senaman, sukan, dan kesakitan sendi · degradasi tulang rawan ini membawa kepada pembebasan produk...

3
_____________________________________________________________________________________________ © Hakcipta 2016 Persatuan Pengkajian Kesakitan Antarabangsa (IASP). Hak cipta terpelihara. IASP mengumpulkan ahli-ahli sains, pakar klinikal, pembekal penjagaan kesihatan, dan pembuat kebajikan untuk merangsang dan menyokong pengkajian kesakitan dan menterjemahkan ilmu tersebut untuk peningkatan kelegaan kesakitan di seluruh dunia. FACT SHEET No. 6 Senaman, Sukan, dan Kesakitan Sendi Yves Henrotin, PT, MT, PhD Osteoartritis (OA) adalah penyakit sendi kompleks yang boleh menyebabkan ketidakupayaan yang teruk di kalangan orang tua. Ketidakupayaan ini menyebabkan kesakitan semasa gerakan dan kehilangan fungsi sendi. Dalam beberapa subkumpulan penyakit OA, kesakitan mekanikal boleh dikaitkan dengan inflamasi dan / atau sakit neuropatik [1]. Ia kini diterima bahawa OA bukan sahaja sejenis penyakit sendi. OA telah dikaitkan dengan obesiti, sindrom metabolik, dan penyakit kardiovaskular [2]. Rangkaian di antara keadaan ini adalah pengantaraan sistemik, iaitu, adipokines, myokines, cytokines, yang dilepaskan dalam aliran darah daripada tisu sendi serta otot dan lemak [3]. OA Bukan Sahaja Penyakit Rawan Kesakitan osteoartritis telah dikaitkan dengan kerosakan struktur dalam sendi atau sendi. Dalam OA, rawan terosot secara beransur-ansur dan mengalami pengubahsuaian struktur seperti fibrilasi, fissuring dan hakisan. Degradasi tulang rawan ini membawa kepada pembebasan produk degradasi dalam rongga sendi - serpihan osteochondral dan microcrystals- yang mencetuskan inflamasi membran sinovia [4]. Inflamasi sinovium dikaitkan secara langsung dengan kondrolisis dan kesakitan inflamasi. Selanjutnya, kehilangan rawan adalah dikaitkan dengan perubahan di tulang subchondral, iaitu, sklerosis tulang dan keretakan mikro, dan kedua-duanya menyumbang kepada sakit mekanikal. Bagaimanapun, perbezaan antara keterukan kerosakan struktur dan keterukan simptom menunjukkan bahawa faktor- faktor selain daripada patologi sendi menyumbang kepada kesakitan. Sensitisasi periferi dan pusat telah dicadangkan sebagai dua mekanisme asas yang menyumbang kepada kesakitan OA. Nociceptor periferal

Upload: duongtruc

Post on 18-Apr-2018

236 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Senaman, Sukan, dan Kesakitan Sendi · Degradasi tulang rawan ini membawa kepada pembebasan produk degradasi dalam rongga ... yang merangkumi topik-topik ... telah diterjemahkan ke

_____________________________________________________________________________________________

© Hakcipta 2016 Persatuan Pengkajian Kesakitan Antarabangsa (IASP). Hak cipta terpelihara.

IASP mengumpulkan ahli-ahli sains, pakar klinikal, pembekal penjagaan kesihatan, dan pembuat kebajikan untuk merangsang dan menyokong pengkajian kesakitan dan menterjemahkan ilmu tersebut untuk peningkatan kelegaan kesakitan di seluruh dunia.

FACT SHEET No. 6

Senaman, Sukan, dan Kesakitan Sendi Yves Henrotin, PT, MT, PhD Osteoartritis (OA) adalah penyakit sendi kompleks yang boleh menyebabkan ketidakupayaan yang teruk

di kalangan orang tua. Ketidakupayaan ini menyebabkan kesakitan semasa gerakan dan kehilangan

fungsi sendi. Dalam beberapa subkumpulan penyakit OA, kesakitan mekanikal boleh dikaitkan dengan

inflamasi dan / atau sakit neuropatik [1]. Ia kini diterima bahawa OA bukan sahaja sejenis penyakit

sendi. OA telah dikaitkan dengan obesiti, sindrom metabolik, dan penyakit kardiovaskular [2]. Rangkaian

di antara keadaan ini adalah pengantaraan sistemik, iaitu, adipokines, myokines, cytokines, yang

dilepaskan dalam aliran darah daripada tisu sendi serta otot dan lemak [3].

OA Bukan Sahaja Penyakit Rawan

Kesakitan osteoartritis telah dikaitkan dengan kerosakan struktur dalam sendi atau sendi. Dalam OA,

rawan terosot secara beransur-ansur dan mengalami pengubahsuaian struktur seperti fibrilasi, fissuring

dan hakisan. Degradasi tulang rawan ini membawa kepada pembebasan produk degradasi dalam rongga

sendi - serpihan osteochondral dan microcrystals- yang mencetuskan inflamasi membran sinovia [4].

Inflamasi sinovium dikaitkan secara langsung dengan kondrolisis dan kesakitan inflamasi.

Selanjutnya, kehilangan rawan adalah dikaitkan dengan perubahan di tulang subchondral, iaitu, sklerosis

tulang dan keretakan mikro, dan kedua-duanya menyumbang kepada sakit mekanikal. Bagaimanapun,

perbezaan antara keterukan kerosakan struktur dan keterukan simptom menunjukkan bahawa faktor-

faktor selain daripada patologi sendi menyumbang kepada kesakitan. Sensitisasi periferi dan pusat telah

dicadangkan sebagai dua mekanisme asas yang menyumbang kepada kesakitan OA. Nociceptor periferal

Page 2: Senaman, Sukan, dan Kesakitan Sendi · Degradasi tulang rawan ini membawa kepada pembebasan produk degradasi dalam rongga ... yang merangkumi topik-topik ... telah diterjemahkan ke

_____________________________________________________________________________________________

© Hakcipta 2016 Persatuan Pengkajian Kesakitan Antarabangsa (IASP). Hak cipta terpelihara.

IASP mengumpulkan ahli-ahli sains, pakar klinikal, pembekal penjagaan kesihatan, dan pembuat kebajikan untuk merangsang dan menyokong pengkajian kesakitan dan menterjemahkan ilmu tersebut untuk peningkatan kelegaan kesakitan di seluruh dunia.

mungkin menjadi sensitif, contohnya, oleh inflamasi sinovium dan kerosakan tulang subchondral. Input

nociceptif yang berterusan dan kuat daripada sendi lutut OA boleh menyebabkan sensitisasi pusat dan

pengubahsuaian neuron pusat penghantaran kesakitan dan mungkin berkaitan dengan sakit neuropatik

secara klinikal [1].

Cara Pengurusan OA adalah Penting

Pengurusan OA mewakili satu cabaran bagi komuniti saintifik. Baru-baru ini, fenotip OA yang berbeza

telah diterangkan, termasuk OA yang berkaitan dengan obesiti, mekanikal OA, dan OA yang berkaitan

dengan penuaan. Ini menunjukkan bahawa rawatan OA boleh berstrata dan disesuaikan dengan fenotip

yang berkaitan. Cabaran utama adalah untuk mengenal pasti fenotip untuk rawatan tertentu.

Sehingga kini, pengurusan OA terdiri kebanyakannya daripada pengurusan simptom, iaitu pengurangan kesakitan dan pembaikan fungsi sendi, yang bergantung kepada gabungan cara bukan farmakologi dan farmakologi. Walaupun penting, kawalan simptom bukan satu-satunya matlamat yang perlu dicapai untuk pesakit OA. Sesungguhnya, rawatan yang sesuai untuk OA perlu mengekalkan struktur sendi dan tidak melupai keselamatan dan kualiti hidup pesakit.

Baru-baru ini, Persatuan Antarabangsa Penyelidikan Osteoarthritis (OARSI) menerbitkan garis panduan

untuk pengurusan bukan pembedahan OA lutut [5]. Keaslian garis panduan ini adalah bahawa mereka

memberikan cadangan yang berasingan bagi setiap empat subphenotip klinikal: OA lutut sahaja tanpa

penyakit lain, OA lutut sahaja dengan penyakit lain, OA multi-sendi tanpa penyakit lain, dan OA multi-

sendi dengan penyakit lain. Rawatan teras sesuai untuk semua individu termasuk senaman atas tanah,

pengurusan berat badan, senaman kekuatan, senaman berasaskan air, pengurusan diri, dan pendidikan.

Rujukan

1. Fingleton, C., et al., Pain sensitization in people with knee osteoarthritis: a systematic review and meta-analysis. Osteoarthritis Cartilage, 2015.

2. Hu, Y., et al., [Non-fusion expression and purification of cowpea typsine inhibitor]. Wei Sheng Yan Jiu, 2012. 41(3): p. 374-8, 384.

3. Berenbaum, F., F. Eymard, and X. Houard, Osteoarthritis, inflammation and obesity. Curr Opin Rheumatol, 2013. 25(1): p. 114-8.

4. Henrotin, Y., C. Lambert, and P. Richette, Importance of synovitis in osteoarthritis: evidence for the use of glycosaminoglycans against synovial inflammation. Semin Arthritis Rheum, 2014. 43(5): p. 579-87.

Page 3: Senaman, Sukan, dan Kesakitan Sendi · Degradasi tulang rawan ini membawa kepada pembebasan produk degradasi dalam rongga ... yang merangkumi topik-topik ... telah diterjemahkan ke

_____________________________________________________________________________________________

© Hakcipta 2016 Persatuan Pengkajian Kesakitan Antarabangsa (IASP). Hak cipta terpelihara.

IASP mengumpulkan ahli-ahli sains, pakar klinikal, pembekal penjagaan kesihatan, dan pembuat kebajikan untuk merangsang dan menyokong pengkajian kesakitan dan menterjemahkan ilmu tersebut untuk peningkatan kelegaan kesakitan di seluruh dunia.

5. McAlindon, T.E., et al., OARSI guidelines for the non-surgical management of knee osteoarthritis. Osteoarthritis Cartilage, 2014. 22(3): p. 363-88.

Sebahagian daripada Tahun Global Terhadap Kesakitan Sendi, IASP menawarkan 20 lembaran fakta

yang merangkumi topik-topik tertentu berkaitan dengan kesakitan sendi. Dokumen-dokumen ini

telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa dan boleh dimuat turun dengan percuma. Lawati

www.iasp-pain.org/globalyear untuk maklumat lanjut.

Mengenai Persatuan Pengkajian Kesakitan Antarabangsa (IASP) ®

IASP adalah forum profesional yang terkemuka bagi sains, latihan, dan pendidikan dalam bidang kesakitan. Keahlian adalah terbuka kepada semua profesional yang terlibat dalam penyelidikan, diagnosis, atau rawatan kesakitan. IASP mempunyai lebih daripada 7,000 ahli di 133 negara, 90 bab negara, dan 20 Kumpulan Kepentingan Khas. Mari merancang untuk menyertai rakan-rakan anda di Kongres Dunia pada Kesakitan ke-16, September 26-30, 2016, di Yokohama, Jepun.