bangunan sultan abdul samad
TRANSCRIPT
BANGUNAN SULTANABDUL SAMAD
SENARAI KANDUNGAN
BIL PERKARA HALAMAN
1 TAJUK KAJIAN i
2 SENARAI KANDUNGAN ii
3 PENGHARGAAN
4 OBJEKTIF KAJIAN
5 KAEDAH KAJIAN
6 HASIL KAJIAN1.0 NAMA BANGUNAN2.0 LATAR BELAKANG
2.1 ASAL USUL2.2 PENGASAS2.3 TARIKH PEMBINAAN2.4 LOKASI2.5 TUJUAN PENUBUHAN BANGUNAN2.6 KOS PEMBINAAN2.7 PERASMIAN
3.0 KEISTIMEWAAN BANGUNAN3.1 REKA BENTUK PELAN3.2 BAHAN BINAAN3.3 PENGUBAHSUAIAN3.4 HIASAN DALAMAN3.5 KEGUNAAN DAHULU DAN
SEKARANG3.6 CARA PEMBINAAN
4.0 KEJAYAAN DAN KEPENTINGAN BANGUNAN
7 RUMUSAN
8 LAMPIRAN
9 RUJUKAN
PENGHARGAAN
Saya Amirul Syafiq bin Ahmad Zulfikri, mengucapkan ribuan terima kepada guru
Sejarah saya, Puan Rozainita binti Abdul Rahman, yang telah memberikan bimbingan
dan tunjuk ajar hingga kerja kursus ini selesai.
Saya amat terhutang budi kepada kedua-dua ibu bapa saya, Rakiah binti Abd
Ghani dan Ahmad Zulfikri bin Muda, yang telah memberikan dorongan dan semangat
sepanjang kerja kursus ini dijalankan.
Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada rakan saya, Abdul Hafiz bin Amri,
Ahmad Izzat Fauzan bin Sahim dan Muhammad Zaki bin Zulfakar yang telah membantu
saya dan memberikan garis panduan dalam menyiapkan kerja kursus ini.
Akhir kata, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih sekali lagi kepada semua
yang terlibat secara langsung dan tidak langsung menyiapkan kerja kursus ini.
OBJEKTIF KAJIAN
Antara objektif kajian ini dilaksanakan adalah untuk membolehkan murid
mengenali dan mengetahui dengan lebih mendalam mengenai bangunan bersejarah
yang dipilih. Oleh yang demikian, murid dapat mengambil iktibar daripada catatan
sejarah sekaligus mengenang jasa tokoh yang banyak berjasa untuk negara
Malaysia yang berkaitan dengan bangunan tersebut.
Seterusnya, masyarakat tanah air juga akan lebih menyintai dan berbangga akan
negara Malaysia setelah mempelajari tentang kepelbagaian sejarah yang tercatat di
sebalik sebuah bangunan bersejarah, khususnya bangunan yang dipilih dalam kajian. Hal
ini juga akan menyedarkan masyarakat untuk menghargai segala jasa dan pengorbanan
tokoh- tokoh tanah air. Seterusnya, akan memupuk minat masyarakat untuk mengkaji
keindahan seni bina bangunan bersejarah yang unik dan tersendiri.
Oleh yang demikian, negara Malaysia akan mempunyai masyarakat yang benar-
benar cinta akan bangsa dan tanah air. Hal ini akan menempatkan Malaysia di mata
seluruh dunia. Negara Malaysia tidak akan dipandang rendah, sebaliknya disanjung tinggi
oleh seisi dunia disebabkan keunggulannya dari segi kekayaan sejarah dan bilangan
bangsa yang bersemangat kenegaraan.
KAEDAH KAJIAN
Sepanjang tempoh menjalankan kajian ini, saya telah menggunakan beberapa
kaedah untuk mendapatkan beberapa maklumat dan perkara yang berkaitan. Antaranya
adalah dengan menggunakan kaedah rujukan dari internet. Saya melayari internet untuk
memperoleh maklumat terperinci tentang bangunan yang dikaji serta mendapatkan pelan
lokasi, pelan bangunan dan gambar bangunan tersebut. Saya telah melayari laman web
Wikipedia, Scrbid dan Warisan Budaya Malaysia bagi mengetahui latar belakang
bangunan yang dikaji secara terperinci. Bagi mendapatkan pelan dan gambar bangunan
pula, saya telah melayari laman web Google Images, Flickr dan Warisan Budaya
Malaysia.
Selain itu, saya juga telah menganalisis dokumen seperti buku- buku ilmiah,
jurnal, majalah, dan akhbar. Sumber- sumber ini membolehkan saya memperoleh
beberapa maklumat tambahan yang berkaitan dengan kajian ini.
Saya juga menggunakan kaedah penyelidikan perpustakaan. Saya telah
mengunjungi Perpustakaan Raja Tun Uda yang terletak di Shah Alam. Melalui kunjungan
tersebut, saya telah memperoleh beberapa bahan rujukan mengenai bangunan yang saya
kaji.
HASIL KAJIAN
Bangunan Sultan Abdul Samad adalah merupakan diantara bangunan lama yang
terdapat di bandaraya Kuala Lumpur yang merupakan bangunan warisan dan masih
dilindungi keaslian reka bentuknya.
Bangunan Sultan Abdul Samad
1.0 Nama Bangunan
1.1) Nama lain
Nama bangunan ini diambil bersempena dengan nama Sultan Selangor yang
memerintah pada masa itu, iaitu Sultan Abdul Samad pada tahun 1896.Pada asalnya
bangunan ini hanya disebut ‘Bangunan’ sebelum ditukar nama kepada nama Sultan
Abdul Samad.
Sultan Abdul Samad
2.0 Latar Belakang
2.1) Asal Usul
Pada mula pembinaan Bangunan Sultan Abdul Samad dikenali sebagai
“Bangunan Baru Kerajaan” , kemudian sebagai “Sekretariat Persekutuan”, diguna
bersama dengan Kerajaan Negeri Selangor sebelum berpindah ke Shah Alam pada tahun
1974. Pembinaan Bangunan ini adalah kemuncak pembangunan yang di dirikan di Kuala
Lumpur pada akhir abad ke 19 malah berupa kejayaan program Bangunan Tersergam di
bawah pengendaliaan Maxwell/Spooner sebagai perancang dan akitek Bangunan
Kerajaan di Kuala Lumpur ketika itu.
2.2) Pengasas
Bangunan ini telah diasaskan oleh arkitek Inggeris yang bernama Anthony
C.Norman sekitar tahun 1893-1897 untuk menempatkan beberapa jabatan kerajaan
penting ketika zaman pemerintahan British. Norman menghabiskan masa di Afrika dan
mendapat ilham daripada masjid di India yang membawa kepada ciri senibina Moor
dalam arkitektur Bangunan Sultan Abdul Samad.
2.3) Tarikh Pembinaan
Bangunan Sultan Abdul Samad ini dibina pada tahun 1893. Walau bagaimana pun
perletakan batu asas bagi bangunan ini hanya dibuat pada 6 Oktober 1894 oleh Sir
Charles B.H. Mitchell yang merupakan Gabenor Negeri-negeri Selat ketika itu. Tempoh
pembinaan memakan masa selama 2 tahun 7 bulan. Bangunan Sultan Abdul Samad siap
dibina pada tahun 1897.
2.4) Lokasi
Kedudukan lokasinya yang terletak pada satu tapak diantara pertemuan Sungai
Kelang dan Sungai Gombak begitu terkenal kerana merupakan satu tapak yang strategik,
iaitu ditengah-tengah pusat bandar Kuala Lumpur. Kawasan tersebut meliputi keluasan
10,200 meter persegi dan dibahagian belakangnya terdapat Jalan Belanda yang kini
dikenali sebagai Jalan Mahkamah Persekutuan. Bangunan Sultan Abdul Samad ini juga
dikatakan strategik kerana terletak berhampiran dengan Dataran Merdeka, Kelab Diraja
Selangor dan Masjid Jamek yang kesemuanya terletak berhampiran Sungai Gombak.
2.5) Tujuan Penubuhan Bangunan
Tujuan pembinaan awal adalah sebagai Bangunan Kerajaan Baru untuk
menempatkan semua Jabatan pentadbiran Negeri – Negeri Melayu Bersekutu di bawah
satu Bangunan pentadbiran berpusat menempatkan Sekretariat Kerajaan bilik mesyuarat
Majlis Negeri Pejabat Pos Lembaga Kebersihan Pejabat Kehakiman Public Works
Department Audit dan Perbendaharaan Pejabat Tanah Jabatan Galian dan Pejabat Daerah
Jabatan Kerja Raya
2.6) Kos Pembinaan
Kos binaan setelah siap pada April 1897 berjumlah RM 152,000 dan merupakan
bangunan yang termahal di rantau ini pada ketika ianya didirikan. Antara faktor menarik
disebalik sejarah pembinaan Bangunan Awam Kerajaan yang pertama di bawah
pentadbiran Kerajaan Negeri – Negeri Melayu Bersekutu (F.M.S) ini melibatkan
penubuhan sebuah kilang bertempat di Brickfield bagi membekalkan bahan binaan
seperti 4 juta batu bata, 2,500 tong simen, 18,000 pikul kapur, 5,000 tembaga, 50 tan
besi keluli dan 30,000 kaki padu kayu.
2.7) Perasmian
Bangunan Sultan Abdul Samad siap dibina pada tahun 1897. Antara pegawai –
pegawai yang bertanggungjawab membina bangunan Sultan Abdul Samad terdiri dari
Arthur Charles Alfred Norman selaku Akitek Kerajaan, Charles Edwin Spooner selaku
Jurutera Negeri dan Pengarah PWD, R.A.J. Bidwell dan A.B. Hubback yang
menyediakan pelan, dan lukisan, sehingga membolehkan bangunan ini di rasmikan oleh
Sir Frank Swettenham K.C.M.G. (Residen Jeneral) pada 4hb. April 1897. Bangunan
Sultan Abdul Samad ini sekali lagi dirasmikan pada tahun 1984 selepas kerja
pengubahsuaian.
3.0 Keistimewaan Bangunan
3.1) Reka Bentuk Pelan
Rekabentuk pelan bangunan Sultan Abdul Samad dibuat oleh arkitek dari British
bernama A.C. Norman (yang bekerja di Jabatan Kerja Raya di Kuala Lumpur) dan
dibantu oleh seorang jurutera juga berasal dari British, iaitu C.E. Spooner. Senibina
Bangunan Sultan Abdul Samad ini sangat unik dan merupakan diantara bangunan yang
tersohor pada ketika itu. Reka bentuk asal yang dikemukakan oleh Norman adalah hanya
sebuah bangunan yang berkonsep Inggeris Classical Rennaisance. Bidwell, seorang
arkitek muda, adalah orang yang bertanggungjawab mengadaptasi seni bina Islam
(Mahometan style) sebagai tonggak reka bentuk tampak bangunan tersebut di atas pelan
asal Norman selepas Spooner kurang berpuashati dengan reka bentuk tampak yang
dikemukakan oleh A.C. Norman. Bangunan dua tingkat ini mempunyai ketinggian 17.5
meter dengan menara jam setinggi 40 meter dan meliputi kawasan seluas 10,200 meter
persegi.
Ciri-ciri utama bangunan ini adalah ketiga-tiga kubahnya, menara jam besar dan
arked serta lengkungannya yang luas. Ketiga-tiga kubah tersebut yang asalnya diperbuat
daripada kayu dan batu bata dan dicat hitam, telah digantikan dengan kubah-kubah
bersalut tembaga. Kubah yang terletak di atas menara jam besar diapit oleh dua kubah
kecil dengan tangga pilin menurun. Kubah tengah agak luar biasa kerana ia adalah
paduan dua ciri tradisional kubah dan kios.
Arch yang terdapat di bangunan ini adalah berbentuk ladam yang tajam dengan
jarak antara dua tiang yang berbeza-beza. Ianya diperbuat daripada batu-bata yang dicat
hitam. Menara jam besar yang terletak di tengah-tengah diimbangi oleh dua menara kecil
di sudut bangunan. Tangga pilin di menara kecil menghala ke arah menara seolah-olah
melambangkan keagungan bangunan ini.
Seni binanya yang berbentuk ‘saracenic’ merupakan satu ciri senibina Moorish
dan Moghul yang berunsurkan Islam. Ini terbukti melalui terdapatnya 3 buah kubah yang
menghiasi bangunan ini.
Ia mempunyai dua tingkat di mana ketinggiannya setinggi 57 kaki berbentuk
ladam yang mana di tengah-tengahnya terdapat satu dataran/laman segi empat yang
dipagari oleh batas-batas pokok bunga. Kehadiran laman ini memberi pengudaraan
kepada ruang legar di sebelah tampak dalam bangunan ini.
3.2) Bahan Binaan
Antara bahan binaan yang digunakan untuk membina Sultan Abdul Samad ialah 4
juta batu bata, 2,500 tong simen, 18,000 pikul kapur, 5,000 tembaga, 50 tan besi keluli
dan 30,000 kaki padu kayu. Diperingkat awal, kubah Bangunan Sultan Abdul Samad
diperbuat daripada kayu dan batu bata yang dicat berwarna hitam, namun kini ianya telah
digantikan dengan kubah yang bersalut dengan tembaga.
3.3) Pengubahsuaian
Sekitar tahun 1978, kerja-kerja pengubahsuaian telah dibuat dan siap sepenuhnya
dalam tahun 1984 dengan anggaran belanja sebanyak RM 17.2 juta. Pada waktu itu
kerajaan Australia telah menyumbang sebanyak RM 200,000 sebagai kos menyadur
tembaga bagi ketiga-tiga kubah pada tahun 1982. Pengubahsuaian ini dilakukan hanya
pada bahagian dalam bangunan tanpa menjejaskan bahagian luarnya dan kedudukan asal
bangunan tersebut.
3.4) Hiasan Dalaman
Bahagian utama bangunan ini ialah anjung yang menghadap ke arah Padang
Kelab Diraja Selangor. Apabila memasuki pintu utama bangunan ini, kita dapat melihat
tangga berbentuk separuh bulatan yang menuju ke kamar-kamar Hakim dan bilik-bilik
Mahkamah Agung. Ruang pejabat bangunan ini hampir 100 peratus dikelilingi serambi
yang mana memberikan pengudaraan secara maksima, terutama pada zaman ianya dibina
tidak mempunyai pendingin udara. Bangunan ini juga mempunyai tiga kubah, satu
menara jam besar dan sebuah arked. Ia juga terdapat satu serambi besar tertutup yang
merupakan suatu elemen penting dalam rekabentuk bangunan ini.
3.5) Kegunaan Dahulu dan Sekarang
Sebelum merdeka, Bangunan Sultan Abdul Samad merupakan sebuah Pusat
Pentadbiran Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Pejabat Residen- General dan Pejabat
Besar Pos. Selepas kemerdekaan pula, ia dijadikan sebagai Pejabat Setiausaha Kerajaan
Negeri Selangor, Majlis Mesyuarat Negeri dan Perbendaharaan Kerajaan. Bangunan ini
juga menempatkan Mahkamah Agung Malaysia dan sebahagian daripada Mahkamah-
mahkamah Tinggi Malaya dan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada tahun 1978.
3.6) Cara Pembinaan
Sebagai Bangunan yang menjadi ‘pemula’ dalam waktu pembinaanya 1894
hingga 1897, hasil senibinanya pula lengkap dengan ciri – ciri keistimewaan dari aspek
komposisi karektor seperti stail, ragam hias dan pemilihan unsur – unsur Islam pada
gerbang tingkap, bentuk separuh lengkong, kubah potong bawang dan struktur berbentuk
minaret yang kebiasaannya terdapat pada senibina Masjid. Kesemua elemen – elemen
tersebut menambah nilai estetika yang hebat dan kemudian menjadi contoh ikutan dan
penentu aliran kecenderungan dalam pembinaan bangunan awam.
4.0 Kejayaan dan Kepentingan Bangunan
RUMUSAN
Saya berasa amat bersyukur kerana dapat menyelesaikan tugasan Kerja Kursus
Sejarah ini dalam tempoh yang ditetapkan. Sepanjang tempoh penyiapan tugasan ini,
saya memperoleh banyak pengajaran, pengetahuan dan penerapan nilai-nilai murni dalam
diri saya.
Bangunan Sultan Abdul Samad merupakan suatu mercu tanda yang sangat
sinonim bagi bandaraya Kuala Lumpur hatta negara Malaysia. Kehadiran, keunikan dan
identiti seni bina yang terdapat pada bangunan tersebut mendapat pujian dan sanjungan
dari segenap lapisan penduduk Malaysia mahupun luar negara. Bangunan ini telah
berjaya menjadi ikon kepada Kuala Lumpur dan beberapa perayaan penting seperti
Sambutan Tahun Baru, Sambutan Hari Merdeka dan acara-acara yang membabitkan
promosi pelancongan negara.
Melalui kajian ini, saya dapat mengetahui dengan lebih lanjut, jelas dan terperinci
tentang Bangunan Sultan Abdul Samad. Saya juga berasa bangga menjadi rakyat
Malaysia. Salah satu sebabnya ialah kerana Malaysia kaya dengan sejarahnya yang
tersendiri, termasuklah dari segi kekayaan bangunan yang bersejarah, contohnya
Bangunan Sultan Abdul Samad. Bangunan ini masih tersergam indah di tengah- tengah
ibu kota, walaupun usianya sudah mencecah lebih seratus tahun. Saya juga menghargai
segala jasa dan perjuangan tokoh- tokoh tanah air yang telah berkorban demi
mempertahankan maruah bangsa dan negara.
Melalui kajian ini juga, saya menjadi lebih berdisiplin. Saya perlu melaksanakan
tugasan ini dalam tempoh yang telah ditetapkan seterusnya menyerahkan tugasan yang
telah sempurna disiapkan pada tarikh yang ditetapkan. Bukan itu sahaja, saya juga sedar
akan kepentingan untuk bersifat amanah dan jujur. Sebagai contoh, saya melaksanakan
tugasan ini dengan berbincang dengan rakan sekelas untuk mendapatkan idea dan
maklumat tambahan. Saya bersikap jujur dengan tidak hanya menyalin tugasan rakan
saya.
Saya mengkaji bangunan bersejarah yang memberi saya pengalaman dari segi
pencarian maklumat. Saya juga memperoleh pengalaman kerana berpeluang mewujudkan
kerjasama antara rakan dan mewawancara bersama beberapa pihak yang telah terlibat
secara langsung dan tidak langsung. Dengan erti kata lain, sepanjang tempoh pelaksanaan
tugasan ini, telah terpupuknya semangat kekitaan dan semangat bekerjasama. Semangat
ini jugalah yang sangat diperlukan bagi mengekalkan keunggulan dan keutuhan bangunan
warisan bangsa yang masih wujud di negara kita ini.
Akhir sekali, kerja kursus ini juga menaikkan semangat patriotisme terhadap diri
saya kerana dengan mengenali dan mengkaji bangunan bersejarah saya dapat lebih
menjiwai dan menyintai negara Malaysia yang makmur ini. Seperti yang disebut dalam
peribahasa Melayu, "tak kenal maka tidak cinta". Kini dengan segala info dan
pengetahuan yang saya ada mengenai sejarah negara, saya akan lebih bersemangat untuk
berusaha menjaga dan memartabatkan maruah bangsa dan negara.
LAMPIRAN
Pelan Lokasi Bangunan Sultan Abdul Samad
Bangunan Sultan Abdul Samad
Pelan Tingkat Bawah Pelan Tingkat 1
Pelan Tingkat 2 Pelan Tingkat Mezanin
RUJUKAN
ELEMEN 3
Pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah dapat memupuk semangat
cintakan warisan bangsa dalam kalangan rakyat Malaysia.
Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan sejarahnya yang tersendiri.
Bagi melahirkan generasi yang cintakan warisan bangsa, pelbagai usaha giat dilakukan
termasuklah pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah.
Insan yang mempunyai semangat berbangga sebagai rakyat Malaysia dapat
dibentuk melalui kajian bangunan bersejarah kerana melalui kajian ini, kita dapat
menjaga dan mempertahankan maruah bangsa dan negara dengan mempelajari dan
meneruskan pemeliharaan dan pemulihan warisan bangsa ini. Dengan meneruskan dan
memperkenalkan bangunan ini kepada generasi depan, bermakna mereka juga menyemai
perasaan patriotik.Sekaligus menunjukkan bahawa kita menghargai dan mengamalkan
tradisi dan budaya bangsa. Dalam ertikata lain, melalui prinsip penjagaan bangunan ini,
kita dapat menunjukkan bahawa kita bangga dengan sejarah bangsa.
Melalui pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah juga , kita dapat
menyemai semangat bersatu padu dan berharmoni di antara masyarakat majmuk. Dalam
melaksanakan pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah seperti ini juga
mengkehendaki kita bekerjasama dan tolong menolong antara ahli masyarakat. Semangat
muhibah atau semangat bermuafakat yang dibentuk seterusnya akan melahirkan
semangat patriotik antara anggota masyarakat.
Dalam melaksanakan proses pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah
juga, masyarakat Malaysia mestilah menunjukkan semangat disiplin yang tinggi Aktiviti
seperti seperti ini juga memerlukan kita mempamerkan sikap bertindak wajar serta
mematuhi undang-undang pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah Keadaan
ini jika disemai berterusan akan melahirkan rakyat Malaysia yang mempunyai disiplin
yang tinggi terhadap peraturan negara.
Proses pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah juga mempamerkan
sikap rajin dan gigih . Kita juga mesti menunjukkan sikap berdikari bagi menjayakan
pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah yang biasanya dilakukan secara
kerjasama berpasukan. Dalam proses pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan
bersejarah kita juga perlu menunjukkan sikap tabah menghadapi cabaran bagi
melengkapkan proses tersebut. Sikap rajin, tabah dan berdikari ini akan menjadikan
warga negara menyemai sikap-sikap ini bagi memajukan negara.