sikap dan minat pelatih semasa mengikuti latihan … cp010079d… · sikap dan minat pelatih semasa...

27
1

Upload: others

Post on 03-Feb-2021

11 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 1

  • 2

  • 3

    SIKAP DAN MINAT PELATIH SEMASA MENGIKUTI LATIHAN KEMAHIRAN DI PUSAT GIAT

    MARA KUALA TERENGGANU.

    TERENGGANU DARUL IMAN.

    RADZALI BIN YUSOF

    Laporan projek ini dikemukakan

    sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan

    Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan Mekanikal)

    Fakulti Pendidikan

    Universiti Teknologi Malaysia

    2004

  • 4

    “ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri

    kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap

    satunya saya telah jelaskan sumbernya”

    Tandatangan : ………………………..

    Nama Penulis : RADZALI BIN YUSOF

    Tarikh : ………………………..

  • 5

    ����������������

    Buat ayahanda dan bonda

    Yang sentiasa mendoakan kesejahtaraan anaknya

    Kesabaranmu menjadi pelita yang menerangi hidupku

    Buat isteri tersayang

    Alina binti Che harun

    Pengorbanan dan kesabaranmu menyuntik semangat di saat kesukaran

    Buat anak-anaku

    Izzat, Mardhiah dan Tasnim

    Anugerah Ilahi yang menjadi inspirasi dalam kepayahan ini

    Buat para sahabatku

    Budimu ku kenang hingga ke akhir hayat

    Sokongan dan bantuan kalian ku ucapkan berbanyak-banyak terima kasih,

    Semoga kalian diberkati Allah SWT,

    Keberkatan hidup di dunia dan akhirat.

    PENGHARGAAN

  • 6

    Assalamualaikum wbt……

    Alhamdullillah ….. Kerana dengan rahmat dan iziNya dapat saya menyiapkan latihan ilmiah ini dengan

    sempurna.

    Jutaan ucapan terima kasih kepada penyelia tesis ini, En. Jamaludin bin Ramli yang telah banyak

    berusaha membantu dan membimbing penulis sepanjang masa sehingga siapnya projek ini.

    Tidak lupa juga ribuan terima kasih saya kepada pensyarah-pensyarah di Fakulti Pendidikan dan Fakulti

    Kejuruteraan Mekanikal khususnya pensyarah yang terlibat dalam memberikan tunjuk ajar serta nasihat selama

    saya berada di Universiti Teknologi Malaysia.

    Ucapan paling istimewa saya tujukan kepada ayah dan ibu, adik beradik, isteri dan anak-anak tersayang

    yang memberi perangsang, dorongan bantuan doa yang diberikan.

    Penghargaan juga ditujukan kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung

    membantu menjayakan projek penyelidikan ini. Sumbangan yang telah anda semua berikan amatlah berguna

    dan bermakna. Semoga Allah swt…. memberkatinya.

    Terima Kasih.

  • 7

    Abstrak

    Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti sikap dan minat pelatih yang mengikuti latihan

    kemahiran di PGM daerah Kuala Terengganu. Seramai 75 orang responden terlibat dalam kajian ini. Kajian ini

    telah membataskan lima aspek sikap dan minat, iaitu, sikap pelatih terhadap pembelajaran dan pengajaran, sikap

    pelatih terhadap latihan kemahiran, sikap pelatih terhadap pengajar, minat terhadap latihan kemahiran dan minat

    terhadap kerjaya dan keusahawanan. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah berbentuk soal selidik

    dan dianalisis menggunakan Perisian SPSS (Statistical Packages For Social Science). Hasil dapatan kajian

    menunjukkan seramai 87.75 % responden telah bersikap positif terhadap proses pembelajaran dan pengajaran.

    Didapati seramai 90.82% responden menunjukkan sikap yang positif terhadap penerimaan latihan yang

    dilaluinya, seramai 87.55% responden telah menunjukkan sikap yang positif terhadap pengajar, seramai

    80.04% responden meminati latihan kemahiran yang sedang dijalaninya dan sebanyak 82.66% pelatih

    menunjukkan minat terhadap kerjaya dan keusahawanan semasa mengikuti latihan kemahiran di PGM. Dengan

    itu, sikap dan minat pelatih terhadap kemahiran adalah sangat positif dan tinggi dan semua pihak harus sama-

    sama untuk memastikan matlamat pelatih, PGM dan negara tercapai.

  • 8

    ABSTRACT

    The purpose of this research is to identify the attitude and interest of trainee in a vocational course at

    PGM in PGM in Kuala Terengganu. Only 75 respondents were involved in this research. This research is

    limited to five aspects of attitude and interest. They are trainer’s attitude towards the learning process, trainer’s

    attitude towards the vocational practice, treiner’s attitude towards the facilitators, trainer’s interest in the

    vocational practice and trainer’s interet in the professionalism and enterpreneurship. The instrument used this

    research was a set of questionnaires and were analyzed using the SPSS (Statistical Packages For Social Science)

    The result of the study showed that 87.75% of the respondents have a positive attitude. 90.82% of the

    respondents showed a positive attitude towards training and 87.55% of the respondents showed attitude to the

    facilitators. About 80.66% of the respondents are interested in the following vocational training and 82.66% of

    the respondents showed their interested in the professionalism and enterpreneurship. Hereby, trainer’s attitude

    and interest towards the vocational practice is very encouraging and in very positive manner and every one of us

    should ensure the facilitators the PGM’s even our country’ vision is achieved.

  • 9

    KANDUNGAN

    BAB PERKARA MUKA SURAT

    PENGESAHAN TESIS -

    PENGESAHAN PENYELIA -

    JUDUL i PENGAKUAN

    ii

    DEDIKASI iii

    PENGHARGAAN iv

    ABSTRAK v

    ABSTRACT vi

    KANDUNGAN vii

    SENARAI JADUAL xiii

    SENARAI RINGKASAN xiv

    SENARAI LAMPIRAN xv

  • 10

    BAHAGIAN SATU

    BAB 1 PENGENALAN

    1.1 Pengenalan 1

    1.2 Latar Belakang Masalah 6

    1.3 Penyataan Masalah 9

    1.4 Objektif Kajian 10

    1.5 Persoalan Kajian 11

    1.6 Skop Dan Batasan Kajian 12

    1.7 Kepentingan Kajian 12

    1.8 Definasi Istilah 13

    1.8.1 Sikap 14

    1.8.2 Minat 14

    1.8.3 Pelatih 14

    1.8.4 Latihan 15

    1.8.5 Kemahiran 15

    1.8.6 Pusat Giat Mara 15

  • 11

    BAHAGIAN DUA

    BAB II SOROTAN PENULISAN

    2.1 Pengenalan. 16

    2.2 Sikap 16

    2.2.1 Sikap Terhadap Pelajaran Dan Pembelajaran. 19

    2.2.2 Sikap Terhadap Penerimaan Latihan 23

    2.2.3 Sikap Terhadap Pengajar 26

    2.3 Faktor Minat 29

    2.3.1 Minat Terhadap Kursus Kemahiran 33

    2.3.2 Minat Terhadap Kerjaya Dan Keusahawanan 36

    2.4 Kemahiran 37

  • 12

    BAHAGIAN TIGA

    BAB III METODOLOGI

    3.1 Pengenalan 38

    3.2 Reka Bentuk Kajian 38

    3.3 Lokasi Kajian 39

    3.4 Sampel Kajian 39

    3.5 Instrumen Kajian 40

    3.6 Kajian Rintis 42

    3.7 Kaedah Analisis Data 42

    BAHAGIAN EMPAT

    BAB IV ANALISIS DATA

    4.1 Pengenalan 44

    4.2 Analisis Latar Belakang Responden 44

    4.2.1 Analisis Taburan Responden

    Dari Aspek Jantina. 45

    . 4.2.2 Analisis Taburan Responden

    Dari Aspek Bangsa. 45

    4.2.3 Analisis Taburan Responden Dariaspek Umur 46

    4.2.4 Analisis Taburan Responden Dari Aspek

  • 13 Bilangan Adik Beradik 46

    4.2.5 Analisis Taburan Responden

    Dari Aspek Pekerjaan Ibu bapa.. 47

    4.2.6 Analisis Taburan Responden

    Dari Aspek Pendapatan Ibubapa. 48

    4.2.7 Analisis Taburan Responden

    dari Aspek Kelulusan Akademik. 48

    4.3 Analisis Maklumbalas Responden

    4.3.1 Sikap Belajar Pelatih Terhadap Proses

    Pengajaran Dan Pembelajaran Semasa

    Mengikuti Latihan Kemahiran Di

    Pusat Giat MARA. 50

    4.3.2 Sikap Dalam Penerimaan Latihan Semasa

    Mengikuti Latihan Kemahiran Di

    Pusat Giat MARA. 52

    4.3.3 Sikap Terhadap Pengajar Semasa Pelatih

    Mengikuti Latihan Kemahiran Di

    Pusat Giat MARA. 54

    4.3.4 Minat Pelatih Terhadap Bidang Kemahiran

    Semasa Mengikuti Latihan Kemahiran Di

    Pusat Giat MARA. 57

    4.3.5 Minat Terhadap Kerjaya Dan Keusahawanan

    Semasa Mengikuti Latihan Kemahiran Di

    Pusat Giat MARA 59

    4.4 Kesimpulan 61

  • 14

    BAHAGIAN LIMA

    BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN.

    5.1 Pengenalan 63

    5.2 Perbincangan 63

    5.2.1 Latar Belakang Pelatih 64

    5.2.2 Sikap Belajar Pelajar 66

    5.2.3 Sikap Pelatih Terhadap Latihan. 67

    5.2.4 Sikap Pelatih Terhadap Pengajar. 68

    5.2.5 Minat Pelatih Terhadap Bidang Kemahiran 69

    5.2.6 Minat Pelatih Terhadap Kerjaya dan Keusahawanan 70

    5.3 Rumusan dan Cadangan. 71

    5.3.1 Sikap 71

    5.3.2 Minat 72

    5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 73

    5.5 Penutup 74

    BIBLIOGRAFI 75

    SENARAI LAMPIRAN

    Borang Soal Selidik 79

    Surat Akuan Kajian PGM 80

  • 15

    SENARAI JADUAL

    No. Jadual Tajuk Mukasurat

    3.1 Pemeringkatan mengikut skala Likert 41

    3.2 Kandungan instrumen kajian 41

    3.3 Menunjukkan taburan item-item dikaji 41

    3.4 Pengkelasan pemeringkatan lima mata 43

    3.5 Analisis tentang nilai min 43

    4.1 Kekerapan dan peratusan responden mengikut jantina 45

    4.2 Kekerapan dan peratusan responden mengikut bangsa 45

    4.3 Kekerapan dan peratusan responden mengikut umur 46

    4.4 Kekerapan dan peratusan responden mengikut

    bilangan adik-beradik 46

    4.5 Kekerapan dan peratusan responden mengikut

    pekerjaan ibu bapa 47

    4.6 Kekerapan dan peratusan responden mengikut

    pendapatan bulanan ibubapa. 48

    4.7 Kekerapan dan peratusan responden mengikut

    kelulusan akademik. 48

    4.8 Kekerapan, peratusan,min dan sisihan piawai

    responden mengenai sikap belajar pelatih terhadap

    proses pengajaran dan pembelajaran. 50

    4.9 Kekerapan, peratusan,min dan sisihan piawai

    responden mengenai sikap dalam penerimaan latihan 53

    4.10 Kekerapan, peratusan,min dan sisihan piawai

    responden mengenai sikap terhadap pengajar 55

    4.11 Kekerapan, peratusan,min dan sisihan piawai

    responden mengenai minat terhadap bidang kemahiran 57

    4.12 Kekerapan, peratusan,min dan sisihan piawai

  • 16 responden mengenai minat terhadap kerjaya dan

    keusahawanan. 59

    4.13 Analisis keseluruhan persoalan dari aspek sikap 61

    4.14 Analisis keseluruhan dari aspek minat 62

  • 17

    SENARAI SINGKATAN

    1. PGM - PUSAT GIAT MARA

    2. MARA - MAJLIS AMANAH RAKYAT

    3. KNK - KELUARAN NEGARA KASAR

    4. BBM - BAHAN BANTU MENGAJAR

    5. MIDA - LEMBAGA KEMAJUAN PERINDUSTRIAN

    6. BMI - BRITISH MALAYSIAN INSTITUTE

    7. MFI - MALAYSIAN FRANCE INSTITUTE

  • 18

    SENARAI DOKUMEN LAMPIRAN

    LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

    Lampiran A Set Soal Selidik 79

    Lampiran B Surat Akauan PGM.. 81

  • 19

    BAB I

    PENDAHULUAN

    1.1 Pengenalan

    Pembangunan dan kemakmuran sesebuah negara bergantung kepada kekuatan ekonomi dan

    kesejahteraan sosial penduduknya. Malaysia mengalami pembangunan yang begitu pesat dalam semua sektor

    sejak mencapai kemerdekaan 46 tahun lalu. Kepesatan pertumbuhan ekonomi ini memberi pulangan kepada

    kerajaan dalam bentuk hasil pada tahun ini yang menunjukkan peningkatan sebanyak 6.8% kepada RM89.16

    bilion berbanding tahun 2002 ( Laporan Ekonomi, 2003)

    Sektor perindustrian dan pengeluaran telah menunjukkan pertumbuhan yang tinggi dan menyumbangkan

    kepada Keluaran Dalam Negara Kasar sebanyak RM950.14 juta. Indeks pengeluaran perindustrian

    menunjukkan pulangan yang besar dalam sektor pembuatan dengan menghasilkan RM215.7 juta bertambah

    7.5% dan sektor elektrik menghasilkan pendapatan sebanyak RM239.3 juta bertambah 6.0% (Jabatan

    Perangkaan Malaysia, 2003).

    Kepesatan sektor perindustrian di Malaysia memberi manafaat kepada sosial ekonomi dengan

    menyumbangkan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan, dapat mengeluarkan pelbagai jenis

    barangan keperluan penduduk untuk mengantikan barangan import, mengalakkan pertumbuhan kegiatan

    pertanian, perlombongan, pembalakan, perikanan dan mengerakkan sumber bahan mentah industri.

  • 20 Kemajuan sistem pengangkutan dan perhubungan juga menyumbang kepada perkembangan industri.

    Kegiatan ekonomi negara dapat dipelbagaikan supaya tidak terlalu bergantung kepada eksport produk

    pertanian dan sumber hutan. Hasil eksport barangan kilang dapat menambah hasil pendapatan negara

    melalui pertukaran wang asing.

    Perindustrian di Malaysia terbahagi kepada industri berat, industri ringan dan industri

    pelancongan. Perkembangan sektor ini banyak dipengaruhi oleh sumber-sumber sokongan seperti

    modal dan sumber tenaga manusia yang menyokong sektor perkilangan.

    Kawasan perindustrian mesti mempunyai bekalan tenaga elektrik yang murah dan mencukupi

    ( tenaga elektrik dan bekalan air ) dan kemudahan infarastruktur, perhubungan dan pengangkutan,

    kawasan dan tapak bersesuaian hampir dengan bahan mentah serta kemudahan lain. Bekalan bahan

    mentah yang banyak, mudah didapati dan mencukupi. Pasaran meluas dan permintaan yang banyak,

    sama ada di dalam atau luar negeri. Dasar Kerajaan amalkan berbagai dasar insentif untuk menggalak

    pelabur asing datang melabur dengan cara mengenakan sewa / cukai tanah yang murah dan pengecualian

    cukai ke atas barangan yang dihasilkan. Pengujudan Zon Perdagangan Bebas Cukai untuk tarik

    pengusaha dirikan kilang. Penubuhan Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) dengan

    tujuan untuk beri maklumat dan khidmat nasihat kepada pengusaha. Tenaga buruh yang murah dan

    mudah didapati dari kawasan berpenduduk padat akan membekalkan tenaga buruh mahir dan separuh

    mahir. ( Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia, 2003 )

    Komponen terpenting dalam pembangunan dan kemajuan sesebuah negara adalah sumber manusia.

    Peratusan guna tenaga kerja dijangka meningkat kepada

    27.7 % pada tahun 2003 berbanding 21.7% pada tahun 2002 ( Laporan Belanjawan, 2003 ). Elemen penting

    yang menjana sektor perindustrian ini adalah terdiri dari kalangan profesional hinggalah kepada tenaga kerja

    tidak mahir. Jumlah guna tenaga pada suku tahun kedua 2003 sebanyak 10,167.00, yang bekerja seramai

    9.757.300 dan menganggur sebanyak 409.800 atau 4 %.( Jabatan Perangkaan Malaysia, 2003).

    Kerajaan menjalankan pelbagai usaha untuk melahirkan tenaga kerja mahir dan separuh mahir

    yang mampu untuk memenuhi pasaran guna tenaga di dalam sektor perindustrian. Kerajaan terus

    memberikan penekanan terhadap peningkatan kualiti dan kuantiti tenaga kerja berkemahiran dengan

  • 21 menambahkan pusat latihan dan juga meningkatkan pusat latihan sedia ada. Sejumlah RM319 juta

    peruntukkan kepada Kementerian Sumber Manusia untuk membina pusat latihan baru, sebanyak

    RM245.5 juta untuk menambah kemudahan dan membina 25 buah Institut Kemahiran Belia Negara,

    sebanyak RM77.5 juta untuk digunakan untuk menyiapkan 14 pusat yang sedia ada dan RM107.3 juta

    untuk membiayai kos pengurusan Institut Kemahiran Mara. (Laporan Belanjawan, 2003).

    Ekonomi yang berasaskan pengetahuan menyediakan satu kaedah untuk membekalkan

    pertumbuhan ekonomi yang yang pesat, mampan dan berdaya saing dalam jangka masa sederhana dan

    panjang. Salah satu ciri ekonomi berasaskan pengetahuan ialah terdapatnya tenaga buruh yang

    berpendidikan.dan berkemahiran. Tenaga kerja sebegini dapat menyumbangkan dalam bentuk idea,

    kemahiran dan pengetahuan teknologi terkini ( Abd.Latif, 2002 ). Dalam sektor perindustrian hari ini

    tenaga kerja terdiri dari tenaga tempatan dan juga dari kalangan tenaga asing samada yang sah atau

    tanpa izin. Jumlah pekerja asing di negara ini sebenarnya terlalu ramai ( MTUC, 2002 ). Kesan

    daripada ini telah menyebabkan berlakunya persaingan untuk mendapatkan peluang pekerjaan. Banyak

    peluang-peluang kerja ini diisi oleh tenaga kerja asing dan kesan yang lebih besar adalah masaah sosial

    yang timbul. Sudah sampai masanya pekerja asing ini dihadkan jumlahnya untuk kebaikan negara sama

    ada untuk kebaikan ekonomi, sosial maupun imej negara ( World Web Journal, 2003).

    Di negara kita pelbagai Institusi menjalankan latihan kemahiran untuk menyediakan sumber tenaga

    mahir dan separuh mahir yang akan memasuki bidang pekerjaan. Beberapa Kementerian telah menjalankan

    latihan untuk melatih rakyat Malaysia supaya mempunyai ilmu dan pengetahuan dalam usaha untuk

    mengeluarkan tenaga kerja mahir dan separuh mahir. Kementerian Pendidikan Malaysia di bawah Jabatan

    Pendidikan Teknikal mempunyai Kolej Komuniti dan Sekolak Teknik/ Vokasional. Kementerian Sumber

    Manusia menjalankan latihan kemahiran di Institut Latihan Perindustrian dan Institut Kemahiran Belia Negara.

    Kementerian Pembangunan Usahawan. mempunyai institusi yang melahirkan tenaga kerja profesional, tenaga

    mahir dan juga tenaga separuh mahir yang dikendalikan dibawah bidang kuasa Majlis Amanah Rakyat

    (MARA), agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan ini, ditubuhkan pada 1 Mac 1966 di bawah

    Akta Parlimen sebagai sebuah badan berkanun hasil daripada resolusi Kongres Ekonomi Bumiputera pertama

    pada tahun sebelumnya. ( Majlis Amanah Rakyat, 2003 )

    Majlis Amanah Rakyat mempunyai Pusat-Pusat akademik seperti MRSM, Kolej Profesional MARA,

  • 22 Kolej MARA, Kolej Yayasan Pelajaran MARA dan UiTM ( Universiti Teknologi Mara), sementara

    pusat-pusat latihan kemahiran seperti Institut Kemahiran Tinggi Mara iaitu BMI( British Malaysian Institute,

    MFI ( Malaysian French Institute ), GMI ( German Malaysian Institute),JMTi ( Japan Malaysian Technical

    Institute), Institut Kemahiran MARA dan Pusat Giat MARA.

    Adalah menjadi kewajipan Majlis ini bagi memajukan, menggalakkan, memudahkan serta menjalankan

    pembangunan ekonomi dan kemasyarakatan dalam persekutuan dan khususnya dalam kawasan-kawasan luar

    bandar.

    Pusat Giat MARA pada dasarnya memberi pengetahuan dan latihan teknikal kepada masyarakat luar

    bandar dalam bidang yang bersesuaian dengan keperluan tempatan agar segala pengetahuan dan pengalaman itu

    dapat digunakan terus untuk meninggikan taraf hidup mereka melalui pengwujudan usaha niaga dan peluang

    pekerjaan.

    Kumpulan sasaran penubuhan PGM ialah;

    i. Mereka yang belum pernah mendapat latihan kemahiran bagi tujuan mendapatkan kerja dan berusaha

    sendiri.

    ii. Mereka yang hilang pekerjaan dan terpaksa mencari pekerjaan baru.

    iii. Mereka yang ingin menambahkan kemahiran untuk kemajuan kerjaya.

    iv. Mereka yang sedang bekerja dan memerlukan peningkatan tahap kemahiran dalam jurusan yang

    diceburi.

    Terdapat 120 buah Pusat Giat MARA di seluruh Malaysia dan di Terengganu terdapat 7 buah dalam

    daerah yang berlainan. Kursus-kursus yang ditawarkan di PGM iaitu Automotif, Elektrik, Elektronik, Binaan

    Bangunan, Pembuatan, Jahitan, Perabut, Percetakkan. ( Risalah Pusat Giat Mara , 2000 )

  • 23 Antara syarat-syarat kelayakan untuk memohon program latihan di Pusat Giat MARA adalah

    Bumiputra, Penduduk tempatan, Berumur di antara 15 hingga 40 tahun, Kelulusan akademik: boleh membaca

    dan mengira, minat yang tinggi dan sihat tubuh badan. ( Prospektus PGM, 1999 )

    Pelatih yang mengikuti kursus yang ditawarkan akan diberikan Sijil Kemahiran Giat MARA dan

    sekiranya pusat latihan tersebut menyediakan sistem pentauliahan, pelajar akan diberikan Sijil Kemahiran

    Malaysia (SKM ) setelah menamatkan latihan selama 6 (enam) bulan atau 12 (dua belas) bulan. Dalam perkara

    ini, terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan kepada pelajar yang mengikuti latihan di PGM.

    1.2 Latar Belakang Masalah.

    Pembangunan Sumber Manusia harus dipandang sebagai satu kemestian dan bukan sebagai satu opsyen

    semata-mata. Ia perlu dilihat sebagai satu pelaburan jangka panjang. Penubuhan MARA mempunyai objektif

    untuk menggalak, membimbing, melatih dan membantu Bumiputera, khususnya di luar bandar, supaya

    menyertai dengan aktif dalam kegiatan perdagangan dan perusahaan ke arah membentuk masyarakat usahawan

    Bumiputera yang berdaya tahan, profesional dan kukuh.

    MARA merangka pelan perlaksanaan yang disusun dengan beberapa strategi untuk mewujud serta

    menambah bilangan usahawan di kalangan bumiputera dan meningkatkan taraf mereka dalam kegiatan

    perdagangan dan perusahaan ke arah pembentukan masyarakat peniaga yang berjaya dan kukuh. Peningkatan

    jumlah belia yang berkemahiran dan separuh mahir akan membantu merancakkan lagi perkembangan industri

    dan menambahkan petumbuhan ekonomi.

    Langkah menceburi secara yang aktif dalam bidang perdagangan dan perindustrian tertentu melalui

    pelaburan dan pengurusan dalam syarikat-syarikat. Sebagai langkah memberi perlindungan untuk

    meningkatkan penyertaan bumiputera dalam dunia perniagaan. Perkara ini diselaraskan dengan penambahan

    bilangan guna tenaga bumiputera yang terlatih dalam berbagai bidang di semua peringkat, khususnya untuk

    keperluan sektor perdagangan dan perindustrian.

  • 24 Menggalakkan lain-lain kemudahan dan perkhidmatan yang sesuai serta menjadi pemegang amanah

    yang boleh membantu secara khusus atau umum bagi meninggikan taraf ekonomi dan sosial bumiputera.

    MARA melaksana tanggungjawab bagi memajukan, menggalakkan, memudahkan dan menjalankan

    pembangunan ekonomi dan kemasyarakatan di seluruh Malaysia dalam bidang-bidang berikut:- Perdagangan

    dan Perindustrian, Kemudahan Pembiayaan, Usahasama atau sebagai Agen Pengurus, Pelaburan

    Ekuiti, Penubuhan dan Pertanggungan Institusi Latihan, apa jua yang difikirkan perlu atau berfaedah oleh

    MARA dan aktiviti tambahan yang mendapat kelulusan kerajaan, bertujuan untuk memajukan kaum bumiputera

    MARA menyediakan latihan dalam bidang kemahiran dari peringkat asas sehingga peringkat tertinggi

    melalui institusi-institusi yang terdapat di bawah bidang kuasanya. Pusat Giat MARA pula merupakan salah

    satu institusi latihan kemahiran yang dikelolakan oleh badan ini melalui Bahagian Kemahiran MARA. Objektif

    penubuhannya adalah untuk melatih golongan belia Bumiputra dalam bidang teknikal serta untuk meningkatkan

    bilangan guna tenaga separuh mahir dalam pelbagai bidang dan tahap kemahiran bagi memenuhi kehendak

    industri.

    Menurut Mohamad Najib (1999), pendidikan merupakan usaha mengatur ilmu pengetahuan untuk

    menambahkan lagi pengetahuan semulajadi yang ada padanya supaya dapat hidup dengan lebih berguna dan

    lebih selamat lagi.

    Golongan belia hari ini merupakan golongan yang akan menjadi tonggak negara pada masa hadapan.

    Penyertaan mereka dalam mengikuti pembelajaran dalam semua bidang adalah merupakan suatu keperluan

    yang penting. Terdapat sebahagian besar mereka yang terus melanjutkan pelajaran dalam bidang akademik dan

    sebilangan besar juga mereka mengikuti bidang kemahiran di institusi-institusi teknikal. Ilmu boleh diperolehi

    melalui belajar, pembacaan, kajian, pemerhatian, latihan, kursus dan sebagainya. Mengabaikan ilmu dan

    kemahiran bererti sengaja menjauhkan diri dari Allah ( Asad Awang,1999)

    Penyertaan golongan belia dalam bidang teknikal begitu menggalakkan dan kebanyakan mereka

    mempunyai pilihan samaada untuk belajar akademik atau mengikuti kursus-kursus kemahiran yang banyak

    ditawarkan. Menurut Mohd Salleh (1998), pendidikan sekarang lebih memberatkan kepada bidang sains dan

    teknikal. Kecenderungan mereka mengikuti mengikuti kursus-kursus kemahiran di pusat latihan

    memperlihatkan suatu peningkatan yang memberansangkan untuk menjana perkembangan bidang

    perindustrian.. Matlamat MARA dalam menyediakan pendidikan berbentuk teknikal dan kemahiran kepada

    semua lapisan masyarakat terutama bumiputra agar dapat memiliki kemahiran yang asas sehingga kepada

  • 25 kemahiran tertinggi. Di samping itu latihan ini bagi memastikan setiap tenaga kerja tempatan memiliki

    sekurang-kurangnya kemahiran asas sebelum memasuki alam pekerjaan.

    Kursus-kursus kemahiran merupakan kursus yang ditawarkan di Pusat Giat MARA dan ia terbuka

    kepada belia berumur 15 -sehingga 45 tahun. Syarat kemasukan adalah longgar dan Pusat Giat MARA

    terletak berhampiran dengan penempatan penduduk. Keadaan ini mampu mendorong belia untuk memohon

    kursus-kursus yang ditawarkan di PGM kerana kesedaran ataupun terpengaruh dengan rakan sebaya.

    Pemilihan latihan kemahiran dalam bidang pengkhususan tertentu mungkin menjadi cita-cita tetapi

    adakah mereka ini telah memilih latihan kemahiran dalam bidang pengkhususan yang menjadi cita-cita pelajar,

    atau adakah mereka ini telah memilih kursus yang telah betul-betul memenuhi kehendak atau sebaliknya.

    Perkara ini sangat penting untuk dilihat kerana ia akan menentukan kerjaya masa depan pelajar. Belia pada

    asasnya memilih kursus dengan tepat mengikut minat tetapi terdapat segelintir pelatih tidak dapat mengikuti

    kursus seperti kehendak dan minat sebenar mereka. Belia biasanya tidak dapat membuat keputusan dengan baik

    dan tepat kerana mereka tidak mempunyai minat yang tetap ( Amir 1998 )

    Merujuk kepada objektif Pusat Giat MARA iaitu “ memberi pengetahuan dan latihan teknikal kepada

    masyarakat luar bandar dalam bidang yang bersesuaian dengan keperluan tempatan agar segala pengetahuan

    dan pengalaman itu dapat digunakan terus untuk meninggikan taraf hidup mereka melalui pengujudan usaha

    niaga dan peluang perniagaan”. Oleh itu penyelidik ingin mengetahui sikap dan minat pelatih yang menjalani

    latihan kemahiran di sini benar-benar mampu untuk memenuhi objektif Pusat Giat MARA atau sebaliknya.

    1.3 Penyataan Masalah

    Berdasarkan pemerhatian dan dapatan awal pengkaji, didapati guna tenaga separuh mahir dalam sektor

    pembinaan dan industri di kalangan belia-belia tempatan masih kurang memuaskan walaupun pelatih-pelatih

    yang dikeluarkan oleh PGM dan lain-lain institusi latihan yang berkaitan agak besar. Perkara ini selalu menjadi

    isu perbincangan di seminar, forum dan bengkel yang berkaitan dengan isu guna tenaga. Situasi ini berlaku

  • 26 mungkin kerana mereka tidak berminat terhadap pekerjaan atau sikap mereka yang tidak merebut peluang

    dalam bidang pekerjaan tersebut.

    Oleh itu kajian ini dijalankan untuk mengetahui sikap belajar, sikap terhadap latihan dan sikap terhadap

    tenaga pengajar serta minat terhadap kemahiran, kerjaya dan keusahawanan pelatih semasa mengikuti latihan

    di PGM.

    1.4 Objektif Kajian.

    Objektif kajian ini secara khusus adalah:

    i. Mengenalpasti sikap belajar pelatih terhadap proses pengajaran dan pembelajaran semasa mengikuti

    latihan kemahiran di Pusat Giat MARA?

    ii. Mengetahui bagaimanakah sikap dalam penerimaan latihan semasa mengikuti latihan kemahiran di

    Pusat Giat MARA ?

    iii. Mengetahui bagaimanakah sikap pelatih tehadap pengajar semasa latihan kemahiran di Pusat Giat

    MARA ?

    iv. Mengetahui bagaimanakahminat terhadap bidang kemahiran yang semasa pelatih mengikuti latihan

    kemahiran di Pusat Giat MARA ?

    v. Mengetahui bagaimanakah minat terhadap kerjaya keusahawanan semasa pelatih mengikuti latihan

  • 27 kemahiran di Pusat Giat MARA ?

    1.5 Persoalan kajian

    i. Bagaimanakah sikap belajar pelatih terhadap proses pengajaran dan pembelajaran semasa mengikuti

    latihan kemahiran di Pusat Giat MARA ?

    ii. Bagaimanakah sikap pelatih dalam penerimaan latihan semasa mengikuti latihan kemahiran di Pusat

    Giat MARA ?

    iii. Bagaimanakah sikap pelatih terhadap pengajar semasa mengikuti latihan

    kemahiran di Pusat Giat MARA ?

    iv Bagaimanakah minat pelatih terhadap bidang kemahiran semasa mengikuti

    latihan kemahiran di Pusat Giat MARA ?

    v. Bagaimanakah minat pelatih terhadap kerjaya dan keusahawanan semasa mengikuti latihan kemahiran

    di Pusat Giat MARA ?