sifat-sifat mazmumah

Upload: totoro

Post on 06-Apr-2018

373 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/2/2019 Sifat-sifat Mazmumah

    1/17

    Sifat-sifat Mazmumah

  • 8/2/2019 Sifat-sifat Mazmumah

    2/17

    Mazmumah membawa makna yang terkeji,

    dibenci, dihina, dimarahi, dipulau dan

    sebagainya oleh sgenap lapisan masyarakat

    tanpa mengira bangsa dan agama.

    amalan sifat-sifat mazmumah sudah pasti

    memberi kesan yang mazmumah (negatif) dan

    sangat buruk kepada semua

  • 8/2/2019 Sifat-sifat Mazmumah

    3/17

    Dusta/Berbohong

  • 8/2/2019 Sifat-sifat Mazmumah

    4/17

    Berkata dusta antara tanda sifat individu

    munafik

    ANTARA perbuatan sangat ditegah Islam ialahberdusta.

    Jika minum minuman keras dikatakan induksegala keji maka berdusta pula faktor utamakerosakan akhlak dan kesesatan.

    Dusta atau bohong juga dikategorikan Rasulullahsebagai tanda orang munafik.

    Ini jelas seperti sabda Baginda: Tandakemunafikan ada tiga, iaitu jika berkata berdusta,

    jika berjanji mengingkari dan jika dipercayaiberkhianat. (Hadis riwayat Muttafaqalaih)

    http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Berkatadustaantaratandasifatindividumu

    nafik/Article/index_html

  • 8/2/2019 Sifat-sifat Mazmumah

    5/17

    Bercakap bohong

    Membuat penjelasan, kenyataan dan peneranganyang dusta atau seakan-akan dusta samadadengan lisan atau tulisan, memutar belit danmemesongkan keterangan yang sebenar,

    mengubah dan menokok tambah kenyataanuntuk disesuaikan dengan seleranya, membuatkempen-kempen atau promosi-promosi dustadan propaganda liar dan segala bentuk

    penyelewengan kata-kata dan bicara termasukmembesarkan yang kecil dan memperkecilkanyang besar.

  • 8/2/2019 Sifat-sifat Mazmumah

    6/17

    Sebenarnya, seseorang yang suka berbohongmemiliki peribadi buruk yang tidak

    melambang seorang mukmin sejati. Allah

    berfirman bermaksud: Sebenarnya yangtergamak berdusta itu hanyalah orang-orang

    tidak beriman kepada ayat-ayat Allah dan

    mereka itu ialah orang-orang yang bertabiat

    berdusta. (Surah An-Nahl: 105)

  • 8/2/2019 Sifat-sifat Mazmumah

    7/17

    Impak negatif dusta Membawa punca rasa kurang senang atau kemarahan

    orang yang mendengarnya.

    Menghilangkan kewibawaannya pada pandang orang

    lain. Misalnya jika dia seorang ayah dan kerap berdusta

    pada isteri dan anak maka lambat laun mereka bersikap

    kurang hormat sekali gus mengikis kualitinya sebagai

    ayah berwibawa.

    Jika dia pemimpin negara atau masyarakat,orang ramai

    tidak akan menghormatinya lagi sebagai pemimpin yang

    boleh dipercayai dan disokong.

    Jika dia seorang peniaga dan urusan jualannyadiselaputi dusta maka ia akan mendatangkan kesan

    buruk bukan saja kurang dipercayai pelanggan tetapi

    apa yang pasti Allah akan membalasnya dengan azab di

    akhirat.

  • 8/2/2019 Sifat-sifat Mazmumah

    8/17

    Dusta adalah antara sifat mazmumah yangwajib ditinggalkan kerana ia amat dilarangAllah

    Sesungguhnya, berdusta dikategorikan sebagaidosa besar iaitu selepas dosa syirik(menyekutukan Allah) dan menderhakai ibu

    bapa. Jadi, taraf dusta itu di tempat keempat dalam

    kategori besar.

    Fikir dan renungilah ayat Allah dalam al-Quranberkenaan dusta supaya lidah kita menjadikelu untuk berbicara di luar batasan agama.

  • 8/2/2019 Sifat-sifat Mazmumah

    9/17

    Hasad Dengki

  • 8/2/2019 Sifat-sifat Mazmumah

    10/17

    Islam sangat mencela sifat dengki atau hasad.

    Sifat ini biasanya lahir dari seseorang yang tidakmenyenangi sesuatu kelebihan atau nikmat yangada pada orang lain.

    Mereka akan berusaha untuk mendapatkankelebihan orang itu supaya nikmat itu berpindahkepadanya.

    Sifat dengki ini boleh menjangkiti sesiapa sahajasamada mereka yang kaya dan kukuhekonominya atau mereka yang kurang berada.

    Bagi yang kurang berada, kemampuan merekaterbatas dan kadang-kadang tidak memungkinkanuntuk mereka mencapai sesuatu yang dihajati.

    http://www.al-azim.com/masjid/khutbah11.html

  • 8/2/2019 Sifat-sifat Mazmumah

    11/17

    Sifat ini juga boleh menjangkiti golongan yangberada. Mereka tidak mahu kekayaan diperolehikepada orang lain yang kadang-kadang jiran atausaudara mara mereka sendiri.

    Sifat dengki ini boleh membawa seseorangkepada perlakuan tidak adil atau berlaku zalimterhadap sesama manusia. Rasulullah s.a.w.bersabda yang bermaksud : jauhkan diri kamu

    dari hasad dengki sesungguhnya hasadmerosakkan amalan kebaikan sebagaimana api

    memakan kayu kering .

  • 8/2/2019 Sifat-sifat Mazmumah

    12/17

    Malas

  • 8/2/2019 Sifat-sifat Mazmumah

    13/17

    Sifat malas adalah tikarnya iblis. Bila kita

    membiarkan sifat malas ini dgn tidak berusahamemeranginya, maka tikar itu akan semakin

    lebar, sehingga semakin nyaman iblis

    bersemayam di atasnya. Kita akan menjadi semakin sulit keluar dari

    sikap malas itu dan hancurlah kita setinggi

    apapun ilmu kita, karena akan berakhir tanpa

    diamalkan.

  • 8/2/2019 Sifat-sifat Mazmumah

    14/17

    Mengumpat

  • 8/2/2019 Sifat-sifat Mazmumah

    15/17

    MENGUMPAT ialah menceritakan atau

    menyebut keburukan atau kekuranganseseorang kepada orang lain.

    Rasulullah S.A.W. menjelaskan mengenai

    mengumpat seperti sabdanya bermaksud :"Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut

    perihal saudaramu dengan sesuatu perkara

    yang dibencinya"(Hadis Riwayat Muslim)

  • 8/2/2019 Sifat-sifat Mazmumah

    16/17

    Pada masa kini, budaya mengumpat sudah menjadiamalan kebiasaan, seseorang yang mengumpat ke atassaudaranya sudah tidak merasai satu kesalahan.

    Media masa dan internet telah menjadi alat untukseseorang menabur fitnah dan mendedahkan keaifanorang lain tanpa merasa takut atas kemurkaan Allahs.w.t.

    Kadangkala kita yang mendengar dan membaca berita

    mengumpat dan fitnah ini turut terlibat sama keranamempercayainya dan menyampaikan pula kepada oranglain.

    Apabila seseorang itu telah terlanjur melakukanperbuatan mengumpat saudaranya sesama Muslim,maka ia hendaklah segera bertaubat dan meminta maafkepada saudaranya sebelum ia mati atau sebelum orangyang diumpat itu mati.

  • 8/2/2019 Sifat-sifat Mazmumah

    17/17

    Orang yang mengumpat akan mendapat

    kerugian besar pada hari akhirat. Pada rekod

    amalan mereka akan dicatatkan sebagai

    perbuatan menghapuskan pahala.

    Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud :

    "Perbuatan mengumpat itu samalah seperti

    api memakan ranting kayu kering". Pahala

    yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah

    atau dihapuskan seperti mudahnya apimemakan kayu kering sehingga tidak tinggal

    apa-apa lagi.