teks ucapan majlis perasmian penutupan bulan...
TRANSCRIPT
1
Teks Ucapan
MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN
BULAN KOMITMEN STRATEGI DAN KUALITI (BULAN SQ 2010)&
PELANCARAN KRITERIA ANUGERAH STRATEGI DAN KUALITINAIB CANSELOR
UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP)
oleh
Y.BHG. BRIG. JEN. DATO’ PROF. DR. KAMARUDIN HUSSINNaib Canselor
31 Julai 2010Dewan Kapitol, Universiti Malaysia Perlis
2
Bismillahir-Rahma-nir-Rahim
ورحمةاهللاوبركاته عليكم السالم
Dan Salam 1Malaysia
Yang BerhormatDato’ Saifuddin Abdullah dan DatinTimbalan Menteri Pengajian Tinggi
Yang BerusahaProf. Dr. Zul Azhar Zahid JamalTimbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
Yang BerusahaTuan Haji Rusli Haji Abd. HamidPendaftar
Yang BerusahaPegawai-pegawai Utama Universiti
Yang BerusahaSaudara Abdul Aziz MahmuddinPengarah, Pusat Pembangunan Korporat dan Pengurusan Kualiti(PUSPEK)
Yang BerusahaDekan-dekan dan Ketua-ketua Jabatan
Yang DikasihiSeluruh Warga Kerja Universiti Malaysia Perlis
3
Yang DisayangiSaudara Muhamad Nur MisbahYang Di-Pertua, Majlis Perwakilan Pelajar
Para Pemimpin Pelajar
Para mahasiswa, Rakan-rakan media dan
Hadirin yang Dikasihi Sekalian.
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah (s.w.t) kerana hanya
dengan limpah kurnia dan izin-Nya kita dapat berkumpul pada
petang ini. Selawat dan salam kepada Baginda Rasulullah (s.a.w),
para sahabat dan anggota keluarga Baginda. Semoga himpunan
kekeluargaan ini diberkati Allah yang menggerakkan hati kita
untuk berhimpun di sini. Semoga Nabi Junjungan kita Baginda
Rasulullah menerima kita sebagai ummatnya apabila tiba saat dan
ketikanya.
Sekali lagi saya ingin menyatakan rasa kesyukuran saya kehadrat
Allah (s.w.t) kerana pada petang ini kita dapat bersama-sama
dengan Y.B. Dato’ Saifuddin Abdullah yang kita undang khas
untuk merasmikan Majlis Penutupan Bulan Komitmen Strategi dan
Kualiti (Bulan Komitmen SQ 2010) dan menyempurnakan Majlis
Pelancaran Kriteria Anugerah Strategi dan Kualiti Naib Canselor.
Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Y.B. Dato’
Saifuddin Abdullah dan Datin kerana sudi bertandang ke UniMAP
meskipun saya dimaklumi bahawa Dato’ berdua mempunyai acara
yang ketat di Alor Setar pada sebelah pagi dan Dato’ baru sahaja
4
tiba dari Kulim kerana perlu menghadiri suatu lagi program di sana
pada tengah hari tadi.
Untuk pengetahuan Y.B. Dato’ hari genaplah UniMAP berumur
lapan tahun, lima bulan dan 15 hari sejak saya dilantik sebagai
Naib Canselor pada 16 Februari 2002 dan sejak KUKUM (nama
lama UniMAP) menerima kumpulan pertama mahasiswanya yang
berjumlah 119 orang pada 20 Jun 2002. Dalam pengambilan baru-
baru ini UniMAP mendapat sebanyak 251 orang pelajar peringkat
pengajian diploma dan 1,560 mahasiswa ijazah sarjana muda. Kini,
UniMAP sudah mempunyai sekitar 7,132 orang penuntut termasuk
penuntut peringkat ijazah sarjana dan doktor falsafah.
5
Jadual 1: Enrolmen Pelajar UniMAP Mengikut PeringkatPengajian 2010
Enrolmen MengikutPeringkat Pengajian Bilangan %
Diploma 890 12.47Sarjana Muda 5,896 82.66Sarjana 254 3.56Ph.D 92 1.28
Jumlah 7,132 100
Para pelajar pengambilan sesi ini merupakan kumpulan yang
pertama disambut dan diterima di kampus utama yang dinamai
Kampus Alam Universiti Malaysia Perlis. Kampus Alam UniMAP ini
meliputi kawasan seluas 1,028 ekar. Pada masa ini terdapat dua
bangunan yang terbina iaitu Pusat Pengajian Kejuruteraan
Pembuatan dan Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekatronik. Selain
itu, beberapa bangunan lagi sedang rancak dibina. Antaranya ialah
bangunan Pusat Pengajian Kejuruteraan Mikroelektronik,
Perpustakaan Utama, Pusat Latihan Kejuruteraan, Kompleks
Dewan Kuliah dan gelanggang sukan.
Selain kampus ini, terdapat juga Kampus Hijau UniMAP di Sg.
Chuchoh yang berkeluasan 253 ekar. Di kampus ini terdapat
Stesen Penyelidikan Agroteknologi dengan pelbagai teknologi
6
pertanian terkini termasuk lima buah Rumah Hijau Berteknologi
Tinggi. Di tapak ini jugalah akan dibangunkan projek pertanian
berteknologi tinggi untuk mengeluarkan benih dan tanaman
bernilai tinggi dengan memanfaatkan teknologi rumah hijau,
mekanisasi, automasi dan kultur tisu yang akan dibiayai oleh
Northern Corridor Implemetation Agency (NCIA) di bawah Northern
Corridor Economy Region (NCER) dengan pembiayaan bernilai
RM18.1 juta.
Bagaimanapun, kampus UniMAP yang terbesar pada masa ini ialah
Kampus Kota yang teragih di seluruh bandar Kangar dan Kuala
Perlis. Oleh sebab sifatnya yang dikatakan sebagai ‘bertaburan’
atau ‘berserakan,’ dan menjadi hakikat bahawa UniMAP berada di
setiap pelosok Bandar Kangar, namun ada yang berpendapat
sebaliknya. Kata mereka, “Bandar Kangar kini sudah berada di
dalam UniMAP, bukannya UniMAP berada di dalam Bandar
Kangar!” Barangkali kampus inilah kampus yang terbesar di
seluruh dunia. Bagaimanapun, pada masa akan datang, apabila
Kampus Alam dan Kampus Hijau siap sepenuhnya, kita merancang
untuk mengekalkan sekitar 30% operasi UniMAP di Kampus Kota,
dan Pusat Pengajian Perniagaan Inovasi dan Teknousahawanan
yang baru dilancarkan beberapa hari yang lalu akan menjadi
tonggaknya.
7
Para hadirin yang dihormati sekalian.
Dengan segala infrastruktur yang sedia ada inilah, UniMAP
memasuki dunia persaingan dan kerjasama dalam dunia pengajian
tinggi negara meskipun pada hakikatnya telah bermula sejak tahun
2002. Dengan prasarana yang sedia ada dan beberapa prasarana
baru yang sedang dibina, UniMAP mula memanjat carta
pemeringkatan (ranking) atau penarafan (rating) universiti
peringkat nasional dan antarabangsa. Dengan kekuatan yang
sentiasa diperkasakan dan menyedari kelemahan yang sentiasa
dipantau dan diminimumkan, UniMAP pada hari ini (meskipunbaru lapan (8) tahun bersaing) berkeyakinan tinggi dan dengan
sepenuh keikhlasan menawarkan universiti ini kepada masyarakat
setempat dan antarabangsa, semua klien dan pihak
berkepentingan sebagai ‘Universiti Pilihan yang Berdaya Saing’.
Sebagai bukti keyakinan dan keikhlasan dakwaan ini, lihatlah
paparan pencapaian UniMAP dalam beberapa aspek yang sering
dijadikan kriteria penilaian oleh agensi-agensi penilai.
8
(Mohon rujuk Jadual 2: Program Pengajian dan Pengiktirafan pada
skrin TV)
PUSATPENGAJIAN
PROGRAM AKADEMIK
IjazahSarjanaMuda
DiplomaKejuruteraan
Pascasiswazah
(MODPENYELIDIKA
N)
Mikroelektronik
KejuruteraanMikroelektron
ik
KejuruteraanMikroelektron
ik*telah
mendapatpengiktirafan
M.Sc.(KejuruteraanMikroelektroni
k) Ph.D
KejuruteraanElektronik
KejuruteraanFotonik
Komputer &Perhubungan
KejuruteraanKomputer Kejuruteraan
Komputer*telah
mendapatpengiktirafan
M.Sc(Kejuruteraan
Komputer)M.Sc
(KejuruteraanPerhubungan )
Ph.D
KejuruteraanPerhubunganKejuruteraanRangkaianKomputer
Mekatronik
KejuruteraanMekatronik
KejuruteraanMekatronik
*telahmendapat
M.Sc(KejuruteraanMekatronik)
M.ScKejuruteraan
Mekanikal
9
KejuruteraanBioperubatan
pengiktirafan (KejuruteraanMekanikal)
M.Sc(Kejuruteraan
ElektronikBioperubatan)
Ph.D
SistemElektrik
KejuruteraanSistemElektrik
Kejuruuteraan Elektrik
*telahmendapat
pengiktirafan
M.Sc(Kejuruteraan
SistemElektrik) Ph.D
KejuruteraanElektronikIndustri
Pembuatan
KejuruteraanPembuatan Kejuruteraan
Pembuatan*telah
mendapatpengiktirafan
M.Sc.(KejuruteraanPembuatan)
M.Sc.(KejuruteraanReka BentukProduk) Ph.D
KejuruteraanRekabentuk
Produk
Bahan
KejuruteraanBahan
KejuruteraanMetalurgi
*telahmendapat
pengiktirafan
M.Sc.(Kejuruteraan
Bahan)M.Sc
(KejuruteraanPolimer)
ModCampuran
Ph.D
KejuruteraanMetalurgi
KejuruteraanPolimer
Bioproses
KejuruteraanBioproses
M.Sc.(Kejuruteraan
Bioproses)Ph.D
KejuruteraanBiosistem
10
Alam Sekitar
KejuruteraanAlam Sekitar
M.Sc.(KejuruteraanAlam Sekitar)
Ph.DKejuruteraan
BangunanPusat
KemahiranKomunikasi
danKeusahawana
n
Ijazah Sarjana Muda Perniagaan (Kepujian)(Keusahawanan Kejuruteraan)
Ijazah Sarjana Muda Perniagaan (PerniagaanAntarabangsa)
Sehingga kini UniMAP mempunyai enam program pengajian
diploma, dua puluh program pengajian ijazah sarjana muda
kejuruteraan (jumlah ini melebihi bilangan program pengajian
kejuruteraan di universiti-universiti yang lebih lama ditubuhkan),
satu program pengajian perniagaan antarabangsa, satu program
pengajian keusahawanan kejuruteraan, tiga belas program ijazah
sarjana sains dan kesemua pusat pengajian kejuruteraan
menawarkan program pengajian peringkat doktor falsafah/Ph.D
dalam pelbagai bidang khusus kejuruteraan.
Kesemua program pengajian diploma telah diiktiraf oleh
Jawatankuasa Tetap Penilaian dan Pengiktirafan Kelayakan
(JTPPK) yang dipengerusi oleh Y.B. Menteri Pengajian Tinggi
Malaysia pada 21 Ogos 2009.
Sebanyak dua program pengajian ijazah sarjana muda
kejuruteraan yang awal iaitu Program Ijazah Sarjana Muda
11
Kejuruteraan (Kepujian) Kejuruteraan Mikroelektronik dan Program
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) Kejuruteraan
Komputer telah mendapat akreditasi penuh selama lima tahun
sejak tahun 2006.
Di samping itu, oleh sebab negara kita berusaha mendapatkan
pengiktirafan badan dunia dalam bidang pendidikan kejuruteraan
melalui Washington Accord (WA) – dan kini negara kita telah
mendapat pengiktirafan itu dan siswazah kejuruteraan kita boleh
bekerja sebagai jurutera di mana-mana negara yang berdaftar
dengan badan dunia itu – maka UniMAP telah bertindak
menghantarkan Self-Assessment Report (SAR) bagi 15 program
pengajian kejuruteraan untuk dinilai atau dinilai semula supaya
menepati syarat-syarat yang ditetapkan oleh Washington Accord.
Dalam bulan Mei yang lalu sebanyak 45 orang panel penilai kualiti
akademik program pengajian kejuruteraan telah berkampung di
UniMAP untuk mengesahkan tahap kualiti kesemua program
pengajian tersebut. Dengan segala perubahan dan
penambahbaikan pantas yang dibuat oleh para akademik UniMAP,
demi memenuhi kriteria kualiti pendidikan kejuruteraan
Washington Accord itu, maka insya-Allah berkat usaha gigih dan
doa para pensyarah, pentadbir dan mahasiswa UniMAP, dalam
bulan Ogos ini kita akan mendapat khabar gembira tentang status
akreditasi kesemua program pengajian tersebut daripada Board of
Engineers Malaysia (BEM).
12
Seminggu sebelum itu sebanyak sepuluh orang panel penilai dari
Malaysian Quality Agency (MQA) telah melaksana audit kualiti
program akademik UniMAP. Meskipun keputusan audit rasmi
belum dikeluarkan oleh MQA, namun berdasarkan maklumat yang
disampaikan semasa mesyuarat penutup audit itu, disebut bahawa
kesemua program pengajian yang ditawarkan didapati telah
mengikut garis panduan yang telah ditetapkan. Dengan
pengiktirafan seumpama ini maka dapatlah para siswazah kita
bekerja di agensi-agensi kerajaan tanpa ragu atau memerlukan
surat pengesahan khas daripada JPA yang memberikan status
Khas Untuk Penyandang bagi siswazah lepasan UniMAP sebelum
ini.
Pada hari ini, UniMAP terbina oleh sekitar 1,669 orang staf
akademik dan bukan akademik yang dilantik sama ada secara
tetap, kontrak atau sambilan. Daripada jumlah itu sebanyak 632
orang terdiri daripada staf akademik (sila rujuk jadual 3)
13
Jadual 3: Bilangan Tenaga Akademik
BILANGAN
KATEGORI TENAGA PENGAJAR
Profesor
Berkelayakan Ph.D
IjazahSarjan
aPLV
GuruBahas
aTuto
r
632 26
93 358
156 19 6Bilangan Pensyarah
451
Meskipun pada masa ini UniMAP mempunyai sekitar 20.6% tenaga
akademik yang berkelulusan Ph.D, namun dalam masa empat
tahun dari sekarang kita menjangkakan bahawa peratusan
pensyarah yang berkelayakan Ph.D akan meningkat menjadi lebih
daripada 40% kerana kita telah menghantarkan sekitar 180 orang
felo di bawah Skim SLAB dan SLAI untuk melanjutkan pelajaran di
peringkat doktor falsafah di universiti-universiti di dalam dan di
luar negara (sila rujuk jadual 4).
14
Jadual 4: Bilangan Fellow SLAB/SLAI dan Staf Cuti Belajardi Peringkat Ph.D di Dalam dan Luar Negara
Negara Bilangan
Dalam Negara 83
Luar Negara 97
Jumlah 180
Untuk meningkatkan imej komponen international outlook-nya,
seperti yang terdapat dalam skema penilaian Times Higher
Education Supplement (THES) UniMAP telah mendapatkan
khidmat kepakaran tenaga akademik antarabangsa sebanyak 61
orang yang didatangkan dari 16 buah negara (sila rujuk jadual 5).
15
Jadual 5: Bilangan Pensyarah Antarabangsa Mengikut Negara
Bil. Negara Asal Bilangan
1. Indonesia 17
2. India 12
3. Iraq 7
4. Myanmar 5
5. Bangladesh 5
6. Great Britain 1
7. Republik Kyrgyz 1
8. Australia 1
9. Pakistan 1
10. Thailand 3
11. Jepun 1
12. Republik Uzbekistan 1
13. Republik Rakyat China 1
14. Sudan 1
15. United Kingdom 1
16. Filipina 3
Jumlah 61
Dan dalam masa yang sama, setelah berusaha sekitar dua tahun
sebelum ini, kini, UniMAP telah mempunyai 229 orang penuntut
antarabangsa yang datang dari 18 buah negara (sila rujuk Jadual
16
6). Bilangan ini tidak termasuk pelajar Ijazah Sarjana Muda yang
baru mendaftar dalam sesi ini, khususnya dari Yemen, Negara
China dan Indonesia.
Jadual 6: Bilangan Pelajar Antarabangsa Mengikut Negara
BIL NEGARA BILANGANPERINGKAT PENGAJIAN
Sarjana Muda M.Sc Ph.D2009/10 2010/111. Indonesia 39 6 10 4 192. Bangladesh 5 - - 1 43. India 8 - - 5 34. Iraq 16 - 1 7 85. Thailand 3 - 1 1 -6. Algeria 1 - - - 17. Nigeria 1 - - - 18. Syria 3 1 1 1 -9. Myanmar 1 - - 1 -10. Jordon 1 - - - 111. Pakistan 1 - - - 112. Libya 9 - - 9 -13. Yemen 64 38 25 - 114. China 46 32 14 - -15. Sudan 2 1 1 - -16. Mauritius 6 1 5 - -17. Somalia 20 12 8 - -18. Uzbekistan 3 - 3 - -
Jumlah 229 91 69 30 39
17
Untuk menyediakan infrastruktur ilmu yang mencukupi, Jabatan
Perpustakaan UniMAP telah diperlengkap dengan pelbagai bahan
bercetak dan bahan elektronik (sila rujuk Jadual 7).
Jadual 7: Sumber Bahan Rujukan
BIL. KEMUDAHAN JUMLAH
1 Buku dan Jurnal Berjilid 37,563 naskah
2 Buku Elektronik (e-books) 1,276,329
3 Langganan Jurnal Elektronik (e-journal)
12,677
4 Langganan Jurnal Bercetak 57 judul
5 Bahan Media 4,517 unit
Y.B. Dato’ dan hadirin sekalian.
Masyarakat dan rakan-rakan seperjuangan dari IPTA yang lain
sering mempunyai persepsi yang tidak tepat tentang UniMAP
khususnya daripada segi kualiti siswazahnya. Dalam Tracer Study
2009 yang dilaksana oleh KPT didapati bahawa UniMAP hanya
melahirkan 1.6% siswazah yang bergraduat dengan Ijazah Kelas
Pertama dan 38.1% siswazah bergraduat dengan Ijazah Kelas
Kedua (sila rujuk Jadual 8). Ini membukti bahawa bukan mudah
untuk mendapatkan ijazah kelas pertama di UniMAP kerana sistem
18
pemarkahannya yang berkualiti dan sekaligus melambangi kualiti
sistem akademik universiti ini.
Jadual 8: Tahap Pencapaian Akademik GraduanSemasa Bergraduat (Tracer Study) 2008
SENARAIIPTA
JUMLAHGRADUAN
PENCAPAIAN AKADEMIK (%)
Lulus 2.00-2.49
2.50-2.99
3.00-3.49
3.50-3.69
3.70-4.00
UM 5281 5.4 3.9 27.4 46.3 11.4 5.6
UKM 5408 5.6 2.6 27.6 53.7 8.0 2.6
UPM 6126 1.2 4.4 21.6 46.7 15.6 10.3
UIAM 3415 2.7 9.8 38.7 40.6 5.4 1.8
UiTM 12124 0.2 1.2 41.7 49.7 5.8 1.5
USM 5718 4.0 9.5 39.5 40.3 5.6 1.1
UTM 6029 - 7.0 28.2 49.6 10.2 5.0
UUM 5975 - 3.9 37.2 50.6 6.5 1.7
UNIMAS 1470 - 5.4 50.6 37.0 5.3 1.6
UMS 3539 0.8 13.8 52.2 30.4 2.2 0.5
UPSI 2931 - 2.3 19.3 67.1 9.9 1.4
UTHM 1247 - 9.8 35.4 39.7 10.9 4.2
UMT 1454 - 3.2 27.4 54.9 10.7 3.9
UTeM 1196 - 14.6 51.1 27.7 4.7 1.9
USIM 243 - 4.9 25.1 56.8 10.7 2.5
UMP 398 - 3.3 46.0 41.7 6.3 2.8
UniMAP 645 - 13.8 46.5 33.3 4.8 1.6
Keseluruhan 63,299 1.6 5.4 34.8 46.9 8.0 3.2
19
Jika dilihat pula daripada segi tahap kemahiran insaniah para
pelajar yang bakal bergraduat tahun ini, didapati bahawa
kemahiran insaniah keseluruhan mahasiswa UniMAP (skor 7.39)
mengatasi tahap pencapaian peringkat nasional (skor 7.23) (rujuk
Jadual 9).
Jadual 9: Tahap Kemahiran Insaniah Pelajar yang Bergraduatpada 2010 (My3S)
20
Penunjuk:
CS : KEMAHIRAN KOMUNIKASIKOMBM: KOMUNIKASI BAHASA MALAYSIAKOMBI : KOMUNIKASI BAHASA INGGERISCTPS : PEMIKIRAN KRITIS DAN KEMAHIRAN
PENYELESAIAN MASALAHTS : KEMAHIRAN KERJA BERPASUKAN
21
EM : MORAL DAN ETIKA PROFESIONALLS : KEMAHIRAN KEPIMPINANLL : PEMBELAJARAN BERTERUSAN DAN
PENGURUSAN MAKLUMATKK : KEMAHIRAN KEUSAHAWANANKI : KEMAHIRAN INSANIAH KESELURUHAN
Begitulah serba sedikit gambaran hakikat kualiti akademik
UniMAP pada masa ini berdasarkan data dan fakta yang
dikumpulkan oleh KPT melalui beberapa instrumen kajian yang
dibina oleh pakar-pakar dalaman KPT. Data dan fakta ini dilihat
mempunyai korelasi yang positif dengan satu lagi instrumen kajian
tahap kesihatan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang dilaksana oleh
MQA iaitu Sistem Penarafan Institusi Pengajian Tinggi Malaysia
2009 (SETARA) yang diumumkan oleh Y.B. Menteri Pengajian
Tinggi baru-baru ini. Jika dalam kajian yang sama yang dilaksana
dalam tahun 2007, UniMAP mendapat skor 42.3% dan
dikategorikan sebagai universiti yang “memuaskan,” namun dalam
tahun ini UniMAP telah berjaya memanjat tangga penarafan itu
setelah diisytiharkan sebagai universiti Tier 4 atau universiti yang
“sangat baik” dengan skor sebanyak 69.4% yang memberikan
gambaran tentang kualiti pengajaran dan pembelajaran di UniMAP.
Y.B. Dato’ dan hadirin yang dikasihi sekalian.
UniMAP tidak membina asas perkembangannya berdasarkan satu
serombong (silo) tertentu dan khusus. Dengan pengalaman yang
dibawa dan dipelajari dari universiti-universiti lain seperti USM,
22
UM, UMS dan UPM, UniMAP membangunkan fundamental yang
kukuh bagi sesebuah universiti dalam pelbagai aspek, misalnya
penyelidikan, pembangunan mahasiswa, teknologi maklumat dan
komunikasi (ICT), sukan dan kebudayaan. Dalam penyelidikan,
misalnya, UniMAP telah menempa nama yang agak mengagumkan
sebagai hasil kebijaksanaan dan kerajinan para penyelidik muda
dan kanan kita membuat penyelidikan dan menyebarkan hasil
penemuan penyelidikan mereka dalam pelbagai persidangan dan
pameran penyelidikan di dalam dan luar negara. Oleh sebab itu
dalam Penilaian Tahap Penyelidikan dan Inovasi IPTA (MyRA),
UniMAP diiktiraf sebagai universiti yang mengetuai senarai
universiti yang dikategorikan sebagai universiti 3 bintang dan
menduduki tangga yang ke-7 daripada 20 buah universiti awam di
negara kita. Terdapat beberapa bukti lagi tentang tahap daya saing
UniMAP dalam penyelidikan (sila rujuk Jadual 11, Jadual 12,
Jadual 13, Jadual 14 dan Jadual 15) di paparan.
Jadual 10: PenilaianTahap Penyelidikan dan Inovasi IPTA(MyRA)
BIL IPTA TAHUNMULA
TAHUNAKHIR
BIL.TAHUN
STARRATING
1.Universiti Islam
Antarabangsa Malaysia2007 2009 3 ****
2. Universiti Malaysia 2007 2009 3 ***
23
Perlis
3.Universiti Utara
Malaysia2007 2009 3 ***
4.Universiti Malaysia
Sabah2007 2009 3 **
5.Universiti Malaysia
Sarawak2007 2009 3 **
6.Universiti Sains Islam
Malaysia2007 2009 3 **
7.Universiti Teknologi
Mara2007 2009 3 **
8.Universiti Malaysia
Terengganu2007 2009 3 **
9.Universiti Malaysia
Pahang2007 2009 3 **
10.Universiti Teknikal
Malaysia Melaka2007 2009 3 *
11.Universiti Pendidikan
Sultan Idris2007 2009 3 *
12. Universiti Darul Iman 2007 2009 3 *
13Universiti Tun Hussein
Onn Malaysia2008 2009 2 *
14Universiti Malaysia
Kelantan2007 2009 3 -
15 Universiti Pertahanan 2007 2009 3 -
24
Nasional Malaysia
25
Jadual 11: Senarai Perolehan Pingat Mengikut KedudukanUniversiti
Dalam Pameran PECIPTA 2009
BIL NAMA IPTPINGAT JUMLAH
PINGATEMAS PERAK GANGSA
1 UM[ Universiti Malaya
]4 14 10 28
2 UTM[Universiti
Teknologi4 11 11 26
3 UPM [ Universiti Putra ] 3 5 7 15
4 USM [ Universiti Sains ] 3 5 6 14
5 UNITEN[ Universiti Tenaga
Nasional ]3 1 4 8
6 UniMAP [ Universiti Perlis ] 2 10 3 15
7 UUM [ Universiti Utara ] 2 0 0 2
8 UTeM[ Universiti
Teknikal Melaka]1 3 3 7
9 UPSI
[Universiti
Pendidikan Sultan
Idris]
1 3 4 8
10 UNIMAS Universiti 1 1 3 5
11 UKM[ Universiti
Kebangsaan ]0 3 2 5
12 UiTM[ Universiti
Teknologi MARA ]0 12 10 22
13 UTHM [ Universiti Tun 0 0 10 10
26
Hussein Onn
Malaysia ]
14 UMT[ Universiti
Terengganu ]0 2 1 3
15 UMP[ Universiti Pahang
]0 5 7 12
17 UMS [ Universiti ] 0 2 2 4
18 UIAM[Universiti Islam
AntaraBangsa ]0 2 6 8
19 UMK[Universiti
Kelatan]0 0 0 0
21 UNITAR[Universiti Tunku
Abdula Rahman]0 0 0 0
22 UPNM
Universiti
Pertahanan
Nasional
0 4 0 4
23 USIMUniversiti Sains
Islam0 1 3 4
JUMLAH 24 84 92 200
27
Jadual 12: Jumlah Perolehan Geran dari Pelbagai Sumber (dalam RM)
JenisGeran
2003 2004 2005 2006 2007 2008 2009 2010Nilai
Keseluruhan
Bil
Amaun
Bil
Amaun
Bil
Amaun
Bil
Amaun
Bil
Amaun
Bil
Amaun
Bil
Amaun
Bil
Amaun
Bil
Amaun
FRGS 7 121,530
5 92,038
21
392,140
76
1,712,000
72
4,148,226
13
1,170,100
13
722,546
41
1,613,840
248
9,972,420
Sciencefund
8 1,405,500
24
5,249,912
10
1,655,390
3 640,106
2 170,510
47
9,121,418
ShortTermGrant
2 40,000
12
208,950
13
243,000
36
606,020
2 30,000
65
514,482
57
736,800
73
788,000
260
3,167,252
MOA 9 1,254,820
- - 9 1,254,820
IRPA 2 2,805,890
1 253,000
3 3,058,890
PNB 2 59,980
2 59,980
GeranKhasKPT
1 350,000
1 170,000
2 520,000
BioNexus
1 399,000
1 399,000
28
YayasanFELDA
1 209,000
1 209,000
Astronautic
1 61,500
1 61,500
Unisel(MOSTI)
1 90,000
1 90,000
USM-UniMAP(MOSTI)
1 150,000
1 150,000
PusatZakatPulauPinang
1 25,000
1 25,000
Kumpulan WangPenyelidikanKhas
1 120,000
1 40,000
2 160,000
TabungInsentifJurnalPenyelidikan
16
135,000
16
135,000
Jumlah/Tahun
9 161,530
19
3,106,878
35
888,140
122
3,994,020
98
9,428,138
94
4,014,952
85
4,043,272
133
2,747,350
595
28,384,280
29
Jadual 13: Jumlah Perolehan Geran Sciencefund MengikutKedudukan IPTA
NO. INSTITUSIBILANGAN PROJEK
DILULUSKANAMAUN
DILULUSKAN (RMJUTA)
1 UTM 401 79.99
2 UPM 475 79.47
3 UKM 338 64.72
4 UM 281 60.41
5 USM 257 49.23
6 UiTM 144 24.24
7 UMS 61 11.46
8 UniMAP 47 9.18
9 UMT 43 8.33
10 UNIMAS 37 6.25
11 UIAM 28 4.97
12 UTHM 18 2.85
13 UTeM 10 2.17
14 UMP 13 1.91
15 UPNM 3 0.44
16 UUM 3 0.36
30
17 USIM 1 0.18
18 UPSI 1 0.16
JUMLAH 2,161 406.32
Jadual 14: Senarai Penerbitan Artikel Penyelidikan UniMAPyang Diterbitkan di dalam Jurnal yang Tersenarai di Pengkalan
Data SCOPUS (2005 hingga April 2010)
Perkara
TahunJumla
h2005
2006
2007 20082009
2010
Jumlah artikel 10 37 75 141 127 8 350
Jumlah artikel
yang
mempunyai
Impact Factor
0 6 10 28 Maklumat
belum
diperoleh
44
Jumlah Impact
Factor0
7.97
4
10.25
0
46.70
1
64.925
Jadual 15: Perbandingan Penerbitan UniMAP yang Tersenaraidi dalam
31
Pangkalan Data SCOPUS dengan Universiti MTUN Dan USMbagi Tahun 2009.
Universiti
UniMAP UTeM UTHM UMP USM
Senarai
Penerbitan
dalam
Scopus
95 30 57 60 322
Y.B. Dato’ dan hadirin sekalian.
Sebentar tadi telah saya bentangkan sedikit data dan maklumat
tentang kualiti akademik dan mahasiswa yang kita lahirkan
daripada sudut pencapaian akademik dan tahap kemahiran
insaniah mereka setelah melalui proses pembelajaran dan
pendidikan di UniMAP. Selain itu, UniMAP kelihatan tidak
ketinggalan malah agak setara dengan IPTA lain dari sudut outcome
hasil kerjanya. Data kebolehpasaran siswazah UniMAP sejak 2006
hingga 2009 amat memberansangkan. Jika pada tahun 2006
32
apabila kita mula melahirkan siswazah kohort pertama, sebanyak
100% siswazah kita yang berjumlah 107 orang pada ketika itu
mendapat pekerjaan, melanjutkan pelajaran atau bekerja sendiri.
Oleh sebab jumlah siswazahnya tidak banyak, maka bolehlah
dikatakan bahawa semua mampu diserap oleh industri. Namun,
data kebolehpasaran siswazah UniMAP 2009 menunjukkan
bahawa hanya 15% siswazah tidak mendapat pekerjaan setelah
selepas enam bulan setelah bergraduat. Daripada 85% yang
berjaya dipasarkan, sebanyak 27% siswazah diambil bekerja oleh
syarikat-syarikat multinasional, 16% bekerja di syarikat-syarikat
setempat, sebanyak 16% melanjutkan pelajaran dan hanya 8%
yang bekerja di agensi-agensi kerajaan. Data ini membukti bahawa
siswazah UniMAP diterima dengan baiknya oleh organisasi yang
berorientasikan perniagaan dan pengeluaran (rujuk Jadual 16).
Yang lebih mengujakan ialah sebanyak sekitar 32% mahasiswa kita
yang akan bergraduat dalam Istiadat Konvokesyen ke-5 pada 7
Ogos 2010 ini telahpun dilamar untuk mengisi jawatan Jurutera
oleh pelbagai syarikat lokal dan multinasional, selain daripada
melanjutkan pelajaran (sila rujuk Jadual 17). Jelaslah, pada
persepsi kami di UniMAP bahawa apa jua usaha dan susah payah
kami di UniMAP untuk melahirkan anak didik yang dapat
menyumbang kepada pembangunan negara seperti yang menjadi
hasrat kerajaan dapat dilaksana dengan sewajarnya.
33
Jadual 16: Peratusan Kebolehpasaran SiswazahEnam Bulan Selepas Konvokesyen 2009
SAMBUNG BELAJAR16%
AGENSI KERAJAAN8%
SYARIKAT GLC2%
SYARIKAT SWASTATEMPATAN
16%
SYARIKATMULTINASIONAL
28%
TIDAK DAPATDIHUBUNGI
1%
BELUM BEKERJA15%
BEKERJA SENDIRI2%
LATIHAN LAJUTAN12%
Jadual 17: Peratusan Kebolehpasaran SiswazahSebelum Konvokesyen 2010
Kebolehpasaran Bilangan %
Bakal Siswazah yangSudah Bekerja 152 19.46
31.62Bakal Siswazah yangMelanjutkan
Pelajaran95 12.16
Bakal Siswazah yang
34
Belum MempunyaiPekerjaan
534 68.37
Jumlah Mahasiswayang BakalBergraduat 781 100.00
Y.B. Dato’ dan Tuan dan Puan Sekalian.
Apa pun persepsi masyarakat terhadap kekuatan, kelemahan dan
keupayaan UniMAP, saya kira data dan maklumat yang dikongsi
sebentar tadi dapat menggambarkan kedudukan sebenarnya.
Kekuatan terbaru UniMAP yang dapat menjelaskan lagi kekuatan
dan keupayaan yang ada ialah kejayaan UniMAP mendapatkan
pengiktirafan standard kualiti setelah pada bulan Disember yang
lalu dianugerahi Sijil MS 1722:PART 1:2005 dan OHSAS
18001:2007 bagi Occupational Safety and Health Management for
Clean Room and Teaching Factory yang dianugerahkan oleh
National Institute of Occupational Safety and Health (NIOSH) dan
pada 16 Julai yang baru lalu, UniMAP dianugerahi pula Sijil ISO
9001:2008 bagi pengurusan perkhidmatan pendidikan tinggi
program ijazah sarjana muda (kepujian) oleh SIRIM QAS
International dan The International Certification Network
(IQNetwork), suatu badan persijilan kualiti antarabangsa.
35
Tetapi bagi kami warga Universiti ini, UniMAP yang berumur lapan
tahun ini mempunyai kekuatan yang tersendiri, meskipun masih
ada ruang-ruang kelemahan yang wajar dibaiki. Tetapi, percayalah
bahawa berdasarkan rekod-rekod yang ditunjukkan, UniMAP ialah
universiti yang berdaya saing. UniMAP ialah ‘Universiti Pilihan yang
Berdaya Saing’. Visi UniMAP memaparkan bahawa UniMAP ialah
institusi akademik dan penyelidikan yang berdaya saing di persada
antarabangsa. Insya-Allah, kami yakin bahawa visi ini akan dapat
direalisasikan, khususnya untuk tergolong dalam kalangan 500
buah universiti terbaik di dunia menjelang tahun 2020.
Sebelum saya mengundurkan diri, terimalah apa kiranya
serangkap dua pantun warisan budaya kita untuk bekalan Y.B.
dan isteri:
Jauh di mata, rindu di hati,Hati terusik mengenangkanmu,
Relakanlah anak bangsamu berada di sini,Mengabdikan diri menuntut ilmu.
Usah bersedih, duka di hati,Rindui kasih nun di utara,
Warga UniMAP sedia berjanji,
36
Mendidik anak bangsamu ke mercu jaya.
Sekian sahaja ucapan saya. Akhir kata, saya mewakili seluruh
warga UniMAP mengucapkan jutaan terima kasih kepada Y.B.
Dato’ Saifuddin Abdullah dan Datin, serta seluruh warga UniMAP
sama ada staf, pemimpin mahasiswa dan mahasiswa yang mewakili
unit-unit badan beruniform kerana hadir untuk meraikan dan
memeriahkan Majlis Perasmian dan Penutupan Bulan KomitmenStrategi dan Kualiti (Bulan Komitmen SQ 2010) dan MajlisPelancaran Kriteria Anugerah Strategi dan Kualiti NaibCanselor yang akan disempurnakan oleh Y.B. Dato’ Saifuddin
Abdullah sebentar nanti. Tahniah dan syabas kepada seluruh
jentera jawatankuasa program ini kerana berjaya meletakkan satu
lagi batu tanda kejayaan UniMAP yang berupaya melaksana apa
jua program dengan lancarnya. Inilah tanda jika kita ada
kemahuan, di situlah Allah menunjukkan jalan kejayaan.
Saya sudahi dengan Wabillahi Taufik Walhidayah,
ورحمةاهللاوبركاته عليكم والسالم
Terima kasih.