sifat pengukuran

1
Pengukuran dapat didefinisikan sebagai suatu proses sistematik dalam menilai dan membezakan sesuatu objek yang diukur. Pengukuran tersebut diatur menurut kaedah-kaedah tertentu. Kaedah-kaedah yang berbeza menghendaki sifat pengukuran yang berbeza. Ada empat cara pengukuran atau skala pengukuran yang digunakan dalam statistik iaitu nominal, ordinal, interval dan rasio. Skala Nomimal merupakan skala yang paling rendah di antara skala pengukuran yang ada. Skala nomimal biasanya untuk membezakan benda atau peristiwa yang satu dengan yang lainnya berdasarkan nama (predikat). SKala pengukuran nominal digunakan untuk mengklasifikasi objek, individual atau kelompol dalam bentuk kategori. Skala Ordinal ini lebih tinggi daripada skala nominal , dan sering juga disebut dengan skala peringkat. Hal ini kerana dalam skala ordinal, lambang-lambang bilangan hasil pengukuran selain menunjukkan pembezaan juga menunjukkan urutan atau tingkatan objek yang diukur menurut ciri-ciri tertentu. Skala interval mempunyai ciri-ciri seperti yang dimiliki oleh skala nomimal dan ordinal dengan ditambah ciri-ciri lain, iaitu berupa adanya interval yang tetap. Dengan demikian, skala interval sudah dimiliki nilai intrinsik, sudah memiliki jarak, tetapi jarak tersebut belum merupakan kelipatan. Pengertian “jarak belum merupakan kelipatan” ini kadang-kadang diertikan bahawa skala interval tidak memiliki nilai nombor mutlak. Skala rasio adalah skala data dengan kualiti yang paling tinggi. Pada skala rasio, terdapat semua ciri-ciri skala nominal, ordinal dam skala interval ditambah dengan sifat adanya nilai nombor yang bersifat mutlak. Nilai nombor mutlak ini ertinya adalahnilai dasar yang tidak biasa diubah meskipun menggunakan skala yang lain. Oleh itu, pada skala rasio, pengukuran sudah mempunyai nilai perbandingan atau rasio

Upload: anie-alan

Post on 30-Nov-2015

191 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

gdf

TRANSCRIPT

Page 1: Sifat Pengukuran

Pengukuran dapat didefinisikan sebagai suatu proses sistematik dalam menilai dan membezakan sesuatu objek yang diukur. Pengukuran tersebut diatur menurut kaedah-kaedah tertentu. Kaedah-kaedah yang berbeza menghendaki sifat pengukuran yang berbeza. Ada empat cara pengukuran atau skala pengukuran yang digunakan dalam statistik iaitu nominal, ordinal, interval dan rasio.

Skala Nomimal merupakan skala yang paling rendah di antara skala pengukuran yang ada. Skala nomimal biasanya untuk membezakan benda atau peristiwa yang satu dengan yang lainnya berdasarkan nama (predikat). SKala pengukuran nominal digunakan untuk mengklasifikasi objek, individual atau kelompol dalam bentuk kategori.

Skala Ordinal ini lebih tinggi daripada skala nominal , dan sering juga disebut dengan skala peringkat. Hal ini kerana dalam skala ordinal, lambang-lambang bilangan hasil pengukuran selain menunjukkan pembezaan juga menunjukkan urutan atau tingkatan objek yang diukur menurut ciri-ciri tertentu.

Skala interval mempunyai ciri-ciri seperti yang dimiliki oleh skala nomimal dan ordinal dengan ditambah ciri-ciri lain, iaitu berupa adanya interval yang tetap. Dengan demikian, skala interval sudah dimiliki nilai intrinsik, sudah memiliki jarak, tetapi jarak tersebut belum merupakan kelipatan. Pengertian “jarak belum merupakan kelipatan” ini kadang-kadang diertikan bahawa skala interval tidak memiliki nilai nombor mutlak.

Skala rasio adalah skala data dengan kualiti yang paling tinggi. Pada skala rasio, terdapat semua ciri-ciri skala nominal, ordinal dam skala interval ditambah dengan sifat adanya nilai nombor yang bersifat mutlak. Nilai nombor mutlak ini ertinya adalahnilai dasar yang tidak biasa diubah meskipun menggunakan skala yang lain. Oleh itu, pada skala rasio, pengukuran sudah mempunyai nilai perbandingan atau rasio