seseorang yang bermasalah pembelajaran bukan bererti dia tidak mampu belajar

21
Seseorang yang bermasalah pembelajaran bukan bererti dia tidak mampu belajar. Adalah satu tanggapan yang silap apabila kita katakan kanak-kanak ini tidak boleh belajar dan tidak akan dapat belajar. Mereka boleh belajar dan bijak seperti orang lain. Cuma cara belajar mereka mungkin berbeza. Mereka mempunyai cara belajar yang berbeza dan tersendiri. Setiap kanak-kanak belajar dengan cara yang berbeza. Begitu juga dengan kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran. Walaupun dikumpulkan semua kanak-kanak bermasalah pembelajaran , mereka masih tidak sama antara satu sama lain. Di antara jenis-jenis masalah pembelajaran ialah diskalkulia dan disleksia. Perkataan diskalkulia bermakna kesulitan pengiraan dalam kemahiran-kemahiran yang tertentu dalam matematik. Ada di antara kanak-kanak diskalkulia yang mahir berbahasa, menulis dan membaca tetapi akan lemah apabila melibatkan nombor. Namun, ini tidak bermakna mereka tidak dapat menguasai kemahiran-kemahiran matematik ini cuma mereka memerlukan jumlah masa yang mencukupi dalam melaksanakan operasi-operasi dalam matematik serta kaedah-kaedah yang bersesuaian dengan kebolehan mereka. Kanak-kanak disleksia pula menghadapi masalah dalam mengenali huruf dan membaca perkataan. Tidak akan ada pada mereka yang mengalami disleksia persamaan di antara satu sama lain. Terdapat perbezaan tahap disleksia dari yang ringan, sederhana dan yang serius. Ada di antara kanak-kanak disleksia melihat huruf-huruf secara terbalik dan huruf- huruf itu seakan-akan bergerak dan berselerak apabila dibaca. Kanak- kanak disleksia kurang menghadapi masalah dalam nombor tetapi akan menghadapi masalah apabila wujudnya perkataan-perkataan dalam ayat matematik. Pembentukan keyakinan diri asas pendidikan disleksia dan diskalulia

Upload: hasni-mohd-zain

Post on 14-Nov-2015

266 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Seseorang yang bermasalah pembelajaran bukan bererti dia tidak mampu belajar. Adalah satu tanggapan yang silap apabila kita katakan kanak-kanak ini tidak boleh belajar dan tidak akan dapat belajar. Mereka boleh belajar dan bijak seperti orang lain. Cuma cara belajar mereka mungkin berbeza. Mereka mempunyai cara belajar yang berbeza dan tersendiri. Setiap kanak-kanak belajar dengan cara yang berbeza. Begitu juga dengan kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran.

Walaupun dikumpulkan semua kanak-kanak bermasalah pembelajaran , mereka masih tidak sama antara satu sama lain. Di antara jenis-jenis masalah pembelajaran ialah diskalkulia dan disleksia. Perkataan diskalkulia bermakna kesulitan pengiraan dalam kemahiran-kemahiran yang tertentu dalam matematik. Ada di antara kanak-kanak diskalkulia yang mahir berbahasa, menulis dan membaca tetapi akan lemah apabila melibatkan nombor. Namun, ini tidak bermakna mereka tidak dapat menguasai kemahiran-kemahiran matematik ini cuma mereka memerlukan jumlah masa yang mencukupi dalam melaksanakan operasi-operasi dalam matematik serta kaedah-kaedah yang bersesuaian dengan kebolehan mereka. Kanak-kanak disleksia pula menghadapi masalah dalam mengenali huruf dan membaca perkataan. Tidak akan ada pada mereka yang mengalami disleksia persamaan di antara satu sama lain. Terdapat perbezaan tahap disleksia dari yang ringan, sederhana dan yang serius. Ada di antara kanak-kanak disleksia melihat huruf-huruf secara terbalik dan huruf-huruf itu seakan-akan bergerak dan berselerak apabila dibaca. Kanak-kanak disleksia kurang menghadapi masalah dalam nombor tetapi akan menghadapi masalah apabila wujudnya perkataan-perkataan dalam ayat matematik.

Pembentukan keyakinan diri asas pendidikan disleksia dan diskaluliaBagi kanak-kanak disleksia mahupun diskalkulia, mereka memerlukan perhatian dan pendekatan yang berbeza dalam proses pembelajaran. Kebanyakan kanak-kanak ini merasakan diri mereka lemah dan malas dalam pembelajaran apabila mereka tidak boleh menguasai proses pembelajaran tersebut. Apabila mereka menghadapi kesulitan yang berpanjangan baik dalam menulis, membaca maupun dalam pengiraan, ini akan mengakibatkan permasalahan yang lebih serius lagi. Mereka akan merasakan bahawa kebanyakan murid yang lain dapat melakukan aktiviti tanpa sebarang masalah sedangkan mereka susah untuk memahaminya. Maka timbul persoalan bahawa adakah mereka ini lembam atau bodoh. Inilah kesimpulan yang sering dilakukan oleh setiap orang yang berhadapan dengan situasi yang sama.

Membina self-esteem dan keyakinan diri.

Sebaik manapun teknik pembelajaran seperti penggunaan phoneme, buku-buku yang menarik dan permainan yang melibatkan perkataan, perkara yang paling asas yang perlu diterapkan kepada kanak-kanak ini ialah pembinaan keyakinan diri yang tinggi. Permasalahannya, disleksia dan diskalkulia tidak kelihatan secara fizikal. Jika seorang kanak-kanak yang tangannya patah, pertimbangan dan simpati akan diberikan. Sudah tentu dia tidak boleh menulis, tangannya patah. Tidak ada kaitan dengan kecerdasannya. Tetapi tidak ada sesiapa yang akan berkata, Sudah tentu dia tidak boleh menulis, dia telah mengalami brain circuit yang berbeza, tidak ada kaitan dengan kecerdasannya.

Tanggapan kanak-kanak ini bahawa dirinya tidak pandai dan lembab adalah tidak tepat, ini perlu diperbetulkan terlebih dahulu jika kita ingin membina keyakinan diri dan meningkatkan semula self-esteem pada diri mereka agar lebih bersedia dan positif menerima pembelajaran yang seterusnya. Ini bukan sekadar memberitahu mereka bahawa mereka adalah bijak sepertimana kawan-kawan yang lain kerana usaha ini tidak akan memberi kesan. Mereka memerlukan bukti dan membina gambaran tentang diri sendiri. Hanya dengan cara ini, mereka akan melihat bahawa masalah pembelajaran mereka dapat di atasi dalam situasi yang sebenar, sama seperti kanak-kanak lain yang tidak mengalami masalah pembelajaran. Mereka juga ada kelemahan dan kekuatan yang tersendiri dalam bidang-bidang yang tertentu.

Kebanyakkan kanak-kanak disleksia mempunyai kekuatan dalam bidang fizikal co-coordination, kreatif dan perasaan impati terhadap orang lain dan mereka akan dapati bahawa terdapat juga kanak-kanak biasa yang lemah dalam bidang yang sama. Salah satu cara yang mudah dan boleh dijalankan adalah dengan menyenaraikan kekuatan dan kelemahan kanak-kanak yang terlibat. Masa yang diperlukan adalah lebih kurang lima atau sepuluh minit untuk berbincang tentang apa yang disenaraikan. Aktiviti ini amat berkesan dan boleh dilakukan oleh guru ataupun ibu bapa. Apabila kanak-kanak ini menulis sendiri kekuatan dan kelemahan dirinya mengikut fahaman mereka, dia akan menyedari bahawa terdapat banyak kekuatan lain yang mampu dilakukan dan ini membuktikan bahawa mereka juga mempunyai kekuatan di bidang-bidang yang berbeza. Namun, kekuatan dan kelemahan ini perlu dibincangkan, kita tidak menghargai seseorang hanya kerana mereka pandai membaca atau pandai mengira, tetapi kita menghargai seseorang apabila mereka mempunyai kriteria-kriteria yang lain seperti suka membantu, rajin atau menghormati orang tua. Perbincangan ini boleh diteruskan sehingga kanak-kanak ini dapat melihat bahawa diri mereka juga seorang yang berjaya walaupun mengalami berbezaan dari segi pembelajaran berbanding dengan kanak-kanak lain. Melihat diri mereka dalam satu cahaya yang baru akan menjadi satu titik permulaan bagi kanak-kanak disleksia dan diskalkulia memupuk keyakinan diri dan self-esteem yang akan merangsang mereka untuk lebih bersedia menerima pembelajaran dalam membina kemahiran membaca atau menulis. Usaha ini memerlukan masa dan sokongan yang lain contohnya dari segi puji-pujian yang harus diberikan bagi kejayaan dalam bidang bukan akademik, memberi penghargaan kepada mereka yang berusaha dan sentiasa menfokuskan usaha-usaha yang telah dilakukan dan bukan hasilnya. Tidak semua kanak-kanak akan menghasilkan keputusan yang baik tetapi semua kanak-kanak boleh berbangga dengan ketekunan dan usaha gigih mereka serta menumpukan sepenuh perhatian terhadap kerja yang diberikan. Dengan mengutamakan etika kerja, kita mengajar kanak-kanak bahawa mencuba adalah lebih penting dari mendapat markah penuh dalam setiap peperiksaan.(B.W.,Tennessee). Salah satu kaedah lain yang boleh membina keyakinan diri dan self-esteem kanak-kanak ialah dengan cara menerangkan kepada kanak-kanak yang bermasalah ini tentang diri mereka sendiri dan kelainan mereka dari segi saintifik. Keyakinan diri berasaskan fakta-fakta saintifik akan menghasilkan pemahaman, keupayaan membuat keputusan dan self-esteem. Ini telah disarankan oleh Dr. Debby Zambo dari Arizona State University West, College of Education. Guru-guru yang mahir dan faham secara saintifik mengenai perbezaan saiz otak, disleksia, diskalkulia akan menyampaikan maklumat kepada kanak-kanak yang terlibat. Penerangan yang diberikan perlulah ringkas dan tidak kompleks, sesuai dengan tahap pemahaman seorang kanak-kanak. Apa yang penting, maklumat yang disampaikan perlu disertakan dengan keyakinan dan boleh dipercayai serta bersesuaian dengan aras kanak-kanak itu. Dengan kefahaman dan informasi yang disampaikan, kanak-kanak yang bermasalah ini akan lebih faham perbezaan mereka dan mengerti bahawa mereka boleh membaca dan mengira cuma tidak seperti cara yang dilakukan oleh kanak-kanak biasa. Mengintegrasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak disleksia dan diskalkulia. Kemajuan di dalam bidang komunikasi dan teknologi perkomputeran sebenarnya memberikan banyak kelebihan dan peluang kepada kanak-kanak disleksia dan diskalkulia, atau mana-mana kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran untuk belajar seperti kanak-kanak normal lain. ICT mempunyai keupayaan untuk menambah faktor motivasi, menerap rasa ingin bersaing terhadap diri sendiri serta membina keyakinan diri (Thomas , 1992) dan Florian (2004) telah menyenaraikan enam kelebihan menggunakan ICT dalam persekitaran pembelajaran antaranya sebagai alat bantu mengajar, alat menilai pelajar, alat pengurusan pembelajaran, alat untuk berkomunikasi, alat bagi memperbaiki kaedah eksplorasi dalam pembelajaran dan alat pemudahcara. Kelebihan penggunaan ICT di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran turut disokong oleh Barnes dan Walter (2004) namun keseronokan yang dialami semasa penggunaan komputer dan peralatan ICT yang lain boleh mengambil alih nilai dan fungsi komponen ICT berkenaan sebagai alat bantu mengajar.

Mengintegrasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak disleksia dan diskalkulia tidak hanya termaktub kepada penggunaan komputer dan perisian khas sahaja bahkan pelbagai komponen ICT lain turut diguna sama. Komponen ICT yang lain termasuklah pembesar suara, mesin pencetak, projektor LCD, skrin putih, papan kekunci, joystick, capaian internet, alat pengimbas dan papan putih interaktif. Kebanyakan sekolah di Malaysia, malahan hampir semua telah menerima bekalan peralatan ICT hasil daripada pelaksanaan program PPSMI yang telah mula dilaksanakan secara rasmi pada tahun 2003. Namun begitu penggunaan alatan ICT ini hanya berpusatkan PPSMI, lalu keperluan ICT bagi kanak-kanak bermasalah pembelajaran seperti disleksia dan diskalkulia terabai. Ini ditambah pula dengan ketidakupayaan guru atau personalia pendidikan yang lain mengenalpasti kanak-kanak bermasalah pembelajaran di dalam sesebuah kelas. Mekanisme biasa yang dibuat oleh pihak sekolah adalah menubuhkan kelas pemulihan, iaitu sebuah kelas berasingan dari kelas biasa dan diajar oleh guru-guru sama ada yang mempunyai opsyen pendidikan khas atau guru biasa yang tiada asas mengajar murid pemulihan. Definisi program pemulihan khas yang ditakrifkan dalam Garis Panduan Pelaksanaan Program Pemulihan Khas Edisi Percubaan (2008) oleh Pusat Perkembangan Kurikulum adalah Satu program pendidikan disediakan untuk murid yang mengalami masalah dalam penguasaan kemahiran 3M yang kompleks disebabkan oleh faktor persekitaran. Program ini dijalankan oleh guru yang khusus, di ruang yang khusus.

Penggunaan ICT dan hubungannya dengan disleksia dan diskalkulia telah diterjemahkan secara terperinci oleh seorang penulis yang mempunyai anak disleksia. Anita Keates (2002), di dalam buku beliau yang bertajuk Dyslexia and Information and Communications Technology telah menyatakan bahawa penggunaan ICT memberikan capaian terhadap kurikulum dan membekalkan keseronokan dan persekitaran pembelajaran kreatif yang sangat ideal terhadap kanak-kanak disleksia. Integrasi ICT terhadap pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak disleksia boleh dilaksanakan melalui beberapa kaedah. Kaedah pertama ialah dengan menggunakan perisian khas yang dibangunkan oleh syarikat-syarikat ICT bagi mengesan disleksia dan diskalkulia seterusnya membantu kanak-kanak tersebut belajar. Sebagai contoh, perisian yang dinamakan CoPS (Cognitive Profiling System), CoPs Baseline dan Lass adalah tiga perisian khusus yang dapat mengesan disleksia dan diskalkulia di kalangan kanak-kanak. Perisian ini telah dibangunkan oleh Syarikat Lucid berpusat di East Yorkshire, Britain. Perisian ini menggunakan pendekatan permainan komputer untuk menguji kekuatan dan kelemahan kognitif kanak-kanak yang dapat memberi gambaran awal potensi disleksia dan diskalkulia. Wordshark, TextHelp Read and Write, Co-Writer, Baileys Book House, Numbershark, Millies Math House, Earobics, Easy Book dan Kid Pix adalah contoh-contoh perisian yang membantu kanak-kanak disleksia dan diskalkulia untuk belajar menulis, membaca, mengira, dan mengukuhkan sistem memori.Namun begitu, perisian-perisian lain yang telah tersedia di dalam sesebuah komputer seperti Microsoft Office Word, Microsoft Office Excell, Microsoft Office Paint dan Microsoft Office Power Point juga turut membolehkan kanak-kanak disleksia dan diskalkulia belajar. Sebagai contoh, perisian yang paling mudah dan meninggalkan impak yang besar terhadap pembelajaran kanak-kanak disleksia dan diskalkulia adalah perisian Microsoft Office Power Point kerana perisian ini memberikan peluang kepada guru atau tenaga pengajar membuat animasi ringkas tetapi menarik.Kaedah kedua adalah menggunakan capaian internet yang secara langsung dapat menghubungkan guru atau tenaga pengajar mengakses sumber pengajaran dan pembelajaran melalui laman-laman sesawang di seluruh dunia. Melalui internet, banyak maklumat dan sumber pengajaran dan pembelajaran yang dapat membantu kanak-kanak disleksia dan diskalkulia belajar. Terdapat laman-laman sesawang khusus untuk yang dibangunkan oleh individu berpengalaman atau persatuan disleksia dan diskalkulia untuk membantu menangani masalah pembelajaran. Kesimpulannya, ICT adalah pembangunan termaju yang dapat membantu menangani masalah pembelajaran seperti disleksia dan diskalkulia.

Kaedah Pelbagai Deria (Multisensory Method)Dalam kontek pengajaran dan pembelajaran, setiap murid mempunyai tahap, keupayaan serta kecenderungan yang berbeza mengikut faktor-faktor tertentu. Oleh yang demikian, guru-guru perlu memainkan peranan yang penting bagi mengenalpasti kaedah yang berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru perlu mencari satu cara atau kaedah yang membolehkan proses pembelajaran matematik lebih menyeronokkan dan bermakna. Kebanyakan pengajaran di sekolah adalah menggunakan sama ada deria penglihatan atau pendengaran semata-mata. Namun bagi kanak-kanak disleksia dan diskalkulia, ianya suatu pengalaman yang amat sukar untuk memahami konsep matematik.

Walau bagaimanapun, sekiranya seseorang kanak-kanak berpeluang menjalankan pelbagai aktiviti bagi mengukuhkan konsep yang dipelajari, ingatannya terhadap konsep itu akan menjadi lebih baik. Oleh itu, kaedah yang paling berkesan untuk mengajar matematik adalah dengan melibatkan pelbagai deria yang dikenali sebagai kaedah pelbagai deria(Multisensory methods). Kajian daripada The National Institute of Child Health and Human Development menunjukkan bahawa kaedah pelbagai deria adalah pendekatan yang paling berkesan untuk kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran. Menggunakan kaedah ini bermaksud membantu kanak-kanak tersebut belajar melalui lebih daripada satu deria terutamanya melalui sentuhan(touch) dan pergerakan (kinestetik). Kaedah ini dapat merangsang pembelajaran kanak-kanak dan menggalakkan mereka menggunakan sebahagian atau kesemua deria untuk :

(a) mengumpul maklumat tentang sesuatu tugasan;(b) menghubungkan maklumat kepada idea yang mereka telah sedia ketahui dan fahami;(c) melihat logik yang terlibat dalam menyelesaikan masalah;(d) tap into non-verbal reasoning skill;(e) memahami perhubungan di antara konsep;(f) mempelajari maklumat dan menyimpannya untuk diingati pada masa akan datang.

Terdapat banyak kelebihan menggunakan kaedah pelbagai deria. Kaedah ini dapat membantu guru menyesuaikan gaya pembelajaran murid. Hasil kajian beberapa orang penyelidik mendapati ramai murid memiliki gaya pembelajaran mereka sendiri. Jika mereka diajar dengan menggunakan teknik yang konsisten dengan cara dan gaya pembelajaran mereka, maka persepsi dan pemprosesan rangsangan akan jadi lebih mantap dan berkesan. Justeru, mereka dapat belajar dengan lebih mudah, pantas dan boleh mengaplikasikan konsep matematik untuk pembelajaran yang seterusnya.

Kaedah pelbagai deria juga dapat merangsang pembelajaran secara visual. Bahan visual yang mengandungi animasi yang menarik dan juga berwarna warni membolehkan murid memperolehi daya imaginasi yang tinggi sehingga dapat menggambarkan bentuk, ruang, saiz, warna dan garisan. Contoh penggunaan bahan visual adalah poster, model, computer, filem, video, multi-image media, penggunaan warna untuk memaparkan nombor dan lain-lain bahan visual yang sesuai.

Teknik penggunaan bunyi (auditory techniques) yang terdapat di dalam kaedah pelbagai deria juga dapat merangsang verbal reasoning. Contoh penggunaan bahan audio adalah pembaca teks berkomputer (computerized text readers), video, filem, muzik, lagu dan lain-lain bahan audio yang sesuai.

Selain daripada teknik yang disebut di atas, terdapat satu lagi teknik yang melibatkan deria sentuhan yang dinamakan tactile method. Dalam kaedah ini guru boleh menggunakan objek-objek kecil seperti batu untuk mewakilkan nilai nombor untuk mengajar kemahiran matematik seperti mengira, melakukan proses penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian. Selain daripada itu, guru juga boleh menggunakan bahan-bahan maujud seperti plastisin, tanah liat dan sebagainya untuk membina model terutamanya yang melibatkan tajuk 3-dimensi seperti kiub, kuboid, silinder dan lain-lain. Selain daripada itu, konsep pecahan juga dapat dipelajari dengan menggunakan aktiviti menggunting dan menampal keratan-keratan.Kaedah pelbagai deria yang menggunakan pergerakan badan yang dinamakan kaedah kinestetik (kinesthetic method). Ia merupakan kebolehan yang dimiliki oleh murid-murid umumnya, ini kerana minat yang mendalam mempengaruhi kecerdasan mereka sehingga ke peringkat yang lebih tinggi. Ia merupakan kebolehan anggota badan dalam melakukan gerak hasil penyampaian idea, perasaan serta mencari keputusan kepada masalah. Sebagai contoh, permainan yang melibatkan aktiviti mengira seperti permainan Ludo dan dam ular adalah sangat sesuai bagi memberi peluang kepada murid mengira tanpa merasa mereka dipaksa belajar. Permainan komputer seperti Solitaire juga membantu murid melakukan penyusunan bersiri.

TEN-FRAMEPenggunaan Ten-Frame dalam pengajaran murid dyscalculia dapat membantu mereka untuk mempelajari matematik. Ten-frame adalah susunan dua baris yang setiap satunya mengandungi lima kotak kecil. Ia adalah lanjutan dari penggunaan benda maujud dan chip dalam aktiviti membilang. Susunan bintik-bintik di dalam ten-frame dapat membantu murid untuk melihat secara visual & mengingati secara mental pola bintik untuk nombor 1 hingga 10. Murid yang diajar dengan menggunakan Ten-frame ini juga dapat mengingat nama serta nilai nombor tersebut secara langsung. Selain daripada itu penggunaan ten- frame juga dapat membantu murid mengenalpasti dan menentukan nilai tempat sesuatu digit

Titik yang terdapat pada ten-frame itu juga dapat digunakan sebagai penanda aras bagi mengambarkan imej bagi setiap nombor dengan menggunakan 5 dan 10. Contohnya, murid boleh menentukan nilai bagi sesuatu nombor. Sama ada nilainya banyak atau sedikit. Ataupun murid boleh juga menentukan nombor yang mana lebih atau kurang nilainya.

Penggunaan ten-frame juga dapat membantu guru untuk menemukan strategi mudah dalam memahami hubungan antara nombor. Ini dapat membantu guru untuk mengajar murid dalam matematik. Antara contoh Ini dapat membantu guru untuk mengajar murid dalam matematik. Antara contoh teknik pengajaran yang boleh yang boleh digunakan untuk mengajar murid ialah mencerakinkan nombor, menggunakan 5 & 5, menggenapkan 10, gandaan, dan hukum tukar- tertib dalam penambahan dan penolakan.

CHILDLANGUAGE APPROCHChild language approach adalah pendekatan yang menggunakan bahasa sebagai pedekatan pengajaran. Bagi kanak-kanak dyslexia, tahap penguasaan bahasa mereka adalah pada tahap minima. Oleh itu, pendekatan yang boleh digunakan untuk mengajar kanak-kanak ini adalah dengan menggunakan laras bahasa mereka. Pendekatan Child language approach di bahagikan kepada 4 peringkat. Pada peringkat pertama, pengajaran sesuatu konsep perlu dimulakan dengan penggunaan bahan samada berbentuk gambar, video atau sebarang simulasi. Murid perlu menceritakan apa yang dilihat dengan menggunakan bahasa yang mudah difahami oleh murid. Pada peringkat kedua iaitu peringkat Material Language, murid perlu mencaritakan tentang objek-objek yang terdapat di dalam gambar samada tentang bentuk, warna atau sebagainya. Selain daripada itu , guru boleh membimbing murid untuk meneroka perkataan-perkataan baru sepanjang mereka bercerita. Peringkat ketiga ialah peringkat Mathematical Language. Pada peringkat ini guru perlu merangsang murid untuk mendapatkan idea matematik ataupun penyataan matematik daripada gambar tadi. Murid juga perlu menyatakan bilangan objek yang terdapat pada gambar tersebut. Peringkat terakhir adalah Mathematical Symbols. Peringkat ini adalah peringkat dimana penggunaan nombor, ayat matematik dan operasi mula diperkenalkan oleh guru. Guru perlu membimbing murid untuk menyatakan nombor, menyatakan operasi dan seterusnya membina ayat matematik.

Pengetahuan tentang nombor perlu di perkenalkan kepada murid terlebih dahulu sebelum mereka mempelajari ilmu matematik. Keupayaan memahami penggunaan nombor dan operasi sepatutnya seiring dengan keupayaan mereka menggunakannya dalam pelbagai cara. Setiap guru perlu membimbing murid- murid mereka dengan menggunakan pelbagai cara tidak terbatas kepada algoritma biasa sahaja. Walaubagaimanapun, pedekatan Child language approach ini adalah berasaskan kepada pendekatan secara penerokaan. Guru perlu menghindari penggunaan perkataan betul atau salah semasa pengajaran. Guru perlu mengawal diri daripada memberikan jawapan terus kepada murid sebaliknya guru perlu membimbing murid untuk mendapatkan jawapan yang betul. Dan akhir sekali, guru perlu membimbing murid untuk mengemukakan idea dan pendapat mereka.

Setiap pendekatan yang digunakan mempunyai keistimewaan. Child language approach memberikan murid peluang untuk mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran. Mereka dapat membina kemahiran berfikir dan mereka juga dapat menyumbangkan buah fikiran meraka dalam aktiviti yang dijalankan selain daripada itu guru juga dapat membaca dan menilai apa yang difikirkan oleh murid. Pendekatan ini adalah pendekatan yang menarik dan mengembirakan murid disamping dapat memberikan persekitaran yang selesa kepada murid . Murid dapat menjadi penutur yang aktif. Mereka juga memperkayakan perbendaharaan kata dan mencambah pemikiran mereka. Pembelajaran yang bermakna adalah pembelajaran yang terbaik.

Bibliografi

K.A.Razhiyah. (2006). Mengapa Kanak-kanak Sukar Belajar? Kuala Lumpur: Penerbitan PTS Professional.Devaraj, S. & Samsilah, R. (2008). Apa itu Disleksi ? Panduan Untuk Ibu Bapa & Kaunselor. Kuala Lumpur : PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Florian, L. (2004), Uses of technology that support pupils with special educational needs, in Florian, L. and Hegarty, J. (Eds), ICT and Special Educational Needs: a Tool for Inclusion, Open University Press, Buckingham, pp. 7-20.Garis Panduan Pelaksanaan Program Pemulihan Khas 2008 (Edisi Percubaan), Kuala Lumpur: Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Ke, A. (2002). Dyslexia and Information and Communications Technology, A Guide for Teachers and Parents (2nd edition), London: David Fulton Publishers.

Thomas, M. (Ed.) (1992), I.T. and Students with Emotional and Behavioural Difficulties, National Council for Educational Technology, Coventry.

Annette Karmiloff-Smith (1999), A Functional Approach to Child Language: A Study ofDeterminers and Reference, New York, University of Cambridge.

Dyslexia Teacher- confidence Building. (n.d). Retrieved January 24, 2010, fromhttp://www.dyslexiateacher.com/t66.html

href="http://learningdisabilities.about.com/od/instructionalmaterials/p/multisensory.htm">http://learningdisabilities.about.com/od/instructionalmaterials/p/multisensory.htmhttp://www.teachingexpertise.com/articles/multisensory-maths-teaching-sen-5209 Januaryhttp://www.dyslexia-teacher.com/t61.htmlhttp://child-1st.typepad.com/my_weblog/dyscalculic-learners/http://www.heidisongs.net/HeidiSongs_Downloads/Downloads.htmlhttp://www.apsu.edu/education/MathEd/TenFrames.htmlDEFINISI MASALAH PEMBELAJARANIndividual with Disabilities Education Act (IDEA), 1997Masalah pembelajaran didefinisikan sebagai masalah dalam satu atau lebih daripada proses asas psikologi melibatkan pemahaman atau penggunaan bahasa sama ada pertuturan atau penulisan di mana masalah yang dihadapi mengakibatkan kebolehan mendengar, berfikr, bertutur dan membaca yang tidak sempurna. Ini tidak termasuk mereka yang bermasalah pembelajaran akibat daripada ketidakupayaan penglihatan, pendengaran dan motor, kerencatan akal, gangguan emosi atau kekurangan dalam persekitaran, budaya atau ekonomi.The National Joint Committee on Learning Disabilities (NJCLD), 1990Mentakrifkan masalah pembelajaran sebagai merujuk kepada satu kumpulan masalah yang pelbagai yang mengakibatkan kesukaran yang nyata mendengar, bertutur, membaca, menulis, membuat keputusan atau menyelesai masalah matematik. Masalah ini berpunca daripada ketidakfungsian sistem saraf pusat dan boleh berlaku pada bila-bila tahap umur. Masalah mengawal tingkah laku, persepsi dan interaksi sosial mungkin wujud bersama masalah pembelajaran tetapi ia sendiri tidak akan menyebabkan kepada berlakunya masalah pembelajaran. Masalah pembelajaran mungkin wujud seiring dengan ketidakupayaan lain seperti masalah sensori, kerencatan mental atau gangguan emosi.Secara kesimpulannya, pelajar bermasalah pembelajaran terdiri daripada mereka yang kurang kemampuan belajar disebabkan oleh masalah pemahaman, pertuturan, penulisan dan penyelesaian masalah matematik. Ini tidak termasuk masalah pembelajaran disebabkan oleh kerencatan mental, kurang upaya penglihatan, pendengaran, gangguan emosi dan tingkah laku.Ciri-ciri Pelajar Bermasalah PembelajaranCiri-ciri pelajar bermasalah pembelajaran boleh dibahagikan kepada ciri kognitif, akademik, sosial dan emosi dan tingkah laku.4.1 Ciri KognitifPelajar bermasalah pembelajaran kebiasaannya lemah dalam pengamatan termasuklah tumpuan, perhatian, ingatan dan pemikiran atau pengolahan. Pelajar bermasalah pembelajaran menghadapi kesukaran dalam mengaitkan pengetahuan sedia ada dengan pengetahuan baru atau sukar mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam situasi pembelajaran.4.2 Ciri AkademikCiri akademik berlaku di kalangan pelajar masalah pembelajaran dalam masalah membaca, lisan, tulisan dan matematik. Ramai pelajar masalah pembelajaran menghadapi masalah membaca. Paling nyata ialah kesukaran memahami apa yang dibaca dan kesukaran mengenal pasti perkataan. Istilah yang sering dikaitkan dengan masalah membaca ialah disleksia.Selain membaca, pelajar bermasalah pembelajaran menghadapi kesukaran dalam lisan seperti fonologi, morfologi, susunan kata dalam ayat(syntax)dan pragmatik. Pelajar yang lemah dalam lisan gagal memahami perkataan yang di sampaikan sekaligus sukar melibatkan diri dalam perbualan atau interaksi dengan kawan dan sebagainya.Masalah kemahiran menulis di kalangan pelajar bermasalah pembelajaran ialah kesukaran memegang pen atau penselketika menulis dengan tangan, menulis huruf yang berlainan saiz, kelemahan dalam mengeja, tidak menggunakan tatabahasa yang betul, organisasi perenggan yang tidak teratur dan kurang menggunakan struktur ayat yang kompleks.Secara umum, pelajar kemahiran menulis pelajar bermasalah pembelajaran adalah lebih rendah berbanding dengan rakan sebaya mereka yang normal atau biasa. Bagaimana pun, kemahira menulis pelajar bermasalah pembelajaran boleh dipertingkatkan jika intervensi awal dilaksanakan dan kaedah mengajar yang teratur dan sistematik diperkenalkan.Bidang terakhir di mana pelajar bermasalah pembelajaran menghadapi kesukaran untuk belajar ialah matematik. Masalah ini juga boleh di istilahkan sebagai diskalkulia yang merujuk kepada ketidakupayaan dalam kemahiran matematik. Secara umumnya diskalkulia bermakna ketidakupayaan untuk mengira. Antara masalah matematik yang berlaku di kalangan pelajar bermasalah pembelajaran ialah tidak menguasai sepenuhnya dalam pengiraan asas seperti tambah, tolak, darab dan bahagi. Selain itu, pelajar bermasalah pembelajaran sukar membuat anggaran dan pengukuran seperti saiz, nilai, wang, jarak atau cecair.4.3 Ciri Sosial dan EmosiMemahami ciri sosial dan emosi pelajar bermasalah pembelajaran adalah sama penting dengan memahami ciri kognitif dan akademik mereka. Bagaimana pelajar bermasalah pembelajaran melihat diri mereka dan orang lain serta bagaimana mereka mahir dalam interaksi sosial secara signifikannya dapat mempengaruhi mereka berjaya dalam pembelajaran. Tambahan pula,kejayaan mereka dalam hidup bergantung kepada kemampuan mereka berinteraksi dengan orang lain secara berkesan.4.3.1Kemahiran Sosial yang LemahPelajar yang mempunyai kemahiran sosial yang lemah didapati sukar untuk mencari kawan, diketepikan oleh pelajar lain dan tidak kerap berinteraksi dengan guru. Mereka kurang mempunyai teman-teman dari kalangan kanak-kanak biasa disebabkan mereka tidak berupaya untuk mengetahui kenapa dan bagaimana untuk menjalin serta mengekalkan hubungan. Adakalanya pelajar bermasalah pembelajaran tidak mempunyai kemahiran untuk menolak tekanan rakan sebaya yang negatif serta tidak dapat mengenalpasti model rakan sebaya yang baik untuk ditiru.Akibatnya, harga-diri (self-esteem) mereka pun rendah yang mungkin disebabkan dengan kekecewaan usaha mereka berinteraksi dengan orang lain. Kadang kala hal ini menyebabkan mereka bertingkah laku negatif dan menyakiti orang lain.4.3.2 MotivasiMotivasi merupakan keinginan untuk melibatkan diri dalam aktiviti. Kebanyakan pelajar bermasalah pembelajaran kurang bermotivasi untuk belajar. Apabila pelajar bermasalah pembelajaran berjaya dalam peperiksaan, mereka menganggap sebagai bernasib baik atau ujian senang, tetapi apabila gagal dalam ujian, mereka menganggap diri mereka bisu (dumb). Keadaan ini menunjukkan betapa lemahnya motivasi mereka.4.4 Ciri Tingkah LakuSebahagian pelajar bermasalah pembelajaran mempunyai masalah sukar memberi tumpuan, mudah terganggu, terlalu aktif dan resah, tidak mengikut arahan dan sebagainya. Istilah yang sering digunakan dalam masalah ini di sebut masalah kurang tumpuan hiperaktiviti (ADHD). Masalah tingkah laku ini akan mengganggu kelas dan tidak menyenangkan bagi guru, ibu bapa dan pelajar lain. Masalah tingkah laku ini juga boleh mengganggu hubungan sosial dan memberi kesan negatif terhadap penilaian kendiri pelajar.http://nurulhidayah86-hidayah.blogspot.com/2009/04/masalah-pembelajaran.html

Murid pemulihan menghadapi beberapa masalah dalam mengaplikasikan matematik dalam kehidupan sehariannya. Hal ini disebabkan mereka mengalami masalah dalam kemahiran mengira. Kemahiran mengira adalah asas dalam konteks matematik. Sebelum murid pemulihan mengaplikasikan matematik dalam kehidupannya mereka haruslah mahir dalam pembelajaran matematik. Mereka haruslah menguasai operasi tambah, tolak, darab dan bahagi supaya dapat menerapkan konsepnya dalam kehidupan.Pertama sekali, masalah diskalkulia dalam kalangan murid pemulihan. Merujuk isitilah sastera, Dys dalam bahasa Greek bermaksud kesukaran, Calculia dalam bahasa Latin bermaksud pengiraan. Maka Diskalkulia didefinisikan sebagai masalah pembelajaran spesifik yang mempengaruhi pemerolehan atau pembelajaran kemahiran aritmetik (Wikipedia, 2008).MenurutDepartment for Education Skills 2001diskalkulia diterangkan sebagai sesuatu keadaan yang mempengaruhi keupayaan menguasai atau memperoleh kemahiran aritmetik. Kanak-kanak seperti inimengahadapi masalah dalam memahami konsep nombor yang mudah, kekurangan kefahaman intuisi terhadap nombor, dan bermasalah dalam mempelajari fakta nombor dan prosedur-prosedur. Sebagai contohnya, mereka 4+5 = 9, tetapi tidak dapat mentafsirkan bahawa 5+4=9. Walaupun mereka dapat menghasilkan jawapan yang betul, tetapi mereka melakukannya dengan tanpa keyakinan diri. Berdasarkan pengalaman saya, sebelum ini saya pernah melawat Pusat Disleksia di Ampang, Kuala Lumpur untuk mengumpulkan maklumat tentang masalah murid disleksia serta antara intervensi yang mereka aplikasikan untuk memulihkan kanak-kanak tersebut. Di sana saya juga dapat memerhatikan kanak-kanak yang mempunyai masalah diskalkulia.Guru-guru yang berkhidmat di sana telah menggunakan pelbagai jenis kaedah, bahan dan terapi untuk memulihkan masalah pembelajaran murid tersebut.

Masalah diskalkulia ini menyebabkan murid-murid pemulihan mengalami kesukaran dalam menguasai kemahiran operasi asas matematik. Ia menyebabkan murid-murid tidak dapat menghitung dengan betul apa-apa jua benda yang diberikan. Dalam kehidupan seharian pula, dia tidak dapat membeli sesuatu benda dalam kuantiti yang betul. Kelemahannya akan menjadi kekuatan kepada orang lain. Hal ini menyebabkan mereka mudah ditipu oleh orang lain. Selain itu, masalah ini juga mengakibatkan murid pemulihan tidak dapat mengira wang dengan betul. Mereka tidak menghargai nilai wang dan menggunakannya secarasewenang-wenangnya. Masalah yang seterusnya adalah murid pemulihan masih lagi tidak menguasai kemahiran pranombor. Konsep pranombor yang perlu diajarkan kepada murid-murid pemulihan melibatkan konsep asas terhadap mengenal dan memahami warna, saiz, dan bentuk sesuatu objek. Murid-murid yang mengalami kesukaran dalam konsep pranombor tidak dapat membezakan antara warna, saiz sesuatu gambar dan juga suaikan bentuk yang sama. Di samping itu, murid pemulihan juga sukar untuk mengenali nombor asas 0-9 dan mudah lupa nombor-nombor tersebut. Manakala, aktiviti pengelasan adalah proses yang penting untuk membentuk konsep nombor. Proses pengelasan perlu melalui beberapa tahap iaitu memilih dan membanding, mengumpul, memilih semula, mengasingkan kumpulan, dan memilih objek berdasarkan fungsi dan kegunaan. Malah, murid pemulihan ada yang masih lagi tidak dapat menguasai aspek-aspek tersebut.Masalah tersebut menyebabkan murid pemulihan tidak dapat mengkelaskan sesuatu benda mengikut warna, saiz dan bentuk dalam kehidupan sehariannya. Mereka juga tidak dapat mengukur, menyukat dan menimbang barang-barang dibeli. Impaknya ia boleh menjejaskan masa depan murid pemulihan. Mereka tidak dapat melibatkan diri dalam bidang yang sesuai. Seperti mana yang kita bincangkan di atas, pada masa kini kebanyakan bidang memerlukan pengetahuan matematik asas. Tanpa pengetahuan matematik mereka sukar melibatkan diri dalam sesuatu bidang. Ia akan menggelapkan masa hadapan murid pemulihan.Seterusnya, bah kata pepatah masa itu emas menyatakan bahawa masa mempunyai nilai yang berharga dan kita haruslah menjaga masa dengan baik. Malah, murid pemulihan pula mengalami masalah untuk menentukan waktu atau masa juga. Mereka tidak dapat menentukan masa dengan betul berdasarkan jam,minit dan saat.

Lantaran itu, faktor dalaman juga mempengaruhi kesukaran menguasai subjek Matematik. Murid pemulihan mengalami masalah dari segi fizikal iaitu cacat pendengaran, masalah pengamatan, ketidakselarasan antara mata dan tangan. Kesannya adalah murid pemulihan sukar untuk mempelajari, memahami, dan mengadaptasikan pengetahuan Matematik yang telah dipelajari ke dalam kehidupan seharian. Di samping itu, murid-murid ini juga mengalami kesukaran untuk mengawal koordinasi motor halus dan kemahiran persepsi penglihatan kerana agak lemah untuk mengawal secara total pergerakan mata serta refleksi otot-otot yang terlibat semasa menulis seperti otot lengan, tangan dan jari. Murid yang mengalami masalah pengamatan juga tidak boleh mengesan jarak antara nombor, menulis nombor di atas garisan dan terbalik. Selain daripada itu, faktor luaran juga mempengaruhi masalah pembelajaran dalam Matematik. Terdapat segelintir guru yang tidak dapat menyampaikan maklumat yang berkaitan Matematik dengan sempurna dan tersusun. Sekiranyaguru yang mengajar tidak dapat memberikan pengalaman yang cukup dengan menggunakan alat-alat yang dapat memberikan kefahaman yang lebih, maka sudah tentu konsep Matematik yang abstrak agak sukar untuk dikuasai dan sukar untuk menarik minat para pelajar. Hal ini menyebabkan murid pemulihan hilang minat dalam subjek Matematik kerana menganggap topik-topik Matematik amat sukar untuk dikuasai. Selain itu, persekitaran bilik darjah yang tidak kondusif iaitu jarak di antara papan hitam dan kedudukan murid kadang kala tidak diambil kira oleh para guru ketika proses Pengajaran dan pembelajaran dijalankan

Kesimpulannya, setiap masalah boleh ditangani melalui menggunakan strategi dan kaedah yang sesuai. Guru-guru, ibu bapa dan juga pihak sekolah perlu menitikberatkan masalah-masalah yang dihadapi oleh murid pemulihan dalam matapelajaran matematik supaya dapat dipulihkan dengan segera tanpa ia menjadi lebih serius.