sembah tahniah daulat tuanku - selangorkini · pdf fileibni almarhum sultan salahuddin abdul...

12
Sembah Tahniah Dan Ucap Selamat Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke 67 Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Pada 11 Disember 2012 Bersamaan 27 Muharram 1434 Sultan dan Yang Dipertuan Negeri Selangor Darul Ehsan Serta Segala Daerah Takluknya D.K.,D.M.N,D.K.(Terengganu), D.K.(Kelantan), D.K.(Perak), D.K.(Perlis), D.K.(Negeri Sembilan), D.K.(Kedah), D.K.(Johor), S.P.M.S.,S.S.I.S.,S.P.M.J. Daulat Tuanku Penggerak Kemajuan Saksama Kini Selangor Kini Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj

Upload: ngonhi

Post on 09-Feb-2018

311 views

Category:

Documents


13 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sembah Tahniah Daulat Tuanku - Selangorkini · PDF fileIbni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj. Bismillahirrahmanirrahim, Segala pujian kepada Allah, pemilik sekalian

Sembah Tahniah Dan Ucap Selamat

Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke 67Duli Yang Maha Mulia

Sultan SelangorPada 11 Disember 2012

Bersamaan 27 Muharram 1434

Sultan dan Yang Dipertuan Negeri Selangor Darul Ehsan

Serta Segala Daerah Takluknya

D.K.,D.M.N,D.K.(Terengganu), D.K.(Kelantan),D.K.(Perak), D.K.(Perlis), D.K.(Negeri Sembilan),

D.K.(Kedah), D.K.(Johor), S.P.M.S.,S.S.I.S.,S.P.M.J.

DaulatTuanku

Penggerak Kemajuan Saksama

KiniSelangor Kini

Duli Yang Maha MuliaSultan Sharafuddin Idris Shah AlhajIbni Almarhum Sultan Salahuddin

Abdul Aziz Shah Alhaj

Page 2: Sembah Tahniah Daulat Tuanku - Selangorkini · PDF fileIbni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj. Bismillahirrahmanirrahim, Segala pujian kepada Allah, pemilik sekalian

Bismillahirrahmanirrahim,

Segala pujian kepada Allah, pemilik sekalian alam. Selawat dan salam ke-pada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, Rasul seluruh alam, juga kepada keluarga, sahabat dan pengikut Baginda kesemuanya.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera.

Dari jauh menjunjung duliSudah dekat langsung menyembahTerangkat tangan sepuluh jariMemuliakan Sultan Sharafuddin Idris Shah

Menghadap Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Ab-dul Aziz Shah Alhaj; Sultan dan Yang Dipertuan Negeri Selangor Darul Ehsan serta segala daerah takluknya, Yang ber-semayam di Istana Mestika Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Semoga beroleh segala kemuliaan dan kesejahteraan daripada Allah SWT.

Ampun Tuanku yang dirahmati Allah,

sembah patik mohon diampun.

Patik memohon limpah kurnia Duli Tuanku menyembahkan sembah tah-niah dan menjunjung kasih sekalian rakyat sempena Hari Keputeraan yang Ke-67 Duli Tuanku.

Selangor Darul Ehsan nama negerinyaIstana Mestika gemerdipnya menjauhPatik dan rakyat sekalian dengan cerianya Pada Hari Keputeraan Tuanku keenam puluh tujuh

Sekalian Kerabat yang dimuliakan, dif-dif serta hadirin yang Setia,

Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj adalah pewaris takhta Selangor Darul Ehsan, Selepas 21 bulan kemangkatan ayahanda baginda Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah;

Dipukul tabuh laranganDititir canang pemanggilDipalu gong pelaungMenyahut tabuh yang banyakSelang seli tabuh berkeliling

Sultan Sharafuddin Idris Shah dita-

Pelihara agama dan kemajuan negeri

balkan dan dimahkotakan sebagai Sultan Selangor yang kesembilan di Istana Alam Shah, Klang, Bandar Diraja, pada lapan hari bulan tiga, tahun dua ribu tiga, dengan penuh kemeriahan dan sinar gemilang di seluruh negeri dan negara.

Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafud-din Idris Shah, pemerintah yang peka pen-tadbiran negeri dan kebajikan rakyat sen-tiasa diutama. Patik pun kerap dititah ke istana mempersembahkan ehwal negeri dan rakyat semua;

Di masjid-masjid pula Baginda bertitah agar diamal Islam yang sah dan kemajuan negeri jangan dipisah.

Berbekal didikan agama dan duniawi

sebagai pedoman pemerintahan, Bagin-da turut seimbangkan antara jasmani dan rohani, selain kepentingan agama Islam dilindungi dan hak rakyat dipeduli.

Dif-dif dan hadirin yang Setia,

Banyak pengalaman pentadbiran ditim-ba Baginda Semasa Duli Tuanku mula mencemar Duli sebagai pentadbir kerajaan di beberapa agensi negeri.

Semasa beberapa kali dilantik Pemang-ku Raja, Kesempatan diguna mencemar Duli ke pelosok negeri. Semua pembangun- an diperhati dan pelbagai lapisan rakyat ditemui.

SembahTahniah Dato’ Menteri Besar Negeri SelangorSempena Keputeraan DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah ke 67

Sejauh perjalanan banyak peman-dangan disaksi, betapa Duli Tuanku berkesempatan memerhati, meneli-ti, malah mengalami dan menikma-ti akan kebesaran alam ciptaan dan kepunyaan Ilahi;

Pengembaraan di daratan memper-banyakkan pemerhatian, pengemba-raan di lautan memperbanyak teladan, pengembaraan di udara memperba-nyak keinsafan. Semuanya Baginda guna sambil memperkemas pemerintahan.

Bersyukur dan bertuahnya patik dan rakyat Selangor Darul Ehsan. Di bawah pemerintahan Sultan yang pri-hatin dan penuh ihsan.

Page 3: Sembah Tahniah Daulat Tuanku - Selangorkini · PDF fileIbni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj. Bismillahirrahmanirrahim, Segala pujian kepada Allah, pemilik sekalian

SembahTahniah Dato’ Menteri Besar Negeri SelangorSempena Keputeraan DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah ke 67

Ampun Tuanku beribu-ribu ampun,sembah patik mohon diampun.

Bukan tabah sebarang tabahTabah dan sabar amalan teguh Bukan sembah sebarang sembahSembah berkarang jari sepuluh

Bukan tabah sebarang tabahTabah mengisi makna merdekaBukan sembah sebarang sembahSembah bersalut adat pusaka.

Sebagai Dato’ Menteri Besar di nege-ri Selangor yang jumlah penduduknya terbesar, selama tempoh ini, patik dan sekalian pemimpin dapati, ketelusan, kecekapan dan pertanggungjawaban sen-tiasa dipenting. Amalan rasuah, salah guna kuasa dan wang dihindar; Permohonan projek untuk mengaya-kan diri dan kroni tidak pernah mahu didengar.

Ampun Tuanku,

Insya-Allah, semua usaha yang kita lakukan, dapat menjadikan Selangor Pe-neraju Ekonomi negara yang berintegriti, khususnya bagi kepuasan hati penghuni, dagang dan senteri rakyat ke bawah Duli, selaku pemerintah negeri Selangor Darul Ehsan yang ditaati dan disayangi.

Ampun Tuanku,

Patik dan rakyat sekalian ambil mak-lum titah Duli Tuanku agar orang Me-layu memelihara kesucian Islam den-gan kekuatan yang jitu, mencontohi sikap dan perbuatan Nabi Muhammad SAW, serta para mujahid dan pemimpin-pemimpin Islam silam. Patik juga mohon seluruh rakyat yang beragama Islam

Ampun Tuanku beribu-ribu ampun,sembah patik-patik yang setia mohon diampun.

Patik mohon membacakan wasiat Ra-ja-Raja Melayu, dan para pemimpin Me- layu, semasa merdeka pada 31 Ogos, 1957, yang bunyinya;

“Kami wasiatkan kepada zuriat ketu-runan kami tujuh perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang te- guh kepada-Nya, selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejah-tera”.

PERTAMA: Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, Perseku-tuan Tanah Melayu.

KEDUA: Kami isytiharkan dan kami sim-pan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, tanah simpanan Melayu se-hingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

KETIGA: Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta har-ta hak milik kamu, kami telah tubuh-kan Rejimen Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

KEEMPAT: Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan Raja-Ra-ja Melayu memerintah negara ini.

KELIMA: Kami isytiharkan Islam ialah agama Persekutuan.

KEENAM: Kami tetapkan bahasa ke-

bangsaan ialah Bahasa Melayu; dan

KETUJUH: Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi kedudukan is-timewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain.

Ampun Tuanku Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah, yang Dirahmati Allah.

Mengakhiri sembah yang tidak se-pertinya ini, patik dan barisan pemimpin Kerajaan Negeri dan warga kerja, serta rakyat jelata, mendoakan semoga Duli Yang Maha Mulia Tuanku sentiasa diberi Allah kesihatan yang sempurna, dipe-lihara dan diberi keselamatan serta ke-sejahteraan yang berpanjangan.

Tika berziarah ke Makam Diraja Jugra Terkenanglah raja-raja nan berjasaDirgahayu Tuanku Sultan BitaraDi atas takhta kekal berkuasa

Patik-patik juga berdoa agar Allah memberi taufik dan hidayah serta se-gala kesejahteraan kepada Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Shara-fuddin Idris Shah Alhaj, juga kepada puteri-puteri Baginda As-Sultan, adin-da-adinda, waris-waris serta kerabat Diraja sekalian.

Ampun Tuanku, patik mohon mengundur diri.

Wassalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.

Daulat Tuanku!

tanpa mengira bangsa dan kedudukan mempertahankan kesucian agama Is-lam.

Raja-raja Melayu adalah benteng terakhir umat Melayu Islam memper-ta-hankan agamanya. Sejarah mem-buktikan pendakwah dahulu mencari Raja untuk berdakwah;

Apabila Raja sudah bai’ah kepada Allah SWT, dakwah kepada rakyat menjadi mudah.

Tamadun manusia dilihat pada sejarahnya Yang baik dijadikan teladanYang jelek dibuat sempadanPesan dan wasiat kekal menjadi pegangan

Page 4: Sembah Tahniah Daulat Tuanku - Selangorkini · PDF fileIbni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj. Bismillahirrahmanirrahim, Segala pujian kepada Allah, pemilik sekalian

KASIH...DYMM Sultan Selangor,Sultan Sharafuddin Idris Shah, menerima sekuntum bunga daripada anak kecil semasa Majlis Jamuan Teh Diraja Bersama Rakyat sempena hari keputeraan Baginda ke -67 yang diadakan di Padang Mahkota, Istana Alam Shah, Klang dengan kehadiran kira-kira 10,000 rakyat

Penggerak Kemajuan Saksama

muka 4 muka 9

www.selangorku.com

Air percuma: Syarat Syabas susahkan penduduk

Selangor KiniPERCUMA 14 - 21 Disember 2012, 30 Muharram - 7 Safar 1434

muka 3

Tengku Amir, Raja Muda berjiwa kebajikan

SHAH ALAM - Seorang pegawai kerajaan Selangor yang berasal dari Melaka amat terpegun me-lawat sebuah masjid di kawasan pedalaman dekat Sungai Besar baru-baru ini.

“Masj id di tengah sawah pun ada wifi,” kata pegawai itu yang sering menjelajah di kampung-kampung dan pekan kecil serata Selangor atas urus-an kerja.

Kecanggihan masjid tersebut melambangkan usaha gigih DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam membangun institusi masjid di negeri ini sehingga tempat-tem-pat ini menjadi nadi komuniti setempat.

Usaha Baginda sejajar de-ngan seruan Islam supaya masjid di jadikan tempat tumpuan

Rakyat dijaga, institusi masjid diutamakanmasyarakat untuk urusan ha-rian.

Akan tetapi, kegigihan ba-ginda disalah tafsir sesetengah pihak yang mahu meraih pu-blisiti dengan memanipulasikan peranannya.

Titah Baginda, keprihatinan tersebut lahir demi menjalan-kan tanggungjawabnya sebagai Ketua Agama Islam Negeri , untuk memastikan Islam terus dihormati dan dimartabatkan.

Keprihatinan dan ingatan Baginda terhadap perkara ini sesuai dengan kedudukan Bagin-da sebagai pemimpin agung ne-geri yang berada di atas politik.

Ini bermakna Baginda mahu seluruh rakyat dan negeri ini maju tanpa kira agama, bangsa, kedudukan atau fahaman po-litik.

Misalnya, dalam sesi takli-mat pembangunan Klang dua tahun lepas, Baginda pernah menyoal Jabatan Kerja Raya (JKR) tentang status jambatan ketiga Sungai Klang yang di-janjikan Kerajaan Pusat pada Mac 2008.

Dalam satu peristiwa berbeza, Baginda pernah melahirkan rasa tidakpuas hati terhadap usaha-usaha membersihkan Sungai Klang oleh pentabiran Umno-BN

dahulu dan Pakatan Rakyat (PR) sekarang yang masih tidak mem-buahkan hasil.

Akan tetapi, tumpuannya kepada pembangunan masjid merupakan cara Baginda mena-bur bakti kepada negeri dan rakyat.

Baginda pernah bertitah agar masjid di negeri ini dijadikan sebagai Pusat Khidmat Setempat seperti tuisyen, pusat Internet, khidmat majlis keraian seperti akad nikah, ceramah dan peme-riksaan kesihatan, ceramah pe- ngurusan keluarga dan pengu-rusan kewangan.

Paling terserlah dedikasi Ba-

ginda terhadap institusi masjid ketika bulan Ramadan lalu, di mana Baginda berusaha berbuka puasa di masjid yang berlainan setiap hari di seluruh negeri.

Keprihatinan Baginda bukan sahaja terhadap pembangu-nan fizikal masjid, tetapi pa-da keharmonian antara ahli qariah.

Ini dilihat daripada titah berulang kali Baginda agar a h l i j a w a t a n k u a s a m a s j i d menyekat perkara negatif seper-ti permainan politik, penyebaran ajaran sesat, perpecahan di dalam qariah dan kuliah pence-ramah tidak bertauliah. lihat muka 2

RM50,000 untuk persatuan sukan OKU

Page 5: Sembah Tahniah Daulat Tuanku - Selangorkini · PDF fileIbni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj. Bismillahirrahmanirrahim, Segala pujian kepada Allah, pemilik sekalian

SembahTahniah Exco Negeri SelangorSempenaKeputeraanSultanSharafuddin Idris Shah ke 67

TErESA KoKExco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan

“Semoga Tuhan memberkati Tuanku agar sentiasa dalam keadaan sihat dan mesra, seterusnya mengetuai perkem-bangan Selangor sebagai sebuah negeri yang maju, aman dan sejahtera

“ “Dr. XAvIEr JAYAKuMArExco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin

Sesungguhnya rakyat Selangor su-kacita dengan kemajuan dan kemakmur-an di bawah payung Tuanku dan Kera-jaan Negeri. Semoga Tuanku dapat terus bersama-sama memacu kemajuan ne-geri dan rakyat ke tahap lebih tinggi

“ “

roNNIE LIuExco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan

Semoga Tuhan melanjutkan usia Tuan- ku agar dapat terus memberikan bim-bingan dan nasihat yang bernas kepada Kerajaan Negeri dan rakyat

“ “Dr HALIMAH ALI

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan

Menjunjung kasih atas sokongan DYMM Sultan Selangor dalam memar-tabatkan insan melalui budaya ilmu. Dirgahayu Tuanku bersemayam dalam keimanan

“ “

Dr YAAKob SAPArIExco Pemodenan Pertanian,

Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan

Tuanku tempat seluruh rakyat Sela-ngor bernaung dan berlindung. Semoga pemerintahan Tuanku terus dirahmati Allah dan keadilan ditegakkan dalam kerajaan Tuanku

“ “

ISKANDAr AbDuL SAMADExco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan

Kerajaan Negeri sangat menjunjung kasih Tuanku kerana sepanjang pentad-biran, Tuanku sentiasa memberi sokong-an, panduan dan segala titah Tuanku juga kami ambil sebagai satu motivasi dan pe-tunjuk untuk terus mentadbir negeri. Se-moga Allah SWT lanjutkan usia Tuanku

“ “

ELIzAbETH WoNgExco Pelancongan, Hal Ehwal

Pengguna dan Alam Sekitar

Sebagai ketua negeri yang berjiwa rakyat, Tuanku sentiasa mengutamakan warga Selangor yang menyayangi Ba-ginda. Patik berharap Tuanku sentiasa berada di bawah rahmat dan perlindung-an-Nya

“ “

EAN YoNg HIEN WAHExco Pembangunan Kampung Baru dan Penyelesaian Kilang Haram

Patik merafak sembah dengan se-tinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Hari Keputeraan Tuanku. Semoga Nege-ri Selangor tercinta ini kekal makmur aman dan sejahtera di bawah naungan Ke Bawah Duli Tuanku

“ “

Dr AHMAD YuNuS HAIrIExco Adat Melayu, Belia

dan Sukan

Semoga Islam terus dijunjung di sepan- jang pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Tuanku serta rakyat sentiasa berbahagia dan sejahtera dalam negeri Selangor yang tercinta ini

“ “ “ “

DATuK TENg CHANg KHIMSpeaker Dewan Negeri Selangor

HANIzA TALHATimbalan Speaker Dewan Negeri Selangor

Saya berharap negeri Selangor yang kita cintai ini kekal aman, maju dan berkebajikan di bawah naungan Duli Tuanku. Saya men-doakan agar Tuanku dilimpahi dengan kesi-hatan yang baik untuk membawa Selangor terus maju di samping dapat menyatu padu-kan rakyat jelata

Semoga DYMM Tuanku sen-tiasa dilindungi Allah dengan ke-imanan yang mantap, seterusnya terus memerintah negeri Sela-ngor ini dengan penuh adil dan bijaksana

roDzIAH ISMAILExco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains,

Teknologi, Inovasi dan kebudayaan

Rakyat dan Kerajaan Selangor sa- ngat beruntung berada di bawah naungan DYMM Tuanku yang begitu prihatin de- ngan hal ehwal kebajikan rakyat. Semoga Tuanku selamat bertakhta dengan penuh adil dan saksama demi kesejahteraan seluruh rakyat

Page 6: Sembah Tahniah Daulat Tuanku - Selangorkini · PDF fileIbni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj. Bismillahirrahmanirrahim, Segala pujian kepada Allah, pemilik sekalian

3UTAMASelangorkini 14 - 21 Disember 2012

SHAH ALAM - Sikap prihatin terhadap golongan yang kurang bernasib sebati dengan jiwa Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah dapat dilihat sejak baginda berusia 12 tahun lagi.

Pada Mac 2003, Baginda mula menderma sebahagian besar daripada elaun bulan-nya kepada Yayasan Raja Muda Selangor(YRMS), sebuah badan

yang memberi latihan kemahir-an kepada golongan belia yang kurang kemampuan.

Sejak dilancarkan sembilan tahun lalu, YRMS menolong le-bih 650 pemuda berusia antara 18 hingga 29 tahun yang menda-pat kemahiran dalam berbagai bidang termasuk kecantikan, ja-hitan, automotif, elektrikal dan baik pulih hawa dingin.

Raja Muda berjiwa kebajikan

Manakala tujuh yang cemer-lang dan berbakat di antara me-reka termasuk chef, penyanyi rap, pengukir dan pemain golf ditaja sepenuhnya ke peringkat yang lebih tinggi di dalam pro-gram ‘Talent for World’

Sikap keprihatinan ini dite- ruskan apabila Baginda men-cecah lingkungan umur 20-an apabila Baginda kerap turun padang menyelami masalah rakyat.

Pada bulan April lalu, Bagin-da membuat lawatan yang tidak dijadualkan ke Masjid Jamek Ar-Rahimiah di Klang setelah mendapat tahu ia rosak akibat banjir.

Dilaporkan bahawa Baginda bersetuju menolong mencari

dana bagi memulihkan kerosak-kan kepada masjid itu termasuk mengganti karpet dan perabot yang ditengelami air dan me-ninggikan lantainya.

Baginda juga membawa 23 belia kurang upaya daripada Rumah Cheshire Selangor un-tuk mendaki Gunung Kinabalu pada akhir Ogos lalu.

Presiden Rumah Cheshire Selangor, Datin Paduka Khati-jah Sulieman berkata, program berjudul ‘Cabaran Baharu-Pendakian Gunung Kinabalu Cheshire,’ bertujuan memberi peluang kepada golongan orang kelainan upaya (OKU) supaya berdikari dan menjadi seba-hagian daripada masyarakat.

Sikap keprihatinan ini diteruskan apabila Baginda mencecah lingkung-an umur 20-an apabila Baginda kerap turun padang menyelami masalah rakyat

Majlis Berbuka Puasa di Masjid Negeri

Menikmati persembahan teater 6D di Perpustakaan Raja Tun Uda

Dibawa meninjau ruang bacaan di Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor

Merasmikan Majlis Penutupan Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri, di Kanchong Darat, Banting

TEKUN... belajar membuat ikatan pada alat perkhemahan ketika merasmikan Pusat Aktiviti Pandu Puteri di Petaling Jaya

Page 7: Sembah Tahniah Daulat Tuanku - Selangorkini · PDF fileIbni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj. Bismillahirrahmanirrahim, Segala pujian kepada Allah, pemilik sekalian

4 Selangorkini 14 - 21 Disember 2012UTAMA

PENASIHATFaekah Husin

Arfa’eza Abdul AzizKETUA PENGARANG

Sheridan Mahavera Mohd ShakirPENGARANG BERITA

Najib HashimPEN. PENGARANG BERITA

Mohd Ezli MashutPEMBANTU PENGARANG

Rusidah SalimWARTAWAN

Afix Redzuan: [email protected] Afeeqa Afeera: [email protected]

Hafizan Taib: [email protected] Umor: [email protected]

JURU GAMBAR: Raheemie Arifin & Shuaib Ayob

GRAFIK & REKALETAKUnit Grafik CCSB

Selangor Kini

Aras 2, Carlton Holiday Hotel & Suites, No 1, Persiaran Akuatik 13/43,Seksyen 13,

40100, Shah Alam, SelangorTel : 03-5523 4856 Faks : 03-5523 5856

Emel: [email protected]

Sabak bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat

gombak, Hulu Selangor, rawang, Hulu Langat, Sepang, Petaling, Shah Alam

WAKTUSOLATSelangor

14 - 21 Disember 201230 Muharram - 7 Safar 1434

Imsak Subuh Syuru' Zuhur Asar Maghrib Isyak

Imsak Subuh Syuru' Zuhur Asar Maghrib Isyak

14 Jumaat 15 Sabtu 16 Ahad 17 Isnin 18 Selasa 19 Rabu 20 Khamis 21 Jumaat

7 Jumaat 8 Sabtu 9 Ahad 10 Isnin 11Selasa 12 Rabu 13 Khamis 14 Jumaat

5:39 5:49 7:11 1:11 4:33 7:07 8:22 5:39 5:49 7:12 1:11 4:34 7:07 8:22 5:40 5:50 7:12 1:12 4:34 7:08 8:23 5:40 5:50 7:13 1:12 4:35 7:08 8:23 5:41 5:51 7:13 1:13 4:35 7:09 8:24 5:41 5:51 7:14 1:13 4:36 7:09 8:24 5:42 5:52 7:14 1:14 4:36 7:10 8:25 5:42 5:52 7:15 1:14 4:37 7:10 8:25

5:41 5:51 7:14 1:13 4:35 7:09 8:24 5:42 5:52 7:14 1:13 4:36 7:09 8:24 5:42 5:52 7:15 1:14 4:36 7:10 8:25 5:42 5:52 7:15 1:14 4:37 7:10 8:25 5:43 5:53 7:16 1:15 4:37 7:11 8:26 5:43 5:53 7:16 1:15 4:38 7:11 8:26 5:44 5:54 7:17 1:16 4:38 7:12 8:27 5:44 5:54 7:17 1:16 4:39 7:12 8:27

MB: Hasil pasir cecah RM150 jutaSHAH ALAM - Hasil pendapat-an daripada sumber pasir negeri mencecah jumlah RM150 juta, de-mikian jelas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Penjelasan tersebut sekali gus menyangkal dakwaan Koordinator BN Selangor, Datuk Seri Ir Mohd. Zin Mohamed, kononnya Kerajaan Negeri hanya berjaya mengutip RM32.5 juta melalui hasil pasir dari 2009 hingga 2011.

"Jika dicampur kesemua pering-kat hasil kutipan ini melebihi jum-lah tersebut.

"Apa yang dikatakan Mohd Zin itu tidak betul, apa sahaja yang dikata-kannya sebelum ini semuanya tidak betul," ujar beliau dalam satu sidang media selepas Majlis Penyampaian

Watikah Ketua Kampung di sini.Mengulas lanjut, Abdul Khalid

berkata, Kerajaan Negeri sentiasa mengamalkan ketelusan dalam pentadbiran dan tidak pernah me-nyembunyikan apa-apa daripada pengetahuan rakyat.

"Jika dapat kita akan maklum-kan, begitu juga andai kita tidak dapat (hasil), kita akan beritahu rakyat, tidak ada sorok-sorok," ka-tanya lagi.

Berdasarkan ringkasan Presta-si Tahun Kewangan 2008-2012, KSSB mencatatkan perkembangan positif terutama dari segi jumlah jualan.

Tahun 2011 mencatatkan jualan tertinggi dengan nilai hasil daripa-da jualan tan metrik pasir.

Peningkatan kutipan hasil pasir

Tahun Tan Metrik Jumlah Kutipan2011 8,030,801 RM84,413,801

2010 5,886,612 RM61,301,231

2009 1,771,792 RM31,028,289

2008 220,139 RM4,824,874

Oleh NORHAYATI UMOR

KLANG - Syarat ketat Syarikat Bekalan Air Se-langor (Syabas), bagi penukaran migrasi me-ter pukal kepada individu, merupakan punca utama Badan Pengurusan Bersama (JMB) dan penduduk pangsapuri tidak dapat menikmati pemberian air percuma oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Berkongsi pengalaman dalam mengurus-kan permohonan itu, Pengerusi JMB Pang-sapuri Bukit Kuda, Ahmad Ibrahim berkata, Kerajaan Negeri sebenarnya banyak memu-dahkan urusan migrasi itu namun, Syabas tidak memberikan kerjasama yang sepenuh-nya, selain meletakkan prosedur yang ketat.

Katanya, antara syarat yang dikenakan Sya- bas ialah memerlukan persetujuan 100 pera-tus daripada pemilik, ia termasuk membuat permohonan baru melalui borang SMP (bo-rang kebenaran tukar meter) bagi setiap in-dividu dan menyediakan RM130 setiap rumah untuk membayar deposit meter air.

Selain itu, penduduk juga dikenakan syarat membayar jumlah keseluruhan bil tunggakan dan segala kos pembaikan paip serta peng-ubahsuaian meter ditanggung pemilik.

“Syarat yang ditetapkan itu sangat menyu-sahkan. Sewajarnya mereka (Syabas) faham, untuk melaksanakan semua syarat itu bukan mudah, banyak masalah yang dihadapi pen-duduk dan JMB sendiri.

“Pengalaman saya dalam menguruskan permohonan itu memakan masa setahun baru ia selesai, itu pun selepas ditolak beberapa kali oleh Syabas sehinggakan saya terpaksa ke Ibu

Air percuma: Syarat SYABAS susahkan penduduk

Pejabat Syabas untuk berusaha mendapatkan air percuma,” katanya ketika ditemui.

Katanya, tidak cukup dengan itu, beliau terpaksa mencari pemilik sebenar setiap unit rumah untuk mendapatkan persetujuan dari-pada mereka.

“Saya hantar sendiri notis kepada seba-nyak 450 unit rumah untuk mendapatkan maklum balas daripada mereka, banyak masalah yang saya hadapi. Itu pun pada mu-lanya, hanya setengah sahaja yang berjaya saya cari, tetapi akhirnya saya berjaya me-ngumpulkan kesemuanya selepas beberapa langkah susulan diambil,” katanya.

“Setiap penduduk harus faham, begitu juga dengan JMB, jangan menyalahkan Kerajaan Negeri, mungkin permohonan yang dihantar kepada Syabas itu tidak lengkap,” katanya.

Syarat yang ditetapkan itu sangat menyusahkan. Sewajarnya mereka (Syabas) faham, untuk

melaksanakan semua syarat itu bukan mudah

- AHMAD IBRAHIMPengerusi JMb Pangsapuri bukit Kuda

AKSI... Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi, Inovasi dan Kebudayaan, Rodziah Ismail menunjukkan bakat bermain gasing bersama masyarakat di Festival Jalanan Daerah Kuala Langat 2012, yang diadakan di Kanchong Darat, Banting, dalam usaha mengangkat kedudukan seni dan warisan budaya

Page 8: Sembah Tahniah Daulat Tuanku - Selangorkini · PDF fileIbni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj. Bismillahirrahmanirrahim, Segala pujian kepada Allah, pemilik sekalian

5Selangorkini 14 - 21 Disember 2012

Page 9: Sembah Tahniah Daulat Tuanku - Selangorkini · PDF fileIbni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj. Bismillahirrahmanirrahim, Segala pujian kepada Allah, pemilik sekalian

76Selangorkini 14 - 21 Disember 2012 Selangorkini 14 - 21 Disember 2012

Menanam Pokok Semasa Program ‘Trees To Green’ di Alam Impian

Memberi Semangat Kepada Skuad Selangor

Rasmi Masjid Taman Melawati

Rakyat jelata mengenalinya seba-gai seorang Sultan berjiwa rakyat. Sikap prihatin dan kesungguhan Baginda untuk turun padang bagi

melihat sendiri kehidupan dan menyelami susah senang masyarakat yang bernaung di bawah pemerintahannya.

DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj ditabalkan sebagai Sultan Selangor ke-9 pada 22 November 2001 di Balairung Seri Istana Alam Shah, Klang.

Pemasyhuran Baginda adalah berikut-an kemangkatan Ayahanda Baginda Al-marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj pada 21 November 2001.

Baginda kemudiannya ditabal dan di-mahkotakan dengan penuh Adat Istiadat Diraja di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang dalam Istiadat Pertabalan dan Ke-mahkotaan pada 8 Mac 2003 bersamaan

dengan 5 Muharram 1424 Hijrah.Sepanjang pemerintahan baginda,

negeri Selangor dikurniakan dengan pelbagai kemajuan dan rakyatnya hidup aman dan sejahtera.

Ketokohan sebagai pemimpin ter-serlah melalui penglibatan Baginda da-lam bidang ketenteraan apabila dilantik menjadi Komander Kehormat Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia pada 1998.

Pada tahun 2002, Baginda dilantik se-bagai Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia.

Kekaguman rakyat terhadap Baginda terserlah apabila berjaya mengelilingi dunia selama 644 hari, mulai 4 Februari 1995 dengan menaiki kapal layar peri-badinya, S. Y JUGRA.

Baginda mendapat pengiktirafan seba-gai Putera Inspirasi dan banyak lagi pengiktirafan

yang dianugerahkan kepada Baginda berkaitan dengan ‘maritime’.

Baginda dilantik sebagai penaung ke-pada Persatuan-Persatuan Sukan dan Seni.

Kisah pelayaran Baginda tercetus atas minat terhadap ahli pelayaran Islam dari Afrika bernama Al-Idrisi.

Selain itu pada tahun 1997, baginda mengembara

16,000 km dari Bei-

jing ke

Paris dengan kereta antik, Ford model B. Atas usaha dan kecekalan itu baginda di-iktiraf The Malaysia Book of Records.

Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor adalah seorang insan yang peka di dalam perkembangan semasa. Baginda selalu memberi idea yang bernas di dalam men-gatasi masalah-masalah kemanusiaan.

Di dalam bidang agama pula, Baginda sering bertitah di masjid-masjid dan me-nasihatkan rakyat jelata agar benar-be-nar mengikut ajaran Islam dengan penuh keyakinan.

Baginda adalah seorang Raja yang berjiwa rakyat dan menitik-

beratkan kemajuan rak-yat Baginda dalam

semua bidang, ter-masuklah ekono-

mi, sosial dan alam sekitar.

Sultan berjiwa rakyat

Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil di Masjid Negeri Meninjau Balai Cerap di Sabak Bernam

Majlis Berbuka Puasa di Masjid Kampung Sungai Darah

Majlis Penutupan Kursus Jemaah Haji

Majlis Berbuka Puasa di Masjid Sungai Ramal Luar, Kajang

Merasmikan Pusat Membeli-Belah Setia City Mall

Minum Petang Bersama Pesara Kerajaan

Page 10: Sembah Tahniah Daulat Tuanku - Selangorkini · PDF fileIbni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj. Bismillahirrahmanirrahim, Segala pujian kepada Allah, pemilik sekalian

8 Selangorkini 14 - 21 Disember 2012

Page 11: Sembah Tahniah Daulat Tuanku - Selangorkini · PDF fileIbni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj. Bismillahirrahmanirrahim, Segala pujian kepada Allah, pemilik sekalian

9UTAMASelangorkini 14 - 21 Disember 2012

RM50,000 untuk persatuan sukan OKU

SHAH ALAM - Lembaga Urus Air Selangor (Luas) mengesahkan kapasiti air di tujuh empang- an di negeri Selangor berada da-lam keadaan baik dan memuas-kan.

Pengarahnya, Md Khairi Se-lamat berkata, kapasiti bagi lima empangan, iaitu Empang-an Tasik Subang, Empangan Se- menyih, Empangan Langat, Em-pangan Klang Gates dan Empan-gan Batu berada pada tahap 100 peratus.

Manakala kapasiti air bagi Em-pangan Sungai Tinggi pada tahap 90.03 peratus, sementara Em-pangan Sungai Selangor mening-kat kepada 83.44 peratus, iaitu sebanyak 191.91 juta meter padu pada ketinggian 214.00 meter.

“Peningkatan ini adalah ber-banding dengan kapasiti air empangan tersebut pada 11 Ok-tober lalu, iaitu sebanyak 52.02 peratus dengan jumlah 119.65 juta meter padu pada keting-gian 199.3 meter.

“Limpahan air juga dilapor-kan berlaku bagi Empangan Tasik Subang, Empangan Seme-nyih, Empangan Langat dan Em-

pangan Klang Gates,” katanya dalam satu kenyataan media.

Selain itu menurutnya, baki aliran (residual flow) di Baraj Bestari Jaya pada 8 Disember adalah sebanyak 14,737 juta li-ter sehari (JLH) dengan pening-katan sebanyak 5416 JLH ber-banding bacaan sebelum ini.

Beliau berkata, jumlah aliran air sungai juga mampu mem-bekalkan keperluan air mentah bagi lima loji pembersihan air (LPA) di Rasa, Rantau Panjang dan Bestari Jaya.

Katanya lagi, bacaan hari-an baki aliran ini adalah ting-gi berbanding dengan jumlah minima keperluan aliran se-banyak 300 JLH.

Beliau turut menjangkakan kapasiti Empangan Sungai Se-langor dan Sungai Tinggi akan terus meningkat hasil daripada kadar hujan yang banyak ketika Monsun Timur Laut daripada bulan November sehingga Mac.

“Berdasarkan kadar pening-katan takungan, kapasiti kedua-dua empangan ini dijangka akan kembali penuh sebelum bulan Februari 2013,” katanya lagi.

LUAS: Kapasiti air di tujuh empangan memuaskan

Oleh MOHD EzLI MASHUT

KLANG - Kerajaan Negeri Se-langor memberikan sumbangan berjumlah RM50,000 kepada Persatuan Sukan dan Rekreasi Orang Kelainan Upaya (OKU) Negeri Selangor (Pesron) yang diterima Pengerusinya, Sahidon Hamzah.

Sumbangan ini bagi penajaan ke Kejohanan Sukan Paralim-pik Peringkat Kebangsaan 2012 yang akan diadakan di Kuantan, Pahang.

Cek sumbangan tersebut di-serahkan Exco Adat Melayu, Belia dan Sukan, Dr Yunus Hairi pada majlis yang diadakan di Kompleks Sukan Majlis Perban-daran Klang, di sini.

Dr Yunus Hairi dalam ucap-annya berkata, konsep sukan untuk semua adalah usaha me-lahirkan masyarakat yang sihat dan cergas.

Ujarnya, aktiviti sukan perlu dilakukan untuk semua pering-

kat kerana ia mampu memberi-kan sumbangan kepada kece-merlangan sukan negara.

Dua orang atlet paralimpik yang berjaya dalam Sukan Pa-ralimpik 2012 di London per-lu dijadikan inspirasi kepada mereja untuk cemerlang dalam sukan.

“Sukan bukan sekadar un-tuk menjaga kesihatan dan mendapat pingat, tetapi keu-payaan sebagai industri,” ka-tanya.

Beliau berkata demikian da-lam Majlis Penutup Karnival Su-kan OKU Peringkat Negeri Se-langor.

Majlis itu adalah anjuran Ja-batan Belia dan Sukan Negeri Selangor bersama Persatuan Su-kan Dan Rekreasi Orang Kurang Upaya Negeri Selangor.

Antara Sukan yang terli-bat adalah futsal, bola tampar duduk, 3 on 3 basketball, dart, tenis kerusi roda, tenpin boling dan karom.

PRIHATIN... Dr Yunus bersama ahli Persatuan Sukan dan Rekreasi Orang Kelainan Upaya Selangor

Page 12: Sembah Tahniah Daulat Tuanku - Selangorkini · PDF fileIbni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj. Bismillahirrahmanirrahim, Segala pujian kepada Allah, pemilik sekalian

Selangor Kini

BERITA/ ARTIKEL/ VIDEO

http://www.selangorku.com/?feed=rss2http://twitter.com/#!/mediaselangorku/http://www.facebook.com/MediaSelangorku

Layari www.selangorku.comUntuk informasi & berita terkini

Diterbitkan oleh Kerajaan Negeri Selangor Darul EhsanDicetak oleh Angkatan Edaran Enterprise Sdn Bhd, Lot 6, Jalan Tukang 16/4, Seksyen 16, 40200, Shah Alam. Tel: 03- 55196373 Faks: 03 - 55127985

Selangor masih destinasi unggul pelaburan

Oleh SIRAJ MOHD zAINI

SHAH ALAM - Selangor masih kekal seba-gai destinasi utama pilihan pelabur antara semua negeri apabila mencatatkan jumlah pelaburan sebanyak RM7.68 bilion meli-puti 24 peratus daripada jumlah keselu-ruhan pelaburan di negara ini.

Exco Pelaburan, Perindustrian dan Per-dagangan, Teresa Kok berkata, bagi tem-poh Januari hingga September 2012, Se-langor mengekalkan momentum pela- buran yang cemerlang dengan sebanyak 186 projek perkilangan diluluskan.

Projek-projek itu mewujudkan seba-nyak 16,076 peluang pekerjaan selama sembilan bulan kebelakangan ini.

Jumlah tersebut mendahului negeri lain dari segi jumlah pelaburan yang diterima.

Katanya, dari jumlah pelaburan yang diluluskan di Selangor, sebanyak 71 pera-tus atau RM5.47 bilion adalah daripada pelaburan tempatan.

Manakalan 29 peratus atau RM2.21 bi-lion daripada pelaburan asing.

“Pelabur tempatan merupakan penyum-bang utama dan ini secara langsung menun-jukkan para pelabur tempatan menaruh keyakinan dan kepercayaan terhadap ke-pimpinan Pakatan Rakyat (PR) Selangor,” katanya dalam satu sidang media di Pejabat

Setiausaha Kerajaan Negeri di sini.Sementara itu, Sabah menduduki tem-

pat kedua dengan jumlah pelaburan se-banyak RM4.84 bilion dan diikuti Sarawak di tempat ketiga dengan RM4.68 bilion.

“Selangor mencatatkan jumlah kelulus-

an projek sebanyak 186 projek atau 32 peratus daripada jumlah projek bagi selu-ruh Malaysia,” katanya yang merupakan Adun Kinrara.

Teresa berkata, daripada jumlah projek itu, sebanyak 112 daripadanya merupakan

projek baru dengan nilai pelaburan ber-jumlah RM4.74 bilion.

Manakala sebanyak 74 projek merupa-kan projek pembesaran dan pelbagai de-ngan nilai pelaburan berjumlah RM2.94 bi-lion.

Pelabur tempatan merupa-kan penyumbang utama dan ini secara langsung menunjukkan para pelabur tempatan menaruh keyakinan dan kepercayaan terhadap kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) Selangor

TeReSA KoKExco Pelaburan, Perindustrian

dan Perdagangan

TERIMA KASIH MB… Penduduk Pangsapuri Bukit Kuda, Klang, menyatakan penghargaan kepada Kerajaan Negeri yang banyak memudahkan urusan bagi mendapatkan 20 meter padu air percuma apabila Syabas tidak memberikan kerjasama, selain meletakkan prosedur ketat. BERITA LANJUT MUKA 4