boling buah kelapa - laporan

Click here to load reader

Post on 16-Nov-2015

196 views

Category:

Documents

12 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Boling Buah Kelapa - Laporan

TRANSCRIPT

PELAPORAN PERMAINAN TRADISIONAL

BOLING BUAH KELAPA1.0 PENGENALAN PERMAINAN.

Permainan ini dikenali sebagai Boling Buah Kelapa kerana bahan asas permainan ini adalah botol dan kelapa. Permainan ini memerlukan susunan botol yang berbentuk segitiga. Bilangan botol yang diperlukan selalunya ialah enam biji dan pemain adalah tidak terhad. Semakin ramai pemain, permainan akan menjadi lebih meriah. Objek-objek seperti botol kaca dan buah kelapa digunakan dalam permainan ini.2.0 SEJARAH PERMAINAN

Permainan Boling Buah Kelapa juga dikenali sebagai Tuju Nyior dikalangan masyarakat di utara tanahair. Permainan ini merupakan sejenis permainan tradisional masyarakat melayu di Malaysia. Permainan Boling Buah Kelapa mula diperkenalkan pada awal tahun 1950-an dan terus popular hingga pertengahan tahun 1970-an. Dari segi pengamalan, kebanyakan masyarakat Melayu dan Cina yang gemar memainkannya. Lazimnya permainan ini dimainkan di kawasan kampung yang kekurangan hiburan.

Permainan ini memerlukan kemahiran, ketepatan dan kebijaksanaan untuk memenangi sesuatu permainan tersebut. Selain itu, permainan ini juga memerlukan kerjasama yang erat antara pemain dalam sesuatu pasukan. Permainan ini merupakan permainan yang mudah dan menjimatkan. Hal ini kerana botol boleh didapati sebagai bahan terbuang manakala buah kelapa mudah diperolehi.3.0 MATLAMAT PERMAINAN.

Matlamat pertandingan Permainan Tradisional ini adalah untuk memberi peluang kepada pemain bagi menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dipelajari. Disamping itu, ia dapat mendidik pelajar supaya mengenali adat dan permainan tradisional nenek moyang. Dengan ini juga, pemain berbangsa Cina dan India dapat mengetahui salah satu permainan rakyat yang dimainkan orang melayu.

Secara keseluruhan, pertandingan ini bertujuan mengekalkan permainan ini supaya tidak hilang ditelan zaman serta memberi peluang kepada generasi yang akan dating untuk lebih mengenali dan dapat menikmati akan keindahan warisan budaya kita di sepanjang zaman4.0 OBJEKTIF PERMAINAN.

Psikomotor : Menguji tahap kemahiran kadar tindak balas dan

koordinasi mata dan tangan serta pergerakan kaki

peserta.

Kognitif : Meningkatkan kreativiti dan tahap keupayaan peserta

untuk strategi permainan supaya dapat bermain

dengan baik serta mendapatkan mata yang tertinggi.

Afektif

: Mematuhi peraturan dan arahan yang telah ditetapkan

penganjur.5.0 KEPENTINGAN

Tingkatkan kemahiran motor kasar murid.

Tingkatkan koordinasi mata dan tangan serta pergerakan kaki murid.

Dapat beri peluang kepada murid untuk menyusun strategi dengan berkesan.

Dapat tingkatkan kerjasama antara ahli kumpulan.

Mencergaskan badan dan mencerdaskan minda.

Untuk memastikan permainan ini tidak hilang ditelan zaman.6.0 KUMPULAN SASARAN.

40 orang murid Tahun 4 dan Tahun 5 SK Bukit Pantai7.0 ALAT PERMAINAN

Botol-botol Berisi Air Berwarna

Botol-botol kosong yang sama bentuk dan saiznya harus dibersihkan terlebih dahulu. Biasanya enam botol diperlukan. Botol-botol tersebut hendaklah disusun seperti menyusun pin boling sebenar. Bilangan botol juga boleh ditambah untuk menjadikan permainan ini lebih mencabar. Botol-botol yang telah disusun inilah yang akan dijadikan sasaran para pemain. Botol-botol kosong ini diisi air dengan penggunaan warna yang terang dan berwarna-warni supaya memudahkan pemain melihat dengan nyata susunan tersebut. Warna yang berbeza memberikan markah yang berbeza untuk dikumpul oleh pemain. Buah Kelapa.

Buah Kelapa hendaklah bersaiz lebih kurang tiga atau empat inci pada garis pusatnya. Walaupun hanya sebiji buah kelapa yang akan digunakan dalam permainan ini, buah kelapa tambahandiperlukan sekiranya golekan tersasar jauh dan untuk menjimatkan masa.

8.0 PERATURAN PERMAINAN

1) Setiap kumpulan terdiri daripada 10 orang pemain.2) Jarak antara pemain dan pin boling adalah 4 meter.3) Apabila wisel ditiup, pemain pertama akan menggolekkan buah kelapa ke arah botol mineral yang berwarna-warni ( pin boling ). Pemain secara bergilir-gilir membuat golekan.4) Setiap pemain hanya dibenarkan membuat dua golekan sahaja.

5) Markah akan dikira berdasarkan kepada warna botol mineral yang dapat dijatuhkan.

6) Acara tamat setelah semua pemain mengambil bahagian.

7) Pemenang dikira berdasarkan kumpulan yang berjaya memperolehi markah yang tertinggi.9.0 LAPORAN PERMAINAN TRADISIONAL

Permainan Boling Buah Kelapa telah dipilih oleh semua ahli kumpulan. Kami berempat iaitu Nornazrahni bt Mohamad @ Mohd Mokhtar, Noor Mardiana bt Mat Omar, Nor Ainun bt Abd Rahim dan Asiah bt Mamat telah bersepakat memilih permainan ini bagi menjayakan Karnival Sukaneka Permainan Tradisional yang berlangsung pada 1 Mac 2015 (Sabtu). Berikut merupakan laporan tentang proses pelaksanaan permainan tersebut.

Sebelum

Kelas PPG Matematik Ambilan Jun 2011 telah bersepakat untuk menjayakan Hari Karnival Permainan Tradisional di Sekolah Kebangsaan Bukit Pantai pada 1 Mac 2015 ( Sabtu ). Semua pelajar telah dibahagikan kepada enam kumpulan yang mana terdiri daripada empat atau lima orang ahli bagi mewakili satu permainan tradisional. Setiap pelajar bertanggungjawab sepenuhnya dalam mengelola serta menguruskan permainan tradisional yang telah dipilih.

Sejurus mendapat permainan tradisional masing-masing, setiap kumpulan diminta untuk menyediakan pamplet atau brosur bagi permainan yang telah dipilih. Pamplet atau brosur tersebut mengandungi rasional permainan, matlamat permainan, objektif permainan, kumpulan sasaran, peraturan dan syarat permainan, senarai peralatan, cara pemarkahan dan borang pemarkahan. Brosur ini disediakan kepada pemantau pada hari karnival supaya memudahkan mereka meneliti dahulu permainan sebelum ditunjukkan demonstrasi oleh para pengurus permainan. Penyediaan brosur adalah sama dari segi rekaletak.

Setelah selesai menyiapkan brosur, setiap kumpulan harus menyediakan peralatan yang ingin digunakan serta melakukan simulasi permainan bagi menguji cara permainan. Penambahbaikan boleh dilakukan setelah menjalankan simulasi permainan. Sebanyak 24 botol mineral berwarna dan juga 9 biji buah kelapa yang telahdi sediakan untukmen jalankan permainan Boling Buah Kelapa ini. Semasa

Pada hari karnival dijalankan, pelajar-pelajar kelas PPG Matematik dikehendaki untuk berada di kawasan sekolah, SK Bukit Pantai tepat pada jam 7.30 pagi. Catatan kehadiran diambil untuk mengesahkan penglibatan kami dan pendaftaran peserta juga diadakan. Sarapan pagi disediakan untuk para penganjur dan peserta karnival. Para peserta dibahagikan kepada 4 kumpulan iaitu Merah, Kuning, Hijau dan Biru. Setelah itu, diadakan senaman memanaskan badan bagi menyediakan para peserta untuk menyertai setiap permainan.

Permainan Boling Buah Kelapa adalah merupakan permainan pertama yang akan dilaksanakan pada hari tersebut. Sebagai kumpulan pengelola permainan tersebut, kami adalah wajib untuk berada di kawasan permainan pada jam 8.00 pagi bagi menyusun peralatan yang akan digunakan. Sementara menunggu para peserta menerima taklimat mengenai karnival di dewan sekolah, kami cuba sedaya upaya untuk menentukan jarak yang terbaik untuk permainan.

Permainan Boling Buah Kelapa bermula pada jam 8.50 pagi hingga 10.20 pagi. Sebelum memulakan permainan, Nornazrahni telah membacakan peraturan-peraturan permainan yang perlu dipatuhi, larangan-larangan dalam permainan dan cara pemarkahan. Noor Mardiana pula telah melakukan demonstrasi permainan. Semasa permainan berlangsung, Nor Ainun dan Asiah serta beberapa orang dari kumpulan penganjur permainan yang lain telah menjalankan tugas sebagai hakim dan pembantu permainan.

Penggunaan wisel perlu bagi menandakan masa permainan dimulakan. Permainan ini dijalankan serentak bagi 4 kumpulan murid tersebut. Para peserta diberi peluang untuk melakukan dua golekan sahaja. Pergerakan setiap peserta ditentukan dengan tiupan wisel agar permainan dilaksanakan dalam keadaan teratur dan memudahkan pengiraan markah. Permainan tamat apabila peserta terakhir telah melakukan golekan. Markah yang diperolehi oleh setiap kumpulan dikira dan diserahkan kepada ketua hakim.Selepas

Setelah permainan tamat, kami mengumpulkan semula botol mineral berwarna dan buah kelapa yang telah digunakan. Asiah telah ditugaskan untuk membuang air berwarna di dalam botil mineral untuk mengelakkan daripada diminum oleh murid. Pada masa kami mengemas segala peralatan, kami telah berbincang beberapa perkara yang mana kami telah analisis daripada pergerakan permainan yang berlaku sebentar tadi. Hal ini kerana dalam penulisan refleksi memerlukan kami melaporkan kekuatan, kelemahan dan juga cadangan untuk penambahbaikan. Kami lakukan sedikit perbincangan bagi mengukuhkan lagi ingatan tentang permainan sebentar tadi.

Kami juga dikehendaki menyediakan laporan permainan dan refleksi individu berkaitan dengan permainan yang kami anjurkan. Kemudian diserahkan kepada pensyarah pembimbing untuk penilaian yang seterusnya.

10.0 PENAMBAHBAIKAN

MMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM11.0PELAN LOKASI PERMAINAN

PETUNJUK

12.0 PENUTUP

Permainan tradisional memainkan peranan penting dalam mengeratkan lagi hubungan antara pelajar di samping dapat melepaskan tekanan dalam bekerja. Malahan, permainan tradisional merupakan satu lambang atau panji yang menunjukkan negara kita yang terdiri daripada pelbagai kaum. Setiap permainan mampu dimainkan oleh semua kaum di Malaysia. Permainan rakyat seperti ini harus diadakan lagi bagi mengekalkan budaya kaum masi