selangor -taiwan - selangorkini 2 selangorkini 28 april - 5 mei 2017 istiadat pertabalan yang...

23
Media_Selangor MediaSelangor selangortv.my www.selangorkini.my #SmartSelangor PERCUMA 28 April - 5 Mei 2017, 1 - 8 Syaaban 1438 BERITA PENUH MUKA �BERITA PENUH MUKA �&Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-�16 Ini juga adalah peluang baik khususnya bagi meneroka peluang baru terutama dalam teknologi tinggi untuk menjayakan agenda Smart Selangor DATO’ SERI MOHAMED AZMIN ALI Dato’ Menteri Besar Ini juga adalah peluang baik khususnya bagi meneroka peluang baru terutama dalam teknologi tinggi untuk menjayakan agenda Smart Selangor DATO’ SERI MOHAMED AZMIN ALI Dato’ Menteri Besar 2 Ekonomi Selangor kian rancak -TAIWAN 10 KUKUH HUBUNGAN PBT JAYAKAN TEKNOLOGI HIJAU SELANGOR -TAIWAN

Upload: ngothuan

Post on 25-Aug-2018

228 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: SELANGOR -TAIWAN - Selangorkini 2 SelangorKini 28 April - 5 Mei 2017 Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-15 Sultan Muhammad V lafaz ikrar KUALA LUMPUR - Sultan Mu-hammad V

Media_SelangorMediaSelangor

selangortv.my

www.selangorkini.my

#SmartSelangorPERCUMA 28 April - 5 Mei 2017, 1 - 8 Syaaban 1438

BERITA PENUH MUKA ��

BERITA PENUH MUKA �&�

Pertabalan Yang di-PertuanAgong ke-��

16

Ini juga adalahpeluang baik

khususnya bagimeneroka peluang

baru terutamadalam teknologi

tinggi untukmenjayakan agenda

Smart Selangor

DATO’ SERIMOHAMED AZMIN ALI

Dato’ Menteri Besar

Ini juga adalahpeluang baik

khususnya bagimeneroka peluang

baru terutamadalam teknologi

tinggi untukmenjayakan agenda

Smart Selangor

DATO’ SERIMOHAMED AZMIN ALI

Dato’ Menteri Besar

2

Ekonomi Selangor kian rancak

-TAIWAN

10

KUKUH HUBUNGAN

PBT JAYAKAN TEKNOLOGI HIJAU

SELANGOR-TAIWAN

Page 2: SELANGOR -TAIWAN - Selangorkini 2 SelangorKini 28 April - 5 Mei 2017 Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-15 Sultan Muhammad V lafaz ikrar KUALA LUMPUR - Sultan Mu-hammad V

Utama2 SelangorKini 28 April - 5 Mei 2017

Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-15

Sultan Muhammad V lafaz ikrarKUALA LUMPUR - Sultan Mu-hammad V ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15, untuk memerintah Malaysia bagi tempoh lima tahun, pada 24 April lalu.

Istiadat Pertabalan di Istana Negara mengikut warisan Kesul-tanan Melayu itu bagi menguar-uarkan kepada seluruh dunia ba-hawa Malaysia mempunyai ketua negara baharu berlandaskan sistem Raja Berperlembagaan.

Sultan Muhammad V, 47, se-belum ini melafaz sumpah me-megang jawatan itu, pada 13 Di-sember lalu bagi menggantikan Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu”adzam Shah yang tamat tempoh pemerintahannya, pada tarikh itu.

Malaysia adalah satu dari 43 negara di dunia yang mengamal-kan sistem pemerintahan beraja dan penggiliran pemerintahan itu adalah satu-satu yang seum-

pamanya di dunia.Istiadat Pertabalan itu disaksi-

kan kira-kira 800 tetamu terma-suk Raja-Raja Melayu dan Permai-suri masing-masing, wakil-wakil Raja-Raja Melayu, Yang Dipertua Negeri dan pemimpin.

Turut menyaksikan acara gi-lang-gemilang itu ialah tetamu kehormat daripada ketua diplo-mat asing dan ketua jabatan ke-rajaan, lapor BERNAMA.

Tiupan serunai diiringi paluan gendang oleh Pasukan Gendang Besar D”Raja Kelantan yang me-mainkan lagu 'Raja Bertabal' ber-kumandang di dalam Balairung Seri, Istana Negara, sebaik sahaja Sultan Muhammad V menyem-purnakan lafaz ikrar Yang di-Per-tuan Agong ke-15.

Ia disusuli dengan laungan 'Daulat Tuanku' sebanyak tiga kali oleh Datuk Paduka Maha-raja Lela, Istana Negara Mejar Jeneral (B) Datuk Mamat Ariffin

Abdullah disahuti hadirin di dalam Balairung Seri yang diada-kan dengan penuh adat istiadat kebesaran Raja-Raja Melayu.

Sejurus laungan itu, lagu 'Ne-garaku' dimainkan Pancaragam Tentera Udara Diraja Malaysia dan serentak dengan itu tem-bakan meriam sebanyak 21 das.

Terdahulu, Istiadat Pertabalan dimulakan sebaik keberangkatan masuk Sultan Muhammad V ke Balairung Seri diiringi tiupan se-runai dan paluan gendang oleh Pasukan Gendang Besar D”Raja Kelantan yang mengalunkan lagu 'Raja Berangkat'.

Keberangkatan masuk bagin-da didahului Datuk Pengelola Bi-jaya Diraja Istana Negara, Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab Aziz serta diapit panglima yang membawa Cogan Alam dan Cogan Agama selain diiringi juruiring baginda serta panglima lain yang mem-bawa alat kebesaran diraja.

MB iringi pantun, rai sembah takzimSHAH ALAM - Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali merafak sembah takzim ke atas pertabalan Sul-tan Muhammad V sebagai Yang Dipertuan Agong ke-15.

Menulis di Twitter, penghargaan itu dinyatakan Mo-hamed Azmin menerusi serangkap pantun ke atas junju-ngan duli tuanku.

Mohamed Azmin bersama isteri, Datin Seri Shamshida Taharin hadir pada Istiadat Pertabalan itu, pada 24 April lalu.

Istiadat Pertabalan di Istana Negara mengikut warisan Kesultanan Melayu itu bagi menguar-uarkan kepada selu-ruh dunia bahawa Malaysia mempunyai ketua negara ba-haru berlandaskan sistem Raja Berperlembagaan.

Malaysia adalah satu dari 43 negara di dunia yang me-ngamalkan sistem pemerintahan beraja dan sistem peng-giliran pemerintahan itu adalah satu-satu yang seum-pamanya di dunia.

Tinggi sungguh Gunung Daik, Turun dari Mahawangsa,Gembira betul hati patik,

Tuanku di takhta payungi bangsa.Delegasi pelaburan ke Taiwan teroka peluang baruAMPANG JAYA - Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Az-min Ali mengetuai delegasi pela-buran Invest Selangor ke Taiwan, bermula 24 hingga 29 April lalu.

Beliau berkata, delegasi kali ini sebagai menyambut unda-ngan Datuk Bandar Taipei dan Datuk Bandar Tainan yang me-ngunjungi Selangor, pada awal tahun ini.

Katanya, mereka meletakkan keyakinan untuk Selangor kekal sebagai pilihan pelabur dari Tai-wan.

“Ini juga adalah peluang

baik khususnya bagi meneroka peluang baru terutama dalam teknologi tinggi untuk menjaya-kan agenda Smart Selangor.

“Kita yakin mampu mengekal-kan Pelaburan Langsung Asing (Foreign Direct Investment-FDI) seterusnya bertahan sebagai penyumbang utama Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Ma-laysia melalui jaringan ekonomi yang baik seperti ini,” katanya, di sini, baru-baru ini.

Taiwan pelabur kedua terbe-sar di Selangor selepas Singapu-ra diikuti Jepun serta beberapa

negara lain.Mohamed Azmin berkata, be-

liau juga bakal berlepas ke Jor-dan, Mesir dan Maghribi untuk menyantuni pelajar Selangor, pada minggu berikutnya.

“Saya sendiri akan mengetuai delegasi untuk menyampaikan bantuan biasiswa kepada anak Selangor yang sedang menyam-bung pengajian, di sana.

“Ini kerana kita sedar kos pen-didikan semakin tinggi, maka Kerajaan Negeri bersedia untuk membantu dan datang kepada mereka,” katanya.

Yang di-Pertuan Agong ke-15Sultan Muhammad Vl Diputerakan pada 6 Oktober 1969 di Kota Bharu, Kelantan

l Ditabalkan sebagai Tengku Mahkota Kelantan pada 6 Oktober 1985

l Dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan ke-29 pada 13 September 2010 dengan gelaran Sultan Muhammad V

l Dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong ke-14 bagi tempoh lima tahun pada 13 Disember 2011

l Dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-15 oleh Mesyuarat Raja-raja kali ke-243 (Khas) pada 14 Oktober 2016

l Mengangkat sumpah jawatan dan diisytiharkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 pada 13 Disember 2016

Page 3: SELANGOR -TAIWAN - Selangorkini 2 SelangorKini 28 April - 5 Mei 2017 Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-15 Sultan Muhammad V lafaz ikrar KUALA LUMPUR - Sultan Mu-hammad V

Utama3SelangorKini 28 April - 5 Mei 2017

Tiada perbincangan, tak profesional

Persekutuan bertindak ala ‘lanun’ OLEH NAZLI IBRAHIM

SUBANG - Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kesejahte-raan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan(KPKT) tidak bertindak profesional apabila bertindak ala ‘lanun’ dan bukan sebagai sebuah kerajaan.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, hal itu boleh dilihat dengan tin-dakan KPKT membuka pejabat pengurusan di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Putra Damai tanpa mempedulikan Majlis Ban-daraya Petaling Jaya (MBPJ) yang menguruskan perumahan ter-babit.

“Tidak ada pertemuan sebab mereka mengambil tindakan ti-dak mahu berunding dengan Kerajaan Negeri dan merusuh masuk ke kawasan ini macam ‘la-nun’ membuka pejabat penguru-san tanpa kebenaran MBPJ.

“Ini bukan cara berurusan ke-rajaan dengan kerajaan. Sebagai menteri, seharusnya mesti meng-hormati undang-undang dan kita boleh duduk bincang,” kata-nya pada Program Turun Padang Dato’ Menteri Besar Selangor ke PPR Taman Putra Damai (Lembah Subang 1), di sini, pada 22 April lalu.

Mohamed Azmin berkata, tindakan tidak profesional Ke-rajaan Persekutuan itu berlaku

tahun lalu walaupun beliau dan Exco Perumahan, Pengurusan Ba-ngunan dan Kehidupan Bandar Selangor, Dato’ Iskandar Abdul Samad memberi jaminan sedia berbincang isu pengambilalihan dengan Kerajaan Persekutuan.

Katanya, proses pengambil-alihan seharusnya dijalankan mengikut undang-undang dan memerlukan perjanjian penye-rahan yang dipersetujui semua pihak terbabit.

Serah segera unit PPR kepada penyewaSUBANG - Kerajaan Negeri mendesak Kerajaan Persekutuan menyerahkan hak milik unit Pro-jek Perumahan Rakyat (PPR) Ta-man Putra Damai (Lembah Su-bang 1) kepada penduduk yang sudah menyewa terlalu lama dalam satu jangka masa tertentu.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, ia ekoran terdapat pemilik yang su-dah menyewa unit kediaman di PPR terbabit, menjangkau 15 tahun.

“Saya dapati ada sesetengah penduduk menyewa terlalu lama.

Ada yang lebih 10, 12 dan 15 tahun.“Kami mendesak Kerajaan

Persekutuan supaya menyerah-kan unit terbabit kepada penye-wanya,” katanya pada Program Turun Padang Dato’ Menteri Be-sar Selangor ke PPR Taman Pu-tra Damai (Lembah Subang 1), di sini, pada 22 April lalu.

Beliau berkata, desakan itu dibuat ekoran keputusan berke-naan di luar bidang kuasa Kera-jaan Negeri dan Kerajaan Perse-kutuan seharusnya mampu mencontohi langkah sama yang

diambil melalui Skim Smart Sewa.“Jika Kerajaan Negeri boleh

buat kenapa Kerajaan Perseku-tuan tak boleh. Penduduk bayar RM124 sebulan selama 15 tahun dan jika dikira sudah cukup untuk mereka mendapat unit itu secara percuma daripada Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumah-an dan Kerajaan Tempatan(KPKT).

“Kita akan berikan tekanan yang kuat kepada menteri. Ja-ngan cakap kosong tetapi dia perlu pastikan kebajikan rakyat terjaga,” katanya.

Kutipan sewa meningkat ��% SUBANG - Bayaran sewa unit di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Putra Damai (Lembah Subang 1) merudum kepada 20 peratus selepas Kerajaan Perse-kutuan bertindak memutar be-lit fakta bagi mengelirukan pen-duduk dengan menguar-uarkan bakal mengambil alih penguru-san bangunan perumahan ter-babit.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali ber-kata, bagaimanapun kutipan sewa meningkat dengan dras-tik kepada 60 peratus apabila Exco Perumahan, Pengurusan Ba-ngunan dan Kehidupan Ban-dar, Dato’ Iskandar Abdul Samad menjelaskan perkara sebenar kepada wakil penduduk.

“Beberapa minggu sebelum ini, Dato’ Iskandar sendiri me-ngadakan dialog dengan ketua blok. Kita boleh nampak, kadar sewa dibayar meningkat bila penduduk mendapat maklumat betul dan tepat.

“Sebelum ini, hanya 40 per-atus kutipan sewa. Selepas Dato’ Iskandar menerangkan ini semua pembohongan selepas lapan bulan tidak ada apa-apa

dilakukan Persekutuan di ka-wasan ini, maka penduduk me-ningkatkan bayaran sewa kepa-da 60 peratus,” katanya, di sini, pada 22 April lalu.

Katanya, Kerajaan Negeri juga bertindak mengarahkan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menjalankan kerja pem-bersihan awam termasuk me-nguruskan sisa pepejal yang gagal dilaksanakan Kerajaan Persekutuan dan segera men-jalankan kerja pembersihan longkang tersumbat.

Terdahulu, Kementerian Pe-rumahan dan Kerajaan Tempa-tan (KPKT) bertindak membu-ka pejabat pengurusan di PPR Taman Putra Damai bagi me-ngambilalih pengurusan ba-ngunan perumahan terbabit tanpa mengadakan sebarang perbincangan dengan Kera-jaan Negeri.

Bagaimanapun, katanya, KPKT tidak menjalankan kerja penyelengaraan hingga me-nyebabkan pelbagai masalah berkaitan penyelengaraan di pangsapuri terbabit dalam tem-poh lapan bulan ‘pejabat pe-ngurusan’ itu beroperasi.

TAIWAN - Bandar Tainan di Tai-wan menyatakan minatnya menerokai peluang perniagaan bersama Selangor yang bakal memberi manfaat kepada kedua pihak.

Perkara itu dinyatakan Datuk Bandar Tainan, Dr William Lai dalam majlis makan malam ber-sama Dato' Menteri Besar, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali dan de-legasi Selangor, di sini, pada 25 April lalu.

"Saya tidak sabar untuk men-jalin kerjasama kukuh dengan Selangor dalam perniagaan yang berpotensi juga memberi man-faat kepada kedua pihak," ka tanya.

Mengulas perkara itu, Mo-hamed Azmin menghargai inisia-tif Tainan mewujudkan perseki-

taran mesra Muslim dengan tumpuan khusus kepada pensi-jilan halal restoran dan hotel.

Terdahulu, Halal Antarabangsa Selangor (HIS) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama Universiti Kebangsaan Tai-nan yang akan menyaksikan Sela-ngor mengembangkan perniagaan kecil dan sederhana di bandar itu ke pasaran halal ASEAN serta global.

Turut serta, Exco Kerajaan Ne-geri, Dato' Teng Chang Khim, Ami-rudin Shari dan Dato' Dr Ahmad Yunus Hairi; Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan), Dato' Nor Azmie Diron; Ketua Pegawai Ekseku-tif (CEO) Invest Selangor, Dato’ Hasan Azhari Idris; CEO Central Spectrum, Mahmud Abbas dan tokoh terke-muka industri teknologi halal serta e-dagang.

Tainan intai peluang perniagaan

Page 4: SELANGOR -TAIWAN - Selangorkini 2 SelangorKini 28 April - 5 Mei 2017 Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-15 Sultan Muhammad V lafaz ikrar KUALA LUMPUR - Sultan Mu-hammad V

Utama4 SelangorKini 28 April - 5 Mei 2017

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri mengalu-alukan inisiatif pelaksa-naan Skim Sewa dan Menyimpan Kerajaan Persekutuan yang disi-fatkan signifikan dengan Skim Sewa Milik yang dilaksanakan, di Selangor.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Ban-dar, Dato’ Iskandar Abdul Samad merujuk pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mengumumkan skim se-rupa ketika majlis pecah tanah projek perumahan Sungai Udang Setapak, Kuala Lumpur, pada 17 April lalu.

“Kerajaan Negeri mengumum-kan skim sama, pada Oktober 2016. Di bawah skim yang dina-makan Smart Sewa itu, penyewa

dipulangkan 30 peratus daripa-da sewa dibayar selepas kontrak sewaan mereka tamat.

“Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali pada Sidang Dewan Negeri Oktober lalu turut mengumumkan RM100 juta di-belanjakan tahun ini untuk mem-beli Rumah Selangorku yang di-sewakan.

“Ketika itu, terdapat 100 rumah yang boleh disewakan di bawah skim ini. Pada Januari lalu, 260 unit Rumah Selangorku dike-nalpasti untuk dibeli dengan kos RM46.5 juta,” katanya dalam ke-nyataan.

Najib melancarkan pembi-naan perumahan pangsapuri baru dengan konsep pulangan kewangan semula RM18,000 un-tuk tempoh lima tahun yang di-gunakan dalam Projek Pangsa-

puri Bandaraya Sungai Udang di Segambut dengan kadar sewa RM800 sebulan.

Daripada jumlah itu, RM500 adalah kadar sewa, sementara bakinya RM300 akan dijadikan simpanan kepada penyewa.

Mengulas inisiatif itu, Is-kandar berkata, konsep sama yang dilaksanakan di pering-kat Persekutuan membukti-kan dasar Smart Sewa Selangor memberikan manfaat kepada umum.

“Walaupun Menteri Kese-jahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan sering mempertikaikan peranan Kera-jaan Negeri tetapi pelancaran skim Kerajaan Persekutuan yang mirip skim kita adalah pengiktirafan kepada usaha yang dilaksanakan,” katanya.

Smart Sewa Selangor

Putrajaya ciplak dasar negeri

SHAH ALAM - Kemelut penguru-san Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang mencapai kata sepakat apabila penduduk bersetu-ju menjelaskan tunggakan sewa mengikut jadual ditetapkan.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Dato’ Iskandar Abdul Samad ber-kata, persetujuan turut dicapai apa-bila Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) bersetuju membersihkan bangunan kediaman.

Beliau berkata, walaupun Kera-jaan Persekutuan mengeluarkan kenyataan untuk mengambil alih pengurusan kediaman, namun komitmen itu tidak dilaksanakan secara sistematik.

“Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dalam dialog bersama penduduk memaklumkan MBPJ akan melakukan pembersi-han bangunan memandangkan persetujuan Kerajaan Persekutuan belum tentu dapat diperolehi.

“Kerajaan Negeri akan tetap de-ngan komitmen memastikan PPR ini diselenggara dengan baik wa-laupun pelbagai janji ditabur Kera-jaan Persekutuan,” katanya dalam kenyataan, baru-baru ini.

Beliau berkata, perolehan hasil pungutan sewa yang kini mencecah 60 peratus berbanding sebelumnya membuktikan isu berkenaan mam-pu ditangani secara baik di pering-kat negeri.

“Kerajaan Negeri melalui satu jawatankuasa khas dianggotai Pe-nyelaras DUN Kota Damansara, ahli majlis dan pegawai MBPJ akan sen-tiasa mengadakan perbincangan bersama penduduk bagi mengenal

Kemelut PPR Lembah Subang tamat

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri mencabar Umno-Barisan Nasio-nal menunaikan janji untuk mem-bantu golongan tani di negeri itu seperti kenyataan yang pernah dikeluarkan pentadbiran Putraja-ya sebelum ini.

Exco Infrastruktur, Kemuda-han Awam dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib berkata, keperluan itu bagi memastikan golongan pesawah di negeri itu mendapat manfaat terbaik tanpa mengambil kira sebarang senti-men politik tertentu.

"Umno kini terdesak. Mereka masih belum menunaikan janji untuk memberi bantuan khusus kepada mangsa serangan wabak Hawar Daun Bakteria (BLB).

"Umno kini berdalih dengan menyembunyikan tanggungja-wab mereka di sebalik pemberian bantuan subsidi yang sememang-nya menjadi tangungjawab Kera-jaan Persekutuan .

"Mereka (Umno) dengki dengan tindakan pantas Kerajaan Negeri membantu pesawah dan mangsa BLB dengan jumlah perbelanjaan

begitu besar walaupun hanya di peringkat negeri," katanya kepada SelangorKini, di sini, pada 19 April lalu.

Beliau berkata demikian se-bagai mengulas dakwaan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Da-tuk Seri Jamal Yunos kononnya Kerajaan Negeri gagal menyalur-kan keperluan bantuan kepada petani yang terkesan akibat wabak BLB.

Untuk rekod, RM8.5 juta di-peruntukkan Kerajaan Negeri menerusi pengumuman oleh Dato' Menteri Besar, Dato'Seri Mo-hamed Azmin Ali untuk memban-tu pengusaha tani terjejas ekoran serangan wabak itu.

Sementara itu, hasil semakan SelangorKini, media pro-Umno pernah melaporkan kononnya Putrajaya pernah merancang me-nyediakan peruntukan khas RM3.7 juta bagi menampung kerugian petani termasuk bentuk bantuan yang diperlukan pesawah yang terjejas akibat fenonema BLB.

Menurut laporan itu, pelaksa-naan bantuan membabitkan ke

luasan blok padi seluas lebih 7,700 ekar (3,116 hektar).

Mengulas isu bantuan itu, Ahli Dewan Negeri, Ng Suee Lim mengesahkan pemberian itu ma-sih tidak disalurkan kepada pe-sawah terbabit.

"Dalam isu serangan BLB musim kedua pada 2016, menteri turun padang dan berbincang dengan Ahli Parlimen Sungai Be-sar, Budiman Mohd Zohdi serta berjanji akan beri bantuan me-mandangkan kebajikan petani di bawah tanggungjawab mereka.

"Tetapi saya dimaklumkan, bantuan yang dijanjikan masih tertangguh dan tiada sebarang pengumuman tarikh (penyam-paian bantuan) disampaikan. Sekarang sudah habis musim menanam, tapi bantuan masih belum sampai dan sehingga kini petani masih lagi menagih janji menteri.

"Malah, saya sendiri sudah membuat semakan dengan pe-tani dan mereka masih belum menerima bantuan itu, untuk tempoh ini," katanya.

Umno belum tunai janji

pasti masalah sebelum ia menjadi kritikal,” katanya.

Terdahulu, satu dialog antara pentadbiran negeri bersama pen-duduk PPR Lembah Subang diada-kan bagi membincangkan kemelut pengurusan perumahan itu.

Sebelum ini, kemelut pengam-bilalihan PPR Lembah Jaya berpun-ca daripada campur tangan Kera-jaan Persekutuan yang mendakwa Kerajaan Negeri gagal melakukan kerja penyelenggaraan dan pem-bersihan di kawasan itu.

Kerajaan Negeri akan tetap dengan komitmen memastikan PPR ini diselenggara dengan baik walaupun pelbagai janji ditabur Kerajaan Persekutuan

ISKANDAR SAMADExco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar,

Page 5: SELANGOR -TAIWAN - Selangorkini 2 SelangorKini 28 April - 5 Mei 2017 Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-15 Sultan Muhammad V lafaz ikrar KUALA LUMPUR - Sultan Mu-hammad V

Utama5SelangorKini 28 April - 5 Mei 2017

OLEH SYAZWANI SUFIAN

DAMANSARA - Yayasan HIJRAH Selangor melaksanakan program Made In Selangor buat julung kalinya bagi mengetengahkan imej penjenamaan produk dari negeri itu, di One Utama, Bandar Utama, pada 22 April lalu.

Program dengan kerjasama Jawatankua-sa Tetap Pembangunan Usahawan itu diras-mikan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah sebagai tanda sokongan dan galakan kepada usahawan muda khususnya untuk terus menaikkan nama serta mendapat tempat dalam bi-dang perniagaan.

Pengerusi Eksekutif HIJRAH, Dato' Mansor Othman berkata, pihaknya sen-tiasa berusaha dalam menaikkan martabat produk supaya lebih dikenali di mata ma-syarakat tempatan dan luar.

"Program ini memberi ruang promosi

lebih luas kepada usa-hawan dan pengusaha produk tempatan mem-perkenalkan jenama keluaran mereka.

"Kita harap ia dapat memperkasakan usahawan muda di negeri ini dengan so-kongan kuat Raja Muda Selangor," kata-nya.

Program yang diadakan pada 19 April hingga 23 April itu bakal diteruskan di AEON Shah Alam, bermula 25 April hingga 1 Mei ini.

Sebanyak 40 jenis produk diperkenal-kan dalam program itu termasuk usaha-wan di bawah Bazaar Pak Nil.

Program itu turut mendapat kerjasama pelbagai pihak termasuk aktiviti menarik iaitu booth daripada artis tempatan ter-masuk persembahan kebudayaan Univer-siti Selangor dan program membaca oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Sela-ngor.

Made In Selangor

Ketengah jenama tempatan

DAMANSARA - Kerajaan Negeri mewu-judkan satu mekanisma baru yang membantu mengembangkan produk tempatan sedia ada dalam program Made In Selangor bagi membantu kegia-tan Industri Kecil dan Sederhana (IKS).

Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Usahawan, Amiruddin Shari berkata, konsep itu dibawa ke pusat membeli-belah bagi memberi nafas baru dan diolah supa-ya menjadi hab pengumpulan produk yang menarik juga terkini.

"Konsep ini terdiri daripada usaha-wan yang menghasilkan dan menjual produk jenama serta buatan sendiri.

"Produk itu tidak terhad kepada in-dustri mikro seperti makanan sahaja tetapi diperluaskan lagi kepada produk tekstil seperti pakaian, tudung, aksesori dan kraftangan," katanya ketika berucap dalam perasmian Made In Selangor di

One Utama, di sini, pada 22 April lalu.Amir berkata, inisiatif itu dilak-

sanakannya bersama Hijrah Selangor untuk merealisasikan hasrat Kerajaan Negeri dalam usaha menyokong usa-hawan mikro berniaga, sekali gus dapat menjalin jaringan perniagaan sesama usahawan.

"Terdapat banyak produk keluaran tempatan yang mempunyai nilai komer-sial yang tinggi dan dilihat dapat dike-tengahkan.

"Melalui Made In Selangor, saya ber-harap ia dapat menjadi medium pema-saran dan tapak permulaan bagi mem-perkenalkan produk tempatan dengan lebih meluas," katanya.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri juga dalam usaha menjalinkan kerjasama dengan pasar raya besar yang dike-nal pasti dan perbincangan sedang di-jalankan bagi memperincikannya.

Kembang produk usahawan

Page 6: SELANGOR -TAIWAN - Selangorkini 2 SelangorKini 28 April - 5 Mei 2017 Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-15 Sultan Muhammad V lafaz ikrar KUALA LUMPUR - Sultan Mu-hammad V

Utama6 SelangorKini 28 April - 5 Mei 2017

Abai kebajikan rakyat

KPKT tidak profesionalSHAH ALAM - Kerajaan Perse-kutuan bersikap tidak profe-sional dan adil terhadap rakyat apabila membatalkan kelulusan projek kerajaan tempatan di ka-wasan Parlimen bukan Umno-Barisan Naional (BN).

Exco Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram dan Pembangunan Kampung Baru, Ean Yiong Hian Wah berkata, arahan Kementerian Kese-jahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) itu jelas tidak menghormati

sistem demokrasi dan pilihan rakyat yang tidak memihak ke-pada Umno-BN.

“Tindakan sebegini tidak wa-jar, tidak profesional dan tidak adil dilaksanakan,” katanya ke-pada SelangorKini, di sini, pada 20 April lalu.

Ahli Dewan Negeri Seri Kem-bangan itu mengumpamakan tindakan KPKT sebagai satu kelakuan ‘orang kecil’ atau ‘xiao ren’ bermaksud Menterinya, Tan Sri Noh Omar hanya memen-tingkan kebaikan diri-sendiri.

Katanya, rakyat boleh meni-lai kepribadian Noh yang jelas menunjukkan beliau tidak layak bergelar pemimpin.

“Beliau hanya mementingkan perjuangan sempit politik Umno-BN dengan mengabaikan kebaji-kan rakyat,” katanya.

Pada 19 April lalu, KPKT menge-luarkan arahan membatalkan semua kelulusan projek kerajaan tempatan di kawasan Parlimen yang gagal dimenangi Umno-BN berdasarkan pekeliling dikeluar-kan Ketua Pengarah Jabatan Kera-

jaan Tempatan, Abu Bakar Johar, bertarikh 17 Mac lalu.

Arahan itu meliputi semua projek BP 1 yang menurut laman sesawang KPKT merujuk kepada projek infrastruktur berskala kecil di peringkat majlis tempatan.

Abu Bakar berkata, keputu-san itu dibuat pada mesyuarat 9 Mac lalu untuk 'penyelarasan peruntukan projek BP 1 2017' yang dihadiri Noh bersama da-tuk bandar dan yang dipertua pihak berkuasa tempatan Ma-laysia.

Nafi hak rakyat nikmati hasil negaraRAWANG - Tindakan tidak memadai Kementerian Ke-sejahteraan Bandar, Peruma-han dan Kerajaan Tempatan (KPKT) membatalkan kelulu-san projek kerajaan tempatan di kawasan Parlimen bukan Umno-Barisan Naional (BN) menafikan hak rakyat menik-mati hasil negara dengan adil.

Ahli Dewan Negeri Rawang, Gan Pei Nei berkata, rakyat seharusnya menikmati kemu-dahan seperti dijanjikan itu tanpa mengira di kawasan Par-limen Umno-BN atau bukan sebagai pembayar cukai.

“Ini adalah perkhidmatan asas yang sepatutnya dinik-mati rakyat tidak kira di Sela-ngor (dikuasai PAKATAN) atau negeri lain di seluruh Malay-sia kerana sebagai rakyat, kita berhak menikmati hasil dari-pada cukai dibayar.

“Saya rasa, ini satu tinda-kan berniat jahat dan bermotif

politik,” katanya kepada Sela-ngorKini, di sini, pada 21 April lalu.

Sehubungan itu, beliau mendesak Menteri KPKT, Tan Sri Noh Omar supaya mem-batalkan keputusan itu dan menyalurkan peruntukan pembangunan seperti dijanji serta diluluskan ke semua ka-wasan sama rata juga tidak pilih kasih.

Katanya, rakyat sememang-nya berhak menuntut kembali segala hasil dibayar daripada Kerajaan Persekutuan tidak terkecuali di kawasan Parli-men bukan Umno-BN.

“Kita tidak seharusnya membuat keputusan ber-dasarkan politik kepartian kerana rakyat yang menjadi mangsa. Kalau boleh, kita ber-politik secara profesional dan jika nak lawan (bersaing) ke-tika berlangsung pilihan raya,” katanya.

Bonus Rakyat Selangorku tak wujudSHAH ALAM - Rakyat Selangor diminta mengabaikan sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) berhubung program Bonus Rakyat Selangorku (BR1S) kera-na ia adalah mesej palsu.

SMS terbabit bertujuan mem-perdaya penduduk di negeri itu dengan dakwaan ia adalah salah satu program dilaksanakan di bawah Kerajaan Selangor.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Ke-luarga, Dr Daroyah Alwi berka-ta, rakyat jangan terpengaruh dengan SMS berkenaan kera-na ia bukan daripada Kerajaan Negeri, bahkan ia adalah pro-paganda pihak tidak bertang-gungjawab.

Katanya, rakyat juga dinasi-hatkan tidak terpengaruh de-ngan mesej terbabit kerana ia bertujuan mengelabui mata mereka kononnya terdapat ban-

PENASIHAT: Lembaga Editorial CCSBKETUA PENGARANG: Cecelia Alphonsus

PENGARANG : Nurul Farina NazlanPENOLONG PENGARANG Mohd Ezli Mashut, Naeem Raffi, Afeeqa Afeera

WARTAWAN: Hafizan Taib: [email protected],

Nazli Ibrahim: [email protected], Afix Redzuan: [email protected],

Lizawati Madfa: [email protected], Norhayati Umor: [email protected],

Syazwani Sufian : [email protected] Ermizi Muhamad : [email protected]

JABATAN PEMASARAN & PENGIKLANAN:Budi Setyawan : [email protected] | 013 399 2848

Nadhrah Azlan : [email protected] l 03-5523 4856 (ext 117)

JURUGAMBAR: Asri Sapfie, Raheemie Arifin & Shuaib AyobGRAFIK & REKA LETAK: Unit Grafik CCSB

Aras 2, Carlton Holiday Hotel & Suites, No 1, Persiaran, Akuatik 13/43,Seksyen 13, 40100, Shah Alam, Selangor

Tel : 03-5523 4856 Faks : 03-5523 5856 Emel: [email protected]

SIDANG PENGARANG

Ean Yiong Hian Wah

tuan daripada Kerajaan Negeri berbentuk wang.

"Ia sangat buruk dan saya minta pihak yang melakukan ke-giatan tidak berfaedah ini meng-hentikannya. Rakyat juga perlu sedar bahawa Kerajaan Negeri tidak memberikan bentuk ban-tuan seperti BR1S atau Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

"Kerajaan Negeri sangat fokus dengan agenda rakyat. Kita hanya memberi bantuan yang boleh memperkasa dan memberdayakan rakyat seper-ti skim HIJRAH dan Peduli Si-hat yang membolehkan rakyat menikmati bentuk bantuan de-ngan lebih terancang," katanya ketika dihubungi SelangorKini, pada 21 April lalu.

SelangorKini yang tu-rut menerima pesanan itu mendapati SMS terbabit tular dan menjadi perbualan orang ramai, sejak kebelakangan ini.

Sehubungan itu, orang ra-mai dinasihati berwaspada apabila menerima SMS seperti itu dan langkah terbaik adalah merujuk ke Pusat Khidmat Ma-syarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan ma-sing-masing bagi mendapat-kan maklumat sahih.

Kita tidak seharusnya membuat keputusan berdasarkan politik kepartian kerana rakyat yang menjadi mangsa. Kalau boleh, kita berpolitik secara profesional dan jika nak lawan (bersaing) ketika berlangsung pilihan rayaGAN PEI NEIADN Rawang

PALSU

Page 7: SELANGOR -TAIWAN - Selangorkini 2 SelangorKini 28 April - 5 Mei 2017 Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-15 Sultan Muhammad V lafaz ikrar KUALA LUMPUR - Sultan Mu-hammad V

MERAFAK SEMBAH DAN SETINGGI-TINGGI UCAPAN TAHNIAH

KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIASERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG XV

SULTAN MUHAMMAD VD.K., D.K.M., D.M.N., D.K. (Selangor)., D.K. (Negeri Sembilan)., D.K. (Johor)., D.K. (Perak).,

D.K. (Perlis), D.K. (Kedah)., D.K. (Terengganu)., S.P.M.K., S.J.M.K., S.P.K.K., S.P.S.K.

SempenaPERTABALAN

KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIASERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG XV

Pada24 APRIL 2017 BERSAMAAN 27 REJAB 1438H

“Semoga Allah Subhanahu Wataala MemberkatiPemerintahan Seri Paduka Baginda Tuanku”

SEMBAH TAKZIM DARIPADA

Y.A.B. Dato' Seri Mohamed Azmin AliDato' Menteri Besar Selangor

Kerajaan dan Seluruh Rakyat Negeri Selangor Darul Ehsan

Page 8: SELANGOR -TAIWAN - Selangorkini 2 SelangorKini 28 April - 5 Mei 2017 Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-15 Sultan Muhammad V lafaz ikrar KUALA LUMPUR - Sultan Mu-hammad V

Nasional8 SelangorKini 28 April - 5 Mei 2017

Politikkan isu pendidikan

Najib cakap tak serupa bikinOLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak disaran merujuk kejayaan dasar pendidikan dilaksanakan di negeri pimpinan PAKATAN dalam menawarkan askes pendidikan terbaik kepada rakyat.

Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar berkata, Najib tidak sewajarnya membuat kenyataan dangkal dengan mempolitikkan isu pendidikan demi kepentingan tertentu.

Beliau berkata, Kerajaan Perse-kutuan sebenarnya tidak mem-punyai kesungguhan tinggi me-martabatkan aspek pendidikan negara ekoran pemotongan pe-runtukan pendidikan dalam Belan-jawan 2017.

“Dakwaan ini jelas berniat jahat dan dibuat tanpa merujuk kejayaan kami di negeri pimpinan PAKATAN terhadap usaha memaju dan me-luaskan akses pendidikan kepada semua rakyat terutama anak Bumi-putera daripada keluarga memer-lukan.

“Hakikatnya, Najib ketika mem-bentangkan Belanjawan 2017

mengumumkan pemotongan pe-runtukan untuk universiti awam berjumlah RM1.5 bili-on tetapi kemudian mendabik dada se-bagai pejuang pen-didikan Bumiputera.

“Jika benar Na-jib ikhlas memper-juangkan pendi-dikan Bumiputera, beliau selaku Men-teri Kewangan tidak akan memotong se-sen pun peruntukan universiti awam,” ka- tanya dalam ke-nyataan, baru-baru ini.

Terdahulu, Perdana Menteri ke-tika merasmikan program pendi-dikan mendakwa, PAKATAN akan menghentikan semua program biasiswa seperti itu jika mendapat mandat rakyat untuk menubuhkan kerajaan, pada satu majlis baru-ba-ru ini.

Membidas kenyataan itu, Nu-rul Izzah mempersoal peranan se-benar Kerajaan Persekutuan dalam membantu meningkatkan imej pendidikan negara apabila Putra-

jaya mengehadkan peruntukan biasiswa MARA dan JPA yang me-

nyukarkan pelajar berkelayakan melan-jutkan pelajaran di luar negara.

“Situasi ini jelas membuktikan Na-jib hanya ‘cakap tak serupa bikin’ dalam hal pendidikan Bu-miputera dan pelajar miskin,” katanya.

Ahli Parlimen Lem-bah Pantai itu turut percaya, pendidikan percuma boleh dilak-

sanakan di negara ini jika amalan pentadbiran telus dan bebas rasuah diamalkan pentadbiran Putrajaya.

“Jika ia dapat dilakukan, maka impian rakyat Malaysia untuk mendapat akses pendidikan secara percuma seperti di negara Eropah akan semakin menjadi nyata,” ka-tanya.

Untuk rekod, Selangor satu-sa-tunya negeri melaksanakan dasar pendidikan percuma di bawah Skim Dermasiswa yang dilak-sanakan di Universiti Selangor.

Mainan lapuk menteri UmnoSHAH ALAM - Kenyataan Menteri Umno ber-hubung kepentingan identiti Bangsa Malay-sia membuktikan polisi perkauman Barisan Nasional (BN) tidak lagi relevan.

Naib Pengerusi Wanita DAP Selangor, Han-nah Yeoh berkata, kenyataan penting dikelu-arkan Khairy Jamaluddin itu juga diyakini bu-kan satu retorik murahan untuk menghadapi pilihan raya.

Katanya, Menteri Belia dan Sukan itu dili-hat benar-benar mahukan segala bentuk perkauman dihapuskan.

“Enam tahun lalu, apabila saya mahu mendaftarkan nama anak yang baru dilahir-kan sebagai anak Malaysia, BN mencemuh usaha kami.Saya dan suami dituduh me-minggirkan kaum India, mahu melakukan pembersihan etnik dan pelbagai tuduhan ja-

hat lain."Maka, kenyataan Khairy ini amat penting.

Masa depan Malaysia tidak seharusnya ditak rifkan menerusi kaum,” katanya dalam ke-nyataan, di sini, baru-baru ini.

Pada 17 April lalu, Khairy berkata, golo-ngan muda mahu dikenali menerusi iden-titi Bangsa Malaysia dalam tempoh 30 tahun akan datang selain mahukan tembok pe-misah antara kaum diruntuhkan.

“Mereka mahu melihat identiti lebih bersa-tu iaitu Bangsa Malaysia kerana dilihat lebih menyerlah daripada identiti kaum dan suku bangsa.

“Aspirasi ini bukan diperolehi hari ini sa-haja tetapi banyak didengari dalam proses dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) se-belum ini,” katanya.

KUALA SELANGOR - Dasar pen-didikan di peringkat Persekutuan memerlukan kajian menyeluruh bagi membolehkan sentimen inte-grasi nasional di sekolah vernaku-lar dapat dipupuk dalam kalangan masyarakat.

Exco Pendidikan, Pembangu-nan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi , Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, peranan sekolah vernaku-lar untuk meningkatkan nilai per-paduan antara kaum semakin ter-hakis.

“Saya setuju masih wujudnya kekangan berkait isu integrasi na-sional dalam sektor pendidikan tetapi tidak adil untuk menyalah-kan sekolah jenis vernakular sema-ta-mata.

“Saya menyokong sekolah ke-bangsaan tetapi kita harus pasti-kannya inklusif dan mempunyai kualiti terbaik supaya dapat me-narik ibu bapa pelbagai kaum menghantar anak mereka ke sana,” katanya kepada SelangorKini, di sini, baru-baru ini.

Nik Nazmi berkata, dasar Seko-lah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) lebih terbuka berbanding sekolah vernakular dan sekolah kebang-saan, sekali gus mendorong ke-masukan lebih besar masyarakat menghantar anak ke SJKC.

“Realitinya, SJKC lebih majmuk dengan kemasukan pelajar Melayu dan India, berbanding pelajar Cina dan India di sekolah kebangsaan.

Kukuh integrasi kaum

“Ini masalah dalam sistem pen-didikan sekolah kita sekarang. Sebab itu, kita perlu berbincang bagaiamana untuk menjadikan sekolah kebangsaan itu popu-lar dan Kerajaan Negeri tentunya mendukung hasrat itu,” katanya.

Beliau diminta mengulas ke-nyataan Timbalan Perdana Men-teri, Datuk Seri Zahid Hamidi yang mengakui sistem pendidikan ne-gara bercampur aduk dan tidak mementingkan perpaduan nasio-nal sebagai tonggak utama.

Memetik laporan Astro Awani, Zahid turut mencadangkan su-paya satu aliran sahaja diperlukan dalam sistem pendidikan negara ini.

Realitinya, SJKC lebih majmuk dengan kemasukan pelajar Melayu dan India, berbanding pelajar Cina dan India di sekolah kebangsaan

NIK NAZMIExco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi

Page 9: SELANGOR -TAIWAN - Selangorkini 2 SelangorKini 28 April - 5 Mei 2017 Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-15 Sultan Muhammad V lafaz ikrar KUALA LUMPUR - Sultan Mu-hammad V

9SelangorKini 28 April - 5 Mei 2017

Page 10: SELANGOR -TAIWAN - Selangorkini 2 SelangorKini 28 April - 5 Mei 2017 Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-15 Sultan Muhammad V lafaz ikrar KUALA LUMPUR - Sultan Mu-hammad V

10Ekonomi

SelangorKini 28 April - 5 Mei 2017

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM - Selangor mampu mengekalkan momentum per-tumbuhan ekonomi mampan walaupun di peringkat nasional mengalami pertumbuhan lebih perlahan.

Bekas Timbalan Pengarah Bank Negara Malaysia (BNM), Dr Rosli Yaakob berkata, hal itu ekoran Se-langor sebagai negeri maju mem-punyai kekuatan kewangan dan urus tadbir cekap.

“Jika Selangor terus beri insen-tif lebih baik daripada apa yang ditawarkan Kerajaan Persekutuan kepada pelabur, maka mereka akan datang ke negeri itu.

“Selangor mempunyai kele-bihan untuk menarik pelaburan dengan syarat urus tadbir Kera-jaan Negeri kekal baik juga tiada rasuah dalam urusan antara swasta dengan kerajaan kerana ini fak-tor penting untuk ekonomi terus berkembang walaupun dikelilingi suasana ekonomi malap,” katanya kepada SelangorKini, di sini, baru-baru ini.

Katanya, keadaan itu berbeza

Kekuatan kewangan dan urus tadbir cekap

Ekonomi Selangor ‘suci dalam debu’

dengan Kerajaan Persekutuan yang tidak menerapkan amalan urus tadbir bersih dan terpalit de-ngan pelbagai skandal, sekali gus menyebabkan pelabur asing se-makin menjauhkan diri kecuali be-berapa entiti berkepentingan.

Katanya, hal itu menjadikan Selangor kekal sebagai peneraju ekonomi negara, sekali gus antara penyumbang terbesar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

“Faktor bilangan tanah perin-dustrian yang banyak dan harga

berpatutan berbanding pesaing-nya, Pulau Pinang turut menye-babkan pelabur menjadikan ne-geri itu sebagai lokasi alternatif.

“Selangor adalah negeri paling maju di pantai barat dan banyak tanah perindustrian berbanding Pulau Pinang yang tepu. Mungkin juga ada pelabur di Pulau Pinang tetapi apabila mendapati harga tanah perindustrian naik, maka mereka akan menjadikan Sela-ngor sebagai pilihan kedua,” ka-tanya.

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) digesa menjelaskan ‘kehilangan’ sebahagian besar pelan rancangan projek Rang-kaian Rel Pantai Timur (ECRL), di Selangor.

Ahli Dewan Negeri Daman-sara Utama, Yeo Bee Yin ber-kata, peta dipamerkan SPAD dalam sesi Pameran Awam ECRL tidak memasukkan laluan rel menghubungkan Gombak ke Pelabuhan Klang, baru-baru ini.

Beliau dimaklumkan kaki-tangan SPAD bahawa laluan rel sepanjang 60 kilometer (km) itu akan dimasukkan dalam fasa kedua projek berkenaan.

“Ini sangat pelik. Projek ECRL sering dipuji berpotensi meng-hubungkan pelabuhan timur dan barat di Semenanjung Ma-laysia seperti Kuantan-Pelabu-han Klang.

“Jika sambungan Kuantan-Pelabuhan Klang penting, mengapa laluan rel Gombak-Pelabuhan Klang tidak diser-takan dalam pameran awam,” katanya dalam kenyataan.

Pameran Awam ECRL diada-kan di Ibu Pejabat SPAD di Kua-la Lumpur dan 38 lokasi terpilih lain, bermula 8 Mac sehingga 5

Jun ini.Bee Yin yang juga Ahli

Jawatankuasa DAP Selangor turut memetik laporan akhbar berhubung rancangan Putra-jaya memberi keutamaan ter-hadap pembinaan landasan sepanjang 250km meng-hubungkan Kuantan-Pelabu-han Klang.

“Adakah Kerajaan Persekutu-an diketuai Umno merancang untuk mengenepikan Kerajaan Negeri dalam proses membuat keputusan berhubung pro-jek berkenaan. Adakah mere-ka akan memaksa kami untuk menerima apa sahaja ranca-ngan dan menyembunyikan sesuatu berkenaan projek ini?” katanya.

Bee Yin berkata, projek menelan kos RM55 bilion itu dijangka memerlukan 1,000 bi-dang tanah di Selangor selepas penjajaran dimuktamadkan Kerajaan Negeri.

“Ia memberi impak ekonomi dan sosial kepada rakyat Sela ngor, maka Kerajaan Ne-geri dan rakyatnya berhak mendapat maklumat projek ini. Hanya dengan itu, orang ramai boleh menilai sama ada ia se-timpal dengan kos dan dilaku-kan secara betul,” katanya.

SPAD perlu jelaskan kehilangan pelan ECRL

Page 11: SELANGOR -TAIWAN - Selangorkini 2 SelangorKini 28 April - 5 Mei 2017 Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-15 Sultan Muhammad V lafaz ikrar KUALA LUMPUR - Sultan Mu-hammad V

11SelangorKini 28 April - 5 Mei 2017

ADN

Depani kos sara hidup

SHAH ALAM - Pertubuhan Ke-bajikan dan Amal Wanita Sela-ngor (PEKAWANIS) mengagihkan sumbangan RM100 kepada 60 ibu tunggal di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sekinchan, baru-baru ini.

Ahli Dewan Negeri Sekinchan, Ng Suee Lim berkata, bantuan itu bagi membantu golongan ter-babit mendepani peningkatan

kos sara hidup yang semakin me-ningkat.

Katanya, PEKAWANIS juga ti-dak pernah meminggirkan keba-jikan ibu tunggal yang memer-lukan perhatian dan sokongan semua pihak.

“Sumbangan ini adalah ini-siatif berterusan PEKAWANIS dalam membantu ibu tunggal terutama berhadapan kos sara

hidup tinggi termasuk kenaikan harga barangan dan petrol,” ka-tanya lapor Sinar Harian.

PEKAWANIS dipengerusikan isteri Dato’ Menteri Besar, Datin Seri Shamshida Taharin.

Selain itu, Suee Lim turut me-nyerahkan pinjaman skim mik-rokredit Hijrah Selangor (HIJRAH) kepada penduduk di DUN berke-naan.

Ibu tunggal terima insentif PEKAWANIS

SHAH ALAM - Pihak berkenaan diseru mengambil tindakan segera dan menepati prosedur operasi standard (SOP) dalam melaksanakan kerja pelebaran ja-lan bagi mengelak kejadian banjir kilat berulang di Kampung Har-moni, Ijok.

Ahli Dewan Negeri Ijok, Dr Id-ris Ahmad berkata, seruan sama turut ditekan pejabat daerah dan tanah, jabatan pengairan dan sali-ran, jabatan kerja raya dan keju-ruteraan selain penduduk.

“Kerja pengorekan dan pele-baran parit perlu disegerakan selepas apa yang berlaku baru-baru ini apabila parit dikecilkan

gagal menampung air dari daerah Gombak.

“Jika tiada solusi dan tindakan segera, kita bimbang kejadian sama akan berulang dan menyu-sahkan penduduk,” katanya kepa-da SelangorKini.

Pada 18 April lalu, 16 keluarga terjejas dan mengalami kerosakan harta benda selepas rumah dinai-ki air.

Penduduk mendakwa kejadi-an itu adalah musibah terburuk, dalam tempoh 50 tahun.

Bagaimanapun, 500 beg pasir sudah disediakan bagi menam-pung ban pecah sejauh dua kilo-meter.

Segera ambil tindakan

Page 12: SELANGOR -TAIWAN - Selangorkini 2 SelangorKini 28 April - 5 Mei 2017 Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-15 Sultan Muhammad V lafaz ikrar KUALA LUMPUR - Sultan Mu-hammad V

Album12 SelangorKini 28 April - 5 Mei 2017

Album13SelangorKini 28 April - 5 Mei 2017

ADN Sri Muda, Shuhaimi Shafiei menyantuni peserta program Walkaton Hari Wanita 2017 di DUN beliau bagi menghargai jasa mereka

ADN Dusun Tua, Razaly Hassan menyantuni pasukan futsal yang bertanding sempena Program 'Beghalek' (Kenduri) Sekampung 2017 di DUN beliau

ADN Sekinchan, Ng Suee Lim menyampaikan Skim Peduli Sihat kepada masyarakat memerlukan di DUN beliau

ADN Tanjung Sepat, Ir Mohd Haslin Hassan turut serta memeriahkan program Pertandingan Memasak Chef Dun Tanjong

ADN Morib, Hasnul Baharuddin menyantuni penduduk setempat dan menyampaikan sumbangan kepada mereka yang memer-lukan di DUN beliau

ADN Jeram, Dato' Amiruddin Setro merasmi dan me-nyampaikan hadiah di Kejohanan Petanque Piala Dato Hj Amiruddin Setro

ADN Semenyih, Dato' Johan

Abdul Aziz turun padang melihat

permasalahan banjir di

Kampung Sesapan Kelubi untuk mencari

penyelesaian

Ahli Parlimen Selayang, William Leong turut sama membantu membersihkan rumah penduduk terjejas akibat banjir di Kampung Sungai Serai

Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian turun padang ke Kaunter Pendaftaran Pengundi Baru Pasar Besar Jalan Othman berjumpa masyarakat setempat

Page 13: SELANGOR -TAIWAN - Selangorkini 2 SelangorKini 28 April - 5 Mei 2017 Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-15 Sultan Muhammad V lafaz ikrar KUALA LUMPUR - Sultan Mu-hammad V

14Rencana

SelangorKini 28 April - 5 Mei 2017

OLEH AFIX REDZUAN

Dalam membina negara bangsa yang penuh kemasyhuran, pem-bangunan modal insan adalah nadi utama penggerak ke arah

kejayaan menerusi generasi berpendidi-kan dengan penuh iltizam khususnya ke-rajaan selaku pemerintah dan amnya war-ga pendidikan.

Pergelutan ekonomi global yang ma-sih belum menampakkan sinar kelancaran dalam tempoh terdekat mengakibatkan per-belanjaan institusi pendidikan turut menjadi korban pertaruhan itu, akhir-akhir ini.

Jika diamati secara terperinci, sejak 2015 peruntukan Kementerian Pendidi-kan semakin menguncup di saat Kerajaan Persekutuan mencanangkan pertumbu-han dan kedudukan ekonomi yang stabil menerusi gagasan transformasi negara yang mula diperkenalkan sejak Datuk Seri Najib Razak dilantik menjadi perdana menteri, pada 3 April 2009.

Melalui Bajet 2016, Kementerian Pendi-dikan menerima pemotongan peruntukan RM2.4 bilion dengan jumlah RM13.378 bi-lion, berbanding RM15.785 bilion (5.8 pe-ratus) dalam Belanjawan 2015.

Sementara tahun ini, potongan ke-seluruhan bagi Kementerian Pengajian Tinggi ialah 10.27 peratus dari RM13.378 bilion kepada RM12.132 bilion yang me-nyaksikan pemotongan 9.31 peratus iaitu RM1.24 billion.

Sebagai contoh, peruntukan Universiti Kebangsaan Malaysia dipotong kepada RM352.7 juta dari RM512.33 juta dan sebe-lumnya potongan 31.16 peratus, manakala Universiti Teknologi MARA pula dipotong 25.2 peratus dari RM2.23 bilion kepada RM1.67 bilion.

Pembangunan modal insan

Pendidikan nadi utamapenggerak kejayaan

Pemotongan bajet tekananbuat warga pendidik

Kesan pemotongan itu pastinya dira-sakan terutama warga penyelidik di insti-tusi pendidikan tinggi awam apabila tidak dapat meneruskan penyelidikan bagi be-berapa sektor utama akibat kekurangan peruntukan.

Keadaan itu akan mengakibatkan kaji-an yang dilakukan sebelum ini tertangguh

dan tidak mustahil juga hasrat berkenaan terpaksa dilupakan buat sementara waktu.

Selain perihal pemotongan peruntukan yang masih dibicarakan semua pihak se-hingga kini, tidak dilupakan jumlah pen-gagihannya yang masih belum sampai ke kumpulan sasar hingga dibangkitkan dalam sesi Dewan Rakyat, baru-baru ini.

Situasi tidak profesional itu boleh men-jejaskan institusi pendidikan tidak mengira bangsa kerana semua rakyat Malaysia ber-hak menikmati peruntukkan pendidikan.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin berkata, peruntukan yang diberi-kan kepada Sekolah Jenis Kebang-saan Cina (SJKC) oleh kerajaan ti-dak diterima pihak sekolah, sedang kan ia adalah peruntukan bagi Bajet 2016.

Katanya, perkara lebih mengejutkan adalah jumlah itu sebenarnya dikurang-kan dari RM50 juta kepada RM16.5 juta, namun kerajaan tidak memberikan lang-sung peruntukan itu akibat tidak diper-setujui MCA.

Dakwaan sama turut dibangkitkan Ahli Parlimen Batu Gajah, V Sivakumar pada sesi Dewan Rakyat lalu apabila Sekolah Je-nis Kebangsaan Tamil (SJKT) hanya diberi-kan RM16.5 juta sahaja, sedangkan mereka menerima RM50 juta sama seperti SJKC.

Keadaan itu menimbulkan persoalan ke mana baki RM33.5 juta yang sepatutnya di-

salurkan kepada sekolah itu, namun sehing-ga kini masih belum dijelaskan.

Perdana Menteri pada 2016 mengu-mumkan peruntukan RM600 juta untuk Tabung Khas Penambahbaikan dan Peny-elenggaraan Sekolah, di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, RM250 juta untuk Sekolah Kebangsaan, RM50 juta bagi SJKC, RM50 juta kepada SJKT dan RM50 juta un-tuk Sekolah Mubaligh.

Beri perhatian beban warga pendidik

Di samping itu, bebanan tugas warga pendidik juga harus diberikan perhatian di sebalik budaya pendidikan yang berbeza se-jajar dengan peredaran masa kini.

Apakah yang tinggal buat institusi pen-didikan jika segala usaha dan wang yang seharusnya disalurkan terus disusut nilai? Apakah kita lebih kagum dengan bangu-nan cakerawala yang tinggi sekadar tatapan mata tanpa memikirkan insan yang mahu dibangunkan bagi terus menguruskan sihir cakerawala, pada masa akan datang?

Membangunkan generasi berpendidi-kan menjadi satu pelaburan besar. Di seba-lik kesukaran itu, pastinya akan lahir gen-erasi ber-akhlak dan berprinsip yang akan terus membela dan membangunkan nama Malaysia selain mengangkat martabat in-san berintegriti.

Jangan biarkan pendidikan itu terus di-tekan hingga akhirnya mendatar kerana membangunkan negara itu pastinya sukar tetapi mempertahankannya nyata lebih ber-liku.

Kesan pemotongan itu pastinya dirasakan terutama warga penyelidik di institusi pendidikan tinggi awam apabila tidak dapat meneruskan penyelidikan bagi beberapa sektor utama akibat kekurangan peruntukan.

Page 14: SELANGOR -TAIWAN - Selangorkini 2 SelangorKini 28 April - 5 Mei 2017 Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-15 Sultan Muhammad V lafaz ikrar KUALA LUMPUR - Sultan Mu-hammad V

15SelangorKini 28 April - 5 Mei 2017

Fokus

Pembangunan modal insan

Pendidikan nadi utamapenggerak kejayaan

MBSA sedia kemudahan teknologi hijau

Bandar rendah karbon ����OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM - Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyediakan pelbagai kemudahan berkonsep teknologi hijau untuk keselesaan orang ramai di bandar raya itu bagi menjayakan program berke-naan.

Ia bersesuaian dengan agenda Kerajaan Negeri termasuk peran-cangan pihak berkuasa tempatan itu bagi mencapai sasaran menja-dikan Shah Alam sebagai bandar raya rendah karbon, menjelang 2030.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Shah-rin Ahmad berkata, pihaknya me-nyediakan dua bas elektrik Smart Selangor untuk pengangkutan awam selain dua kenderaan elek-trik bagi kakitangan menjalan kan tugas harian bagi menyo-kong kempen teknologi hijau.

"Bas Smart Selangor adalah perkhidmatan bas percuma yang diperkenalkan Kerajaan Negeri dengan dua dari 14 bas ditawar-kan MBSA kepada orang ramai adalah bas elektrik yang melalui satu dari tiga laluan di bandar raya ini.

"Ia menggalakkan masyarakat menggunakan pengangkutan awam, di samping mengurang-kan beban masyarakat dengan manfaat kepada golongan me-merlukan seperti pelajar sekolah, pekerja industri, pelajar institut pengajian tinggi, golongan usia emas dan suri rumah," katanya kepada SelangorKini, di sini, ba-ru-baru ini.

Pelancaran bas dan dua kenderaan elektrik MBSA di-sempurnakan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada program Shah Alam Hari Tanpa

Kenderaan, di sini, baru-baru ini.

Katanya, dua kenderaan elektrik jenis Renault itu digu-nakan kakitangan MBSA bagi tujuan menjalankan tugas dan rondaan serta aktiviti harian.

Beliau berkata, kenderaan terbabit juga digunakan untuk tujuan promosi bagi memak-lumkan orang ramai berkenaan matlamat MBSA untuk menjadi bandar raya rendah karbon, pada 2030.

"MBSA menukar lampu sedia ada ke-pada lampu 'energy saving' ( jimat tenaga) iaitu lampu LED de-ngan sebahagiannya dipasang di Persiaran Kayangan bagi m e n g g a l a k k a n penjimatan tena-ga," katanya.

Tingkat kemudahan kempen teknologi hijauPETALING JAYA - Majlis Bandara-ya Petaling Jaya (MBPJ) merang-ka pelbagai program dan pening-katan kemudahan awam ke arah menjayakan kempen teknologi hijau.

Ia bersesuaian dengan agenda Kerajaan Negeri dan peranca-ngan menjadikan Petaling Jaya sebagai bandar raya rendah kar-bon, pada masa depan.

Bagi merealisasikan sasa-ran itu, MBPJ menjalin kerjasa-ma strategik bersama agensi di bawah Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) serta Malaysia Green Techno-logy Corporation (MGTC) dalam melaksanakan Rangka Kerja Ban-dar Raya Rendah Karbon (LCCF).

Bersama agensi berkenaan, MBPJ menubuhkan pasukan petugas LCCF terdiri daripada ahli majlis, jabatan teknikal dan

pertubuhan bukan kera-jaan yang akan meran-cang, menyelaras juga memantau pelaksa-naannya serta program pelan tindakan hijau berkarbon rendah.

Program Earth Hour Night Walk turut dianjur-kan pihak berkuasa tem-patan itu bersama WWF-Malaysia dalam usaha jangka panjang untuk menjadikan Pe-taling Jaya sebuah bandar raya mampan.

Selain itu, ia juga mendidik masyarakat bagi menyemai ta-biat memelihara alam sekitar dan memupuk semangat kejiranan demi kebaikan serta kemajuan bersama.

MBPJ turut menyediakan dua perkhidmatan bas elektrik se-bagai inisiatif mengurangkan

Stesen caj kenderaan elektrik di Selangor

Majlis Bandaraya Shah Alaml Wisma MBSAl Pejabat Cawangan MBSA di Setia Alaml Pejabat Cawangan MBSA di Kota Kemuning

Majlis Bandaraya Petaling Jayal Ibu Pejabat MBPJl Jaya Onel Pusat Pameran Nissanl Pusat Pameran Renault

Majlis Perbandaran Subang Jayal Parkir Grandstand Kompleks Sukan MPSJl Parkir Kompleks 3C MPSJ

Majlis Daerah Kuala Langatl Perkarangan Parkir MDKLl Gold Coast Moribl Bandar Rimbayu

m a s a l a h pencemaran

udara di kawasan pentadbiran-nya.

Datuk Bandar Petaling Jaya, Dato' Mohd Azizi Mohd Zain ber-kata, pihaknya sentiasa memberi tumpuan ke arah mengekalkan bandar raya sebagai mesra alam.

“MBPJ memainkan peranan sangat berkesan dengan mem-perkenalkan perkhidmatan bas elektrik di kawasan ini sebagai bentuk kesedaran kepada ma-syarakat.

“Dalam tempoh itu, dua perkhidmatan bas elektrik digu-nakan dari 22 bas percuma yang disediakan sebelum ini,” katanya.

Perkhidmatan itu juga dilihat berkesan dalam mengurangkan kesesakan lalu litas di sekitar Pe-taling Jaya selain mampu menji-matkan penggunaan karbon.

Ia sebahagian daripada perkhid matan Bas Smart Selangor yang diperkenalkan Kerajaan Negeri di negeri itu untuk kemudahan orang ramai terutama golongan sasaran.

Page 15: SELANGOR -TAIWAN - Selangorkini 2 SelangorKini 28 April - 5 Mei 2017 Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-15 Sultan Muhammad V lafaz ikrar KUALA LUMPUR - Sultan Mu-hammad V

Saat inisaat kami menjahit robek bendera

ada yang turut mengutip laramenyumbat setiap inci liang luka

pada kaki tiang seri negeri ini.

Bintang dan bulan tak lagi bersinarwajah bendera kami semakin pudar

ingatan telah menjadi tugudan langkah ke depan menjadi kaku.

Waktu bergulir seperti rodamasa akan mengubah cerita

Kami tetap percayatanah bertuah ini menumbuhkan semula

ranting yang patahdari tubuh pohon yang pernah lelah.

Akar pohon tua menghulur dirimenjadi benang mengikat kembali

lalu kami pun mencantum perca-percamenjadi panji, berkibar di pentas usia.

Iman Danial Hakim

16Hadiah Sastera Selangor

SelangorKini 28 April - 5 Mei 2017

OLEH ROSLAN JOMEL

DALAM beberapa kes, karya seni sering di-anggap hebat apabila sukarnya para audiens

untuk mengerti apa yang dimak-sudkan oleh pengkarya tersebut. Sebagaimana payahnya menye-lami naratif dalam filem-filem karya Andrei Tarkovsky, misalnya. Konon ia menyerlahkan kemun-cak ekspresi seni paling tertinggi dan mengatasi karya-karya seza-man. Mitos sebegitu amat men-jengkelkan. Tingkat komunikasi yang tinggi antara pengkarya dan penikmat seni menjadikan karya yang dihasilkan lebih bersi-fat perseorangan, elit dan tera-pung-apung di lautan imaginasi. Lalu, apa tujuannya karya seni dicipta dan dibukukan dari sema-sa ke semasa?

Rahman Shaari menegur ten-tang sempadan kekaburan dan kejernihan makna dalam puisi dengan memetik nama T. Alias Taib dan Sasterawan Negara (SN) Muhammad Haji Salleh yang ti-dak menyetujui sajak-sajak me-nyembunyikan makna. SN Mu-hammad Haji Salleh menyatakan bahasa puisi perlu jelas, iaitu jelas dalam hubungannya dengan bi-dang yang mahu diungkapkan. Sementara T. Alias Taib pernah menekankan bahawa kandu-ngan sesebuah puisi hendaklah

terupaya dimengerti oleh pem-baca sederhana. Jika pembaca yang sederhana tidak pernah menemukan makna sesebuah puisi, itu bukanlah kejayaan buat golongan penyair. Salah satu ma-salah dalam genre sajak ialah pe-nyair gagal menyingkir bahasa klise sejak berzaman-zaman di-gunakan dan menggantikannya

dengan perbendaharaan yang lebih segar serta terkini.

Saya lebih cenderung memi-lih karya seni yang bersentuhan terus dengan audiens. Kendati demikian, saya juga maklum ba-hawa takrifan karya seni tidak statik sebagaimana yang disim-pulkan oleh ketiga-tiga penyair tersohor negara itu. Kadang-kadang karya seni tetap perlu mengurung makna dalamannya yang hanya dimengerti oleh pe-nyair tersebut kerana bersangku-tan dengan batin dan pengala-man peribadi terahsia. Begitulah yang dialami sewaktu berhada-pan dengan buku kumpulan sa-jak Berehat Di Sisi Paus, Zahid M. Naser terbitan Obscura. Tujuh puluh dua sajak dalam buku ini menceritakan tentang Tuan Biru, Hasan, Faridah Hanum sehingga-lah kita berhenti sejenak pada se-buah sajak yang mengkaget hati iaitu Barah. Di situlah, saya ter-paku apabila membaca pereng-gan di bawah:

rangkaku membalut badantetekku menjadi hitam

mungkin itu adalah akibat kejahatan mudaku

Tajuk buku kumpulan sajak yang komikal sebegitu tidak akan ditemui pada mana-mana buku-buku sastera yang bernada serius. Tajuk sebegitu kedenga-rannya seperti buku kanak-kanak bergambar. Terlepas daripada persoalan demikian betapa buku ini ingin berbeza daripada buku-buku kumpulan sajak yang mem-

pertaruhkan tema percintaan. Suatu strategi industri perbu-kuan yang lebih populis di mata pasaran. Saya tidak menemui sajak-sajak lelaki dikhianati keka-sih atau kekasih melemparkan kata-kata sendunya pada tengah malam di bawah sinaran bintang-bintang dan genangan air mata. Sajak-sajak dalam buku ini berdiri dengan jiwa keras namun ter-kawal sebelum menyentak ke dalam jiwa sebagai pengimbang letusan semangat penyair yang baharu saya dengar namanya. Ia sebuah buku yang memben-tangkan naratif personal justeru mengangkut isi batin penyairnya sendiri.

Sajak Barah bagai tulang pe-nyokong yang menyatukan per-jalanan jauh Paus Biru di samu-dera kehidupan. Sama ada di Mesir atau di Malaysia, karya seni yang bagus tiada batasan geo-grafi. Paus yang dipanggil Tuan Biru dan gajah yang bernama Mister Frank membuatkan kita bertanya, adakah ia kiasan spiri-tual tertentu yang membawa maksud besar dalam kronologi sejarah kemanusiaan? Kata-kata yang membentuk sajak tersebut tidak puitis dan jauh daripada hasrat untuk dilihat artistik. Se-baris ayat sajak yang kuat bakal dikenang oleh penikmatnya. Siapakah boleh melupakan pada kata-kata “keberanian intelek-tual itu, lebih payah daripada ke-beranian jasmaniah” yang ditulis oleh SN Muhmmad Haji Salleh.

Itulah yang perlu dicarikan oleh se-seorang penyajak dan ia se-dang dilakukan oleh Zahid M Naser. Misalnya pada baris ini, histeria kerinduanku menjelma yang boleh ditemui dalam sajak Ingin Cepat Sampai. Atau pada rangkap pertama dalam sajak Tuan Biru Nazak. Ia mengingat-kan saya kepada kerja penulisan sajak SN Muhammad Haji Salleh yang jelas berotot dan menepis curahan hingusan. Bahkan, gaya penceritaan dengan deskriptif bersahaja pada sajak-sajak dalam buku ini mengingatkan saya ke-pada penyair terkenal Indonesia, Goenawan Mohamad.

Sungguh mengujakan kera-na bukan sajak itu sahaja yang berdaya menembus perhatian penikmat genre sajak. Pembaca pasti tertarik dengan sajak Seja-rah Elisa, Tanya Sama Nuh, Halau Syaitan, Menjadi Perindu, Debu-debu Majapahit, Ilham Misterius Mister Frank atau mungkin lebih daripada itu. Secara peribadi, itu-lah seikat sajak yang memuaskan hati. Saya tidak memburu sajak-sajak sempurna atau yang merdu diksinya. Sejujurnya,, sudah se-makin jarang kita berhasil mene-mui sajak yang bersajak di media. Sebaliknya ditemui ialah kata-kata yang dirangkapkan tetapi gagal sebagai sebuah karya seni yang mendalam. Andai diperoleh sebuah sajak jujur dan asli de-ngan kata-kata diperbaharui, su-dah memadai untuk genre sajak di tangan penyair generasi terke-mudian.

Setelah sekian banyak buku kumpulan sajak bertaburan di sa-na-sini, saya menemui apa yang diperlukan sebagai karya seni, sekurang-kurangnya ada pada buku Berehat Di Sisi Paus. Dalam esei ringkas ini, bukan tujuan utama saya untuk mendedah-kan beberapa kelemahan yang lazimnya ketara dikesan pada kerja penulisan penulis baharu. Namun kehadiran buku kumpu-lan sajak dengan tajuk yang tidak mungkin kita temui sebelum dan selepas ini, ialah nada segar dan pengucapan kontemporari yang terdapat pada sebahagian sajak-sajaknya. Absurditi, simbolisme yang halus dengan susunan kata-kata padat dan kematangan peng ucapan menyerlahkan keman-tapan sesebuah karya seni. Saya mengesani sifat selektif Zahid M Naser di situ dan menutup esei ini dengan mengesyorkan baha-wa buku Berehat Di Sisi Paus ti-daklah mengecewakan dan ber-baloi untuk dimiliki.

Page 16: SELANGOR -TAIWAN - Selangorkini 2 SelangorKini 28 April - 5 Mei 2017 Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-15 Sultan Muhammad V lafaz ikrar KUALA LUMPUR - Sultan Mu-hammad V

17SelangorKini 28 April - 5 Mei 2017

Pertanian

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM - Tiada isu berat sebelah terhadap pe-nyaluran bantuan kepada pesawah yang terkesan ekoran serangan wabak Hawar Daun Bakteria (BLB).

Exco Infrastruktur, Ke-mudahan Awam dan In-dustri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib berkata, ke-nyataan Ketua Umno Ba-hagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos kononnya bantuan tidak diagihkan secara adil hanya fitnah.

“Memang dakwaan (Jamal) tidak betul dan bersifat tohmahan. Untuk makluman, edaran dibuat berdasarkan bancian di-jalankan Jabatan Pertanian Negeri berkenaan kadar kerosakan hasil tani.

“Bantuan pula disalur-kan kepada pengusaha bukannya pemilik seki-tar 15,000 (hasil semakan awal),” katanya ringkas ke-pada SelangorKini, pada 19 April lalu.

Memetik laporan Sinar Harian, Jamal mendedah-kan wujud agihan ban-tuan bersifat politik dan tidak disalurkan kepada pesawah di kawasan ter-babit.

Bagaimanapun, Kera-jaan Negeri sebelum ini mengumumkan bantuan RM8.5 juta sebagai inisiatif berkebajikan pengusaha walaupun keperluan itu se-benarnya di bawah bidang kuasa pentadbiran Putra-jaya.

Serangan BLB menye-babkan hasil sawah padi seluas 3,700 hektar di Sa-bak Bernam musnah de ngan kerugian hampir RM5 juta, sejak awal Januari lalu.

Serangan itu dikatakan paling teruk berlaku pada musim kedua tahun ini selepas serangan terakhir, pada 2013.

Setakat ini, tiada kawa-lan ampuh mampu meng-halang serangan BLB yang boleh dibawa manusia, peralatan dan angin.

KUALA SELANGOR - Seramai 169 petani di kawasan pengairan daerah Kuala Selangor dipilih se-bagai ketua blok pertanian sawah padi bagi mengusahakan produk pertanian kawasan diwakili me-reka.

Lantikan membabitkan ka-wasan pengairan di Sawah Sem-padan (39), Sungai Burong (61), Sekinchan dan Sungai Leman (69).

Sementara 25 individu lagi bertanggungjawab sebagai ke-tua kampung pecahan pengairan membabitkankan tujuh di Sawah Sempadan serta masing-masing sembilan di Pengairan Sungai Bu-rong, Sekinchan dan Sungai Le-man.

Majlis penyerahan watikah disampaikan Exco Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib di Ho-tel Apps, di sini, pada 21 April lalu.

Zaidy berkata, lantikan itu di-harap dapat memberi sumbang saran kepada mereka dalam usa-ha merancakkan lagi aktiviti per-tanian di daerah berkenaan.

“Lantikan ini penting dise-r-takan dengan tanggungjawab untuk memastikan golongan petani memberi khidmat bakti terbaik kepada masyarakat.

Bantuan mangsa Hawar Daun Bakteria

Tak timbul isu berat sebelah

Ketua blok tingkat produk tani

“Tanggungjawab ini juga me-merlukan anda menjadi medium terpenting kepada Kerajaan Ne-geri untuk mendapat sebarang maklumat berkaitan isu perta-nian padi di peringkat akar umbi.

“Anggaplah amanah ini se-bagai landasan untuk melebar cakupan perkhidmatan terbaik yang perlu diperluaskan demi kebajikan golongan tani seluruh negeri,” katanya.

Sementara itu, menzahirkan penghargaan, Abu Samah Ismail yang juga Pengerusi JKKK Kam-pung Parit 3 Sungai Burong ber-kata, tanggungjawab itu akan digalas secara konsisten bagi me-nambah baik mutu penghasilan padi negeri.

“Ini bukan pertama kali pelu-ang sama diberikan. Amanah ini

akan dilaksanakan sehabis baik demi manfaat umum khususnya golongan tani di sini,” katanya.

Bagi Ng Ah Kim yang mewakili JKKK Kampung S3B Sekinchan, beliau percaya komitmen diberi-kan akan dijayakan secara efektif berpandukan sokongan berteru-san di peringkat negeri.

“Saya mengucapkan terima kasih apabila diberi kepercaya-an ini. Terima kasih juga kepada pentadbiran negeri khususnya DUN Sekinchan yang rajin turun padang bantu petani, di sini,” ka-tanya.

Untuk rekod, ketua blok di bawah pentadbiran Kerajaan PAKATAN menerima elaun bulan-an RM1200 setahun, berbanding RM480 ketika zaman pentadbi-ran Umno-Barisan Nasional.

Abu Samah Ismail Ng Ah Kim

Page 17: SELANGOR -TAIWAN - Selangorkini 2 SelangorKini 28 April - 5 Mei 2017 Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-15 Sultan Muhammad V lafaz ikrar KUALA LUMPUR - Sultan Mu-hammad V

18PBT

SelangorKini 28 April - 5 Mei 2017

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM - Perkhidmatan Bas Smart Selangor di kawasan pentadbiran Maj-lis Bandaraya Shah Alam (MBSA) terus menerima sambutan memberang-sangkan dengan catatan penumpang melebihi sejuta.

Ketua Bahagian Korporat dan Per-hubungan Awam MBSA, Shahrin Ah-mad berkata, laluan pertama mencatat 1.2 juta penumpang, bermula 15 Julai 2015 hingga 28 Februari lalu.

Katanya, laluan kedua dan ketiga yang mula beroperasi pada 1 Novem-ber 2016 masing-masing mencatat 48,745 dan 88,519 penumpang.

“Melalui perkhidmatan ini, MBSA berhasrat membantu mengurangkan beban masyarakat yang memerlukan ekoran kos sara hidup semakin tinggi.

“Pada masa sama, kita juga dapat mempromosi penggunaan kenderaan awam serta mengurangkan penggu-naan kenderaan persendirian yang melepaskan gas karbon monoksida.

“Ia sekali gus membantu mereali-sasikan matlamat Shah Alam menjadi bandar raya rendah karbon, menjelang 2030,” katanya kepada SelangorKini, baru-baru ini.

Laluan pertama Bas Smart Sela ngor MBSA bermula di Stesen Komu-ter Shah Alam selain melalui Bangu-nan Setiausaha Kerajaan Negeri, Pasar Seksyen 6, Universiti Selangor, Jakel dan Hospital Shah Alam.

Laluan kedua pula bermula di Hen-tian Pusat Bandar, Seksyen 14 juga Wisma MBSA, Plaza Shah Alam, Pusat Akuatik Shah Alam, Lembaga Zakat Se-langor, AEON Mall, Pasaraya Giant, Po-

Bas Smart Selangor MBSA

Catat lebih sejuta penumpang

liteknik Shah Alam dan Stesen Komuter Batu Tiga.

Sementara itu, laluan ketiga juga ber-mula di Stesen Komuter Shah Alam se-

lain Pusat Komersial 18, Terminal 17, Sekolah Menengah Khas Vokasional, Pangsapuri PKNS 24 dan Persiaran Jubli Perak.

SUBANG JAYA - Majlis Perbanda-ran Subang Jaya (MPSJ) tidak me-lupakan program pembangunan belia selain usaha memastikan kawasan pentadbirannya diurus-kan dengan sempurna untuk ke-selesaan masyarakat sekitar.

Yang Dipertua MPSJ, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan ber-kata, antara program pembangu-nan belia dijalankan saban tahun termasuk program ‘Jom Kon-voi Kembara Amal MPSJ 2017’ membabitkan perjalanan sejauh 769 kilometer, pada 27 April hingga 1 Mei ini.

“Konvoi kali ini ke Pahang. Pel-bagai aktiviti santai, cergas dan sihat seperti gotong-royong maj-lis perkahwinan dan melawat Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia Kuantan yang menga-jak belia bermotosikal menjela-jah ke pelusuk negara juga desa bagi menerokai keindahan alam semula jadi, di samping aktiviti amal serta kemasyarakatan.

“Melalui pro-gram ini juga, peserta diberi p e n d e d a h a n pelbagai ilmu p e n g e t a h u a n berkaitan pemu-liharaan alam sekitar, keusaha-wanan, kesela-matan jalan raya dan pemanduan berhemah,” ka-tanya pada Maj-lis Serahan Tajaan Bersama Rakan Sinergi Bagi Pro-gram Jom Konvoi Kembara Amal MPSJ 2017 di Lobi

Utama MPSJ, di sini, baru-baru ini.

Beliau berkata, program itu turut mendapat kerjasama pel-bagai pihak seperti polis, Ja-batan Pengangkutan Jalan, Maj-lis Keselamatan Jalan Raya, pihak berkuasa tempatan dan bebera-pa pertubuhan bukan kerajaan seperti Selangor Youth Communi-ty, PEMADAM dan sektor koporat.

Katanya, MPSJ berharap pro-gram itu mampu membantu melahirkan belia yang dinamik, berdaya saing, berwawasan, serta bebas jenayah, di samping menjadi pengguna jalan raya berhemah.

Terdahulu, Nor Hisham turut menerima tajaan daripada pel-bagai pihak termasuk Modenas yang menyediakan lapan mo-tosikal, Summit Shopping Mall, Syarikat Faizah Sdn Bhd, Shriro Sdn Bhd, Tourism Sela-ngor, Chear Motor dan F&N Beve rages.

Jom Konvoi galak penyertaan belia

AMPANG - Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) memperke-nalkan sistem jualan kupon tem-pat letak kenderaan Smart Park-ing, bermula Mei ini.

Yang Dipertuanya, Abd Hamid Hussain berkata, keberkesanan sistem baru itu diyakini mampu memudahkan masyarat untuk membayar kadar letak kenderaan secara teratur.

Katanya, penambahbaikan sistem perkhidmatan juga di-laksanakan secara konsisten menerusi pelaksanaan Skim Ap-likasi Online.

“MPAJ dalam proses melantik syarikat bagi melaksanakan ap-likasi pembayaran caj tempat le-tak kenderaan secara talian yang dikenali sebagai Smart Parking.

“Aplikasi ini selari dengan ga-gasan Smart Selangor yang di-laksanakan pentadbiran Kerajaan Negeri,” katanya, di sini, baru-ba-ru ini.

Untuk rekod, MPAJ menye-diakan kupon letak kenderaan secara manual membabitkan

SHAH ALAM - Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) m e n y e d i a k a n kaunter bergerak ez-pay sebagai inisiatif mengu-rangkan kesesakan di ibu pejabatnya, pada waktu pun-cak, sepanjang bu-lan ini.

Pegawai Perhubungan Awam MBPJ, Zainun Zakarian berkata, ia adalah bagi meng-

galakkan orang ramai membuat pembayaran secara efektif.

“Langkah ini di-harap dapat mem-beri kemudahan ke-pada orang awam untuk hadir ke kaunter bergerak

yang dibuka berham-piran kediaman mereka.

“Antara jadual sepanjang April ini adalah di SD 12/1 (ber-hampiran McDonald s dan Mo-

MPAJ perkenal kupon Smart Parking

Ez-pay atasi kesesakan waktu puncakbil), SS24, Taman Megah, PJU 10, Damansara Damai dan Taman Datuk Harun (berhampiran kedai pakaian Kawanku dan Restoran Nasi Kandar Pokok Kelapa),” ka-tanya dalam kenyataan, baru-ba-ru ini.

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, orang awam boleh menghubungi Unit Komu-nikasi Korporat MBPJ di talian 03-79563544 sambungan 203/208 atau faks kepada nombor 03-79582695.

sistem pembayaran letak kende-raan di kawasan parkir pentadbi-rannya.

“Sistem ini atau Intelligent Community (ICOMM) memudah-kan orang ramai menggunakan aplikasi dalam talian bagi tujuan permohonan dan pembaharuan lesen, tempahan dewan, kom-paun trafik, sewaan gerai, cukai

serta pembelian tender,” katanya.Pada masa sama, beliau ber-

kata, MPAJ kini berusaha meng-kaji kepelbagaian fasiliti bagi memberi manfaat jangka pan-jang kepada penduduk terma-suk pembinaan Stadium MPAJ bernilai RM17 juta dan pemba-ngunan dewan besar di Taman Melawati.

Gambar hiasan

BAYARPARKING

Page 18: SELANGOR -TAIWAN - Selangorkini 2 SelangorKini 28 April - 5 Mei 2017 Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-15 Sultan Muhammad V lafaz ikrar KUALA LUMPUR - Sultan Mu-hammad V

19SelangorKini 28 April - 5 Mei 2017

PBT

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM - Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) giat melaksanakan inisiatif Go Green ke arah merealisasikan matlamat per-bandaran rendah karbon di negeri itu.

Yang Dipertua MPAJ, Abdul Hamid Abdul Hussein berkata, pelaksanaan dasar itu seiring pengukuhan agenda Smart Selangor yang menekankan konsep pemba-ngunan hijau negeri.

"Kini MPAJ, merangka akti-viti pembangunan hijau se-perti memperbanyakkan lagi kebun komuniti, pemasangan lampu LED di premis MPAJ, bangunan menara, gerai se-liaan kami, lampu jalan dan aset lain milik majlis.

"MPAJ turut menyediakan dua petak cas kenderaan elektrik di bangunan MPAJ se-bagai inisiatif serta hasrat mencapai matla-mat Ampang Jaya Bandar Rendah Karbon 2017-2030 bagi menyokong usaha ke arah

itu juga," katanya dalam kenyataan. Terdahulu, MPAJ menjadi pihak berkuasa

tempatan ketiga dipilih menjayakan bandar rendah karbon bersama Çarbon Trust dari United Kingdom.

Abdul Hamid optimis mampu menca-pai sasaran 30 peratus penurunan karbon

dalam tempoh lima tahun akan datang menerusi pelak-sanaan program yang meng-guna pakai Sistem Penilaian dan Kerangka Bandar Rendah Karbon (LCCF).

"Berdasarkan kajian di-jalankan MPAJ bersama pe-runding The Carbon Trust pada 2016, kita yakin mampu menurunkan 30 peratus kar-bon melalui pelaksanaan pro-gram rendah karbon, pada ta-

hun 2022 ."Justeru, kempen ini akan dilaksanakan

untuk tempoh lima tahun membabitkan kos keseluruhan kira-kira RM15 juta seperti yang dicadangkan The Carbon Trust," katanya.

Inisiatif 'Go Green'

Capai matlamat bandar rendah karbon

SHAH ALAM - Program Hari Bertemu Pelanggan (HBP) anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memberi peluang kepa-da orang ramai dan pihak berkepentingan menyalurkan aduan, komen serta saranan.

Bahagian Korporat dan Perhubungan Awamnya berkata, HBP landasan terbaik untuk orang ramai khususnya warga Shah Alam bertemu pengurusan atasan MBSA.

“Program ini dilaksanakan bagi mendekati warga Shah Alam secara terus dengan memberi peluang kepada me-reka menyalurkan aduan dan permasala-han yang dialami di kawasan pentadbiran MBSA.

“Orang ramai diberi peluang bertemu dan bersemuka dengan pengurusan atasan MBSA bagi membincangkan aduan dan permasalahan untuk tindakan kami,” kata-nya dalam kenyataan.

Program itu juga adalah komitmen berterusan MBSA dalam usaha memper-

tingkatkan serta memperbaiki sistem pe-nyampaian komuniti setempat.

“Antara aduan diterima adalah penye-lenggaraan jalan dan longkang, landskap serta lampu jalan. Selain itu, perkhidmatan lain yang disediakan adalah penyemakan dan pembayaran cukai taksiran, penyemak-an juga pembayaran kompaun khususnya kompaun trafik seta menerima semakan aduan permohonan ubah suai premis,” ka-tanya.

HBP turut disertai jabatan dalaman MBSA antaranya Jabatan Pelesenan, Ja-batan Kejuruteraan, Jabatan Bangunan, Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, Jabatan Perancangan, Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam serta Jabatan Kesihatan Persekitaran.

Pada masa sama, MBSA turut menjem-put agensi serta jabatan kerajaan yang lain untuk turut serta dalam program berke-naan.

HBP selesai masalah setempat

SHAH ALAM - Projek Perintis Kitar Semula dilaksanakan di Seksyen 11, Petaling Jaya, dalam usaha mengurangkan kebergantu-ngan dan memanjangkan hayat tapak pelu-pusan sisa pepejal sedia ada, pada 20 April lalu.

Menurut laman facebook Majlis Bandara-ya Petaling Jaya, projek itu dijayakan Pusat Khidmat ADUN Bukit Gasing dan Pusat Khid mat Ahli Majlis Zon 11 dengan kerjasama Ja-batan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pember-sihan Awam MBPJ.

"Pagi tadi (20 April) diedarkan plastik jernih yang membolehkan penduduk me-ngasingkan barangan buangan kitar semula seperti plastik, kertas, logam, kadbod dan kaca.

"Sementara itu setiap hari Isnin, kontrak-tor akan mengutip plastik jernih terbabit," katanya dalam kenyataan.

MBPJ juga mengharapkan penduduk dapat bersama mengamalkan projek perin-tis supaya pembuangan sisi pepejal dapat dikurangkan.

Kitar Semula panjangkan hayat tapak pelupusan

Page 19: SELANGOR -TAIWAN - Selangorkini 2 SelangorKini 28 April - 5 Mei 2017 Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-15 Sultan Muhammad V lafaz ikrar KUALA LUMPUR - Sultan Mu-hammad V

20Pendidikan

SelangorKini 28 April - 5 Mei 2017

OLEH ERMIZI MOHAMAD

KUALA SELANGOR - Kerajaan Negeri menyalurkan ban-tuan RM19 juta bagi pembaikan sekolah seluruh negeri bagi tempoh 2017, kata Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi , Nik Nazmi Nik Ahmad.

Nik Nazmi berkata, ia membabitkan keperluan infra-struktur ke arah pemerkasaan pendidikan dan manfaat pelajar.

“Bantuan ini diagihkan mengikut keperluan sekolah dengan mengambil kira jumlah pelajar dan keadaan ter-kini berdasarkan keperluan ditetapkan. Pada 2008, kita memperuntukkan bantuan RM16 juta untuk Sekolah Je-nis Agama Rakyat, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil.

“Tahun ini, Kerajaan Negeri menaikkan jumlah ban-tuan kepada RM19 juta termasuk penambahan kategori bantuan untuk Sekolah Mubaligh dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan,” katanya pada Pada Program Ramah Mesra bersama penerima bantuan sekolah negeri Sela-ngor fasa pertama di Auditorium INPENS, pada 18 April lalu.

Fasa pertama penyerahan bantuan membabitkan 121 sekolah di 12 Dewan Undangan Negeri (DUN) zon utara an-taranya Sungai Air Tawar, Sabak Bernam, Sekinchan, Sungai Panjang, Ijok dan Sungai Burung sebanyak RM3,093,000.00.

Penyampaian sumbangan membabitkan tiga fasa mengikut zon dan DUN sekolah seluruh negeri walaupun bidang pendidikan termaktub di bawah kuasa pentadbiran Kerajaan Persekutuan.

Bagaimanapun, Nik Nazmi berkata, keprihatinan Kera-jaan Negeri memperkasakan bidang pendidikan dilak-sanakan melangkaui fungsi sebenar bidang kuasa negeri.

“Kerajaan Negeri mengambil inisiatif menyumbang ke arah memperbaiki mutu pendidikan di Selangor melalui ruang yang ada kerana bidang ini di bawah senarai Perse-kutuan. Kita sebenarnya tiada kuasa menyentuh aspek kuri-kulum atau membina sekolah tetapi cuba menyokong pel-bagai inisiatif demi keperluan rakyat,” katanya.

KUALA SELANGOR - Keprihatinan Kerajaan Negeri menghulurkan ban-tuan pendidikan melangkaui fungsi sebenar Kerajaan Persekutuan mem-buktikan pentadbiran PAKATAN tidak mengamalkan amalan pilih kasih.

Goh Beng Poh, 56, berkata, komit-men itu menggambarkan kepedulian pentadbiran negeri untuk mengiktiraf kebajikan pendidikan kaum lain di Se-langor.

“Bantuan diagih secara adil ke-pada semua (kaum) dan tidak disalur kepada sekolah tertentu sahaja. Ini menjelaskan bahawa Kerajaan Negeri bersikap adil membantu operasi pe-ngurusan sekolah setiap tahun tanpa merujuk sentimen perbezaan itu,” ka-

tanya.Beng Poh mewakili pengurusan

Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Ker-ling, Kuala Kubu Bharu yang meneri-ma bantuan kewangan RM50,000 da-ripada Kerajaan Negeri di bawah Skim Inisiatif Peduli Rakyat.

Sekolah berkenaan antara 121 sekolah membabitkan 12 Dewan Un-dangan Negeri (DUN) zon utara yang menerima bantuan dengan jumlah peruntukan RM3,093,000.00.

Menghargai usaha murni itu, M Pachiappen selaku wakil Sekolah Je-nis Kebangsaan Tamil Ladang Sungai Rambai akan menggunakan peruntu-kan berkenaan bagi kerja pembaikan fasiliti.

“Ini bukan pertama kali kami menerima bantuan sama di pering-kat negeri. Tentunya ia bakal memberi manfaat untuk pembangunan fasiliti dan kebajikan pelajar,” katanya.

Pengetua Mahaad Habibullah Al-Hafiz Puncak Alam, Mohammad Sabri berkata, bantuan dihulurkan akan di-salur untuk tujuan pembaikan operasi sekolah.

“Sumbangan ini tidak terhad ke-pada penggunaan semasa tetapi bo-leh digunakan untuk tujuan keperlu-an memandangkan ia sangat terhad. Sekurang-kurangnya, bantuan ini memudahkan pengurusan, perjala-nan dan kebajikan 55 penuntut mad-rasah ini,” katanya.

Semua kaum nikmati bantuan

RM�� juta tingkat fasiliti sekolah

Bantuan Sekolah Negeri Selangor Fasa 1

KAJANG - Zon Selatan Selangor menerima suntikan RM2.7 juta menerusi Bantuan Pendidikan Fasa 1 Tahun 2017.

Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains dan Teknologi serta Inovasi, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, bantuan infra itu diagihkan berdasarkan keperluan sekolah yang memohon dengan mengambil kira jumlah pelajar dan keadaan terkini.

“Untuk Fasa 1 2017 sebanyak RM19,528,000 juta diagihkan kepada 578 sekolah di seluruh Selangor.

“Memandangkan jumlah sekolah yang layak menerima bantuan agak besar, maka Jawatankuasa Tetap Pendidikan melaksanakan agihan kepada tiga zon membabitkan Zon Utara, Zon Selatan dan Zon Tengah,” katanya.

Katanya, konsep agihan itu dipi-lih bagi memastikan bantuan sampai kepada sasaran selain memudahkan rakyat menikmati sumbangan Kera-jaan Negeri.

Beliau berharap bantuan diberi-kan itu digunakan sebaiknya serta menjadi permulaan kepada jalinan kerjasama lebih erat di antara sekolah dan Kerajaan Negeri.

Zon Selatan menggabungkan sekolah di bawah DUN Kajang, Si-jangkang, Telok Datok, Morib, Tan-jung Sepat, Kuang, Rawang, Taman Templer, Dengkil dan Sungai Pelek.

Selain itu, ia turut membabitkan DUN Batu Caves, Gombak Setia, Hulu Kelang, Bukit Antarabangsa, Lembah Jaya, Chempaka, Teratai, Dusun Tua, Semenyih, Bangi dan Balakong.

Zon Selatan terima bantuan RM�.� juta

Page 20: SELANGOR -TAIWAN - Selangorkini 2 SelangorKini 28 April - 5 Mei 2017 Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-15 Sultan Muhammad V lafaz ikrar KUALA LUMPUR - Sultan Mu-hammad V

21SelangorKini 28 April - 5 Mei 2017

Agama

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM - Sejumlah RM167 juta diperuntukkan bagi mem-bina dan membaik pulih tujuh masjid di Selangor, kata Exco Hal Ehwal Agama Islam, Jawatankua-sa Agama Islam dan Pembangu-nan Desa dan Kampung Tradisi, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi.

Beliau berkata, sebahagian besar daripadanya kini dalam proses tender dan dijangka mula kerja, pada tahun ini.

“Buat masa ini, kita tidak mu-lakan sebarang kerja pembinaan kerana ada proses yang perlu dii-kuti dan memakan sedikit masa. Bagaimanapun, kita jangkakan pada bulan ini juga (April) tender akan dimulakan untuk tindakan seterusnya,” katanya pada pro-gram Shah Alam Hari Tanpa Ken-deraan dan Sambutan Hari Bumi di Dataran Kemerdekaan, di sini, pada 17 April lalu.

Beliau turut ditanya gesaan membina Masjid Kampung Me-layu Rasa, Hulu Selangor yang di-dakwa dijanjikan, sejak 2013.

Dr Yunus berkata, beliau akan menyemak isu berkenaan dan menyelesaikannya sebaik mung-kin.

SHAH ALAM - Lembaga Zakat Selangor (LZS) menziarahi dua keluarga mualaf di Kampung Orang Asal Bukit Bandaraya Seksyen 8, di sini, selepas kisah mereka tular di akhbar tempatan, baru-baru ini.

Berkongsi paparan di Facebook, wakil LZS meluangkan masa menziara-hi keluarga Suraiman Mela yang juga asnaf miskin berdaftar di bawah insti-tusi terbabit.

“Suraiman mempunyai lima tang-gungan iaitu isteri dan empat anak. Be-liau menerima bantuan kewangan bu-lanan RM350, persekolahan dan raya.

“Beliau kini bekerja dengan pendapa-tan RM1200,” kata LZS.

Sementara itu, keluarga kedua, Dah-lan Mela yang juga penerima zakat akan menerima bantuan kewangan bulanan daripada LZS dalam tempoh terdekat.

Beliau kini bekerja sendiri de ngan anggaran pendapatan RM600 ke RM800 sebulan.

Proses binaan dan baik pulih

RM��� juta untuk tujuh masjid

LZS santuni mualaf

SUNGAI BULOH - Kerajaan Ne-geri mengenal pasti sebuah tapak tanah bersesuaian bagi pembinaan masjid baru di Kam-pung Merbau Sempak, di sini, bagi menggantikan masjid sedia ada.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, sehubungan itu perbincangan lanjut bersama Jabatan Perben-daharaan dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berkenaan peruntukannya akan diadakan untuk dimasukkan dalam Belan-jawan 2018.

“Kita sudah kenal pasti satu tapak bersesuaian untuk pembi-

naan semula masjid.“Walaupun agak kecil tetapi

kita merasakan ia mencukupi un-tuk pembinaan masjid dengan anggaran nilai hampir RM10 juta,” katanya selepas solat Jumaat serta majlis penyerahan sumba-ngan baik pulih masjid dan surau di Masjid Nurul Amin, Kampung Merbau Sempak, di sini, pada 21 April lalu.

Dato’ Menteri Besar turut me-nyampaikan sumbangan ke-pada 19 mangsa banjir bernilai RM3,800 juga pemberian kad Peduli Sihat kepada 27 penerima.

Beliau berkata, pembinaan masjid itu akan mengambil masa

sekurang-kurangnya dua tahun dan projek boleh dimulakan dalam tempoh terdekat dengan peruntukan sedia ada, manaka-la peruntukan tambahan akan dibuat, pada tahun hadapan.

“Kita juga sedang meneliti pem-bangunan sekolah agama rendah serta Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) baru di kawasan ini dan sekali lagi isu tanah sedang disele-saikan bagi tujuan berkenaan.

“Saya kira apabila pentadbi-ran Kerajaan Negeri mengambil usaha sebegini, maka kita dapat menyelesaikan banyak masalah rakyat dalam tempoh singkat,” katanya.

Masjid baru penuhi keperluan penduduk Kampung Merbau Sempak

Kita jangkakan pada bulan ini juga (April) tender akan dimulakan untuk tindakan seterusnyaAHMAD YUNUS HAIRIExco Hal Ehwal Agama Islam

“Saya akan lihat semula, na-mun isu pembinaan masjid atau surau ini kebiasaannya membabitkan isu tanah. Adaka-la, dikatakan sudah wakaf tetapi apabila kita lalui proses selan-jutnya terdapat masalah, namun Kerajaan Negeri akan semak,” ka-tanya.

Sebelum ini, media melapor-kan penduduk Kampung Melayu Rasa menuntut Kerajaan Negeri menunaikan janji membina mas-jid selepas empat tahun tergen-dala selain mendakwa peruntu-kan RM3 juta sudah disediakan melalui Jabatan Agama Islam Se-langor bagi tujuan itu.

WAKTU SOLAT SELANGOR28 April - 5 Mei 20171 - 8 Syaaban 1438H

Gombak, Hulu Selangor, Rawang, Hulu Langat, Sepang, Petaling, Shah Alam

Imsak Subuh Syuru' Zuhur Asar Maghrib Isyak

Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat

Imsak Subuh Syuru' Zuhur Asar Maghrib Isyak

28 Jumaat 5:36 5:46 7:03 1:14 4:30 7:20 8:3129 Sabtu 5:35 5:45 7:03 1:13 4:31 7:20 8:3130 Ahad 5:35 5:45 7:03 1:13 4:31 7:20 8:3101 Isnin 5:35 5:45 7:03 1:13 4:31 7:20 8:3102 Selasa 5:34 5:44 7:02 1:13 4:31 7:20 8:3103 Rabu 5:34 5:44 7:02 1:13 4:31 7:20 8:3104 Khamis 5:34 5:44 7:02 1:13 4:32 7:20 8:3205 Jumaat 5:33 5:43 7:02 1:13 4:32 7:20 8:32

28 Jumaat 5:38 5:48 7:04 1:16 4:32 7:22 8:3329 Sabtu 5:37 5:47 7:04 1:16 4:33 7:22 8:3330 Ahad 5:37 5:47 7:04 1:15 4:33 7:22 8:3301 Isnin 5:37 5:47 7:04 1:15 4:33 7:22 8:3402 Selasa 5:36 5:46 7:03 1:15 4:33 7:22 8:3403 Rabu 5:36 5:46 7:03 1:15 4:34 7:22 8:3404 Khamis 5:36 5:46 7:03 1:15 4:34 7:22 8:3405 Jumaat 5:35 5:45 7:03 1:15 4:34 7:22 8:34

Page 21: SELANGOR -TAIWAN - Selangorkini 2 SelangorKini 28 April - 5 Mei 2017 Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-15 Sultan Muhammad V lafaz ikrar KUALA LUMPUR - Sultan Mu-hammad V

22 SelangorKini 28 April - 5 Mei 2017

OLEH HAFIZAN TAIB

SEPANG - Karnival Kampungku Kesayanganku (3K) Sepang men-cipta kelainan dengan pengan-juran Free Market (Pasar Percuma) yang menyasarkan pengedaran barang makanan asas.

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu dan Warisan, Pem-bangunan Desa dan Kampung Tradisi, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, penganjuran itu adalah usaha yang baik dan memberi nilai tambah kepada pengisian program berkenaan.

“Saya lihat Free Market sebagai alternatif menjadikan masjid se-bagai pusat sehenti untuk aktiviti kemasyarakatan dan menepati hasrat juga objektif penganjuran program 3K yang antara lain menekankan pusat ibadah itu se-bagai wahana program kebajikan serta kemasyarakatan,” katanya.

Program 3K daerah Sepang diadakan di Masjid Meranti, Kam-pung Pulau Meranti, di sini, pada 14 dan 15 April lalu termasuk pro-gram Free Market yang menya-sarkan barangan makanan asas

PETALING JAYA - Tindakan pembaharuan dalam Rang Undang-Undang (RUU) Kega-nasan Rumah Tangga (Pindaan) 2017 seha-rusnya dilaksanakan lebih awal.

Ahli Dewan Negeri Damansara Utama, Yeo Bee Yin berkata, pembaharuan itu amat baik dan perlu disokong semua pihak, na-mun ia agak terlewat selepas pelbagai kes keganasan rumah tangga yang dilihat se-makin meningkat.

“Dapat dilihat, isu berkaitan wanita sering kali lambat diambil tindakan. Ini ber-laku kerana kita kurang perwakilan untuk menegakkan hak wanita.

“Bagaimanapun, pembaharuan ini kita tetap sokong dan berharap akan ada lebih banyak RUU berkaitan wanita dikemukakan serta ramai perwakilan wanita yang akan bersuara di Parlimen,” katanya kepada Sela-ngor Kini, di sini, pada 21 April lalu.

SHAH ALAM - Kerajaan Ne-geri mengambil inisiatif de-ngan menyalurkan bantuan segera kepada mangsa banjir bagi meringankan beban me-reka.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Ke-luarga, Dr Daroyah Alwi ber-kata, bantuan segera itu diberi-kan dalam bentuan keperluan asas ketika lawatan ke Dewan Kampung Harmoni, Ijok, pada 19 April lalu.

“Bantuan asas ini untuk per-mulaan. Sumbangan kewangan akan diberikan kepada mangsa selepas siap proses dokumentasi.

“Manakala, keperluan asas ini adalah bantuan segera kepada mangsa dalam bentuk beras, gula, kopi, biskut dan ba-rangan lain,” katanya dalam kenyataan.

Beliau turut dibawa melihat kerja pembinaan benteng pasir di lokasi yang menjadi punca berlakunya banjir akibat limpahan air.

Terdahulu, 16 keluarga terpaksa di-pindahkan ke pusat pemindahan selepas banjir kilat melanda kawasan Simpang Tiga, Ijok, pada 19 April lalu.

Karnival Kampungku Kesayanganku (3K)

Free Market tarikan barukeperluan hidup seperti beras, sayur-sayuran, minyak masak ser-ta pakaian.

Keseluruhan nilaian barangan dipasarkan bernilai RM10,000 ha-sil sumbangan ahli kariah dan pe-nyumbang tempatan dengan 100 asnaf fakir miskin diraikan meneru-si pemberian tiga barangan asas makanan kepada mereka.

Ahmad Yunus berkata, pi-haknya menyambut baik kreativi-ti menarik itu dan mengharapkan Free Market akan dapat dijadikan program tambahan kepada pe-ngisian penganjuran karnival 3K di setiap daerah.

Selain itu, katanya, Kerajaan Negeri berterima kasih di atas segala perancangan usaha pe-nganjur iaitu PAID Sepang, Pe-jabat Daerah dan Tanah Sepang serta pelbagai agensi dalam menjayakan program berkenaan.

Difahamkan, mangsa keganasan rumah tangga kini boleh mendapat Pe-rintah Perlindungan Kecemasan (EPO) pada hujung minggu atau di luar waktu pejabat daripada Jabatan Kebajikan Ma-syarakat.

Ia antara lima pembaharuan yang akan dimasukkan dalam RUU Keganasan Rumah Tangga (Pindaan) 2017.

Pada masa sama, Bee Yin turut mem-berikan pandangan serupa terhadap perlindungan kanak-kanak khususnya anak perempuan yang perlu diberi keu-tamaan dalam pendidikan bukan diberi pendedahan terhadap perkahwinan, seawal usia 16 tahun.

“Seharusnya anak perempuan seu-sia itu diberi keutamaan dalam pendidi-

kan sebagai inisiatif awal pembangunan modal insan yang akan memberi faedah jangka masa panjang.

“Sebab kita dapat lihat jika wanita itu tidak mempunyai pendidikan, mereka mudah didera dan dipandang rendah oleh kaum lelaki kerana kurangnya jati diri.

“Selain itu, perkahwinan di awal usia juga mengundang kepada kes penceraian. Apabila mereka bercerai di-usia yang muda dan tidak mempunyai pendidikan, maka kebergantungan me-reka juga terhad.

“Sebab itu, perlunya kita utamakan pendidikan kepada anak perempuan khususnya supaya mereka mampu berdi-kari untuk masa hadapan,” katanya.

Tingkat RUU wanita di Parlimen

Mangsa banjir Ijok dapat bantuan segera

Wanita & Kebajikan

NOTIS

PEMBERITAHUAN FAKTA PERSETUJUAN PIHAK BERKUASA NEGERI KEPADA DRAF RANCANGAN STRUKTUR NEGERI

SELANGOR 2035

Menurut subseksyen 10(7) Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172) adalah diberitahu bahawa Pihak Berkuasa Negeri Selangor telah memberi persetujuannya pada 16 November 2016 kepada;

RANCANGAN STRUKTUR NEGERI SELANGOR 2035NO. WARTA: 301, Jil. 70, No. 3

Draf Rancangan Struktur Negeri Selangor 2035 itu sekarang dikenali sebagai Rancangan Struktur Negeri Selangor 2035 dan boleh diperiksa di tempat dan masa seperti berikut;

Pengarah Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Selangor

merangkap;Setiausaha

Jawatankuasa Perancang Negeri Selangor

Tempat Masa

JBPD Selangor, Tingkat 16, Bangunan Darul Ehsan, No. 3,

Jalan Indah, Seksyen 14, 40646, Shah Alam, Selangor.

Waktu Pejabat9.00 a.m - 4.00 p.m

Page 22: SELANGOR -TAIWAN - Selangorkini 2 SelangorKini 28 April - 5 Mei 2017 Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-15 Sultan Muhammad V lafaz ikrar KUALA LUMPUR - Sultan Mu-hammad V

CUKAI TANAH HANYA DIBAYAR SETAHUN SEKALI

23SelangorKini 28 April - 5 Mei 2017

CUKAI TANAH HANYA DIBAYAR SETAHUN SEKALI

Page 23: SELANGOR -TAIWAN - Selangorkini 2 SelangorKini 28 April - 5 Mei 2017 Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-15 Sultan Muhammad V lafaz ikrar KUALA LUMPUR - Sultan Mu-hammad V

Diterbitkan oleh Kerajaan Negeri Selangor Darul EhsanDicetak oleh NAJ Press Resources (M) Sdn. Bhd., Lot 19, Jalan Lada Hitam 16/12, 40200 Seksyen 16, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel : 03-5519 6373 Faks : 03-5512 7985

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM - Pembangunan semula Stadium Pandan Perdana Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) yang dilaksanakan sejak 2015 dijangka dibuka kepada awam, pada Ogos ini.

Yang Dipertua MPAJ, Abd Ha-mid Abdul Hussain berkata, kos kontrak menelan belanja RM17 juta itu di bawah pelan pem-bangunan fasiliti sedia ada di ka-wasan pentadbirannya.

“Pembinaannya yang bermula November 2015 itu dijangka siap, pada Julai ini.

“Saya jangkakan stadium ini akan boleh beroperasi bermu-la, pada Ogos nanti,” katanya dalam kenyataan, di sini, baru-baru ini.

Beliau berkata, pembangu-nan stadium itu akan meleng-kapkan fasiliti sukan penduduk

sekitar perbandaran MPAJ.Pembinaan stadium di tapak

seluas 2.37 hektar itu terletak kira-kira 400 meter dari Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2).

Sebelum ini, sebahagian dari-pada tapak asal stadium mini itu mempunyai dua struktur bangu-nan lapang sasar latihan golf Pan-dan Perdana dan medan selera.

Tapak itu juga diwartakan Kerajaan Negeri sebagai ka-wasan lapang dan sesuai untuk pembinaan stadium serta di-gunakan sebagai padang bola sepak.

BUKIT JALIL - Universiti Selangor (UNISEL) akan memberi kerjasama penuh kepada Majlis Sukan Negara (MSN) bagi menja-yakan program One State One University One Centre ke arah melahirkan atlet cemer-lang demi kemajuan sukan negara.

Naib Canselor UNISEL, Profesor Dato’ Dr Mohammad Redzuan Othman berkata, program itu senada slogan universiti ter- babit iaitu ‘Pendidikan Tinggi Untuk Semua’ dan tiada pihak atau kumpulan tersisih da-ripada mendapat pendidikan tinggi.

“Ia merangkumi ahli sukan yang juga perlu mendapat pendidikan tinggi dan sudah tentu pendekatan diambil UNISEL dapat mewujudkan kerjasama lebih erat dengan MSN.

“UNISEL berbesar hati menyokong dan ingin bersama membantu negara dalam melahirkan atlet sukan cemerlang terma-suk dalam akademik,” katanya ketika Majlis Menandatangani Memorandum Persefa-haman antara MSN bersama UNISEL dan MSN Selangor, di sini, pada 18 April lalu.

Turut hadir, Ketua Pengarah MSN, Da-tuk Ahmad Shapawi Ismail dan Pengarah Eksekutif MSN Selangor, Mohd Zubir Idrus.

Dr Mohammad Redzuan berkata, UNISEL mempunyai kemudahan sedia ada bagi tujuan berkenaan antaranya tasik se-

Kos kontrak RM17 juta

Stadium Pandan Perdana beroperasi Ogos ini

UNISEL sokong usaha lahir atlet cemerlang

luas kira-kira 230 ekar yang perlu diberi perhatian untuk dibangunkan bagi mela-hirkan atlet sukan kayak bertaraf kebang-saan juga antarabangsa.

Katanya, UNISEL turut mendapat so-

kongan penuh Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Dato ‘ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dengan menyalurkan bantuan kewangan diperlukan.

“Saya ingin melihat UNISEL melahirkan

ahli sukan kayak bukan setakat bertaraf kebangsaan tetapi berstatus Olimpik. Saya yakin dengan kemudahan sedia ada (jika dibangunkan), kita mampu melakukan-nya,” katanya.