teknologi pengeluaran silaj - ebuletin.mardi.gov.myebuletin.mardi.gov.my/mteknologi/silaj.pdf ·...

27
Dr. Ghazali Hussin Tapsir Serin TEKNOLOGI PENGELUARAN SILAJ

Upload: trinhdiep

Post on 07-Mar-2019

299 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: TEKNOLOGI PENGELUARAN SILAJ - ebuletin.mardi.gov.myebuletin.mardi.gov.my/mteknologi/silaj.pdf · OTOSIL merupakan mesin lengkap untuk penghasilan silaj Alat pemotong dan pemampat

Dr. Ghazali Hussin • Tapsir Serin

TEKNOLOGI PENGELUARAN SILAJPENGELUARAN SILAJ

Page 2: TEKNOLOGI PENGELUARAN SILAJ - ebuletin.mardi.gov.myebuletin.mardi.gov.my/mteknologi/silaj.pdf · OTOSIL merupakan mesin lengkap untuk penghasilan silaj Alat pemotong dan pemampat

i

M A N U A L

Teknologi Pengeluaran Silaj

Page 3: TEKNOLOGI PENGELUARAN SILAJ - ebuletin.mardi.gov.myebuletin.mardi.gov.my/mteknologi/silaj.pdf · OTOSIL merupakan mesin lengkap untuk penghasilan silaj Alat pemotong dan pemampat

ii

Page 4: TEKNOLOGI PENGELUARAN SILAJ - ebuletin.mardi.gov.myebuletin.mardi.gov.my/mteknologi/silaj.pdf · OTOSIL merupakan mesin lengkap untuk penghasilan silaj Alat pemotong dan pemampat

iii

Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia

M A N U A L

Teknologi Pengeluaran Silaj

Dr. Ghazali HussinTapsir Serin

Page 5: TEKNOLOGI PENGELUARAN SILAJ - ebuletin.mardi.gov.myebuletin.mardi.gov.my/mteknologi/silaj.pdf · OTOSIL merupakan mesin lengkap untuk penghasilan silaj Alat pemotong dan pemampat

iv

Cetakan pertama 2015

©Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia 2015Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi, isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa cara pun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau lain-lain sebelum mendapat izin bertulis daripada MARDI.

Diterbitkan oleh:Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)Ibu Pejabat MARDI, SerdangPeti Surat 1230150774 Kuala Lumpur, Malaysia

Dicetak oleh:Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Malaysia

Page 6: TEKNOLOGI PENGELUARAN SILAJ - ebuletin.mardi.gov.myebuletin.mardi.gov.my/mteknologi/silaj.pdf · OTOSIL merupakan mesin lengkap untuk penghasilan silaj Alat pemotong dan pemampat

v

KANDUNGAN

Jawatankuasa Pengarang vi

Penghargaan vi

Prakata vii

Pengenalan 1

Bahan untuk dibuat silaj 2

Bekas untuk simpanan/pemeraman silaj 2

Silo yang sesuai untuk perniagaan silaj 4

Peralatan pengeluaran silaj 4

Kualiti silaj 6

Gerak kerja pengeluaran silaj 6

Anggaran penyata pendapatan bulanan pengeluaran 13komersial silaj jagung menggunakan mesin OTOSIL

Pembekal/fabricator OTOSIL 15

Senarai pengguna OTOSIL 15

Alamat perhubungan 17

Page 7: TEKNOLOGI PENGELUARAN SILAJ - ebuletin.mardi.gov.myebuletin.mardi.gov.my/mteknologi/silaj.pdf · OTOSIL merupakan mesin lengkap untuk penghasilan silaj Alat pemotong dan pemampat

vi

JAWATANKUASA PENGARANG

Jamaludin Salim – PengerusiMohamad Abd. Manas – SetiausahaAminuddin Husin – Pusat Penyelidikan BioteknologiNoor Azizah Ahmad – Pusat Penyelidikan Teknologi MakananSiti Nursuha Miswan – Pusat Penyelidikan Padi dan Tanaman

IndustriDr. Teoh Chin Chuang – Pusat Penyelidikan Mekanisasi dan

AutomasiMohammad Hariz Abdul Rahman – Pusat Penyelidikan Sumber StrategikTapsir Serin – Bahagian Perancangan Strategik dan Pengurusan InovasiRosiah Hamzah – Pusat Perkhidmatan TeknikalMohd Nur Hafiz Mat Amin – Unit Pembangunan PerniagaanDr. Azizah Amri – Pusat Penyelidikan Ternakan StrategikMohd Shaib Jaafar – Unit Pengeluaran Bahan Tanaman, Biji Benih dan Baka TernakanMohd Shukry Neerawan@Nirwan – Bahagian Pengurusan Sistem MaklumatYaseer Suhaimi Mohd – Pusat Promosi dan Pembangunan

TeknologiZainal Kamarudin Ahmad – Pusat Promosi dan Pembangunan

Teknologi

PENGHARGAAN

Setinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua kakitangan Pusat Penyelidikan Ternakan Strategik dan mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam melaksanakan pengujian teknologi dan penerbitan manual ini.

Page 8: TEKNOLOGI PENGELUARAN SILAJ - ebuletin.mardi.gov.myebuletin.mardi.gov.my/mteknologi/silaj.pdf · OTOSIL merupakan mesin lengkap untuk penghasilan silaj Alat pemotong dan pemampat

vii

PRAKATA

Moto “Pertanian adalah Perniagaan” telah dipopularkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sejak hampir satu dekad yang lalu. Pengenalan moto ini bertujuan untuk menarik minat dan menggalakkan rakyat negara ini khususnya masyarakat petani dan penternak supaya lebih yakin kepada industri pertanian sebagai sektor yang boleh menjamin pendapatan tinggi kepada mereka.

Baru-baru ini terdapat peningkatan dalam industri ternakan negara. Walau bagaimanapun, masih terdapat beberapa kekangan yang menghalang pertumbuhan industri ternakan ruminan di Malaysia. Jaminan bekalan makanan yang berterusan merupakan cabaran besar yang perlu diselesaikan bagi mencapai matlamat untuk memperkasakan industri ternakan negara. Industri ternakan ruminan tidak boleh bergantung hanya kepada makanan terumus kerana kosnya yang mahal. Sumber makanan ternakan ruminan seperti foraj, batang jagung, pelepah kelapa sawit dan sebagainya yang banyak terdapat di negara ini merupakan makanan ternakan semula jadi yang berpotensi untuk dihasilkan secara komersial sebagai makanan ternakan ruminan. Sumber makanan ini perlu diproses dalam bentuk silaj supaya dapat diperoleh secara berterusan bagi menjamin tumbesaran ternakan tidak terganggu.

Silaj ialah makanan ternakan ruminan yang dihasilkan melalui proses pemeraman bahan tanaman seperti rumput, batang jagung dan daun segar. Faktor penting dalam pengeluaran silaj ialah bahan tanaman disimpan dalam keadaan tertutup atau tanpa udara. Secara tradisinya pelbagai kaedah atau dengan kata lain pelbagai bekas boleh digunakan untuk menyimpan silaj. Kaedah yang paling banyak digunakan adalah dengan menggunakan tong plastik yang digunakan dalam industri kimia untuk mengisi syampu, sabun dan seumpamanya. Tong yang telah dicuci dan bersaiz 80 – 120 liter ini sesuai digunakan untuk pengeluaran silaj kerana dijamin tidak berlaku kebocoran udara. Walau bagaimanapun, jika prinsip pengeluaran silaj tidak diikuti, silaj tetap akan mengalami kerosakan dan tidak dapat digunakan.

Manual ini memberi panduan lengkap kepada penternak dan pengusaha makanan ternakan untuk menghasilkan silaj dengan menggunakan tong plastik. Teknik penulisan dengan menggunakan bahasa yang mudah dan disertai dengan gambar diharap memberi manfaat kepada penternak dan usahawan yang berminat untuk meneroka perniagaan dalam bidang pengeluaran makanan ternakan khususnya silaj.

Dato’ Dr. Sharif bin Haron Ketua Pengarah MARDI

Page 9: TEKNOLOGI PENGELUARAN SILAJ - ebuletin.mardi.gov.myebuletin.mardi.gov.my/mteknologi/silaj.pdf · OTOSIL merupakan mesin lengkap untuk penghasilan silaj Alat pemotong dan pemampat

viii

Page 10: TEKNOLOGI PENGELUARAN SILAJ - ebuletin.mardi.gov.myebuletin.mardi.gov.my/mteknologi/silaj.pdf · OTOSIL merupakan mesin lengkap untuk penghasilan silaj Alat pemotong dan pemampat

1

PENGENALAN

• Silaj adalah sejenis makanan ternakan ruminan yang terhasil daripada proses pemeraman bahan foder dan sisa pertanian yang mempunyai kandungan air 35 – 75% dalam keadaan tanpa udara.

• Silaj bukan sejenis makanan ternakan yang baharu dan dipercayai telah mula diperkenalkan 1,200 tahun sebelum Masihi dan mula diperkenalkan di Malaysia pada tahun 1960-an.

• Pada masa kini, silaj ialah makanan ruminan utama di negara-negara beriklim sejuk. Pada musim salji tiada rumput atau tanaman yang hidup dan silaj ialah bahan makanan ruminan yang utama.

• Pada masa kini silaj mula mendapat perhatian penternak ruminan di Malaysia. Ini berikutan kos makanan ternakan yang kian meningkat, lebih-lebih lagi apabila sebahagian daripada bahan mentah untuk menghasilkan makanan tersebut diimport dari luar negara.

• Pada asasnya, ia hanya melibatkan proses penyimpanan bahan makanan yang segar seperti rumput dan sisa pertanian supaya boleh digunakan dalam bentuk segar apabila bekalan makanan tersebut kurang atau tiada.

• Manual ini akan menggariskan jenis bahan yang boleh dibuat silaj, langkah-langkah serta kaedah membuat silaj, penggunaan jenis-jenis silo yang praktikal dan potensi silaj sebagai satu aktiviti perniagaan.

Page 11: TEKNOLOGI PENGELUARAN SILAJ - ebuletin.mardi.gov.myebuletin.mardi.gov.my/mteknologi/silaj.pdf · OTOSIL merupakan mesin lengkap untuk penghasilan silaj Alat pemotong dan pemampat

2

BAHAN UNTUK DIBUAT SILAJDefinisi silaj• Silaj ialah makanan ternakan yang terdiri daripada bahan foder atau sisa pertanian

yang disimpan (peram) dalam keadaan tanpa udara (anaerob).

Bahan mentah silaj• Bahan untuk dijadikan silaj pada asasnya adalah semua jenis bahan tanaman

(foder dan sisa pertanian) yang mempunyai kandungan gula (karbohidrat) serta air yang tinggi.

Foder• Rumput gajah (Napier), sorgum, pokok jagung untuk ternakan dan lain-lain.

Bahan sisa pertanian• Batang jagung selepas hasil jagung dipetik, sisa kulit nanas, sisa kulit buah-buahan

(jambu, nangka, cempedak, tembikai dan lain-lain), batang/jerami padi dan lain-lain.

Rumput gajah Pokok jagung foraj Pelepah kelapa sawit

BEKAS UNTUK SIMPANAN/PEMERAMAN SILAJ

• Bekas untuk mengisi dan memeram silaj dipanggil silo. Bentuk dan saiz bekas ini hendaklah sesuai dan memenuhi syarat proses fermentasi iaitu tiada kebocoran udara berlaku.

• Pada dasarnya terdapat dua jenis silo yang boleh digunakan di Malaysia iaitu silo mudah alih dan silo tidak mudah alih.

Silo mudah alihSilo tong plastik• Silo ini banyak digunakan oleh penternak dan pengeluar silaj di Malaysia. Tong plastik

bersaiz 100 – 120 liter ini ialah tong plastik yang digunakan semula untuk mengisi bahan kimia seperti syampu, sabun dan bahan-bahan lain.

Page 12: TEKNOLOGI PENGELUARAN SILAJ - ebuletin.mardi.gov.myebuletin.mardi.gov.my/mteknologi/silaj.pdf · OTOSIL merupakan mesin lengkap untuk penghasilan silaj Alat pemotong dan pemampat

3

Silo beg untuk pengeluaran silaj secara komersial di negara barat

Silo tong plastik

Silo bendela yang diguna di negara barat Siloseal yang baru diperkenalkan di Malaysia

Silo beg plastik• Silo beg plastik digunakan secara meluas di negara barat yang merupakan beg

plastik besar yang diletakkan di kawasan lapang. Silaj diisi ke dalam plastik dengan menggunakan mesin khas. Kaedah ini tidak sesuai diamalkan di Malaysia kerana beg plastik tidak dapat bertahan lama dalam keadaan cuaca di Malaysia.

Silo bendela• Silo ini digunakan dengan meluas di negara maju. Bahan foder yang dipotong (racik)

di ladang dibawa ke mesin di mana racikan tadi dibalut dengan mesin pembalut plastik setebal 5 – 6 lapisan. Bendela ini sama ada berbentuk bulat atau segi empat.

Siloseal• Tong/kanvas yang ditutup dengan helaian kanvas dan hujungnya dimasukkan ke

dalam air.

• Silo ini sesuai digunakan untuk kegunaan penternak sendiri. Ia tidak sesuai bagi tujuan perniagaan jika silaj dihasilkan untuk dijual kepada penternak lain.

Page 13: TEKNOLOGI PENGELUARAN SILAJ - ebuletin.mardi.gov.myebuletin.mardi.gov.my/mteknologi/silaj.pdf · OTOSIL merupakan mesin lengkap untuk penghasilan silaj Alat pemotong dan pemampat

4

Silo bukan mudah alihSilo bongkah• Silo dibina di atas tanah dengan menggunakan dinding konkrit.

Silo longgok• Bahan silaj dilonggok di atas tanah, dipadat dan ditutup dengan plastik.

Silo menara • Bahan silaj diisi di dalam binaan berbentuk silinder menegak, dipadat dan ditutup.

• Silo bukan mudah alih khususnya silo bongkah, longgok dan menara tidak sesuai di Malaysia kerana menghasilkan silaj dengan kadar kerosakan yang tinggi. Walau bagaimanapun, ia sesuai jika pengubahsuaian dapat dilakukan.

Silo bungkah Silo longgok Silo menara

SILO YANG SESUAI UNTUK PERNIAGAAN SILAJ

• Silo yang sesuai untuk tujuan jualan/perniagaan ialah silo tong plastik, beg plastik dan bendela.

• Silo tong plastik diamalkan seperti perniagaan gas masak. Pembeli membayar deposit tong selain harga silaj dan tong perlu dipulangkan apabila membeli silaj baharu.

• Silo beg plastik dan bendela tidak ekonomik kerana kos pembalut yang berulang. Plastik pembalut tidak boleh digunakan semula apabila mengalami kerosakan.

PERALATAN PENGELUARAN SILAJAlat pemotong (chopper)• Alat ini berfungsi meracik bahan foder menjadi potongan halus bagi memudahkan

proses mengisi dan memadat ke dalam silo.

Alat pemampat (SILAGER)• Alat pemampat berfungsi untuk memampat bahan foder yang telah diracik ke dalam

silo. Alat ini digerakkan dengan kuasa hidraulik.

Page 14: TEKNOLOGI PENGELUARAN SILAJ - ebuletin.mardi.gov.myebuletin.mardi.gov.my/mteknologi/silaj.pdf · OTOSIL merupakan mesin lengkap untuk penghasilan silaj Alat pemotong dan pemampat

5

Alat pemotong (peracik) silaj yang berada di pasaran

Alat pemampat silaj (SILAGER) yang dicipta oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia

OTOSIL merupakan mesin lengkap untuk penghasilan silaj

Alat pemotong dan pemampat (OTOSIL)Alat ini terdiri daripada tiga komponen utama iaitu:1 Alat pemampat2) Alat pemotong3) Alat penyembur inokulum

Page 15: TEKNOLOGI PENGELUARAN SILAJ - ebuletin.mardi.gov.myebuletin.mardi.gov.my/mteknologi/silaj.pdf · OTOSIL merupakan mesin lengkap untuk penghasilan silaj Alat pemotong dan pemampat

6

KUALITI SILAJKualiti silaj boleh ditentukan secara fizikal dengan menentukan kandungan bahan kimia silaj tersebut.

Kaedah Parameter Silaj berkualiti Silaj tidak berkualitiCara fizikal Bau Bau seperti cuka Bau tengik

Warna Hijau muda kekuningan Hijau tua atau hitamTekstur Tekstur yang kukuh dan serat

yang tidak mudah berpisah apabila digosok

Tekstur yang tidak kukuh dan serat yang mudah berpisah apabila digosok, licin dan berkulat

Kandungan kimia

pH Kurang daripada 5.0 Melebihi 5.0Asid laktik Lebih 60% Kurang 40%Asid butirik Kurang 5% Lebih 10%

Silaj rosak Silaj yang berkualiti

GERAK KERJA PENGELUARAN SILAJ

Memotong bahan silaj

Mencampur bahan aditif

Mengisi dan memadat ke dalam silo

Menutup/memateri silo

Simpan untuk proses fermentasi

Memberi makan/menjual

Carta alir. Penghasilan silaj menggunakan silo tong plastik

Page 16: TEKNOLOGI PENGELUARAN SILAJ - ebuletin.mardi.gov.myebuletin.mardi.gov.my/mteknologi/silaj.pdf · OTOSIL merupakan mesin lengkap untuk penghasilan silaj Alat pemotong dan pemampat

7

Memotong bahan silaj• Bahan foder sebaiknya dipotong pendek bagi meningkatkan luas permukaan sel untuk

proses fermentasi berlaku dengan lebih berkesan.

• Saiz potongan (racikan) yang sesuai ialah 2 – 3 cm. Walau bagaimanapun, semakin halus saiz potongan semakin baik proses fermentasi berlaku.

• Proses racikan dilakukan sama ada di ladang atau di kilang di mana foder seperti pokok jagung atau rumput gajah dipotong secara manual di ladang dan dibawa ke kilang. Di kilang foder ini diracik dengan menggunakan mesin, sama ada yang digerakkan oleh kuasa elektrik atau kuasa enjin.

Proses meracik bahan foder untuk dibuat silaj

Mencampur bahan aditif• Bahan aditif dicampur ke dalam racikan bahan foder untuk meningkatkan kualiti dan

fermentasi silaj.

• Bahan aditif yang selalu digunakan ialah gula molas, inokulum bakteria dan urea.

• Bahan aditif ini dicampur setelah dibuat campuran dalam bentuk larutan.

Page 17: TEKNOLOGI PENGELUARAN SILAJ - ebuletin.mardi.gov.myebuletin.mardi.gov.my/mteknologi/silaj.pdf · OTOSIL merupakan mesin lengkap untuk penghasilan silaj Alat pemotong dan pemampat

8

Kaedah mencampur bahan aditif secara manual

Kaedah mencampur bahan aditif secara automatik (OTOSIL)Tangki untuk menyimpan bahan aditifNozel untuk semburan aditif ke dalam tong

• Bahan larutan ini sama ada boleh dicampur secara manual semasa atau selepas mengisi racikan ke dalam silo atau semasa mengisi secara automatik dengan menggunakan mesin.

• Secara amnya, sebanyak 3 – 5% gula molas dan 0.5% urea boleh ditambah kepada bahan foder. Kadar penggunaan bahan inokulum bakteria selalunya mengikut kadar yang disarankan oleh pihak pembekal.

Page 18: TEKNOLOGI PENGELUARAN SILAJ - ebuletin.mardi.gov.myebuletin.mardi.gov.my/mteknologi/silaj.pdf · OTOSIL merupakan mesin lengkap untuk penghasilan silaj Alat pemotong dan pemampat

9

Kaedah menutup secara manual Memasang penutup tong dengan bantuan alat pemampat mesin OTOSIL

Kaedah mengisi dan memadat dengan menggunakan cara manual (pijak kaki)

Kaedah mengisi dan memadat dengan menggunakan mesin OTOSIL

Mengisi dan memadat ke dalam silo• Bahan racikan foder diisi dan dipadatkan ke dalam silo sama ada dengan cara manual

atau dengan menggunakan mesin.

• Proses mengisi dan memadat boleh dilakukan dengan cepat dan efektif jika dilakukan dengan menggunakan mesin.

Menutup atau memateri silo• Menutup/memateri silo adalah proses yang penting dalam pengeluaran silaj. Jika

kaedah memateri tidak sempurna, kebocoran udara akan berlaku dan silaj akan mengalami kerosakan.

• Proses menutup tong akan menjadi lebih mudah dan penutupan akan sempurna dengan menggunakan mesin. Alat pemampat digunakan untuk menekan penutup tong sebelum klip penutup dipasang.

Page 19: TEKNOLOGI PENGELUARAN SILAJ - ebuletin.mardi.gov.myebuletin.mardi.gov.my/mteknologi/silaj.pdf · OTOSIL merupakan mesin lengkap untuk penghasilan silaj Alat pemotong dan pemampat

10

Penutup tong yang tidak ada gelang getahGelang getah pada penutup tong

Lubang di bahagian atas tong yang menjadi punca kebocoran

• Amat penting memastikan gelang getah masih berada di dalam longkang penutup tong sebelum penutup dipasang.

• Jika gelang getah tiada, helaian plastik boleh digunakan bagi memastikan tiada kebocoran udara berlaku.

• Lubang di bahagian atas tong juga boleh menyumbang kepada kebocoran udara. Lubang ini mesti dipateri terlebih dahulu sebelum penutup tong dipasang.

Page 20: TEKNOLOGI PENGELUARAN SILAJ - ebuletin.mardi.gov.myebuletin.mardi.gov.my/mteknologi/silaj.pdf · OTOSIL merupakan mesin lengkap untuk penghasilan silaj Alat pemotong dan pemampat

11

Silaj di dalam stor penyimpanan sebelum dijual

Penyimpanan• Silo atau tong yang telah ditutup dengan sempurna disimpan untuk proses fermentasi

lengkap sementara menunggu untuk diberi makan kepada ternakan atau dijual.

• Jangka masa penyimpanan adalah 30 – 60 hari. Silaj boleh disimpan sehingga setahun atau lebih tetapi tidak digalakkan.

• Penyimpanan sebaiknya dilakukan di bawah bangunan dan elak daripada terdedah kepada cahaya mahari yang melampau.

Memberi makan kepada ternakan/penjualan• Silaj matang (21 – 30 hari) yang telah menjalani proses fermentasi yang lengkap boleh

digunakan untuk diberi kepada ternakan atau dijual.

• Sistem jualan yang sesuai untuk perniagaan silaj adalah sebagai mana perniagaan gas masak. Pembeli mesti membayar harga silaj termasuk harga tong bagi pembelian pertama. Bagi pembelian seterusnya, pembeli mesti memulangkan tong kosong dalam keadaan yang baik kepada pengeluar.

• Pengusaha sebaiknya mempunyai kemudahan jentera yang lengkap seperti forklift untuk mengangkat tong silaj dan juga lori bagi penghantaran silaj kepada pelanggan.

Page 21: TEKNOLOGI PENGELUARAN SILAJ - ebuletin.mardi.gov.myebuletin.mardi.gov.my/mteknologi/silaj.pdf · OTOSIL merupakan mesin lengkap untuk penghasilan silaj Alat pemotong dan pemampat

12

Ternakan akan memakan silaj sebagaimana rumput segar

Menghantar silaj kepada pelanggan dengan menggunakan lori

Forklift digunakan untuk mengangkat tong ke dalam lori

Page 22: TEKNOLOGI PENGELUARAN SILAJ - ebuletin.mardi.gov.myebuletin.mardi.gov.my/mteknologi/silaj.pdf · OTOSIL merupakan mesin lengkap untuk penghasilan silaj Alat pemotong dan pemampat

13

ANGGARAN PENYATA PENDAPATAN BULANAN PENGELUARAN KOMERSIAL SILAJ JAGUNG MENGGUNAKAN MESIN OTOSILAndaian*Bilangan mesin pemproses (OTOSIL) 1 buahHari bekerja 6 hari/mingguJam bekerja 9 jam/hariPusingan kerja harian 2 pusingan kerja/hari

Parameter teknikal*Berat silaj diproses 60 kg/tong (kecil)Berat silaj diproses 90 kg/tong (besar)Pengeluaran harian 50% tong besar dan 50% tong kecilKos perolehan batang jagung (upah) RM250/22 tan (6 ekar)Penggunaan molas 1.50 kg/tong (kecil)Penggunaan urea 0.50 kg/tong (kecil)Penggunaan mineral 10.00 g/tong (kecil)

Perkara Unit Harga/unit Kuantiti RMHasil jualan silaj tan 230.00 252 57,960Kos berubahKos bahan1. Kos perolehan batang jagung2. Molas3. Urea4. MineralKos utiliti dan penyelenggaraan1. Air2. Elektrik3. Bahan api (minyak kenderaan)4. Penyelenggaraan mesin5. Penyelenggaraan bangunan6. Penyelenggaraan kenderaan7. Pelbagai (10% daripada kos berubah)

tankgkgkg

11.360.451.502.16

264.66,3002,100

42

3,0072,8353,150

91

150400

2,50020080

8001,321

Jumlah kos berubah 14,534Untung kasar 43,426

Page 23: TEKNOLOGI PENGELUARAN SILAJ - ebuletin.mardi.gov.myebuletin.mardi.gov.my/mteknologi/silaj.pdf · OTOSIL merupakan mesin lengkap untuk penghasilan silaj Alat pemotong dan pemampat

14

Kos tetap dan susut nilai1. Sewa premis2. Gaji pekerja (termasuk insurans, KWSP dll.)3. Insurans, permit dan cukai jalan kenderaan4. Gaji pengurus

OrangBuahOrang

1,000.0058.33

2,500.00

1341

80013,000

2332,500

Susut nilai**

1. Lori 5 tan (2 buah)2. Lori 2 tan (sebuah)3. Forklift (sebuah)4. Tong plastik (2,000 biji)5. Kenderaan pacuah empat roda (sebuah)6. Mesin OTOSIL dan pemasangan7. Peralatan lain

Nilai beli

140,000 40,000 63,000 70,000 80,000 33,000 5,000

Usia guna (tahun)

1010105

1055

Susut nilai tahunan14,0004,0006,300

14,0008,0006,6001,000

Susut nilaibulanan

1,167333525

1,16766755083

Jumlah kos tetap 431,000 21,025Untung bersih 22,401

Anggaran kos pengeluaran = (kos tetap + kos berubah) = RM0.14/kg _______________________ jumlah kuantiti pengeluaran = RM8.47/tong (kecil) RM12.70/tong (besar)

Titi pulang modal = (Kos tetap) = 122.01 tan/bulan ___________________________ { ( Harga/kg) – (Kos berubah/kg) }

Page 24: TEKNOLOGI PENGELUARAN SILAJ - ebuletin.mardi.gov.myebuletin.mardi.gov.my/mteknologi/silaj.pdf · OTOSIL merupakan mesin lengkap untuk penghasilan silaj Alat pemotong dan pemampat

15

Pembekal/fabricator OTOSIL1. Choon Heng Engineering and Co. Lot No. 4831 off Lorong 1, Jalan Padang Tembak 86000 Kluang, Johor Tel: 019-7738960

Senarai pengguna OTOSIL1. Jabatan Sains Tanaman, Fakulti Pertanian Universiti Putra Malaysia 43400 Serdang, Selangor Tel: 03-8947 4920 Faks: 03-89408445

2. Pertubuhan Peladang Kawasan Titi Tinggi KM28, Jalan Padang Besar 02100 Padang Besar Utara, Perlis Tel: 04-9456253

3. Pertubuhan Peladang Melaka Tengah KM7, Jalan Bertam Malim 75250 Melaka Tel: 06-3351012

4. Ladang Projek ARB Kluang Beg Berkunci 520, 8600 Kluang, Johor Tel: 07-7891311/1211

5. Pertubuhan Peladang Kawasan Rembau Kg. Batu, 71300 Rembau, Negeri Sembilan Tel: 06-6851207

6. Institut Veterinary Malaysia KM13 Jalan Batu Pahat Ayer Hitam, Kluang, Johor Tel: 07-7597000

7. Stesen MARDI Kluang Beg Berkunci 520, 8600 Kluang, Johor Tel: 07-7891311/1211

8. Pertubuhan Peladang Kawasan Dungun Tingkat Atas Bangunan SEDC Lot 3598, Jalan Baru Pak Sabah, 23000 Dungun Tel: 09-8481062

9. Pertubuhan Peladang Kawasan Pelagat Tingkat Atas Bangunan SEDC Padang Luas, 22000 Jerteh Besut, Terengganu Tel: 09-6902102

Page 25: TEKNOLOGI PENGELUARAN SILAJ - ebuletin.mardi.gov.myebuletin.mardi.gov.my/mteknologi/silaj.pdf · OTOSIL merupakan mesin lengkap untuk penghasilan silaj Alat pemotong dan pemampat

16

10. Pertubuhan Peladang Negeri Terengganu Tingkat 3, Wisma Peladang Terengganu Lot 994, Jalan Sultan Muhamad, 21100 Kuala Terengganu Tel: 09-6223162

11. Ahmad Jerry bin Hj. Hashim Lot 852, Lorong 1 Jalan Bunga Raya Kg. Seberang, 96100 Sarikei, Serawak Tel: 013-8169123

12. Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Kelantan KM5, Jalan Sultan Yahya Petra Lundang 15990, Kota Bharu, Kelantan Tel: 09-7652688

13. Jabatan Vaterinar Negeri Johor Aras 5, Kompleks C2S, East Wing Pusat Pentadbiran Baru Kerajaan Johor 79000 Nusajaya, Johor Tel: 07-2667501

Page 26: TEKNOLOGI PENGELUARAN SILAJ - ebuletin.mardi.gov.myebuletin.mardi.gov.my/mteknologi/silaj.pdf · OTOSIL merupakan mesin lengkap untuk penghasilan silaj Alat pemotong dan pemampat

17

ALAMAT PERHUBUNGANUntuk maklumat lanjut tentang teknologi dan khidmat perunding, sila hubungi:

Pusat Penyelidikan Ternakan StrategikPusat Promosi dan Pembangunan Teknologi

Ibu Pejabat MARDI, SerdangPeti Surat 1230150774 KUALA LUMPURwww.mardi.gov.my

Page 27: TEKNOLOGI PENGELUARAN SILAJ - ebuletin.mardi.gov.myebuletin.mardi.gov.my/mteknologi/silaj.pdf · OTOSIL merupakan mesin lengkap untuk penghasilan silaj Alat pemotong dan pemampat

Penerbit MARDI