jawapan set 1

23
Soalan 1 a) Lima ciri sistem dalam sistem bumi ialah; Berbentuk, bumi berbentuk sfera yang boleh dilihat melalui beberapa bukti penemuan manusia seperti dengan melihat kaki langit yang melengkung di kawasan tanah tinggi dan gambar yang diambil dari ruang angkasa. Berfungsi, komponen yang ada di dalam sistem bumi mempunyai fungsi tertentu. Misalnya, atmosfera membekalkan udara kepada sistem bumi melalui alam sekitar fizikal atau alam sekitar manusia. Bersempadan, sistem bumi mempunyai sempadan yang jelas dan tetap bagi setiap komponennya.Sempadan bagi hidrologi meliputi semua jisim air yang terdapat di permukaan bumi seperti kolam, tasik, sungai dan laut serta lautan. Berkaitan dan berinteraksi, dalam sistem bumi antara komponen- komponennya sentiasa berinteraksi dan ada kaitan antara satu sama lain. Interaksi dan kaitan ini penting untuk menggekalkan kewujudan sistem bumi itu sendiri. Mampu mencapai keseimbangan, komponen sistem bumi yang mengalami gangguan boleh bertindak dan berubah untuk mencapai keseimbangan yang baru. [ 9 markah] b) Kitar hidrologi amat penting kepada hidupan manusia di bumi. Kitar tersebut membekalkan bekalan air untuk kegunaan domestik, aktiviti pertanian dan aktiviti perindustrian. Bagi memastikan kewujudan kitar hidrologi, interaksi antara komponen sistem bumi harus berlaku secara berterusan. Proses pembentukan kitar hidrologi dapat di permukaan sungai dan lautan. Di sini dapat dilihat interaksi antara komponen hidrologi dengan komponen atmosfera. Permukaan sungai dan lautan akan dipanaskan oleh cahaya matahari untuk membentuk proses sejatan.Apabila sejatan berlaku air akan berubah kepada wap air dan akan menjadi ringan. Wap air akan naik ke atmosfera akibat berbezaan tekanan udara antara permukaan

Upload: nisha-gordillo

Post on 25-Jun-2015

1.404 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Jawapan Set 1

Soalan 1

a) Lima ciri sistem dalam sistem bumi ialah;

Berbentuk, bumi berbentuk sfera yang boleh dilihat melalui beberapa bukti penemuan manusia seperti dengan melihat kaki langit yang melengkung di kawasan tanah tinggi dan gambar yang diambil dari ruang angkasa.Berfungsi, komponen yang ada di dalam sistem bumi mempunyai fungsi tertentu. Misalnya, atmosfera membekalkan udara kepada sistem bumi melalui alam sekitar fizikal atau alam sekitar manusia.Bersempadan, sistem bumi mempunyai sempadan yang jelas dan tetap bagi setiap komponennya.Sempadan bagi hidrologi meliputi semua jisim air yang terdapat di permukaan bumi seperti kolam, tasik, sungai dan laut serta lautan.Berkaitan dan berinteraksi, dalam sistem bumi antara komponen-komponennya sentiasa berinteraksi dan ada kaitan antara satu sama lain. Interaksi dan kaitan ini penting untuk menggekalkan kewujudan sistem bumi itu sendiri.Mampu mencapai keseimbangan, komponen sistem bumi yang mengalami gangguan boleh bertindak dan berubah untuk mencapai keseimbangan yang baru.

[ 9 markah]

b) Kitar hidrologi amat penting kepada hidupan manusia di bumi. Kitar tersebut membekalkan bekalan air untuk kegunaan domestik, aktiviti pertanian dan aktiviti perindustrian. Bagi memastikan kewujudan kitar hidrologi, interaksi antara komponen sistem bumi harus berlaku secara berterusan.

Proses pembentukan kitar hidrologi dapat di permukaan sungai dan lautan. Di sini dapat dilihat interaksi antara komponen hidrologi dengan komponen atmosfera. Permukaan sungai dan lautan akan dipanaskan oleh cahaya matahari untuk membentuk proses sejatan.Apabila sejatan berlaku air akan berubah kepada wap air dan akan menjadi ringan. Wap air akan naik ke atmosfera akibat berbezaan tekanan udara antara permukaan sungai dan lautan ( mengalami tekanan tinggi) dengan ruang atmosfera ( mengalami tekanan rendah).Wap air yang baik itu akan mengalami proses pemeluwapan untuk membentuk awan sebelum menurunkan hujan ke permukaan bumi.

Hujan yang turun daripada ruang atmosfera itu akan jatuh ke permukaan bumi iaitu padakomponen litosfera. Di sini berlaku pula interaksi komponen hidrologi dengan komponen litosfera. Air hujan yang turun itu akan membentuk aliran permukaan yang membentuk sungai dan aliran air bawah tanah bagi meneruskan pembentukan proses kitar hidrologi.

Pembentukan kitar hidrologi juga terbentuk semasa interaksi komponen biosferadengan komponen atmosfera. Tumbuh-tumbuhan melalui ruang stomata daunnya akan mengalami proses sejat peluhan dan mengeluarkan air . Air tersebut akan menjadi wap air dan membantu pembentukan awan di ruang atmosfera yang kemudiannya menurunkan hujan.

Seterusnya kitar hidrologi boleh dilihat semasa interaksi komponen biosfera dengankomponen litosfera. Air hujan yang turun akan lebih mudah masuk ke dalam tanih jika terdapat tumbuhan di permukaan bumi. Air hujan yang turun akan jatuh pada daun

Page 2: Jawapan Set 1

pokok,,ranting, batang pokok dalam bentuk aliran batang dan ke akar pokok terus meresap ke dalam tanah bagi membentuk aliran air bawah tanah.

[ 8 markah]

c) Kepentingan interaksi antara komponen sistem bumi terhadap alam sekitar dapat dilihat dari sudut.kepentingan alam sekitar fizikal dan alam sekitar manusia.

Kepentingan interaksi antara komponen sistem bumi terhadap alam sekitar fizikal ialahboleh membentuk kawasan tadahan air. Hujan yang turun akibat interaksi komponen sistem bumi ini akan meresap dan masuk ke dalam tanah di kawasan tanah tinggi yang dilitupi tumbuhan bagi membentuk kawasan tadahan air yang menjadi punca air bawah tanah dan air sungai bagi di satu-satu kawasan itu.Contoh Banjaran Titiwangsa menjadi kawasan tadahan dan punca air bagi Sungai Perak dan Sungai Pahang.

Kepentingan interaksi antara komponen sistem bumi terhadap alam sekitar fizikal juga boleh dilihat melalui peranan tumbuh-tumbuhan. Tumbuh-tumbuhan boleh menyederhanakan suhu sekitar. Semasa tumbuh-tumbuhan menjalankan proses sejat peluhan kehadiran wap air di ruang atmosfera dapat menyederhana suhu.Wap air akan meningkatkan kelembapan udara dan udara tidak menjadi kering. Jika satu-satu kawasan itu mempunyai tumbuhan yang banyak suhunya lebih rendah berbanding dengan kawasan yang tiada tumbuhan akibat kegiatan penyahhutanan.

Seterusnya kepentingan interaksi antara komponen sistem bumi terhadap alam sekitarmanusia dapat dilihat melalui aktiviti manusia itu sendiri.Aktiviti domestik dapat berlaku dengan baik dan lancar dengan adanya bekalan air hujan yang terhasil daripada intaraksi tersebut, Antara aktiviti domestic itu ialah memasak, membasuh dan sebagai air minuman.Keadaan ini memberikeselesaan dan kesejahteraan kepada hidup manusia bagi meneruskan kelansungan hidup mereka di bumi.

Aktiviti perindustrian juga menjelaskan lagi kepentingan interaksi antara sistem bumi terhadap alam sekitar manusia.Aktiviti perindustrian ini menggunakan sumber air sebagai bahan mentah dan bahan membantu melancarkan proses penghasilan barangan kilang.Sumber air yang wujud daripada interaksi komponen system bumi iaitu komponen hidrologi dan komponen atmosfera menjadi bahan mentah bagi kilang membuat minuman bergas dan air mineral. Di samping itu, sumber air dijadikan bahan untuk menyejukkan mesin dan jentera kilang bagi melancarkan lagi operasi aktiviti perindustrian dan dapat menghasilkan produktiviti yang banyak dan berkualiti. Contoh kilang papan dan kilang sabun.

Kesimpulannya, kepentingan interaksi antara komponen sistem bumi terhadap alam sekitar sama ada fizikal atau manusia amat penting.Kepentingannya dapat dikaitkan dengan peranannya menjaga kualiti alam sekitar fizikal dengan cara menwujudkan kawasan tadahan dan menyederhanakan suhu. Secara tak langsung apabila kualiti alam sekitar fizikal dijaga dengan baik, alam sekitar manusia juga merasai kesejahteraan dan kebaikannya. Manusia dapat menjalankan pelbagai aktiviti seperti domestik, perindustria,pelancongan dan pertanian untuk kesejahteraan dan keseimbangan hidup di kawasan tempat tinggal mereka.

[ 8 markah]

Page 3: Jawapan Set 1

Soalan 2

a) Maksud gunung lipat ialah satu sistem gunung yang terbentuk melalui proses himpitan atau mampatan daripada dalam kerak bumi yang ditimbulkan oleh arus perolakan yang berada di dalam lapisan mantel bumi yang cair dan panas. Arus perolakan ini sangat kuat dan mampu mengerakkan kerak bumi yang nipis dengan kuat sehingga berubah bentuk daripada rata ke pelbagai bentuk yang mempunyai ketinggian yang berbeza. Gunung lipat ada dua jenis iaitu lipat muda dan lipat tua yang terbentuk berjuta-jutan tahun dahulu.

[ 5 markah]

b) Ciri-ciri gunung lipat tua dan gunung lipat muda dapat dilihat pada jadual dibawah:

Ciri-ciri Gunung Lipat Gunung Lipat Muda Gunung Lipat Tua

a) Umur yang berbeza. Terbentuk kira-kira 35 juta tahun dahulu.

Terbentuk 250 juta tahun dahulu.

b) Ketinggian yang berbeza Ketinggian melebihi 4000 meter dari aras laut.Contoh Banjaran Apls-Himalaya yang terdapat kemuncak tertinggi di dunia iaitu Gunung Everest ( 8 488 meter)

Ketinggian kurang daripada 4000 meter dari aras laut. Contoh Banjaran Titiwangsa di Semenanjung Malaysia dengan kemuncaknya yang tertinggi iaitu Gunung Korbu ( 2 183 meter)

c) Kestabilan yang berbeza Gunung lipat muda merupakan kawasan gunung berapi yang aktif dan seringkali berlaku letusan gunung barapi dan gempa bumi

Gunung lipat tua merupakan kawasan yang stabil, jarang berlaku gempa bumi kerana ketiadaan gunung berapi yang boleh mendatangkan letusan gunung berapi.

d) Kadar hakisan yang berbeza

kurang mengalami proses hakisan.

telah direndahkan oleh proses hakisan, terutama hakisan sungai yang melaluinya.

e) Lokasi yang berbeza Terdapat di kawasan Lingkaran Api Pasifik dan di kawasan gunung berapi yang aktif.

Terdapat di kawasan luar lingkaran Api Pasifik yang bebas dari letusan gunung berapi/

[ 10 markah ]

Page 4: Jawapan Set 1

c) Gunung lipat mempunyai kepentingan terhadap aktiviti manusia. Di antaranya aktiviti pelancongan, pembalakan, menjana kuasa elektrik hidro, dan penanaman sayuran dan buah-buahan hawa sederhana dan Penyelidikan dan Pembangunan ( R&D).

Aktiviti pelancongan yang dimaksudkan ialah eko pelancongan di kawasan tanahtinggiyang mempunyai pandangan yang menghijau dan suhunya yang nyaman.Di kawasan ini menjadi daya tarikan kepada para pengunjung yang terdiri daripada pelancong dalan dan luar negara. Selain daripada keindahan dan suhunya yang nyaman kemudahan asas seperti tempat menginap dan bersiar yang banyak dan menarik menggalakkan para pelancong. Contoh Tanah Tinggi Cameron yang terletak di Banjaran Titiwangsa amat sesuai untuk detinasi kunjungan para pelancong.

Pembalakan merupakan salah satu kegiatan ekonomi di Malaysia yang menghasilkan kayu keras yang berkualiti. Kawasan pembalakan di Malaysia terdapat di kaki Banjaran Titiwangsa, kaya dengan Hutan Hujan Tropika yang mengeluarkan pokok cengal, meranti dan seraya serta jelutung.Kayu-kayu balak ini digunakan untuk membuat papan lapis, kayu gergaji dan perabut.Kawasan kaki banjaran di bawah ketinggian kurang daripada 1200 meter merupakan lokasi kawasan Hutan Hujan Tropika yang kaya dengan hasil hutan yang berharga kepada menusia. Kebanyakkan kawasan gunung lipat merupakan punca kepada sungai yang mengalir deras di cerun-cerun kawasan tersebut. Aliran air yang deras ini menyebabkan kawasan tersebut amat sesuai untuk dijadikan tapak penjanaan elektik hidro. Contoh Empangan Temenggor dan Cenderoh. Empangan ini membekalkan kuasa elektrik kepada penduduk di kawasan sekitarnya dikendalikan oleh Tengan Nasional Berhad. Bukan itu sahaja empangan ini membekalkan bekalan air kepada penduduk untuk kegunaan domestik.

Sayur-sayuran dan buah-buahan sederhana juga boleh ditanam di kawasan gunung lipat ini disebabkan kawasan ini memiliki hawa yang sejuk iaitu 18° C. Suhu yang sedemikian menggalakkan pertumbuhan tanaman tersebut. Di antara termasuklah kubis, epal, strawberry, bunga ros dan orkid. Contoh kawasan yang mengeluarkan tanaman jenis ini ialah Tanah tinggi Cameron dan Tanah Tinggi Kundasang. Aktiviti penyelidikan dan pembangunan boleh dijalankan dikawasan gunung lipat yang dilitupi hutan hujan tropika yang kaya dengan pelbagai flora dan fauna. Di hutan ini para penyelidik boleh mengkaji flora dan fauna untuk tujuan penjagaan alam semula jadi atau kepentingannya kepada manusia. Dengan cara ini, hutan dapat dipelihara atau dipulihara untuk kegunaan akan datang dan bagi meneruskan kelangsungan hidup manusia itu sendiri. Kesimpulannya, kewujudan bentuk muka bumi gunung lipat kepada manusia meliputi semua bidang aktiviti yang berkaitan dengan pembangunan ekonomi sesuatu kawasan itu.Di kawasan ini manusia boleh menjalankan kegiatan pertanian, pelancongan dan penyelidikan yang berkaitan dengan kaitan manusia dengan alam sekitarnya.

[10 markah]

Page 5: Jawapan Set 1

Soalan 3A.

i. Tombolo ialah merupakan jaluran pasir yang menghubungkan pulau dengan kawasan daratan, hanya dapat dilihat ketika air laut surut dan di tenggelami air laut ketika air pasang.Merupakan bentuk muka bumi pinggir laut yang dibentuk oleh proses pemendapan ombak, dan juga kita kenali sebagai salah satu jenis beting pasir.

[ 5 markah ]

ii. Kepentingan bentuk muka bumi pemendapan pinggir laut kepada aktiviti manusia ialah :

Bentuk muka bumi pemendapan pinggir laut termasuk pantai, tombolo, lagun dan anak tanjung. Ke semua bentuk muka bumi tersebut mempunyai kepentingan kepada aktiviti manusia seperti pelancongan, ternakan ikan dalam sangkar, perlombongan pasir , menjemur hasil laut dan perniagaan hasil kraf tangan.

Pinggir laut merupakan detinasi pelancongan yang amat menarik bagi pelancongan yang mementingkan alam semula jadi. Ini ditambahkan lagi dengan kewujudan bentuk muka bumi yang unik dan menarik di kawasan tersebut.Pantai yang berpasir dan lagun yang memiliki air yang jernih dapat menarik kedatangan pelancong ke tempat tersebut. Misalnya, pantai Batu Hitam di Kuantan Pahang.

Bagi memajukan industri perikanan, terutama untuk meningkatkan pendapatan golongan nelayan ternakan ikan dalam sangkar dijalankan di kawasan pinggir pantai. Kawasan lagun amat sesuai dijadikan kawasan ternakan ikan dan hidupan laut yang lain. Ini disebabkan kawasan tersebut bebas daripada tindakan ombak yang boleh membinasakan lokasi ternakan ikan.

Kawasan pantai yang kaya dengan pasir menjadi lokasi perlombongan pasir. Kegiatan perlombongan pasir begitu penting untuk kemajuan dan kepesatan pembangunan sesuatu kawasan. Pasir merupakan salah satu komposisi dalam membuat konkrit bagi bahan binaan bangunan.Oleh itu, dengan adanya pasir dilombong akan mendatangkan pulangan yang lumayan kepada industri perlombongan dan pembinaan di Malaysia.

Laut dan lautan kaya dengan hasil ikan dan hidupan yang lain. Ikan yang ditangkap oleh kaum nelayan boleh dijadikan ikan masin. Untuk menjadikan ikan masin memerlukan proses penjemuran cahaya matahari. Pantai yang mempunyai pasir yang luas dan rata amat sesuai dijadikan kawasan menjemur ikan masin. Aktiviti perniagaan dapat dijalankan di pantai yang menjadi tumpuan pelancong untuk memberi kemudahan kepada pengunjung. Di kawasan pantai didirikan gerai-gerai untuk menjual hasil-hasil kraf tangan tempatan untuk dijual dan diperkenalkan kepada pengunjung yang datang melancong ke kawasan pantai tersebut. Kesimpulannya, bentuk muka bumi pinggir pantai boleh dijadikan kawasan kunjungan penduduk berdasarkan aktiviti yang terdapat di kawasan tersebut.Aktiviti tersebut boleh mendatangkan faedah dan manafaat kepada penduduk atas sebab kepentingannya terhadap pendapatan penduduk dan member peluang pekerjaan kepada penduduk.

[ 10 markah]

Page 6: Jawapan Set 1

iii. Punca berlakunya kemusnahan pinggir laut ialah pembuangan sampah, tumpahan minyak, penebangan hutan paya bakau, perlombongan pasir dan pembinaan bangunan di kawasan tersebut.

Kedatangan pelancong di kawasan pinggir pantai menyebabkan berlaku percemaran kepada alam sekitar kawasan tersebut.Tidak semua pelancong ini faham atau mahu menjaga alam sekitar dengan baik. Ada di antara atau kebanyakkan pelancong suka membuang sampah merata-rata dan mengakibatkan berlaku kemusnahan kepada pinggir pantai iaitu kemusnahan dari segi keindahannya kepada kawasan yang kotor dan kadang-kadang berbau busuk sehingga mengganggu keselesaan pelancong yang datang.

Kejadian tumpahan minyak juga boleh mendatangkan kemusnahan kepada keindahan kawasan pinggir laut. Minyak yang tumpah akibat pelanggaran kapal atau kebocoran tangki minyak di kapal boleh memenuhi kawasan pinggir pantai terutama pantai yang berpasir. Kejadian ini menyebabkan bukan sahaja mengurangkan kedatangan pelancong tetapi memusnahkan ekosistem pinggir pantai ini.

Penebangan hutan paya bakau menyebabkan pinggir pantai terdedah kepada hakisan ombak. Lama - kelamaan pinggir pantai akan musnah dan rosak. Akhirnya, kawasan pinggir pantai akan mengalami masalah hakisan yang serius dan kurang dikunjungi oleh pengunjung, Kawasan tersebut akan menjadi pantai yang terbiar dan tidak mempunyai daya tarikan.

Kepesatan pembangunan menyebabkan pasir di kawasan pantai di lombong dengan banyaknya. Ini boleh memusnahkan keindahan keutuhan pantai tersebut yang sebelumnya sangat indah dan menjadi daya tarikan kepada sesiapa sahaja yang mengunjunginya. Malangnya, perlombongan pasir mengiatkan lagi kejadian hakisan pinggir pantai dan terus memusnahkan kawasan tersebut.

Pembinaan bangunan di pinggir pantai boleh memusnahkan pinggir pantai. Pembinaan cerucuk dan tiang bangunan boleh menambahkan kadar hakisan dan memusnahkan pinggir pantai. Tambahan pula, pembinaan bangunan mengakibatkan banyak pokok terpaksa ditebang dan dijadikan tapak pembinaan hotel dan landskap yang baru.

Kesimpulannya, kemusnahan pinggir pantai disebabkan oleh tindakan manusia. Manusia memusnah pinggir laut untuk tujuan kepentingan ekonomi dan keuntungan semata-mata tanpa melihat kepada kesannya terhadap alam sekitar .

[ 10 markah]

Soalan 3B

i. Saya telah menjalankan kajian luar di Sungai Batang Padang, Tapah, Perak.

Di sepanjang saya menjalankan kajian luar ini saya telah menggunakan tiga kaedah bagi mendapatkan satu kajian luar yang lebih baik dan berkesan , Saya menggunakan kaedah penyelidikan, kaedah rujukan dan kaedah temu bual.

[ 3 markah]

ii. Hakisan bermaksud proses penghaus atau pengggondolan permukaan bumi oleh agen yang bergerak seperti air mengalir, ombak dan angin serta glasier. Proses ini melibatkan perubahan kepada bentuk muka bumi dan boleh membentuk muka bumi yang baru yang

Page 7: Jawapan Set 1

dinamakan bentuk muka bumi hakisan . Contoh bentuk muka bumi hakisan sungai seperti air terjun dan jeram.

[ 4 markah]iii. Tiga bentuk muka bumi hakisan di kawasan kajian ialah air terjun, jeram dan susuh bukit berpanca.

Air terjun merupakan bentuk muka bumi yang merupai kawasan berlaku kejadian air mengalir dari kawasan tinggi ke kawasan rendah. Dalam keadaan ini pembentukannya dibantu dengan kedudukan lapisan batuan di dasar sungai yang mendatar antara batuan keras dan batuan lembut.Batu keras yang sukar di hakisan akan berupaya membenarkan aliran air yang melaluinya akan menyebabkan air sungai mengalir deras dan terbentuk air terjun.Manakala batuan lembut mudah terhakisan dan membenarkan berlakunya hakisan menyebabkan batuan tersebut terhakis dan membentuk satu dasar sungai yang tegak untuk mengwujudkan aliran air deras melaluinya bagi membentuk air terjun.

Jeram satu bentuk muka bumi yang dibentuk oleh dasar sungai yang mempunyai kedudukan batuan keras yang bersusun secara tegak dan berselang seli dengan batuan lembut.. Batu lembut akan mudah terhakis. Sebaliknya batu keras akan lambat dihakis dan membentuk satu tonjolan di atas permukaan sungai dan menyebabakan aliran air terhalang dan berlompat-lompat dengan derasnya untuk membentuk jeram.

Susuh bukit berpanca terbentuk daripada susuh bukit yang mengajur ke lurah sungai dikiri kanan tebing sungai. Hakisan air sungai akan berlaku secara berterusan dan menghakis susuh bukit tersebut sehingga membentuk satu aliran air deras yang mengalir meneruni susuh bukit.

[ 10 markah]iv. Langkah-langkah untuk mengurangkan kadar hakisan tebing sungai ialah menanam pokok paya bakau, kuat- kuasa undang-undang, pendidikan dan kempen.

Tebing sungai akan mudah runtuh jika tidak ada pokok sebagai penghalangnya. Oleh itu, penanaman pokok bakau amat sesuai untuk mengurangkan kadar hakisan tebing sungai. akar pokok bakau tersebut akan memegang tanih di tebing sungai dan menghalang air sunyai dari menghakis tebing sungai tersebut.

Satu lagi langkah yang boleh diambil ialah dengan mengambil tindakan kuat-kuasa undang-undang kepada pesalah yang menjalankan kegiatan penebangan hutan di sekitar tebing sungai yang boleh meningkatkan lagi kadar hakisan di kawasan tersebut.Seharusnya terdapat larangan menjalankan sebarang kegiatan yang boleh merosakan ekosistem hutan di sekitar tebing sungai dan pesalah yang masih berdegil dikenakan denda dan di penjara di atas kesalahnya.

Mencintai alam sekitar adalah satu amalan yang baik dan harus dijadikan satu budaya kepada masyarakat kita terutama golongan muda. Oleh itu, jalan yang paling baik ialah melalui pendidikan. Golongan muda semestinya didedah kepentingan memelihara hutan di sekitar tebing sungai supaya tidak dimusnahkan oleh tangan-tangan yang tidak bertanggung jawap. Pendedahan ini dijelaskan dalan mata pelajaran yang di ajar di sekolah seperti kajian Tempatan, Geografi dan Sains.

Page 8: Jawapan Set 1

Kempen adalah salah satu usaha yang telah diambil untuk menjaga alam sekitar di kawasan tebing sungai terus terpelihara dengan baik. Antaranya, kempen menanam semula hutan paya bakau di sekitar tebing sungai. Kempen ini dijalankan oleh individu perseorangan dan badan-badan Ngo dalam bentuk gotong royong.

Kesimpulannya, untuk menggekal alam sekitar terus terpelihara kerjasama antara semua orang amat diperlukan. Semua golongan harus sedar dan berusaha untuk menerapkan budaya mencintai alam sekitar ke dalam masyarakat kita.

[ 8 markah]Soalan 4.

a) Hujan asid bermaksud air hujan yang turun di sesuatu kawasan mengandungi kandungan asid yang tinggi atau ph kurang daripada 5. Kejadiannya dikaitkan dengan wap air yang telah tercemar oleh asid dan terpeluhwap serta menurunkan hujan yang mengandungi asid. Boleh juga terbentuk apabila air hujan yang turun bercantum dengan bahan tercemar yang terampai di udara lalu membentuk hujan asid.

[ 5 markah] b) Lima kesan kejadian hujan asid terhadap alam sekitar ialah memusnahkan hutan, memusnahkan hidupan akuatik, melunturkan cat bangunan, memusnahkan kawasan pertanian dan mendatangkan masalah kesihatan.

Kejadian hujan asid boleh memusnahkan kawasan hutan semula jadi sehingga menghapuskan peranannya sebagai kawasan yang melindungi bumi dari ancaman kepanasan yang ketara oleh matahari. Hujan asid boleh menyebabkan berlakunya masalah keguguran daun pokok yang luar biasa.Kejadian ini menyebabkan pokok kehilangan daun yang teruk dan boleh menjejaskan proses sejat perpeluhan.

Nilai pH yang kurang daripada 5 akan memusnahkan rantaian makanan dalam ekosistem akuatik iaitu zooplankton dan plankton yang menjadi sumber makanan utama. Kekurangan sumber makanan akan menjejaskan hidupan akuatik dan banyak yang mati seperti ikan, udang dan ketam.

Kehadiran hujan asid juga turut memusnah atau melunturkan cat bangunan . Keadaan ini menjejaskan beberapa buah bangunan yang bersejarah di dunia ini seperti bangunan Taj Mahal yang amat berharga kepada pencinta sejarah dunia.

Seterusnya hujan asid juga boleh menyebabkan kandungan asid dalam tanih menjadi tinggi dan kurang subur untuk pertanian. Malah memerlukan ribuan ringgit untuk memulihkannya. Tanih yang tinggi dengan kandungan asid tidak boleh dijadikan kawasan pertanian dan akan menyebabkan hasil pertanian menjadi kurang.

Air hujan yang mengandungi asid boleh menjejaskan kesihatan manusia.Kandungan asidnya yang tinggi boleh menyebabkan sakit kepala dan berkudis jika tidak dilindungi dengan betul. Oleh itu manusia terpaksa menanggung resiko yang tinggi dengan kejadian hujan asid yang berpunca daripada aktiviti pembakaran bahan api fosil oleh manusia sendiri.

[ 10 markah]

Page 9: Jawapan Set 1

c) Lima langkah mengurangkan kesan kejadian hujan asid ialah kuat kuasa undang-undang, kempen, pendidikan , memasang penapis asap di cerubung asap kilang dan menggunakan sumber bahan api mesra alam.

Masalah kejadian hujan asid dapat dikurangkan dengan kuat kuasa undang-undang. Akta Alam Sekeliling 1974, peruntukan-seksyen 20 berkaitan masalah pencemaran udara dan peruntukan- seksyen 24 berkaitan masalah pencemaran tanih boleh digunapakai untuk menguat kuasakan undang-undang yang sedia ada bagi mengatasi masalah kejadian hujan asid yang semakin bertambah dan menjejaskan alam sekitar.

Kempen juga boleh memainkan peranannya untuk mengurangkan kesan kejadian hujan asid. Kempen berkongsi kenderaan boleh mengurangkan kesan pencemaran yang berpunca daripada asap kenderaan.Begitu juga menggalakan penggunaan LRT bukan sahaja dapat mengurangkan masalah kesesakan tetapi menggurangkan pencemaran yang dikeluarkan oleh asap kenderaan.

Sejak dari tadika lagi seharusnya kanak-kanak didedah dan diajar tentang pentingnya menjaga alam sekitar daripada dimusnahkan oleh kejadian hujan asid. Mereka diberitahu punca berlakunya hujan asid dan kesan-kesannya akan berlaku jika tidak diatasi dengan bijak. Di sekolah dan pusat pngajian tinggi juga pelajar di ajar tentang kepentingan menjaga alam sekitar dari tercemar dalam mata pelajaran Sivik, Geografi dan Sains.

Pengusaha kilang juga diwajibkan memasang alat penapis asap di cerubung asap kilang mereka untuk mengelakkan asap yang mengandungi gas-gas tercemar seperti sulfur dioksida, karbon dioksida dan natrium dioksida mencemar air hujan dan membentuk hujan asid.

Bahan api fosil yang dibakar banyak mengeluarkan gas tercemar yang boleh mencemari air hujan dan membentuk hujan asid. Oleh itu, perlu diusahakan untuk mencari bahan api lain yang lebih mesra alam untuk mengurangkan resiko kemusnahan akibat hujan asid.Contohnya penggunaan tenaga solar dan tenaga elektrik hidro yang tidak mencemari alam sekitar dan bersih digunakan untuk sebarang aktiviti yang melibatkan penggunaaan tenaga tersebut.

[ 10 markah]

Soalan 5.

i. Pengiraan julat suhu tahunan.

Formula : Julat Suhu = suhu maksimum – suhu minimum. = 31°C - 26°C.

= 5° C.ii. Pengiraan min suhu bulanan

Formula Min Suhu Bulanan = Jumlah Min suhu Bulanan. 12

Page 10: Jawapan Set 1

= 341 ° C 12

= 28.41°C.[5 markah]

b) Sila lihat graf. ( Graf akan diposkan)

c) Suhu dan hujan kawasan tersebut amat mempengaruhi kegiatan ekonomi kawasan tersebut. Di antara kegiatan ekomoni yang boleh dipengaruhi ialah pertanian, pambalakan, pelancongan, industri dan ternakan .

Kawasan ini menerima hujan sepanjang tahun dan jumlah min suhu yang agak tinggi iaitu 28.41°C. Keadaan ini menggalakan kegiatan pertanian dijalankan dengan giat sekali. Penanaman padi dapat dijalankan secara giat dimana cahaya matahari penting untuk pertumbuhan padi dan semasa menuai padi. Jumlah hujan yang banyak boleh mengairi kawasan pagi sehingga membolehkan kegiatan penananam dijalankan dua kali setahun atau lima kali dalam masa dua tahun.

Pertumbuhan hutan , terutamanya kayu balak boleh berlaku dengan baik dan pesat kerana adanya cahaya yang banyak untuk membolehkan proses fotosintisis berlaku dengan baik. Ini boleh meningkatkan pengeluaran kayu balak di kawasan ini. Namun demikian, kegiatan pembalakan hujan terpaksa dihentikan apabila hujan terlalu lebat kerana jalan untuk ke kawasan balak itu sukar untuk dimasuki oleh lori-lori pembalak.Dan, kegiatan pembalakan tidak dapat dijalankan sepanjang tahun.

Kegaitan pelancongan di kawasan ini dapat dimajukan dengan adanya suhu yang tinggi dan cahaya matahari diterima sepanjang tahun. Pelancong dari luar negara begitu teruji untuk ke kawasan ini semata-mata dengan adanya cahaya matahari ini.Peloncong daripada luar negara ini terutamanya dari negara sejuk dan sejuk sederhana amat suka berjemur di pantai untuk mendapatkan cahaya matahari.

Kegiatan industri juga dipengaruhi oleh suhu dan hujan kawasan ini. Dengan adanya suhu yang tinggi kegiatan menjemur hasil perikanan dapat dijalankan dengan baik untuk menghasilkan ikan kering dan keropok. Manakala, hujan yang lebat dapat membekalkan air untuk kegunaan menyejukkan jentera kilang bagi melancarkan operasi kilang dan menghasilkan pengeluaran yang banyak dan berkualiti.

Ternakan terutama ternakan haiwan seperti lembu dan kambing amat memerlukan kehadiran matahari untuk membolehkan rumput menjalankan proses fotosintesis dan dapat hidup dengan subur.Rumput akan dijadikan makanan kepada haiwan ternakan untuk menjamin kualiti dan kuanliti jumlah ternakan yang dihasilkan.

Kesimpulannya, suhu dan hujan yang merupakan dua unsur cuaca dan iklim amat penting dalam memajukan kegiatan ekomoni kawasan ini. Kegiatan ekonomi yang maju boleh meningkatkan daya pengeluaran kawasan tersebut.

[ 8 markah]

Page 11: Jawapan Set 1

Soalan 6.

a) Kerpasan ialah proses jatuhan titisan air daripada ruang atmosfera ke permukaan bumi. Pembentukannya berkait rapat dengan wap air yang telah mengalami pemeluwapan di ruangan atmosfera untuk membentuk awan dan turun ke permukaan bumi dalam bentuk hujan, salji, hujan batu dan hujan beku pada suatu masa tertentu.

[ 5 markah]

b) Hujan di kawasan tropika lembab contohnya, Malaysia ada dua jenis. Jenis yang pertama ialah hujan bukit dan kedua hujan perolakan.

Hujan bukit terbentuk apabila udara yang kaya dengan wap air di permukaan berair terutama laut dipaksa naik ke kawasan tanah tinggi. Udara itu alan mangalami kadar pertukaran adiabatik lembab dan berlaku proses pemeluwapan serta membentuk awan di kawasan menghadap angin. Awan yang dibentuk, terutama awan komulus nimbus akan menurunkan hujan dalam bentuk hujan bukit di kawasan menghadap angin di lereng bukit. Hujan ini turun dengan lebatnya pada waktu pagi.

Kehadiran cahaya matahari yang banyak boleh meningkatkan jumlah wap air di udara.Wap air yang banyak akan mengalami proses pertukaran adibatik lembab apabila sampai ke suatu tahap dan suhu wap air menjadi lebih sejuk daripada kawasan sekitarnya. Akibatnya wap air akan mengalami proses pemeluwapan dan membentukkan awan. Awan yang dibentuk lama-kelamaan menghasilkan air hujan.Hujan ini akan turun pada petang dan awal malam disertai dengan rebut dan petir yang kuat.

[ 8 markah]

c) Kesan lebihan air iaitu terhadap alam sekitar dapat kita lihat pada dua sudut. Sudut yang pertama ialah sudut fizikal dan yang kedua sudut manusia.

Dari sudut fizikal kesan yang dapat dilihat ialah berlakunya kejadian banjir. Banjir akan berlaku jika jumlah kerpasan melebihi jumlah sejatan. Ketika ini kehadiran matahari amat kurang untuk membentuk proses sejatan walaupun jumlah air banyak untuk membantu pembentukan wap air tersebut. Oleh itu lebihan air akan membentuk banjir apabila sungai tidak lagi dapat menampung jumlah air yang terlalu banyak lalu melimpah ke tebing sungai dan banjir berlaku.

Kesan lebihan air juga boleh menyebabkan berlakunya tanah runtuh. Tanah runtuhakan berlaku jika air hujan yang terlalu banyak di lapisan tanah dan tanah tepu dengan air. Akhirnya tanah yang tepu dengan air itu akan runtuh kerana tiada halangan yang menghalangnya untuk runtuh seperti litupan tumbuhan di permukaan bumi.

Namun begitu, dari sudut fizikal kejadian lebihan air boleh menghasikkan bentuk muka bumi yang baru. Bentuk muka bumi tersebut ialah tetambak dan dataran banjir. Kedua-dua bentuk muka bumi ini terhasil daripada air sungai yang melimpah ke tebing sungai. Kejadian banjir yang berulang-ulang menyebabkan air melimpah ke tebing sungai dan meninggalkan mendapan yang di bawanya. Lama ke lamaan tetambak dan dataran banjir akan semakin jelas dan luas pembentukannya.

Page 12: Jawapan Set 1

Dari sudut manusia pula, kejadian lebihan air ini boleh membantu kegiatan pertanian, terutama penanaman padi sawah. Penanaman padi sawah dijalankan di kawasan dataran bajir yang terbentuk akibat berlakunya kejadian banjir yang berulang-ulang. Padi sawah yang ditanam memerlukan air, dengan adanya lebihan air ini membolehkan air yang banyak itu disimpan dalam empangan dan tali air dan akan digunakan apabila musim penanaman bermula.

Kejadian lebihan air boleh mendatangkan kesan negatif kepada manusia. Lebihan air yang menyebabkan kejadian banjir. Banjir yang berlaku boleh mengorbankan nyawa manusia. Kanak-kanak yang suka bermain di kawasan tali air, longkang dan sungai akan menjadi jadi mangsa banjir dan terkorban nyawanya apabila terjatuh ke dalam air sungai yang dalam dan deras.

Kejadian lebihan air juga boleh menyebabkan kehilangan harta benda yang banyak. Banyak kawasan pertanian dan perumahan yang ditenggelami air. Kawasan pertanian yang ditenggelami air akan memusnahkan hasil-hasil pertanian dan petani akan mengalami kerugian yang banyak. Harta benda yang terdapat di dalam rumah seperti perabut dan alat-alat elektrik akan ditenggelami dan dihanyutkan oleh air.

[ 12 markah]

Soalan 7

a) Interaksi antara sistem bermaksud tindakbalas dan hubungan kait antara dua atau lebih sistem bagi menghasilkan kebaikan kepada sesuatu sistem itu bagi meneruskan kelangsungan sesuatu sistem itu atau boleh mengubah atau menganggu sistem tersebut. Sistem yang diganggu boleh menyebabkan sistem tersebut tercemar atau musnah.

[ 5 markah]

b) Gangguan sesuatu sistem terhadap sistem yang lain boleh menyebabkan berapa kejadian berlaku pada sistem tersebut dan turut menjejaskan system yang lain. Gangguan yang dialami oleh sistem ekologi menyebabkan kejadian kebakaran hutan berlaku dan menjejaskan sistem yang lain. Contohnya, sistem atmosfera akan mengalami perubahan dan terjejas kesan daripada gangguan sistem ekologi. Pencemaran dan gangguan atmosfera akan berlaku dengan banyaknya akibat kebakaran hutan. Akibatnya berlaku kejadian jerebu, pertambahan karban dioksida di atmosfera dan kejadian hujan asid yang meningkatkan kadar pencemaran udara di dalam sistem atmosfera. Di samping itu berlaku juga kejadian peingkatan suhu secara global dan kejadian ribut taufan yang menggangu system atmosfera.

Kejadian kebakaran hutan juga boleh menganggu sistem hidrologi. Kebakaran hutan menyebabkan air hujan yang turun tidak dapat masuk ke dalam tanah dan berlaku aliran permukaan yang membawa air hujan ke sungai. Aliran permukaan ini membawa bersamanya tanih dan dimendapkan di dalam alur sungai dan sungai menjadi cetek. Akhirnya kejadian banjir berlaku.

Gangguan yang dialami oleh sistem hidrologi boleh menyebabkan banjir berlaku dan menjejas sistem lain. Contohnya kepada sistem geomorfologi akan mengalami perubahan dan terjejas kesan daripada gangguan sistem hidrologi. Sistem geomorfologi menyebabkan peningkatan kadar hakisan tanah dan tanah akan kehilangan kesuburannya. Di samping itu

Page 13: Jawapan Set 1

berlaku peingkatan aras laut dan menenggelamkan kawasan permukaan bumi dan peinggir laut.

Kesimpulanya gangguan sesuatu sistem akan mengubah sistem yang lain. Keseimbangan antara sistem penting untuk mengekalkan sistem tersebut supaya terus wujud dan kekal.

[ 10 markah]

c) Langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan gangguan sesuatu sistem terhadap sistem yang lain seperti kebakaran hutan ialah kuat-kuasa undang-undang, kempen , pendidikan, pemantauan menggunakan satelit dan pembinaan tali air.

Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang dipinda pada 1 Julai 1998 ekoran daripada masalah jerebu yang serius dan berpunca daripada kebakaran hutan. Dengan melaksanakan kuat kuasa undang-undang ini sesiapa yang melakukan pembakaran terbuka boleh dikenakan denda tidak melebihi RM 10 000 dan di penjara selama dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Kempen juga boleh dilaksanakan untuk mengurangkan masalah kebakaran hutan. Kempen menanam semula pokok yang musnah akibat kebakaran boleh menyedarkan manusia bertapa pentingnya menjaga hutan untuk mengekalkan kepentingan hutan bagi keseimbangan ekosistem hutan.

Pendidikan yang diberi kepada kanak-kanak dan remaja di sekolah akan membantu mengurangkan masalah kebakaran hutan yang berleluasa akibat kelalaian manusia tentang penjagaaan hutan. Kanak-kanak dan remaja telah didedahkan punca kebakaran hutan dalam mata pelajara Kajian Tempatan , Geografi dan Sains.Dengan ini dapat menanam kesedaran pada mereka sejak diperingkat awal dan akan menjadi satu budaya yang menjadi amalan dam masyarakat.

Kecanggihan sistem teknologi perhubungan akan memudahkan bantuan kecemasan dihantar dengan cepat ke kawasan kebakaran hutan . Dengan adanya pemantauan melalui satelit segala maklumat berkaitan dengan kebakaran boleh diketahui denga cepat. Oleh itu, pihak yang berwajib boleh menghantar bantuan untuk memadam kebakaran itu dengan pantas.

Kebakaran hutan paya bakau sukar untuk dipadam kerana kebakarannya yang bukan sahaja terjadi dipermukaan hutan tersebut tetapi yang turut terbakar ialah di bahagian dalam lapisan tanih. Kebakaran bahagian dalam lapisan tanah sukar untuk dipadam dan melibatkan satu kawasan yang luas.Oleh itu pembinaan tali air di sekeliling kawasan kebakaran merupakan cara yang mudah untuk memadamkan api kebakaran di kawasan hutan paya bakau.

Kesimpulannya, kebakaran hutan boleh diatasi dengan adanya kesedaran tentang kepentingan hutan kepada alam sekitar. Kemajuan teknologi yang untuk menangani permasalahan memudahkan lagi usaha manusia untuk mengatasinya.

[ 10 markah ]

Page 14: Jawapan Set 1

Soalan 8a) Pemeliharaan ekosistem hutan paya merupakan satu langkah menjaga hutan tersebut supaya dapat kekal hidup di kawasannya tanpa mengalami sebarang kerosakkan.dan kemusnahan supaya dapat diwarisi kepada generasi akan datang.

Pemuliharaan ekosistem hutan paya merupakan satu cara yang dijalankan untuk memulih kawasan hutan paya yang telah dimusnah supaya dapat dipulihkan dan tidak lenyap begitu sahaja serta dapat diwarisi untuk generasi yang akan datang.

[ 7 markah ]

b) Langkah-langkah yang boleh dilakukan untuk pengurusan dan pengekalan hutan paya bakau ialah menguat kuasa undang-undang, kempen , pendidikan, menanam semula hutan dan penebangan terpilih.

Menjalankan kuat kuasa undang-undang boleh dilakukan untuk pengurusan dan pengekalan hutan. Mewartakan hutan simpan dan taman negara adalah salah satu daripada langkah untuk menguat kuasa undang-undang. Contoh, Hutan Simpan Paya Bakau Larut Matang dan Pusat Perlindungan Burung di Kuala Gula, di Perak

Menjalankan kempen juga merupakan cara untuk mengurus dan menggekalkan hutan hutan paya bakau. Kempen ‘ Cintailah Hutan Kita’ merupakan salah satu usaha yang dijalankan oleh pihak NGO bagi memelihara hutan. Kempen ini boleh dijalankan melalui media elektrik dan cetak. Malahan pihak PERHILITAN dan NGO telah menjalankan usaha menggalakan individu dan pertubuhan alam sekitar untuk sama-sama memelihara hutan paya bakau dengan cara menanam semula paya bakau yang telah ditebang.

Usaha menyampaikan ilmu dalam kalangan pelajar supaya dapat mengurus dan mengekalkan hutan paya bakau untuk generasi akan datang boleh dilaksanakan melalui mata pelajaran yang diajar di sekolah. Mata pelajaran itu termasuklah Geografi, Kajian Tempatan dan Sains. Di sini pelajar akan dapat mempelajari dan mengamalkan langkah yang wajar diikuti untuk pengurusan dan pengekalan hutan.

Hutan paya bakau yang telah ditebang sewajarnya ditanam semula bagi menggekal dan untuk memastikan hutan paya bakau terus dapat diwarisi oleh generasi akan datang. Pihak pengusaha yang menjalankan usaha menebang hutan kayu bakau untuk dijadikan arang kayu perlu memastikan kayu bakau ditanam semula di kawasan yang telah diterokainya. Contoh, kawasan paya bakau di Larut Matang Perak.

Pihak berwajib iaitu renjer hutan seharusnya memastikan pokok kayu bakau yang ditebang benar-benar matang.Dengan, menebang pokok yang matang sahaja boleh mengekalkan ekosistem paya bakau di sesuatu kawasan tidak musnah. Kemusnahannya boleh menyebabkan hidupan di kawasan itu kehilangan habitatnya. Di samping itu hakisan berlaku dengan giat dan boleh memusnahkan kawasan tersebut.

Kesimpulannya, langkah yang telah dijalankan di atas merupakan jalan untuk pengurusan dan pengekalan hutan paya bakau. Pihak berwajib sememangnya menitik beratkan perkara di atas supaya hutan paya bakau tidak musnah dan mendatangkan kesan kepada alam sekitar.

[ 10 markah]

Page 15: Jawapan Set 1

c) Kesan pembinaan empangan terhadap alam sekitar ialah boleh meningkatkan kadar sejatan, menenggelamkan kawasan hutan,kemusnahan flora dan fauna dan memusnahkan habitat.

Pembinaan empangan boleh meningkatkan kadar sejatan kesan daripada kewujudan badan air. Peningkatan kadar sejatan secara tidak langsung meningkat kadar kelembapan kawasan dan menyerdehanakan suhu kawasan tersebut.Malahan boleh meningkatkan juga jumlah hujan yang diterima di kawasan tersebut.

Kesan yang paling jelas ialah menenggelamkan kawasan hutan. Pembinaan empangan memerlukan kawasan yang luas untuk menyimpan air. Oleh itu banyak kawasan rendah dan hutan terpaksa ditenggelami bagi memenuhi keperluan pembinaan empangan itu.

Apabila hutan ditenggelamkan banyak flora dan fauna yang dimusnahkan. Banyak pokok balak yang berharga terpaksa ditenggelamkan. Fauna yang ada dikawasan itu juga turut terkorban, tetapi ada sebahagiannya di pindahkan ke kawasan lain iaitu tempat perlindungan hidupan lair tersebut. Contohnya semua gajah di sekitar tapak pembinaan Empangan Kenyir dipindahkan ke Kuala Gandah di Lanchang Pahang.

Secara tidak lansung juga pembinaan empangan akan menyebabkan habitat hidupan liar akan musnah dan tenggelam. Hutan yang dahulunya merupakan tempat tinggal gajah, rusa, harimau dan kancil telah ditenggelamkan dan hidupan tersebut terus kehilangan habitat yang bersesuaian dengan mereka.

Kesimpulannya , pembinaan empangan amat penting kepada manusia untuk membekalkan kuasa elektik hidro dan kegunaan domestic. Namun begitu, pembinaannya juga turut medatangkan kesan yang kurang baik kepada hidupan liar di kawasan tersebut.