosakkan oleh microorganism aerobic seperti jagung dan rumput, diperam secara anarerob dalam struktur kedap udara yang dinamakan silo

-          Foder yang berkelembapan tinggi (30 – 70 %) diperam dalam keadaan tanpa udara (anaerobic)

Kenapa perlu silaj?-          Di malaysiakuntungan tinggi diperolehi bila batang jagung setelah dituai dibuat silaj-          Hampir 70% makanan ruminant ditukar kepada Volatile Fatty Acid dan memasuki

system darah, sumber tenaga untuk tumbesaran, pengeluaran susu dan fungsi metabolic-          Kaedah penyimpanan yang mudah tanpa bergantung kepada cuaca

Bahan Membuat Silaj

-          Pokok bijirin (Mengandungi karbohaidrat yang tinggi-          Kekacang (petai belalang, turi dll)-          Rumput (seperti  rumput gajah)-          Lain-lain (bahan sampingan pertanian seperti kulit nenas, pelepah kelapa sawit dll)

Cara memproses Silaj

1-      Dilakukan dengan proses pemasaman dengan memotong dan mengangkut ke silo

2-      Mengisi ke satu tempat tanpa udara

3-      Merata, memampat

4-   Biarkan selama 21 hari - aerobik dan anaerobik berlaku

5-   Gula merah difermentasikan menjadi laktik asid, protin difermentasikan menjadi ammonia, amino asid

6-   Bahagian akhir, mikrob anaerobik akan mati, tiada mikroorganisma lain mengubah bahan dalm silo

7    Hasilnya, silaj.

16

Page 17: silaj pelepah kelapa sawit.2003-2007

13.0 KESIMPULAN

Kejayaan dalam pengeluaran silaj membantu dalam penyelesaian pemakanan ternakan yang semakin meningkat.

• Pengeluaran silaj yang efisien mengurangkan kos makanan.• Kesediaan bahan sampingan pertanian yang banyak membantu pengeluaran silaj.• Secara am silo mestilah kedap udara.• Pengendalian bahan silaj sangat perlu dalam pemilihan silo.• Silaj mampumemainkan peranan dalam menampung keperluan makanan ternakan di Malaysia.

17

Page 18: silaj pelepah kelapa sawit.2003-2007

14.0 RUJUKAN

1. http://kambingku-boer.blogspot.com/

2. http://mardi.gov.my/web/guest/425

3. Makanan ternakan, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2009. Hak

cipta Terpelihara, D Dasar Privasi

4. Cikgu Abd Malek Abd Hanif http://smeh.tripod.com

5. Dr Norman Hj Kamaruddin http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Saturday/BeritaSawit/20041205130102/Article/

18

Page 19: silaj pelepah kelapa sawit.2003-2007

15.0 LAMPIRAN

OTOSIL merupakan sebuah mesin yang dibangunkan khusus untuk pemprosesan silaj. Ia mengandungi alat pemotong, pemampat dan penyembur untuk menyuntik bakteria.  Mesin ini berkebolehan untuk mengeluarkan sebanyak 0.60 tan silaj pelepah kelapa sawit (PKS), iaitu 63% lebih cekap daripada kaedah biasa (secara manual).

Kos pengeluaran silaj boleh dikurangkan sehingga 27%, dan ternyata dapat menjimatkan masa dan tenaga buruh.

Silaj PKS yang dihasilkan mempunyai mutu yang lebih baik, dengan nilai pH 3.9 dibandingkan dengan 4.5 daripada silaj yang dihasilkan secara manual.

Teknologi yang dibangunkan dapat digunakan untuk penghasilan silaj secara komersial, khususnya yang berasaskan bahan-bahan buangan   sawit, jerami padi, hampas jagung dan sebagainya.

19

Page 20: silaj pelepah kelapa sawit.2003-2007

20