geografi stpm set 1 - penggal 1

12
1 BAHAGIAN A: ALAM SEKITAR FIZIKAL Jawab semua soalan. 1a) Huraikan dua jenis pergerakan bumi [4] i. Putaran bumi iaitu bumi berputar mengelilingi matahari di atas paksinya yang condong 23 ½ darjah dan mengambil masa 24 jam untuk membuat satu putaran yang lengkap. ii. Peredaran bumi iaitu pergerakan bumi mengelilingi matahari di atas orbit elipsnya dan mengambil masa 365 ¼ hari untuk satu putaran yang lengkap. Gambar Rjarah 1 b) Berdasarkan gambar rajah 1 di atas merujuk kepada pergerakan bumi, i. Nyatakan kesan kejadian di atas. [1] Kejadian siang dan malam ii. Jelaskan kesan terhadap batuan akibat pergerakan tersebut terhadap permukaan bumi. [2] Batuan mengalami luluhawa mekanikal kesan perubahan suhu yang berulang iaitu waktu siang suhu mencecah 40 darjah dan waktu malam 2 darjah seperti di kawasan gurun yang menghadap matahari.

Upload: nessa

Post on 06-Dec-2015

1.221 views

Category:

Documents


71 download

DESCRIPTION

stpm

TRANSCRIPT

1

BAHAGIAN A: ALAM SEKITAR FIZIKAL

Jawab semua soalan.

1a) Huraikan dua jenis pergerakan bumi [4]

i. Putaran bumi iaitu bumi berputar mengelilingi matahari di atas paksinya yang

condong 23 ½ darjah dan mengambil masa 24 jam untuk membuat satu putaran

yang lengkap.

ii. Peredaran bumi iaitu pergerakan bumi mengelilingi matahari di atas orbit

elipsnya dan mengambil masa 365 ¼ hari untuk satu putaran yang lengkap.

Gambar Rjarah 1

b) Berdasarkan gambar rajah 1 di atas merujuk kepada pergerakan bumi,

i. Nyatakan kesan kejadian di atas. [1]

Kejadian siang dan malam

ii. Jelaskan kesan terhadap batuan akibat pergerakan tersebut terhadap permukaan

bumi. [2]

Batuan mengalami luluhawa mekanikal kesan perubahan suhu yang berulang iaitu

waktu siang suhu mencecah 40 darjah dan waktu malam 2 darjah seperti di

kawasan gurun yang menghadap matahari.

2

c) Jelaskan dua jenis pembentukan batuan akibat letusan gunung berapi. [4]

i. Pembentukan batuan igneus rejahan/ jalar dalam kesan penyejukan dan

pembekuan magma di dalam lapisan kerak atau di permukaan

bumi.Contohnya,silica dan magnesium.

ii. Batu igneus terobosan/ jalar luar terbentuk apabila lava dari gunung berapi

mengalami proses penyejukan dan pembekuan dgn cepat di permukaan bumi.

Contoh, batuan Basalt, pumis dan riolit.

d) Huraikan dua kepentingan batuan kepada aktiviti manusia [4]

i. Aktiviti pertanian seperti penanaman getah dapat dilakukan menggunakan batuan

riolit setelah diuraikan melalui luluhawa kimia menjadi tanih yang subur.

ii. Batuan lempung terutamanya kaolin digunakan dalam kegiatan industri

tembikar,pasu bunga dan batu-bata.

2. Bumi merupakan salah satu planet yang terdapat dalam sistem suria.

a) I) Berdasarkan pernyataan di atas, sebut tiga jasad lain yang

terdapat dalam sistem tersebut (3M)

Tiga Jasad lain yang terdapat dalam sistem suria ialah asteroid, meteorit dan

komet.

II) Nyatakan dua jenis tenaga yang berpunca daripada tenaga suria (2M)

Dua jenis tenaga yang berpunca daripada tenaga suria ialah tenaga kimia dantenaga solar, T.kinetik, T. keupayaan.

b) Sejauhmanakah tenaga suria mempengaruhi proses luluhawa (13M)

Tenaga suria mempengaruhi proses luluhawa batuan secara fizikal melalui carapengembangan dan pengecutan batuan akibat perubahan suhu ekstrem. Sinaran matahari yangtinggi di kawasan gurun menyebabkan suhu menjadi tinggi pada waktu siang. Keadaan inimenyebabkan, mineral batuan mengalami pengembangan sehingga menyebabkan jasad batumenjadi besar dan mengecut pada waktu malam akibat suhu yang rendah.Proses ini berlakusecara bersilih ganti dalam tempoh masa panjang.

3

Namun demikian, terdapat faktor lain selain tenaga suria yang mempengaruhi prosesluluhawa.

Antara faktor lain yang mempengaruhi proses luluhawa ialah faktor batuan iaitu warnabatuan yang lebih gelap lebih cepat menyerap haba berbanding dengan batuan yang berwarnacerah. Sebagai contoh, batuan seperti basalt dan gabro yang gelap warnanya akan lebih cepatpanas dan mewujudkan ketegangan yang kuat. Hal ini memyebabkan, batuan gelap tersebut lebihcepat terluluhawa berbanding dengan batu kapur yang berwarna cerah.

Selain itu, rekahan batuan merupakan salah satu faktor lain yang mempengaruhi prosesluluhawa. Batuan yang mempunyai rekahan lebih senang terdedah kepada luluhawa, Sebagaicontoh, di kawasan pergunungan, air mula memasuki rekahan dan jurang ais akan membekupada waktu malam ketika suhunya di bawah takat beku. Air yang membeku dalam rekahan akanmenambah isi padu sebanyak 10 peratus serta menghasilkan tekanan yang tinggi pada batuan.Tekanan yang kuat ini menyebabkan batuan menjadi retak dan hancur lalu membentuk baturuntuh di kawasan kaki gunung.

Seterusnya, factor bentuk muka bumi juga merupakan salah satu faktor lain yangmempengaruhi proses luluhawa. Di kawasan tanah tinggi yang bercerun curam akanmengalakkan pergerakan menurun bahan regolit melalui pergerakan jisim dan proses hakisan.Dengan ini, bahan terluluhawa akan jatuh ke bawah dan mendedahkan permukaan baharu untuktindakan luluhawa seterusnya.

Di samping itu, faktor lain yang mempengaruhi proses luluhawa ialah tindakan biotikatau mikrorganisma. Contoh mikrorganisma seperti bakteria atau fungi yang boleh mengeluarkanasid humik, dapat membantu proses penguraian batuan secara kimia.

Sementara itu, tindakan manusia merupakan faktor lain yang menpengaruhi prosesluluhawa. Aktiviti penyahutanan melalui pembalakan, pembakaran hutan untuk tujuanpembinaan, atau perlombongan membantu batuan yang terdapat di tanah terdedah kepadaluluhawa mekanikal atau fizikal.

c) Bagaimanakah tenaga suria boleh mempengaruhi aktiviti pertanian di kawasan tropika lembab(8M)

Tenaga suria mempengaruhi suhu di kawasan tropika lembap menyebabkan aktivitipertanian sesuai dilakukan di kawasan tersebut. Kawasan tropika lembap mempunyai suhumelebihi 27˚C disebabkan oleh sinaran matahari tinggi dan hujan tahunan 2030mmmembolehkan pertanian dilakukan sepanjang tahun.

Seterusnya, jumlah tenaga suria yang banyak mempengaruhi dan mengalakkankepelbagaian jenis tanaman di kawasan tropika lembap. Sebagai contoh, kelapa sawit, getah,

4

koko, atau kopi. Hasil tanaman tersebut dapat menghasilkan produktiviti sepanjang tahun keranadapat dikomersialkan.

Selain itu, jumlah tenaga suria yang tinggi di kawasan tropika lembap mempengaruhikitaran air, nutrien, serta proses fizikal. Proses luluhawa terhadap batuan di kawasan tropikalembap menghasilkan bahan regolit dan tanih yang subur. Keadaan ini adalah sangat sesuaiuntuk menjalankan aktiviti pertanian.

Bukan itu sahaja, pengaruh tenaga suria di kawasan tropika lembap sangat sesuai untukaktiviti pertanian kerana hasil pertanian dapat bertumbuh dengan baik. Hasil pertanian sepertipadi dapat bertumbuh dengan disebabkan oleh keamatan cahaya matahari melalui prosesfotosintesis. Hal ini secara tidak langsung, membekalkan sumber makanan kepada manusia danjuga haiwan.

3. a) Berdasarkan peta 1 yang berskala 1:50000 pada halaman 3,

a) i) Takrifkan tasik ladam (5M)

Tasik ladam ditakrifkan sebagai likuan sungai berbentuk seperti ladam tapak kaki kudayang terpenggal akibat hakisan.

Peringkat awal pembentukannya bermula dengan proses pembesaran likuan sungai olehhakisan air sungai.

Likuan sungai yang semakin mendalam dan melebar akhirnya terpenggal apabila aliransungai menghakis dan memotong daratan antara lengkungan likuan tersebut.

Likuan yang terpenggal itu semakin terpisah dari alur sungai akibat mendapan yangmenutup laluan air ke likuan tersebut.

iii) Jelaskan bagaimana bentuk muka bumi di kawasan itu mempengaruhi

aktiviti manusia ( 12M)

Bentuk muka bumi yang terdapat di kawasan tersebut iaitu dataran banjir di timur danbarat membolehkan kegiatan pertanian dilakukan. Hal ini kerana dataran banjir kaya dengantanah aluvium yang subur untuk penanaman padi dan bentuknya yang rata memudahkan airuntuk bertakung untuk menghasilkan buah padi yang banyak dan berkualiti.

Selain itu, bentuk muka bumi tasik ladam memudahkan penternakan air ikan tawar. Tasikladam yang dalam dan tenang menarik minat dan memudahkan pengusaha ikan tawar untukmenternak ikan di tasik tersebut.

5

Di samping itu, kawasan berpaya di bahagian barat daya tasik ladam membantu dalammenghalang hakisan air dari tasik ladam ke kawasan penanaman getah dan padi.

Sementalahan itu, bentuk muka bumi tanah tinggi memudahkan penanaman getah. Halini kerana tanah tinggi mempunyai tanah laterit yang subur untuk penanaman getah.

Kekurangan tanah pamah menyebakan kekurangan kawasan petempatan dibuat ataukawasan tersebut mempunyai kependudukan yang jarang. Kebanyakan petempatan dibuat di tepisungai biru, kawasan pokok bakau di timur laut dan tenggara, di kawasan padi di tenggara dan dibarat laut berhampiran jalan raya.

Bentuk muka bumi berpasir mengiatkan aktiviti perlombongan pasir. Pasir tersebutdigunakan dalam sektor pembinaan seperti pembuatan simen konkrit.

3. (b)(I) Faktor fizikal akan mempengaruhi proses hakisan sungai melalui isi padu air sungai.Jumlah(isipadu) air sungai di dalam sesuatu alur pada masa-masa tertentu boleh bertambah danmeningkatkan kelajuan air sungai serta menambah keupayaan sungai menghakis alurnya.

Kecerunan alur sungai turut memain peranan penting dalam mempengaruhi proseshakisan sungai. Laluan alur sungai yang curam( hulu sg) akan meningkatkan kelajuan aliransungai dan akan menambah tenaga sungai. Proses hakisan akan berlaku dengan lebih berkesan.

Seterusnya,jenis batuan yg terdapat di dasar sungai juga merupakan proses fizikal yangmempengaruhi proses hakisan sungai. Batuan lembut seperti syal dan batu kapur daripadakumpulan batuan enapan lebih mudah dihakis berbanding batuan keras seperti granit daripadakumpulan batu igneus yang sukar dihakis oleh aliran sungai.

Tambahan pula, faktor fizikal yang seterusnya ialah bahan muatan sungai. Bahanmuatan seperti pasir,kelikir,batu tongkol, dan kelodak akan membantu mempergiatkan kadarhakisan lelasan air sungai. Bahan muatan ini akan melelaskan batuan tebing dan dasar sungailebih berkesan.

Selain itu, terdapat juga faktor-faktor lain yang mempengaruhi proses hakisan sungai.Faktor lain yang mempengaruhi proses hakisan sungai ialah faktor kemanusiaan.

Faktor tindakan manusia yang mempengaruhi proses hakisan sungai ialah pembalakan.Pembalakan dan penebangan hutan di tebing sungai akan menyebabkan hakisan tanah keranatiada akar tumbuhan yang akan mencengkam tanih pada tebing sungai dan menyebabkan tanihtersebut longgar. Hakisan sungai akan lebih berkesan dengan ketiadaan akar tumbuhanmengcengkam tanih.

Di samping itu, faktor aktiviti ekonomi manusia yang mempengaruhi proses hakisansungai yang seterusnya ialah perlombongan. Perlombongan pasir pada dasar sungai akan

6

menggalakkan hakisan sungai kerana lama kelamaan dasar sungai menjadi semakin dalam dankelebaran sungai turut bertambah lalu menyebabkan tebing runtuh dan terus terhakis.

(b)(II) Langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan hakisan sungai ialahmenanam tanaman tutup bumi. Ini akan memberi cengkaman kepada tanih tebing sungai apabilatanaman tutup bumi ini ditanam. Hakisan sungai dapat dikurangkan dengan adanya cengkamanakar daripada tanaman tutup bumi seperti rumput atau pokok bakau.

Seterusnya,langkah yang boleh diambil ialah pembinaan benteng penghalanghakisan (rock bed). Benteng ini dibina d tebing sungai utk memperlahankan arus sungai yangderas. Hakisan dapat dikurangkan jika arus sungai menjadi perlahan.

Selain itu,pembinaan gabion juga merupakan langkah yang boleh diambil untukmengurangkan hakisan sungai. Gabion ialah teknik memasukkan batu-batu sederhana besar kedalam sangkar besi lalu disusun di tebing sungai. Gabion akan membantu mengukuhkan strukturtebing di tepi sungai daripada hakisan titisan hujan dan aliran permukaan.

Di samping itu,langkah penguatkuasaan undang-undang juga boleh dilakukan untukmengurangkan hakisan sungai. Pihak-pihak yang bertanggungjawab harus meningkatkan dendaataupun hukuman agar pihak-pihak tidak bertanggungjawab yang melakukan aktiviti yangmenghakis sungai dapat dikawal seperti perlombongan pasir sungai di kawasan muara sungai.

Tambahan pula, langkah melalui pendidikan juga boleh dilaksanakan. Masyarakatterutama golongan muda boleh dididik tentang kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaansungai. Misalnya, pembelajaran tentang kepentingan sungai melalui mata pelajaran Geografi danPendidikan Moral.

Tidak lupa juga langkah langkah seperti kempen-kempen kesedaran. Kempen-kempen kesedaran yang dilaksanakan seperti “Hargailah Sungai Kita” sedikit sebanyakmembantu masyarakat kita sedar akan kepentingan sungai.

BAHAGIAN B: ALAM SEKITAR MANUSIA

Jawab semua soalan.

4. a) Nyatakan komposisi aliran migrasi. [3]

7

Jantina,umur dan taraf pendidikan.

b) Namakan empat jenis aliran migrasi dalaman yang berlaku di Malaysia. [4]

Migrasi luar bandar ke bandar,migrasi bandar ke bandar,migrasi luar bandar ke luar

bandar dan migrasi bandar ke luar bandar,

c) Huraikan dua faktor yang mempengaruhi aliran migrasi dalaman utama di Malaysia

pada masa kini. [4]

Kemudahan institusi-institusi pengajian seperti kolej dan university di sesuatu

kawasan akan mmeningkatkan lagi migrasi dalaman ke kawasan itu, Seterusnya,

penyediaan kemudahan infrastruktur yang lengkap seperti hospital dan pejabat pos

juga akan mempengaruhi migrasi dalaman di sesebuah kawasan.

d) Jelaskan dua kesan negatif aliran migrasi dalaman utama pada masa kini terhadap

kawasan destinasi. [4]

Kewujudan masalah setinggan berlaku di kawasan destinasi akibat kekurangan

perumahan untuk menampung penduduk yang ramai. Seterusnya,masalah

pengangguran juga wujud akibat kekurangan peluang pekerjaan .

5 (a)Faktor yang mempengaruhi kepadatan penduduk di pantai barat Semenanjung Malaysia

ialah kepelbagaian sektor ekonomi. Tumpuan penduduk di kawasan bandar yang mempunyaisektor ekonomi sekunder dan tertier yang banyak. Contohnya bandar ibu negeri, bandar industridan bandar pelancongan.

Faktor kedua mempengaruhi kepadatan penduduk di pantai barat Semenanjung Malaysiaialah peluang pekerjaan. Tumpuan penduduk di lokasi yang menawarkan peluang pekerjaanseperti kawasan perindustrian Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Selain itu, terdapat juga faktor-faktor lain yang mempengaruhi kepadatan penduduk diPantai Barat Semenanjung Malaysia selain daripada faktor ekonomi.

8

Faktor lain yang mempengaruhi kepadatan penduduk di pantai barat SemenanjungMalaysia ialah bentuk muka bumi/ faktor fizikal. Kawasan tumpuan penduduk adalahkawasan tanah pamah manakala kawasan berpenduduk jarang adalah kawasan tanah tinggi dankawasan berpaya. Contohnya kawasan tanah pamah di pantai barat Semenanjung Malaysiaberpenduduk padat manakala kawasan Banjaran Titiwangsa berpenduduk jarang.

Faktor lain yang mempengaruhi kepadatan penduduk di pantai barat SemenanjungMalaysia ialah sejarah pembangunan. Negeri-negeri yang terawal dibuka dan dibangunkanoleh bekas penjajah , khususnya pembangunan sumber alam seperti sektor perlombongan danperindustrian.

Faktor lain yang mempengaruhi kepadatan penduduk di pantai barat SemenanjungMalaysia ialah dasar kerajaan. Pembinaan bandar baharu seperti Nilai dan Putrajaya untukmemberi alternatif kepada bandar-bandar sedia ada yang terlalu pesat dan padat.

Faktor lain yang mempengaruhi kepadatan penduduk di pantai barat SemenanjungMalaysia ialah kemudahan sosial. Kawasan yang lengkap dengan kemudahan sosial sepertikemudahan pembandaran ,pendidikan, perkhimatan serta pengangkutan dan perhubungan akanmempunyai taburan penduduk padat berbanding dengan kawasan yang tiada kemudahan tersebut.

(b)Kesan ketidakseimbangan taburan penduduk terhadap pembangunan ekonomi antara

kawasan di Semenanjung Malaysia ialah ketidakseimbangan pendapatan perkapita. Kawasanberpenduduk padat lazimnya memiliki pendapatan perkapita yang tinggi berbanding dengankawasan berpenduduk jarang.

Kesan ketidakseimbangan taburan penduduk terhadap pembangunan ekonomi antarakawasan di Semenanjung Malaysia ialah ketidakseimbangan saiz dan kuasa beli pasaranantara kawasan. Kawasan berpenduduk padat seperti Bandar biasanya memiliki saiz pasaranyang luas dan kuasa beli yang tinggi berbanding dengan kawasan berpenduduk jarang khususnyaluar Bandar.

Kesan ketidakseimbangan taburan penduduk terhadap pembangunan sosial antarakawasan di Semenanjung Malaysia ialah ketidakseimbangan darjah ketersampaianpengangkutan. Di kawasan berpenduduk padat seperti Bandar mempunyai rangkaianpengangkutan moden dan darjah ketersampaiannya yang tinggi berbanding dengan kawasan luarbandar. Contohnya system LRT, Komuter dan Monorel.

Kesan ketidakseimbangan taburan penduduk terhadap pembangunan sosial antarakawasan di Semenanjung Malaysia ialah ketidakseimbangan pembangunan telekomunikasi.Kawasan berpenduduk padat seperti bandar mempunyai akses kepada jalur lebar lebih lajuberbanding dengan kawasan berpenduduk jarang seperti luar bandar.

9

Kesan ketidakseimbangan taburan penduduk terhadap pembangunan sosial antarakawasan di Semenanjung Malaysia ialah ketidakseimbangan kualiti taraf hidup. Di kawasanberpenduduk padat seperti bandar, indeks keselesaan dan keselamatan lebih rendah berbandingdengan kawasan luar bandar.

Kesan ketidakseimbangan taburan penduduk terhadap pembangunan ekonomi antarakawasan di Semenanjung Malaysia ialah ketidakseimbangan kemajuan kawasan. Kawasanberpenduduk padat menyediakan tenaga kerja yang ramai dan siaz pasaran besar untukmemajukan ekonomi setempat berbanding dengan kawasan berpenduduk jarang.

Soalan 6 a)

6)a)ii) Antara ciri demografi penduduk Malaysia pada tahun 2000 ialah kadar kelahiran tinggi..Hal ini disebabkan oleh kegagalan program perancangan keluarga, amalan perkahwinan padausia yang muda dan peningkatan taraf kesihatan.

Kadar kematian rendah disebabkan adanya kemajuan teknologi perubatan yangcanggih dapat mengurangkan kadar penyakit berjangkit dan seterusnya mengelakkan kadarkematian meningkat.

Selain itu, jangka hayat penduduk yang meningkat. Kadar kematian tua rendah.Ini disebabkan adanya amalan penjagaan kesihatan yang baik dan taraf kesihatan juga meningkat.

Seterusnya, nisbah tanggungan yang besar. Golongan dewasa yang produktif adalahsedikit berbanding golongan muda. Saiz keluarga besar akan menyebabkan taraf hidup menjadirendah. Namun jumlah penduduk muda yang ramai akan menjadi aset untuk tenaga buruh padamasa akan datang.

Di samping itu, komposisi umur/struktur umur yang tidak seimbang. Golongan mudaadalah lebih tinggi jumlahnya berbanding dengan golongan dewasa dan tua. Ini menunjukkannisbah tanggungan terhadap golongan muda masih besar, terutamanya dalam bidang kesihatandan pendidikan.

10

Tambahan pula, nisbah jantina yang hampir seimbang antara lelaki dan perempuan bagisetiap kumpulan umur. Bilangan penduduk lelaki mengatasi perempuan bagi setiap kumpulanumur kecuali pada kumpulan umur tua. Ini menunjukkan warga tua perempuan lebih banyakberbanding warga tua lelaki.

6)a)iii) Antara ciri kualiti sunber manusia yang mempengaruhi pembangunan sosio-ekonomi disebuah negara ialah kebolehkerjaan dari segi fizikal dan mental iaitu tahap mobilitypenduduk yang tinggi. Darjah ketersampaian penduduk untuk bekerja atau melanjutkan pelajaranke luar negara bagi mendapatkan ilmu yang diperlukan dalam sesuatu kerjaya dan juga budayakerja positif diamalkan dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberi.

Selain itu, tahap pendidikan yang tinggi. Hal ini dapat melahirkan golongan tenagakerja mahir dan mampu meningkatkan produktiviti. Tahap pendidikan yang tinggi dapatmengurangkan golongan dewasa yang buta huruf serta meningkatkan pembangunan sector R&D.

Seterusnya, taraf kesihatan yang tinggi. Kesihatan dapat diukur dari segi kecergasandan kekuatan fizikal. Taraf kesihatan yang tinggi dapat meningkatkan kadar kelahiran hidup,meningkatkan jangka hayat dan menurunkan kadar kematian.

Di samping itu, sikap keterbukaan/ sikap positif penduduk yang mudah menerimapembaharuan, teknologi baharu serta inovasi kerana berpendidikan tinggi.

6)b)i) Apakah yang dimaksudkan dengan proses pembandaran? (5)

Proses pembandaran ialah proses perkembangan dan penumpuan penduduk di kawasan

bandar.perkembangan ini meliputi aspek perluasan sempadan(saiz kawasan),pertambahan

jumlah penduduk (de mogr a f i ) dan perubahan fungs i bandar yan g se ma k inp e l b a g a i . P e r k e m b a n g a n i n i

menyebabkan sesebuah kawasan menjadi semakin moden,kompleks dan naik taraf.Proses

pembandaran juga melibatkan perubahan cara hidup dan nilai penduduk daripada tradisionalk e p a d a

gaya hidup bandar yang lebih moden.Contohnya,Kuala Lumpur pada tahun 1980

berpenduduk kira-kira 919610 telah meningkat menjadi 1.6 juta orang penduduk pada masa ini.

11

ii)Berdasarkan kepada negara Malaysia,jelaskan mengapakah bandar baru perlu ditubuhkan?

(10)

Berdasarkan kepada negara Malaysia,bandar baru perlu ditubuhkan untuk

mengurangkan kesesakan penduduk.Bandar baru dibina untuk mengalihkan kesesakan

penduduk di sesuatu bandar besar yang sudah tepu bina dan pesat dengan penduduk.

Selain itu,bandar baru perlu berfungsi sebagai pusat pertumbuhan ekonomi.

Bandar baru akan menjadi pusat pertumbuhan ekonomi dan menyediakan kemudahan

bandar kepada penduduk di sekitarnya.

Di samping itu,bandar baru perlu ditubuhkan untuk menjadi pemangkin

pembangunan industri. Pembukaan bandar baru akan menarik banyak penduduk yang

menjadi sumber tenaga dalam pembangunan industri.

Seterusnya,bandar baru perlu ditubuhkan untuk mengalihkan fungsi bandarutama.Pembinaan bandar baru akan mengalihkan fungsi tertentu bandar utama yang semakintepu .

Akhir sekali,bandar baru perlu ditubuhkan untuk mengurangkan masalahPencemaran alam sekitar di bandar utama.kewujudan Bandar-bandar baharu akan dapatm e m b a n t umengurangkan masalah pencemaran udara,air dan bunyi akibat kepesatan penduduk danbilangan kenderaan yang banyak.

iii)Huraikan kesan yang dialami oleh penduduk di kawasan yang mengalami proses

pembangunan yang pesat. (10)

K e s a n y a n g d i a l a m i o l e h p e n d u d u k d i k a w a s a n y a n g m e n g a l a m i p r o s e s

pembangunan yang pesat ialah masalah pengangguran meningkat.Penduduk banyak dan

peluang pekerjaan yang terhad menyebabkan pengangguran meningkat.

Selain itu,masalah perumahan.Banyak penduduk tidak mampu memiliki

rumah sendiri lalu menetap di kawasan setinggan.

Di samping itu,masalah sosial.Banyak penduduk tidak bekerja kerana tiada

12

kemahiran dan pendidikan yang tinggi lalu menyebabkan berlaku pengangguran dan

seterusnya membawa kepada peningkatan kadar jenayah di bandar.

Seterusnya,kesesakan lalu lintas.Pertambahan jumlah penduduk yang

menggunakan kenderaan di bandar menyebabkan kesesakan lalu lintas terutamanya pada

waktu puncak.

Akhir sekali, persaingan gunatanah.Kekurangan tanah untuk pembangunan

menyebabkan kawasan pertanian diambil untuk dijadikan sebagai guna tanah bandar.

Hasil kerja pelajar K1P1:

Anisah Amran, Chak Tze Hui, Chia Chuong Shing, Fatimah Binti Jakaria,Jacky Wong,

Jacky Yehezkiel, Jason Cornelius, Lau Vui Leng, Liew TSze Min, Nur Afidah Binti Jakariah,

Radiana Binti Arazd, Sulistiwianti.