seni visual tingkatan 3 - dewan bahasa dan pustakabukuteks.dbp.gov.my/media/media/e7tuv7ulla.pdfbuku...

2
Buku teks Seni Visual Tingkatan 3, Sekolah Seni Malaysia (SSeM) ini mengandungi tiga bab, iaitu Seni Halus dan Fotografi, Reka Bentuk Grafik dan Reka Bentuk Industri, dan Seni Kraf. Setiap bab dibahagikan kepada beberapa subtajuk, iaitu cetakan saring sutera, fotografi seni halus, risalah, pembungkusan, peralatan domestik, perabot, batik lukis, batik blok, tenunan songket dan tenunan pua. Pembelajaran dalam buku teks ini berdasarkan dua fokus Standard Kandungan, iaitu Ekspresi Kreatif dan Seni dalam Kehidupan. Buku ini dipersembahkan dalam bentuk penulisan, gambar dan lukisan melalui susun atur grafik yang menarik. Dalam setiap subtajuk, murid dapat mengakses maklumat tambahan dan proses penghasilan karya melalui QR Code yang disediakan. SENARAI QR CODE 1. Kulit Hadapan : Sinopsis, senarai QR Code dan biodata penulis 2. Halaman 5 : Kaedah cetakan saring sutera 3. Halaman 15 : Jenis pewarna cetakan 4. Halaman 16 : Video proses cetakan saring sutera 5. Halaman 29 : Video proses mengedit foto 6. Halaman 46 : Video proses penghasilan dami 7. Halaman 47 : Video vektor elemen daun 8. Halaman 48 : Video vektor teknik pelitupan 9. Halaman 65 : Video pemilihan skema warna 10. Halaman 121 : Video proses penghasilan batik lukis 11. Halaman 137 : Video proses penghasilan batik blok 12. Halaman 156 : Video proses penghasilan kain songket 13. Halaman 173 : Video proses penghasilan kain pua SENI VISUAL TINGKATAN 3

Upload: others

Post on 08-Aug-2021

44 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: SENI VISUAL TINGKATAN 3 - Dewan Bahasa dan Pustakabukuteks.dbp.gov.my/media/media/E7tuv7ULlA.pdfBuku teks Seni Visual Tingkatan 3 , Sekolah Seni Malaysia (SSeM) ini mengandungi tiga

Buku teks Seni Visual Tingkatan 3, Sekolah Seni Malaysia (SSeM) ini mengandungi tiga bab, iaitu Seni Halus dan Fotografi, Reka Bentuk Grafik dan Reka Bentuk Industri, dan Seni Kraf. Setiap bab dibahagikan kepada beberapa subtajuk, iaitu cetakan saring sutera, fotografi seni halus, risalah, pembungkusan, peralatan domestik, perabot, batik lukis, batik blok, tenunan songket dan tenunan pua.

Pembelajaran dalam buku teks ini berdasarkan dua fokus Standard Kandungan, iaitu Ekspresi Kreatif dan Seni dalam Kehidupan. Buku ini dipersembahkan dalam bentuk penulisan, gambar dan lukisan melalui susun atur grafik yang menarik. Dalam setiap subtajuk, murid dapat mengakses maklumat tambahan dan proses penghasilan karya melalui QR Code yang disediakan.

SENARAI QR CODE

1. Kulit Hadapan : Sinopsis, senarai QR Code dan biodata penulis2. Halaman 5 : Kaedah cetakan saring sutera3. Halaman 15 : Jenis pewarna cetakan4. Halaman 16 : Video proses cetakan saring sutera5. Halaman 29 : Video proses mengedit foto6. Halaman 46 : Video proses penghasilan dami7. Halaman 47 : Video vektor elemen daun8. Halaman 48 : Video vektor teknik pelitupan9. Halaman 65 : Video pemilihan skema warna10. Halaman 121 : Video proses penghasilan batik lukis11. Halaman 137 : Video proses penghasilan batik blok12. Halaman 156 : Video proses penghasilan kain songket13. Halaman 173 : Video proses penghasilan kain pua

SENI VISUAL TINGKATAN 3

Page 2: SENI VISUAL TINGKATAN 3 - Dewan Bahasa dan Pustakabukuteks.dbp.gov.my/media/media/E7tuv7ULlA.pdfBuku teks Seni Visual Tingkatan 3 , Sekolah Seni Malaysia (SSeM) ini mengandungi tiga

PENULISProfesor Madya Ts. Dr. Sharkawi bin Che Din dilahirkan pada 18 Mei 1970 di Kodiang, Kedah. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Grafik Berkomputer, Whanganui School of Design, New Zealand (1994); Ijazah Sarjana Computer Art, Savannah College of Art and Design, Amerika Syarikat (1998); dan Ijazah Kedoktoran Pendidikan Animasi, Universiti Teknologi MARA (2013). Pada tahun 1998, beliau telah dianugerahkan pencapaian Outstanding Achievement in Animation oleh Mark Zimmer, pengasas syarikat perisian grafik berkomputer MetaCreation dan Propes Fellowship Award oleh Savannah College of Art and Design sebagai pelajar terbaik kursus animasi. Beliau berpengalaman menulis buku-buku animasi dan grafik berkomputer bersama-sama dengan juruanimasi Hollywood yang diterbitkan oleh Charles River Media, Amerika Syarikat. Pada tahun 1999, beliau dilantik sebagai panel penggubal kurikulum oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bagi mata pelajaran Animasi untuk peringkat sekolah menengah. Pengalaman pertama beliau dalam penulisan buku teks ialah pada tahun 2007 bagi mata pelajaran Animasi dan Reka Bentuk Penerbitan Tingkatan 4 & 5. Di samping itu, beliau banyak menulis buku-buku terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, antaranya Animasi 3D (2000), Animasi 3D: Asas Permodelan dan Teknik Animasi (2007), Media Digital (2016) dan Animasi 3D Lanjutan (2017). Pada tahun 2018, beliau juga dilantik sebagai penggubal kurikulum untuk mata pelajaran Grafik Berkomputer. Selain itu, beliau juga sering kali dijemput sebagai panel hakim dalam pertandingan fotografi serta pernah memenangi beberapa hadiah utama dalam pertandingan fotografi di dalam dan di luar negara. Kini, beliau bertugas sebagai pensyarah kanan di Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, Universiti Teknologi MARA, UiTM Selangor.

Wan Nur Hayati binti Wan Abdul Rahman dilahirkan pada 4 November 1981 di Kulai, Johor. Beliau berkelulusan Sarjana Muda Seni Reka Fesyen, Universiti Teknologi MARA (2003); Diploma Pendidikan Seni, Universiti Teknologi MARA (2008); dan Sarjana Teknologi Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia (2012). Beliau berpengalaman sebagai guru Pendidikan Seni Visual, pengadil pertandingan mewarna bersempena Ekspo Latihan Kemahiran Hari Terbuka ADTEC di Batu Pahat, Johor (2009) dan peserta Seminar Kebangsaan serta Pameran Pendidikan Seni Visual Universiti Teknologi MARA (2013). Selain itu, beliau merupakan Jurulatih Utama Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Tingkatan 3 Peringkat Daerah Batu Pahat, Johor (2014); Ketua Pentaksir Sekolah Kajian Rekaan Seni Visual (2009 hingga kini); Pemeriksa Peperiksaan SPM Pendidikan Seni Visual (2012 hingga kini). Beliau telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 2011. Kini, beliau sedang bertugas sebagai guru Pendidikan Seni Visual di salah sebuah sekolah menengah di Kuala Lumpur.