set 1 sk.docx

15
Arahan Am: Tiap-tiap Soalan diikuti oleh tiga pilihan jawapan A, B, dan C atau empat pilihan jawapan A, B, C, dan D. Antaranya, ada satu jawapan sahaja yang betul. Pilih jawapan itu. Kemudian, tandakan jawapan kamu dengan menghitamkan ruangan pada kertas jawapan. Soalan 1 – 18 Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 1 “Bilakah ____________________ boleh menentang lanun-lanun itu, tuanku?” sembah Laksamana Hang Tuah kepada Sultan Ahmad Syah. A beta B patik C hamba D baginda 2 Adat dan budaya Melayu merupakan peninggalan ________________ kita yang perlu dipelihara sepanjang masa. A nenek moyang B datuk nenek C emak ayah D ibu bapa Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah. Gambar 1 1

Upload: enno-norhayati-ali

Post on 08-Dec-2015

262 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: SET 1 SK.docx

Arahan Am: Tiap-tiap Soalan diikuti oleh tiga pilihan jawapan A, B, dan C atau empat pilihan jawapan A, B, C, dan D. Antaranya, ada satu jawapan sahaja yang betul. Pilih jawapan itu. Kemudian, tandakan jawapan kamu dengan menghitamkan ruangan pada kertas jawapan.

Soalan 1 – 18

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 “Bilakah ____________________ boleh menentang lanun-lanun itu, tuanku?” sembah Laksamana Hang Tuah kepada Sultan Ahmad Syah.

A beta B patik C hamba D baginda

2 Adat dan budaya Melayu merupakan peninggalan ________________ kita yang perlu dipelihara sepanjang masa.

A nenek moyang B datuk nenek C emak ayah D ibu bapa

Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah.

Gambar 1

3 Beberapa ____________ petai sudah digantung oleh Pak Jamal di gerainya.

A keping B papan C ikat D biji

1

Page 2: SET 1 SK.docx

4 Para hadirin terpaku mendengar _____________ biola seniman tua yang cacat itu.

A petikan B tiupan C mainan D gesekan

5 Pengantin perempuan itu duduk ________ sementara menunggu upacara pernikahan dijalankan.

A bersilaB berlunjurC bersandarD bersimpuh

6 Keropok yang dimasukkan ke dalam kuali panas itu akan _______.

A membakarB mengeringC mengelupasD mengembang

7 Belon yang ditiup oleh Fatimah untuk adik kesayangannya telah _________.

A kecutB kedutC kemekD kempis

8 Dinding rumah Mak Timah sudah ________ dimakan anai-anai dan perlu dibaiki segera.

A reputB rapuhC lapukD buruk

9 Ikan-ikan itu ________ di permukaan air apabila Elly ________ makanan ikan ke dalam kolam.

A naik ... membuangkanB datang ... melontarkanC timbul ... mencampakkanD muncul ... membubuhkan

2

Page 3: SET 1 SK.docx

10 Surat ini dikirim ________ kakaknya yang berada di Jepun.

A dariB untukC kepadaD daripada

11. Kebanyakan pemandu teksi telah faham benar akan ____________________ jalan di

bandar itu.

A simpang-siur

B lalu-lalang

C selok-belok

D hiruk-pikuk

12. ___________________ itu telah diberikan penghargaan oleh pihak Persatuan Karyawan Filem.

A PengarahanB MengarahC ArahanD Pengarah

13. Kita mesti sentiasa menghargai jasa seorang wanita yang ____________________ ibu.

A digelarB tergelarC bergelarD menggelar

14. _____________________ Datuk Ammar sebagai Pengarah Urusan tergugat apabila dia didakwa terlibat dalam rasuah.

A BerkedudukanB PendudukanC KedudukanD Mendudukkan

3

Page 4: SET 1 SK.docx

15. Sikap peserta yang mementingkan diri semasa aktiviti perkhemahan itu samalah seperti _______________________.

A kerbau dicucuk hidungB enau dalam belukarC kacang lupakan kulitD gunting makan di hujung

16. Anjing liar itu ____________________ apabila dilontar dengan batu oleh budak-budak nakal.

A berdengkingB berdengusC berderamD berdekut

17. Ibu __________________ sisa-sisa makanan yang terjatuh di bawah meja makan.

A mengutipB menjemputC mengambilD menggenggam

18. Makanan yang terhidang di atas meja itu belum dijamahnya lagi walaupun sedikit.Perkataan seerti bagi dijamahnya ialah

A dimakannyaB diciutnyaC disentuhnyaD dirasanya

19. Buku-buku dan alatan pertukangan kelihatan bersepah di dalam stor.Perkataan berlawan bagi bersepah ialah

A tersusunB tertimbunC terjagaD terurus

4

Page 5: SET 1 SK.docx

Pilih ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberikan.

20. Kakak belajar membuat kek lapis berpandukan buku masakan.

A. Adakah kakak menggunakan buku masakan untuk membuat kek lapis?B. Mengapakah kakak menggunakan buku masakan untuk membuat kek lapis?C. Bagaimanakah kakak belajar membuat kek lapis?D. Di manakah kakak belajar membuat kek lapis?

Soalan 21 Pilih jawapan yang paling sesuai bagi soalan yang diberikan.

21 “Apakah cita-cita awak apabila dewasa nanti?” Tanya Cikgu Aina.

A Saya sedang bercita-cita untuk mengejar impian saya. B Dewasa nanti akan saya mencari kerja sebagai akauntan. C Dewasa nanti, ingin saya berjalan-jalan ke luar negara. D Apabila dewasa nanti, saya ingin menjadi seorang doktor.

Soalan 22 dan soalan 23 Pilih soalan yang paling sesuai bagi jawapan yang diberikan.

22 Pertandingan bahas itu dimenangi oleh Sekolah Kebangsaan Intan.

A Di manakah Sekolah Kebangsan Intan ? B Pasukan manakah yang memenangi pertandingan bahas

itu? C Bilakah pertandingan bahas itu diadakan ? D Mengapakah Sekolah Kebangsaan Intan memenangi

pertandingan bahas itu ?

23 Jalan Kuantan ke Sungai Lembing ditutup kerana diperbaiki akibat tanah runtuh malam semalam.

A Di manakah kejadian tanah runtuh itu berlaku ? B Bilakah jalan Kuantan ke Sungai Lembing ditutup ? C Mengapakah jalan Kuantan ke Sungai Lembing ditutup ? D Apakah yang berlaku di Jalan Kuantan ke Sungai Lembing ?

5

Page 6: SET 1 SK.docx

Soalan 24 dan soalan 25

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

24 I Kakinya patah semasa kemalangan tersebut. II Lori yang terlibat dalam kemalangan itu patah dua. III Pekerja asing itu tidak patah bercakap bahasa Melayu. IV Pak Ali hanya sempat menyebut beberapa patah perkataan

sebelum meninggal dunia.

A I dan II sahaja B II dan III sahaja C III dan IV sahaja D I dan IV sahaja

25 I Bunga ros itu kembung pada waktu pagi. II Nana meniup belon itu sehingga kembung.III Puan Salbiah membeli sekilo ikan kembung di pasar tani. IV Anak bongsu Puan Kamala menangis kerana perutnya

kembung.

A I dan II sahaja B II dan III sahaja C III dan IV sahaja D I dan IV sahaja

Soalan 26 dan soalan 27

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan. 26 Lampu isyarat di depan hospital itu rosak sejak semalam.

A Sejak semalam lampu isyarat itu rosak. B Semalam lampu isyarat rosak di depan hospital itu. C Sejak semalam lampu isyarat di depan hospital itu

rosak. D Rosak sungguh lampu isyarat yang di depan hospital itu.

27 Cikgu Mudim diberi cuti rehat selama dua hari oleh doktor kerana dia demam.

A Doktor bercuti selama dua hari kerana demam. B Doktor memberi cuti dua hari kepada Cikgu Mudim kerana

dia demam. C Doktor Mudim memberi cuti rehat selama dua hari kerana

dia demam. D Doktor memberi cuti rehat selama dua hari kepada Cikgu

Mudim kerana dia demam.

6

Page 7: SET 1 SK.docx

Soalan 28 hingga soalan 30 Pilih ayat-ayat yang betul.

28 I Puan Syarifah adalah bukan isteri Cikgu Azali. II Kereta yang berwarna hitam itu kepunyaan siapa? III Cikgu Haliza menasihatkan kami supaya belajar rajin-rajin. IV Latihan yang diberikan oleh Cikgu Kamil sudah kami siapkan. A I dan II sahaja B II dan III sahaja C III dan IV sahajaD III dan IV sahaja

29 I Semua murid-murid lulus ujian kecuali Lokman. II Kambing Pak Dollah itu mati dilanggar lori. III Tong sampah itu diselongkari kucing pagi tadi. IV Tatkala saya masih muda, saya tinggal di Sarawak.

A I dan II sahaja B II dan III sahaja C III dan IVsahaja D I dan IV sahaja

30 I Kakak kamu jururawat atau doktor? II Mawi menghadiahi isterinya sebentuk cincin berlian. III Adik Suzana rindu dengan ibu dan adiknya di kampung. IV Rasa-rasanya inilah rumah yang kita tumpang tidur semalam.

A I dan II sahaja B II dan III sahaja C III dan IV sahaja D I dan IV sahaja

7

Page 8: SET 1 SK.docx

Soalan 31 hingga 35

Baca petikan dengan teliti, kemudian jawab soalan berikut.

31. Apakah tujuan Rinani menulis surat?

A. Untuk menceritakan pengalaman kemalangan yang dialaminya.

B. Untuk mengingatkan sahabatnya supaya berhati-hati ketika berada di jalan raya.

C. Untuk menceritakan kejadian kemalangan jalan raya yang disaksinya.

D. Untuk menceritakan pengalaman ngerinya berada di jalan raya.

8

15, Jalan 5/9,

Taman Mawar,

16250 Kota Bharu,

Kelantan.

02 Januari 2013.

Menemui sahabatku Suzana yang kini berada di Pulau Pinang semoga sentiasa sihat hendaknya.

Saudari,

Sebenarnya saya ingin menceritakan pengalaman saya tempoh hari kepada saudari. Pada hari Jumaat yang lalu, saya telah melihat suatu kemalangan jalan raya yang sungguh ngeri. Seorang budak sekolah telah dilanggar oleh sebuah bas. Saya tergamam melihat kejadian itu kerana kejadian tersebut berlaku di hadapan mata saya. Budak itu mengalami cedera parah di kepalanya.

Dua hari selepas kejadian itu, saya mendapat tahu bahawa budak itu telah meninggal dunia. Sekarang saya lebih berhati-hati ketika melintas jalan kerana tidak mahu kejadian itu berlaku lagi. Saya berharap agar saudari juga begitu. Berhati-hatilah ketika berada di jalan raya.

Saya rasa setakat ini sahaja buat kali ini. Akhir kata, sampaikan salam mesra daripada saya buat keluarga saudari.

Sekian, terima kasih.

Sahabatmu,

Rinani

Page 9: SET 1 SK.docx

32. Siapakah yang terlibat dalam kemalangan tersebut?

A. Pelajar sekolah dan sebuah bas.

B. Penulis dan seorang pelajar sekolah

C. Seorang pelajar sekolah.

D. Pemandu bas sekolah dan seorang budak.

33. Apakah kesan pengalaman kejadian itu kepada penulis?

A.Penulis mula berwaspada apabila berada di jalan raya.

B. Penulis mula berasa was-was ketika berada di jalan raya.

C. Penulis berasa takut-takut ketika berada di jalan raya.

D. Penulis menasihati kawan-kawannya supaya berhati-hati di jalan raya.

34. Perkataan seerti dengan perkataan ‘tergamam’ ialah….

A. takut

B. terkejut

C. kagum

D. terdiam

35. Pada pendapat anda, bagaimanakah budak itu dilanggar oleh bas?

A. Semasa budak itu turun dari bas.

B. Semasa budak itu berjalan ke perhentian bas.

C. Apabila budak itu melintasi jalan raya dengan tidak berhati-hati

D. Semasa budak itu hendak menaiki bas.

9

Page 10: SET 1 SK.docx

Soalan 36 – 40

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Di belakang rumah nenekku terdapat tiga batang pokok durian. Buahnya kecil tetapi rasa isinya sungguh enak. Pokok durian itu telah puluhan tahun umurnya. Bukan nenekku yang menanamnya tetapi moyangku.

Nenekku tinggal bersama anak perempuannya yang telah pun bersuami. Suaminya bernama Ruslan, tapi aku memanggilnya Pak Cik Lan saja. Pak Cik Lan ada anak yang sebaya denganku. Namanya Kamal. Adik kepada Kamal ialah Adi dan Lia. Kami berkawan baik, ke mana-mana sahaja kami pergi kami tidak pernah berenggang.

Biasanya selepas sekolah, kami akan menghabiskan masa dengan pelbagai kegiatan seperti mandi di sungai, mengail ikan, mencari buah berangan dan sebagainya. Ada kalanya kami melastik sarang tebuan. “Kerja cangkul angin,” kata nenekku.Tapi itulah yang seronoknya. Seronok melihat sarang tebuan terburai dan ribuan tebuan menyerang buah kelapa yang kami pacakkan pada batang kayu di bawah sarangnya. Kami ketawa melihat kebodohan tebuan itu.

Rupa-rupanya tebuan itu tidak sebodoh yang kami sangkakan. Salah seekor daripadanya menyerangku. Aku berlari lintang-pukang dan ketika itu aku berasa kepalaku disengat tebuan. Aku mengaduh kesakitan. Kepalaku bengkak. Malam itu aku demam. Cerita aku disengat tebuan sampai ke telinga nenekku. Nenek sangat marah. Tapi kami tidak pernah serik. Entah berapa banyak tebuan yang kami musnahkan selepas kejadian itu.

Apabila tiba musim durian, ketiga-tiga pokok durian itu berbuah lebat sekali. Kami menunggu buah durian gugur dari atas rumah. Sebaik sahaja bunyi buah durian luruh, kami meluru ke tangga dan berlari ke bawah pokok durian itu. Dalam gelap, kami meraba-raba buah durian yang gugur itu. Pak cikku lagi cekap. Dia terjun melalui lantai bilik tidurnya. Lantai bilik tidurnya dibuat lubang besar dan ditutup dengan rapi. Sebaik sahaja kedengaran bunyi buah durian luruh, dialah yang terlebih dahulu sampai kerana bilik tidurnya dekat dengan pokok durian itu.

Dia tidak meraba-raba seperti kami tapi menyeret kain nipis. Kain nipis itu akan tersangkut pada buah durian. Setelah dipungutnya buah durian itu, dia masuk semula

ke biliknya. Sedang kami masih teraba-raba dalam gelap itu, pak cikku ketawa berdekah-dekah. Tahulah kami apa sebabnya. Kami naik ke rumah dengan perasaan yang hampa. Tapi pak cikku baik orangnya. Dia keluar dari bilik tidurnya lalu menjamu kami dengan buah durian itu.

Kini, ketiga-tiga batang pokok durian itu telah tiada. Pak cikku memperbesar rumahnya. Pokok durian itu telah menjadi mangsanya. Sejak itu kami tidak lagi dapat merasai isi buah durian yang enak itu.

10

Page 11: SET 1 SK.docx

36 Siapakah yang menanam pokok durian itu?

A Nenekku

B Pak Cik Lan

C Ibu dan ayahku

D Ibu bapa nenekku

37 Hubungan “aku” dengan Kamal ialah?

A Adik

B Sepupu

C Bapa saudara

D Anak saudara

38 Bagaimanakah nasib ketiga-tiga pokok durian itu akhirnya?

A Telah mati

B Telah ditebang

C Telah tua benar

D Tidak berbuah lagi

39 Apakah yang menyebabkan pak cikku ketawa berdekah-dekah?

A Kami gagal mencari buah durian

B Pak cikku berjaya mendahului kami

C Kami naik ke rumah dengan kecewa

D Melihat kami masih tercari-cari buah durian

11

Page 12: SET 1 SK.docx

40 Simpulan bahasa cangkul angin dalam petikan ini bermaksud

A kerja yang tidak teliti

B kerja yang tidak berfaedah

C kerja yang mendatangkan kebaikan

D kerja yang dibuat dengan bersungguh-sungguh

12

Page 13: SET 1 SK.docx

SKEMA JAWAPAN

1. B2. A3. B4. D5. D6. D7. A8. A9. C10. C11. C12. D13. C14. C15. B16. A17. A18. A19. A20. C21. D22. B23. C24. B25. C26. C27. D28. C29. D30. C31. C32. A33. A34. B35. C36. D37. B38. B39. D40. B

13

Page 14: SET 1 SK.docx

14