gambar pokok kelapa sawit

75
1.0. M PENGENALAN Sukatan pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah memberikan tumpuan kepada kemahiran bahasa, iaitu kemahiran lisan (mendengar dan bertutur), kemahiran membaca dan menulis. Kemahiran ini membolehkan murid menggunakan bahasa Melayu secara berkesan dalam kehidupan harian dan sebagai bahasa ilmu untuk pembelajaran seumur hidup. Sukatan pelajaran ini memberikan pertimbangan kepada pelbagai gaya pembelajaran, minat dan kecerdasan yang berbeza dalam kalangan murid. Sukatan pelajaran ini juga memberikan gambaran yang menyeluruh tentang kurikulum Bahasa Melayu yang turut mengandungi matlamat kemahiran bahasa. Secara umumnya matlamat Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah adalah untuk melengkapkan mereka dengan ketrampilan berbahasa dan berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri, memperoleh ilmu, perhubungan sosial, dan urusan harian. KEMAHIRAN LISAN Kemahiran lisan terbahagi kepada dua iaitu kemahiran bertutur dan kemahiran mendengar. Kemahiran Bertutur

Upload: ruslinamuhammad

Post on 29-Dec-2015

191 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

.

TRANSCRIPT

Page 1: Gambar Pokok Kelapa Sawit

1.0. M

PENGENALAN

Sukatan pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah memberikan tumpuan kepada

kemahiran bahasa, iaitu kemahiran lisan (mendengar dan bertutur), kemahiran

membaca dan menulis. Kemahiran ini membolehkan murid menggunakan bahasa

Melayu secara berkesan dalam kehidupan harian dan sebagai bahasa ilmu untuk

pembelajaran seumur hidup. Sukatan pelajaran ini memberikan pertimbangan kepada

pelbagai gaya pembelajaran, minat dan kecerdasan yang berbeza dalam kalangan

murid. Sukatan pelajaran ini juga memberikan gambaran yang menyeluruh tentang

kurikulum Bahasa Melayu yang turut mengandungi matlamat kemahiran bahasa.

Secara umumnya matlamat Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah adalah

untuk melengkapkan mereka dengan ketrampilan berbahasa dan berkomunikasi untuk

memenuhi keperluan diri, memperoleh ilmu, perhubungan sosial, dan urusan harian.

KEMAHIRAN LISAN

Kemahiran lisan terbahagi kepada dua iaitu kemahiran bertutur dan kemahiran

mendengar.

Kemahiran Bertutur

Kemahiran bertutur merujuk kepada keupayaan murid berbicara untuk menjalin

hubungan dan menyampaikan maklumat, perasaan serta idea yang kritis dan kreatif

dengan sebutan dan intonasinyang betul secara sopan. Penekanan diberikan pada

penggunaan pengucapan yang menggunakan tatabahasa yang betul.

Page 2: Gambar Pokok Kelapa Sawit

Matlamat Kemahiran Pengajaran Bertutur

( i ). Bertutur untuk tujuan memaklumkan

Bertutur bertujuan memaklumkan kepada orang lain tentang sesuatu perkara

yang mungkin berbentuk nasihat, tunjuk ajar dan berita. Bagi profesion tertentu,

terdapat orang yang tugasnya memaklumkan atau memberitahu kepada orang

lain tentang sesuatu . Contohnya, guru atau jurujual.

( ii ). Bertutur untuk keseronokan

Kita suka bercakap atau berbual dengan orang lain walau di mana kita berada.

Biasanya bercakap atau bersembang dengan orang lain memang

menyeronokkan kita, terutamanya apabila kita berhimpun atau berkumpul dalam

sesuatu majlis keramaian seperti majlis perkahwinan dan majlis kenduri. Dalam

situasi ini, banyak berlaku dalam perbualan sosial yang kadangkala kita diminta

atau dijemput untuk memberi sedikit ucapan secara spontan yang berkaitan

dengan sesuatu majlis.

( iii ). Bercakap untuk tujuan mempengaruhi

Bercakap untuk mempengaruhi orang lain merupakan perkara biasa dalam

kehidupan manusia dan merupakan asam garam dalam perhubungan harian

sama ada daripada segi politik, soaial, ekonomi dan agama. Sebagai contoh,

ahli politik yang berkempen semasa pilihan raya bertujuan untuk mempengaruhi

rakyat, begitu juga pendakwah agama, peniaga dan sebagainya.

Seringkali juga kita bercakap kerana kita berasa perlu untuk

mempengaruhi orang lain sama ada untuk kebaikan orang itu atau diri kita

sendiri atau kedua-duanya.

Page 3: Gambar Pokok Kelapa Sawit

( iv ). Bercakap untuk menyelesaikan masalah

Sesungguhnya tiada manusia yang boleh lari daripada masalah. Oleh yang

demikian apabila timbul masalah , perkara tersebut perlu diatasi atau

diselesaikan. Masalah itu boleh jadi pada peringkat individu, keluarga, sekolah,

institusi, pejabat, negeri atau negara.

Walau pada peringkat apa pun masalah tersebut, kita perlu bercakap

untuk menyelesaikan sebarang masalah , kesulitan dan sebagainya. Oleh yang

demikian kita mengadakan mesyuarat, perbincangan, perundingan, simposium,

forum, debat dan perbicaraan. Contohnya, perbicaraan di mahkamah iaitu

perbicaraan yang berbentuk perdebatan antara peguam bela dengan peguam

cara yang dihakimi oleh para juri dan tuan hakim. Semua pihak perlu bercakap

termasuk pesalah dan saksi. Matlamatnya adalah untuk menyelesaikan sesuatu

masalah itu adalah dengan bercakap melalui perbicaraan mahkamah yang

melibatkan peguam.

Peringkat Kemahiran Pengajaran Bertutur

Untuk mencapai objektif kemahiran bertutur , iaitu bertutur dengan fasih dan

dapat mengeluarkan bahasa dengan tepat dan sesuai dalam pelbagai situasi

perhubungan di sekolah dan masyarakat, kemahiran bertutur perlu dipelajari

berperingkat-peringkat. Peringkat kemahiran bertutur terbahagi kepada tiga:-

( i ). Peringkat awal

Pada peringkat awal, pertuturan biasanya berlaku dengan bertanya tentang hal-

hal yang berkaitan dengan diri serta pengalaman murid-murid. Contohnya,

seperti bertanya khabar serta mengenai kehidupan seharian yang dilalui oleh

Page 4: Gambar Pokok Kelapa Sawit

murid tersebut. Seseorang guru pula haruslah bertutur dengan pelajar mereka

menggunakan perkataan yang sopan dan bertatasusila. Pada peringkat ini juga,

seseorang guru haruslah bercakap dengan terus terang dan ikhlas terhadap

pelajar tentang sesuatu perkara.

( ii ). Peringkat pertengahan

Pada peringkat pertengahan, murid-murid diajar untuk membuat deskripsi

tentang sesuatu objek dan gambar. Kemudian guru akan bercerita berdasarkan

satu siri gambar atau gambar-gambar bersiri kepada murid-murid. Selain itu,

pada peringkat ini guru juga akan mendeskripsi pengalaman atau sesuatu

peristiwa kepada murid-murid tersebut. Di samping itu, pelajar juga diajar untuk

membuat ucapan pendek dan ringkas serta mengambil bahagian dalam aktiviti

perbualan yang mudah. Kemudian pelajar yang lain akan memberi komen

secara mudah atau membuat ulasan, memberi pendapat atau pandangan

terhadap aktiviti yang dijalankan di dalam kelas.

( iii ). Peringkat maju

Pada peringkat maju pula, proses pertuturan biasanya berlaku untuk membuat

analisis atau inferens, ramalan, pandangan dan justifikasi seperti

mengemukakan pendapat atau cadangan serta berunding secara santun untuk

mendapat persetujuan dan kata sepakat. Hal ini dapat kita perhatikan dalam

mesyuarat sosial seharian dan perbincangan untuk mendapatkan kata sepakat.

Selain itu, pada peringkat ini pelajar diajar untuk membuat pertimbangan untuk

mencapai sesuatu keputusan. Keputusan yang dipilih mestilah berdasarkan

pertimbangan yang dibuat. Pelajar juga diajar untuk menyampaikan maklumat

Page 5: Gambar Pokok Kelapa Sawit

bagi tujuan tertentu serta dapat memberi respon peribadi tentang karya sastera

ataupun sesuatu perkara.

Kemahiran Mendengar

Kemahiran mendengar merujuk kepada keupayaan murid mendengar dengan

teliti, memahami dan menghayati secara lisan perkara yang didengar dalam pelbagai

situasi pengucapan, serta dapat memberikan maklum balas.

Menurut ILA (1996), kemahiran mendengar merupakan satu proses menerima

atau memahami makna dan tindak balas terhadap percakapan atau bukan percakapan

untuk mendengar sesuatu yang melibatkan proses minda atau pemikiran. Menurutnya

lagi, terdapat dua cara komunikasi yang berkesan iaitu bergantung kepada percakapan

dan pendengaran.

Yahya Othman dalam buku ‘Pedagogi Bahasa’ menyatakan bahawa mendengar

adalah kemahiran bahasa yang penting dan perlu dipelajari secara intensif terutama

semasa belajar di sekolah rendah dan menengah seperti yang terkandung dalam

sukatan pelajaran. Aktiviti mendengar penting untuk dikuasai kerana penggunaannya

begitu meluas dalam kehidupan seharian.

Matlamat Pengajaran Kemahiran Mendengar

Kemahiran mendengar merupakan kemahiran menerima, menaakul dan

meproses maklumat dalam komunikasi secara lisan. Murid-murid perlu mendengar untuk

menerima dan memahami idea yang disampaikan dalam perbualan, perbincangan, dialog,

mesyuarat dan penjelasan dalam proses pengajaran guru. Manakala dalam kehidupan harian

pula, aktiviti mendengar sentiasa wujud dalam interaksi sosial (perbualan, perbincangan dan

mesyuarat), untuk mendapat hiburan ( radio,televisyen, filem), memperoleh maklumat

Page 6: Gambar Pokok Kelapa Sawit

(pengajaran guru, berita di radio dan televisyen) serta pernyataan perasaan dan apresiasi seni

(drama, lakonan, dialog dan kesusasteraan). Dengan ini dapat dibuat satu kesimpulan

matlamat kemahiran pengajaran kemahiran mendengar adalah seperti berikut:-

( i ). Memperoleh idea

( ii ). Mencari isi-isi penting

( iii ). Melakukan arahan atau tindak balas

( iv ). Mengenal pasti perkara yang berhubungan dan tidak berhubungan

( v ). Mengenal pasti isi-isi yang tersirat

( vi ). Mentafsir makna-makna yang tersirat

( vii ). Mengenal pasti ‘mood’, suasana dan keadaan/konteks dan mengesan ‘pengaruh’

penutur sama ada menggunakan logik atau propaganda iaitu seperti memberi

yang baik sahaja, menggunakan nama orang-orang terkemuka atau mengulang

sebut apa yang diperkatakan.

Peringkat-peringkat Pengajaran Kemahiran Mendengar

Terdapat tiga peringkat pengajajaran kemahiran mendengar iaitu:-

( i ). Peringkat awal

Pada peringkat awal kemahiran mendengar, pelajar akan diajar untuk

mengecam, mengajuk dan emilih bunyi. Mereka juga diajar untuk mendengar

dan mengecam makna perkataan, rangkai kata dan ayat-ayat dalam petikan.

Pada peringkat ini juga, pelajar akan melakukan perkara dan aktiviti yang

diarahkan oleh guru. Sebagai contoh, guru meminta pelajarnya menggayakan

Page 7: Gambar Pokok Kelapa Sawit

aksi seekor kucing. Maka pelajar tersebut akan bertindak balas dengan

melakukan aksi seekor kucing mengikut kekreatifan masing-masing. Selain itu,

pada peringkat awal ini pelajar cepat bertindak terhadap soalan yang mudah.

Para pelajar juga dapat mengingat dan memadankan perkataan dan ayat-ayat

mudah dengan tepat.

( ii ). Peringkat pertengahan

Pada peringkat ini pelajar didedahkan untuk mengecam dan mengingat fakta dan

butiran secara tepat dan terperinci. Pelajar juga diajar untuk mengenal

informasi-informasi spesifik atau maklumat khusus. Sebagai contoh, guru

memberitahu pelajar tentang tragedi kemalangan . Kemahiran mendengar murid

mungkin akan dapat meningkatkan pengetahuan pelajar dan mengambil

tindakan cara-cara untuk mengelak kan kemalangan.

Selain itu, pelajar akan diajar untuk mengenal perhubungan orang-orang yang

berinteraksi dalam kehidupan sosial serta diterapkan ilmu aspek mengenal sikap

dan perasaan orang yang bercakap. Mereka akan dipupuk untuk menjadi

seorang pendengar yang baik dengan sentiasa menumpukan perhatian terhadap

penyampai. Hal ini adalah untuk mengelakkan pelajar tersebut menjaga

perasaan penyampai serta ilmu dan maklumat yang disampaikan itu dapat

memberi manafaat kepada pelajar terbabit.

( iii). Peringkat maju

Pada peringkat maju ini, palajar diajar untuk mengenal isi-isi penting. Sebagai

contoh dalam sebuah karangan, guru akan mengajar bagaimana untuk mencari

isi-isi utama dalam karangan tersebut. Pelajar akan dapat mengenal peranan

dan perhubungan orang yang bercakap.

Page 8: Gambar Pokok Kelapa Sawit

Selain itu, pelajar kan diajar untuk mentafsirkan maksud orang yang bercakap.

Pelajar tersebut juga dapat membezakan tekanan dan intonasi dalam sesebuah

pertuturan. Contohnya dalam Sukatan Pelajaran Tahun Empat, pelajar diajar

mendengar dan mengecam intonasi yang betul dalam soalan tanpa kata tanya.

Mereka juga diajar untuk mencari jalan penyelesaian untuk mengatasi masalah

yang didengar sama ada merujuk kepada guru atau kawan-kawan.

Pada peringkat ini juga, pelajar akan dididik untuk mengikut aliran dalam dialog

atau perbualan serta dapat mentafsirkan tujuan penutur menggunakan pelbagai

bentuk struktur nahu.

Kemahiran Membaca

Kemahiran membaca merujuk kepada keupayaan murid membaca dengan

sebutan, intonasi, jeda dan kelancaran yang betul. Penekanan perlu diberikan pada

aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan secara kritis dengan menggunakan

pelbagai teknik membaca. Di samping itu, murid berupaya menghayati teks yang

dibaca.

Pumfrey (1977) berpendapat membaca bukanlah hanya setakat bersifat

mekanik, iaitu membunyikan huruf-huruf yang dicetak dan menjawab beberapa soalan

tentang apa yang dibaca, tetapi membaca adalah lebih jauh daripada itu. Membaca

adalah satu proses pemikiran yang membina. Dengan membaca, seseorang itu harus

dapat membina kebolehan menilai, mengulas dan mengkritik apa yang dibaca dengan

tepat, memahami kehendak situasi dan aspirasi masyarakat di sekeliling, membina

sikap dan cita-cita serta fikiran yang terbuka dan positif.

Page 9: Gambar Pokok Kelapa Sawit

Matlamat Pengajaran Kemahiran Membaca

Kemahiran membaca dan memahami apa yang diajarkan kepada murid-murid

supaya mereka dapat bertindak balas terhadap maklumat yang diperoleh dalam bentuk

tulisan. Daripada kemahiran ini mereka dapat memperluas ilmu dan pengetahuan yang

terakam dalam bahan bertulis. Secara khusus matlamat kemahiran bacaan dapat

dianalisis seperti berikut:-

(a) Bacaan Mekanis

( i ). Membolehkan murid-murid membaca dengan cepat dan pantas dengan

sebutan dan intonasi yang betul dan jelas.

( ii ). Membolehkan murid-murid membaca dengan irama membaca yang

betul.

( iii ). Membolehkan murid-murid tahu menggunakan tanda-tanda baca serta

tahu berhenti pada tempat berhenti yang betul.

( iv). Dapat menggunakan kemahiran membaca dalam mata pelajaran lain.

( v ). Untuk membolehkan murid-murid mencapai kemahiran dan kecekapan

untuk bacaan secara bersuara.

(b) Bacaan senyap

( i ). Melatih murid-murid supaya boleh membaca dengan sendiri.

( ii ). Melatih murid-murid supaya boleh membaca dan memahami apa yang

dibacanya.

( iii ). Melatih murid-murid membaca senyap dengan pantas.

( iv ). Dapat menggunakan kemahiran membaca senyap untuk mendapatkan

pengetahuan.

( v ). Dapat menggunakan kemahiran membaca senyap untuk hiburan.

Page 10: Gambar Pokok Kelapa Sawit

(c) Bacaan intensif

( i ) . Membolehkan kanak-kanak membaca dengan baik, betul daripada segi

sebutan, intonasi, kelancaran dan dapat menggunakan tanda-tanda

bacaan dengan baik.

( ii ). Mengembangkan kebolehan mentafsir apa yang ditulis dalam bacaan

dengan mengkaji susunan kata dalam ayat dan pengertian dalam kamus.

( iii ). Membaca secara senyap dengan kepantasan yang sewajarnya.

( iv ). Menilai atau mengulas isi-isi yang diperolehi daripada bahan-bahan yang

dibaca.

( v ). Mengesan, memahami dan menikmati unsure-unsur estetik dan bahasa.

( vi ). Mengenal pasti laras bahasa yang pelbagai

( vii ). Membuat rumusan atau kesimpulan daripada apa yang dibaca dan

sebagainya.

(d) Bacaan Ekstensif

( i ). Membolehkan pelajar-pelajar membaca dengan cara tersendiri tanpa

bimbingan secara langsung daripada orang lain.

( ii ). Membolehkan pelajar-pelajar membaca dengan fasih dalam bahasa yang

mereka pelajari.

( iii ). Memperkayakan bahasa dan perbendaharaan kata, struktur ayat dan

lain-lain.

( iv ). Menambah minat membaca.

( v ). Mempertingkatkan mutu dan kepantasan membaca.

Page 11: Gambar Pokok Kelapa Sawit

( vi ). Memperkembangkan daya kreatif dalam penggunaan bahasa, sama ada

dalam bentuk prosa atau puisi.

Peringkat Pengajaran Kemahiran Membaca

Ada empat peringkat kemahiran membaca yang harus diketahui oleh guru:-

( i ). Peringkat Kesediaan membaca

Menurut Juriah Long (1994), kesediaan membaca ialah satu peringkat

perkembangan sama ada faktor-faktor alam sekitar ataupun faktor tersedia yang

menyediakan seseorang kanak-kanak itu membaca. Peringkat ini dikatakan sebagai

satu peringkat yang menyediakan kanak-kanak dengan bacaan awal atau bacaan

asas. Konsep kesediaan membaca bukan sahaja meliputi pengajaran kemahiran-

kemahiran sebelum bacaan, tetapi juga merangkumi setiap kemahiran sebelum

kemahiran membaca secara khusus dan berterusan.

Kesediaan membaca kanak-kanak dipengaruhi oleh keadaan fizikal,

pengalaman dan persekitaran, emosi dan motivasi serta kecerdasan dan

perkembangan kognitif. Dari segi fizikal, kemampuan kanak-kanak dilihat dari sudut

keupayaan alat-alat sebutannya menghasilkan bunyi-bunyi yang diajarkan ,

keupayaan matanya mengecam bentuk, dan keupayaan pendengarannya

mengecam bunyi-bunyi. Dari segi emosi, kemampuan kanak-kanak dilihat dari segi

minatnya terhadap bahan-bahan bacaan dan minatnya untuk mendengar bacaan

terutamanya bahan cerita. Dari segi i segi mental pula pula, kemampuan kanak-

kanak dilihat dari segi keupayaannya mengingat apa yang telah diberitahu dan

kebolehannya menyatakan semula apa-apa yang telah diketahui.

( ii ). Peringkat Prabacaan

Page 12: Gambar Pokok Kelapa Sawit

Prabacaan merupakan kesediaan murid untuk membaca. Peringkat ini

meliputi kemahiran pengamatan pendengaran, kemahiran pengamatan penglihatan,

aktiviti koordinasi psikomotor, latihan menajamkan daya ingatan, dan latihan bahasa

pertuturan. Peringkat bacaan pula meliputi kemahiran mengenal abjad hingga

membaca ayat. Pada tahap ini, muriddidedahkan dengan aktiviti-aktiviti yang boleh

mendorong mereka mempertingkatkan ketajaman penglihatan dan pendengaran.

Untuk mencapai kemahiran-kemahiran tersebut, aktiviti prabacaan boleh

dilakukan dengan enggunakan parmainan huruf, suku kata dan perkataan untuk

mengukuhkan lagi kemahiran tersebut.

( iii ). Bacaan Mekanis

Pada tahap ini murid sudah boleh menyebut huruf, suku kata, perkataan ,

frasa dan ayat-ayat mudah. Mereka juga boleh membatang perkataan yang

mengandungi suku kata terbuka dan tertutup yang bermula dengan konsonan.

Kaedah-kaedah membaca yang sistematik yang boleh digunakan ialah pandang dan

sebut, kaedah terus, bunyi kata dan abjad atau mengeja.

( iv ). Bacaan dan kefahaman

Kefahaman merupakan pelengkap kepada keperluan bacaan. Jika

murid tidak faham apa yang dibaca itu tidak bermakna. Pada tahap ini murid

sepatutnya mempunyai keupayaan untuk mengumpul maklumat dan makna

daripada apa yang dibaca dan mentafsir serta menilai sesuatu dengan sepenuhnya

tentang apa yang dibaca.

Page 13: Gambar Pokok Kelapa Sawit

Kemahiran menulis

Kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan

ayat dan mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan

ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah dilalui. Penekanan perlu

diberikan pada penggunaan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul serta

tulisan yang jelas, cantik dan kemas. Murid juga digalakkan menggunakan kreativiti

mereka untuk menghasilkan penulisan bahan berunsur pengetahuan dan imaginative.

Penguasaan kemahiran menulis memerlukan kepelbagaian situasi dan konteks

yang meliputi bahan prosa, puisi dan grafik.

Matlamat Kemahiran Pengajaran Menulis

Kemahiran menulis diajar kepada murid agar mereka dapat merakamkan apa

sahaja perkara yang didengar, dilihat atau dialami dalam bentuk grafik iaitu tulisan.

Pada masa yang sama, murid juga dapat menggunakan kemahiran berfikir dengan

sebaik mungkin. Kombinasi yang melibatkan minda, mata, telinga dan jari ini akan

menghasilkan kemahiran menulis yang sistematik.

Matlamat mengarang bagi peringkata sekolah rendah secara amnya bertujuan

untuk melahirkan murid-murid yang dapat mengolah idea atau pendapat berdasarkan

situasi atau tajuk tentang sesuatu ke dalam bentuk karangan tettentu. Kemahiran ini

juga dapat melatih murid melahir dan mengembangkan idea mereka sendiri. Kemahiran

menulis juga melatih murid-murid mengembangkan karangan dalam bentuk

pemerengganan yang betul.

Kemahiran menulis ini turut melatih para pelajar untuk menggunakan bentuk

penggunaan bahasa yang betul berdasarkan sesuatu jenis karangan tertentu.

Page 14: Gambar Pokok Kelapa Sawit

Kemahiran ini juga, melatih murid mengguakan format karangan yang betul. Selain itu,

murid boleh menggunakan pengalaman menulis karangan ke dalam situasi sebenar

sehari-hari. Kemahiran ini juga menyiapkan murid-murid menghadapi peperiksaan pada

masa akan datang.

Kemahiran menulis juga bermatlamat untuk menyuburkan minat murid di

samping berpeluang untuk meluaskan kosa kata mereka apabila mereka berinteraksi

dengan orang lain. Selain itu, ia juga bermatlamat untuk memberi kepuasan jiwa

kepada semua penulis kerana mampu melahirkan perasaan mereka menerusi tulisan.

Peringkat Pengajaran Kemahiran Menulis

Terdapat tiga peringkat dalam kemahiran menulis iaitu:-

(i ). Peringkat pramenulis

Pada peringkat ini murid akan diberikan persediaan secara mekanikal untuk

membolehkannya menggunakan alat tulis dan dapt menulis dengan selesa dan

tepat. Pada peringkat ini guru akan memberikan aktiviti-aktiviti pergerakan

tangan dan mata supaya murid dapat mengkoordinasi mata dan tangan untuk

tujuan menulis. Latihan lain yang boleh dilakukan untuk membentuk kemahiran

ini ialah:

Latihan membentuk garis lurus dan lengkok berdasarkan garisan putus-

putus.

Latihan mewarna mengikut arah yang ditentukan.

Latihan membentuk bulatan di udara: dari kiri ke kanan dan sebaliknya.

Latihan membentuk garisan lurus.

Page 15: Gambar Pokok Kelapa Sawit

( ii ). Peringkat Mekanis

Setelah murid boleh menggunakan alat tulis, peringkat seterusnya ialah

peringkat tulisan mekanis. Pada peringkat ini murid-murid dilatih membentuk lambang-

lambang yang ada kaitannya dengan bentuk-bentuk huruf. Akhirnya, murid akan dapat

menuliskan huruf-huruf untuk perkataan, dan seterusnya ayat. Secara umumnya,

latihan-latihan yang boleh digunakan pada peringkat ini ialah:

Latihan membentuk bulatan dan garis lurus secara terkawal

Latihan menulis huruf di atas kertas bergaris

Latihan membentuk huruf dengan cara yang betul, secara bebas.

( iii ). Peringkat Pelahiran

Pada peringkat ini murid-murid sepatutnya telah menguasai kemahiran

membentuk huruf dan mengeja. Peringkat pelahiran ialah murid-murid dilatih untuk

melahirkan sesuatu untuk ditulis. Latihan dimulakan secara terkawal, tetapi pada akhir

peringkat ini murid sepatutnya telah tahu memberikan reaksi bertulis terhadap bahan-

bahan rangsngan yang diberikan. Antara contoh-contoh latihan yang boleh digunakan

pada peringkat ini ialah:-

Mengisi silang kata

Mengisi tempat kosong dalam ayat

Melengkapkan ayat

Melengkapkan petikan atau cerita

Menulis ayat berdasarkan bahan rangsangan gambar

Menulis jawapan kefahaman

Page 16: Gambar Pokok Kelapa Sawit

1.1. MATLAMAT DAN PERINGKAT-PERINGKAT PENGAJARAN KEMAHIRAN

BAHASA DALAM BENTUK GRAFIK

KEMAHIRAN

PENGAJARAN

KEMAHIRAN

BAHASA

Lisan

mendengar

bertutur

membaca

menulis

Page 17: Gambar Pokok Kelapa Sawit

menyampai atau melahirkan pendapat peribadi

menyebut dengan jelas

melaporkan peristiwa dan memberi sesuatu huraian

dengan tepat

memberi penerangan dan

alasan

menunjuk arah

bertutur secara

bertatasusila

bertemu ramah

bertukar-tukar pendapat dan

maklumat

membina soalan untuk mencari maklumat

bertutur menggunakan bahasa yang tepat dan sesuai dengan pendengar

dan situasi

MATLAMAT

KEMAHIRAN

PENGAJARAN

BERTUTUR

Page 18: Gambar Pokok Kelapa Sawit

MATLAMAT

KEMAHIRAN PENGAJARAN

MENDENGAR

memperoleh

idea

mencari isi penting

melakukan arahan/tindak balas

mengenal pasti perkara yang

berhubungan dan tidak berhubungan

mengenal pasti isi-isi yang tersirat

mentafsir makna-makna

tersirat

mengenal pasti ‘mood’ penutur,

suasana dan keadaan/konteks

mengesan ‘pengaruh’ penutur sama ada menggunakan logik atau

propaganda, iaitu seperti memberi yang baik sahaja, menggunakan

nama orang-orang terkemuka atau mengulang sebut apa yang

diperkatakan

Page 19: Gambar Pokok Kelapa Sawit

PERINGKAT KEMAHIRAN BERTUTUR

Peringkat

awal

Peringkat

pertengahanPeringkat

maju

Page 20: Gambar Pokok Kelapa Sawit

PERINGKAT AWAL KEMAHIRAN BERTUTUR

Melafazkan pengucapan

bertatasusialaMengajuk perkataan

dan ayat yang didengar

menyoal untuk mendapatkan maklumat

Membuat teguran atau kenyataan

mengenai sesuatu situasi

Memberi arahan

Menyoal soalan-soalan mudah

Berdasarkan situasi-situasi tertentu Membuat ayat tentang diri, rakan, ibu dan bapa

Membuat ayat-ayat

daripada gambar

Page 21: Gambar Pokok Kelapa Sawit

PERINGKAT PERTENGAHAN KEMAHIRAN BERTUTUR

Membuat diskripsi tentang objek atau gambar Bercerita berdasarkan

satu siri gambar atau gambar-gambar bersiri

Mendeskripsi pengalaman atau sesuatu peristiwa

Memberi satu siri arahan sesuatu

peristiwa Menyoal dan menjawab soalan

Membaca iklan dan peraturan

Memberi ucapan pendek dan mudah

Mengambil bahagian dalam perbualan mudah Memberi komen

secara mudah

Membuat ulasan, memberi pendapat atau pandangan

secara mudah

Page 22: Gambar Pokok Kelapa Sawit

KEMAHIRAN BERTUTUR PERINGKAT

MAJU

Mendeskripsi sesuatu peristiwa,kejadian,pengalaman,o

bjek,permainan,proses dan sebagainya

Bercerita dengan menggunakan alat

pandang atau tanpa menggunakannya

Mengambil bahagian dalam

perbincangan,perbualan atau dialog

Bertanya untuk mendapatkan maklumat

Menerangkan proses, kejadian, prosedur dan

paeraturan

Memberitahu arah atau hala sesuatu tempat

Memberi ceramah, syarahan (yang

disediakan)

Mengambil bahagian dalam perbahasan,diskusi, forum, perbincangan, seminar dan

lain-lain

Mengambil bahagian dalam drama dan lakonan

Mendklamasi puisi

Menyampaikan komen, laporan atau ulasan

Mengkritik cerpen, pendapat, puisi novel

dan sebagainya

Page 23: Gambar Pokok Kelapa Sawit

PERINGKAT KEMAHIRAN

MENDENGAR

permulaan

pertengahan

maju

Page 24: Gambar Pokok Kelapa Sawit

KEMAHIRAN MENDENGAR PERINGKAT PERMULAAN

Mengecam,mengajuk,memilih bunyi yang kasar atau

indah, mendengar dan menyebut perkataan,ayat,

rangkai kata, mengecam makna perkataan, melakukan

sesuatu yang diminta atau disuruh, menjalankan

perintah dan permintaan, bertindak terhadap soalan

yang mudah, memadankan perkataan dan ayat dan

mengingati perkataan dan ayat yang mudah secara

tepat

Page 25: Gambar Pokok Kelapa Sawit

KEMAHIRAN MENDENGAR PERINGKAT PERTENGAHAN

Mengecam dan mengingati fakta dan butiran

secara terperinci , mengenqal maklumat

khusus , mengenal urutan, mengenal sebab

dan akibat, mengenal situasi (perhubungan

orang yang berinteraksi ) dan mengenal

sikap serta perasaan orang yang bercakap

dan sebagainya

Page 26: Gambar Pokok Kelapa Sawit

KEMAHIRAN MENDENGAR PERINGKAT MAJU

Mengenal isi-isi penting, mengetahui

fungsi-fungsi tekanan, mencari jalan

mengatasi masalah yang didengar,

mengikuti aliran dalam dialog atau

perbualan dan mentafsirkan tujuan

penutur dan menggunakan pelbagai

struktur nahu

Page 27: Gambar Pokok Kelapa Sawit

MATLAMAT KEMAHIRAN PENGAJARAN MEMBACA

Mekanis

-Membolehkan murid-murid membaca dengan cepat dan pantas dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas

-Membolehan murid-murid membaca dengan irama membaca yang betul

-Membolehkan murid-murid tahu menggunakan tanda-tanda baca serta berhenti pada tempat yang betul

-Dapat menggunakan kemahiran membaca dalam mata pelajaran lain

-Untuk membolehkan murid-murid mencapai kemahiran dan keceapan untuk membaca bersuara

Senyap

-Melatih murid-murid supaya boleh membaca dengan sendiri

-Melatih murid-murid supaya boleh membaca dan memahami apa yang dibacanya

-Melatih murid-murid membaca senyap dengan pantas

-Dapat menggunakan kemahiran membaca senyap untuk mendapatkan pengetahuan

-Dapat menggunakan kemahiran sebagai hiburan

Intensif

-Membolehkan kanak-kanak membaca dengan baik , betul dari segi sebutan, intonasi, lancar dan tahu menggunakan tanda-tanda bacaan dengan baik

-Mengembangkan kebolehan mentafsir apa yang ditulis dalam bacaan dengan mengkaji susunan kata dalam ayat dan pengertian dalam kamus

-Membaca secara senyap dengan kepantasan yang sewajarnya

-Menilai atau mengulas isi-isi yang diperolehi daripada bahan-bahan yang dibaca

-Mengesan, memahami dan menikmati unsur-unsur estetik dalam bahasa

-Mengenal pasti laras bahasa pelbagai

-Membuat rumusan daripada apa yang dibaca dan sebagainya

Ekstensif

-Membolehkan murid membaca dengan cara tersendiri tanpa bimbingan secara langsung daripada orang lain

-Membolehkan murid membaca dengan fasih dalam bahasa yang mereka pelajari

-Memperkayakan bahasa dan perbendaharaan kata , struktur ayat dan lain-lain

-Menambah minat membaca

-Mempertingkatkan mutu dan kepantasan membaca

-memperkembangkan daya kreatif dalam pemggunaan bahasa, baik dalam bentuk prosa atau puisi

Page 28: Gambar Pokok Kelapa Sawit

PERINGKAT KEMAHIRAN PENGAJARAN MEMBACA

-Kamarudin Hj. Husin(1988) membahagikan kepada lima

peringkat

Kesediaan murid

-Penguasaan bahasa dan emosi murid akan dapat membantu guru

Mendirikan asas bacaan

-Guru perlu menggunakan bbm yang ringkas, menarik dan bermakna

-Kemahiran asas bacaan dimulakan dengan mengenal abjad, suku kata, perkataan, frasa

dan ayat

-Galakan dan dorongan perlu berterusan

Membina dan mengukuhkan sikap gemar membaca

-Perlu dipupuk di peringkat sekolah supaya sebati

dengan jiwa kanak-kanak

Melatih membaca dan memaham

-Bahan bacaan mestilah yang baik

-Soalan-soalan guru berkaitan bahan yang dibaca akan membantu murid membina kemahiran memahami

Melatih membaca untuk mencari hiburan atau maklumat

-Setelah kanak-kanak boleh membaca dengan lancar dan memahami isi bahan yang dibaca mereka akan menggunakan kemahiran ini untuk memilih bahan bacaan lainuntuk mencari maklumat dan mengisi masa lapang

Page 29: Gambar Pokok Kelapa Sawit

MATLAMAT KEMAHIRAN MENULIS

Murid-murid dapat merakamkan apa sahaja yang didengar, dilihat atau dialami dalam bentuk grafik iaitu tulisan. Dalam masa yang sama pelajar juga dapat menggunakan kemahiran berfikir. Kombinasi minda dan pancaindera lain akan menghasilkan kemahiran menulis yang sistematik.

Melahirkan murid-murid yang dapat mengolah idea atau pendapat berdasarkan situasi atau tajuk bentuk karangan tertentu. Seterusnya ia akan dapat melatih dan mengembangkan idea serta melatih murid mengembangkan karangan dalam bentuk pemerengganan yang betul.

Melatih murid untuk menggunakan bentuk penggunaan bahasa dan format yang betul berdasarkan sesuatu jenis karangan tertentu. Ia juga dapat membolehkan pelajar menggunakan pengalaman menulis karanga ke dalam situasi sebenar dalam kehidupan seharian. Selain itu

- Dapat menyuburkan minat murid di samping meluaskan kosa kata apabila mereka berinteraksi dengan orang lain. Ia juaga memeberikan kepuasan jiwa kepada semua penulis kerana mampu melahirkan peraan mereka menerusi hasil karya tulisan.

Page 30: Gambar Pokok Kelapa Sawit

PERINGKAT KEMAHIRAN MENULIS

Peringkat pramenulis

Pelajar diberikan persediaan secara mekanikal untuk membolehkannya menggunakan alat tulis dan dapat menulis dengan selesa dan tepat.

Guru akan memberikan aktiviti pergerakan tangan dan mata supaya pelajar boleh mengkoordinasikan mata kedua-dua anggota ini untuk tujuan menulis. Contoh latihan seperti:-

Latihan membentuk garis lurus dan lengkok berdasarkan garisan putus-putus

Latihan mewarna mengikut arah yang ditentukan

Latihan membentuk bulatan di udara

Latihan membentuk garis lurus

Peringkat mekanis

Pelajar dilatih membentuk lambing-lambang yang ada kaitannya dengan bentuk-bentuk huruf. Akhirnya pelajar akan dapat menuliskan huruf-huruf untuk membentuk perkataan, dan seterusnya ayat. Contoh latihan seperti:-

Membentuk bulatan dan garis lurus secara terkawal

Menulis huruf di atas kertas bergaris

Membentuk huruf dengan cara yang betul atau bebas

Pelahiran

Pelajar sepatutnya telah menguasai kemahiran membentuk huruf dan mengeja iaitu pelajar dilatih untuk melahirkan sesuatu untuk ditulis. Latihan dimulakan secara terkawal, tetapi pada akhir peringkat ini pelajar sepatutnya telah tahu memberikan reaksi bertulis terhadap bahan-bahan rangsangan yang diberikan. Contoh latihan seperti:-

Mengisi silang kata Mengisi tempat kosong dalam ayat Melengkapkan ayat Melengkapkan petikan atau cerita Menulis ayat berdasarkan bahan rangsangan gambar Menulis jawapan kefahaman

Page 31: Gambar Pokok Kelapa Sawit

2.0. Membina instrument kemahiran bahasa dalam bentuk bercetak.

2.1.1.Instrumen Kemahiran Lisan

(i). 1.2.Bertanya dan menjawab tentang sesuatu perkara secara bertatasusila.

Baca teks dan jawab soalan di bawah.

Petani Jaya

Pak Cik Noh pekebun sayur yang ringan tulang. Sayur-sayuran yang ditanamnya sangat

subur.

Setiap pagi, Pak Cik Noh akan pergi ke kebunnya. Semasa di kebun, dia bekerja

dengan tekun.

Apabila tanamannya sudah matang untuk dipetik, Pak Cik Noh akan meminta anggota

keluarganya membantu. Sayur-sayuran yang dipetik akan dimasukkan ke dalam sebuah

keranjang.

Pemborong sayur dari Bandar membeli sayur-sayurannya. Walau bagaimanapun, Pak

Cik Noh tidak menjual kesemua sayurnya kepada pemborong. Sebahagiannya akan dijual di

pasar tani. Sayur-sayuran yang dijual oleh Pak Cik Noh segar dan berpatutan harganya.

1. Ke manakah Pak cik Noh pergi pada setiap pagi?

______________________________________________________________

2. Bilakah Pak cik Noh akan memetik hasil tanamannya?

______________________________________________________________

3. Siapakah yang akan membeli sayur-sayuran Pak cik Noh?

______________________________________________________________

Page 32: Gambar Pokok Kelapa Sawit

4. Di manakah Pak Cik Noh akan menjual sayur-sayurannya?

________________________________________________________________

5. Bagaimanakah jika kita hendak berjaya seperti Pak cik Noh?

________________________________________________________________

Jawapan

1. Pada setiap pagi Pak Cik Noh akan pergi ke kebunnya.

2. Pak cik Noh akan memetik hasil tanamannya apabila sudah matang.

3. Pemborong sayur dari bandar yang akan membeli sayur-sayuran Pak Cik Noh.

4. Pak Cik Noh akan menjual sayur-sayurannya di bandar.

5. Jika kita hendak berjaya seperti Pak cik Noh kita mestilah bersikap ringan tulang

dan tekun.

( ii ). 1.3.Memberikan dan memahami arahan serta pesanan tentang sesuatu perkara.

Kemudian, hidupkan suis pada unit pemprosesan pusat dan monitor.

Akhir sekali mulakanlah tugasan kamu.

Mula-mula pasangkan plag dan hidupkan suis elektrik.

Nomborkan cara-cara menggunakan komputer mengikut urutan yang betul.

Page 33: Gambar Pokok Kelapa Sawit

Seterusnya, lihat dan klik pada program yang dikehendaki.

Selepas itu, pastikan paparan tertera pada skrin.

Jawapan

Kemudian, hidupkan suis pada unit pemprosesan pusat dan monitor.

Akhir sekali mulakanlah tugasan kamu

Mula-mula pasangkan plag dan hidupkan suis elektrik.

Seterusnya, lihat dan klik pada program yang dikehendaki.

Selepas itu, pastikan paparan tertera pada skrin.

1

2

3

5

4

Page 34: Gambar Pokok Kelapa Sawit

( iii ). 1.4.Menyatakan permintaan secara berterus terang dan meyakinkan dengan

intonasi dan paralinguistik yang sesuai untuk menguatkan permintaan

1.

2.

3.

Bina ayat permintaan berdasarkan keterangan yang diberikan

Nazrin ingin menyertai

aktiviti gotong-royong

membersihkan sekolah

Ibu, izinkan saya ______

________________________________________________________________________

Murid-murid,

___________________

___________________

______________

Cikgu Normah meminta murid-

murid menghadiri aktiviti gotong-

royong di sekolah

Guru besar meminta murid-murid di sekolah Wahida menjaga kebersihan sekolah

Murid-murid,

__________________________

________________________

Page 35: Gambar Pokok Kelapa Sawit

4.

Jawapan

1. Ibu, izinkan saya menyertai aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan

sekolah.

2. Murid-murid, tolong hadiri aktiviti gotong-royong di sekolah.

3. Murid-murid, sila jaga kebersihan sekolah.

4. Ayah, mari sertai aktiviti gotong-royong di sekolah.

Wahida mempelawa ayahnya

menyertai aktiviti gotong-

royong di

sekolahnyasekolahnya

Ayah, ______________________

___________________________

Page 36: Gambar Pokok Kelapa Sawit

2.1.2. Instrumen Kemahiran Membaca

( i ). 5.2. Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul

dan lancar serta memahami perkara yang dibaca

Baca pantun di bawah dan jawab teka teki yang diberikan.

Jauh di awan beribu batu,

Bergerak sendiri merata-rata;

Kepada manusia sangat membantu,

Memancar maklumat kepada kita.

Berumah kecil tiangnya satu,

Orang beratur sabar menanti;

Boleh digunakan tak kira waktu,

Syiling di poket masuk ke peti.

Bercakap rancak sepanjang masa,

Berdendang merdu macam penyanyi;

Ada berita hal ehwal semasa,

Menjadi teman ketika sunyi.

Bebas belayar mencari pautan,

Berjaring bukan menangkap ikan;

Maklumat pantas menjadi dapatan,

Informasi terkini butang ditekan.

Page 37: Gambar Pokok Kelapa Sawit

Jawapan

1. Satelit

2. Mesin penjual air

3. Radio

4. Internet

( ii ). 7.2. Membaca dan mengenal pasti perkataan, pelbagai jenis ayat, dan gaya bahasa

daripada bahan sastera dan bukan sastera yang dapat membawa kesan tertentu kepada

pembaca.

Jangan berenang ketika ombak besar.

Kamu gembira semasa di Kuala Lumpur?

Eh, orang utan itu membelai anaknya!

Burung layang-layang membuat sarang di dalam gua.

Bilakah mereka melawat ke Sabah?

Menara Kuala Lumpur tinggi dan tersergam indah.

Bersihkan kelas ini.

Amboi, cantiknya tempat ini!

Ayat Penyata 1._______________________________________________________

2._______________________________________________________

Baca ayat di bawah. Kemudian, tulis ayat mengikut jenisnya pada ruangan yang disediakan.

Page 38: Gambar Pokok Kelapa Sawit

Ayat Seruan 1._______________________________________________________

2._______________________________________________________

Ayat Perintah 1._______________________________________________________

2._______________________________________________________

Ayat Tanya 1._______________________________________________________

2._______________________________________________________

Jawapan

Ayat Penyata 1. Burung layang-layang membuat sarang di dalam gua.

2.Menara Kuala Lumpur tinggi dan tersergam indah.

Ayat Seruan 1.Eh, orang utan itu membelai anaknya!

2.Amboi, cantiknya tempat ini!

Ayat Perintah 1.Jangan berenang ketika ombak besar.

2.Bersihkan kelas ini.

Ayat Tanya 1.Kamu gembira semasa di Kuala Lumpur?

2.Bilakah mereka melawat Sabah?

( iii ). 6.4.Membaca pantas secara luncuran untuk mendapatkan maklumat yang

menyeluruh.

Baca teks di bawah dengan kuat. Kemudian, tulis tajuk yang

sesuai dengan teks itu.

Page 39: Gambar Pokok Kelapa Sawit

1. Daun kelapa banyak kegunaannya. Kita boleh membuat sarung ketupat daripadanya.

Mula-mula, ambil sehelai daun kelapa yang muda. Bahagikan daun itu kepada dua

bahagian. Kemudian, anyam daun itu.

Tajuk:___________________________________________________________________

2. Tarian ini ditarikan oleh orang-orang Iban. Tarian ini dipersembahkan pada hari Gawai

atau majlis-majlis kebesaran kaum Iban. Tarian ini mengisahkan kepahlawanan kaum

Iban.

Tajuk:___________________________________________________________________

3. Alat muzik ini menghasilkan bunyi apabila dipalu. Sarang lebah pernah dianggap oleh Pak

Belang sebagai alat muzik ini. Alat muzik ini juga digunakan dalam persembahan silat dan

upacara perasmian.

Tajuk:___________________________________________________________________

4. Aku diperbuat daripada daun mengkuang. Sebelum sifat aku sempurna, banyak proses

dilakukan oleh tuan aku. Tubuh aku berwarna-warni. Aku digunakan untuk mengalas

tempat duduk.

Tajuk:___________________________________________________________________

Jawapan

1.Cara-cara membuat sarung ketupat

2.Tarian Ngajat

3.Gong

Page 40: Gambar Pokok Kelapa Sawit

4.Aku sehelai tikar

2.1.3. Instrumen Kemahiran Menulis

( i ). 8.1. Membina dan menulis perkataan , ayat tunggal, dan ayat majmuk.

hari – Azlan – di taman

1. ______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

petang – badminton – gelanggang

2. ______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

Bina ayat dengan menggunakan perkataan dan gambar di bawah

Page 41: Gambar Pokok Kelapa Sawit

Azlan – sihat – cergas

3. ______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

otak – cerdas – cemerlang – peperiksaan

4. ______________________________________________________________________

___________________________________________________________________

melakukan – beramai-ramai – taman

5. ______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

Page 42: Gambar Pokok Kelapa Sawit

Jika – malas – lesu – bermaya

6. ______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

Jawapan

1. Setiap hari Azlan bersenam di taman.

2. Pada setiap petang juga, Azlan bermain badminton bersama kawan-kawannya.

3. Badan Azlan sihat dan cergas.

4. Otaknya yang cerdas menjadikan dia sentiasa cemerlang dalam peperiksaan.

5. Azlan melakukan senaman beramai-ramai di taman.

6. Jika kita malas bersenam badan kita menjadi lesu dan tidak bermaya.

( ii ).10.1. Menghasilkan pelbagai genre ( prosa dan puisi ) termasuk e-mel yang

mudah,menarik dan bermakna.

menjadikan kagumibergaul bertajukhormati rasaimemupuk terpengaruhmenjaga bersukanberjumpa melupakan

Lengkapkan teks syarahan di bawah dengan perkataan yang sesuai

Page 43: Gambar Pokok Kelapa Sawit

Yang saya 1.______________________, Tuan Pengerusi Majlis, Yang berusaha Tuan Guru

Besar, guru-guru dan rakan sekalian. Syarahan saya pada hari ini 2.____________________

“Faedah Bersukan”.

Hadirin yang saya hormati,

Badan sihat otak cerdas. Itulah kata hikmat yang orang bijak pandai. Oleh itu, kita

mestilah selalu 3._______________________ untuk 4. _______________________ badan kita

sihat.

Ketika bersukan, kita juga dapat 5.______________________ masalah. Hal ini

demikian kerana perasaan gembira akan kita 6.______________________ semasa bersukan.

Selain itu, kita juga akan dapat 7.___________________ dengan orang lain dan dapat

8.______________________semangat kesukanan. Jadi, kita tidak akan mudah

9.________________________ akan unsur-unsur negatif.

Justeru, marilah kita bersukan untuk 10.______________________ kesihatan diri.

Sekianlah sahaja syarahan saya. Terima kasih.

Jawapan

1.hormati

2.bertajuk

3.bersukan

4.menjadikan

5.melupakan

Page 44: Gambar Pokok Kelapa Sawit

6.rasai

7.bergaul

8.memupuk

9.terpengaruh

10.menjaga

( iii ). 10.2. Mengedit dan memurnikan hasil penulisan.

1. Sayur-sayuran yang dijual di pasar ialah sawi kangkung bayam dan kubis

______________________________________________________________________

2. Kamu hendak membeli sayur bendi atau sayur terung

______________________________________________________________________

3. Wah luasnya kebun sayur ini

______________________________________________________________________

4. sayur-sayuran memberi khasiat yang tinggi kepada kita

______________________________________________________________________

5. sayur memanjat seperti kacang panjang timun dan petola memerlukan kayu junjung atau sokongan

______________________________________________________________________

Tulis ayat di bawah semula dengan meletakkan tanda baca yang betul

Page 45: Gambar Pokok Kelapa Sawit

Jawapan

1. Sayur-sayuran yang dijual di pasar ialah sawi, kangkung, bayam, dan kubis.

2. Kamu hendak membeli sayur bendi atau terung?

3. Wah, luasnya kebun sayur ini!

4. Sayur-sayuran memberi khasiat yang tinggi kepada kita.

5. Sayur memanjat seperti kacang panjang, timun, dan petola memerlukan kayu

junjung atau sokongan.

3.0. MENGAPLIKASI TEKNIK MENGAJAR KEMAHIRAN BAHASA DALAM

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Tahun : 4 Anggerik

Bilangan murid : 30 orang

Masa : 8.30 – 9.30 pagi

Tema : Hasil Tani Meningkatkan Ekonomi

Tajuk : Kelapa sawit

Fokus utama : 5.1.Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan

dan intonasi yang betul dan memahami perkara yang

dibaca.

:Aras 3 (i).Membaca petikan dengan sebutan dan intonasi

yang betul dan menarik.

Fokus sampingan : 9.2.Mengenal pasti maklumat dan mencatat nota daripada

bahan yang didengar dan dibaca.

:Aras 2 (i).Mencatat nota dalam bentuk grafik.

Page 46: Gambar Pokok Kelapa Sawit

Objektif : Pada akhir pembelajaran murid dapat:

i)-Membaca petikan dengan sebutan dan intonasi yang

betul dan menarik.

ii)-Menganalisis maklumat dalam bentuk grafik.

SISTEM BAHASA

1. Tatabahasa – sinonim

2. Kosa kata - semaian

Pengisian kurikulum

1. Ilmu: Geografi, Kajian Tempatan

2. Nilai murni : Patriotisme, bersih

Kemahiran bernilaI tambah

1. Kemahiran berfikir – menganalisis

2. Kajian masa depan – ramalan

ALAT BANTU MENGAJAR

1. Gambar

2. Buku teks

3. Kertas sebak

4. Kamus

PENGETAHUAN SEDIA ADA

1. Murid pernah melihat pokok kelapa sawit sama ada secara

realiti atau di dalam media.

Page 47: Gambar Pokok Kelapa Sawit

2. Murid telah dapat menguasai kemahiran membaca

berdasarkan pembelajaran sebelumnya.

ISI PELAJARAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

CATATAN

Gambar pokok

kelapa sawit

Soalan:

1.Apakah nama

pokok ini?

2.Apakah

kegunaan hasil

daripada pokok

ini?

Set induksi (5 minit)

Murid dipamerkan dengan

gambar pokok kelapa sawit.

Murid bersoal jawab dengan

guru berdasarkan gambar

tersebut.

Kemahiran lisan

KBT : Kemahiran berfikir

BBM: Gambar

Klik lampiran 1.

Rujuk lampiran 1

Langkah 1 ( 20 minit )

Murid mendengar guru

membaca petikan dengan

sebutan dan intonasi yang

betul

Murid membaca kuat teks

tentang “ kelapa sawit”

secara kelas dan individu

Murid dan guru bersoal jawab

tentang petikan yang dibaca

Kemahiran membaca

BBM: Teks petikan “kelapa

sawit” (buku tahun 4 m/s

120)

Klik lampiran 2

Rujuk lampiran 2

Mencatat kegunaan Langkah 2 ( 15 minit )

Page 48: Gambar Pokok Kelapa Sawit

pokok kelapa sawit dalam

bentuk grafik

Murid diedarkan kertas sebak

Murid berbincang dalam

kumpulan untuk

menghasilkan grafik

Seorang murid dipilih untuk

membentangkan hasil

catatan grafik

Kemahiran menulis

KBT: menganalisis

Nilai: bekerjasama

BBM: Kertas sebak

Klik lampiran 3

Rujuk lampiran 3

Tatabahasa:Perkataan

sinonim

menghasilkan

isirung

menggerakkan

diproses

bermutu

unik

reput

manfaat

pelaksanaan

Langkah 3 ( 15 minit )

Murid diminta mengenal pasti

perkataan berwarna merah di

dalam petikan teks

Murid diminta membaca

perkataan tersebut

Murid mencari makna

perkataan berpandukan

kamus

Murid menulis ayat

berpandukan sinonim yang

telah dikenal pasti

Kemahiran menulis

BBM: Kamus

KBT: Menganalisis

Nilai: Berhati-hati

Rujuk lampiran 2

Rumusan pengajaran Penutup ( 5 minit)

Guru bersoal jawab dengan

murid tentang dapatan

pengajaran pada hari

tersebut

Menekankan kembali isi

Page 49: Gambar Pokok Kelapa Sawit

pelajaran

4.0.RUMUSAN

Kurikulum Bahasa Melayu sekolah rendah digubal dengan memberikan fokus yang

berteraskan kemahiran bahasa iaitu kemahiran lisan yang terdiri daripada kemahiran

mendengar dan bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis.

Kemahiran lisan secara umum dirujuk kepada keupayaan seseorang atau beberapa

orang penutur, berkomunikasi dalam menyampaikan idea, pandangan, atau pendapat.

Kemahiran mendengar ialah proses yang melibatkan aktiviti pemerolehan mesej atau

maklumat. Ini juga adalah termasuk dalam kemahiran lisan.

Kemahiran membaca dan memahami adalah keperluan yang saling melengkapi. Ia

perlu diajar secara berperingkat-peringkat supaya penguasaannya memperlihatkan satu

perkembangan yang meningkat. Semuanya bermula dari yang mudah kepada yang sukar.

Kemahiran menulis diajar kepada pelajar agar mereka dapat merakamkan apa sahaja

perkara yang didengar, dilihat atau dialami dalam bentuk grafik atau tulisan. Dalam masa yang

sama pelajar juga perlu menggunakan kemahiran berfikir dengan sebaik mungkin. Kombinasi

yang melibatkan minda, mata, telinga dan jari ini akan menghasilkan kemahiran menulis yang

sistematik.

Kesimpulannya, ketiga-tiga kemahiran ini adalah saling berkaitan bagi membantu aktiviti

pengajaran dan pembelajaran mencapai objektif dengan berkesan.

Page 50: Gambar Pokok Kelapa Sawit

REFLEKSI

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan kurniaNya dapat kami

menyiapkantugasan Pengajaran kemahiran Bahasa Melayu (BMM3104) yang telah diberikan.

Hari pertama tutoriol mata pelajaran ini dapat dirasakan bahawa pensyarahnya adalah seorang

yang cukup hebat dalam menjalankan tanggungjawabnya .

Sebelum menyiapkan tugasan ini timbul pelbagai masalah. Banyak bahan berkenaan

diperoleh dan dapat dirujuki tetapi saya masih tidak faham untuk menghasilkan tugasan ini.

Akhirnya, saya berbincang dengan Puan Nor Fazidah selaku rakan dalam kumpulan tentang

bagaimana untuk menghasilkan tugasan ini.

Seterusnya semasa menghasilkan tugasan, saya merasakan banyak aspek perlu

dipelajari dalam membina instrumen soalan demi untuk menjadi seorang pendidik yang

cemerlang. Jika selama ini saya membina instrumen kemahiran tanpa mematuhi prinsip dan

langkah-langkah yang ditetapkan, pada hari ini saya dapat menimba ilmu berkaitan dengannya.

Setelah menyiapkan tugasan ini,saya dapat mendalami lagi teknik dan strategi untuk

mengajar murid-murid saya mengikut kemahiran yang telah diutarakan dan dapat

mengaplikasikannya di dalam kelas dengan lebih berkesan lagi.

Sesungguhnya, tugasan ini banyak memberi manfaat kepada saya dalam menjalankan

tanggungjawab sebagai seorang pendidik khususnya berkaitan dengan aspek tugasan ini.

Selepas ini saya akan mematuhi langkah-langkah dan peringkat yang disarankan dalam setiap

kemahiran agar pengajaran dan pembelajaran dapat mencapai objektif yang dirancang.

Justeru, pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada

pensyarah pembimbing iaitu Puan Jaimah Abd Manaf selaku pensyarah Pengajaran

Page 51: Gambar Pokok Kelapa Sawit

Kemahiran Bahasa Melayu (BMM 3104) dan rakan kumpulan yang banyak membantu dalam

menghasilkan tugasan ini.

DISEDIAKAN OLEH: SAMINAH WARMEN

Page 52: Gambar Pokok Kelapa Sawit

REFLEKSI

Alhamdullilah,bersyukur ke hadrat Allah SWT dengan limpah kurniaNya dapat

juga saya menyiapkan KKP BMM3104 ini dalam masa yang ditetapkan.

Saya telah menerima tugasan ini semasa hadir dalam interaksi 2 iaitu pada

18.2.2012 .Semasa menerima tugasan ini saya merasakan amat sukar untuk

memahami kehendak soalan .Setelah membaca berulang-ulang kali dan berbincang

dengan rakan dalam kumpulan barulah saya memahaminya.

Berdasarkan KKP yang telah diberi ini,saya dapat memahami tentang matlamat

sebenar kemahiran bahasa dalam matapelajaran Bahasa Melayu dengan lebih

mendalam lagi.

Disamping itu juga saya dapat mendalami lagi aspek-aspek kemahiran bahasa di

mana kemahiran ini amat penting sekali diajar kepada murid-murid mengikut peringkat -

peringkat yang telah di tetapkan.

Tugasan ini memberi manfaat kepada saya dan saya sedar segala unsur dan

faktor -faktor yang saya pelajari ini amat mempengaruhi keberkesanan pengajaran

saya kepada murid-murid di dalam bilik darjah .

KKP ini juga banyak memberi pengalaman kepada saya dalam menyediakan

instrumen pelbagai iaitu kemahiran lisan,bacaan dan menulis mengikut aras kebolehan

murid-murid . Di sini saya tahu dan perlu berhati-hati dalam memilih dan menyediakan

aktiviti pengajaran yang lebih sesuai .

Pembinaan Rancangan Pelajaran Harian juga dapat memantapkan lagi diri saya

dalam menyediakannya kerana dengan adanya persediaan mengajar yang teratur saya

dapat mengajar murid-murid saya dengan lancar tanpa ada sebarang gangguan

Page 53: Gambar Pokok Kelapa Sawit

sebagaimana yang diarahkan.

Saya juga ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan jutaan terima

kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah iaitu Pn Jaimah Abd Manaf kerana tanpa

tunjuk ajar dari beliau tidak mungkin akan terhasilnya kerja kursus ini.Begitu juga

kepada rakan sekumpulan iaitu Cikgu Saminah Warmen atas kerjasama yang sepakat.

Akhir sekali secara kesimpulannya kerja kursus ini telah banyak menyedar dan

mengajar saya untuk menjadi seorang guru yang berkualiti kelak.Segala yang baik pasti

akan dijadikan teladan.

Semoga refleksi ini dapat menggambarkan segala yang telah saya pelajari

dalam menyiapkan kerja kursus ini.

DISEDIAKAN OLEH: NOR FAZIDAH ABU TALIP

Page 54: Gambar Pokok Kelapa Sawit

Abdullah Hassan dan Ainon Mohd, (1994). Bahasa Melayu Untuk Maktab Perguruan. Kuala

Lumpur: Fajar Bakti Sdn Bhd

Eee Ah Meng,(1993). Pedagogi Satu Pengenalan. Kuala Lumpur: Fajar bakti Sdn Bhd

Hasnah Awang dan Habibah Mohd Samin, (2010). Literasi Bahasa Melayu. Subang Jaya:

Kumpulan Budiman Sdn Bhd

http://dadwayne.blogspot.com/2010/03/pengajaran-kemahiran-bahasa-melayu.html

http://scribd.com/doc/27616424/KEMAHIRAN-LISAN

http://www.tutor.com.my/tutor/archives/CADfPP/HSP/UPSR/BM/

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Tahun 4

(2003). Pusat Perkembangan Kurikulum

Juriah Long, Raminah Hj. Sabran dan Sofiah Hamid, (1994). Perkaedahan Pengajaran

Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn Bhd

Kamarudin bin Jeon, Mohd. Nasar Sukor, Zainal Ariffin Yusof dan Napisah Muhammad, (2006).

Bahasa Melayu Tahun 4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Kamarudin Hj. Husin, (1998). Pedagogi Bahasa. Petaling Jaya: Longman Malaysia Sdn Bhd

Kamarudin Jeon, Mohd Nasar Sukor dan Zainal Ariffin Yusof (2010). Buku Latihan dan Aktiviti

Bahasa Malaysia (Jilid 2). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Kamarudin Jeon, Mohd Nasar Sukor dan Zainal Ariffin Yusof (2011). Buku Latihan dan Aktiviti

Bahasa Malaysia (Jilid 1). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Bahasa Melayu (2003).Kementerian

Pendidikan Malaysia

Page 55: Gambar Pokok Kelapa Sawit

LAMPIRAN 1

Page 56: Gambar Pokok Kelapa Sawit
Page 57: Gambar Pokok Kelapa Sawit
Page 58: Gambar Pokok Kelapa Sawit
Page 59: Gambar Pokok Kelapa Sawit