seni visual

19
01. PENDAHULUAN Semenjak zaman pra-sejarah dan era pra-Islam telah menyaksikan kepercayaan anamisme dan Hindu-Buddha menjadi pegangan orang-orang Melayu. Kedatangan Islam pada kurun ke 14M telah membawa perubahan besar kepada budaya dan perspektif ketamadunan Melayu. Fenomena ini telah memberi impak yang mendalam terhadap perkembangan kesenian Melayu. Ideologi islam mengangkat seni nusantara iaitu kraf Melayu dalam format seni krafangan berdasarkan acuan Islam. Seni tekstil seperti, songket, batik dan juga kraf yang lain seperti anyaman, ukiran kayu dalam memantulkan asimilasi budaya islam dalam karya senikraftangan Melayu. Ilmu seni Islam mengatakan intipati kerohanian ditentukan oleh grid yang lebih logik kerana ianya bermain dengan sistem matematik dalam membentuk corak arabesque dan geometrik. Justeru, Keunikan seni kraftangan Melayu dapat dihayati melalui gaya, pola dan motif-motif yang terdiri daripada pelbagai bentuk dan variasi yang terasimilasi hasil acuan budaya tempatan dan kepercayaan dalam seni islam. 1.1 Definisi Kraf Kraftangan berasal dari bahasa Jerman, kraft, yang membawa erti kekuatan, keteguhan dan kecekapan. John Harvery menegaskan bahawa kekuatan ini juga terletak pada keahlian, kecekapan dan ungkapan seperti pengetahuan ialah kuasa . Menurut Paul J. Smith dalam bukunya Craft Today Poetry of the physical , mensifatkan kraf tangan, secara mistiknya mewakili kesatuan antara spiritual dan pancaindera seorang insan. Ini mengukuhkan lagi elemen kemanusian dalam kehidupan harian dan pengalaman yang dilahirkan melalui kraf tangan disamping melahirkan kraf tangan individu. Tuntasnya, kraf merupakan barangan yang dihasilkan dengan menggunakan kemahiran tangan, dikeluarkan dengan atau tanpa menggunakan alat atau peralatan yang mudah yang dijalankan secara individu dan juga diusahakan oleh pengusaha-pengusaha kraf dengan menggunakan tenaga buruh yang ramai. Kraftangan pula membawa maksud apa-apa keluaran artistik yang mempunyai daya tarikan kebudayaan atau tradisional dan hasil daripada sesuatu proses yang

Upload: kinomulok

Post on 31-Jan-2016

143 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

KRAF TRADISI MELAYU

TRANSCRIPT

Page 1: SENI VISUAL

01. PENDAHULUAN

Semenjak zaman pra-sejarah dan era pra-Islam telah menyaksikan kepercayaan anamisme dan

Hindu-Buddha menjadi pegangan orang-orang Melayu. Kedatangan Islam pada kurun ke

14M telah membawa perubahan besar kepada budaya dan perspektif ketamadunan Melayu.

Fenomena ini telah memberi impak yang mendalam terhadap perkembangan kesenian

Melayu.

Ideologi islam mengangkat seni nusantara iaitu kraf Melayu dalam format seni krafangan

berdasarkan acuan Islam. Seni tekstil seperti, songket, batik dan juga kraf yang lain seperti

anyaman, ukiran kayu dalam memantulkan asimilasi budaya islam dalam karya

senikraftangan Melayu. Ilmu seni Islam mengatakan intipati kerohanian ditentukan oleh grid

yang lebih logik kerana ianya bermain dengan sistem matematik dalam membentuk corak

arabesque dan geometrik. Justeru,Keunikan seni kraftangan Melayu dapat dihayati melalui

gaya, pola dan motif-motif yang terdiri daripada pelbagai bentuk dan variasi yang terasimilasi

hasil acuan budaya tempatan dan kepercayaan dalam seni islam.

1.1 Definisi Kraf

Kraftangan berasal dari bahasa Jerman, kraft, yang membawa erti kekuatan, keteguhan dan

kecekapan. John Harvery menegaskan bahawa kekuatan ini juga terletak pada keahlian,

kecekapan dan ungkapan seperti ‘pengetahuan ialah kuasa . Menurut Paul J. Smith dalam

bukunya “Craft Today’ Poetry of the physical”, mensifatkan kraf tangan, secara mistiknya

mewakili kesatuan antara spiritual dan pancaindera seorang insan. Ini mengukuhkan lagi

elemen kemanusian dalam kehidupan harian dan pengalaman yang dilahirkan melalui kraf

tangan disamping melahirkan kraf tangan individu.

Tuntasnya, kraf merupakan barangan yang dihasilkan dengan menggunakan

kemahiran tangan, dikeluarkan dengan atau tanpa menggunakan alat atau peralatan yang

mudah yang dijalankan secara individu dan juga diusahakan oleh pengusaha-pengusaha kraf

dengan menggunakan tenaga buruh yang ramai. Kraftangan pula membawa maksud apa-apa

keluaran artistik yang mempunyai daya tarikan kebudayaan atau tradisional dan hasil daripada

sesuatu proses yang bergantung kepada kemahiran tangan dan termasuklah apa-apa jua

barang, walau bagaimanapun dihasilkan akan menghasilkan reka bentuk batik pada atau di

mana-mana bahagiannya.

Page 2: SENI VISUAL

1.2 Pengaruh Kesenian Islam Dalam Kraftangan Melayu

Apabila Islam masuk ke alam Melayu, Kesenian Melayu banyak bercampur baur antara

agama, adat dan kebudayaan dalam menghasilkan rekaan karya-karya kesenian terutamanya

kraftangan seperti songket, batik, ukiran kayu, tenunan dan sebagainya. Antara kepercayaan

dalam agama, adat resam dalam kebudayaan dan mitos-mitos dari pemikiran lama telah

menghasilkan kepelbagaian dalam kesenian kraftangan yang kemudiannya diolah berdasarkan

prinsip seni dalam islam . Bagi menerangkan konsep seni islam dalam kraftangan Melayu,

kepercayaan dalam islam telah menggariskan peraturan yang wajib diikuti iaitu konsep

tauhid. Islam membenar umat berimiginasi dan berkreativiti dalam pemikiran mereka, perlu

dijaga dan disuburkan dlm ruang dan batasan syariat. Elemen yang diulang-ulang berbentuk

geometri.

Tiada elemen-elemen figura Kesenian Islam berteraskan konsep tauhid dan bertujuan

untuk mempertingkatkan agama. Seni harus menjurus kepada pengabdian diri kepada Tuhan.

Kesenian islam hendaklah memaksimumkan kesedaran tentang keesaan Allah. Tiada

pemisahan antara seni dan agama. Peranan Kesenian Islam pengkarya perlu memahami

ajaran Islam yang hendak disampaikan melalui seni sama ada seni lukisan, muzik, seni bina,

seni pentas. Ragamhias yang dihasilkan perlu mempunyai mesej yang jelas boleh mendidik

manusia supaya menjadi insan yg baik dan insan yg hampir kepada Allah.

Kemasukan Islam yang bersifat akomodatif (tidak secara peperangan atau paksaan)

ini menyebabkan ianya mudah diterima di alam Melayu.Kajian terhadap gaya dalam seni

islam dalam kraftangan melayu boleh diliha menerusi olahan ragamhis seperti tradisi Awan

Larat, geometrikal, kaligrafi dan campuran /kombinasi. Gaya Awan Larat Melayu merupakan

ikonografi yang paling popular dalam ragamhias kraftangan melayu khususnya dalam ukiran

kayu, batik, songket dan seni logam.

Ragamhias dalam krafangan ini dipercayai berasal dari pengamatan seniman Melayu yang

mendalam terhadap alam yang dijelmakan menerusi perspektif budaya setempat yang seiring

dengan kepercayaan agama Islam itu sendiri.

Page 3: SENI VISUAL

02. KRAF MELAYU

Kraf tradisional Melayu merupakan khazanah kesenian yang menjadi kebanggaan

masyarakat Melayu kerana mempunyai nilai yang tinggi dari sudut estetik dan pemikiran

disebaliknya, halus, unik dan berperlambangan. Kraftangan Melayu dihasilkan dalam

pelbagai variasi yang mempunyai nilai-nilai estetika yang tersendiri. Ukiran kayu, , tenunan,

anyaman , seni bina dan sebagainya merupakan warisan turun temurun yang digunakan

sebagai hiasan, kegunaan harian serta diperdagangkan. Masyarakat Melayu mencipta kraft

bergantung kepada kekuatan pemikiran dan kreativiti individu terhadap bahan alam yang

terdapat dalam persekitaran.

2.1 Kraftangan Seni Songket

Songket merupakan hasil tenunan tangan yang disulam dengan pelbagai jenis benang seperti

benang sutera, emas, perak, benang bercahaya dan benang berwarna pada kain tenunan biasa

untuk menghasilkan sesuatu corak dan motif. Istilah songket berasal dari teknik proses

‘sungkit’ iaitu menyungkit bunga daripada benang. Kemahiran dan kretiviti tukang tenun

terserlah melalui pengolahan corak dan hasil tenunan yang indah lagi menarik.Motif dan

warna yang terdapat pada tenunan songket melambangkan strata atau kedudukan seseorang.

Secara tradisi, songket ditenun dengan menggunakan benang sutera halus dan benang emas

serta dipakai oleh kerabat diraja Melayu dan golongan Bangsawan.

Page 4: SENI VISUAL

2.1.1 Ragamhias Songket

Motif dan ragamhiasnya sera cara menenun itu sendiri memperlihatkan keindahan dan

kesempurnaan hasil ciptaan zaman silam yang masih segar hingga ke hari ini. Motif dalam

reka corak songket biasanya diilhamkan daripada sumber alam semula jadi seperti gunung,

ombak, daun, buah-buahan, bunga-bungaan dan makanan.

Motif kain songket terdiri daripada dua unsur penting iaitu unsur alam dan tumbuhan. Motif

yang sering digunakan meliputi bentuk bunga, daun atau pucuk dan bahagian tampuk buah-

buahan.

Motif rekacorak yang menghiasi kain songket kebanyakannya berasaskan bunga-

bungaan. Dengan teknik menenun yang tersendiri, kesemua bentuk motif terhasil dalam corak

geometri. Motif-motif pada kain songket disusun dengan susunan bunga penuh, bertaburan

atau susunan bercorak. Moif pucuk rebung dan lawi ayam sering ditempatkan di kepala kain.

Manakala awan larat pula dijadikan sebagai kaki kain.

Motif Pucuk Rebung dihasilkan dalam bentuk geometri.

Motif Bunga Lapan dihasilkan dalam bentuk geometri. Corak ulangan dengan susunan bunga penuh.

Page 5: SENI VISUAL

Terdapat enam corak songket yang biasa dibuat iaitu bunga penuh, bunga bertabur,

corak jalur, siku keluang (zig-zag), tapak catur dan pucuk rebung. Kecantikan songket juga

bergantung kepada penggunaan dan kombinasi warna. Kebanyakan penenun gemar

menjadikan alam semula jadi sebagai sumber warna. Warna putih setar (ungu), kuning kunyit,

biru laut, merah darah ikan, hijau pucuk pisang dan kelabu tahi anjing merupakan antara

warna yang sering menjadi pilihan. Penjagaan songket juga harus dititik beratkan. Songket

seharusnya digulung semasa disimpan dan tidak dipegang dengan tangan yang kotor. Ia perlu

dibersihkan secara minimum dan tidak dijemur di bawah matahari yang cerah.

Motif Bunga Lapan dihasilkan dalam bentuk geometri. Corak awan larat digubah di bahagian kepala kain

Corak awan larat

Corak susunan geometri.

Page 6: SENI VISUAL

2.1.2 Ciri-Ciri Seni Islam Serta Pengaruh Budaya Dalam Songket Dari Aspek Estetik, Fungsi Dan Makna.

Kehalusan rekaan corak batik diolah bermotifkan kebudayaan dan warisan yang bercirikan

nilai keislaman menjadikan karya songket kelihatan indah sesuai dengan fungsi

pemakaiannya. Corak geometri merupakan elemen kesenian Islam. Elemen geometri ini juga

dilihat sebagi simbol bagi menggambarkan sesuatu bentuk yang mana corak-corak geometri

itu di bentuk berdasarkan beberapa konsep yang digunakan bagi menghasilkan corak geometri

yang menarik dan unik. Ia juga manifestasi ketaqwaan seniman Islam terhadap pencipta-Nya.

Ketaqwaan mereka ini dilahirkan melalui pemilihan unsur-unsur ragam hias yang mereka

terapkan ke atas bahan-bahan seni yang mereka hasilkan. Islam menyampaikan perutusan

melalui simbol tetapi yang membezakan Islam dengan agama-agama lain itu ialah Islam tidak

menggunakan lambang-lambang atau arca-arca dalam bentuk manusia. Islam menggunakan

kaligrafi, motif tumbuh-tumbuhan, arabesque (awan larat) dan geometri yang memerlukan

pemikiran yang tinggi untuk mencipta dan memahaminya. Sekaligus ia melambangkan

ketinggian daya pemikiran umat Islam yang dapat menangkap segala makna yang tersurat dan

tersirat.

2.2 Kraf Batik

Batik dipercayai berasal daripada Indonesia yang mana diambil daripada perkataan Melayu

untuk titik dan Jawa 'mba' ertinya menulis. Oleh itu batik bererti menulis titik-titik yang

dimaksudkan di sini sama ada berupa titik-titik dalam ertikata sebenar atau berupa bunga-

bunga dan lain-lain motif kecil di atas permukaan kain. Kemudian, teknik untuk mewujudkan

motif-motif itu bergantung pada zaman dan ruang. Kebiasaannya reka corak dan motif-motif

batik diinspirasikan dari alam semula jadi seperti flora dan fauna yang kemudiannya digabung

dengan corak-corak geometri atau abstrak.

Pelbagai Corak dan Motif Batik

Page 7: SENI VISUAL

2.2.1 Ragamhias Batik

Motif-motif yang digunakanbiasanya yang berunsur alam semulajadi dan tradisional. Diantara unsur-unsur yang terdapat adalah bermotifkan fauna, flora dan geometri Motif Organik berunsurkan alam semulajadi seperti awan larat, tumbuh-tumbuhan dan bunga-bungaan. Motif geometri selalunya lebih digemari dalam pembikinan batik kerana ianyalebih mudah dan ringkas untuk diolah. Antara motif geometri yang popular ialahsegi tiga pucuk r atik Blok adalah adaptasi daripada unsur alam semulajadi. Kebanyakannya berdasarkan kepada flora dan fauna. Corak flora dipilih daripada bahagian-bahagian tumbuhan yang ditiru berasaskan bentuk bunga. Gubahan motif dan corak direka secara realistik, abstrak dan stilisasi dalam bentuk geometrik atau organik.

Corak Awan Larat ( Arabes) pada kain Batik

Corak ‘S’ dalam aplikasi Batik, menggunakan unsur-unsur kosmos

Page 8: SENI VISUAL

Ceplok Jalur kamuning Parang Rusak

Swastika

Ketuk Piring Pilih Berganda S Bentuk Siput

Page 9: SENI VISUAL

Antara motif flora yang digunakan untuk mencorak batik ialah pucuk rebung, pohon ara,

bunga tampuk manggis, bunga mangga, bunga cempaka, bunga buluh, bunga maman, bunga

kerak nasi, bunga berbaling, bunga raya, daun keladi, bunga kenaga dan beberapa lain lagi.

Manakala bagi motif fauna yang popular ialah seperti jaring ikan dan ayam. Rebung,segi

empat,garisan lurus, swastika, gandaan huruf “S”,bulatan dan sebagainya.

2.2.2 Ciri-Ciri Seni Islam Serta Pengaruh Budaya Dalam Batik Dari Aspek Estetik,

Fungsi Dan Makna.

Corak arabes diterapkan dalam pemilihan ragamhias baik. Pola geometri ini yang jika

diulang-ulang penggunaannya maka ia menjadi makna kepada istilah seni hiasan bercorak

Arabesque (gaya berulang) yang turut ditambah nilai ketinggian seninya dengan unsur bunga-

bungaan (flora dan fauna) dan terutama sekali kaligrafi khat, ayat-ayat al-Quran. Batik

memiliki pengulangan dari sebuah pola bentuk yang kemudian disusun sedemikian rupa

hingga menghasilkan suatu karya seni yang cantik dalam media selembar kain merupakan

manifestasi ketaqwaan seniman Islam terhadap pencipta-Nya. Ketaqwaan mereka ini

dilahirkan melalui pemilihan unsur-unsur ragam hias yang mereka terapkan ke atas bahan-

bahan seni yang mereka hasilkan dengan mengolah dalam bentuk yang menarik sesuai dengan

ciri seni dalam islam.

Corak Ulangan Geometri

Corak Awan Larat

Page 10: SENI VISUAL

Simetri dan pengulangan sebagai sebuah makna dalam perancangan artistik ternyata

diterapkan dalam pembuatan motif pada batik. pola simetri dan pengulangan yang terjadi

sehingga menghasilkan corak yang begitu menarik. Elemen geometri yang diterapkan dalam

ragamhias batik mempunyai makna yang tersirat. Ia merupakan seni corak Arabes 

berdasarkan penerapan pengulangan corak-corak bentuk geometri dan pola kombinasi yang

pelbagai; bentuk-bentuk ini sering mengunakan tema tanaman (flora) dan kadang- kadang

juga bertemakan haiwan (fauna).  Bagi Muslim, bentuk-bentuk ini, diambil bersama-sama,

merupakan pola yang tak terhingga yang melampaui dunia lahiriah yang terlihat

melambangkan sifat penciptaan Tuhan (Allah).

2.3 Seni Kraf Ukiran Kayu

Seni ukiran merupakan salah satu daripada tradisi kraftangan yang telah lama bertapak dalam

sejarah ketamadunan Melayu. Selain batu dan bahan logam, kewujudannya paling ketara

dapat dilihat pada ragam hias peralatan dan perkakas rumah, perahu, alat persenjataan dan

elemen-elemen kesenibinaan yang diperbuat daripada kayu. Keunikan dan kehalusan hasilan

karya seni ukiran Melayu membuktikan ketinggian nilai estetiknya

2.3.1 Ragamhias Ukiran Kayu

Keunikan seni ukiran Melayu dapat dihayati melalui gaya, pola dan motif-motif yang terdiri

daripada pelbagai bentuk dan variasi. Kajian terhadap gaya dalam seni ukiran tradisi Melayu

boleh dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu Awan Larat, geometrikal, kaligrafi dan

campuran /kombinasi. Gaya Awan Larat Melayu dipercayai berasal dari pengamatan seniman

Melayu yang mendalam terhadap alam. Dalam hal ini tompok-tompok awan yang bergerak

menghasilkan pelbagai bentuk dan corak yang menarik menjadi sumber inspirasi kepada

pengukir Melayu.

Rehal, Ukiran Kayu mengaplikasikan corak Flora

Khat, Ukiran Kaligrafi pada dinding-dingi rumah dan juga masjid.

Page 11: SENI VISUAL

Corak geometri amat sinonim dengan kesenian Islam. Ia merupakan salah satu daripada tiga motif hiasan yang sering menjadi pilihan para seniman Islam kerana sifatnya yang bukan figura (makhluk bernyawa).

Corak ukiran tebuk memperlihatkan Liuk Lentuk Motif Dalam Ukiran Melayu menerangkan

dengan jelas mengenai motif-motif hiasan yang digunakan dengan pengaruh dan kepercayaan

motif itu sendiri. Ungkapan Keperibadian Melayu Dalam Ukiran Melayu dalam bentuk jiwa

yang diterjemahkan dalam bentuk kata-kata yang indah bagi memudahkan pemahaman

masyarakat tentang makna yang tersirat disebalik keindahan ukiran kayu. Keindahan ukiran

Corak Geomeri dalam ukiran kayu

Corak Awan Larat (arabes) dalam ukiran kayu. Mempunyai falsafah tersendiri.

Page 12: SENI VISUAL

Melayu adalah manifestasi gambaran jiwa dan budaya yang dimiliki oleh masyarakat Melayu

dengan gabunggan ketinggian ilmu, kebolehan minda dan kemahiran untuk mengerahkan

deria disalurkan kepada ukiran kayu sebagai satu nikmat yang boleh dihayati. Ianya dikaitkan

dengan zikir dan sifat Allah yang telah sedia wujud – tiada permulaan dan tiada akhiran yang

digambarkan melalui sifat reka corak yang infiniti.

2.3.2 Ciri-Ciri Seni Islam Serta Pengaruh Budaya Dalam Ukiran Kayu Dari Aspek Estetik, Fungsi Dan Makna.

Penjelmaan bentuk-bentuk geometri, motif tumbuh-tumbuhanan dan kaligrafi adalah

alternatif kepada larangan menggambar yang disebut dalam hadis.  Pengolahan eksperimental

dalamreka cipta bentuk geometri dan hiasan bermotifkan tumbuh-tumbuhan dapat

menghasilkan kesenian yang harmoni dan mempunyai nilai yang tinggi.  Seni tidak boleh

diklasifikasikan kepada subjek atau objek semata-mata. Ia harus dilihat sebagaimana Islam

sendiri memandang sesuatu. Ia tidak dilihat pada satu sudut tertentu tetapi pada sesuatu yang

menyeluruh. Selari dengan kehidupan yang telah ditentukan oleh Allah yang dimuatkan

dalam firman-firman-Nya (al-Quran). Cara praktikal atau amalinya pula melalui teladan

kehidupan Rasulullah s.a.w. Oleh itu, seni Islam mempunyai noktah dan tujuan yang jelas

iaitu sebagai manifestasi beribadah kepada Allah. Manakala kandungannya pula seiring

dengan nilai-nilai Islam.

Seni ukir kraftangan Melayu mempunyai nilai yang tinggi samada dalam susunan

komposisi cara pengisian bidang yang dihias, ataupun dalam menyelaraskan motif-motif

ukiran. Pada umumnya pembahagian bidang itu diatur berdasarkan geometri yang

bermotifkan seperti daun, akar, bunga, dan sebagainya. Oleh itu, dalam seni ukir Islam

kelihatan paduan yang hormani antara rasa dan akal yang kelihatan pada ukiran kayu,.

Seni ukir ini kerap terjalin dengan seni khat. Seni khat merupakan suatukeistimewaan 

seni ukir yang sering didapati menghiasi bangunan-bangunan Islam. Olehitu, seni ini bukan

semata-mata untuk memenuhi kewujudan seni untuk seni atau sebagai pantulan dan jelmaan

rasa indah sahaja. Namun ia juga memberi kesan lain yang lebih mendalam dan bererti iaitu

kesan keindahan yang mendekatkan kepada peri manusia danrasa ketuhanan. Justeru ukiran-

ukiran dari pelbagai motif itu terjalin denagn keindahanayat-ayat al-Quran, hadis-hadis dan

kata-kata hikmat yang dapat menambat hati dan perasaan manusia

Page 13: SENI VISUAL

04. KEUNIKAN DAN KESEPADUAN KESENIAN ISLAM DAN MELAYU.

Transformasi Islamisai dalam kesenian dan kebudayaan dalam alam Melayu begitu

ketara. Kehadiran islam dalam alam melayu telah mengubah cara hidup serta pandangan

mereka terhadap alam semesta yang sekaligus turut mencorakkan kepelbagaian ragamhias

dalah kraftangan Melayu seiring dengan konsep Islam. Seni dalam dalam kepercayaan

Melayu merupakan satu proses pendidikan yang bersifat positif mengikut kaca mata Islam,

menggerakkan semangat, memimpin batin dan membangunkan akhlak. Semua aktiviti

kesenian mesti ditundukkan kepada tujuan terakhir (keredhaan Allah dan ketaqwaan). Semua

nilai mestilah ditundukkan dalam hubunganNya serta kesanggupan berserah diri. Ertinya seni

mestilah bersifat "Al-Amar bil Ma'ruf dan An-Nahy 'an Munkar" (menyuruh berbuat baik

dan mencegah kemungkaran) serta membangunkan akhlak masyarakat, bukan membawa

kemungkaran dan juga bukan sebagai perosak akhlak ummah.

Penelitian terhadap bahan-bahan kesenian dalam kraf tradisional Melayu

memperlihatkan susunan perutusan Islam berdasarkan konsep ruang yang mencerminkan

fahaman Islam terhadap kekuasaan Allah yang mencipta seluruh alam ini. Ia juga manifestasi

ketaqwaan seniman Islam terhadap pencipta-Nya. Islam menyampaikan perutusan melalui

simbol tetapi yang membezakan Islam dengan agama-agama lain itu ialah Islam tidak

menggunakan lambang-lambang atau arca-arca dalam bentuk manusia. Islam menggunakan

kaligrafi, motif tumbuh-tumbuhan, arabesque (awan larat) dan geometri yang memerlukan

pemikiran yang tinggi untuk mencipta dan memahaminya. Sekaligus ia melambangkan

ketinggian daya pemikiran umat Islam yang dapat menangkap segala makna yang tersurat dan

tersirat.

Unsur-unsur islam yang dimanifesasikan dalam setiap karya kraftangan seni Melayu.

Sesungguhnya islam amat menekankan beapa pentingnyan proses pembelajaran itu melalui

pemahaman nilai seni. Hasil warisan khazana turun temurun turut menjadikan olahan

ragamhias menjadi milik kepada masyarakat melayu. Ketaqwaan pengkarya dibukikan

melalui pemilihan unsur-unsur ragam hias yang mereka terapkan ke atas bahan-bahan seni

yang mereka hasilkan. Sebagai contoh motif-motif flora banyak digunakan dalam ragam hiasa

anyaman, tekat serta ukiran kayu. Motif diolah menggunakan elemen geometri ataupun

organic yang diubah dalam bentuk rupa.

Page 14: SENI VISUAL

Bentuk corak yang rumit yang dikenali sebagai arabesqueIsi (iaitu pokok persoalan

dan motif yang digunakan dalam karya seni) merupakan dicipta bagi mengelakkan lambang

atau bentuk manusia, maka kebanyakan tukang-tukang pandai Melayu telah mencipta suatu

cara baru bagi menggambarkan hal-hal yang bersifat di luar kemampuan manusia. bukanlah

satu-satunya aspek seni Islam yang memperkuatkan ajaran tauhid tetapi struktur atau

bentuknya yang menjadi sangat penting. .

Page 15: SENI VISUAL

4. FALSAFAH, MAKNA, KONSEP SAINS, MATEMATIK DAN NILAI DALAM

SENI KRAFTANGAN ISLAM

Tradisi kesenian Islam yg awal lebih cenderung ke arah menyatakan atau luahan

fikiran bukan semata-mata mengisi ruang dlm penjelmaan motif-motif hiasan.  Malahan

terkandung konsep dan falsafah yang berteraskan kepada prinsip tauhid.  Kepekaan

kita terhadap prinsip ini bukanlah tidak berasas.  Pengkarya krafangan Melayu memang telah

menyedari hakikat nilai estetik adalah sebahagian padu dari pancaran kefahaman keagamaan

islam.

Corak geometri amat sinonim dengan kesenian Islam. Ia merupakan salah satu

daripada tiga motif hiasan yang sering menjadi pilihan para seniman Islam kerana sifatnya

yang bukan figura (makhluk bernyawa). Geometri didefinisikan di dalam kamus Dewan

sebagai salah satu cabang matematik yang berkaitan dengan ukuran, sifat-sifat hubungan titik,

garis, sudut permukaan dan bongkah. Batik, anyaman, dan ukiran kayu menggunakan elemen

corak geometri sebagai pilihan hiasan utama dalam kratfangan.

Ia dikaitkan dengan maksud tiada permulaan dan tiada pengakhiran ataupun sebagai

simbol keabadian. Bulatan merupakan bentuk asas kepada bentuk poligon yang lain.

Kehalusan dan ketepatan sudut yang dihasilkan oleh para seniman Islam dalam menghasilkan

motif geometri adalah amat dikagumi. Ia bukan sahaja mempamerkan bakat seni malah ia

turut mempamerkan kemahiran pengiraan yang pelu dilakukan bagi menghasilkan bentuk

geometri yang tepat. Tidak seperti hari ini yang kebanyakan motif dihasilkan dengan

menggunakan mesin dan pengiraan komputer, para seniman Islam dahulu perlu melakukan

semua pengiraan secara manual dengan ilmu yang mereka perolehi. Antara medium yang

digunakan dalam menghasilkan hiasan corak geometri ialah kayu, gading, kaca dan jubin.

Corak geometri diaplikasikan dengan falsafah dan maksud yang tersirat seperti contoh,

bentuk bulatan. Ia dikaitkan dengan maksud tiada permulaan dan tiada pengakhiran ataupun

sebagai simbol keabadian. Bulatan merupakan bentuk asas kepada bentuk poligon yang lain.

Justeru, unsur geometri dalam ragamhias kratfangan Melayu seperti anyaman tikar dan

songket membukikan penggunaan operasi matemaik dan sains. Tidak sahaja pada corak atau

bentuk yang unik mahupun pemilihan warna, tetapi segalanya berasaskan kepada perkiraan

atau matematik.Tanpa campur, tolak, darab dan bahagi, sesebuah corak berasaskan geometri

Page 16: SENI VISUAL

tidak mungkin dapat direka dan seterusnya menghiasi medium-medium dalam seni bina

mahupun seni tampak dan budaya yang lain.

05. KESIMPULAN

Kesenian krafangan Melayu terutamanya dalam aspek seni ukiran kayu, songket, anyaman

dan sebagainya seiring dengan nilai kepercayaan agama dan budaya setempat yang

terasimilasi secara langsung mewujudkan nilai-nilai keindahan dalam karya kraftangan

Melayu. Islam pula tidak sekadar dipandang sebuah agama yang terlalu jumud kepada amalan

spiritual semata-mata tetapi Islam juga berkembang meliputi pelbagai aspek sebagaimana

yang ditonjolkan dalam kesenian Islam. Setiap motif yang digunakan dalam rahamhias

krafangan Melayu mengandungi makna atau falsafah tertentu untuk mengingatkan masyarakat

mereka tentang kehalusan budaya atau larangan –larangan tertentu yang berbentuk secara

halus sesuai dengan ciri islam.Selain itu, elemen geometri juga dilihat sebagai pelengkap

kepada keindahan dan kemasyhuran sesuatu binaan itu di mana elemen geometri inilah yang

menjadi dekorasi kepada kebanyakan karya krafangan Melayu.

Page 17: SENI VISUAL

BIBLIOGRAFI

Cheu Hock-Tong. 2000. Confucianism in Chinese Culture. Selangor: Pelanduk Publications.

Dr. Othman Mohd. Yatim. 1989. Warisan Kesenian Dalam Tamadun Islam. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

El-Said. Issam & Parman. Ayse, 1976, Geometric Concepts In Islamic Art, Ed.1, Jil.1, United

Kingdom: World of Islam Festival Publishing Company Ltd.

El-Said, Issam, 1993, Islamic Art And Architecture: The System Of Geometric Design, Ed.1,

United Kingdom: Garnet Publishing Limited

Dewan Budaya Sept. 1984, Seni Ukiran Kayu Tradisional Melayu di Semenanjung Malaysia,

Dewan Bahasa dan Pustaka