sistem pendidikan sebelum kedatangan

33
Sistem Pendidikan Sebelum Kedatangan British Pendidikan sebelum kedatangan British banyak dipengaruhi oleh adat resam dan budaya masyarakat setempat. Pendidikan tradisional ini lazimnya diajar oleh ahli agama atau ibu bapa kanak-kanak dalam membentuk perkembangan mereka. Pendidikan pada zaman ini terbahagi kepada lima iaitu: 1. pendidikan agama 2. madrasah 3. pendidikan tidak formal 4. pendidikan istana 5. penglipur lara. Pendidikan agama Mulai kurun ke-15 hingga kurun ke-17, orang Melayu telah mula mendapat pendidikan agama. Pendidikan agama disampaikan oleh guru-guru al-Quran di kampong-kampung. Selain itu, pendidikan agama juga disampaikan oleh mereka yang berketurunan Sayyid. Sebahagian besar daripada guru agama ini mengajar menyampaikan pengajarannya di surau atau masjid. Pada masa yang sama, guru agama itu menjadi imam kampong di mana dia menyampaikan pendidikan agama. Mereka mengajar perkara-perkara seperti kira-mengira, menulis Jawi, tajwid, fardu ain, rukun Islam dan rukun Iman. Dalam sehari muris-mrid belajar tiga pelajaran yang mengambil masa sejam bagi setiap pelajaran. Pelajaran pertama disampaikan di sebelah pagi iaitu selepas sembahyang subuh, satu lagi selepas sembahyang zohor dan satu lagi pelajaran pada sebelah petang. Seseorang murid akan memulakan pelajaran dengan mengulangi perkataan-perkataan Arab yang didengar pada awal pagi dan akhir bacaan al-Quran. Apabils telah mahir dengan hafazan itu, dia akan dapat membaca al-Quran dan doa-doa yang membolehkannya bersembahyang. Pelajar tidak dikenakan apa-apa bayaran, Sebaliknya, pelajar membantu guru membersihkan tempat mereka belajar, mengambil air, kayu api dan membantu mengerjakan sawah. Segala urusan ini dijalankan di antara waktu pelajaran. Urusan-urusan seperti ini dapat membina kemahiran hidup bagi pelajar- pelajar berkenaan.

Upload: sbrnawang

Post on 26-Jan-2016

329 views

Category:

Documents

13 download

DESCRIPTION

a

TRANSCRIPT

Sistem Pendidikan Sebelum Kedatangan British

Pendidikan sebelum kedatangan British banyak dipengaruhi oleh adat resam dan budaya

masyarakat setempat. Pendidikan tradisional ini lazimnya diajar oleh ahli agama atau ibu bapa

kanak-kanak dalam membentuk perkembangan mereka. Pendidikan pada zaman ini terbahagi

kepada lima iaitu:

1. pendidikan agama

2. madrasah

3. pendidikan tidak formal

4. pendidikan istana

5. penglipur lara.

Pendidikan agama

Mulai kurun ke-15 hingga kurun ke-17, orang Melayu telah mula mendapat pendidikan agama.

Pendidikan agama disampaikan oleh guru-guru al-Quran di kampong-kampung. Selain itu,

pendidikan agama juga disampaikan oleh mereka yang berketurunan Sayyid. Sebahagian besar

daripada guru agama ini mengajar menyampaikan pengajarannya di surau atau masjid. Pada masa

yang sama, guru agama itu menjadi imam kampong di mana dia menyampaikan pendidikan agama.

Mereka mengajar perkara-perkara seperti kira-mengira, menulis Jawi, tajwid, fardu ain, rukun Islam

dan rukun Iman. Dalam sehari muris-mrid belajar tiga pelajaran yang mengambil masa sejam bagi

setiap pelajaran. Pelajaran pertama disampaikan di sebelah pagi iaitu selepas sembahyang subuh,

satu lagi selepas sembahyang zohor dan satu lagi pelajaran pada sebelah petang. Seseorang murid

akan memulakan pelajaran dengan mengulangi perkataan-perkataan Arab yang didengar pada awal

pagi dan akhir bacaan al-Quran. Apabils telah mahir dengan hafazan itu, dia akan dapat membaca

al-Quran dan doa-doa yang membolehkannya bersembahyang. Pelajar tidak dikenakan apa-apa

bayaran, Sebaliknya, pelajar membantu guru membersihkan tempat mereka belajar, mengambil air,

kayu api dan membantu mengerjakan sawah. Segala urusan ini dijalankan di antara waktu

pelajaran. Urusan-urusan seperti ini dapat membina kemahiran hidup bagi pelajar-pelajar

berkenaan.

Pada kurun ke-18, pendidikan agama telah meningkat maju kerana penghijrahan beberapa orang

alim ulama dari Timur Tengah. Contohnya, Syarif Muhammad yang berasal dari Baghdad telah

mengasaskan sekolah agama di Kuala Terengganu. Ketika berlaku kekacauan di Patani, lebih ramai

lagi alim ulama berpindah ke Terengganu dan Kelantan.

Menjelang kurun ke-19, sekolah-sekolah pondok atau sekolah Arab telah di bina di merata temoat di

Tanah Melayu. Kedah, Perak, Kelanatan dan Pulau Pinang merupakan tempat-tempat di mana

terdapat banyak sekolah pondok muncul.

Madrasah

Madrasah merupakan sekolah agama yang moden. Institusi ini lebih kemas dan teratur. Madrasah

menyampaikan pelajaran yang menekankan ajaran-ajaran reformis dari Asia Barat.

Menurut Khoo Kay Kim, mata pelajaran latihan vokasional juga dikendalikan. Mata pelajaran seperti

perdagangan, kira-kira dan cara tanaman padi serta membuat sabun juga diajar di madrasah. Walau

bagaimanapun, tumpuan pelajaran di kebanyakan madrasah ialah pada pengajaran agama Islam.

Taraf pendidikan di sesetengah madrasah adalah tinggi seperti di Madrasah al-Masyhur,Pulau

Pinang dan Madrasah di Kota Bharu. Para lulusan dari madrasah-madrasah tersebut boleh

melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti seperti Universiti al-Azhar, Mesir atau Masjidil-Haram,

Makkah.

Pendidikan Tidak Formal

Pendidikan formal berlaku secara tidak langsung. Dalam kehidupan seharian, anak-anak terpaksa

membantu ibu bapa dalam pelbagai tugasan sama ada di kebun atau di rumah. Dalam pada itu,

mereka mempelajari kemahiran membuat atau membaiki alat-alat pertanian daripada ibu bapa atau

orang kampong yang lebih tua.

Selain itu, mereka juga berpeluang mempelajari kemahiran dalam kraftangan seperti membuat

bakul, ukiran kayu, atau logam. Kebanyakan kemahiran ini diperoleh kerana kanak-kanak

membantu dan memerhati bagaimana sesuatu hasil itu dikendalikan.

Golongan muda juga mempelajari seni mempertahankan diri dan segelintir antara mereka

mempelajari ilmu sihir.

Pendidikan Istana

Menurut Sejarah Melayu, mulai kurun ke-15, pendidikan agama Islam mula dipelajari oleh golongan

istana. Lazimnya sultan akan menyediakan satu ruangan di istana bagi membolehkan pengajaran

agama Islam disampaikan.

Tokoh-tokoh agama yang menyampaikan pengajaran di istana juga digalakkan menterjemah buku-

buku bahasa Arab kepada bahasa Melayu dengan menggunakan tulisan Jawi. Bahasa pengantar

yang digunakan oleh guru-guru tersebut ialah bahasa Melayu kerana kebanyakan kitab dalam

bahasa Arab telahpun ditermahkan ke bahasa Melayu. Walaubagaimanapun, bahasa Arab juga

diajar.

Penglipur Lara

Pada zaman dahulu, seseorang pencerita yang mahir dikenali sebagai penglipur lara. Dia berupaya

bercerita sehingga Berjaya menarik minat ramai pendengar tetapi ramai daripada mereka adalah

buta huruf. Lantaran itu, cerita-cerita mereka hanya disampaikan dalam bentuk tulisan.

Penglipur lara memperoleh koleksi cerita daripada ibu bapanya dan dia menceritakan semula

kepada anak-anaknya atau kanak-kanak lain. Melalui cara ini, cerita-cerita itu disampaikan dari satu

generasi ke satu generasi yang lain.

Cerita-cerita yang disampaikan terdiri daripada pelbagai jenis. Ada yang mengisahkan

raja,pahlawan terkenal dan haiwan. Unsur-unsur dongeng diserapkan ke dalam sesetengah cerita

tersebut. Selain itu, penyerapan nilai-nilai murni ke dalam cerita-cerita bertujuan mempengaruhi

tingkah laku pendengarnya.

SISTEM PENDIDIKAN ZAMAN BRITISH

Sekolah Agama

Pada zaman British, sekolah agama terus berfungsi tanpa sebarang campur tangan. Ini kerana

pihak British tidak ingin campur tangan dalam hal-hal agama dan adat resam orang-orang Melayu.

Dengan itu, pihak British tidak terlibat dalam pengelolaan dan pengendalian sekolah-sekolah

agama.

Sekolah agama yang ditubuhkan pada zaman British adalah lebih kemas pengelolaannya. Sekolah

ini lebih dikenali sebagai madrasah atau sekolah agama yang moden. Ia dipelopori oleh golongan

muda. Kurikulum sekolah agama moden ini merangkumi ilmu keduniaan dan ilmu akhirat. Madrasah

banyak ditubuhkan di Kelantan, Kedah dan Terengganu. Sekolah-sekolah agama moden seperti ini

dapat menandingi sekolah-sekolah Melayu yang disediakan oleh pihak British. Ini kerana mutu

pendidikan yang disediakan oleh sesetengah sekolah agama moden ini baik. Ini terbukti apabila

pelajar-pelajar lepasan sekolah-sekolah agama itu dapat meneruskan pelajaran di Universiti al-

Azhar di Mesir dan university-universiti lain di Asia Barat.

Sekolah Pondok

Sistem pendidikan pondok didapati lebih tersusun dan teratur jika dibandingkan dengan pendidikan

agama di rumah atau surau. Pada awal kurun ke-19, sekolah pondok banyak didirikan di Kelantan,

Terengganu dan Kedah.

Perkataan ‘pondok’ sebenarnya berasal daripada perkataan Arab yang bermakna rumah-rumah

kecil tempat tinggal pelajar-pelajar. Akan tetapi di Tanah Melayu, pondok membawa makna sebuah

institusi pendidikan agama Islam bersendirian serta mempunyai asrama. Pendidikan pondok akan

bermula sebaik sahaja tibanya seorang tuan guru atau alim ulama dari luar. Guru itu berhasrat untuk

meyampaikan ilmu agama kepada orang kampong terutamanya kaum petani. Sebahagian besar

daripada guru pondok merupakan individu yang berpengaruh dan biasanya mereka menyampaikan

pelajaran secara suka rela. Orang kampong akan bekerjasama untuk menyediakan rumah tuan guru

dan pondok untuk pelajar-pelajar. Pondok itu lazimnya dibina berdekatan dengan rumah tuan guru.

Di sekolah pondok, pelajr-pelajar duduk secara bersila di atas lantai. Meja dan kerusi tidak

disediakan. Mata pelajaran yang di ajar di sekolah pondok termasuk Hadis, Tasawuf, Fiqh, Tauhid,

Tafsir dan doa-doa yang bersabit dengan kehidupan seharian. Selain itu, bahasa Arab dan tulisan

Jawi juga diajar. Bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar kerana kitab bahasa Arab telahpun

diterjemahkan ke bahasa Melayu. Tempoh bagi mengikuti pelajaran di sekolah pondok tidak terhad.

Ada antara pelajar yang mengambil masa sehingga sepuluh tahun. Matlamat sebenar sekolah

pondok ialah untuk melahirkan individu yang arif tentang hokum-hukum agama, tahu beribadat

dengan betul dan bermoral tinggi.

Sekolah Vernakular

Sepertimana yang telah disebutkan, dasar pemerintahan British di Tanah Melayu ialah ‘pecah dan

perintah’. Dengan itu sikap seperti ini menyebabkan empat lagi sistem persekolahan wujud, selain

daripada sekolah agama. Sistem-sistem persekolahan tersebut ialah sekolah vernakular Melayu,

sekolah vernakular Cina, sekolah vernakular Tamil dan sekolah Inggeris. Selain daripada sikap

pihak British, juga tidak terdapat satu dasar pelajaran kebangsaan pada masa itu. Sikap kedaerahan

yang diwarisi setiap kaum juga mendorong sistem persekolahan yang berlainan. Sekolah vernakular

bermakna sekolah yang menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar dalam pengajaran

dan pembelajaran.

1.0  Sekolah Melayu

Pada tahun 1854, Gabenor Jeneral di India menghantar perutusan Jemaah Pengarah melawat

Negeri-negeri Selat untuk membuat laporan pendidikan di negeri-negeri tersebut. Pada tahun 1855,

sebuah sekolah Melayu telah didirikan di Bayan Lepas, Pulau Pinang. Pada tahun berikutnya,iaitu

pada tahun 1856, dua buah sekolah lagi dibuka, iaitu di Teluk Belangah dan Kampung Gelam

Singapura. Sekolah di Teluk Belangah, kemudiannya dijadikan maktab perguruan bagi guru-guru

sekolah Melayu. Sekolah di Kampung Gelam pula berubah menjadi sekolah Quran sehingga

disusun semula. Pada tahun 1963, tiga buah sekolah Melayu telah didirikan di Seberang Perai, iaitu

di Penaga, Permatang Pauh dan Bukit Tambun. Pada tahun 1868, kedua-dua sekolah di Penaga

dan Permatang pauh ditutup, manakala sekolah di Bukit Tambun dijadikan sekolah Inggeris.

Sekolah-sekolah Melayu yang didirikan di Melaka berjalan terus sehingga disusun semula oleh nazir

sekolah-sekolah selepas tahun 1872. Sekolah Melayu lebih Berjaya di Melaka kerana hamper

semua penduduknya terdiri daripada orang Melayu dan juga kerana guru Melayu mudah didapati.

Pada tahun 1871, A.M Skinner telah memulakan sekolah-sekolah Melayu berdasarkan kelas Quran

dalam satu percubaan. Di sekolah pagi, pelajaran biasanya dijalankan, manakala pelajaran agana

Islam diajar pada sebelah petang.

Mata pelajaran yang dipelajari ialah Bacaan, Mengarang, Ejaan, Menulis,Ilmu Hisab, Ilmu Alam dan

Latihan Jasmani. Mulai abad ke-20, pekebunan dan anyaman diperkenalkan. Ini berikutan cadangan

laporan oleh Winstedt pada tahun 1917. Guru-guru pelajaran biasanya dibiayai dan ini

menyebabkan lima buah lagi sekolah Melayu didirikan. Dengan itu, Skinner telah dilantik sebagai

Nazir Sekolah-sekolah.

Bagi kanak-kanak perempuan Melayu, sekolah pertama didirikan di Teluk Belangah pada 1884.

Sebuah lagi sekolah perempuan Melayu didirikan di Pulau Pinang pada tahun1889. Satu masalah

utama yang dihadapi ialah kekurangan guru-guru perempuan. Pendidikan untuk perempuan Melayu

mula bertambah baik setelah tamat Perang Dunia Pertama.

Bagi menyediakan guru-guru Melayu, R.J. Wilkinson telah menubuhkan sebuah maktab perguruan

di Melaka pada tahun 1907. Kursus perguruan selama dua tahun diadakan untuk guru-guru Melayu

lelaki dari Negeri-negeri Selat.

Pada tahun 1913, sebuah lagi maktab didirikan di Matang,Perak. Walau bagaimanapun, kedua-dua

maktab ini ditutup kemudiannya. Bagi menggantikan maktab-maktab tersebut, Maktab Perguruan

Sultan Idris, Tanjung Malim( yang sekarang dikenali sebagai Univesiti Pendidikan Sultan Idris atau

UPSI) telah didirikan pada tahun 1922. Kursus perguruan selama tiga tahun itu terdiri daripada

empat bahagian iaitu bahagian akademik, pekebunan, pertukangan tangan dan membuat bakul

serta teori dan latihan mengajar. Pendidikan Agama Islam diajar dua jam seminggu. Bahasa

pengantar yang digunakan ialah bahasa Melayu.

Maktab Perguruan Perempuan Melayu di Melaka dimulakan pada tahun 1935. Tempoh kursus

perguruan ialah dua tahun pada mulanya, tetapi berubah menjadi tiga tahun. Pelatih-pelatih maktab

tersebut dating dari Negeri-negeri Selat, Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri Melayu

Tidak Bersekutu.

Walau bagaimanapun, sekolah Melayu terpaksa menghadapi pelbagai masalah pada mulanya

kerana kepentingan pendidikan kurang disedari. Lagipun, jawatan-jawatan bagi calon yang tamat

sekolah Melayu berpendapatan rendah berbanding dengan berkelulusan Inggeris. Dasar

pentadbiran Inggeris memanglah untuk mendidik anak-anak Melayu supaya terus duduk di

kampong. Pentadbir Inggeris juga bimbang bahawa meraka yang berpendidikan Inggeris akan

bercita-cita tinggi serta akan timbul kesedaran politik dan hak-haknya.

Dengan menggunakan dasar pecah dan perintah di kalangan orang Melayu, sebuah sekolah raja

yang berasrama penuh di bina di Selangor pada tahun 1890. Sekolah ini hanya dibuka kepada

anak-anak raja sahaja. Empat tahun kemudian sekolah ini terpaksa ditutup. Pada tahun 1905,

Maktab Melayu Kuala Kangsar ditubuhkan.

Dengan ini jelas, dasar pentadbiran Inggeris ialah untuk menjaga kepentingan mereka sendiri.

Pendidikan yang dibekalkan adalah setakat empat tahun sahaja, kecuali di tahap latihan perguruan.

Orang Melayu tidak digalakkan ke Bandar dan dengan itu, cuba memisahkan orang Melayu

daripada kemajuan perbandaran dan perindustrian. Dasar pendidikan seperti ini menimbulkan

pelbagai masalah sosioekonomi sehingga terdapat jurang yang besar antara golongan kaya dan

miskin.

2.0  Sekolah Cina

Orang Cina ramai di lombong-lombong bijih timah di Perak dan Selangor. Ramai juga terdapat di

Negeri-negeri Selat sebagai peniaga. Sekolah cina pertama dimulakan di Melaka pada tahun 1815

oleh sekumpulan mubaligh dari Persatuan Mubaligh London. Pengajaran bahasa Cina dibuka oleh

individu Cina, persatuan Cina daerah, persatuan suku kaum dan jabatan pentadbir. Individu dan

persatuan-persatuan tersebut memberikan derma bulanan. Dalam hal pembinaan sekolah Cina,

pentadbiran Inggeris bersikap tidak mahu campur tangan, malahan menentang keras pembiayaan

untuk pembinaan sekolah Cina. Kurikulum sekolah berbentuk klasik lama. Murid-murid juga

mempelajari kaligrafi (tulisan tangan yang cantik) dan kira-kira. Biasanya rumah digunakan sebagai

sekolah. Dialek tempatan digunakan sebagai bahasa pengantar.

Sejak tahun 1901, sekolah-sekolah Cina mula mendapat bantuan kewangan dari negera China di

bawah pemerintahan Manchu. Guru-guru juga dibawa dari Negara China. Kurikulum baru

dimulakan. Pelajar-pelajar belajar teks klasik lama, Sejarah, Ilmu Alam, Sains, Pendidikan Moral,

Bahasa Cina, Nyanyian, Latihan Jasmani dan Lukisan. Apabila tertubuhnya Republik Rakyat China

pada tahun 1911, kerajaan tersebut member bantuan kewangan pada sekolah-sekolah Cina di

Negara ini. Ideologinya terus diserapkan ke dalam kurikulum sekolah-sekolah Cina.

Pada tahun 1914 dan 1915, wakil-wakil dari Negara China dihantar untuk melawat sekolah-sekolah

Cina di Asia Tenggara. Berikutan dengan lawatan ini, sebuah sekolah Cina dibina di Nanking (pada

tahun 1918) untuk melatih guru-guru yang berkhidmat di sekolah Cina di seberang laut. Bilangan

sekolah Cina pun meningkat.

Pada Mei 1919, satu reformasi kebudayaan berlaku di Negara China. Ekoran ini, sekolah-sekolah

Cina di Tanah Melayu mula menggunakan bahasa Mandarin yang juga telah menjadi bahasa

pengantar rasmi di Negara China.

Dengan adanya bantuan kewangan, pengaruh politik parti nasional, iaitu Kuomintang, terus

berkembang di sekolah-sekolah Cina.

Sementara itu, pentadbiran Inggeris menyedari bahaya pengaruh ideology kerajaan China terhadap

kaum Cinadi sini. Pada tahun 1920, Enakmen Pendaftaran Sekolah diwujudkan. Tujuan utamanya

untukmengawal perkembangan sekolah-sekolah Cina. Antara kandungan Enakmen Pendaftaran

Sekolah:

1. Pengarah pelajaran berkuasa untuk menutup sebarang sekolah yang tidak mematuhi peraturan

berkaitan dengan kurikulum,pentadbiran dan keadaan kesihatan yang ditetapkan oleh

pentadbiran British.

2. Semua guru serta pentadbirannnya hendaklah didaftar dan diselia oleh pengarah pelajaran.

3. Setelah didaftar di bawah enakman tersebut, sekolah-sekolah Cina itu akan diberi bantuan oleh

kerajaan Inggeris. Sekolah-sekolah yang layak mendapatkan bantuan ialah yang menggunakan

dialek tempatan sebagai bahasa pengantar. Sekolah yang menggunakan bahasa Mandarin

sebagai bahasa pengantarnya dianggap sebagai agen kerajaan China.

Enakmen ini dipandang oleh masyarakat Cina sebagai sesuatu yang mencabuli hak asasi orang

Cina dalam pengurusan sekolah. Dengan itu, masyarakat Cina membantah enakmen tersebut.

Tetapi rancangan pendaftaran itu diteruskan juga oleh pentadbiran Inggeris. Berikutan tindakan

tegas ini, hamper 315 buah sekolah dibatalkan pendaftrannya di antara tahun 1925 dan 1928.

Pada tahun 1929, tindakan-tindakan yang lebih ketat dikenakan ke atas sekolah Cina oleh Gabenor

Cecil Clementi. Tindakan-tindakan yang keras itu termasuklah perlantikan guru sekolah Cina

daripada kalangan orang tempatan iaitu mereka yang dilahirkan di Tanah Melayu, dan

pengharaman buku teks yang mengandungi unsure anti- Inggeris.

Satu pindaan dibuat kepada enakmen tersebut pada tahun 1925, yang membolehkan pengarah

pelajaran membatalkan pendaftaran seseorang guru yang aktivitinya dianggap subvertif. Kawalan

terhadap sekolah-sekolah Cina nampaknya kurang berkesan. Pada tahun 1932, bantuan kewangan

kepada sekolah-sekolah Cina dihentikan disebabkan kemelesetan ekonomi. Bantuan kewangan

disambung semula pada tahun 1935. Dasar pendtadbiran Inggeris seperti ini, secara langsung atau

tidak langsung akan mewujudkan jurang pendidikan antara anak-anak Melayu dan Cina.

3.0     Sekolah Tamil

Sekolah-sekolah Tamil mula dibina di estet-estet kopi, kelapa, gula dan getah. Kebanyakan pekerja

bertutur bahasa Tamil dan dengan itu, sekolah yang dibuka die stet menggunakan bahasa Tamil

sebagai bahasa pengantarnya. Pentadbiran Inggeris mewajibkan tuan punya estet untuk

menyediakan sekolah Tamil. Ini juga merupakan dorongan bagi pekerja-pekerja India dating ke

Negara ini.

Selain daripada majikan, sekolah Tamil juga dibina oleh mubaligh Kristian dan individu-individu yang

berkemampuan. Pendidikan di sekolah Tamil juga terhad kepada peringkat dasar atau sekolah

rendah. Kurikulum serta gurunya didatangkan dari India.

Sejak tahun 1902, kerajaan Inggeris mula member kemudahan untuk menubuhkan sekolah Tamil

sama ada die stet atau di Bandar, khasnya untuk anak pekerja di Jabatan Kereta Api dan Kerja

Raya.

Menjelang tahun 1920, jumlah murid sekolah Tamil di persekutuan adalah lebih kurang 4000 orang.

Pada tahun 1925,Kod Buruh dikuatkuasakan dan setiap estet yang mempunyai 10 orang kanak-

kanak dalam umur persekolahan diwajibkan untuk menyediakan sekolah dan guru bagi kanak-kanak

itu. Kod buruh ini kelasnya dapat menambahkan lagi bilangan sekolah Tamil di estet.

Sedikit peruntukan wang tahunan juga diberikan kepada sekolah Tamil. Wang ini diberikan

berdasarkan pencapaian murid dalam peperiksaan serta kehadiran mereka.

Agar sistem sekolah Tamil bertambah baik, seorang Nazir Sekolah tamil dilantik pada tahun 1930

untuk tujuan penyeliaan dan pengawasan. Jawatan tersebut dimansuhkan pada tahun 1932.

Selepas itu, sekolah Tamil hanya bertujuan untukmembasmi buta huruf di kalangan kanak-kanak

estet. Apabila ekonomi dunia pulih, kursus-kursus dalam perkhidmatan untuk melatih guru-guru

sekolah Tamil dimulakan pada tahun 1936. Pada tahun 1938, Nazir Sekolah Tamil dilantik semula

dan peruntukan wang bagi sekolah Tamil ditambah lagi

Dasar pemerintahan Inggeris terhadap sekolah Tamil terus menambahkan lagi jurang pendidikan

antara tiga kaum utama di Negara kita iaitu Melayu, Cina dan India.

4.0  Sekolah Inggeris

Semasa penjajahan Inggeris, sekolah Inggeris terdiri daripada dua jenis, iaitu free school,yang

mendapat bantuan daripada kerajaan, dan sekolah Inggeris separa bantuan, yang dimulakan oleh

badan mubaligh Kristian dengan bantuan kewangan daripada kerajaan.

Free school dinamai sedemikian bukan kerana tidak dikenakan bayaran yuran, tetapi kerana ia

terbuka kepada murid dari semua bangsa tanpa mengira kaum dan taraf sosioekonomi. Penang

Free School merupakan free school yang ulung, dimulakan pada tahun 1816 atas inisiatif Rev. R.

Hutchings. Mulai tahun 1891, sekolah tersebut mula menyediakann pendidikan sekolah menengah.

Pada tahun 1920, sekolah tersebut diambil alih oleh kerajaan.

Pada tahun 1923, sebuah lagi free school ditubuhkan di Singapura. Sekolah ini dikenali sebagai

Raffles dan ditukar namanya kepada Raffles Institution pada tahun 1863. Pada tahun 1826, sebuah

lagi free school ditubuhkan di Melaka. Sekolah ini dikenali sebagai Malacca Free School;

kemudiannya ditukar kepada Sekolah Tinggi Melaka. Sekolah ini merupakan sekolah Inggeris

pertama yang menjadi sekolah kerajaan. Antara free school yang lain ialah Sekolah Victoria, Kuala

Lumpur yang dimulakan pada tahun 1894 dan Sekolah King Edward VII, Taiping yang ditubuhkan

pada tahun1906.

Golongan sekolah-sekolah separa bantuan lebih dikenali sebagai sekolah mubaligh. Sekolah-

sekolah Inggeris ini ditubuhkan serta dibiayai oleh Persatuan Mubaligh London, Mubaligh Methodist,

Gereja England dan Mubaligh Roman Katolik. Semua kanak-kanak, tanpa mengira bangsa atau

agama, boleh memasuki sekolah mubaligh. Sekolah-sekolah ini bertujuan untuk menyediakan

pendidikan am serta memperbaik akhlak mengikut ajaran agama Kristian.

Sekolah Inggeris hanya terdapat di Bandar. Walaupun permohonan dibuat untuk menubuhkan

sekolah Inggeris di kawasan luar Bandar, ia ditolak kerana bertentangan dengan dasar pentadbiran

Inggeris. Disebabkan orang Melayu terikat dengan undang-undang untukmenghantar anak-anak

mereka ke sekolah Melayu, maka ramai orang Melayu tidak berpeluang memasuki sekolah Inggeris.

Walau bagaimanapun, pada penghujung tahun 1930-an, melalui cara peperiksaan, pelajar-pelajar

Melayu dipilih memasuki sekolah Melayu khas(special malay class) setelah tamat empat tahun

pendidikan dasar Melayu. Selepas dua tahun dalam kelas Melayu khas, murid berkenaan dinaik ke

tahun empat di sekolah dasar Inggeris. Walaupun begitu, hanya sebilangan kecil sahaja anak-anak

Melayu yang dapat memasuki sekolah dasar Inggeris kerana terlebih umur dan juga kerana sekolah

Inggeris terletak di Bandar. Lantaran itu, ramai murid Cina dan India berpeluang ke sekolah Inggeris.

Lagipun, sekolah Melayu hanya menyediakan pendidikan dasar, manakala sekolah Inggeris dan

Cina telah mula menyediakan pendidikan menengah.

Keadaan pendidikan di sekolah Melayu, sekolah Cina, sekolah Tamil dan sekolah Inggeris

disengajakan oleh pentadbiran Inggeris untuk meneruskan dasar mentadbir secara pecah dan

perintah. Dengan dasar tersebut, anak-anak Melayu dikekalkan di desa, manakal yang bukan

Melayu ditadbir secara berasingan. Situasi seperti ini mewujudkan berbagai-bagai kesulitan dari segi

sosioekonomi. Tambahan lagi, terdapat berbagai-bagai bantahan daripada kaum bukan Melayu

apabila cubaan dibuat untuk menyatukan semua sekolah vernacular iaitu Melayu, Cina dan India.

Laporan Cheeseman

Laporan Cheeseman merupakan antara langkah yang diambil oleh pihak British untuk membina

semula sistem pendidikan di Negara ini selepas pendudukan Jepun. Antara cadangan utama

laporan tersebut ialah:

1. Semua kanak-kanak tidak perlu membayar yuran jika mereka menghadiri sekolah vernacular di

peringkat rendah.

2. Semua pelajar di sekolah rendah berpeluang mempelajari bahasa Inggeris.

3. Sekolah menengah terdiri daripada dua jenis sahaja.

4. Pendidikan vokasional sepertimana yang termaktub dalam Laporan Pelajaran 1938 hendaklah

dilaksanakan dengan sepenuhnya.

Tujuan laporan tersebut ialah untuk membina semula sistem pendidikan. Selain itu, ia juga berhasrat

untuk mengembangkan setiap sistem persekolahan. Perpaduan kaum tidak disentuh langsung.

Walau bagaimanapun, syor-syor Laporan Cheeseman tidak dilaksanakan kerana kerajaan sibuk

membina semula sekolah yang telah musnah.

Laporan Barnes

Pada tahun 1949, Jawatankuasa Barnes ditubuhkan untuk menyatukan semua sekolah vernacular,

iaitu sekolah Melayu, sekolah Cina dan sekolah Tamil. Laporan yang disediakan oleh jawatankuasa

tersebut dikenali sebagai Laporan Barnes dan bertujuan untuk membubarkan sistem sekolah

vernacular yang berasingan dan menggantikannya dengan sekolah kebangsaan bagi semua kaum.

Sekolah tersebut menggunakan bahasa Melayu atau bahasa Inggeris sebagai bahasa

pengantarnya. Satu daripada bahasa tersebut akan digunakan sebagai bahasa kedua. Bahasa Cina

dan bahasa Tamil akan terus diajar sebagai mata pelajaran sahaja di sekolah. Rasional yang

digunakan untuk menukarkan bahasa pengantar kepada bahasa Inggeris dan bahasa Melayu ialah

untuk mencapai perpaduan di kalangan kanak-kanak berbilang kaum. Cadangan-cadangan utama

lain dalam Laporan Barnes termasuk:

1. Pembinaan sekolah vokasional yang moden.

2. Pembinaan maktab perguruan berasrama untuk pemegang Sijil Persekolahan.

3. Penubuhan Jemaah Nazir Persekutuan.

4. Penubuhan Penguasa Pelajaran Tempatan untuk mengembangkan pendidikan sekolah rendah.

5. Di semua sekolah rendah kebangsaan, pendidikan adalah percuma bagi semua kanak-kanak

dari Darjah 1 hingga Darjah 6. Sekolah kebangsaan tersebut ditanggung oleh kerajaan dan

Lembaga Pelajaran Tempatan.

6. Selepas sekolah rendah kebangsaan, murid-murid boleh melanjutkan pelajaran ke sekolah

menengah dan bahasa pengantarnya ialah bahasa Inggeris.

7. Kurikulum hendaklah menekankan mata pelajaran seperti Sains, Seni Perusahaan dan Sains

Rumah Tangga.

Laporan Fenn-Wu

Pada tahun 1951, dua penasihat dari Negara China telah dijemput untuk mengkaji pendidikan Cina

di negara ini. Kedua-dua penasihat itu ialah Dr. W.P. Fenn dan Dr. Wu The Yau. Tujuan utama

jawatankuasa tersebut ialah untuk merapatkan jurang antara sekolah Cina dengan sistem

pendidikan yang bercorak perpaduan. Di samping itu, jawatankuasa tersebut juga member

bimbingan tentang penyediaan buku-buku teks sekolah Cina yang seharusnya mengandungi

unsure-unsur kehidupan di Taman Melayu. Hasil kajian Laporan Fenn-Wu adalah seperti berikut:

1. Jika kaum Cina memilih untuk menguasai ketiga-tiga bahasa, iaitu bahasa Melayu, bahasa Cina

dan bahasa Inggeris, amalan ini hendaklah digalakkan oleh kerajaan Inggeris.

2. Di Persekutuan Tanah Melayu, sistem pendidikan hendaklah menghala kea rah matlamat

membentuk identiti kebangsaan. Matlamat sekolah hendaklah menyediakan kanak-kanak

supaya menempuh semua bidang kehidupan berlandaskan latar belakang kehidupan

masyarakat mereka.

3. Apa sahaja tindakan untuk memaksa rakyat berbilang kaum supaya mempelajari satu atau dua

bahasa sahaja akan mengancam perpaduan kaum.

4. Kekurangan guru terlatih bagi sekolah Cina.

5. Penubuhan maktab perguruan untuk melatih guru sekolah Cina amat diperlukan. Maktab ini

hendaklah menjalankan kursus-kursus dalam perkhidmatan di hujung minggu.

6. Bantuan kewangan untuk sekolah Cina hendaklah ditambah.

7. Buku-buku teks sekolah Cina, terutamanya dari Negara China atau Hong Kong hendaklah

diselidiki dan dibaiki dengan dimasukkan unsur-unsur masyarakat tempatan.

8. Pengajaran bahasa, iaitu bahasa Cina, bahasa Inggeris dan Melayu hendaklah diperbaiki.

Ordinan Pelajaran 1952

Apabila didapati pandangan-pandangan dalam Laporan Barnes dan Laporan Fenn-Wu itu

berlainan,kerajaan Inggeris kemudian menubuhkan sebuah Jawatankuasa Khas untuk mengkaji

kedua-dua laporan tersebut. Jawatankuasa khas ini mengemukakan cadangan-cadangan berikut:

1. Dua jenis sistem persekolahan hendaklah ditubuhkan, satu jenis sekolah yang menggunakan

bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan satu jenis sekolah lain menggunakan bahasa

Inggeris sebagai bahasa pengantar.

2. Pelajaran bahasa Cina dan bahasa Tamil akan disediakan jika terdapat 15 orang murid yang

ingin belajar bahasa ibunda mereka.

3. Bahasa Melayu adalah wajib di sekolah Inggeris manakala bahasa Inggeris adalah wajib di

sekolah Melayu.

Laporan Jawatankuasa Khas dibentangkan di Majlis Perundangan Persekutuan dan telah diluluskan

pada bulan September dikuatkuasakan sebagai Ordinan Pelajaran 1952. Ordinan tersebut

menetapkan sekolah kebangsaan sebagai sistem pendidikan di Tanah Melayu. Walau

bagaimanapun, cadangan-cadangan Ordinan Pelajaran 1952 tidak dapat dilaksanakan kerana

masalah kewangan. Dengan itu, satu lagi jawatankuasa khas ditubuhkan untuk mengkaji bagaimana

cadangan-cadangan itu boleh dilaksanakan.

Kesimpulan

Kesimpulannya, boleh dikatakan bahawa antara tujuan utama di sebalik pendidikan semasa zaman

penjajahan British ialah untuk:

1. Memastikan penjajahan Inggeris berterusan.

2. Mengekalkan eksplotasi ekonomi Negara ini.

3. Memastikan bekalan tenaga kerja peringkat bawah untuk memenuhi keperluan British.

4. Mengawal perkembangan semangat nasionalisme di kalangan penduduk tempatan.

Dengan dasar terbuka dan tidak campur tangan British, maka telah wujud lima jenis sistem

persekolahan iaitu sekolah agama, sekolah Melayu, sekolah Cina, sekolah Tamil dan sekolah

Inggeris. Sistem pelbagai ini menjejaskan perpaduan kaum.

SISTEM PENDIDIKAN SELEPAS ZAMAN BRITISH

Apabila Negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, sistem pendidikan turut berubah. Tujuan

perubahan ini dilakukan adalah untuk melaksanakan pendemokrasian pendidikan. Peluang

pendidikan diwujudkan untuk kanak-kanak yang telah mencapai umur tujuh tahun. Hasrat ini dapat

direalisasikan dengan adanya Ordinan Pelajaran 1957. Sistem ini member jaminan bahawa kanak-

kanak berhak mendapat pendidikan sekurang-kurangnya dalam tempoh enam tahun. Dengan itu,

jelaslah kerajaan mengakui pendidikan sebagai satu hak asasi bagi semua penduduk Negara kita.

Namun begitu, pelajar masih lagi dikehendaki membayar yuran persekolahan. Ini bermakna masih

ada lagi kanak-kanak yang tidak berpeluang ke sekolah disebabkan kemiskinan.

Pelaksanaan Laporan-laporan Pendidikan

Sistem pendidikan yang diwarisi dari pihak British jelas tidak menggalakkan perpaduan kaum. Oleh

yang demikian, tugas kerajaan di peringkat awal kemerdekaan ialah untuk mewujudkan satu sistem

pendidikan tunggal yang boleh menyatukan semua sistem persekolahan yang berbeza-beza.

Penyata Barnes dan Penyata Fenn-Wu merupakan dua penyata utama peringkat awal, yang

mengemukakan syor-syor kea rah mewujudkan satu sistem pendidikan kebangsaan disatukan.

Penyata Barnes mengesyorkan agar semua sekolah vernacular dimansuhkan dan digantikan

dengan sekolah kebangsaan bagi semua kaum. Bahasa Melayu atau bahasa Inggeris akan

digunakan. Satu daripada bahasa tersebut dijadikan bahasa kedua. Bahasa Cina dan bahasa Tamil

akan terus diajar sebagai satu mata pelajaran sahaja. Sebaliknya, Penyata Fenn-Wu mengesyorkan

supaya tiga bahasa, iaitu bahasa Melayu, Cina dan Inggeris digunakan di sekolah-sekolah. Satu lagi

jawatankuasa ditubuhkan untuk mengkaji syor-syor yang berlainan itu. Kemudian, Ordinan Pelajaran

1952 yang telah mengambil kira syor-syor dalam Penyata Barnes dan Fenn-Wu telah diluluskan.

Konsep sekolah kebangsaan diterima, satu jenis yang menggunakan bahasa Melayu sebagai

bahasa pengantar dan satu lagi bahasa Inggeris.

Pada tahun 1955, Parti Perikatan telah mencapai kemenangan yang mengagumkan dalam pilihan

raya. Secocok dengan janjinya untuk mewujudkan satu sistem pelajaran yang sama bagi semua

penduduk, sebuah Jawatankuasa Pelajaran 1956 yang diketuai oleh Tun Abdul Razak telah

ditubuhkan. Jawatankuasa ini menghasilkan Penyata Razak 1956.

Penyata Razak

Penyata ini menekankan perpaduan kaum dan penghasilan tenaga kerja. Penyata Razak ini telah

diterima oleh Majlis Perundangan Persekutuan dan disahkan Ordinan Pelajaran Tahunan 1957.

Tujuan utama Penyata Razak adalah seperti berikut:

1. Menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

2. Untuk memenuhi keperluan Negara yang merdeka dan mengembangkan sistem pendidikan.

3. Untuk melahirkan perpaduan antara kaum sebagai satu rumpun bangsa Tanah Melayu.

4. Untuk merapatkan jurang perbezaan antara kaum di Tanah Melayu.

5. Untuk mewujudkan satu sistem pengurusan pendidikan yang lebih cekap dan berkesan.

6. Untuk menyediakan kemudahan pelajaran yang mencukupi.

7. Untuk mewujudkan masyarakat yang berdisiplin, terlatih, bertoleransi, liberal dan progresif.

Kesan-kesan Pelaksanaan Syor-syor Penyata Razak adalah seperti berikut:

1. Tertubuhnya Kementerian Pelajaran untuk melaksanankan sistem pentadbiran pendidikan

secara berpusat.

2. Penggunaan kurikulum dan gerak kerja kokurikulum yang seragam di semua sekolah di Negara

ini.

3. Aliran persekolahan dipelbagaikan untuk memenuhi keperluan Negara dan dengan itu wujudlah

aliran akademik, aliran teknik dan aliran vokasional.

4. Bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar utama manakala bahasa Inggeris adalah bahasa

rasmi yang kedua.

5. Wujudnya peluang pelajaran yang lebih luas bagi pelajar-pelajar sekolah kebangsaan hingga ke

pusat pengajian tinggi.

6. Wujudnya satu jenis sekolah menengah, iaitu sekolah menengah kebangsaan bagi semua

pelajar.

7. Wujudnya peperiksaan awam yang sama iaitu peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran dan Sijil

Persekutuan Tanah Melayu untuk semua calon sekolah menengah.

8. Tertubuhnya Jemaah Nazir Bebas untuk menjamin mutu pelajaran yang tinggi

IZANORIZA ♦ MAY 10, 2012 ♦ LEAVE A COMMENT