penghapusan jaminan penempatan guru pelatih

Upload: farihah-ha

Post on 30-Oct-2015

381 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

FAKULTI PENDIDIKAN

ISU-ISU PENDIDIKAN DI MALAYSIA

KOD KURSUS : GGGC 6033

TUGASAN INDIVIDUTAJUK TUGASAN :

PENGHAPUSAN JAMINAN PENEMPATAN GURU PELATIH

NAMA

: FARIHAH BINTI MOHD.JAMELNOMBOR PELAJAR: P 66318 SESI

: 2012/2013PENSYARAH

: PN.KHADIJAH ABD. RAZAK

KANDUNGAN

Halaman

1.0PENGENALAN

22.0SEJARAH PENDIDIKAN TINGGI (PERGURUAN) DI MALAYSIA

2.1Sejarah Pendidikan Tinggi (Perguruan) Sebelum Merdeka

2-3

2.2Sejarah Pendidikan Tinggi (Perguruan) Selepas Merdeka

3-6

3.0SENARIO JAMINAN PENEMPATAN GURU PELATIH DI

MALAYSIA

7-94.0ISU-ISU BERKAITAN PENGHAPUSAN JAMINAN

PENEMPATAN GURU PELATIH

9-16

4.1Isu-isu yang membawa kepada kesan positif

9 -13

4.2Isu-isu yang membawa kepada kesan negatif

14-195.0KESIMPULAN

19RUJUKAN

20-22TAJUK: PENGHAPUSAN JAMINAN PENEMPATAN GURU PELATIH1. PENGENALANGuru pembina negara bangsa. Itulah yang sering diungkapkan oleh masyarakat. Namun untuk melahirkan bakal guru bukanlah sesuatu yang perkara yang mudah. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), penghapusan bermaksud perihal (perbuatan, tindakan dan sebagainya) menghapuskan. Jaminan pula membawa maksud tanggungan. Jaminan atau tanggungan di sini ditujukan kepada pihak kerajaaan. Manakala penempatan bermaksud perihal menempati atau menempatkan. Bakal guru ataupun dikenali juga sebagai guru pelatih adalah terdiri daripada penuntut-penuntut bidang pendidikan sama ada di Institusi Pendidikan Guru (IPG) mahupun di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang menawarkan bidang pendidikan tidak kira jurusan apa sekalipun. Jika sebelum ini, guru pelatih Institusi Pendidikan Guru (IPG) dan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dijamin pelantikan sebagai guru tanpa mengambil kira prestasi mereka. Walau bagaimanapun jaminan pelantikan ini telah dihapuskan dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-10. Dengan ini hanya guru pelatih yang memperoleh pencapaian terbaik dan berkelayakan akan ditawarkan jawatan guru. Pelbagai isu yang timbul hasil daripada perubahan dasar yang baru sahaja ditimbulkan di dalam Rancangan Malaysia Ke-10 yang akan dilaksanakan sepanjang tahun 2011 sehingga 2015. Isu ini diperkemas lagi dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang dilancarkan baru-baru ini.2. SEJARAH PENDIDIKAN TINGGI (PERGURUAN) DI MALAYSIA.2.1 Sejarah Pendidikan Tinggi (Perguruan) Sebelum Merdeka

Sejarah pendidikan (rendah, menengah dan tinggi) di Malaysia pada umumnya dipengaruhi oleh gelombang politik yang berlaku di Tanah Melayu dan serantau. Apabila British campur tangan dalam pemerintahan Tanah Melayu sejak 1874, sistem pendidikan tradisional secara beransur-ansur digantikan dengan sistem pendidikan baharu yang dicorakkan untuk kepentingan British. Kejutan semasa Perang Dunia Kedua, menyemarakkan kesedaran politik dan menyuntik semangat dalam kalangan penduduk tempatan agar mereka mengambil berat tentang pendidikan yang bakal menentukan masa depan nusa dan bangsa.

Berkaitan pendidikan aliran Melayu, sebelum penubuhan Maktab Perguruan Melaka pada tahun 1901, tidak wujud sebarang latihan formal perguruan di Negeri-Negeri Selat. Kekurangan guru diatasi dengan mengamalkan sistem mengupah murid sekolah darjah atas mengajar sebagai guru. Kelemahan sistem ini ialah tiadanya penyeliaan rapi daripada pihak pengurusan sekolah dan ramai pelajar yang telah menamatkan kursus dengan baik, akhirnya meninggalkan profesion perguruan kerana gaji yang rendah. Akibatnya kerjaya guru sebelum tahun 1901 sebahagiannya diisi oleh para penganggur yang separa terdidik. ( CO 717 Colonial Office 119/51668 Federated Malay States Annual Report of the Education for the year 1935: 9).

Penubuhan MPSI di Tanjung Malim pada 23 November 1922 meningkatkan mutu latihan profesion perguruan aliran Melayu. Dalam sejarah pendidikan tinggi di Malaysia, MPSI bukan sahaja penting sebagai tapak yang melahirkan ramai pejuang kemerdekaan, tetapi juga sebagai institusi latihan perguruan yang banyak menyumbang kepada pembangunan pendidikan sehingga zaman setelah merdeka..2.2 Sejarah Pendidikan Tinggi (Perguruan) Selepas Merdeka.Kemerdekaan membawa kesan yang besar kepada semangat dan prinsip pendidikan di Tanah Melayu. Tumpuan kini ialah kepada usaha mewujudkan suatu sistem pendidikan kebangsaan tetapi turut membenarkan pengamalan bahasa dan budaya orang bukan Melayu di Tanah Melayu. Oleh hal yang demikian, penubuhan universiti dan kolej di Malaysia selepas merdeka berkait rapat dengan keperluan guna tenaga manusia dan hal ini kelihatan dalam semua Rancangan Malaysia yang dilancarkan oleh kerajaan. Sebagai contoh, meskipun objektif utama RMK-1 (1996-1970) adalah untuk mengurangkan masalah sosioekonomi dengan meningkatkan peluang pekerjaan dan mengurangkan jurang pendapatan antara rakyat di negara ini, kerajaan sedar bahawa pertumbuhan ekonomi tidak boleh bertunjangkan bekalan bahan mentah sedia ada sahaja tetapi juga kepada pengemblengan daya cendekia atau kuasa akal penduduknya. Selaras dengan itu, institusi pendidikan juga ditubuhkan dengan lebih banyak lagi bagi mendidik bakal-bakal guru dan memenuhi keperluan pendidik di seluruh Malaysia demi melahirkan generasi yang seimbang dalam aspek yang menyeluruh.Pada 8.6.1960, Maktab Pergurusan Ilmu Khas telah dibuka dengan rasminya oleh Menteri Pelajaran, Encik Abdul Rahman bin Haji Talib. Pembukaan Maktab ini merupakan satu kemajuan dalam sejarah perkembangan pelajaran dan pendidikan di Persekutuan Tanah Melayu. Ia adalah satu-satunya Maktab Perguruan yang bakal melahirkan guru-guru terlatih dari segi teknikal dalam segala bidang pelajaran.Dalam ucapan pembukaannya, Menteri Pelajaran menjelaskan bahawa kanak-kanak berbakat di negara ini tidak diberi cukup galakan dan kesempatan untuk mereka tumpukan perhatian dan kebolehan dalam bidang yang mereka minati. Justeru, adalah lebih penting dan bermakna sekiranya kanak-kanak itu dapat melahirkan bakat mereka melalui cara yang lebih teratur daripada berusaha untuk mendapatkan sijil. Beliau selanjutnya menyarankan bahawa Maktab ini boleh menjadi sebuah pusat penyelidikan dan latihan bagi guru-guru daripada pelbagai aliran sekolah di Persekutuan Tanah Melayu. Di samping itu, ia juga boleh menjadi medan bagi guru-guru untuk berkongsi masalah, bertukar-tukar pendapat dan melahirkan buah fikiran yang sesuai dengan suasana pembelajaran di sekeliling mereka.Maktab ini mengadakan kursus bagi mata pelajaran praktikal seperti penulisan, pertukangan, sains rumahtangga, lukisan, pendidikan jasmani dan berbagai-bagai lagi. Ia juga bertujuan untuk membantu guru-guru kaedah mengajar yang lebih baik. Seramai 160 orang guru bagi tiap-tiap kemasukan telah diterima masuk untuk mengikuti kursus selama setahun itu. Guru-guru yang terpilih ini adalah mereka yang mempunyai pengalaman mengajar sekurang-kurangnya dua tahun.Perkembangan dalam pendidikan tinggi di Malaysia menjadi bertambah rancak dan berdaya maju apabila pengurusan pendidikan diberi tumpuan khusus dengan penubuhan Kementerian Pendidikan Tinggi yang tersendiri pada 27 Mac 2004. Salah satu wawasan pendidikan tinggi Malaysia ialah menyumbang kepada tuntutan untuk membangunkan masyarakat dan ekonomi berasaskan ilmu pengetahuan pada peringkat kebangsaan, serantau dan antarabangsa. Pertumbuhan di dalam sektor perkhidmatan ini menunjukkan peningkatan dari semasa ke semasa. Ini dapat dilihat di dalam graf di bawah.

Menurut Othman Mustapha (2010), di dalam RMK-10 (2011-2015) pula memberikan penumpuan kepada lima teras strategis di mana salah satunya adalah membangun dan mengekalkan modal insan bertaraf dunia. Rombakan di dalam sistem pendidikan juga akan dilaksanakan dengan meningkatkan daya tarikan profesion keguruan dan menghasilkan guru terbaik. Empat inisiatif utama mempertingkatkan kualiti guru secara signifikan ialah :2.2.1 Menjadikan profesion keguruan pilihan utama, dengan penekanan kepada ganjaran kewangan, pembangunan kerjaya, berprestij, pembangunan nusa bangsa 2.2.2 Mengukuhkan latihan perguruan melalui latihan praktikum 2.2.3 Penghapusan jaminan penempatan guru pelatih

2.2.4 Peralihan kepada Sistem Terbuka dalam latihan guru

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) merupakan sebuah institusi pengajian tinggi yang penting dalam sejarah pendidikan negara. Institusi ini berkembang secara bertahap dari sebuah kolej kepada sebuah universiti. Agak menarik meneliti tahap perkembangan institusi ini, kerana ia meniti satu landasan sejarah yang sama, mendukung falsafah penubuhan yang sama dan mekar dalam taman yang sama. Secara kronologi, perkembangan UPSI telah melalui tiga era, iaitu era SITC (29 November 1922 -1957), era MPSI (1957 1987), dan era IPSI (21 Februari 1987 April 1997). Tiga era ini juga memperlihat wadah generasi pendidik yang dilahirkan oleh institusi ini dalam tempoh 75 tahun. Tanggal 1 Mei 1997 bermulalah lembaran barunya sebagai sebuah universiti, apabila universiti ini diperbadankan di bawah Perintah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Perbadanan) 1997 dan Perintah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Kampus) 1997 menerusi Warta Kerajaan P.U (A) 132 dan 133 yang bertarikh 24 Februari 1997 (Sumber : Laman web UPSI). Perubahan demi perubahan dapat dilihat kepada perkembangan pendidikan tinggi (perguruan) di Malaysia. Ini adalah selaras dengan peningkatan pasaran global demi memenuhi sumber perkhidmatan perguruan.3. SENARIO JAMINAN PENEMPATAN GURU PELATIH DI MALAYSIA Menurut Baharin Abu & Azura Abdul Aziz (2008), isu penempatan guru menjadi isu yang paling hangat dikemukakan oleh guru pelatih kepada Kementerian Pelajaran Malaysia. Guru pelatih yang berada di tahun terakhir iaitu semasa semester dua tahun empat, kesemua guru pelatih ini dikehendaki mengisi boring penempatan. Mengikut prosedur, guru pelatih dikehendaki mengisi dua tempat pilihan mengajar mengikut kehendak masing-masing. Walaubagaimanapun penentuan lokasi penempatan mengajar bagi guru pelatih hanya akan ditentukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Oleh yang demikian berbagai masalah masih juga timbul di mana terdapat guru pelatih yang engkar dengan penempatan tersebut. Dato Noh Omar (Utusan Malaysia, 22 Mac 2007), masih terdapat sekolah-sekolah yang kekurangan guru. Beliau turut menyatakan bahawa terdapat guru yang enggan ditugaskan di kawasan luar bandar. Setiap tahun, KPM menerima lebih 175,000 permohonan untuk menyertai profesion keguruan dan 20,000 orang ditempatkan di sekolah. Ramai pemohon tidak mempunyai sikap dan aptitud yang sesuai untuk menjadi guru. Daripada permohonan kemasukan ke program latihan perguruan di IPG pada tahun 2010, hanya 7% mendapat 7A dan ke atas dalam SPM. Bagi Kursus Perguruan Lepasan Ijazah pula, hanya 3% pemohon mempunyai purata gred terkumpul 3.5 dan ke atas daripada 4.0. Ini menunjukkan profesion keguruan bukanlah pilihan calon cemerlang. Walhal, kita memang telah sedia maklum bahawa kualiti guru amat berkait rapat dengan pencapaian pelajar. Ini dapat dilihat di dalam graf di bawah.

Menurut Abdul Rasid et al. (2010) usaha bagi memartabatkan profesion perguruan di Malaysia semakin sukar kerana terdapat guru-guru yang berat hati untuk menerima penempatan yang ditawarkan. Ada guru juga yang merungut-rungut jika penempatan mengajar tersebut tidak menepati kehendak pilihan mereka, bahkan ada yang sanggup menganggur dan menukar profesion daripada dihantar bertugas nun jauh di pedalaman (MyMetro, 28 Mac 2009).

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010, hasrat teras kelima yang mahu merapatkan jurang pendidikan antara lokasi, tahap sosioekonomi dan tahap keupayaan pelajar mungkin akan berhadapan dengan cabaran, apabila terdapat guru-guru yang berat hati untuk menerima penempatan yang ditawarkan. Baharin Bin Abu & Norhidayah Ismail (2009) menyatakan daripada aspek sikap dan minat, guru pelatih masih kurang bersedia untuk berkhidmat di kawasan pedalaman. Oleh itu ia perlu dipertingkatkan bagi menghasilkan guru yang berkualiti yang mampu menyumbang di dalam dunia pendidikan.Justeru, senario penempatan guru pelatih ini diharap dapat diperbaiki ke arah yang lebih baik dengan adanya pembentangan RMK-10 yang lalu dimana penghapusan jaminan guru pelatih ini dihapuskan. Ini bermakna seandainya penempatan guru pelatih tiada lagi jaminan dari KPM akan memberikan kesan kepada guru pelatih untuk mempertingkatkan diri masing-masing dan lebih bersungguh untuk menerima penempatan di lokasi seluruh Malaysia ini meskipun di kawasan luar bandar. 4. ISU-ISU BERKAITAN PENGHAPUSAN JAMINAN PENEMPATAN GURU PELATIH

Setiap sesuatu perlaksanaan dasar yang baru pasti akan menimbulkan beberapa isu yang akan diperkatakan oleh masyarakat, sama ada yang terlibat secara langsung mahupun tidak. Isu-isu yang timbul terdiri daripada isu-isu yang membawa kepada kesan positif dan juga kesan negatif:

4.1 Isu-isu yang membawa kepada kesan positif :4.1.1 Hanya guru pelatih yang memperolehi pencapaian terbaik ditawarkan jawatan guruMenurut Mohamad Kamil Abd Majid & Rahimin Affandi Abd Rahim (2009), bagi Institusi Pendidikan Negara, khususnya membabitkan IPTA, pihak kerajaan telah menekankan prinsip dan falsafah kepentingan penguasaan ilmu pengetahuan untuk pembangunan tamadun manusia. Buktinya, RMK-9 telah memperuntukkan sejumlah bajet yang cukup besar (RM 1.15 bilion) bagi membangun dan menambahbaikkan institusi pendidikan negara di semua peringkat rendah,menengah dan tinggi. Yang lebih penting lagi, institusi pendidikan tinggi (IPTA/IPTS) telah diberikan amanah mengambil inisiatif utama untuk memodenkan dan memajukan ilmu pengetahuan, khususnya yang bakal memberikan nilai tambah (value added) untuk program pembangunan negara menuju wawasan 2020. Sehubungan itu guru-guru pelatih juga tidak terlepas daripada senario ini. Penghapusan jaminan penempatan guru pelatih akan menjadikan mereka berlumba-lumba untuk memperolehi pencapaian terbaik bagi mendapatkan penempatan. Bertepatan dengan itu, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 2025 dalam Bab 5 berkenaan guru dan pemimpin sekolah telah menyatakan untuk meningkatkan standard kemasukan bagi guru pelatih dan ambilan guru baharu. Kementerian akan mengetatkan proses pemilihan ambilan guru ke IPG dengan memilih calon guru pelatih daripada kumpulan 30% teratas bagi setiap kohort yang tamat persekolahan. Kementerian juga bercadang mengecilkan saiz ambilan guru sekiranya bilangan calon yang berkelayakan pada sesuatu tahun berkurangan; seterusnya, bekerjasama dengan IPTA untuk menetapkan standard kemasukan yang setara bagi program latihan perguruan. Syarat ini adalah untuk memastikan hanya guru yang terbaik dan paling layak menyertai sistem pendidikan kita. Ini dapat dilihat di dalam graf di bawah.

4.1.2 Memastikan penetapan keperluan kualiti minimum.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa berusaha meningkatkan kualiti tenaga pengajar dengan meningkatkan kelayakan guru. Sebelum tahun 1996, guru pelatih yang mendapat latihan di maktab perguruan dianugerahi sijil. Tetapi sejak tahun 1996, kursus di maktab perguruan telah dinaikkan taraf yang membolehkan pelatih dianugerahi diploma setelah tamat kursus. Pada masa yang sama, semua guru yang telah mempunyai sijil perguruan diberi latihan secara berperingkat untuk dinaikkan taraf menjadi guru yang mempunyai diploma. KPM telah mengurangkan jumlah guru yang tidak mempunyai latihan ikhtisas perguruan dan meningkatkan jumlah guru yang mempunyai ijazah. Menurut sumber Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan 1990-2000, menunjukkan pertambahan seramai 42 972 orang guru (163.0%) yang mempunyai ijazah dan pengurangan seramai 11 302 orang guru (-63.2%) yang tiada latihan pada tahun 2000 berbanding pada tahun 1990. Berlandaskan ini, di dalam perancangan RMK-10 yang menyatakan bahawa jaminan penempatan kepada guru-guru pelatih akan dihapuskan memberikan satu pandangan positif bahawa KPM perlu menetapkan kualiti minimum kepada guru-guru pelatih ini bagi mereka melepasinya sebelum terpilih untuk menjawat jawatan guru. Ini secara tidak langsung akan menaikkan lagi kualiti guru-guru di Malaysia. 4.1.3 Meningkatkan lagi persaingan guru pelatih

Satu temuramah yang telah saya lakukan kepada dua orang guru pelatih yang sedang menjalani latihan praktikum di Sekolah Menengah Kebangsaan Datok Lokman, Kuala Lumpur sepakat menyatakan bahawa mereka akan lebih bersungguh-sungguh untuk mendapatkan tempat yang terbaik di sepanjang pengajian mereka sekiranya mereka tiada jaminan penempatan dari KPM. Berbanding dengan keadaan sekarang mereka belajar dalam keadaan yang selesa sahaja tanpa ada kerisauan untuk memperolehi pencapaian terbaik kerana telah dijamin penempatan kerja oleh KPM. 4.1.4 Menambahbaik kualiti sistem pendidikan secara keseluruhan

Satu temuramah yang telah saya jalankan kepada pihak pentadbir iaitu Pengetua dan Guru Penolong Kanan 1, Sekolah Menengah Kebangsaan Datok Lokman, Kuala Lumpur juga sepakat menyatakan bahawa kualiti sistem pendidikan secara keseluruhan akan bertambah baik jika penghapusan jaminan guru pelatih ini dilaksanakan disepanjang tempoh RMK-10 ini. Menurut Mohammed Sani Ibrahim (2007), di dalam Standard Kompetensi Bakal Guru diadakan saringan di peringkat awal pemilihan bakal guru lagi. Iaitu calon-calon yang terpilih mestilah terdiri daripada mereka yang benar-benar ikhlas ingin menjadi insan guru. Calon-calon ini pula hendaklah telah melepasi beberapa peringkat penapisan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh kementerian sendiri. 4.1.5 Meliberalisasikan sistem latihan guru dan beralih kepada sistem terbuka bagi menambah sumber guru pelatih.. Menurut Jamil Ahmad & Norlia Goolamally (2008), Bahagian Pendidikan Guru (BPG) di Kementerian Pelajaran Malaysia bertanggungjawab melatih guru-guru untuk keperluan sekolah rendah dan menengah melalui Program Pendidikan Perguruan Praperkhidmatan dan Dalam Perkhidmatan. Kesemua program dijalankan adalah untuk memenuhi keperluan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru iaitu melahirkan guru-guru yang berketrampilan tinggi dalam pelbagai bidang, berdaya saing , berakhlak mulia, mengamalkan nilai-nilai murni, berdaya fikir dan cekap teknologi. Institut Pendidikan Guru (IPG) merupakan salah sebuah institusi yang bertanggungjawab menyediakan bakal-bakal guru yang terlatih. Selain dari IPG, latihan perguruan juga dilaksanakan oleh pihak universiti melalui Fakulti Pendidikan masing-masing. Walau apa jua institusi yang melatih bakal-bakal guru ini, jaminan penempatan bagi mereka tetap ada. Namun begitu di dalam RMK-10 yang turut membentangkan mengenai penghapusan jaminan penempatan guru pelatih juga membawa kepada peralihan sistem sedia ada kepada sistem terbuka dalam latihan guru. Sudah pastinya lebih banyak institusi-institusi pengajian tinggi swasta akan wujud bagi mewarnai pertumbuhan sistem pendidikan perguruan di Malaysia. Bakal-bakal guru juga sudah pasti akan berusaha bersungguh-sungguh bagi melengkapkan diri untuk menempatkan diri masing-masing di dalam profesion perguruan yang memerlukan sumber tenaga professional. 4.1.6 Kredebiliti profesion perguruan dipandang tinggi.

Penghapusan jaminan guru pelatih juga akan membawa kepada peningkatan kredibiliti profesion perguruan itu sendiri di mana graduan-graduan yang lahir dari institusi-institusi perguruan adalah mereka yang mencapai prestasi yang baik sama ada keputusan akademiknya mahupun latihan perguruannya. Terdapat perbezaan di antara guru yang berprestasi baik dan berprestasi lemah. Menurut dapatan kajian oleh Halimah harun dalam Jurnal Pendidikan 31 (2006:83-96) Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia menggariskan ciri guru pelatih yang berprestasi baik dan berprestasi lemah. Guru pelatih yang berprestasi baik mempunyai sikap yang tidak menyalahkan orang lain jika ada kesilapan, rajin, dedikasi dan selalu buat perubahan dalam pengajaran, seronok bekerja, mengharap yang terbaik dan mengambil nasihat dan maklumbalas manakala sikap guru yang berprestasi lemah adalah selalu menyalahkan pelajar jika hadapi masalah dalam kelas, kecewa dengan kerjaya guru, tidak mendapat kepuasan, menyatakan kerjaya guru membosankan dan tidak seronok, tidak mengambil maklum balas daripada pengalaman lepas, malas, degil dan tidak mengambil nasihat dan tidak menggalakkan pelajar untuk belajar. 4.2 Isu-isu yang membawa kepada kesan negatif :4.2.1 Meningkatkan pengangguran kepada guru pelatih yang tidak mempunyai keputusan yang baik.

Masalah siswazah menganggur merupakan satu isu yang member cabaran besar terhadap perkembangan pendidikan tinggi Negara semasa. Walaupun jumlah mereka yang menganggur tidak dipastikan secara mutlak, namun anggaran tidak rasmi menunjukkan jumlahnya mencecah seramai 60 ribu orang atau merupakan 11 peratus daripada jumlah yang menganggur ( MTEN 2001, Ishak Yusoff et al. 2004, Zulkifly Osman & Ishak Yusoff 2005, Utusan Malaysia 2005a, Utusan Malaysia 2005b) dalam Zulkifly Osman et al. (2006). Kadar pengangguran ini adalah secara global tanpa mengambil kira bidang pengajian. Namun adakah dengan adanya lakukan secara atas talian. n kepada guru pelatih yang tidak mempunyai keputusan yang baik. Ipenghapusan jaminan penempatan guru pelatih akan mengakibatkan peningkatan kadar pengangguran dalam bidang perguruan pula? Ini sudah pasti akan berlaku kepada guru pelatih yang tidak mempunyai keputusan yang baik. Ini dipersetujui oleh seramai 40 orang rakan guru dan 8 orang pula mengatakan tidak pasti berdasarkan soalselidik yang saya lakukan di SMK Datok Lokman,Kuala Lumpur. Dalam tempoh 1982 hingga 1997, bilangan siswazah menganggur yang memiliki ijazah adalah antara 2,700 hingga 8,200 orang. Namun begitu, 1998 bilangannya menunjukkan peningkatan yang ketara antara 12,000 hingga 33,800 orang. Trend yang sama juga berlaku kepada siswazah yang memiliki diploma dengan mencatatkan bilangan penganggur antara 1,000 hingga 6,900 orang dalam tempoh 1982 hingga 1997. Bagaimanapun, bilangan penganggur lulusan diploma meningkat secara drastik mulai 1998 hingga 2004 dengan catatan antara 12,100 hingga 41,200 orang. Namun, dalam tempoh 2006 ke 2010, perbezaan bilangan penganggur bagi kedua-dua kelulusan adalah semakin mengecil. Sebelum tahun 1996, didapati lebih ramai lulusan ijazah yang menganggur berbanding lulusan diploma kecuali bagi tempoh 19881990. Sebaliknya, mulai 1996 hingga 2010 lebih ramai pemegang diploma yang menganggur kecuali pada 2001, 2007, 2008 dan 2010. Carta di bawah menunjukkan Bilangan siswazah menganggur mengikut sijil tertinggi diperoleh, Malaysia bagi tahun 19822010.

Sumber: Perangkaan tenaga buruh siswazah Malaysia, Jabatan Perangkaan MalaysiaPada tahun 2010, majoriti siswazah yang menganggur adalah lulusan Sains sosial, perniagaan dan undang-undang diikuti dengan bidang Kejuruteraan, pembuatan dan binaan. Walaupun siswazah yang menganggur daripada lulusan pendidikan menunjukkan minoriti, kenyataan ini tidak seharusnya menjadikan graduan pendidikan berasa terselamat dan berpuas hati. Statistik ini boleh berubah dengan mendadak pada suatu hari nanti. Carta pai berikut menunjukkan taburan peratus siswazah menganggur mengikut bidang pengajian terpilih, Malaysia, 2010.

Sumber: Perangkaan tenaga buruh siswazah Malaysia, Jabatan Perangkaan Malaysia4.2.2 Peningkatan gejala sosial

Menurut Ab. Rahman Ismail (2008), gejala sosial adalah perlakuan negatif anggota masyarakat yang tidak memberi manfaat kepada kekuatan amalan sistem sesebuah negara. Justeru, ia akan menjejaskan keseimbangan pembangunan negara. Senario gejala sosial sejak akhir-akhir ini berlaku dengan berleluasa. Ini berkait rapat juga dengan pengangguran di kalangan guru pelatih. Kesan daripada pengangguran guru pelatih yang tidak mendapat penempatan mengajar ini juga akan mengakibatkan gejala sosial semakin meningkat. Ini adalah disebabkan mereka tiada pekerjaan yang tetap dan juga desakan ekonomi yang memuncak.4.2.3 Standard Kompetensi Bakal Guru yang lebih ketat

Pemilihan bakal guru hendaklah dibuat berdasarkan tapisan dan beberapa kriteria seperti tapisan pertama: peringkat awal permohonan, tapisan kedua: ujian kecergasan pelbagai (multiple intelligent test), tapisan ketiga: temuduga dan tapisan keempat: pemeriksaan perubatan. Bakal-bakal guru juga perlu melepasi Standard Kompetensi Bakal Guru, merupakan pernyataan-pernyataan yang menjelaskan penghasilan yang perlu dicapai iaitu standard 1: kelayakan akademik, standard 2: kepelbagaian kemahiran dan standard 3: Sahsiah dan keterampilan ( Mohammed Sani Ibrahim, 2007). Sehubungan itu dengan terlaksananya penghapusan jaminan penempatan guru pelatih dan mengenengahkan sistem terbuka di bidang pendidikan perguruan maka sudah pastilah segala tapisan dan standard-standard yang perlu dipenuhi oleh bakal-bakal guru menjadi lebih ketat untuk dilepasi kerana persaingan yang lebih banyak perlu ditempuhi. 4.2.4 Bidang perguruan semakin ditakuti untuk diceburiLaporan di dalam akhbar Utusan Malaysia 5 Julai 2010 menyatakan, jika anda bercita-cita dan ditawarkan belajar di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), jangan cepat teruja. Ini kerana, anda belum tentu lagi menjadi guru sekalipun anda berjaya mendapat segulung ijazah dari universiti ini.Nyata sekali, UPSI tidak pernah mengkaji sedalam-dalamnya pasaran guru untuk kesemua graduannya. Semakin hari, semakin galak UPSI merancang dan menawarkan pelbagai kursus yang tidak relevan dengan keperluan kurikulum sekolah-sekolah di Malaysia. UPSI semakin lupa diri dan merasakan ia perlu sama dengan IPTA lain. Sebab itulah UPSI ingin sama-sama berlumba dengan IPTA dan IPTS lain dalam menawarkan lebih banyak kursus untuk pasaran bukan guru.

Sifat angkuh UPSI sekarang yang enggan memahami keperluan kementerian adalah punca utama masalah penempatan graduannya di sekolah-sekolah. Untuk mengubat hati, UPSI mengatakan bahawa graduannya masih boleh menjadi pensyarah di politeknik. Sebenarnya, peratusan graduan UPSI yang berjaya menjadi pensyarah di politeknik amatlah kecil. Jika benar peratusannya tinggi, hebahkanlah jumlah peratusannya kepada masyarakat supaya boleh menjadi kebanggaan. Masyarakat di luar sana berhak tahu kerana mereka yang akan menghabiskan banyak duit menghantar anak-anak mereka belajar di UPSI.

Dari laporan yang dinyatakan oleh pihak akhbar, akan menjadikan bidang perguruan ini semakin ditakuti untuk diceburi oleh bakal-bakal graduan kita. Ibu bapa juga yang dahulunya menjadikan bidang perguruan sebagai pilihan pertama untuk membuat pilihan bagi anak-anak mereka melanjutkan pelajaran, kini menjadi pilihan yang lebih ke bawah ataupun boleh menjadi pilihan terakhir jika isu ini berlanjutan.

4.2.5 Sistem pendidikan tinggi yang tidak terkawalUtusan Malaysia bertarikh 5 Julai 2010 melaporkan, masyarakat masih beranggapan bahawa nasib graduan ijazah pertama UPSI sama seperti graduan Institut Pendidikan Guru (IPG) iaitu mereka akan menjadi guru dan ditempatkan di sekolah-sekolah Malaysia. Anggapan ini salah. Semakin hari, UPSI semakin melupakan peranannya mendidik dan melahirkan guru Malaysia dan semakin ghairah menawarkan kursus-kursus untuk pasaran terbuka bukan guru. UPSI meminggirkan bidang pendidikan siswazah guru secara sistematik dengan berselindung di sebalik nama perancangan penjenamaan dan penstrukturan semula fakulti. Semua kursus-kursus yang berkaitan dengan subjek mata pelajaran sekolah di kesemua lapan fakulti yang ada sebelum ini mula dipinggirkan dengan melonggokkannya di satu fakulti saja iaitu Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia. Senario yang berlaku ini menjadi satu kebimbangan pada seluruh masyarakat lebih-lebih lagi di dalalam pelaksanaan penghapusan jaminan penempatan guru pelatih di dalam tempoh RMK-10 ini. 4.2.6 Tiada lagi jaminan kerjaya bagi graduan pendidikanDi dalam satu laporan akhbar Berita Harian Online bertarikh 10 Disember 2010, yang menyentuh tentang Memartabatkan profesion guru bukan dengan penyerapan guru sandaran tidak terlatih (GSTT) menyatakan meskipun GSTT banyak membantu dari segi perjalanan operasi sekolah, tetapi untuk diserap ke jawatan tetap bukan sesuatu yang wajar kerana masih ramai mereka yang berkelayakan yang boleh memenuhi jawatan berkenaan. Dengan penyerapan GSTT ke jawatan tetap akan menyebabkan lebih ramai bakal guru untuk mendapat tempat di mana-mana sekolah selepas tamat kursus kelak. Ini menunjukkan graduan pendidikan tiada lagi jaminan kerjaya perguruan bagi mereka kerana terpaksa bersaing dengan pelbagai pihak termasuklah GSTT.

5. KESIMPULANSegala isu yang timbul ekoran daripada penghapusan jaminan penempatan guru pelatih berdasarkan sepanjang pelaksanaan tempoh RMK ke-10 ini sama ada baik atau pun buruk perlulah dipandang positif oleh seluruh masyarakat Malaysia. Segala perancangan dan pelaksanaan bagi setiap pembaharuan yang ingin dilaksanakan adalah bermotifkan kearah yang lebih baik dan dipandang tinggi oleh seluruh dunia terhadap perkembangan pendidikan negara kita.Perkembangan dan cabaran dunia pendidikan yang dinamik memerlukan profesion perguruan membuat anjakan paradigma yang menyeluruh. Anjakan secara holistik yang harus diketengahkan ini perlu bersifat proaktif di mana semua pihak turut terlibat sama ada diperingkat dasar, institusi pendidikan, bakal-bakal guru dan juga masyarakat. Ini adalah bagi memastikan profesion ini kekal sebagai profesion yang mulia, profesional dan akan terus mendapat tempat dalam masyarakat. Bertepatan dengan misi Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membangunkan sistem pendidikan yang berkualiti dan bertaraf dunia, maka tumpuan kepada usaha meningkatkan mutu profesion perguruan adalah amat relevan sekali.Oleh itu apa juga perubahan yang telah dan bakal dilaksanakan oleh kerajaan perlulah kita bersama-sama mengembleng tenaga untuk menjayakannya demi mempertingkatkan taraf profesion perguruan di Malaysia. RUJUKANAb. Rahman Ismail. (2008). Gejala sosial remaja: implikasi terhadap keselamatan negara. Jurnal YADIM Bil 10: 240 255. Abdul Rasid Abdul Razzaq, Mohd Yusop bin Ab.Hadi Ahmad Rizal bin Madar,Mohamad Zaid bin Mustaffa, Jamaluddin Hashim, dan Madiha Baharom (2010). Kesediaan Guru Pelatih Terhadap Penempatan Di Sekolah Bukan Pilihan: Kajian Ke Atas Guru Pelatih Tahun Akhir Fakulti Pendidikan Teknikal , Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.Fakulti Pendidikan Teknikal Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Bahrin Abu dan Azura Abdul Aziz. (2008). Tahap Kesediaan Guru Pelatih UTM Berkhidmat di Sabah Dan Sarawak. Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. Baharin Bin Abu & Norhidayah Ismail (2009). Kesediaan Guru Pelatih Fakulti Pendidikan UTM Berkhidmat Di Kawasan Pedalaman. Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi MalaysiaBerita Harian Online. 10 Disember 2010

Chan Lee Yee & Norehan Abdullah (2007). Produktiviti Bagi Sistem Pengajian Tinggi Di Malaysia Kajian Malaysia, Jld. XXV, No. 2, Disember 2007 CO 717 Colonial Office. Federate Malay States Education Policy in Malaya 1920-an 1950-an).Halimah Harun (2006) Minat, Motivasi dan Kemahiran Mengajar Guru Pelatih, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Jurnal Pendidikan 31, 83-96.

http://www.upsi.edu.my/

Jabatan Perangkaan Malaysia (2011) Perangkaan Tenaga Buruh Siswazah MalaysiaJamil Ahmad & Norlia Goolamally. (2008). Pentadbiran dan Pengurusan Sistem Pendidikan Malaysia Ke Arah Pendidikan Berkualiti. Open University Malaysia. Mohamad Kamil Abd Majid & Rahimin Affandi Abd Rahim (2009). Perubahan Sosial Dan Impaknya Terhadap Pembentukan Modal Insan Menurut Ibn Khaldun. Jurnal Hadhari Bil 1: 45-76

Mohammed Sani Ibrahim. (2007). Profesion Perguruan. Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia. Selangor.

Kamus Dewan. (2007). Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (t.th.). Pembangunan pendidikan 2001-2010 perancangan bersepadu penjana kecemerlangan pendidikan. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2012). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025.

Othman Mustapha. (2010). Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) dan Pendidikan: Matlamat dan Teras. Program Seminar Siswazah Universiti Malaya.Utusan Malaysia 5 Julai 2010 http://www.utusan.com.my/utusan/info. Utusan Malaysia 22 Mac 2007 http://www.utusan.com.my/utusan/infoUnit Perancang Ekonomi dan Jabatan Perangkaan Malaysia. Graf pertumbuhan RMKe-9.

Zailan Moris. (2007). 50 Tahun Pembangunan Pendidikan Tinggi di Malaysia (1957-2007). Universiti Sains Malaysia. Pulau Pinang.

Zulkifly Osman, Ishak Yussof dan Zainizam Zakaria. (2006). Hala Tuju dan Cabaran Pendidikan Tinggi Negara di Bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (2006-2010). 20