manual pengguna portal buku teks …

18
MANUAL PENGGUNA PORTAL BUKU TEKS http://bukuteks.dbp.gov.my DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA Versi 2.0 3 Oktober 2019

Upload: others

Post on 03-Jan-2022

11 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MANUAL PENGGUNA PORTAL BUKU TEKS …

MANUAL PENGGUNA PORTAL BUKU TEKS

http://bukuteks.dbp.gov.my

DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

Versi 2.0 3 Oktober 2019

Page 2: MANUAL PENGGUNA PORTAL BUKU TEKS …

Kawalan Versi

Skop dan Sasaran Pembaca

Manual Pengguna Portal Buku Teks menyediakan maklumat dan langkah-langkah bagaimana untuk

menggunakan portal ini.

Versi

No Versi Tarikh

Semakan Nama Pengarang Penerangan Semakan

1.0 31/10/2016 Orateks Kandungan asal yang dicipta

2.0 03/10/2019 DBP Mengemaskini isi kandungan

.

Page 3: MANUAL PENGGUNA PORTAL BUKU TEKS …

DBP

Manual Pengguna Portal Buku Teks i

Kandungan

1. PENDAHULUAN 2

2. AKSES KE PORTAL 3

2.1. Log Masuk 4

3. PROFIL PENGGUNA 5

3.1. Laman Utama 5

3.2. Paparan Kemaskini Profil 7

4. LAMAN EDITOR 8

4.1.1. Memaparkan Media 9

4.1.2. Memuat Naik Media 10

4.1.3. Paparan Muat Naik Dari Sistem SPE 11

4.1.4. Mengemaskini Media 13

4.1.5. Laman Mengemaskini Media 13

4.1.6. Uji Lari Media Video 14

4.1.7. Menghapuskan Media 15

4.1.8. Pengesahan Untuk Menghapuskan Media 15

4.1.9. Memapar dan Memuat Naik Media 16

4.1.10. Paparan Media Yang Telah Dimuat Naik 16

Page 4: MANUAL PENGGUNA PORTAL BUKU TEKS …

DBP

Manual Pengguna Portal Buku Teks 2

1 Pendahuluan

Pada Jun 2016, wujud keperluan baharu iaitu meletakkan maklumat dalam bentuk kod QR pada bahagian kandungan buku teks sebagai rujukan tambahan kepada guru dan pelajar. Maklumat tambahan ini terdiri daripada teks, imej, audio, video ataupun laman sesawang.

Sebagai langkah awal, Editor Bahagian Buku Sekolah telah menggunakan dropbox masing-masing untuk mengemaskini dan menyimpan data. Kebarangkalian data hilang, rosak, hilang akses dan sebagainya mungkin akan berlaku kerana dropbox tidak dapat dikawal oleh DBP. Untuk mengatasi masalah ini, KPM mensyaratkan data atau rujukan tambahan ini dikawal oleh DBP dan satu aplikasi/portal khusus perlu dibangunkan.

Lanjutan dari itu Portal Buku Teks (PBT) telah dibangunkan dan siap untuk digunakan mulai Disember 2016. Portal ni merupakan aplikasi pengurusan maklumat yang digunakan untuk menyimpan maklumat, mengemaskini maklumat, menyusun maklumat mengikut halaman, memaparkan maklumat mengikut peringkat capaian yang dikhususkan dan membolehkan maklumat diakses oleh pengguna/guru/pelajar melalui imbasan kod qr pada telefon pintar.

Maklumat utama portal terdiri daripada kod qr dan isi kandungan buku teks seperti imej, teks, audio,

video ataupun pautan laman sesawang.

Format fail media yang dibenarkan sebagaimana jadual berikut:

Jenis Maklumat Fomat Catatan

Imej .jpeg Contoh: bunga.jpeg

Teks .pdf Contoh: bahan_seminar1_kemerdekaan.pdf

Audio .mp3 Contoh: lagu_negaraku.mp3

Video .mp4 Contoh: video_banjir.mp4

a. Pastikan saiz video tidak melebihi 40MB.

b. Pastikan video disimpan dalam format fail .mp4 dengan standard definition. Standard definition dipilih kerana saiz failnya lebih rendah jika dibandingkan dengan video high definition.

c. Pastikan pembekal video menyerahkan video mengikut format fail dan saiz yang ditetapkan sebelum dimuat naik ke dalam portal.

d. Untuk menukarkan format fail video kepada .mp4 dan standard definition, pembekal boleh menggunakan sebarang perisian penyunting video atau menggunakan laman web https://www.onlinevideoconverter.com/.

Pautan Alamat laman sesawang Contoh: www.youtube.com/watch?v=sukan_bola

Jangan letakkan nama protokol (http:// dan https://). Terus letakkan nama domain dan alamat URL (www …)

Page 5: MANUAL PENGGUNA PORTAL BUKU TEKS …

DBP

Manual Pengguna Portal Buku Teks 3

2 Akses ke Portal Sila gunakan url berikut untuk mengakses portal buku teks DBP. URL : bukuteks.dbp.gov.my Portal ini sesuai dilayari dengan menggunakan pelayar laman web Google Chrome

.

Page 6: MANUAL PENGGUNA PORTAL BUKU TEKS …

DBP

Manual Pengguna Portal Buku Teks 4

2.1 Log Masuk Sila masukkan maklumat ID pengguna dan kata laluan yang telah diberikan oleh pentadbir untuk log masuk ke portal. Contoh log masuk ke portal adalah seperti di bawah kemudian klik pada butang Log Masuk. ID Pengguna: Nombor Staf Kata Laluan: abc123

Page 7: MANUAL PENGGUNA PORTAL BUKU TEKS …

DBP

Manual Pengguna Portal Buku Teks 5

3 Profil Pengguna

3.1 Laman Utama Selepas log masuk, paparan laman utama yang terdiri daripada 5 kurikulum akan dipaparkan seperti di bawah. Kurikulum yang berwarna biru adalah akses yang dibenarkan. Kurikulum yang berwarna kelabu adalah kurikulum yang tidak diberikan akses.

Page 8: MANUAL PENGGUNA PORTAL BUKU TEKS …

DBP

Manual Pengguna Portal Buku Teks 6

Maklumat nama penuh pengguna akan dipaparkan di sebelah gambar profil. Butang Log Keluar pula adalah untuk pengguna mematikan sesi setelah tugas selesai dilaksanakan. Menu Tetapan > Profil adalah untuk mengemaskini profil pengguna seperti maklumat nama penuh dan gambar profil.

Page 9: MANUAL PENGGUNA PORTAL BUKU TEKS …

DBP

Manual Pengguna Portal Buku Teks 7

3.2 Paparan Kemaskini Profil Maklumat terperinci pengguna portal boleh dikemaskini di sini. ID pengguna adalah tetap dan tidak dibenarkan untuk ditukar. Maklumat seperti senarai berikut sahaja yang dibenarkan untuk ditukar. 1. Nama Penuh 2. Jawatan 3. No. Telefon Pejabat 4. No. Telefon Mobil 5. Alamat emel 6. Katalaluan Tekan butang Simpan selepas kemaskini dibuat. Profil Imej boleh dikemaskini dengan menekan butang Pilih Imej.

Page 10: MANUAL PENGGUNA PORTAL BUKU TEKS …

DBP

Manual Pengguna Portal Buku Teks 8

4 Laman Editor Log masuk ke portal dengan menggunakan ID pengguna yang mempunyai akses sebagai Editor. Menu akan dipaparkan pada laman utama mengikut akses yang telah diberikan. Terdapat 5 Kurikulum di dalam portal buku teks ini. Bagi kurikulum yang boleh diakses oleh pengguna ia akan dipaparkan dengan warna biru pada laman utama seperti gambar di bawah.

Setelah Kurikulum dipilih tingkatan atau tahun akan dipaparkan pada menu untuk pilihan yang lebih terperinci. Di dalam contoh ini Kurikulum SSeM telah dipilih dan menu tingkatan dipaparkan. Didapati Tingkatan 1 dan Tingkatan 5 sahaja yang dihitamkan kerana pengguna ini hanya memiliki akses ke atas 2 kelas ini.

Page 11: MANUAL PENGGUNA PORTAL BUKU TEKS …

DBP

Manual Pengguna Portal Buku Teks 9

Pilih kelas yang dikehendaki untuk mengemaskini buku teks. Sebagai contoh klik pada kelas Tingkatan 5.

Senarai buku yang dipaparkan adalah mengikut akses yang telah diberikan oleh pentadbir portal.

4.1.1 Memaparkan Media

Untuk memaparkan media, klik pada butang Papar Media. Setiap butang akan memaparkan media yang telah dimuat naik bagi setiap buku. Paparan seperti berikut akan dipaparkan sekiranya masih belum ada media yang dimuat naik bagi buku yang dipilih.

Page 12: MANUAL PENGGUNA PORTAL BUKU TEKS …

DBP

Manual Pengguna Portal Buku Teks 10

4.1.2 Memuat Naik Media

Untuk memuat naik media, pengguna hendaklah menekan butang Tambah Media. Laman memuat naik media akan dipaparkan.

Maklumat media haruslah dimasukkan sebelum media dimuat naik. Media boleh dipilih dari komputer pengguna ataupun dari sistem SPE.

Untuk ruangan muka surat, hanya angka yang boleh diinput. Jika ada kod QR yang perlu diletakkan

pada bahagian awalan (sebelum halaman 1 atau pada kulit buku), taip “0” pada ruangan muka surat.

.

Page 13: MANUAL PENGGUNA PORTAL BUKU TEKS …

DBP

Manual Pengguna Portal Buku Teks 11

4.1.3 Paparan Muat Naik Dari Sistem SPE

Klik pada nama fail untuk pra tonton fail yang hendak dimuat naik. Klik 2 kali secara serentak untuk memilih fail yang hendak dimuat naik. Masukkan maklumat bagi media yang hendak dimuat naik. Tekan butang Simpan untuk menyimpan media yang telah dimuat naik.

Page 14: MANUAL PENGGUNA PORTAL BUKU TEKS …

DBP

Manual Pengguna Portal Buku Teks 12

Setelah butang Simpan ditekan mesej ini akan dipaparkan apabila maklumat media telah berjaya disimpan di dalam pangkalan data.

Media akan disenaraikan selepas butang Ok ditekan.

Page 15: MANUAL PENGGUNA PORTAL BUKU TEKS …

DBP

Manual Pengguna Portal Buku Teks 13

4.1.4 Mengemaskini Media

Untuk mengemaskini media pengguna hendaklah menekan butang Kemaskini.

Butang Kemaskini

4.1.5 Laman Mengemaskini Media

Page 16: MANUAL PENGGUNA PORTAL BUKU TEKS …

DBP

Manual Pengguna Portal Buku Teks 14

4.1.6 Uji Lari Media Video

Untuk memastikan sama ada video yang dimuat naik berfungsi dengan baik, mohon editor melaksanakan uji lari seperti langkah berikut:

a. Klik butang Kemaskini.

b. Pada ruangan Media, klik butang Play untuk memainkan video tersebut. Jika video berfungsi dengan baik, video tersebut akan dapat dimainkan dengan sempurna selepas imbasan kod QR pada peranti. Jika video tersebut tidak berfungsi dengan baik (hanya audio yang keluar), video itu perlu ditambah baik dan ditukar.

Page 17: MANUAL PENGGUNA PORTAL BUKU TEKS …

DBP

Manual Pengguna Portal Buku Teks 15

4.1.7 Menghapuskan Media

Pengguna hendaklah menekan butang Hapus sekiranya media hendak dihapuskan.

Butang Hapus

4.1.8 Pengesahan Untuk Menghapuskan Media

Page 18: MANUAL PENGGUNA PORTAL BUKU TEKS …

DBP

Manual Pengguna Portal Buku Teks 16

4.1.9 Memapar dan Memuat Naik Media

Pengguna hendaklah menekan butang Muat Naik sekiranya media hendak dipaparkan dan dimuat naik.

Butang Muat Naik

4.1.10 Paparan Media Yang Telah Dimuat Naik