tahap kesediaan guru pelatih utm berkhidmat di … · ** jika tesis ini sulit atau terhad, sila...

22
TAHAP KESEDIAAN GURU PELATIH UTM BERKHIDMAT DI SABAH DAN SARAWAK AZURA ABDUL AZIZ UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: dinhtuyen

Post on 11-May-2019

260 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: TAHAP KESEDIAAN GURU PELATIH UTM BERKHIDMAT DI … · ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak ... tahap kesediaan sikap serta kemahiran mengajar guru

TAHAP KESEDIAAN GURU PELATIH UTM BERKHIDMAT

DI SABAH DAN SARAWAK

AZURA ABDUL AZIZ

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: TAHAP KESEDIAAN GURU PELATIH UTM BERKHIDMAT DI … · ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak ... tahap kesediaan sikap serta kemahiran mengajar guru

UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL: TAHAP KESEDIAAN GURU PELATIH UTM BERKHIDMAT DI SABAH DAN SARAWAK

SESI PENGAJIAN: 2008/2009.

Saya AZURA BINTI ABDUL AZIZ

(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malyasia seperti yang termaktub di dalam

(AKTA RAHSIA RASMI 1972). TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan).

√ TIDAK TERHAD Disahkan oleh

__________________________ __________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat tetap: PM.DR BAHARIN BIN ABU NO.155 BLOK 7 FELDA LEPAR UTARA 04 Nama penyelia 26400 BANDAR JENGKA PAHANG

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

Page 3: TAHAP KESEDIAAN GURU PELATIH UTM BERKHIDMAT DI … · ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak ... tahap kesediaan sikap serta kemahiran mengajar guru

PENGESAHAN PENYELIA

“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan

saya karya ini adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

( Kemahiran Hidup )”

Tandatangan : …………………..…….

Penyelia : PROF.MADYA DR.BAHARIN BIN ABU

Tarikh : 5 Mac 2009

Page 4: TAHAP KESEDIAAN GURU PELATIH UTM BERKHIDMAT DI … · ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak ... tahap kesediaan sikap serta kemahiran mengajar guru

TAHAP KESEDIAAN GURU PELATIH UTM BERKHIDMAT DI

SABAH DAN SARAWAK

AZURA BINTI ABDUL AZIZ

Laporan projek dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

( Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

2009

Page 5: TAHAP KESEDIAAN GURU PELATIH UTM BERKHIDMAT DI … · ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak ... tahap kesediaan sikap serta kemahiran mengajar guru

ii

“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : Nama Penulis : AZURA BINTI ABDUL AZIZ Tarikh : 5 Mac 2009

Page 6: TAHAP KESEDIAAN GURU PELATIH UTM BERKHIDMAT DI … · ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak ... tahap kesediaan sikap serta kemahiran mengajar guru

iii

DEDIKASI

“Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

Pertama dan terulung, adalah kesyukuran yang tidak terhitung buat Allah SWT, Tuhan pencipta alam. Dialah Tuhanku yang memberikan segala-galanya. Menganugerahkan

sebuah kehidupan, cita-cita dan matlamat.

Kedua, buat bonda tercinta Rosnah binti Deraman yang melahirkan aku dari rahim keibuannya. Berkongsi nafas dan nyawanya semenjak kelahiran sehingga

kedewasaanku. Sabar menanggung kerenah dan perangaiku dengan melafazkan kata-kata kasih dan sayang.

Ketiga, buat ayahanda tercinta Abd Aziz bin Hussin. Seorang bapa yang sukar dimengerti dan difahami. Namun, mampu dirasai ketulusan hati. Memberikan pembiayaan pengajian dari kecil hingga dewasa. Merealisasikan impian dan

cita-citaku menjadi satu kepastian.

Seterusnya buat adindaku, Azli bin Abd Aziz, Nuru Zila Abd Aziz, Nurul Aini Abd Aziz, Muhamad Arif Abd Aziz dan Nurul Farhana Abd Aziz. Kalian adalah adinda yang sangat kukasihi dan kumohon supaya kalian tetap menghargai setiap jasa dan

keringat yang kita telah sama-sama tumpahkan dalam membina keluarga ini.

Tidak dilupakan juga kepada pensyarah-pensyarah yang mencurahkan ilmu dan bakti kepada diriku yang penuh kelemahan dan kekurangan. Juga kepada mereka yang menyumbang masa, tenaga dan fikiran bagi menyiapkan Projek Sarjana Muda ini.

Semoga Allah SWT memberikan ganjaran yang sebaik-baiknya kepada kalian.

Jazakumullahu khairan kathira

Page 7: TAHAP KESEDIAAN GURU PELATIH UTM BERKHIDMAT DI … · ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak ... tahap kesediaan sikap serta kemahiran mengajar guru

iv

PENGHARGAAN

Assalamumualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Segala puji bagi Allah S.W.T pemilik sekalian alam dan selawat serta salam ke

atas Junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarganya, sahabat-sahabat

dan sesiapa yang mengikuti mereka dengan ikhlas hinggalah kehari kiamat.

Syukur kepada Allah S.W.T kerana dengan taufik dan hidayahnya, telah

mengizinkan saya menyiapkan Laporan Projek Sarjana Muda ini.

Saya ingin merakamkan setinggi penghargaan ikhlas kepada Profesor Madya

Dr. Baharin Abu selaku pensyarah pembimbing projek ini yang telah banyak

memberi tunjuk ajar, panduan dan kerjasama yang sepenuhnya. Berkat dedikasi

serta kesungguhan beliau segala komitmen dapat diatasi. Juga penghargaan dan

terima kasih kepada seluruh pelajar tahun akhir Jabatan Pendidikan Teknik dan

Kejuruteraan (JPTK) Fakulti Pendidikan UTM sesi 2008/2009 semester II

Akhir kata semoga Allah S.W.T melimpahkan rahmat ke atas mereka yang telah

menyumbang kerjasama untuk menyiapkan Laporan Projek Sarjana Muda ini.

Terima kasih yang tidak terhingga.

Page 8: TAHAP KESEDIAAN GURU PELATIH UTM BERKHIDMAT DI … · ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak ... tahap kesediaan sikap serta kemahiran mengajar guru

v

ABSTRAK

Kajian berbentuk deskriptif ini dijalankan bagi mengkaji tahap kesediaan guru

pelatih UTM berkhidmat di Sabah dan Sarawak. Responden kajian adalah terdiri

daripada 164 orang guru pelatih JPTK Fakulti Pendidikan UTM. Instrumen kajian

terdiri daripada soal selidik yang mengandungi maklumat berkenaan latar belakang

responden, tahap kesediaan sikap serta kemahiran mengajar guru pelatih untuk

berkhidmat di Sabah dan Sarawak. Soalan terbuka pada bahagian c berkenaan dengan

masalah yang dihadapi oleh guru pelatih JPTK Fakulti Pendidikan UTM. Data-data

yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian statistik sosial sains (SPSS version

11.5 for window). Hasil analisis dipersembahkan dalam bentuk kekerapan, peratusan

dan min. Nilai kebolehpercayaan Alpha Cronbach kajian ini adalah 0.97. Dapatan

kajian menunjukkan bahawa tahap kesediaan sikap dan kemahiran mengajar guru

pelatih JPTK Fakulti Pendidikan UTM berada pada tahap tinggi iaitu 3.81 dan 3.91.

Walaubagaimanapun, kesediaan guru pelatih dalam menghadapi cabaran dan

melakukan tugas-tugas tambahan perlu dipertingkatkan. Selain itu didapati juga

bahawa guru pelatih ini hanya tahu menggunakan kaedah mengajar biasa sahaja dan

kurang bersedia untuk menggunakan kaedah pengajaran pengayaan serta masteri

learning. Keadaan guru pelatih ini harus diberi perhatian supaya guru pelatih

mempunyai tahap kesediaan yang tinggi daripada segi sikap dan kemahiran mengajar

apabila ditempatkan mengajar. Sebagai kesimpulannya, beberapa cadangan

dikemukakan kepada pihak yang berkenaan untuk mempertingkatkan lagi tahap

kesediaan guru pelatih.

Page 9: TAHAP KESEDIAAN GURU PELATIH UTM BERKHIDMAT DI … · ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak ... tahap kesediaan sikap serta kemahiran mengajar guru

vi

ABSTRACT

This descriptive based study was carried out to investigate the level of readiness

of UTM teacher trainees to serve in Sabah and Sarawak. The respondents of this study

were 164 JPTK teacher trainees from the Faculty of Education, UTM. The instrument

of this study was a set of questionnaire which consisted of respondents demographic

information, their level of attitude readiness as well as their teaching skills to serve in

Sabah and Sarawak. Open-ended questions in section c inquire the problems faced by

JPTK teacher trainees of Faculty of Education, UTM. Data gathered were analysed

using the social science statistical package (SPSS Version 11.5 for window). The data

were presented in the forms of frequency, percentages and mean. The Alpha Cronbach

reliability value for this study is 0.97. The findings show that the level of attitude

readiness and the teaching skills that the JPTK teachers possess is of high level 3.81

and 3.91. However, teacher trainees readiness to face challenges and to complete

additional tasks must be increase. Besides, it was also found that these trainee teachers

only know how to teach using normal teaching method and were not ready to

implement enrichment teaching technique as well as mastery learning. As such, this

trainee teachers should be attended to so that the teacher trainees possess high level of

readiness in terms of attitudes, and teaching skills when they serve in schools. In

conclusion, a few recommendations are proposed to the authority to further improve the

level of readiness of trainee teachers.

Page 10: TAHAP KESEDIAAN GURU PELATIH UTM BERKHIDMAT DI … · ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak ... tahap kesediaan sikap serta kemahiran mengajar guru

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL xii

SENARAI LAMPIRAN xiii

Page 11: TAHAP KESEDIAAN GURU PELATIH UTM BERKHIDMAT DI … · ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak ... tahap kesediaan sikap serta kemahiran mengajar guru

viii

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Pernyataan Masalah 4

1.4 Objektif Kajian 5

1.5 Persoalan Kajian 6

1.6 Kepentingan Kajian 6

1.6.1 Fakulti Pendidikan UTM 7

1.6.2 Guru-guru pelatih 7

1.7 Batasan Kajian 7

1.8 Definisi Operasi 8

1.8.1 Guru-guru Pelatih 8

1.8.2 Tahap Kesediaan 9

1.8.3 Sikap 9

1.8.4 Kemahiran Mengajar 9

2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 10

2.2 Guru Pelatih 12

2.3 Tahap Kesediaan 15

2.4 Sikap 16

2.5 Kemahiran Mengajar 18

2.6 Dapatan Kajian Lepas 21

2.7 Kesimpulan 24

3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 25

3.2 Rekabentuk Kajian 26

3.3 Populasi dan Responden Kajian 27

Page 12: TAHAP KESEDIAAN GURU PELATIH UTM BERKHIDMAT DI … · ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak ... tahap kesediaan sikap serta kemahiran mengajar guru

ix

3.4 Kaedah Pengumpulan Data 27

3.5 Instrumen Kajian 28

3.6 Kajian Rintis 30

3.6.1 Kesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen Kajian 30

3.7 Kajian Sebenar 31

3.8 Analisis Data 31

3.8.1 Kajian Deskriptif 31

3.8.2 Pengkelasan Skala 32

3.9 Penutup 33

4 ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN

4.1 Pengenalan 34

4.2 Analisis Data Bahagian A : Latar Belakang Responden 35

4.2.1 Jantina 35

4.2.2 Bangsa 36

4.2.3 Umur 36

4.2.4 Kursus 37

4.2.5 Pilihan 38

4.2.6 Tempat Asal 39

4.3 Analisis Data Bahagian B : Kesediaan Guru Pelatih 40

4.3.1 Tahap Kesediaan Sikap 41

4.3.2 Tahap Kesediaan Kemahiran Mengajar 45

4.4 Analisis Bahagian C : Masalah Guru Pelatih 49

4.5 Penutup 50

5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 51

5.2 Rumusan Kajian 51

5.3 Perbincangan Persoalan Kajian 53

Page 13: TAHAP KESEDIAAN GURU PELATIH UTM BERKHIDMAT DI … · ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak ... tahap kesediaan sikap serta kemahiran mengajar guru

x

5.3.1 Tahap Kesediaan Guru Pelatih Dalam Aspek 53

Sikap

5.3.2 Tahap Kesediaan Guru Pelatih Dalam Aspek 56

Kemahiran Mengajar

5.3.3 Masalah – masalah Yang Dihadapi Guru Pelatih 60

5.4 Cadangan Kajian 61

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 63

5.6 Penutup 64

BIBLIOGRAFI 66

LAMPIRAN

A Borang Soal Selidik 70

B Surat Pengesahan Soal Selidik 75

Dr. M. Al-Muz-Zammil Yassin

C Analisis Kebolehpercayaan Alpha Cronbach 76

Page 14: TAHAP KESEDIAAN GURU PELATIH UTM BERKHIDMAT DI … · ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak ... tahap kesediaan sikap serta kemahiran mengajar guru

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

2.1 Ciri Guru Pelatih Yang Baik 13

2.2 Ciri Guru Pelatih Yang Lemah 14

3.1 Responden Kajian 27

3.2 Skala Likert Beserta Dengan Markah Skor 29

3.3 Pengkelasan Skor Skala Likert 32

3.4 Pengkelasan Skor Min dan Status 32

4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 35

4.2 Taburan Responden Mengikut Bangsa 36

4.3 Taburan Responden Mengikut Umur 37

4.4 Taburan Responden Mengikut Kursus 37

4.5 Taburan Responden Mengikut Faktor Pemilihan 38

Kursus

4.6 Taburan Responden Mengikut Tempat Asal 39

4.7 Taburan Frekuensi dan Peratusan Bagi Tahap 41

Kesediaan Sikap

4.8 Taburan Frekuensi dan Peratusan Tahap 45

Kesediaan Kemahiran Mengajar

4.9 Min dan Purata Min Persoalan Kajian 48

4.10 Masalah Yang Dihadapi Guru Pelatih Untuk 49

Berkhidmat di Sabah dan Sarawak

Page 15: TAHAP KESEDIAAN GURU PELATIH UTM BERKHIDMAT DI … · ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak ... tahap kesediaan sikap serta kemahiran mengajar guru

xii

SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL

Bil = Bilangan

UTM = Universiti Teknologi Malaysia

KPM = Kementerian Pelajaran Malaysia

SPA = Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kejuruteraan Awam)

SPE = Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kejuruteraan Elektrik)

SPJ = Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kejuruteraan Jentera)

SPH = Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

JPTK = Jabatan Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan

ABM = Alat Bantu Mengajar

SS = Sangat Setuju

S = Setuju

TP = Tidak Pasti

TS = Tidak Setuju

STS = Sangat Tidak Setuju

f = Frekuensi

% = Peratus

Page 16: TAHAP KESEDIAAN GURU PELATIH UTM BERKHIDMAT DI … · ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak ... tahap kesediaan sikap serta kemahiran mengajar guru

xiii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Borang Soal Selidik 70

B Surat Pengesahan Soal Selidik 75

Dr. M. Al-Muz-Zammil Yassin

C Analisis Kebolehpercayaan Alpha Cronbach 76

Page 17: TAHAP KESEDIAAN GURU PELATIH UTM BERKHIDMAT DI … · ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak ... tahap kesediaan sikap serta kemahiran mengajar guru

1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pendidikan merupakan wahana yang penting dalam pembangunan sesebuah

negara. Disamping itu pendidikan juga merupakan saluran yang utama dan alat yang

berkesan untuk menjayakan cita-cita negara. Di Malaysia, pendidikan dilihat sebagai

proses membentuk individu. Pendidikan direncanakan sebagai suatu mekanisme yang

penting bagi membangunkan individu, masyarakat dan negara. Matlamat Kementerian

Pendidikan yang ingin melahirkan masyarakat yang seimbang dari segi jasmani, emosi,

rohani dan intelek (JERI) adalah merupakan cita-cita murni yang ingin dicapai. Guru

adalah orang yang dipertanggungjawabkan serta diamanahkan untuk menghasilkan

masyarakat seperti yang diingini oleh pihak Kementerian Pendidikan. Justeru itu

pendidikan guru adalah penting untuk membekalkan guru pelatih dengan kemahiran

professional bagi membolehkan mereka mengajar dengan berkesan.

Isu penempatan guru menjadi isu yang paling hangat dikemukakan oleh guru

pelatih kepada Kementerian Pelajaran Malaysia. Walaupun sistem pendidikan sudah

Page 18: TAHAP KESEDIAAN GURU PELATIH UTM BERKHIDMAT DI … · ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak ... tahap kesediaan sikap serta kemahiran mengajar guru

2

mengalami pelbagai perkembangan namun penempatan guru masih menjadi isu yang

membimbangkan. Kekurangan guru di Sabah dan Sarawak menjadi tanda tanya kepada

semua pihak kerana siswazah pendidikan yang dikeluarkan setiap tahun mencukupi

malah terdapat paparan di dada akhbar yang mengatakan siswazah pendidikan masih

lagi menganggur serta menunggu panggilan untuk mengajar. Pengarah Jabatan

Pelajaran Sabah dan Sarawak sentiasa membangkitkan rasa kerisauan terhadap

pencapaian sistem pendidikan mereka memandangkan terdapat perbezaan jurang yang

tinggi akibat kekurangan tenaga pengajar.

Menurut Berita Harian 31 Oktober 2007 ada menyatakan bahawa isu kekurangan

guru di pedalaman Sabah dan Sarawak dijangka terus berlarutan kerana anak watan

kedua-dua negeri terbabit sendiri tidak mahu bertugas di situ khususnya selepas tamat

pengajian. Pengerusi Jawatankuasa Bersama Kesatuan Guru-Guru Sabah-Sarawak,

William Ghani Bina ketika mendedahkan perkara itu, berkata mereka yang terbabit

bukan saja guru baru, malah kalangan yang dinaikkan pangkat sebagai penolong kanan.

Keadaan ini membuktikan bahawa masalah penempatan guru di Sabah dan

Sarawak adalah serius dan perlu diatasi dengan segera sebelum ianya menjadi satu

masalah yang besar dalam bidang Perguruan Malaysia.

1.2 Latar Belakang Masalah

Profesion perguruan memerlukan guru menjalani latihan dan pendidikan guru

yang diadakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Badan Berkanun.

Latihan dan pendidikan guru diadakan di maktab perguruan dan universiti tempatan

mengikut kesesuaian kurikulum masing-masing (Esah Sulaiman, 2003 : 7).

Page 19: TAHAP KESEDIAAN GURU PELATIH UTM BERKHIDMAT DI … · ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak ... tahap kesediaan sikap serta kemahiran mengajar guru

3

UTM mula memperkenalkan kursus pendidikan pada tahun 1986. Pada

peringkat permulaan, ia dilaksanakan di bawah Fakulti Sains tetapi dengan penubuhan

Fakulti Pendidikan pada tahun 1993 menyebabkan segala urusan kursus pendidikan

diambil alih oleh Fakulti Pendidikan. Sehingga kini terdapat tiga program latihan

perguruan peringkat ijazah pertama yang dikendalikan oleh Fakulti Pendidikan iaitu

Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan, Sarjana Muda Sains dan Komputer serta

Pendidikan dan Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Fakulti Pendidikan, 1999).

Program perguruan ini direka bentuk bagi melahirkan guru berijazah yang

berketrampilan dan berwibawa dalam bidang pengkhususan masing-masing. Ini selaras

dengan matlamat fakulti pendidikan untuk :

i. Memberi latihan ikhtisas perguruan khususnya dalam bidang sains, teknologi

maklumat, multimedia pendidikan serta pendidikan teknik dan vokasional

ii. Mempelopori dan menghasilkan kaedah serta bahan pengajaran dan

pembelajaran bagi mempertingkatkan penguasaan ilmu

iii. Memberi perkhidmatan dan perundingan dalam berbagai bidang pendidikan

untuk memenuhi kehendak pelanggan

iv. Membudayakan pembelajaran sepanjang hayat

Kursus persediaan guru yang dijalankan di UTM adalah selama empat tahun

dimana guru pelatih dilengkapkan serta dilatih dengan segala pengetahuan serta

kemahiran untuk mengajar mengikut kursus yang ditawarkan. Selain itu guru pelatih

harus menjalani latihan mengajar (praktikal) selama satu semester.

Page 20: TAHAP KESEDIAAN GURU PELATIH UTM BERKHIDMAT DI … · ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak ... tahap kesediaan sikap serta kemahiran mengajar guru

4

UTM juga melakukan penambahbaikan kepada sistem pendidikannya dengan

memperkenalkan satu program khas kepada semua pelajar tahun akhir kursus

pendidikan. Tujuan program ini diadakan adalah untuk menambah kesediaan guru

pelatih bagi menghadapi segala cabaran apabila ditempatkan mengajar kelak. Program

yang berjalan selama 9 hari tersebut dipanggil Bina Insan Guru (BIG). Ini membuktikan

bahawa pihak UTM begitu mengambil berat tentang kesediaan guru pelatih pada masa

kini.

1.3 Pernyataan Masalah

Universiti Teknologi Malaysia merupakan salah sebuah Institusi Pendidikan

Tinggi Awam (IPTA) yang menawarkan kursus pendidikan di bidang Teknik dan

Kejuruteraan. Semenjak penubuhannya universiti ini telah berjaya melahirkan ramai

graduan di bidang pendidikan teknik serta kejuruteraan. Antara kursus-kursus yang

ditawarkan adalah SPA, SPE, SPJ dan SPH. Kursus yang ditawarkan adalah selama

empat tahun. Motif utama kursus pendidikan ini adalah untuk melahirkan guru yang

berkesan.

Setelah berada di tahun akhir iaitu semasa semester dua tahun empat kesemua

pelajar pendidikan dikehendaki untuk mengisi borang penempatan. Mengikut prosedur

mengisi borang penempatan guru pelatih perlu mengisi dua tempat pilihan mengajar

mengikut kehendak masing-masing, tetapi pihak Kementerian Pelajaran Malaysia yang

akan menentukan lokasi penempatan bagi guru-guru pelatih tersebut. Disinilah perlu

melihat tahap kesedian guru pelatih jika mereka diarahkan untuk mengajar di Sabah dan

Sarawak. Persediaan seorang guru bermula apabila ia mengikuti program pendidikan

perguruan lagi, dimana ia meliputi segala aspek sikap dan minat, pengetahuan bidang,

kemahiran mengajar serta sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan masalah

yang tidak dijangkakan. Tahap kesediaan ini perlu di nilai dari masa ke semasa untuk

Page 21: TAHAP KESEDIAAN GURU PELATIH UTM BERKHIDMAT DI … · ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak ... tahap kesediaan sikap serta kemahiran mengajar guru

5

menjamin kualiti sistem pendidikan negara. Dari segi akademiknya bakal guru perlu

mendapat pendedahan yang mencukupi dengan menguasai isi pelajaran yang akan

diajarnya.

Dalam mengikuti program perguruan ini, guru pelatih juga akan mempelajari

tentang teknik, kaedah dan cara penyampaian supaya pelajar-pelajar dapat memahami

apa yang hendak di sampaikan. Guru pelatih juga perlu menyiapkan mental mereka

untuk menghadapi segala cabaran-cabaran yang mungkin timbul semasa menyampaikan

sesuatu pengajaran. Yang paling utama guru pelatih perlu menaruh minat yang

mendalam terhadap bidang mereka. Selain itu guru pelatih juga perlu yakin pada

kemampuan diri sendiri untuk mengajar, ini kerana seorang guru pelatih itu telah

didedahkan dan diberikan asas yang cukup di institusi perguruan. Mereka cuma perlu

mengembangkan lagi asas yang sedia ada untuk pembelajaran dan pengajaran lebih

bermakna dan ini bergantung kepada tahap kesediaan mereka daripada segi sikap dan

kemahiran mengajar serta ketahanan menghadapi masalah. Walaubagaimanapun sudah

bersediakah guru pelatih ini untuk berkhidmat di Sabah dan Sarawak. Justeru itu kajian

ini dijalankan untuk melihat sejauhmanakah tahap kesediaan guru pelatih untuk

berkhidmat di Sabah dan Sarawak.

1.4 Objektif kajian

Objektif kajian ini adalah :

1. Mengenalpasti tahap kesediaan sikap guru pelatih JPTK Fakulti Pendidikan

UTM untuk berkhidmat di Sabah dan Sarawak

2. Mengenalpasti tahap kesediaan kemahiran mengajar guru pelatih JPTK

Fakulti Pendidikan UTM

Page 22: TAHAP KESEDIAAN GURU PELATIH UTM BERKHIDMAT DI … · ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak ... tahap kesediaan sikap serta kemahiran mengajar guru

6

3. Mengenalpasti masalah-masalah bagi guru pelatih JPTK Fakulti Pendidikan

UTM untuk berkhidmat di Sabah dan Sarawak

1.5 Persoalan kajian

1. Apakah tahap kesediaan sikap guru pelatih JPTK Fakulti Pendidikan UTM

untuk berkhidmat di Sabah dan Sarawak?

2. Apakah tahap kesediaan kemahiran mengajar guru pelatih JPTK Fakulti

Pendidikan UTM?

3. Apakah masalah-masalah bagi guru pelatih JPTK Fakulti Pendidikan UTM

untuk berkhidmat di Sabah dan Sarawak?