set 1

14
SET 1 : Kertas Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) - Bahasa Melayu BAHAGIAN A [25 markah] 1 Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat satu kesalahan tatabahasa. Gariskan kesalahan tersebut dan tulis jawapannya pada ruangan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. (i) Beberapa orang murid di sekolah menengah tersebut diberikan hadiah atas kejayaan mereka mengharumkan nama sekolah mereka di dalam pertandingan reka cipta itu. ___________________________________________ (ii) Pihak pengurusan Sri Malaysia Hotel menawarkan pakej yang menarik kepada para pelanggan sempena cuti sekolah. ___________________________________________ (iii) Pelancong dari negara Jepun itu sangat sukakan buah-buahan tempatan seperti durian dan manggis. ___________________________________________ (iv) "Sudahkah kamu menyiapkan kerja rumah yang aku berikan semalam?" tanya Cikgu Azizi kepada murid-murid Kelas Tingkatan Tiga Kreatif. ___________________________________________ (8 markah) 2 Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti dan betulkan

Upload: zirdee-blackeye

Post on 13-Dec-2015

20 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

bm

TRANSCRIPT

Page 1: SET 1

SET 1 : Kertas Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) - Bahasa Melayu

BAHAGIAN A[25 markah]

1    Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat satu kesalahan tatabahasa. Gariskan kesalahan tersebut dan tulis jawapannya pada ruangan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i)        Beberapa orang murid di sekolah menengah tersebut diberikan hadiah atas kejayaan mereka mengharumkan nama sekolah mereka di dalam pertandingan reka cipta itu.___________________________________________

(ii)       Pihak pengurusan Sri Malaysia Hotel menawarkan pakej yang menarik kepada para pelanggan sempena cuti sekolah.___________________________________________

(iii)      Pelancong dari negara Jepun itu sangat sukakan buah-buahan tempatan seperti durian dan manggis.

___________________________________________(iv)      "Sudahkah kamu menyiapkan kerja rumah yang aku

berikan semalam?" tanya Cikgu Azizi kepada murid-murid Kelas Tingkatan Tiga Kreatif.___________________________________________

(8 markah)

2    Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan tersebut. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i)        Bandaraya itu seolah-olah hari siang kerana dilimpahi lampu jalan yang terang-benderang.__________________________________________

(ii)       Stem yang bertemakan tahun arnab ini dicetak di atas plastik yang berwarna emas.

Page 2: SET 1

__________________________________________

(iii)      Penduduk di kawasan pedalaman itu hanya menggunakan eka-bahasa sahaja iaitu bahasa ibunda mereka.__________________________________________

(3 markah)

3    Gabungkan ayat-ayat tunggal di bawah ini supaya menjadi satu ayat majmuk.

(i)        Kami akan ke negeri Sarawak hujung bulan ini.Kami akan ke negeri Sarawak awal bulan hadapan.______________________________________________________________________________________________

(ii)       Pulau peranginan itu cantik.Pulau peranginan itu tidak dijaga dengan baik.______________________________________________________________________________________________

(iii)      Murid itu rajin mengulang kaji pelajaran.Murid itu mencapai kejayaan yang cemerlang.______________________________________________________________________________________________

(iv)      Saya ada masa pada hujung minggu ini.Saya akan menziarahi rakan saya di hospital.______________________________________________________________________________________________

(v)        Azwana membaca surat.Afifah membaca surat.Surat dikirim oleh Bhaga.

______________________________________________________________________________________________                                                                            (10 markah)

4     Lihat gambar di bawah ini dengan teliti, kemudian tulis satu peribahasa yang sesuaidengan gambar tersebut.       (i)

Page 3: SET 1

       _____________________________________________      

(ii)

       _____________________________________________                                                               (4 markah)

BAHAGIAN B[30 markah]

5    Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

"Adik nak berhenti sekolah. Bosanlah kena belajar selalu. Mana boleh paksapaksa. Adik meluat betul dengan buku-buku dan cikgu yang semuanya garang." Begitulah lontaran ayat adik. Selamba.

"Kalau UPSR pun tak sempat nak ambil, nak buat apa? Jadi kuli? Makan tidur, makan tidur? Sanggup

Page 4: SET 1

turun ke bendang? Sanggup menoreh? Atau lebih berminat nak jadi kutu merewang?"

"Hoi... Kak Cik apa tau? Orang dah malas nak belajarlah. Malas. Tak fahamkah? Lagi pun, kilang kan banyak? Susah apa?" jerkah adik biadab.

Bonda hanya menggelengkan kepalanya yang beruban.

"Adik... sedarkah keputusan ini boleh menghancurkan masa depan adik? Hanya orang berilmu dipandang mulia, nak." Sopan berhikmah pujukan bonda.

Adik mendengus kasar. Berlalu ke bilik menghempas kuat daun pintu sebagai tanda protes.

Ada pendaman impian yang tersimpan di atma bonda. Bonda berhajat menghantar adik ke sekolah agama setelah adik menamatkan sekolah rendahnya. Bonda mahu adik bergelar Ustaz Mohd. Harraz. Bonda mahu adik mewarisi kealiman suaminya, Lebai Sidi. Bonda mahu adik berjuang hingga Jiang syahid seperti arwah ayahnya.

(Dipetik daripada cerpen Mutiara Bonda oleh Siti Hajar Mohd Zaki, antologi Harga Sebuah

Lukisan, Tingkatan 3, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i)      Berdasarkan petikan di atas, nyatakan tiga harapan bonda terhadap adik.

(3 markah)______________________________________________________________________________________________

(ii)     Huraikan perwatakan adik yang negatif berdasarkan petikan di atas.

(3 markah)______________________________________________________________________________________________

Page 5: SET 1

        (iii)    Pada pendapat anda, apakah punca yang menyebabkan murid suka ponteng sekolah pada               masa ini?                                                

(4 markah)______________________________________________________________________________________________

6    Baca sajak di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

SAJAK LAUT

Laut ini begitu birulaut ini begitu luaslaut ini begitu indah.

Betapa bahagianya hatilaut ini membuatku bahagialaut ini begitu tenangbegitu kaya.

Kulihat pasir putihkulihat kerangkurasakan ombak menyapa kakidan kurasakanangin pantai membelai.

Seorang nelayan jauh di sanaberdiri di atas perahu kecilmenebarkan jalamencari ikan untuk keluarga.

Burung laut menari-nari di sanamengepak-ngepakkan sayapnyabegitu gembira mereka bernyanyibagai berlumbadengan nyanyian ombak.

Page 6: SET 1

Setengah matahari kulihat di seberangdi seberang laut biru inibagai malu-malu ia mengintipnamun dengan setiamemberi sinarnya.

Hai, laut biruhari ini juga aku nyatakankau adalah saudaraku!

ISMAIL SHARIF(Dipetik daripada antologi Gema Sepi Gadis Genius,

Tingkatan 2, Dewan Bahasa dan Pustaka

(i)            Bagaimanakah keadaan laut yang digambarkan oleh penyajak?  

(3 markah)______________________________________________________________________________________________

(ii)          Nyatakan contoh gaya bahasa simile yang terdapat dalam Sajak Laut.  

(3 markah)______________________________________________________________________________________________

(iii)         Pada pendapat anda, apakah perbuatan negatif yang telah dilakukan oleh manusia sehingga menjejaskan laut?     

(4 markah)______________________________________________________________________________________________

7    Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji diTingkatan 3.

(i)        6:20 karya Siti Jasmina Ibrahim(ii)          Cempaka Putih Untukmu karya Rohani Deraman(iii)         Merenang Gelora karya Ruslan NgahBerdasarkan sebuah novel yang anda telah kaji, huraikan tiga latar masyarakat yang terdapat dalam

Page 7: SET 1

novel tersebut. Berikan satu contoh bagi setiap latar masyarakat tersebut.

(10 markah)

BAHAGIAN C[15 markah]

8    Lihat gambar Kempen Kitar Semula di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam gambar tersebut, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan.

Kitar Semula Bermula daripada Anda!

KEBAIKAN AMALAN KITAR SEMULA

     Mewujudkan Persekitaran yang lebih Bersih     Mengurangkan Ancaman Alam Sekitar

     Menjimatkan Kos Penyelenggaraan Tapak Pelupusan Sampah     Mengurangkan Kuantiti Sampah

     Menyelamatkan Hutan

BAHAGIAN D[30 markah]

9      Pilih satu daripada soalan di bawah ini. Tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 180 patah perkataan.

(i)    Andaikan anda ketua pengawas. Anda diminta menyampaikan ucapan dalam majlis perpisahan yang diadakan untuk meraikan anda.

Tulis teks ucapan anda itu selengkapnya.

Page 8: SET 1

(ii)    Anda dan rakan anda berbual-bual tentang sikap masyarakat Malaysia yang lebih mengutamakan barangan dari luar negara.

Tulis perbualan antara anda dengan rakan anda itu.

(iii)    Prestasi ahli sukan negara kita semakin merosot belakangan ini.

Berikan pendapat anda tentang cara-cara untuk meningkatkan prestasi ahli sukan negara.

SET 1 : Kertas Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) - Bahasa Melayu (JAWABAN)BAHAGIAN BSoalan 5

(i)         Berdasarkan petikan tersebut, bonda berharap agar dapat menghantar adik ke sekolah agama setelah adik tamat sekolah rendah. Bonda berharap juga agar adik menjadi ustaz dan mewarisi kealiman suaminya.

(ii)        Dalam petikan tersebut, adik malas untuk belajar. Selain itu, adik bersikap biadab kerana dia menggunakan bahasa yang kurang sopan semasa menyatakan pendiriannya.

(iii)       Pada pendapat saya, murid suka ponteng sekolah kerana mereka mudah dipengaruhi oleh ajakan rakan mereka yang juga suka ponteng sekolah. Selain itu, mereka tidak berminat terhadap pengajaran dan pembelajaran di sekolah.Soalan 6

(i)        Penyajak menggambarkan laut sebagai suatu tempat yang keadaannya berwarna biru, luas, serta indah.

(ii)       Terdapat dua contoh gaya simile dalam Sajak Laut,  iaitu bagai berlumba dan bagai malumalu ia mengintip.

(iii)      Pada pendapat saya, aktiviti manusia yang mengalirkan sisa kilang dan sampah sarap ke laut telah menjejaskan laut. Selain itu, sikap manusia yang cuai,

Page 9: SET 1

iaitu menyebabkan berlakunya tumpahan minyak daripada kapal menjadi penyebab terjejasnya laut.

Soalan 7(i)      Novel 6:20

Setiap novel akan memaparkan latar masyarakat yang menunjukkan gambaran keadaan masyarakat dalam cerita merangkumi bangsa atau etnik, status dan kehidupan sosial, ekonomi, dan sebagainya yang bersesuaian dengan watak. Novel 6:20 karya Siti Jasmina Ibrahim turut mengemukakan beberapa latar masyarakat dalam penulisannya.Antara latar masyarakat yang terdapat dalam novel 6:20 termasuklah masyarakat yang bertanggungjawab. Contohnya, Haji Syaqif menjalankan tugas sebagai wakil rakyat dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab terhadap amanah yang dipikulnya. Latar masyarakat seterusnya ialah masyarakat yang terpengaruh oleh sesuatu perkara yang datang dari luar. Contohnya, Iskandar, Reny, dan Jerry adalah antara golongan remaja yang mengikuti sate fahaman baharu yang diajarkan dan disampaikan melalui Kelab WX2. Latar masyarakat yang sanggup berkorban turut dipaparkan dalam novel 6:20. Contohnya, Puan Deliah sanggup melakukan pengorbanan yang besar dengan merahsiakan tugasnya yang sebenar sehingga beliau rela suami dan anaknya sendiri menganggapnya seorang pengkhianat negara.Demikianlah latar masyarakat dan contoh yang terdapat dalam novel 6:20.

(ii)    Novel Cempaka PutihSetiap novel akan memaparkan latar masyarakat yang menunjukkan gambaran keadaan masyarakat dalam sesuatu cerita merangkumi bangsa atau etnik, status dan kehidupan sosial, ekonomi, dan sebagainya yang

Page 10: SET 1

bersesuaian dengan watak. Novel Cempaka Putihkarya Rohani Deraman turut mengemukakan beberapa latar masyarakat dalampenulisannya.Antara latar masyarakat yang terdapat dalam Novel Cempaka Putih termasuklah masyarakat orang asli yang bersatu hati. Contohnya, masyarakat orang asli di kampung Kuala Batu bergotong-royong mengadakan kenduri untuk menyambut kedatangan pegawai pertanian, iaitu Encik Hasrul. Latar masyarakat seterusnya ialah masyarakat yang bertanggungjawab. Contohnya, Encik Hasrul sanggup bertukar kerja di sebuah perkampungan orang asli di kawasan pedalaman setelah dinaikkan pangkat kerana menjalankan tanggungjawabnya memajukan masyarakat pedalaman. Latar masyarakat yang percaya kepada dukun turut dipaparkan dalam novel Cempaka Putih. Contohnya, walaupun Satiah menghidap penyakit barah paru-paru, Pak Morit tetap percaya bahawa dukun berupaya mengubati penyakit anaknya itu.

Demikianlah latar masyarakat dan contoh yang terdapat dalam novel Cempaka Putih.

(iii)   Novel Merenang GeloraSetiap novel akan memaparkan latar masyarakat yang menunjukkan gambaran keadaan masyarakat dalam cerita merangkumi bangsa atau etnik, status dan kehidupan sosial, ekonomi, dan sebagainya yang bersesuaian dengan watak. Novel Merenang Gelora karya Ruslan Ngah turut mengemukakan beberapa latar masyarakat dalam penulisannya.Antara latar masyarakat yang terdapat dalam novel Merenang Gelora termasuklah masyarakat yang prihatin terhadap anak. Contohnya, Encik Tan menghantar Meng Kong ke asrama supaya Meng Kong lebih berdisiplin dan mengubah sikap buruknya. Latar masyarakat seterusnya ialah masyarakat yang bijak

Page 11: SET 1

mengurus masa. Contohnya, Badri dan Badrul berada di tempat menunggu bas seawal pukul 6:40 pagi agar tidak ketinggalan bas. Latar masyarakat yang terjebak dalam gejala sosial turut dipaparkan dalam novel Merenang Gelora. Contohnya, Shahrul, Kumar, dan Meng Kong terlibat dalam gejala sosial seperti melepak, menjual telefon bimbit yang dicuri, dan bercampur dengan mat motor.

Demikianlah latar masyarakat dan contoh yang terdapat dalam novel Merenang Gelora.

BAHAGIAN CSoalan 8Amalan kitar semula, iaitu mengubah bahan yang menjadi sisa kepada suatu sumber yang dapat mewujudkan persekitaran yang lebih bersih. Selain itu, amalan kitar semula dapat mengurangkan ancaman slam sekitar seperti pencemaran air bawah tanah dan udara. Dalam jangka panjang, amalan kitar semula dapat menjimatkan kos kerana kita tidak perlu lagi menyelenggarakan tapak pelupusan sampah. Amalan kitar semula membantu kita mengurangkan kuantiti sampah kerana bahan buangan boleh dikitar semula dan diproses menjadi bahan mentah untuk kegunaan pelbagai industri sekali gus menyelamatkan hutan apabila kita tidak perlu menebang pokok untuk menghasilkan kertas.