syair kemangkatan sultan sulaiman

Upload: tan-hian-wei

Post on 20-Jul-2015

1.002 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Syair Kemangkatan Sultan SulaimanSekolah Sultan IsmailDisediakan oleh:Lim Hong Jun Guru Pemimpin:Cikgu Hafizzah Kelas: 1 Bijak

Kandungan1.Rangkap 1-10dengan maksud 2. Tema 3. Persoalan 4.Bentuk 5.Unsur-unsur bunyi 6.Gaya Bahasa 7.Nilai Murni 8.Pengajaran

Rangkap 1Deli tua negerinya itu, Kotanya kukuh berpagar batu, Pasarnya ramai bukan suatu, Tiada banding di zaman itu. Maksud: Kemakmuran negeri Deli tua tiada bandingannya, pasarnya banyak serta meriah, dan kotanya kukuh.

Rangkap 2Baginda berputera tiga orang jua, Laki-laki konon putera yang tua, Puteri cantik putera kedua, Parasnya elok jarang tersua. Maksud: Raja Deli tua mempunyai tiga orang putera.Yang paling tua lelaki yang sangat tua manakala kedua pula seorang perempuan yang cantik.

Rangkap 3Putera yang bongsu laki-laki jua, Parasnya elok tiadalah dua, Menarik hati orang semua, Dikasihi rakyat muda dan tua. Maksud: Anakanda yang ketiga iaitu anak bongsu ialah lelaki yang disukai rakyat tua dan muda

Rangkap 4Adapun akan dulu baginda, Isterinya lama sudah tiada, Banyak dicari gadis dan janda, Hati baginda penuju tiada. Maksud: Kematian Isteri Raja dan baginda enggan berkhawin lagi.

Rangkap 5Beberapa lama demikian itu, Di atas takhta konon sang ratu, Dengan kehendak Tuhan yang satu, Baginda pun gering suatu. Maksud: Sultan ditakhdir Tuhan, suatu hari raja jatuh sakit.

Rangkap 6Baginda nan gering bukan kepalang, Badannya kurus tinggallah tulang, Tabib pun selalu datang berulang, Mengubati baginda raja terbilang. Maksud: Bagina terlalu sakit hinggalah badannya kurus.Banyak tabib datang berulang ulang untuk mengubatinya.

Rangkap 7Tabib berusaha bersungguh hati, Menolong baginda raja berbakti, Sudahlah takdir Rabbulizzati. Penyakit tak dapat lagi diubati. Maksud: Tabib telah berusaha sungguh-sungguh, namun dengan kehendak Tuhan baginda belum sembuh.

Rangkap 8Pertolongan tabib tiada berfaedah, Semakin payah sultan yang syadah, Ajal baginda hampirlah sudah, Ke negeri yang baqa akan berpindah. Maksud: Usaha tabib tidak berkesan dan baginda semakin tenat.

Rangkap 9Dengan hal yang demikian itu, Penyakit menggoda setiap waktu, Ubat pun tiada membantu, Baginda pun mangkat ketika itu. Maksud : Akhirnya baginda pun menghembuskan nafas yang terakhir.

Rangkap 10Baginda berulang ke rahmatullah, Takhta kebesaran semua tinggalah, Harta dunia sudah terjumlah, Kepada yang lain diberikan Allah. Maksud: Setelah mangkat,segala harta dan takhta terpaksa ditinggalkan dan diserahkan kepada penggantinya.

TemaSyair ini mengisahkan hari-hari terakhir seorang raja sebelum mangkat .

Persoalan Berusaha dengan sungguh-sungguh untuk mengubati penyakit. Redha dengan ketentuan Ilahi bahawa ajal sudah tiba masanya. Kebesaran dan kekuasaan seorang raja yang tiada bangnnya. Ajal dan maut di tangan Tuhan

Bentuka)Terdiri daripada sepuluh rangkap b)Setiap rangkap mempunyai empat baris c)Setiap baris mempunyai 3-6 patah perkataan. d)Setiap baris terdiri daripada lapan hingga dua belas suku perkataan.

Unsur-unsur Bunyia)Aliterasi-Baginda nan gering bukan kepalang (penguluangan konsonan n) b)Asonansi-Pasarnya ramai bukan suatu (penguluan vokal a) c)Rima akirnya sama,iaitu aaaa.Contohnya Saudagar tahu akan dirinya, (a) Hampirlah mati kepada rasanya, (a) Lalulah memanggil akan anaknya, (a) Dicium kepala dengan tangisnya. (a)

Gaya Bahasaa)Imej-batu b)Personifikasi-penyakit menggoda setiap waktu c)Bahasa asing(bahasa Arab)baqa,Rabbulizzati,rahmatullah,syadah d)Bahasa istana-baginda,gering,mangkat,takhta,raja e)Sinkope-tak f)Hiperbola-badannya kurus tinggallah tulang

Nilaia)Taat setia b)Kasih sayang c)Redha/Pasrah d)Tabah e)Simpati

Pengajarana)Rakyat-Taat setia kepada raja b)Raja-mengasihi rakyat c)Insan-redha dan pasrah - ketentuan takdir

SEKIAN, TERIMA KASIH KEPADA SEMUA