file · web viewtajuk 7 menjelaskan sebahagian lagi struktur yang terdapat di dalam ilmu...

25
BMM3107 Pengantar Linguistik Bahasa Melayu Tajuk 7 Struktur Linguistik 7.1 Semantik 7.2 Pragmatik 7.3 Analisis Wacana Sinopsis Tajuk 7 menjelaskan sebahagian lagi struktur yang terdapat di dalam ilmu linguistik am, iaitu semantik, pragmatik, dan wacana. Ketiga-tiga subbidang ini merupakan peluasan konsep dalam ilmu linguistik yang tidak rigid sebagaimana tatabahasa (nahuan). Hasil Pembelajaran: (i) Selepas perbincangan, pelajar dapat melakarkan secara peta minda akan unsur-unsur yang terdapat di dalam bidang semantik bahasa Melayu. (ii) Pelajar dapat membandingkan bidang semantik dengan bidang pragmatik. (iii) Pelajar dapat membuat analisis wacana terhadap satu bahan prosa. 7.1 Semantik Istilah semantik berasal daripada bahasa Yunani ‘sema’ yang bermakna tanda atau lambang. Semantik ialah bidang linguistik yang mengkaji makna atau erti dalam bahasa yang berkaitan dengan bahasa sebagai alat komunikasi lisan. Ilmu semantik menyentuh tentang pengertian makna, hubungan antara konsep dengan makna, jenis-jenis makna, perubahan makna, perkaitan makna, dan peribahasa. 1

Upload: dinhnhan

Post on 31-Jan-2018

224 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: file · Web viewTajuk 7 menjelaskan sebahagian lagi struktur yang terdapat di dalam ilmu linguistik am, iaitu semantik, pragmatik, dan wacana. Ketiga-tiga subbidang ini merupakan

BMM3107 Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

Tajuk 7 Struktur Linguistik7.1 Semantik7.2 Pragmatik7.3 Analisis Wacana

Sinopsis

Tajuk 7 menjelaskan sebahagian lagi struktur yang terdapat di dalam ilmu linguistik am, iaitu

semantik, pragmatik, dan wacana. Ketiga-tiga subbidang ini merupakan peluasan konsep

dalam ilmu linguistik yang tidak rigid sebagaimana tatabahasa (nahuan).

Hasil Pembelajaran:

(i) Selepas perbincangan, pelajar dapat melakarkan secara peta minda akan unsur-unsur yang terdapat di dalam bidang semantik bahasa Melayu.

(ii) Pelajar dapat membandingkan bidang semantik dengan bidang pragmatik.

(iii) Pelajar dapat membuat analisis wacana terhadap satu bahan prosa.

7.1 Semantik

Istilah semantik berasal daripada bahasa Yunani ‘sema’ yang bermakna tanda atau lambang.

Semantik ialah bidang linguistik yang mengkaji makna atau erti dalam bahasa yang berkaitan

dengan bahasa sebagai alat komunikasi lisan. Ilmu semantik menyentuh tentang pengertian

makna, hubungan antara konsep dengan makna, jenis-jenis makna, perubahan makna,

perkaitan makna, dan peribahasa.

7.1.1 Pengertian Makna

Ferdinand de Sassure menyatakan setiap tanda linguistik terdiri daripada dua unsur, iaitu yang

diertikan dan yang mengertikan. Unsur yang diertikan ialah konsep atau makna sesuatu tanda

atau lambang manakala unsur yang mengertikan ialah bunyi-bunyi bahasa yang terbentuk

daripada fonem-fonem bahasa yang berkenaan. Dengan perkataan lain, setiap tanda linguistik

terdiri daripada unsur bunyi dan unsur makna. Kedua-dua unsur ini merupakan unsur

intrabahasa (dalam bahasa) yang lazimnya merujuk sesuatu referen yang bersifat

ekstrabahasa.

1

Page 2: file · Web viewTajuk 7 menjelaskan sebahagian lagi struktur yang terdapat di dalam ilmu linguistik am, iaitu semantik, pragmatik, dan wacana. Ketiga-tiga subbidang ini merupakan

BMM3107 Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

Dalam suatu keadaan, tanda linguistik yang dieja ialah <meja>. Tanda ini terdiri

daripada unsur makna atau yang diertikan ‘meja’ dan unsur bunyi atau yang mengertikan

melalui kewujudan fonem [m,e,j,a]. Tanda <meja> ini pula merujuk suatu referen yang berada

di luar bahasa (ekstrabahasa), iaitu sebuah meja, salah satu perabot di rumah. Perkataan

<meja> ialah hal yang menandai manakala sebuah meja yang merupakan perabot itu ialah hal

yang ditandai.

7.1.2 Hubungan antara Konsep dengan Makna

Bahasa terdiri daripada sistem lambang. Sesebuah perkataan atau leksem merupakan

lambang. Dalam ilmu semantik, sering dibincangkan hubungan antara perkataan dengan

konsep atau makna perkataan tersebut serta benda atau hal yang dirujuk oleh makna itu.

Hubungan antara ketiga-tiga unsur inilah yang dipanggil hubungan referensial dan lazimnya

digambarkan melalui bentuk segi tiga semantik yang berikut:

(b) konsep/makna [referen]

-------------------------------------------------------------------

(a) perkataan/leksem (c) sesuatu yang dirujuk [referen]

Berdasarkan rajah di atas, perkataan atau leksem melambangkan konsep atau makna,

sedangkan konsep atau makna merujuk sesuatu, iaitu referen.

Sesebuah perkataan atau leksem mempunyai makna atau konsep. Makna atau konsep

bersifat umum sedangkan sesuatu yang dirujuk yang berada di luar dunia bahasa bersifat

khusus. Contohnya, perkataan meja mempunyai konsep ‘meja’ pada umumnya manakala

dalam dunia nyata, ‘meja’ yang dirujuk bersifat khusus, iaitu alat perabot yang lazimnya

berkaki empat. Hubungan antara perkataan meja sebagai lambang dengan makna atau

konsepnya bersifat langsung. Hubungan antara makna itu dengan ‘meja’ tertentu di dunia

nyata juga bersifat langsung. Sebaliknya, hubungan antara perkataan meja (lambang) dengan

sebuah ‘meja’ di dunia nyata tidak bersifat langsung. Maka, dalam rajah di atas, hubungan

antara perkataan dengan referennya ditandai dengan garis terputus-putus.

2

Page 3: file · Web viewTajuk 7 menjelaskan sebahagian lagi struktur yang terdapat di dalam ilmu linguistik am, iaitu semantik, pragmatik, dan wacana. Ketiga-tiga subbidang ini merupakan

BMM3107 Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

7.1.3 Jenis-jenis Makna

Jenis makna dapat dibezakan oleh beberapa kriteria dan sudut pandangan. Berdasarkan jenis

semantiknya dapat dibezakan antara makna leksikal dengan makna gramatikal. Wujud atau

tidaknya referens pada sesuatu perkataan/leksem dapat dibezakan dari segi adanya makna

referensial dan makna nonreferensial. Selain itu, wujud atau tidaknya nilai rasa pada sesebuah

perkataan/leksem dapat dibezakan dengan adanya makna denotatif dan makna konotatif.

Makna leksikal ialah makna yang bersifat leksikon yang sesuai dengan referensnya.

Makna yang sesuai dengan pemerhatian alat deria kita atau makna yang nyata. Contohnya,

makna leksikal buaya ialah sejenis binatang buas yang tinggal di dalam air tetapi boleh juga

naik ke darat seperti dalam ayat (i) di bawah. Manakala ayat (ii) menunjukkan makna

gramatikal bagi kata buaya.

i. Buaya di sungai itu telah ditangkap. (makna leksikal)

ii. Jangan tertipu dengan kata-kata manisnya kerana dia itu buaya. (makna

gramatikal)

Seterusnya, jenis makna juga meliputi makna denotatif dan konotatif. Makna denotatif

ialah makna sebenar (referensial) sesuatu perkataan misalnya wanita dan perempuan

mempunyai makna denotatif yang sama, iaitu manusia dewasa bukan lelaki. Namun, makna

konotatif pula ada kaitan dengan nilai rasa sama ada positif atau negatif. Walaupun perkataan

wanita dan perempuan mempunyai makna denotatif yang sama tetapi nilai rasanya berbeza.

Perkataan wanita mempunyai nilai rasa yang lebih tinggi berbanding perempuan.

7.1.4 Perubahan Makna

Pada suatu ketika ada perkataan yang tidak berubah makna (sinkronis) tetapi dalam

perkembangan lanjut perkataan tersebut berubah maknanya. Contohnya, kata khalwat yang

dipinjam daripada bahasa Arab mulanya membawa makna bersunyi-sunyi seorang diri bagi

mendapatkan ketenangan jiwa, bertafakur dan sebagainya. Namun, kini kata khalwat berubah

makna kepada bersunyi-sunyi secara berdua-duaan antara lelaki dan perempuan yang bukan

muhrim dan tiada ikatan pernikahan.

Terdapat pelbagai jenis perubahan makna, antaranya perubahan makna meluas,

perubahan makna menyempit, perubahan makna secara keseluruhan, dan penghalusan serta

pengasaran.

3

Page 4: file · Web viewTajuk 7 menjelaskan sebahagian lagi struktur yang terdapat di dalam ilmu linguistik am, iaitu semantik, pragmatik, dan wacana. Ketiga-tiga subbidang ini merupakan

BMM3107 Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

Perubahan makna secara meluas bermaksud sesuatu perkataan/leksem yang asalnya

mempunyai satu makna berubah kepada beberapa makna disebabkan faktor tertentu.

Perkataan saudara umpamanya, bermaksud individu yang satu ayah satu ibu. Namun,

maksudnya kemudian meluas menjadi individu-individu yang mempunyai hubungan

kekeluargaan, dan selanjutnya menjadi bentuk panggilan ganti nama diri orang kedua,

khususnya lelaki. Berlawanan dengan hal ini, perubahan makna menyempit pula merujuk

perkataan yang awalnya mempunyai banyak makna kemudiannya menjadi terbatas.

Contohnya, kata sarjana awalnya bermaksud orang bijak pandai. Kemudian sarjana telah

disempitkan maknanya menjadi orang yang telah lulus ijazah universiti sama ada Sarjana

Muda (ijazah pertama) dan Sarjana (masters).

7.2 Pragmatik

Pragmatik ialah kajian yang meneliti bagaimana ujaran mendapat maknanya apabila

digunakan dalam keadaan tertentu (komunikasi). Kita tidak dapat memahami hakikat sifat

bahasa itu sendiri jika kita tidak memahami pragmatik, iaitu bagaimana bahasa digunakan

dalam komunikasi. Bidang ini dicetuskan oleh Ross dan Lakoff (sekitar akhir 1960-an) yang

menghujahkan bahawa sintaksis tidak boleh secara sahih dipisahkan daripada kajian yang

meneliti cara bahasa digunakan sejajar dengan perkembangan linguistik daripada penelitian

data pertuturan fizikal hinggalah kepada menelitian bentuk, makna dan konteks (Leech, 1993,

hlm. 2). Bidang pragmatik moden adalah pengaruh daripada ahli falsafah terutama Austin

(1962), Searle (1969), dan Grice (1975).

Secara amalan, masalah perbezaan ‘bahasa’ (language) daripada ‘penggunaan

bahasa’ (parole) berkisar pada perbahasan dalam menentukan batasan antara semantik dan

pragmatik. Kedua-dua bidang ini mengkaji makna tetapi semantik menganggap makna

sebagai pertalian dua segi misalnya dalam ayat, “Apakah maksud X?” manakala pragmatik

menganggap makna sebagai pertalian tiga segi yang melibatkan keadaan penutur atau

pendengar misalnya dalam ayat, “Apakah yang anda maksudkan dengan X?”. Semantik

(bentuk logik) sesuatu ayat berbeza daripada tafsiran pragmatiknya. Semantik bersifat peka-

rumus (tatabahasa) yang bersifat lazim tetapi pragmatik umum bersifat peka-prinsip (retorik)

yang bersifat tidak lazim, iaitu terdorong oleh matlamat perbualan.

Pragmatik harus dikaji dengan berlandaskan Prinsip-prinsip Perbualan seperti yang

dinyatakan oleh H.P Grice dalam Prinsip Kerjasamanya (Leech, 1993, hlm. 9). Prinsip

Kerjasama (PK) dapat diringkaskan seperti yang berikut.

4

Page 5: file · Web viewTajuk 7 menjelaskan sebahagian lagi struktur yang terdapat di dalam ilmu linguistik am, iaitu semantik, pragmatik, dan wacana. Ketiga-tiga subbidang ini merupakan

BMM3107 Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

i. Kuantiti: Berikan maklumat yang secukupnya, iaitu

a. pastikan sumbangan maklumat anda secukup yang diperlukan; dan

b. jangan jadikan sumbangan anda terlebih maklumat daripada yang diperlukan.

ii. Kualiti: Cuba pastikan sumbangan anda sumbangan yang benar, iaitu

a. jangan katakan sesuatu yang anda percaya tidak benar; dan

b. jangan katakan sesuatu yang baginya anda tidak ada dalil yang cukup.

iii. Pertalian: Harus relevan.

iv. Cara: Harus jelas, iaitu

a. hindarkan ungkapan yang samar;

b. hindarkan ketaksaan;

c. ungkapan singkat (jangan berbelit-belit); dan

d. harus tertib.

7.3 Analisis Wacana

Semua ahli bahasa berpendapat wacana ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat. Wacana

boleh terdiri daripada yat, sejumlah ayat, ceraian, bab, buku, siri buku dan lain-lain lagi.

terdapat juga ahli bahasa yang berpendapat wacana sebagai satuan bahasa terlengkap dalam

hierarki tatabahasa yang tertinggi.

Menurut Beaugrande dan Dressler(1981) terdapat tujuh ciri ketekstualan iaitu tautan, runtutan,

tujuan, penerimaan, maklumta, keadaan, dan interteks.

7.3.1 Tautan

Tautan atau kohesi ialah keserasian hubungan antara satu unsur linguistik dengan unsur yang

lain dalam sesbuah wacana untuk menghasilkan wacana yang mantap.

Contoh ayat:

1.Muhammad, Fatimah dan Azian ke perpustakaan

2. Mereka ke sana untuk meminjam buku.

5

Page 6: file · Web viewTajuk 7 menjelaskan sebahagian lagi struktur yang terdapat di dalam ilmu linguistik am, iaitu semantik, pragmatik, dan wacana. Ketiga-tiga subbidang ini merupakan

BMM3107 Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

7.3.2 Runtutan

Runtutan merupakan kesinambungan idea yang terdapat dalam sesebuah wacana sehingga

menjadikan sesebuah teks itu bermakna.

Contoh teks:

Penyakit sindrom kurang daya tahan atau AIDS bukanlah gejala yang baharu. Penyakit ini telah lama dikesan di beberapa buah negara di Eropah

Contoh di atas jelas menunjukkan kesinambungan idea melalui perkataan AIDS,gejala dan penyakit.

7.3.3 Tujuan

Sesuatu wacana perlu mempunyai tujuan untuk menimbulkan interaksi yang komunikatif.

Tujuan ini akan menentukan jenis wacana yang digunakan. Jika tujuan seseorang adalah

untuk mendapatkan maklumat, ayat yang sering digunakan ialah ayat tanya.

7.3.4 Penerimaan

Sesuatu wacana, sama ada lisan atau tulisan, perlu mempunyai pendengar atau pembaca.

Pendengar dan pembaca merupakan penerima sesuatu wacana.

7.3.5 Maklumat

Setiap wacana perlu mempunyai maklumat. Maklumat yang terdapat dalm sesebuah wacana

boleh dibahagikan keada dua, iaitu maklumat lama dan maklumat baharu

Contoh ayat:

Muhammad memandu van.Van itu kepunyaan Hassan.

Van itu merupakan maklumat lama kerana telah dinyatakan dalam ayat sebelumnya,

manakala kepunyaan Hassan merupakan maklumat baharu.

7.3.6 Keadaan

Keadaan ialah berkaitan dengan faktor untuk menjadikan sesuatu wacana itu relevan dengan

situasi ujaran. Sesuatu wacana yang diujarkan perlulah sesuai dengan keadaan.

6

Page 7: file · Web viewTajuk 7 menjelaskan sebahagian lagi struktur yang terdapat di dalam ilmu linguistik am, iaitu semantik, pragmatik, dan wacana. Ketiga-tiga subbidang ini merupakan

BMM3107 Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

7.3.7 Interteks

Interteks bermaksud sesuatu wacana itu bergantung kepada wacana yang lain. ini bererti

wacana-wacana lain juga memainkan peranan penting untuk membantu seseorang

memahami sesuatu wacana yang sedang dibaca atau didengarinya dengan mudah.

7.4 Penanda wacana

Penanda wacana dalam bahasa Melayu terdiri daripada:

7.4.1 Penanda leksikal

7.4.2 Penanda rujukan

7.4.3 Penanda penghubung

7.4.4 Penanda penggantian

7.4.5 Penanda pengguguran

7.4.1 Penanda Leksikal

7.4.1.1 Pengulangan yang sama

Contoh ayat:

Ibu amat menyayangi Abu.

Kami juga amat menyayanginya

Dalam ayat di atas, berlaku pengulangan secara penuh bagi perkataan menyayangi.

7.4.1.2 Pengulangan sinonim

Contoh ayat:

Suatu ketika dahulu wanita itu amat dikaguminya.

Tetapi kini,wanita itu dianggapnya sebagai perempuan murahan.

7.4.1.3 Pengulangan hiponim

Contoh ayat:

Malaysia telah menimport pelbagai jenis kereta dari luar negara. Antaranya Honda, Nissan, dan Volvo.Berdasarkan contoh di atas, kereta merupakan superordinat, manakala Honda, Nissan dan

Volvo merupakan hiponim.

7

Page 8: file · Web viewTajuk 7 menjelaskan sebahagian lagi struktur yang terdapat di dalam ilmu linguistik am, iaitu semantik, pragmatik, dan wacana. Ketiga-tiga subbidang ini merupakan

BMM3107 Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

7.4.1.4 Pengulangan Kolokasi

Contoh ayat;

Keluarga Encik Rahman baru berpindah rumah. Mereka membeli katil, meja dan kerusi baharu.

Berdasarkan ayat di atas perkataan katil, meja dan kerusi dikatakan sebagai perkataan yang

berkolokasi kerana perkataan-perkataan ini mempunyai lingkungan yang sama iaitu perabot.

7.4..1.5 Penanda Rujukan

Contoh ayat:

Aku, Sani, dan Udin akan ke Kuala Lumpur.

Kami bertolak pada pukul empat petang.

Perkataan Kami merupakan kata ganti nama diri bagi aku, Sani, dan Udin.

7.4.1.6 Penanda Penghubung

Contoh ayat:

Dia sering diberikan tugasan di luar bandar malahan, dia juga berpeluang melawat negara-negara luar.

Malahan dalam ayat di atas ialah penanda penghubung.

7.4.1.7 Penanda Penghubung Musabab

Contoh ayat:

Dia kesuntukan masa. Oleh sebab itu, dia.......

Oleh sebab itu dalam ayat di atas ialah penanda penghubung sebab.

7.4.1.8 Penanda Penggantian

Contoh Ayat:

Saya sengaja tidak mahu menebang pokok durian itu. nanti baru saya lakukan.Perkataan lakukan merupakan penggantian klausa.

7.4.1.9 Penanda Pengguguran

Contoh ayat:

Pemuda itu kelihatan resah.

Tidak tahu arah mana yang harus ditujunya.

Perkataan pemuda itu dalam ayat di atas ialah penanda pengguguran.

8

Page 9: file · Web viewTajuk 7 menjelaskan sebahagian lagi struktur yang terdapat di dalam ilmu linguistik am, iaitu semantik, pragmatik, dan wacana. Ketiga-tiga subbidang ini merupakan

BMM3107 Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

Aktiviti:

Wacana adalah satu daripada komponen linguistik.Huraikan jenis-jenis wacana dan

bagaimana penggunaannya dapat menjadikan sesuatu penulisan itu menarik dan berkesan.

Tajuk 8 Faktor Luaran8.1 Pemerolehan Bahasa dan Ciri-ciri Asosiasi8.2 Psikolinguistik8.3 Linguistik Klinikal

SinopsisTajuk ini menghuraikan faktor luaran yang bergabung dengan ilmu linguistik, iaitu

pemerolehan bahasa dan ciri-ciri asosiasi, psikolinguistik (dalam pendidikan), dan linguistik

klinikal yang berkaitan dengan terapi bahasa.

Hasil Pembelajaran:

(i) Pelajar dapat menyatakan konsep pemerolehan bahasa dan ciri asosiasi bahasa.

(ii) Pelajar dapat membandingbezakan bidang psikolinguistik dengan linguistik klinikal.

8.1: Pemerolehan Bahasa dan Ciri-ciri Asosiasi

Seseorang bayi apabila sahaja dilahirkan ke dunia, turut bersama-samanya beberapa

alat fizikal yang sesuai untuknya memperolehi bahasa. Walaupun ia memulakan hidup tanpa

bahasa tetapi pemerolehan bahasa itu dalam kalangannya berlaku sedikit demi sedikit dan

berperingkat-ringkat mengikut perkembangan otaknya, iaitu hasil perkembangan fizikal anak

itu sendiri.

Mengikut teori biologis, sejak anak itu lahir, memang sudah ada satu kebolehan

menggunakan bahasa. Kebolehan ini dinamakan jentera pemerolehan bahasa. Bagi kanak-

kanak yang normal, mereka akan dapat bertutur dalam jangka masa yang agak sama. Oleh

sebab manusia mempunyai otak yang kecil waktu lahir maka kematangan berbahasa itu

adalah sejajar dengan perkembangan otak mereka dan semestinya mengambil masa yang

lama.

9

Page 10: file · Web viewTajuk 7 menjelaskan sebahagian lagi struktur yang terdapat di dalam ilmu linguistik am, iaitu semantik, pragmatik, dan wacana. Ketiga-tiga subbidang ini merupakan

BMM3107 Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

Kanak-kanak menguasai bahasa pertamanya bukan melalui proses pembelajaran

tetapi adalah dengan cara ‘memperoleh’. Ini berlaku secara formal. Kebanyakan penyelidik

bahasa kanak-kanak berpendapat bahawa jangka masa antara 1 hingga 5 tahun umur kanak-

kanak adalah jangka masa penguasaan bahasa yang paling kritikal dan pada jangka masa itu

kanak-kanak sangat mudah menerima pengaruh bahasa pertama yang didedahkan kepada

mereka. Mutu bahasa yang akan dilahirkan oleh kanak-kanak itu bergantung kepada bahasa

yang mula-mula didedahkan kepada mereka.

Mengikut kajian ada satu jangka masa penting dalam kehidupan manusia yang subur

dalam pemerolehan bahasa. Jika jangka masa itu terlangkau, maka perkembangan bahasa

akan terhalang. Perkembangan bahasa kanak-kanak itu biasanya dikaji daripada tiga sudut,

iaitu:

(a) Fonologi

(b) Semantik

(c) Sintaksis

Dalam perkembangan fonologi, kanak-kanak menghasilkan bunyi secara rambang. Ini

berlaku di peringkat agihan. Mula-mula ia memperoleh fonem-fonem yang kasar dan ketara

perbezaan fiturnya, tetapi kemudian ia maju kepada fonem-fonem yang halus dan seni

perbezaaan fiturnya.

Dalam perkembangan semantik pula, kanak-kanak mula berupaya menguasai

beberapa patah perkataan dan kemudian memperluaskan perbendaharaan katanya dengan

agak cepat. Mula-mula sepatah perkataan mungkin merujuk beberapa benda atau makna.

Sebagai hasil interaksi dengan persekitarannya dalam pelbagai konteks komunikasi, kanak-

kanak itu akan mempelajari konsep-konsep daripada yang konkrit kepada yang lebih abstrak

dan mula dapat menyusun perkataan mengikut kelas-kelas tatabahasa.

Dalam perkembangan sintaksis, kanak-kanak menguasai ujaran yang terdiri daripada

satu perkataan ketika berumur 1 tahun dan maju kepada ujaran dua perkataan ketika

menjangkau umur 2 tahun. Setiap ujaran dapat merujuk beberapa makna mengikut susunan

kata atau konteks untuk menggambarkan penafian, pertanyaan dan sebagainy. Setelah

meningkat kepada umur 5 tahun, baharulah bahasa kanak-kanak itu hampir menyamai bahasa

orang dewasa. Apabila mencapai umur 5 tahun, kanak-kanak akan berupaya menghasilkan

ayat-ayat pasif atau ayat-ayat yang lebih kompleks dan dapat mengenal struktur dalaman dan

hubungannya dengan struktur luar.

10

Page 11: file · Web viewTajuk 7 menjelaskan sebahagian lagi struktur yang terdapat di dalam ilmu linguistik am, iaitu semantik, pragmatik, dan wacana. Ketiga-tiga subbidang ini merupakan

BMM3107 Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

Untuk membolehkan kanak-kanak dapat menguasai bahasa dengan berkesan, mereka

hendaklah seboleh-bolehnya didedahkan kepada pengalaman-pengalaman yang banyak yang

boleh meningkatkan perkembangan bahasa mereka. Dengan itu kanak-kanak akan lebih

terdedah kepada perilaku bahasa orang dewasa dan ini akan menjadikan bahasa mereka

lebih matang dan mencapai taraf penguasaan yang baik dan sempurna.

8.2 Psikolinguistik

Psikolinguistik dan pengajaran bahasa memang tidak dapat dipisahkan, kerana skop

atau tumpuan psikolinguistik adalah terhadap pemerolehan bahasa dan pembelajaran dan

pengajaran bahasa.Psikolinguistik adalah sains inter disiplin yang lahir daripada hasil

percantuman dua disiplin sains-psikologi dan linguistik. Istilah ini telah tercipta setelah adanya

pertemuan-petemuan oleh beberapa orang pakar dalam bidang psikologi dan linguistik yang

masing-masing cuba mencari dan menentukan hubungani antara kedua-dua sains ini.

Ahli-ahli psikologi telah lama menerima kenyataan bahawa otak manusia bergerak

berdasarkan simbol-simbol linguistik. Ahli-ahli linguistik pula mengakui kewujudan satu alat di

dalam otak manusia yang dikenali sebagai motor psikososial yang menggerakkan jentera

tatabahasa dan leksikon. Ahli-ahli bahasa cuba mengkaji bagaimana otak manusia dapat

memproses bahasa dan mampu menerbitkan perkataan-perkataan serta ayat-ayat yang tidak

terhingga banyaknya. Mengikut ahli psikologi tumpuan utama psikologi ialah usaha untuk

mengetahui proses-proses yang berlaku apabila seseorang itu menghasilkan dan memahami

ujaran dan bagaimana pula kebolehan ini diperoleh.

Kajian ahli-ahli psikolinguistik terbahagi kepada 3 aspek penting:

(a) Pemahaman percakapan

(b) Penghasilan percakapan

(c) Pemerolehan bahasa

(a) Pemahaman Percakapan

Bidang ini mengkaji proses-proses mental yang berlaku apabila seseorang itu

mendengar, memahami dan mengingati percakapan yang didengarnya.

(b) Penghasilan percakapan

Bidang ini mengkaji segala proses mental yang berlaku ketika seseorang itu cuba

bertutur.

11

Page 12: file · Web viewTajuk 7 menjelaskan sebahagian lagi struktur yang terdapat di dalam ilmu linguistik am, iaitu semantik, pragmatik, dan wacana. Ketiga-tiga subbidang ini merupakan

BMM3107 Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

(c) Pemerolehan bahasa

Bidang ini mengkaji peringkat-peringkat yang didahului oleh lanak-kanak dalam proses

memperoleh bahasa. Dalam membincangkan teori pemerolehan bahasa ini sering timbul

persoalan tentang sejauh mana bahasa itu bergantung kepada operasi kognitif melalui sejadi

dan sejauh mana pula pemerolehan bahasa itu bergantung kepada pengalaman-pengalaman

naluriah.

8.3 Linguistik Klinikal

Definisi

Pisikolinguistik adalah pendekatan gabungan melalui psikologi dan linguistik bagi telaah atau kajian pengetahuan

bahasa, bahasa dalam pemakaian, perubahan bahasa, dan hal-hal yang ada kaitannya dengan itu yang tidak

begitu mudah dicapai atau didekati melalui salah satu dari kedua ilmu tersebut secara terpisah atau sendiri-sendiri

antara psikologi dan linguistik.

Linguistik klinikal adalah salah satu bidang yang terangkum di dalam bidang Sains Pertuturan. Ia

mengintegrasikan kedua-dua bidang Linguistik dan bidang Patologi Bahasa dan Pertuturan kerana setiap

kecelaruan bahasa dan pertuturan dimanifestasikan melalui kelengahan atau kecelaruan komponen bahasa

daripada aspek penggunaan kata, frasa, ayat, artikulasi bunyi, sistem fonologi, semantik, serta pragmatik.

Pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak yang menghadapi masalah komunikasi, dan sebagainya.

Bidang kajian-Fonetik dan fonologi.

Dalam bidang psikolinguistik, penyelidikan menumpukan perhatian pada bagaimana otak memproses dan

memahami bunyi-bunyi-Fonetik dan fonologi. Dalam bidang linguistik klinikal, penyelidikan menumpukan

kepada bagaimana kanak-kanak mengeluarkan bunyi.- Semantik. Bagaimana kanak-kanak memahami bahasa

itu.- Morfologi ialah kajian struktur-struktur kata, khususnya hubungan antara perkataan-perkataan yang berkait

(seperti jalan dan berjalan), dan pembentukan perkataan berdasarkan peraturan-peraturan (umpamanya,

pembentukan kata berimbuhan).

Teori-teori –

Menggunakan teori-teori kognitif seperti teori Noam Chomsky.- Menggunakan teori-teori behavioris seperti teori

B.F Skinner.

12

Page 13: file · Web viewTajuk 7 menjelaskan sebahagian lagi struktur yang terdapat di dalam ilmu linguistik am, iaitu semantik, pragmatik, dan wacana. Ketiga-tiga subbidang ini merupakan

BMM3107 Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

Perkaedahan –

Membuat uji kaji tingkah laku.- Subjek eksperimen diberikan sesuatu bentuk input linguistik dan diminta

melakukan sesuatu tugas (umpamanya, membuat pertimbangan, menghasilkan semula rangsangan, membaca

perkataan yang dipaparkan dengan kuat).

Melakukan pemerhatian.Terdapat kanak-kanak yang sukar membunyikan bahasa.- Penyelidikan tertumpu

kepada menganalisis aspek linguistik yang terdapat dalam kecelaruan bahasa atau pertuturan, membentuk alat-

alat penilaian dan intervensi, mendirikan norma bahasa dan pertuturan bagi bahasa-bahasa tempatan, serta

aspek pengajaran/pembelajaran kanak-kanak yang menghadapi masalah komunikasi, dan sebagainya. Masa

tindak balas (biasanya pada peringkat milisaat) dan kadar jawapan yang betul paling biasa digunakan untuk

mengukur prestasi.

Aktiviti:

Psikolinguistik yang dahulunya dikenali sebagai sebagai Psycology of Language merupakan disiplin yang semakin hari semakin popular dalam bidang bahasa.Bincangkan tiga

aspek penting yang dikaji oleh ahli-ahli psikolinguistk dan hubungannya dengan pemerolehan

bahasa.

13

Page 14: file · Web viewTajuk 7 menjelaskan sebahagian lagi struktur yang terdapat di dalam ilmu linguistik am, iaitu semantik, pragmatik, dan wacana. Ketiga-tiga subbidang ini merupakan

BMM3107 Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

Tajuk 9Variasi Bahasa

9.1 Perbezaan sistem antara bahasa9.2 Bahasa isyarat

Sinopsis

Bahasa yang kita gunakan dalam komunikasi harian tidak sama secara keseluruhannya. Kita

kadangkala tidak menyedari wujud kelainan kata yang kita tuturkan secara spontan. Sebagai

contoh, adakalanya kita menggunakan bentuk tidak dan adakala pula kita menyebutkan tak

bagi menafikan sesuatu. Mungkin suatu ketika kita menggunakan ungkapan meninggal dunia

dan kala yang lain kita menggunakan mati. Kita juga perlu membezakan penggunaan bahasa

istana dengan bahasa rakyat biasa. Fenomena inilah yang disebut sebagai kelainan (variasi)

bahasa. Kelainan atau variasi bahasa secara tuntasnya bermaksud bentuk bahasa yang

berbeza tetapi membawa maksud yang sama.

Variasi bahasa merupakan subbidang sosiolinguistik yang memaparkan keanekaan

pada bahasa Melayu yang disebabkan kepelbagaian ahli masyarakatnya dan situasi

penggunaannya yang berlainan konteks. Antara aspek yang diliputi dalam tajuk ini adalah:

Dialek dan Bahasa Baku

Bahasa Formal dan Bahasa Tak Formal

Bahasa Halus dan Bahasa Kasar

Bahasa Istana dan Bahasa Biasa

Hasil Pembelajaran:

(i) Mengetahui konsep variasi bahasa dalam konteks bahasa Melayu

(ii) Menyatakan aspek-aspek yang terkandung dalam konsep variasi bahasa Melayu.

(ii) Meneliti perbezaan aspek-aspek yang terkandung dalam konsep variasi bahasa

Melayu berdasarkan penggunaannya dalam komunikasi masyarakat.

14

Page 15: file · Web viewTajuk 7 menjelaskan sebahagian lagi struktur yang terdapat di dalam ilmu linguistik am, iaitu semantik, pragmatik, dan wacana. Ketiga-tiga subbidang ini merupakan

BMM3107 Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

Peta Konsep

Nota ringkas:

9.1 Dialek dan Bahasa Baku

Kamus Linguistik menyatakan maksud dialek sebagai kelainan bahasa yang

disebabkan perbezaan daerah penuturnya. Perbezaan tersebut meliputi sebutan,

tatabahasa, dan kosa kata yang menyimpang daripada bahasa baku. Bahasa baku

pula merupakan satu daripada dialek bahasa yang digunakan dengan kadar lebih

meluas dan diterima ramai sebagai bahasa dalam upacara-upacara rasmi.

Terdapat perbezaan antara dialek dalam sesuatu bahasa khususnya bahasa

Melayu. Misalnya dari aspek sebutan, bunyi huruf a pada akhir suku kata terbuka

seperti saya, tidak sama sebutannya bagi dialek utara dan dialek selatan dan

15

VariasiBahasaBahasa Formal dan Bahasa Tak FormalBahasa Halus dan Bahasa KasarBahasa Istana dan Bahasa BiasaDialek danBahasa BakuKito nak wat gapo lo ni?

Itulah, semasa cikgu beri

penerangan tidak mahu dengar.

Sekarang bukankah susah!

Page 16: file · Web viewTajuk 7 menjelaskan sebahagian lagi struktur yang terdapat di dalam ilmu linguistik am, iaitu semantik, pragmatik, dan wacana. Ketiga-tiga subbidang ini merupakan

BMM3107 Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

tengah semenanjung. Sebutan di Pulau Pinang [lupa]; Johor, Melaka dan Selangor

[lupə]; manakala di sesetengah daerah di Perak Tengah [lupe]. Begitu juga

perbezaan dalam aspek morfologi dan sintaksisnya (bacaan lanjut).

Variasi bahasa juga berlaku oleh sebab faktor sosial seperti latar belakang

pendidikan, jenis pekerjaan dan kedudukan sosioekonomi penutur yang berbeza.

Hakikat bahasa dan variasi-variasinya sudah lama diakui oleh ahli-ahli bahasa.

Namun, apabila mereka merujuk sesuatu bahasa tertentu misalnya bahasa Melayu

atau bahasa Inggeris, mereka mempunyai gambaran tentang satu kesatuan

bahasa yang walaupun mempunyai pelbagai kelainan tetapi hakikatnya masih

terbina daripada satu keseluruhan.

Daripada beberapa variasi sesuatu bahasa, satu variasi tertentu dipilih sebagai

mewakili bahasa tersebut dan variasi inilah yang menjadi ukuran apabila kita

merujuk sifat umum bahasa tersebut. Dengan itu, setiap pihak harus

menggugurkan ciri-ciri kedaerahan masing-masing dan menggantikannya dengan

variasi bahasa yang bersifat lebih umum yang dari segi sejarah berasaskan dialek

Johor Riau.

Dalam bidang ilmu bahasa, variasi yang dipilih untuk mewakili satu bahasa secara

menyeluruh itulah yang disebut bahasa baku (standard). Bahasa Melayu baku ialah

variasi yang digunakan apabila orang-orang daripada pelbagai dialek di negara ini

berkumpul dan berkomunikasi. Tujuannya supaya komunikasi mudah dan dapat

difahami.

9.2 Bahasa Isyarat

Bahasa isyarat ialah bahasa yang mengutamakan komunikasi manual, bahasa

tubuh, dan gerak bibir, bukannya suara, untuk ahli-ahlinya berkomunikasi.

Kaum Turarungu ialah kelompok utama yang menggunakan bahasa ini yang

lazimnya dengan menggabungkan bentuk tangan, orientasi dan gerak tangan,

lengan, dan tubuh serta mimik muka untuk mengungkapkan pemikiran mereka.

Bahasa isyarat berbeza di negara-negara yang sama bahasanya. Contohnya,

Amerika Syarikat dan British meskipun memiliki bahasa bertulis yang sama tetapi

memiliki bahasa isyarat yang berbeza (American Sign Language dan British Sign

Language). Hal yang sebaliknya juga berlaku. Ada negara-negara yang memiliki

16

Page 17: file · Web viewTajuk 7 menjelaskan sebahagian lagi struktur yang terdapat di dalam ilmu linguistik am, iaitu semantik, pragmatik, dan wacana. Ketiga-tiga subbidang ini merupakan

BMM3107 Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

bahasa bertulis yang berbeza seperti British dan Sepanyol tetapi menggunakan

bahasa isyarat yang sama.

Lazimnya bahasa isyarat ini hanya digunakan oleh mereka yang mempunyai

kecacatan sama ada pekak atau bisu. Ini adalah salah satu cara untuk mereka

berkomunikasi antara satu dengan lain.

Golongan pekak dan bisu di negara kita menggunakan Bahasa Isyarat Malaysia

(BIM) yang memerlukan khidmat jurubahasa apabila mereka berurusan dengan

mereka yang tidak memahami bahasa isyarat.

Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) menubuhkan Pusat Latihan Malaysian

Sign Language (MySL) yang digerakkan melalui sumbangan Yayasan Tan Sri

Othman Yeop yang mensasarkan latihan kepada 100 jurubahasa dalam tempoh

lima tahun.

Aktiviti:

Dengan memilih cerpen yang sesuai, analisis penggunaan variasi bahasa yang digunakan dalam cerpen tersebut.

Maafkan Siti, Ibu!”

Tersebut al-kisah seorang anak yang mementingkan rakan daripada orang tuanya sendiri

sehingga sanggup menderhaka dengan ibunya.Kisahnya bermula…,Siti yang tinggal di Klang

tetapi bersekolah di salah sebuah sekolah berasrama penuh di Kuala Selangor,yang

dibenarkan balik bermalam setelah permohonanya diluluskan oleh warden bertugas bertujuan

menghadiri kenduri kahwin saudara terdekat di Johor.Tepat jam 2.30 petang, ibu Siti

menjemputnya di sekolah.Perjalanan mereka untuk sampai ke Klang,rumah Siti mengambil

masa lebih kurang satu jam lima belas minit.

Tiba di rumah, Siti yang keletihan terus tidur.”Oh,sudah tidur rupanya…Kesian

anakku”,bisik hati si ibu.Lenanya itu,dibawa hingga keesokkan paginya.”Ibu!!Kenapa tak basuh

baju Siti lagi? Kitakan nak pergi Johor, mestilah balik lewat.Mungkin 2 atau 3 pagi esok baru

sampai rumah.Esok Siti dah nak balik sekolah.”kata Siti tanpa kata hormat kepada ibunya

setelah mendapati baju kotor yang dibawanya pulang belum dibasuh.”Ibu minta maaf.Ibu

terlupa nak basuh.”lembut kata ibu.”Asyik-asyik lupa.Itulah kerja orang tua.Sudah nyanyok

17

Page 18: file · Web viewTajuk 7 menjelaskan sebahagian lagi struktur yang terdapat di dalam ilmu linguistik am, iaitu semantik, pragmatik, dan wacana. Ketiga-tiga subbidang ini merupakan

BMM3107 Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

cakap ajalalah!”tengking si anak.“Siti, kenapa tinggikan suara dengan ibu? Tahu

tak,meninggikan suara dengan ibu dikira anak derhaka?!”sampuk abang. ”Ah,peduli apa aku!

Derhaka,tak derhaka suka hatilah.” Pergaduhan mereka terhenti apabila telefon rumah

berdering.KRING,KRING,KRING……….”Hello,saya Syasya, boleh saya bercakap dengan

Siti?” “Ya, Siti bercakap.”Panggilan daripada Syasya mengajak Siti keluar bersama rakan-

rakan yang lain.

“Ibu,Siti tak jadi nak ikut pergi Johor.Syasya ajak keluar pergi tempat lain.” “Siti nak

kemana?Jomlah kita semua pergi kenduri pak su .Penat ibu ambil Siti di Kuala Selangor.”rayu

si ibu. “Boringla ibu ni, Siti kata tak nak pegi tak nak la”. Bentak Siti kepada ibunya. “Ya Allah

kau ampunilah segala dosaku dan anakku.Sesungguhnya ini adalah dugaan darimu.Kau

lembutkanlah hati Siti untuk menjadi seorang anak solehah.Kau tabahkanlah diriku untuk

mengharungi dugaan yang kau turunkan. Amin…”detik hati si ibu. Tanpa disedari air mata

seorang ibu yang tabah mengalir dipipinya.

“Kasi pula ibu kau untuk join kami” kata Syasya. ”Mampuslah orang tua nyanyok tu.

Memang nak dapat pelempanglah kalau dia halang aku”,kasar jawapan Siti. Sepanjang

perjalanan keluarganya ke Johor, hati si ibu tidak tenteram. Macam-macam perkara yang

bukan-bukan tentang anak perempuanya bermain-main di mindanya.Dia menarik nafas

perlahan, beristighfar dan berdoa dengan penuh khusyuk agar tidak ada perkara buruk terjadi

kepada anaknya.Selang beberapa jam,keluarga Siti mendapat panggilan daripada hospital

mengatakan Siti terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Sudah satu minggu Siti terlantar di hospital tiadk sedarkan diri. Namun begitu,seluruh

ahli keluarga tidak pernah putus asa untuk berdoa agar Siti selamat.Ibu Siti sering

menyedekahkan bacaan surah Yassin kepadanya,semoga cepat sembuh.Malam 1

Ramadhan,ibu Siti menghembuskan nafas terakhirnya akibat barah payudara yang

dirahsiakan olehnya.Tiga hari kemudian,akhirnya Siti sedarkan diri.Seluruh ahli keluarganya

gembira atas apa yang berlaku.Tapi malangnya dalam kegembiraan ada kesedihan.

Sebaik sahaja Siti sedar ,dia terus bertanyakan tentang ibunya.Ahli keluarganya

menceritakan tentang pemergian ibunya. Alangkah sedihnya hati seorang anak yang rindukan

belaian ibunya apabila mengetahui berita dukacita.Siti berasa amat kesal akan perbuatannya

yang telah menyakiti hati ibunya.Sebelum ibunya pergi,sempat juga dia mewasiatkan kata-

kata buat Siti:

18

Page 19: file · Web viewTajuk 7 menjelaskan sebahagian lagi struktur yang terdapat di dalam ilmu linguistik am, iaitu semantik, pragmatik, dan wacana. Ketiga-tiga subbidang ini merupakan

BMM3107 Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

“Siti,maafkan ibu jikalau selama 14 tahun ibu menjaga Siti ada cacat celanya.Ibu

tahu,ibu tak mampu berikan yang terbaik buat Siti.Bagi ibu,Sitilah satu-satunya anak

perempuan ibu yang menjadi harapan buat ibu.Akhir kata ingatlah syurga itu di bawah tapak

kaki ibu……………..”

Hasil analisis cerpen di atas.

Dalam cerpen di atas terdapat beberapa variasi bahasa yang digunakan oleh penulis.

Antaranya ialah :

1. Bahasa Halus – Iaitu bahasa kesantunan. Menggunakan kata panggilan yang sesuai

mengikut kedudukan. Contoh dalam cerpen di atas ialah pada perenggan akhir sekali iaitu;

“Siti,maafkan ibu jikalau selama 14 tahun ibu menjaga Siti ada cacat celanya.Ibu tahu,ibu tak

mampu berikan yang terbaik buat Siti.Bagi ibu,Sitilah satu-satunya anak perempuan ibu yang

menjadi harapan buat ibu.Akhir kata ingatlah syurga itu di bawah tapak kaki ibu……………..”

2. Bahasa Slanga – iaitu kata-kata yang tidak tergolong dalam bahasa baku atau bahasa

standard. Ia hanya digunakan dalam percakapan tidak formal sahaja. Contohnya dalam

cerpen ini perkataan ‘join’, ‘boring’.

3. Bahasa kasar – bahasa yang dihamburkan ikut perasaan

Contoh dalam cerpen;

.”Ibu!!Kenapa tak basuh baju Siti lagi?

”Ah,peduli apa aku!

.”Mampuslah orang tua nyanyok tu. Memang nak dapat pelempanglah kalau dia halang

aku”,kasar jawapan Siti.

4. Bahasa klasik – bahasa yang wujud pada pertengahan zaman sejarah sesuatu bangsa.

Contoh; tersebut al kisah seorang anak…..

5. Bahasa pasar - bahasa basahan sehari-hari untuk urusan seharian . Wujud campuran

unsur-unsur bahasa lain dari segi ungkapan, kosa kata dan sebutan.

Contoh;

“Kasi pula ibu kau untuk join kami”kata Syasya

19

Page 20: file · Web viewTajuk 7 menjelaskan sebahagian lagi struktur yang terdapat di dalam ilmu linguistik am, iaitu semantik, pragmatik, dan wacana. Ketiga-tiga subbidang ini merupakan

BMM3107 Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

“Ibu, Siti tak jadi nak ikut pergi Johor.Syasya ajak keluar pergi tempat lain.” “Siti nak kemana?

Jomlah kita semua pergi kenduri pak su.

6. Bahasa pinjaman

Contoh; hello (B.I), istigfar, khusyuk (AR)

20