seni visual - portal buku teks

2
Buku teks Seni Visual Tingkatan 2, Sekolah Seni Malaysia (SSeM) ini mengandungi empat bab, iaitu Fotografi, Reka Bentuk, Seni Kraf dan Seni Halus. Setiap bab dibahagikan dengan beberapa subtajuk termasuklah fotografi digital, reka bentuk grafik, reka bentuk industri, kraf tradisional, kraf dimensi baharu, lukisan dan catan. Pembelajaran dalam buku teks ini dipersembahkan dalam bentuk penulisan, gambar dan lukisan melalui susun atur grafik yang menarik. Dalam beberapa tajuk, pelajar dapat mengakses maklumat lanjut tentang subjek yang dipelajari melalui QR Code yang disediakan. Selain itu, sumber gambar juga disenaraikan dalam QR Code pada akhir setiap bab. SENARAI QR CODE 1. Kulit Hadapan : Sinopsis, senarai QR Code dan biodata penulis 2. Halaman 4 : Al-Hasan Ibnu Al-Haytham 3. Halaman 5 : Kamera Obskura 4. Halaman 44 : Yaman bin Ibrahim 5. Halaman 45 : Rarindra Prakarsa 6. Halaman 46 : Senarai sumber gambar Bab 1 7. Halaman 84 : Proses membuat buku selak 8. Halaman 94 : Proses membuat cenderahati pelbagai guna 9. Halaman 100 : Senarai sumber gambar Bab 2 10. Halaman 152 : Senarai sumber gambar Bab 3 11. Halaman 180 : Senarai sumber gambar Bab 4 SENI VISUAL

Upload: others

Post on 16-Oct-2021

6 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: SENI VISUAL - Portal Buku Teks

Buku teks Seni Visual Tingkatan 2, Sekolah Seni Malaysia (SSeM) ini mengandungi empat bab, iaitu Fotografi, Reka Bentuk, Seni Kraf dan Seni Halus. Setiap bab dibahagikan dengan beberapa subtajuk termasuklah fotografi digital, reka bentuk grafik, reka bentuk industri, kraf tradisional, kraf dimensi baharu, lukisan dan catan.

Pembelajaran dalam buku teks ini dipersembahkan dalam bentuk penulisan, gambar dan lukisan melalui susun atur grafik yang menarik. Dalam beberapa tajuk, pelajar dapat mengakses maklumat lanjut tentang subjek yang dipelajari melalui QR Code yang disediakan. Selain itu, sumber gambar juga disenaraikan dalam QR Code pada akhir setiap bab.

SENARAI QR CODE

1. Kulit Hadapan : Sinopsis, senarai QR Code dan biodata penulis2. Halaman 4 : Al-Hasan Ibnu Al-Haytham3. Halaman 5 : Kamera Obskura4. Halaman 44 : Yaman bin Ibrahim5. Halaman 45 : Rarindra Prakarsa6. Halaman 46 : Senarai sumber gambar Bab 17. Halaman 84 : Proses membuat buku selak8. Halaman 94 : Proses membuat cenderahati pelbagai guna9. Halaman 100 : Senarai sumber gambar Bab 210. Halaman 152 : Senarai sumber gambar Bab 311. Halaman 180 : Senarai sumber gambar Bab 4

SENI VISUAL

Page 2: SENI VISUAL - Portal Buku Teks

PENULISMarhanim binti Abdul Razak dilahirkan pada 8 Oktober 1972 di Kampung Behor Inai, Perlis. Beliau berkelulusan Sarjana Pendidikan (Pendidikan Seni Visual), Universiti Malaya (UM), 2008; Sarjana Muda Seni Halus (Kepujian) Universiti Teknologi Mara (UiTM), 2001; Sarjana Muda Seni Halus, Universiti Teknologi Mara (UiTM), 1996; Diploma Pendidikan Seni, Universiti Teknologi Mara (UiTM), 1998. Beliau berpengalaman luas dalam penulisan buku rujukan dan buku teks. Sehingga kini, beliau telah menulis sebanyak 14 buah buku rujukan Seni Visual Tingkatan 1 – 6 dan buku teks Seni Visual Tingkatan 1 (Sekolah Seni Malaysia). Selain itu, beliau merupakan Jurulatih Utama Pendidikan Seni Visual Peringkat Kebangsaan dan Peringkat Negeri Selangor (2004 – 2009) dan Penaksir KRSV Daerah Hulu Langat (2004 – 2009). Beliau menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 2005 dan 2016. Kini, beliau bertugas sebagai guru Pendidikan Seni Visual di salah sebuah sekolah menengah di Selangor.

Yusnirah binti Mohamed Yusof dilahirkan pada 21 Oktober 1974 di Kuala Lipis, Pahang. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Seni Halus, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam (1997); Diploma Pendidikan Seni Visual, Maktab Perguruan Raja Melewar (MPRM), Negeri Sembilan (2003). Beliau berpengalaman sebagai Guru Pendidikan Seni Visual; Pensyarah Sambilan dan Jurulatih di UiTM, Manjung, Perak; Pensyarah dan Timbalan Pengarah Program IKIP-UiTM di IKIP, Pahang; Pensyarah Sambilan di Maktab Perguruan Tengku Ampuan Afzan (MPTA) Kuala Lipis, Pahang serta Jurulatih Kesenian Visual di Sekolah Seni Malaysia, Johor. Beliau menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 2014. Selain itu, beliau pernah dilantik sebagai Panel Penilai (DBP) bagi buku teks Seni Visual Tingkatan 1 (Sekolah Seni Malaysia). Kini, beliau sedang melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Pendidikan Seni di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Perak.

Norliyanti binti Haji Ithnain dilahirkan pada 14 April 1975 di Batu Pahat, Johor. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Seni Lukis dan Seni Reka dalam pengkhususan Seni Reka Tekstil, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam (1997). Beliau merupakan Guru Cemerlang Pendidikan Seni Visual lantikan Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 2009 dan menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 2010. Beliau dilantik oleh SPP sebagai Panel Temu duga ke Jawatan Tetap Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 (2016). Selain itu, beliau berpengalaman dalam bidang penulisan dan panel penilai buku teks. Beliau pernah dilantik sebagai Panel Penilai (DBP) bagi buku teks Pendidikan Seni Visual Tahun 4 (Masalah Pembelajaran), 2013; Panel Penilai (DBP) bagi buku teks Pendidikan Seni Visual Tahun 5 Sekolah Kebangsaan, 2014; Panel Penilai (DBP) bagi buku teks Pendidikan Seni Visual Tahun 6 Sekolah Kebangsaan, 2015; Penulis buku teks Seni Visual Tingkatan 1 (Sekolah Seni Malaysia), 2016; Ketua Panitia Pendidikan Seni Visual; Ketua Penaksir Sekolah KRSV SPM 2004 hingga kini. Kini, beliau bertugas sebagai guru Pendidikan Seni Visual di Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Bukit, Kajang.